Anda di halaman 1dari 54

1.

1 PENGENALAN Pelaksanaan pelbagai bentuk program Pendidikan khususnya program pendidikan yang melibatkan pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah adalah berdasarkan kepada penghayatan dan juga pemahaman tentang matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam matlamat FPK penekanan terhadap aspek perkembangan pendidikan secara berterusan amat dititikberatkan hal ini dapat dibuktikan melalui petikan ayat yang terkandung dalam FPK yang berbunyi; Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi Melalui petikan tersebut jelas menunjukkan bahawa penekanan terhadap pembangunan program pendidikan pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah telah dikenal pasti. Hal ini membawa kepada pelbagai bentuk program pendidikan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara misalnya melalui penghasilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), yang dimana melalui pelan ini pembangunan program pendidikan tidak hanya dikhususkan kepada perkembangan prestasi murid sahaja tetapi juga memberikan penekanan untuk menghasilkan guru-guru yang berkualiti khususnya melalui pelbagai bentuk latihan seperti latihan di Institut Pendidikan Perguruan di seluruh Malaysia. Yang dimana melalui proses untuk menghasilkan guru-guru berkualiti tinggi yang akan berperanan penting sebagai pemangkin dan juga pemimipin dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) pada masa akan kini dan juga akan datang telah diberikan pendedahan awal dalam pelbagai aspek khususnya berkaitan teknik pengajaran yang melibatkan program Pendidikan yang lebih khusus seperti pengajaran pemulihan dan pengajaran pengayaan. Pendedahan ini diberi berupa pelbagai bentuk antaranya melalui pengaplikasian pengetahuan pedagogi pengajaran sama ada yang berasaskan pedagogi kandungan dalam pendidikan pemulihan mahupun pendidikan pengayaan yang berasaskan kepada teknik pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu, pendedahan ini juga diberikan secara tidak langsung kepada guru melalui penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), dimana bakal guru khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu telah diberikan pendedahan penting tentang bagaimana hendak mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah murid khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, strategi yang digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah tersebut. Bukan itu sahaja, melalui pembinaan RPH tersebut juga bakal Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 1

guru telah diberikan pendedahan tentang bagaimana pembinaan objektif pengajaran, pemilihan aktiviti dan bahan bagi melaksanakan aktiviti pemulihan dan juga pengayaan dengan tujuan utama adalah untuk mengembangkan minat dan potensi murid.

Perkembangan minat dan potensi ini amat penting dan telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu; "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Oleh yang demikian, apa yang dapat disimpulkan bahawa kupasan objektif tugasan ini begitu mendalam dan cukup menggambarkan bagaimana guru harus kreatif dan berfikir secara kritis terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ni juga cukup menjelaskan bahawa guru merupakan penggerak utama dalam merealisasikan matlamat FPK dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Kesimpulan secara keseluruhannya jelas membuktikan bahawa sememangnya Program Pendidikan Di Malaysia bersifat menyeluruh dan terperinci dalam memastikan usaha-usaha pembangunan program pendidikan ini berterusan dan berkembang maju secara berperingkat dan juga menyeluruh.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

1.2 HURAIAN MASALAH PEMBELAJARAN

Dalam mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berupaya untuk mengenal pasti sama ada murid dapat mengikuti dan menguasai isi pelajaran yang diajarkan ataupun tidak khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal ini demikian kerana pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran ini tidak akan tercapai apabila terdapat beberapa orang murid yang terlibat dalam masalah pembelajaran dalam mengikuti dan menguasai sesuatu kemahiran melalui isi pelajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengenal pasti sama ada kegagalan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran, guru hendaklah terlebih dahulu memahami tentang konsep masalah pembelajaran. Konsep masalah pembelajaran ini telah dinyatakan melalui Individual With Disabilities Education Act (Idea), 1997; Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor,kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Malahan guru juga hendaklah berupaya untuk mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami masalah pembelajaran, khususnya selepas tamatnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran persekolahan biasa. Masalah pembelajaran ini menjadi faktor utama murid tidak menguasai isi pelajaran berkaitan kemahiran yang diajarkan oleh guru. Misalnya dalam kemahiran yang kami pilih dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian kami telah memilih kemahiran membaca yang berfokuskan kepada masalah pembelajaran bagi kemahiran membaca tersekat-sekat dan tidak lancar. Situasi pengajaran yang dapat digambarkan di sini, ialah guru terlebih dahulu meminta murid untuk untuk membaca teks pantun bertajuk ke pasar bersama ibu dan ayah, dengan sebutan dan intonasi yang betul. Sebahagian besar murid dapat menguasai kemahiran yang diajarkan namun didapati pula bahawa terdapat lima orang murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. Malahan didapati juga bawa lima orang murid tersebut tidak dapat membaca pantun yang disediakan oleh guru dengan lancar. Situasi tersebut dapat memperlihatkan bahawa masalah pembelajaran berkaitan kemahiran yang diajarkan telah dikesan dan dikenal pasti oleh guru.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

Memandangkan fokus objektif utama pengajaran guru tentang kemahiran membaca tidak tercapai disebabkan oleh lima orang murid ini, guru telah mengambil langkah untuk beralih kepada corak pengajaran yang berbentuk aktiviti pemulihan. Corak pengajaran aktiviti pemulihan ini dapat memberikan peluang kepada murid yang mengalami masalah pembelajaran ini untuk menguasai kemahiran yang dipelajari yang dinilai tahap pencapaian mereka melalui objektif pemulihan yang ditentukan oleh guru. Masalah pembelajaran yang dimaksudkan ini ialah masalah murid membaca tersekat sekat dan tidak lancar, punca tersebut telah dikenal pasti oleh guru apabila murid mengalami kesukaran untuk menyebut dan membaca perkataan KV + KVK seperti yang terdapat dalam teks pantun yang dipilih. Hal ini dibuktikan apabila murid sedang membaca pantun dalam aktiviti yang dijalankan guru, didapati murid gagal membaca dengan lancar dan sukar untuk meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV+ KVK. Hal ini dibuktikan juga dalam Jurnal kajian Tindakan Negeri Selangor: Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca AyatAyat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK (2006), yang mengatakan kegagalan murid untuk menguasai kemahiran membaca adalah disebabkan kegagalan mereka membaca perkataan dua suku kata KV + KVK yang menyebabkan murid gagal membaca dengan lancar dan sukar untuk meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV+ KVK ini. Menurut kajian tersebut juga, kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran ini hendaklah diatasi dengan sebaiknya oleh guru agar tidak menjadi kebiasaan murid untuk berterusan tergolong dalam murid yang lambat menguasai isi pelajaran. Implikasi daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tersebut didapati tahap pembacaan murid adalah kurang memuaskan dan murid dilihat tidak berupaya mencapai objektif pelajaran yang ditetapkan sebelum strategi dalam aktiviti pemulihan dirancang teliti. Masalah pembelajaran yang dihadapi murid ini perlu diatasi dengan segera oleh guru kerana masalah membaca dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam semua mata pelajaran (Mahzan, 2003). Masalah pembelajaran ini sendiri turut menjadi kajian dalam salah satu jurnal Bahasa Melayu oleh penyelidik Meimon Binti Sanai (2009) dalam jurnal kajian beliau, iaitu Celik Huruf: Lancar Baca, yang mengatakan masalah ini ketidaklancaran murid dalam menguasai bacaan adalah amat serius dan perlu dikaji supaya dapat diatasi lebih awal dan seterusnya membendung masalah ini daripada berulang kerana kemahiran membaca adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan harian. Perkara ini turut dinyatakan oleh Kamaruddin (1990), menyatakan bahawa kelemahan murid dalam Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 4

membaca dan memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada situasi bagi pengajaran kemahiran membaca yang semasa dalam sesi tersebut terdapat 5 orang murid daripada 24 orang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran bagi kemahiran membaca. Maka bagi mengatasi masalah ini daripada menjadi faktor penghalang kepada murid untuk menguasai isi pelajaran, guru hendaklah merangka suatu strategi berbentuk aktiviti pengajaran pemulihan agar murid-murid yang bermasalah pembelajaran ini tidak terus tercicir daripada menguasai isi pelajaran sebagaimana rakan-rakan sebaya yang lain yang tidak terlibat dalam aktiviti pemulihan ini.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

1.3 STRATEGI PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DI SEKOLAH RENDAH Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah aktiviti yang dilakukan pada akhir pelajaran sebelum berakhir dengan aktiviti penutupan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1990), sebagai seorang guru, strategi pemulihan dan pengayaan yang berkesan harus dilakukan dengan tersusun bagi membantu guru mencapai objektif yang ditetapkan. Berkaitan dengan tugasan ini, berdasarkan situasi masalah pembelajaran yang digambarkan dalam soalan tugasan kerja kursus ini, kami telah sepakat memilih masalah pembelajaran berkaitan kemahiran membaca, iaitu masalah murid membaca tersekat-sekat dan tidak lancar. Masalah yang dihadapi oleh beberapa murid tersebut telah memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan lancar seperti mana rakan-rakan sebaya mereka yang lain dalam kelas yang sama. Menurut dapatan kajian Anderjs Geske & Antra Ozola menerusi kajian Problems Of Education In The 21st Century Volume 6, 2008: Factors influencing reading literacy at the primary school level (2008), masalah murid membaca tidak lancar adalah salah satu faktor yang mempengaruhi bacaan mereka. Hal ini akan mempengaruhi penguasaan murid dalam kemahiran membaca yang dipelajari. Oleh itu, setelah mengenal pasti dan mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka strategi pemulihan yang sesuai dilaksanakan sebaiknya bagi mengatasi masalah tersebut. Menurut dapatan Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar oleh Abdul Rasid Jamian (2011), bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca. Maka, strategi pemulihan dirancang menerusi pemulihan yang dilakukan di kelas biasa yang dilaksanakan serentak dengan aktiviti pengayaan (Mok Soon Sang, 1991). Dalam strategi pemulihan bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir murid dalam bilik darjah tersebut, terdapat empat langkah yang perlu dilaksanakan dengan tersusun. Langkah yang pertama dalam strategi pemulihan ialah menerusi penentuan objektif yang ditentukan sebelum pengajaran pemulihan dilaksanakan. Seseorang guru perlu menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu dengan merujuk kepada masalah pembelajaran murid. Sementara itu, aras objektif pula haruslah sejajar dengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut dapat dicapai seperti yang ditentukan oleh guru. Oleh itu, berdasarkan masalah pembelajaran yang dipilih, kami telah menentukan satu objektif yang merujuk kepada masalah pembelajaran murid, iaitu murid tidak dapat membaca dengan lancar.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

Objektif yang ditentukan ialah pada akhir pelajaran, murid dapat membaca lancar sekurangkurangnya 4 daripada 6 perkataan KV+ KVK dalam kad perkataan dan bahan grafik bertajuk Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif yang dibuat ini adalah objektif khusus bertujuan untuk membolehkan murid yang lambat menguasai kemahiran berbanding rakan sebaya mereka dapat menguasai kemahiran menerusi aktiviti alternatif, iaitu aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru. Objektif yang ditentukan ini juga mematuhi prinsip penentuan objektif, iaitu daripada yang mudah kepada yang kompleks. Seterusnya, langkah kedua dalam strategi pemulihan ialah menerusi perancangan pengajaran guru berdasarkan objektif yang telah ditentukan. Perancangan adalah meliputi tiga strategi, iaitu strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti. Dalam perancangan strategi pengelolaan kelas, perancangan adalah melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu, berpasangan atau rakan sebaya dan kumpulan kecil. Maka, dalam perancangan strategi pengelolaan kelas yang dipilih bagi pengajaran aktiviti pemulihan ialah secara kumpulan. Ini bermakna dalam aktiviti pemulihan yang dirancang, murid yang mengalami masalah pembelajaran tersebut akan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang mengalami masalah pembelajaran yang sama. Penetapan ahli kumpulan akan dibuat oleh guru berdasarkan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam kemahiran membaca, iaitu membaca lancar dengan sebutan dan intonasi yang betul. Bagi perancangan pengajaran aktiviti pemulihan yang melibatkan strategi pemilihan bahan bantu pula adalah meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran aktiviti pemulihan. Menurut Siti Hajar (2009), salah satu

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah perancangan yang menyeluruh meliputi bahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang dipilih dan digunakan perlulah sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran dan tahap keupayaan murid. Selain itu, bahan yang dipilih juga perlulah menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran. Jika aspek pemilihan bahan ini tidak diambil berat oleh guru, maka objektif yang ingin dicapai oleh guru tidak akan berjaya malahan murid yang mengalami masalah pembelajaran akan terus dengan kekal dengan masalah mereka. Dalam dapatan kajian Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (1989) yang dikaji oleh Tamam Timbang, Zamri dan Afendi Hamat, antara faktor murid mengalami masalah membaca adalah disebabkan bahan yang digunakan oleh guru adalah tidak sesuai dan menarik. Faktor ini berpunca disebabkan guru lebih gemar menggunakan bahan berasaskan buku teks sematamata tanpa bahan bantu lain yang menyokong pengajaran.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

Oleh itu, dalam strategi pemulihan ini, bahan bantu belajar yang dipilih dan dirancang untuk digunakan dalam aktiviti pemulihan biasa ialah bahan-bahan yang bukan sahaja dapat membantu guru mencapai objektif pelajaran, bahkan paling penting dapat menarik minat murid untuk terus kekal dan mengikuti pengajaran yang diajarkan guru. Berbalik kepada masalah yang dihadapi murid, iaitu membaca tidak lancar, maka pelbagai bahan bantu belajar dipilih dan dirancang teliti. Bahan bantu belajar yang digunakan dalam aktiviti pemulihan yang dirancang ialah terdiri daripada bahan grafik, teks seperti kad perkataan, dan kad bergambar. Bahan-bahan ini sesuai untuk mengatasi masalah murid yang tidak dapat membaca dengan lancar kerana ianya berbalik kepada asas murid mengeja dan membunyikan perkataan dengan sebutan dan intonansi yang betul. Daripada masalah yang timbul, murid didapati tidak dapat membaca lancar terutamanya pada perkataan KV+KVK. Maka, semua bahan yang digunakan mengandungi perkataan KV+KVK bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran tersebut. sebagai contohnya, dalam kad perkataan yang disediakan sebagai bahan bantu belajar kesemuanya adalah perkataan KV+KVK seperti pasar, betik, timun, lobak, nanas dan bakul. Kemudian, murid diberikan bahan grafik yang mengandungi teks berkenaan contoh-contoh tersebut. Dalam aktiviti yang dirancang, murid dikehendaki membaca teks yang disediakan tersebut. Manakala, guru akan menilai bacaan murid dari segi kelancaran, sebutan dan intonansi yang betul. Sementara itu, bahan-bahan yang dirancang juga mengambil kira perbezaan cara dan gaya belajar murid-murid yang pelbagai seperti murid yang gemarkan visual, audio, multi dan sebagainya, maka bahan yang dipilih turut dipelbagaikan bagi memenuhi keperluan perbezaan murid. Sebagai contohnya, murid yang gaya belajarnya lebih kepada visual akan berminat dengan kad bergambar dan bahan grafik misalnya kerana mereka boleh memberi tumpuan terhadap bahan yang dilihat berbanding perkara yang didengar. Tambahan lagi, bahan yang digunakan ini adalah berwarna- warni yang boleh menarik tumpuan murid. Manakala, bagi murid yang jenis yang suka belajar melalui sentuhan pula berpeluang menyentuh dan merasa bahan bantu belajar yang disediakan guru. Oleh itu, pemilihan bahan bantu yang sesuai adalah penting dalam pelaksanaan aktiviti terutamanya dalam aktiviti pemulihan ini sendiri. Strategi pemilihan bahan bantu yang sesuai khususnya dalam mengatasi masalah pembelajaran ini adalah penting. Menurut kajian Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi dalam Jurnal Teknologi: Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca (2005), yang mengatakan bahawa penggunaan strategi alat atau bahan bantu yang sesuai dapat membantu murid meningkatkan aspek pembacaan terutamanya bagi murid yang lemah, mereka dapat membaiki pembacaannya terutamanya ketika menyebut sesuatu perkataan.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

Kesimpulannya, kepelbagaian bahan bantu belajar inilah yang merupakan salah satu langkah berkesan dalam strategi pemulihan dalam bilik darjah (Jabatan Pendidikan Khas,1999). Selain itu, perancangan pengajaran guru yang melibatkan strategi pemilihan aktiviti pula haruslah pemilihan aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Berikutan itu, kami telah merancang pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid, iaitu masalah murid membaca tidak lancar dan tersekat-sekat. Setelah mengenal pasti masalah tersebut, aktiviti pemulihan yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut ialah menerusi aktiviti menyebut dan membaca perkataan KV + KVK. Aktiviti ini dirancang apabila terdapat beberapa orang murid yang dikenal pasti mempunyai masalah untuk membaca dengan lancar adalah berpunca dari kesukaran mereka menyebut dan membaca perkataan KV + KVK seperti pasar, rumah dan seumpamanya. Malahan, menurut Jurnal Kajian Tindakan Negeri Selangor: Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-Ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK (2006), kegagalan murid untuk menguasai kemahiran membaca adalah disebabkan kegagalan mereka membaca perkataan dua suku kata KV + KVK yang menyebabkan murid gagal membaca dengan lancar dan sukar untuk meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV+ KVK ini. Menurut kajian tersebut juga, kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Oleh itu, melihat kepada masalah pembelajaran dan kesesuaian aktiviti ini, maka aktiviti murid mengeja dan membaca perkataan KV+KVK dirancang untuk dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan. Manakala, kaedah yang dipilih untuk aktiviti ini ialah kaedah pandang sebut. Kaedah ini dipilih kerana dilihat sesuai dengan aktiviti pemulihan yang dirancang, iaitu menyebut dan membaca perkataan KV + KVK. Hasil pemerhatian yang dibuat, murid-murid pemulihan ini boleh mengenal dan membunyikan huruf tetapi bacaan mereka tidak lancar dan tersekatsekat. Oleh itu, kaedah pandang sebut ini dilihat mampu mengatasi masalah pembelajaran murid ini. Pemilihan kaedah yang digunakan dalam pelakasanaan aktiviti adalah penting bagi memastikan objektif pengajaran tercapai menerusi pemilihan kaedah yang sesuai dan betul. Menurut kajian Zamri Mahamod (2011), dalam kajian beliau yang bertajuk Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21, mengatakan bahawa dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/ pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

dengan meneroka kepada kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian murid, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Oleh itu, bagi melaksanakan aktiviti ini, murid yang dikenal pasti bermasalah sama diminta berada dalam satu kumpulan yang ditetapkan oleh guru. Kemudian, murid ditunjukkan kad bergambar yang mengandungi beberapa gambar seperti bakul, betik, timun, lobak, pasar dan nanas. Murid diminta menyebut perkara yang dilihat. Kemudian, murid ditunjukkan kad perkataan bagi setiap gambar yang ditunjukkan sebelum itu. Seterusnya, murid diminta membaca kad perkataan tersebut dengan bimbingan guru. Kad perkataan akan ditunjukkan berselang seli dengan gambar yang berkaitan. Guru akan meneruskan aktiviti sehinggalah murid didapati lancar membaca perkataan tersebut. Seterusnya, bagi memberi pengukuhan terhadap aktiviti sebelumnya, guru akan memberi beberapa bahan grafik kepada setiap murid yang terlibat dalam aktiviti pemulihan tersebut. Kemudian, murid secara bergilir-gilir akan membaca teks dalam bahan grafik tersebut. Seterusnya bagi menilai prestasi murid, guru akan memberi maklum balas terhadap bacaan murid melalui penilaian yang dirancang. Pemilihan aktiviti ini dilihat sesuai dengan tahap kesukaran dan kebolehan murid pemulihan biasa. Hal ini demikian kerana, murid akan lebih seronok mengikuti pembelajaran kerana aktiviti yang diberikan terhadap mereka adalah tidak membebankan mereka. Bahkan, lebih mudah untuk mereka faham berbanding aktiviti sebelumnya, iaitu membaca pantun yang dilihat sedikit terganggu disebabkan masalah mereka untuk membaca dengan lancar. Aktiviti yang dilaksanakan juga menekankan penggunaan bahan pelbagai yang membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada mereka. Malahan, pembelajaran yang dirancang dalam aktiviti pemulihan juga lebih ringan dan mudah diikuti. Apabila masalah ini berjaya diatasi, mereka tidak akan mempunyai kesukaran untuk pembelajaran yang seterusnya. Perkara ini adalah penting kerana kelemahan murid dalam membaca akan menimbulkan masalah yang lebih besar malah boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya (Kamaruddin, 1990). Seterusnya, langkah yang ketiga dalam strategi pemulihan ialah cara pengelolaan pengajaran pemulihan. Dalam pengelolaan pengajaran ini, guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan yang dirancang sama ada secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Apa yang penting, matlamat dan objektif pelajaran tercapai sebagaimana yang dikehendaki. Dalam aktiviti pemulihan yang dirancang, pengelolaan pengajaran yang dipilih ialah secara berkumpulan dan kemudian secara individu. Cara pengelolaan secara kumpulan dipilih kerana untuk memudahkan guru membimbing murid secara serentak kerana dalam masa yang sama guru juga perlu membimbing aktiviti pengayaan bagi murid cerdas dan Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 10

sederhana. Namun, cara ini tidak bermakna keperluan dan pencapaian murid tidak diberikan perhatian sebaliknya guru mengamalkan sikap adil dan mengutamakan semua murid dalam aktiviti yang dirancang. Perkara ini adalah seiring dengan Model Disiplin Asertif di bawah Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang diasaskan oleh Canter bahawa murid berhak untuk belajar dan berpeluang mendapat pembelajaran sama rata dalam dalam suasana pembelajaran kondusif yang dicipta oleh guru (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar, 2009). Pengelolaan pengajaran secara berkumpulan ini berlaku apabila murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran dikumpulkan dalam satu kumpulan kecil. Mereka akan terlibat secara langsung dalam aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru. Selalunya bilangan murid yang terlibat dalam pemulihan biasa ini adalah kelompok yang kecil, maka mereka boleh disatukan dalam satu kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang. Dalam kes ini pula, murid yang terlibat dalam aktiviti pemulihan biasa ialah seramai 5 orang. Maka, aktiviti yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan. Dalam aktiviti yang dirancang, murid yang terlibat secara berkumpulan akan dikumpulkan dalam satu kumpulan. Kemudian, guru akan meneruskan aktiviti pemulihan seperti yang diterangkan pada halaman aktiviti sebelum ini, iaitu murid akan ditunjukkan beberapa kad gambar dan diminta untuk menyebut perkara yang dilihat dalam gambar tersebut. Seterusnya, murid akan ditunjukkan kad perkataan dan meminta murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan bimbingan guru dan secara sendiri. Dalam aktiviti ini, murid secara beramai-ramai akan terlibat secara aktif terhadap pengajaran guru. Pada ketika ini juga, guru boleh membuat pemerhatian terhadap penglibatan dan pencapaian murid dalam bacaan mereka. Seterusnya, murid secara individu pula akan diberikan satu bahan grafik setiap orang dan diminta untuk membaca teks dalam bahan grafik tersebut secara bergilir-gilir. Namun, kedudukan murid masih seperti dalam aktiviti kumpulan sebelumnya. Di sini, guru akan menilai pencapaian bacaan setiap murid dengan teliti seorang demi seorang. Jika guru menggunakan pengelolaan secara berkumpulan seperti sebelumnya, mungkin terdapat mana-mana murid yang masih belum menguasai pembelajaran tetapi guru terlepas pandang kerana bahan untuk aktiviti ini ialah bahan grafik yang terdapat teks pendek berbanding sebelumnya hanya kad gambar dan kad perkataan yang guru masih boleh kawal melalui permerhatian. Manakala, langkah keempat atau langkah terakhir dalam strategi pemulihan yang dirancang bagi mengatasi masalah pembelajaran, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut ialah penilaian. Penilaian yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah cara bagaimana guru mahu mentafsir pencapaian murid. Tujuan penilaian dilakukan adalah bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang ditetapkan Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 11

telah tercapai atau belum. Selain itu, penilaian juga dibuat untuk menentukan kemajuan yang dicapai oleh murid bagi guru melaksanakan tindakan susulan, iaitu sama ada mengekalkan murid dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan khas (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Penilaian dapat dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan, sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satusatu pengajaran, senarai semak, pemeriksaan latihan harian dan seumpamanya. Oleh itu, berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar, maka penilaian yang dipilih untuk dilaksanakan ialah senarai semak dan pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan. Penilaian melalui senarai semak dan pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran pemulihan dijalankan adalah dipilih berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Sebagai contoh, penilaian dalam bentuk pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran pemulihan dijalankan adalah dipilih kerana aktiviti yang dijalankan ketika itu adalah sesuai dinilai menggunakan penilaian melalui pemerhatian ini. Aktiviti yang dijalankan seperti diterangkan sebelum ini, iaitu murid ditunjukkan beberapa kad gambar dan kad perkataan yang mengandungi perkataan KV+KVK sebelum diminta mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan bimbingan guru dan secara beramai-ramai dalam kumpulan kecil. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru boleh melaksanakan penilaian dengan cara membuat pemerhatian ke atas jawapan murid. Menerusi pemerhatian yang dibuat, guru dapat mengenal pasti pencapaian murid bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar. menggunakan penilaian ini, guru juga dapat mengesan sebutan murid semasa mereka mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dalam kad perkataan. Manakala, penilaian menggunakan senarai semak pula digunakan oleh guru untuk aktiviti seterusnya, iaitu aktiviti di mana selepas murid ditunjukkan kad perkataan, murid seterusnya akan diberikan satu bahan grafik setiap orang dan diminta untuk membaca teks dalam bahan grafik tersebut secara bergilir-gilir. Di sini, guru dapat menilai pencapaian kemahiran membaca setiap murid dengan teliti seorang demi seorang dari segi kelancaran murid membaca teks dengan sebutan dan intonansi yang betul dan kemudian direkodkan dalam senarai semak yang telah disediakan. Penilaian senarai semak sesuai digunakan kerana guru dapat mengesan jika terdapat mana-mana murid yang masih belum menguasai pembelajaran berbanding jika guru masih menggunakan penilaian melalui pemerhatian terhadap jawapan murid, mungkin ada guru terlepas pandang terhadap murid yang masih belum dapat membaca dengan lancar. Hal ini kerana bahan untuk aktiviti ini ialah bahan grafik yang terdapat teks pendek berbanding sebelumnya hanya kad gambar dan kad Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 12

perkataan yang guru masih boleh nilai melalui permerhatian terhadap jawapan murid. Penggunaan senarai semak ini memudahkan guru untuk melakukan tindakan susulan, iaitu sama ada murid masih boleh dikekalkan di kelas biasa atau diteruskan ke kelas pemulihan khas yang dikendalikan oleh guru khas (Hasnah Awang & Habibah Mohd. Samin, 2010). Seterusnya, selain strategi pemulihan yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar, strategi pengayaan tidak harus dipinggirkan walaupun masalah tersebut tidak ada pada murid cerdas dan sederhana. Seperti sedia maklum, aktiviti pemulihan hanya dijalankan pada murid lemah yang mempunyai masalah pembelajaran sebagai contohnya masalah yang dikemukakan sebelum ini, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar. Sebaliknya, bagi murid cerdas dan sederhana, mereka terlibat dengan aktiviti pengayaan yang dijalankan serentak dengan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah yang sama dan pada waktu pengajaran dan pembelajaran yang sama (Hasnah Awang & Habibah Mohd. Samin, 2010). Menurut Jabatan Pendidikan Khas (1999), jika aktiviti pemulihan yang dijalankan adalah sebagai alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas yang bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa, namun, berbeza pula dengan matlamat aktiviti pengayaan. Bagi aktiviti pengayaan, ia dijalankan kepada murid cerdas dan sederhana bertujuan untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka yang membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat (Mok Soon Sang, 1990: 55). Jika sebelum ini diterangkan mengenai strategi pemulihan yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir murid dalam bilik darjah, iaitu tidak dapat membaca dengan lancar, maka strategi pengayaan juga perlu dillakukan kerana aktiviti pemulihan hanya dijalankan pada murid yang lemah sedangkan aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah dijalankan serentak. Jadi, murid yang cerdas dan sederhana akan terlibat dalam aktiviti pengayaan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Dalam strategi pengayaan juga, terdapat empat langkah sama yang perlu dilaksanakan dengan tersusun, iaitu

penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian. Keempat-empat langkah ini adalah penting sebagaimana langkah dalam strategi aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Berkaitan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam sebuah kelas, maka, strategi ini dijalankan kepada murid cerdas dan sederhana yang telah menguasai pelajaran sebelumnya. Maka, aktiviti pengayaan dijalankan bagi Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 13

memberi pengukuhan terhadap kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasai oleh murid cerdas dan sederhana. Berikutan itu, langkah strategi pengayaan yang pertama ialah penentuan objektif yang ditentukan sebelum pengajaran pengayaan dilaksanakan. Sama seperti penentuan objektif dalam aktiviti pemulihan, penentuan objektif pengajaran juga perlu ditentukan sebelum pengajaran dilaksanakan dengan merujuk kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid. Dalam menentukan objektif pengajaran pengayaan, guru perlu memilih aras atau kesukaran objektif yang seiring dengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut dapat dicapai seperti yang ditentukan oleh guru. Oleh itu, berdasarkan aktiviti pengayaan yang dirancang dalam tugasan ini, kami telah menentukan satu objektif khusus bagi pengajaran aktiviti pengayaan, iaitu pada akhir pelajaran, murid dapat mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kasih Ibu Bapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif yang dibuat ini adalah objektif khusus bertujuan untuk membantu murid cerdas dan sederhana untuk lebih cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Di samping, objektif yang ditentukan dapat membantu murid mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasai. Seterusnya, langkah kedua dalam strategi pengayaan ialah menerusi perancangan pengajaran guru berdasarkan objektif yang telah ditentukan. Perancangan aktiviti pengayaan juga adalah melibatkan tiga strategi, iaitu strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti. Dalam perancangan strategi pengelolaan kelas, perancangan adalah melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu, berpasangan dan kumpulan kecil. Maka, dalam perancangan strategi pengelolaan kelas yang dipilih bagi pengajaran aktiviti pengayaan juga ialah secara kumpulan. Strategi ini dipilih bagi memudahkan murid cerdas dan sederhana melaksanakan aktiviti secara berkumpulan tanpa banyak tunjuk ajar dari guru. Guru hanya akan memberi penerangan sejelasnya sebelum aktiviti dijalankan sendiri oleh sekumpulan murid tersebut. Penetapan ahli kumpulan juga dipilih oleh guru berdasarkan murid-murid yang dikenal pasti sudah menguasai kemahiran yang diajarkan sebelumnya. Berkaitan perancangan pengajaran guru melibatkan strategi pemilihan bahan bantu pula haruslah pemilihan bahan yang bersesuaian dengan aktiviti pengayaan yang dirancang. Menurut Abd Aziz Talib (2000), guru harus memilih bahan yang bersesuaian dalam aktiviti yang dijalankan terhadap murid sama ada aktiviti biasa, pemulihan mahupun pengayaan. Pemilihan bahan dalam aktiviti pengayaan haruslah berdasarkan kriteria pemilihan bahan bantu belajar yang berkesan. Antaranya bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 14

daripada tunjuk ajar guru. Seiring dengan aspek pemilihan ini, maka dalam aktiviti yang dirancang, bahan yang dipilih sebagai bahan bantu belajar adalah bahan yang tidak merumitkan murid dalam melaksanakan aktiviti sebaliknya bahan yang bukan sahaja mudah diigunakan murid malahan murid dijangka semakin seronok dalam menggunakan bahan yang disediakan. Untuk aktiviti ini, bahan yang digunakan ialah rakaman video deklamasi sajak dan teks sajak yang disediakan menggunakan perisian interaktif yang menggunakan komputer riba. Bahan ini sengaja dipilih agar murid bukan sahaja berpeluang melakukan aktiviti bahasa seperti mendeklamasi sajak, malahan murid diberi peluang meneroka perisian dalam komputer riba. Untuk aktiviti ini, guru akan menyediakan satu komputer riba yang dikongsi bersama oleh sekumpulan murid pengayaan. Selain itu, kriteria pemilihan bahan yang seterusnya ialah bahan yang digunakan haruslah menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. Maka, bertitik tolak dari aspek pemilihan bahan ini juga, maka, bahan yang digunakan dalam aktiviti pengayaan yang dirancang ialah berbentuk video, audio, teks, grafik seperti rakaman video deklamasi sajak dan teks sajak yang disediakan menggunakan perisian interaktif yang menggunakan komputer riba. Bahan yang dipilih ini bukan sahaja menarik dan mencabar kerana murid bukan sahaja berpeluang melakukan aktiviti bahasa seperti mendeklamasi sajak, malahan murid diberi peluang meneroka perisian dalam komputer riba. Bahan ini adalah sesuai digunakan dalam mengetengahkan kebolehan, minat dan bakat murid. Sementara itu, bahan yang digunakan juga menepati kriteria pemilihan bahan yang lain seperti peringkat kesukaran bahan yang digunakan sesuai dengan kebolehan murid, mempunyai kaitan dengan kemahiran yang dipelajari, iaitu kemahiran membaca, dan mempunyai ilustrasi yang berwarna- warni yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran. Manakala, perancangan pengajaran guru yang seterusnya adalah melibatkan strategi

pemilihan aktiviti. Aktiviti yang dijalankan terhadap murid pengayaan adalah dilakukan selepas aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Ia bertujuan untuk memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari setelah berjaya menguasai kemahiran yang diajarkan lebih awal daripada rakan yang lain. Rakan lain yang lambat menguasai pelajaran pula terlibat dalam aktiviti pemulihan. Berdasarkan tugasan yang dilaksanakan ini, kami telah merancang dan memilih aktiviti pengayaan yang berkaitan aktiviti mendeklamasikan sajak. Dalam melaksanakan aktiviti ini, kumpulan murid pengayaan diberi aktiviti mendeklamasikan puisi, iaitu sajak. Aktiviti ini dipilih kerana menyedari bahawa aktiviti sebelum ini, iaitu berpantun, murid golongan ini berjaya menguasainya dengan baik. Maka, kami cuba memberi aktiviti yang lebih mencabar, iaitu menerusi pembacaan puisi yang lain. Salah satunya ialah sajak.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

15

Untuk menjalankan aktiviti ini, murid diminta berada dalam kumpulan yang ditetapkan oleh guru. Seorang murid dalam kumpulan akan dipilih oleh guru untuk mengisi markah dalam borang penilaian deklamasi sajak. Kemudian, murid dalam kumpulan yang sama diminta menonton rakaman deklamasi sajak menerusi komputer riba yang disediakan guru. Setelah itu, murid diminta melihat teks sajak dalam perisian yang disediakan guru menggunakan komputer riba dengan teliti. Kemudian, setiap murid diminta mendeklamasikan sajak berdasarkan teks tersebut. manakala, rakan murid dalam kumpulan yang dipilih oleh guru akan mengisi skor rakan-rakan yang mendeklamasikan sajak dalam borang penilaian deklamasi sajak. Murid yang mengisi borang penilaian akan menyerahkan borang kepada guru setelah kesemua rakan dalam kumpulan selesai mendeklamasikan sajak. Setelah kesemua murid berpeluang mendeklamasikan sajak, murid akan bersoal jawab dengan guru mengenai perbezaan antara sajak dengan pantun yang telah dipelajari sebelum ini. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran murid pengayaan. Aktiviti yang dijalankan oleh murid pengayaan ini adalah dijalankan sendiri sesama mereka setelah guru memberikan arahan yang jelas sebelum mereka memulakan aktiviti. Sementara, guru memberi bimbingan terhadap murid aktiviti pemulihan yang dijalankan pada masa yang serentak. Ini bermakna arahan guru perlulah jelas agar murid dapat menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru. Namun, sesekali guru akan meninjau aktiviti yang dijalankan oleh murid pengayaan bagi memastikan mereka menjalankan aktiviti dengan lancar. Aktiviti pengayaan yang dijalankan ini adalah dipilih kerana berasaskan kriteria pemilihan aktiviti pengayaan yang menggariskan beberapa kriteria tertentu bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan adalah bersesuaian dan mampu dilaksanakan oleh murid pengayaan. Antara kriteria tersebut termasuklah aktiviti pengayaan haruslah bercorak belajar sendiri, iaitu ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru (Mok Soon Sang, 1990). Perkara ini bertepatan sekali dengan pelaksanaan aktiviti yang dirancang, iaitu murid diberi arahan terlebih dahulu sebelum mereka secara kumpulan melaksanakan aktiviti tanpa bimbingan sepanjang masa daripada guru. Bahkan, borang penilaian deklamasi sajak juga diberikan tanggungjawab oleh murid yang dipilih guru untuk mengisi skor rakan-rakan mereka yang mendeklamasikan sajak. Kriteria seterusnya ialah aktiviti ini adalah dijalankan secara individu dan kumpulan. Kriteria ini juga terlaksana dalam aktiviti yang dirancang, iaitu aktiviti mendeklamasi sajak adalah dijalankan dalam kumpulan. Berikutnya, pemilihan aktiviti haruslah menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. Perkara ini juga terlaksana dalam aktiviti yang dirancang, iaitu murid belajar mendeklamasikan sajak menerusi tontonan video yang disediakan guru, kemudian secara bimbingan sendiri, mereka Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 16

diminta mendeklamasikan sajak tersebut dengan gaya dan penyampaian yang menarik sebagaimana contoh yang dilihat dalam video tersebut. Aktiviti ini adalah sesuatu yang mencabar kerana ia dapat mengasah kebolehan, minat dan bakat murid secara langsung. Seterusnya, langkah dalam strategi pengayaan yang ketiga ialah pengelolaan pengajaran pemulihan. Dalam pengelolaan pengajaran ini, guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan yang dirancang sama ada secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Apa yang penting, matlamat dan objektif pelajaran tercapai sebagaimana yang dikehendaki. Dalam aktiviti pengayaan yang dirancang, pengelolaan pengajaran yang dipilih ialah secara berkumpulan. Cara pengelolaan secara kumpulan dipilih kerana bukan sahaja untuk memudahkan guru memberi arahan sekali gus sebelum murid melaksanakan aktiviti, tetapi juga untuk menggalakkan murid melalui pembelajaran koperatif, iaitu melibatkan kerjasama dalam kerja berkumpulan. Guru melihat murid pengayaan lebih senang dalam kerja berkumpulan kerana banyak perkara yang boleh mereka kongsikan bersama berbanding jika dilakukan secara individu. Pengelolaan pengajaran secara berkumpulan ini berlaku apabila murid diminta berada dalam kumpulan yang ditetapkan oleh guru dan kemudian diminta menonton dengan teliti satu rakaman deklamasi sajak menerusi komputer riba yang disediakan guru. Sebelum itu, seorang murid dalam kumpulan akan dipilih oleh guru untuk mengisi skor rakan-rakan yang mendeklamasikan sajak dalam borang penilaian deklamasi sajak. Setelah itu, murid diminta melihat teks sajak dalam perisian yang disediakan guru menggunakan komputer riba dengan teliti. Kemudian, setiap murid diminta mendeklamasikan sajak berdasarkan teks tersebut. Setelah kesemua murid berpeluang mendeklamasikan sajak, murid akan bersoal jawab dengan guru mengenai perbezaan antara sajak dengan pantun yang telah dipelajari sebelum ini. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran murid pengayaan. Aktiviti yang dijalankan oleh murid pengayaan ini adalah dijalankan sendiri sesama mereka dalam kumpulan setelah guru memberikan arahan yang jelas sebelum mereka memulakan aktiviti. Sementara, guru memberi bimbingan terhadap murid aktiviti pemulihan yang dijalankan pada masa yang serentak. Ini bermakna arahan guru perlulah jelas agar murid dapat menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru. Namun, sesekali guru akan meninjau aktiviti yang dijalankan oleh murid pengayaan bagi memastikan mereka menjalankan aktiviti dengan lancar. Langkah terakhir dalam strategi pengayaan ini adalah penilaian, iaitu bagaimana guru mentafsir kemajuan dan pencapaian murid-murid kumpulan pengayaan ini. Selepas murid melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru akan membuat penilaian terhadap pencapaian murid semasa proses melaksanakan aktiviti. Dalam memberi penilaian terhadap Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 17

murid, pelbagai kaedah yang sesuai boleh dilakukan. Antaranya termasuklah pemerhatian semasa aktiviti pengayaan dijalankan, soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti pengayaan dan pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti pengayaan. Menerusi aktiviti yang dirancang, penilaian yang dibuat untuk mentafsir kemajuan murid pengayaan ialah penilaian menggunakan Borang Penilaian Deklamasi Sajak dan penilaian melalui pemerhatian terhadap soal jawab yang dijalankan. Kedua-dua penilaian ini dipilih dalam memberi penilaian terhadap murid dalam aktiviti pengayaan kerana ia sesuai digunakan dalam aktiviti yang dirancang. Penilaian yang dijalankan ini adalah penting sebagai simpanan rekod kemajuan dan pencapaian murid. Di samping itu, ia berfungsi sebagai rujukan untuk melihat pencapaian dan hasil kreativiti murid dalam aktiviti pengayaan yang dijalankan. Sebagai contohnya, penilaian menggunakan Borang Penilaian Deklamasi Sajak yang digunakan untuk menilai pencapaian setiap murid dalam aktiviti yang dirancang didapati lebih sesuai dan praktikal. Dalam penilaian ini, guru akan memilih seorang murid dalam kumpulan pengayaan dan diberikan borang penilaian tersebut. Guru akan memberikan penerangan terlebih dahulu kepada murid tersebut dan ahli kumpulan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Kemudian, murid secara bergilir-gilir akan mendeklamasikan sajak berdasarkan teks yang disediakan guru dalam komputer riba. Manakala, murid yang dipilih guru tersebut akan mengisi skor permarkahan rakan-rakan yang mendeklamasikan sajak dalam borang penilaian tersebut. Aspek yang dinilai dalam borang penilaian tersebut termasuklah dari segi kelantangan suara dan gaya serta penyampaian yang menarik berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan. Murid yang mengisi borang penilaian tersebut hanya perlu menanda (/) pada kotak skor berdasarkan kriteria yang dikehendaki. Setelah kesemua rakan dalam kumpulan selesai mendeklamasi sajak, borang penilaian yang telah ditandai akan diserahkan kepada guru. Kemudian, guru dapat membuat rumusan berdasarkan penilaian tersebut. Melalui penilaian ini, guru dapat mengesan pencapaian murid dan dijadikan sebagai simpanan dalam rekod guru. Manakala, penilaian kedua yang turut digunakan dalam aktiviti pengayaan yang dirancang ialah penilaian melalui pemerhatian terhadap soal jawab dengan murid. Penilaian ini dijalankan selepas murid selesai menjalankan aktiviti pengayaan, iaitu mendeklamasikan sajak. Selepas aktiviti tersebut, guru akan bersoal jawab dengan murid berkenaan perbezaan antara sajak dengan pantun. Menerusi jawapan yang dikemukakan murid, guru dapat membuat penilaian terhadap penguasaan dan pemahaman murid terhadap pelajaran tersebut. Menerusi penilaian ini juga, guru dapat mengesan pencapaian murid bagi mencapai objektif pelajaran yang ditetapkan. Seterusnya, hasil daripada penilaian yang dibuat, guru dapat menjadikan hasil penilaian ini sebagai asas untuk mengadakan tindakan Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 18

susulan pada masa akan datang. Antaranya termasuklah memberikan bahan dan aktiviti yang lebih mencabar dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan mereka berasa bosan dengan aktiviti yang diberikan. Seterusnya pada aktiviti pada masa hadapan, guru dapat menyediakan aktiviti yang lebih sesuai dan mencabar minda untuk setiap individu atau kumpulan hasil daripada penilaian yang telah dilaksanakan.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

19

1.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI, BAHAN BAGI PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN.

Sememangnya dalam Falsafah Pendidikan Negara telah memberikan penekanan terhadap pembangunan program pendidikan di Malaysia. Dalam proses pembangunan sistem pendidikan tersebut amat mementingkan perkembangan potensi individu ke arah melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek khususnya dalam aspek yang melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Maka dengan itu jelaslah bahawa dalam merealisasikan falsafah tersebut guru hendaklah bijak memainkan peranan memandangkan peranan guru sebagai agen penyampai ilmu. Oleh yang demikian jelaslah bahawa guru sangat berperanan penting dalam mencapai falsafah pendidikan kebangsaan selaras dengan keperluan semasa negara. Namun yang ingin dipersoalkan disini adalah sejauh manakah seseorang guru itu mampu memikul tugasnya sebagai agen penyampai ilmu pengetahuan? adakah sasaran untuk mencapai matlamat tersebut hanya dikhususkan untuk murid yang bijak dan tidak mengalami masalah pembelajaran? Oleh yang demikian, untuk memastikan keadilan dalam menerima pendidikan pada semua golongan murid sama ada dalam kalangan murid normal, bijak, mahupun murid yang mengalami masalah pembelajaran guru hendaklah sentiasa peka terhadap perbezaan individu agar tidak berlaku keciciran murid dalam arus pembangunan pendidikan negara. Dalam memastikan keadilan murid untuk mendapatkan peluang untuk menguasai ilmu pengetahuan, guru hendaklah sentiasa mengenal pasti tahap perkembangan muridmuridnya khususnya dari segi aspek perkembangan kognetif, emosi, sosial dan juga fizikal. Contohnya bagi murid yang mengalami masalah pembelajaran misalnya yang melibatkan kemahiran asas bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan juga kemahiran menulis, guru hendaklah bijak dan kreatif untuk menyesuaikan aktiviti pemulihan selaras dengan masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Hal ini demikian kerana keberkesanan aktiviti pemulihan dalam proses pembelajaran murid banyak bergantung terhadap bagaimana daya kreativiti seseorang guru itu untuk membantu murid menguasai isi pembelajaran walaupun mengambil masa yang lama. Manakala bagi pengajaran berbentuk pengayaan, guru hendaklah memberikan peluang kepada murid untuk meneroka secara langsung murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran pengayaan. Hal ini bermakna dalam proses ini guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 20

pengayaan yang dirancang dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Setelah memahami dengan lebih teliti tentang perbezaan dari segi pembinaan objektif pengajaran, pemilihan aktiviti dan bahan antara aktiviti pengajaran pemulihan dan aktiviti pengajaran pengayaan telah memberikan panduan awal kepada kami tentang bagaimana hendak melaksanakan kedua-dua situasi pengajaran tersebut. Menilai kepada situasi tersebut kami telah pun membuat pemilihan aktiviti dan bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan dan pengayaan bagi kemahiran membaca. Bagi tujuan pengajaran pemulihan kami terlebih dahulu mengenal pasti situasi masalah pembelajaran berkaitan kemahiran yang kami pilih iaitu kemahiran membaca. Dalam memilih situasi masalah pembelajaran berkaitan kemahiran tersebut kami telah sepakat untuk memilih masalah murid membaca tersekat-sekat dan tidak lancar. Masalah ini dihadapi oleh beberapa orang murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Kesan daripada masalah tersebut menyebabkan objektif pengajaran secara kelas biasa tidak tercapai. Oleh yang demikian bagi memastikan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini diberikan peluang untuk mempelajari dan menguasai isi pelajaran kemahiran membaca, maka kami telah merangka satu bentuk aktiviti pengajaran pemulihan agar murid-murid yang terlibat dalam aktiviti pemulihan ini dapat mengikuti isi pelajaran kemahiran membaca agar mereka dapat bersama-sama maju dan berpeluang untuk menguasai kemahiran ini secara masteri. Berkaitan dengan aspek pemilihan aktiviti dan bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan, kami terlebih dahulu merangka satu bentuk objektif pemulihan bagi kemahiran ini iaitu 1) Membaca lancar sekurang-kurangnya 4 daripada 6 perkataan KV+ KVK dalam kad perkataan dan bahan grafik bertajuk Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif pengajaran pemulihan ini adalah berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Penentuan aras objektif pengajaran ini juga dibina adalah sejajar dengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut tercapai seperti yang ditentukan oleh guru. Seterusnya, penentuan objektif pengajaran pemulihan bagi masalah

pembelajaran kemahiran membaca (iaitu masalah murid membaca tersekat-sekat dan tidak lancar) adalah ditentukan selepas pada akhir pelajaran kelas biasa. Objektif pemulihan ini merupakan objektif yang diperincikan kepada yang lebih khusus untuk membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing menerusi aktiviti alternatif, iaitu aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru. Maka dalam pembinaan objektif ini kami memastikan agar mematuhi prinsip penentuan objektif, iaitu daripada yang mudah kepada yang Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 21

kompleks. Ini bermakna guru sangat berperanan penting dalam merancang aktiviti pemulihan selaras dengan masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam usaha menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program pemulihan dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat dikesan dan dikenal pasti. Tambahan lagi, menurut bahagian-bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) menjelaskan pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khasi dalam bidang ini. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa pembinaan objektif pengajaran pemulihan sangat penting untuk memudahkan lagi guru merancang aktiviti dan bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan. Seterusnya, setelah kami dapat mengenal pasti objektif pengajaran pemulihan berkaitan kemahiran murid membaca tersekat-sekat dan tidak lancar, kami telah merangka strategi pemulihan yang hendak dilaksanakan. Perancangan strategi ini adalah berdasarkan objektif pemulihan yang telah ditentukan. Perancangan ini meliputi tiga strategi, iaitu strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti. Perancangan strategi yang kami dalam pengelolaan kelas ini adalah melalui pengajaran aktiviti pemulihan yang berbentuk kumpulan atau pun dalam erti kata lain corak aktiviti pembelajaran yang lebih cenderung bersifat koperatif. Pembelajaran secara koperatif ini sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pemulihan kerana murid yang mengalami masalah pembelajaran yang sama akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Yang dimana melalui aktiviti tersebut murid dapat saling bekerjasama untuk mencapai tahap isi pelajaran yang maksima. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi melalui kenyataan ini, menurut Johnson, Johnson, dan Holubec (1993), menyatakan pembelajaran secara koperatif sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri daripada dua hingga empat orang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Selain itu, melalui pembelajaran secara kumpulan dalam kalangan murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang sama dapat mengelakkan daripada berlakunya sifat rendah diri dan membandingkan keupayaan diri dengan rakan-rakan sebaya yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung membantu murid dalam kategori yang mempunyai masalah pembelajaran ini untuk lebih bermotivasi dalam menguasai kemahiran yang mereka lemah. Ini dapat diperjelaskan lagi melalui kenyataan yang menyebut tentang perspektif motivasi, perspektif motivasi berfokus pada Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 22

kesan struktur ganjaran dan matlamat kumpulan. Menurut perspektif ini, struktur intensif secara koperatif membentuk satu situasi di mana cara seseorang murid mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannya mencapai matlamat tersebut. Dengan itu murid adalah didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama. (Deutsch, 1949; Slavin, 1978). Bagi pengajaran aktiviti pemulihan yang melibatkan strategi pemilihan bahan bantu, guru hendaklah memastikan bahan yang dipilih dan digunakan sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran dan tahap keupayaan murid, terutamanya pemilihan bahan yang berbentuk maujud yang boleh diperhati dan juga mampu dicapai oleh pancaindera murid. Hal ini bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Mohd Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak bahan pembelajaran yang diperolehi bagi

mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Seterusnya, dalam pemilihan bahan yang kami pilih juga adalah mengambil kira faktor tertentu iaitu bahan pengajaran yang digunakan mampu menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran. Yang dapat diperkukuhkan lagi melalui pendapat menurut Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1988) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Malahan dengan pemilihan bahan ini juga kami telah merujuki dengan pelbagai sumber seperti kajian masa lepas oleh Charlie Anak Ungang (2008); penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian; hasil analisis dapatan kajian tentang keberkesanan penggunaan Bahan Bantu Mengajar terhadap pengajaran membuktikan sebanyak 60% bersetuju dan 20% amat bersetuju menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan menggalakkan dalam proses pengajaran asas bacaan. Tambahan lagi hasil daripada kajian beliau juga telah mendapat bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mempertingkatkan Prestasi Penguasaan asas bacaan pelajar, iaitu prestasi sebelum dan selepas penggunaan bahan mengajar dalam kemahiran asas bacaan menunjukkan perbezaan yang sangat ketara, iaitu sebelum bahan bantu mengajar digunakan menyatakan bahawa hanya 59% penguasaan murid dalam membaca berbeza selepas penggunaan bahan bantu mengajar dengan menunjukkan nilai peratus yang tinggi iaitu sebanyak 80% setelah penggunaan bahan bantu mengajar diperhebatkan dalam proses pengajaran asas bacaan di kelas pemulihan oleh guru. Oleh yang demikian jelaslah membuktikan bahawa bahan bantu mengajar yang kami telah bina berdasarkan kepada objektif pengajaran pemulihan ini adalah sangat menepati kehendak asas dalam peringkat untuk menguasai asas membaca. Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 23

Seterusnya, setelah memilih bahan bantu mengajar untuk tujuan pengajaran aktiviti pemulihan ini kami telah memilih kaedah pandang sebut menerusi aktiviti menyebut dan membaca perkataan KV + KVK. Pemilihan aktiviti yang berunsurkan perkataan tersebut adalah hasil daripada pemerhatian setelah mendapati terdapat beberapa orang murid yang mempunyai masalah untuk membaca dengan lancar atas faktor kesukaran mereka untuk menyebut dan membaca perkataan yang berunsurkan KV + KVK seperti pasar, rumah dan seumpamanya. Pemilihan kaedah pandang sebut ini kerana kaedah ini juga merupakan asas iaitu peringkat awal kemahiran membaca sebelum beralih ke peringkat yang seterusnya. Pemilihan kaedah ini diperkukuhkan lagi dengan menggunakan teori pemerolehan bahasa, menurut B. F. Skinner yang mempelopori Teori Behaviorisme, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran seperti pujian,senyuman, tepukan atau pelukan apabila kanak-kanak itu dapat memberi respon dalam pertuturan. Apabila situasi ini sentiasa berulang maka tahap penguasaan bahasa kanak-kanak itu akan semakin berkembang dari hari ke sehari. Berdasarkan teori tersebut sangat berkait rapat dengan kaedah pandang sebut iaitu penguasaan murid dapat dipertingkan secara beransur-ansur apabila pemilihan perkataan yang berunsurkan KV + KVK disebut secara berulang-ulang sehinggalah murid tersebut dapat mengingati dan lancar membaca dan juga menyebut perkataan daripada unsur tersebut. Menurut Isahak Haron (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi yang menjadi perkataan. Asas pengkaedahan mazhab ini contohnya seperti kaedah fonem. Manakala, Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui perkataan-perkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang sebut. Pemilihan kaedah pandang sebut ini juga sangat bertepatan dalam membantu murid yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu membaca secara tersekat-sekat dan tidak lancar. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi oleh pendapat Abd. Aziz Talib, 2000) yang menganggap kaedah ini baik dan moden. Kesimpulannya, pemilihan aktiviti dan juga bahan bagi tujuan pengajaran pemulihan ini adalah dirangka dengan penuh teliti termasuk dari segi proses merangka objektif pengajaran pemulihan, proses-proses dalam menyusun strategi pengajaran pemulihan, dan bagaimana Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 24

bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan secara bersama untuk membantu pencapaian objektif pengajaran pemulihan yang secara tidak langsung dapat membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar dapat diberikan peluang yang sewajarnya kepada mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya kemahiran membaca. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa melalui pengajaran pemulihan ini dapat memberikan peluang yang sama rata terhadap murid yang lemah ataupun lambat menguasai isi pelajaran. Seterusnya, di samping guru merancang objektif pengajaran pemulihan dalam kelas biasa, guru juga hendaklah mempunyai perancangan yang berbentuk aktiviti pengayaan, yang dimana sasaran aktiviti tersebut adalah merujuk kepada dalam golongan murid yang sederhana dan juga pandai, yang dimana tahap keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran berada pada tahap yang normal selaras dengan umur mereka. Perancangan aktiviti pengayaan ini amat penting agar guru dapat mengajarkan dua situasi pengajaran dalam satu sesi proses pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. Perancangan aktiviti pengayaan ini sangat penting diberikan kepada murid yang telah masteri dalam kemahiran yang diajarkan iaitu kemahiran membaca. Hal ini supaya aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan positf ke arah meningkatkan kemahiran berbahasa murid tersebut. Oleh yang demikian, perancangan aktiviti pengayaan ini guru hendaklah sentiasa peka tentang aspek ruang pengayaan, objektif aktiviti, langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan strategi pengayaan. Seperti juga dengan kaedah pemilihan objektif bagi aktiviti pemulihan, penentuan objektif bagi aktiviti pengajaran pengayaan pula ditentukan sebelum pengajaran pengayaan dilaksanakan. Hal ini bermakna penentuan objektif pengayaan ini mengambil kira beberapa tahap kebolehan dan pencapaian murid. Yang bermakna semasa dalam proses pembinaan objektif pengajaran pengayaan guru telah mampu menentukan aras atau kesukaran objektif yang seiring dengan kebolehan serta minat murid agar objektif tersebut tercapai seperti yang telah ditentukan oleh guru. Pemilihan objektif ini dibuat secara khusus berdasarkan kepada aktiviti pengajaran pengayaan bagi kemahiran membaca iaitu mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kasih Ibu Bapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif secara khusus ini dibina bertujuan untuk membantu murid cerdas dan sederhana untuk lebih cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna, malahan melalui objektif pengayaan ini juga dapat membantu murid mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasai. Pemilihan aktiviti pengayaan ini pula dipilih lebih tinggi aras pencapaiannya daripada objektif pengajaran kemahiran membaca pada peringkat umum (sederhana). Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR Dalam 25

perancangan aktiviti pengayaan ini kami telah merancang tiga strategi, iaitu berkaitan strategi pengelolaan kelas, strategi pemilihan bahan bantu, dan strategi pemilihan aktiviti. Bagi strategi pengelolaan kelas melibatkan tiga cara iaitu individu, berpasangan dan kumpulan kecil. Pemilihan tiga cara tersebut mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu. Dalam cara aktiviti pengayaan yang hanya melibatkan individu bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman dan penguasaan seseorang murid mahupun individu itu terhadapi isi pelajaran yang telah dipelajari. Hal ini supaya murid itu dapat mengenal pasti setakat mana kemampuannya untuk menguasai isi pelajaran sama ada berada tahap sederhana mahupun cemerlang. Oleh yang demikian, melalui aktiviti pengayaan yang melibatkan individu ini secara tidak langsung membina keyakinan diri dalam kalangan murid yang terlibat dalam aktiviti pengayaan ini bersaing secara sihat dengan rakan-rakan sebaya yang berada dalam lingkungan mereka sendiri. Maka dengan secara tidak langsung lebih memudahkan guru untuk merancang aktiviti pengayaan yang seterusnya secara berpasangan, melalui aktiviti secara berpasangan ini mereka berpeluang untuk

berkomunikasi sesama rakan sebaya. Maka dengan komunikasi tersebut mereka berkongsi maklumat dan saling mengenal pasti kelebihan dan kelemahan masing-masing dimana kelebihan yang ada itu ditingkatkan tahapnya kepada yang lebih mahir manakala kelemahan itu diperbaiki lagi melalui pelbagai bentuk perbincangan mahupun perkongsian maklumat antara pasangan dalam kumpulan aktiviti pengayaan ini. Kemudian, apabila murid sudah terbiasa melakukan aktiviti secara berpasangan maka apabila guru memperluaskan lagi ahli dalam kumpulan yang kemudian membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terlibat dalam aktiviti pengayaan ini. Oleh yang demikian, melalui strategi pengelolaan kelas bagi aktiviti pengayaan yang bermula daripada peringkat individu, berpasangan dan seterusnya pembentukan kumpulan-kumpulan kecil secara tidak langsung memudahkan proses pengajaran guru dalam kelas biasa. Hal ini secara tidak langsung membolehkan guru memberikan tumpuan yang lebih terhadap murid yang masih berada dalam kategori pemulihan khususnya bagi kemahiran membaca. Seterusnya dalam pemilihan bahan bagi aktiviti pengayaan yang kami rancang ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk yang menarik antaranya melalui tayangan video, audio, teks, dan grafik. Contohnya bagi mengukuhkan lagi tahap penguasaan murid bagi aktiviti pengayaan kami telah menggunakan tayangan video yang memaparkan video deklamasi sajak, dan juga teks sajak menggunakan perisian interaktif berasaskan kepada bahan bantu mengajar berasaskan elektronik seperti penggunaan komputer riba. Hal ini sangat komprehensif digunakan dalam aktiviti pengayaan kerana penghasilan bahan ini

mewujudkan lagi daya berfikir murid daripada yang konkrit kepada satu bentuk pengajaran yang abstrak, yang menggalakkan lagi perkembangan imaginasi dan juga daya kreativiti Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 26

murid dalam kumpulan ini untuk mempelbagaikan proses belajar mereka dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman, penguasaan daripada kemahiran yang sederhana kepada kemahiran yang lebih tinggi. Contohnya melalui pendedahan daripada bahan pengajaran berasaskan elektronik ini mampu membudayakan sifat murid khususnya murid yang berada dalam kumpulan pengayaan ini untuk lebih memahami bahawa teknologi juga membantu dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Maka dalam proses pelaksanaan aktiviti pengayaan ini juga kami telah mengukuhkan lagi tahap keupayaan murid dalam golongan ini dengan menggalakkan kepada aktiviti pengayaan yang lebih cenderung pada corak belajar sendiri. Hal ini bertujuan untuk mendidik murid-murid ini berusaha dengan lebih gigih selain tidak terlalu mengharapkan suapan ilmu daripada guru. Oleh yang demikian, dalam memastikan corak belajar sendiri itu mampu diwujudkan dalam aktiviti pengayaan yang kami pilih, peranan guru lebih hanya sebagai pembimbing iaitu guru hanya memberikan peluang kepada murid untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dengan pengetahuan sedia ada mereka terhadap isi pelajaran yang telah dipilih, manakala guru hanya memberikan panduan dan sedikit arahan terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran dan seterusnya memberikan peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempelajari sendiri dalam usaha mengukuhkan lagi kemahiran mereka. Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita hendaklah menyedari akan konsep perbezaan individu termasuk dari segi latar belakang, dan tahap kecerdasan kognetif murid melalui aktiviti pengajaran pemulihan dan pengayaan. Hal ini supaya keadilan dalam menerima pendidikan dan hak untuk belajar dan menguasai ilmu dapat diberikan kepada semua golongan murid tanpa mengambil kira faktor yang menjadi penghalang kepada mereka untuk memahirkan diri dalam usaha untuk menguasai ilmu pengetahuan. Yang

bermakna guru bukan sahaja perlu bijak tentang bagaimana hendak menarik minat murid untuk mengikuti isi pelajaran yang disampaikan, malah guru perlu menguasai teknik mahupun strategi-strategi pengajaran daripada yang umum kepada yang lebih khusus iaitu pengajaran pemulihan dan pengayaan. Apabila guru telah mempunyai perancangan yang sebegini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah keciciran murid untuk menguasai ilmu pengetahuan, iaitu murid yang mempunyai masalah pembelajaran tidak berterusan dalam kelompok murid yang lambat menguasai isi pelajaran, dan juga murid yang pandai dan juga sederhana tidak hanya terbatas pada satu tahap sahaja, iaitu mereka diberikan pelbagai aktiviti pengukuhan.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

27

1.5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun Bil. Murid Tema Tajuk Tarikh Masa : : : : Cara: : : Bahasa Melayu 4 Amanah 24 orang Keluargaku Sayang Ibu Bapa Saya 18. 02. 2013 8.10-9.10 pagi

Objektif

: Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat:

1) Membaca lancar teks pantun bertajuk Ibu dan Bapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5.2 Aras 1 (i) 2) Menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 6 ayat tunggal tentang tajuk Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa yang mengandungi frasa nama dan frasa kerja . 8.2 Aras 1 (i) Objektif Pengayaan 1) Mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kasih Ibu Bapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif Pemulihan 2) Membaca lancar sekurang-kurangnya 4 daripada 6 perkataan KV+ KVK dalam kad perkataan dan bahan grafik bertajuk Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Hasil pembelajaran: Fokus utama: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca lancar bahan bukan sastera dan bahan sastera, iaitu pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

28

Fokus sampingan: 8.2 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 (i) Membina ayat tunggal yang lengkap mengandungi frasa nama dan frasa kerja berdasarkan tajuk yang diberikan. Kemahiran Bahasa: Membaca dan menulis. Sistem Bahasa: 1. Intonasi : Intonasi pantun 2. Kosa kata : Ibu Bapa 3. Tatabahasa : Ayat tunggal

Penyerapan nilai: Kasih sayang, menghargai Pengisian kurikulum: Ilmu Pendidikan Muzik. Nilai Murni Keberanian, kasih sayang

Kemahiran bernilai tambah kemahiran berfikir: Penyoalan, menghubungkait Pembelajaran kontekstual: Menghubungkait dengan pengorbanan ibu bapa dalam kehidupan seharian Konstruktivisme sosial Kecerdasan pelbagai: Interpersonal, Muzik, Intrapersonal, Kinestatik Kemahiran belajar cara belajar: Mengumpul maklumat, Memproses maklumat, Membuat persembahan Pengetahuan sedia ada: Murid mempunyai keluarga sendiri. Murid sentiasa bersama Ibu Bapa dalam kehidupan seharian.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

29

Bahan Bantu Mengajar:

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Komputer riba Lcd Skrin Alat perakam Video lagu Rasa Sayang Rakaman membaca berita

Bahan

Jumlah 1 1 1 1 1 1 1 1 4 4 4 4 1 4 6 6 2 5 1 4

Rakaman pertandingan pantun Teks pantun Ibu dan Bapa Kad arahan permainan Mari Berpantun

10. Teks pantun permainan Mari Berpantun 11. Lembaran kerja berkaitan tajuk Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa . 12. Persembahan slaid Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa 13. Rakaman deklamasi sajak 14. Teks sajak 15. Kad gambar 16. Kad perkataan 17. Borang Penilaian Deklamasi Sajak 18. Bahan grafik Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa 19. Video lagu 1,2,3 Sayang Semuanya 20. Borang penilaian bacaan pantun

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

30

Langkah-Langkah Pengajaran:

Isi pelajaran

Aktiviti

Catatan

Lagu Rasa Sayang (Sila lihat lampiran)

Set Induksi ( 5 minit) Murid ditontonkan video lagu Rasa Sayang.

BBM LCD Skrin Komputer riba Video Lagu Rasa Sayang KB KBT Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. KP Teknik Pemerhatian Tunjuk cara Pergerakan kreatif Verbal linguistik Muzik Intrapersonal Kinestatik Menghubungkait

Soalan ransangan 1. Kenapa anda menyayangi ibu anda? 2. Apa yang selalu Ibu anda lakukan terhadap anda?

Murid-murid diminta menyanyikan lagu berdasarkan seni kata yang dipaparkan bersama-sama dengan guru.

Jangkaan jawapan Sebab menyayangi Ibu Ibu orang yang melahirkan kita. Ibu menjaga kita sejak dari lahir.

Murid diminta melakukan gerak kreatif sambil bernyanyi. Murid diminta menyatakan beberapa alasan sebab mereka menyayangi ibu mereka dan memberi contoh jasa-jasa Ibu mereka dalam

Jasa Ibu Melahir dan membesarkan anak-anak. Menyayangi dengan sepenuh hati. Sanggup berkorban untuk anak-anak.

kehidupan seharian. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran utama dan sampingan Bahasa Melayu hari ini.

Nilai murni kasih sayang

Pembelajaran kontekstual

Langkah 1 (7 Minit) Soalan ransangan Contoh Aktiviti i Murid dipertontonkan BBM Rakaman 31

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

1. Apakah yang membuatkan murid-murid tertarik dengan rakaman membaca pantun yang dipertontonkan? 2. Apakah perbezaan antara membaca petikan berita atau cerita dengan petikan pantun? 3. Bagaimanakah cara pemantun mengayakan tangan atau bahagian lain tubuh semasa berpantun? 4. Apakah tujuan gaya pembacaan pantun? Jangkaan jawapan .......................... ..........................

rakaman membaca berita dan pertandingan berbalas pantun. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perbezaan kedua-dua rakaman tersebut. Murid diminta memberi respon terhadap pertandingan berbalas pantun yang dipertontonkan. KB KP Teknik

membaca berita Rakaman pantun Skrin LCD Komputer riba

Pemerhatian Penyoalan

Membanding beza Penyoalan

Verbal linguistik Intrapersonal

Nilai murni Yakin Berani

Pembelajaran Kontekstual

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

32

Langkah 2 (23 minit) Teks Pantun Ibu dan Bapa ( Sila lihat lampiran) Teks pantun dalam Permainan Mari Berpantun (sila lihat lampiran) Aktiviti i Guru memaparkan teks pantun bertajuk Ibu dan Bapa pada skrin. Murid secara sukarela diminta untuk membaca teks pantun yang dipaparkan Maklum balas guru terhadap pembacaan murid 1. Kelancaran: Intonasi pantun Tidak tersekat-sekat Sebutan jelas Suara lantang pada skrin. Bacaan murid dirakam menggunakan alat perakam (seperti perisian Microsoft One Note yang terdapat dalam komputer riba) Murid diperdengarkan rakaman bacaan mereka 2. Gaya dan penyampaian menarik Bahasa tubuh Lenggok bacaan/ berirama Kontak/ berkomunikasi dengan penontoon/ pendengar. Aktiviti ii Murid dimasukkan kepada 4 kumpulan kecil dan diminta berada dalam kumpulan masing-masing. Setiap murid terlibat dengan permainan Mari Berpantun. Setiap kumpulan diedarkan kad arahan permainan. Kumpulan akan dipilih secara rawak oleh guru untuk mengambil teks pantun. Wakil dalam kumpulan diminta untuk membaca Nilai murni Yakin Berani 33 KP Verbal linguistik Intrapersonal Interpersonal KB Membuat penghakiman yang dipancarkan pada skrin. Guru memberikan maklum balas terhadap pembacaan murid. BCB Membuat persembahan pembacaan pantun. BBM Teks pantun Ibu dan Bapa Komputer riba Skrin LCD Alat perakam (Microsoft One Note) Kad arahan Permainan Bahasa Mari Berpantun (Lampiran) Borang penilaian bacaan pantun 4 teks pantun dalam Permainan Mari Berpantun

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

pantun yang dipilih secara rawak daripada guru. Beberapa orang murid yang dipilih guru akan mengisi borang penilaian rakan yang membaca pantun. Penilaian (Lampiran) Aktiviti iii Murid-murid membuat kiraan markah untuk menentukan pemantun terbaik dari setiap kumpulan kecil dan memberi maklum balas tentang pencapaian pemantun terbaik berdasarkan kriteria dalam borang penilaian. Pemantun terbaik daripada setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan pantun pilihan masingmasing. Teknik Permainan bahasa Formatif/ kriteria Rakan sebaya Alat-skala kadar merujuk KTMK Aplikasi perisian Microsoft One Note

4 Lembaran kerja berkaitan tajuk, Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa. (Lihat lampiran) 4 subtopik Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa: Berkebun bersama Ibu Bapa di Rumah Gotong- royong bersama Ibu Bapa. Bersenam Sihatkan Badan bersama Ibu Bapa Membantu Ibu Bapa di

Langkah 3 (20 Minit) Aktiviti i (10 minit) Murid diminta berada dalam kumpulan asal masingmasing. Setiap kumpulan diberikan satu lembaran kerja berkaitan tajuk Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa. Murid-murid diminta membina ayat tunggal yang mengandungi frasa nama + frasa kerja berdasarkan gambar yang ditunjukkan

BBM Komputer riba LCD Skrin Lembaran kerja, Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa. Persembahan slaid Cuti Sekolah Bersama Ibu Bapa. Rakaman deklamasi sajak

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

34

Rumah

dalam lembaran kerja yang diberikan setelah mendengar

Teks sajak dalam perisian internet Kad bergambar

Jangkaan jawapan murid: Berkebun bersama Ibu Bapa di Halaman Rumah Bapa sedang memotong rumput. Ibu menyiram pokok bunga.

arahan daripada guru. Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan. Kemudian, wakil murid diminta menyalin semula jawapan mereka pada persembahan slaid dalam komputer riba yang disediakan guru di hadapan kelas. Jawapan murid dipaparkan pada skrin. Guru membetulkan kesilapan murid jika ada. Aktiviti ii (10 minit)

Kad perkataan Bahan grafik bertajuk, Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa

Aktiviti Pengayaan: Teks sajak Kasih Ibu Bapa (sila lihat lampiran)

Pengayaan Murid diminta berada dalam kumpulan yang ditetapkan oleh guru. KTMK

Aplikasi perisian Persembahan slaid.

Soalan ransangan: Apakah perbezaan teks pantun dengan sajak?

Seorang murid dalam kumpulan dipilih oleh guru untuk mengisi skor dalam borang penilaian deklamasi KP KB

Perisian internet

Verbal linguistik Interpersonal

Jangkaan jawapan: Teks pantun mempunyai pembayang dan maksud manakala sajak berbentuk bebas.

sajak. Murid dalam kumpulan diminta menonton rakaman deklamasi sajak. Murid diminta melihat teks sajak dalam perisian yang disediakan guru melalui komputer riba. Murid secara bergilir-gilir diminta mendeklamasikan

Menjanakan idea

Nilai murni Kerjasama Menghargai

Pantun terdiri dalam bentuk rangkap manakala sajak dalam bentuk yang bebas.

Penilaian objektif pengayaan 35

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

sajak berdasarkan teks yang terdapat dalam perisian yang disediakan guru. Rakan murid dalam kumpulan yang dipilih oleh guru akan mengisi skor rakan yang mendeklamasikan sajak dalam borang penilaian deklamasi sajak. Murid yang mengisi borang penilaian akan menyerahkan borang kepada guru setelah kesemua rakan dalam kumpulan selesai mendeklamasikan sajak. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai perbezaan antara sajak dengan pantun. Aktiviti Pemulihan: Kad bergambar di bawah tajuk, Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa. (sila lihat lampiran) Betik Timun Sayur Pasar Lobak Nanas Kad perkataan (sila lihat lampiran) Bahan grafik bertajuk, Ke Pasar Bersama Ibu dan Bapa (lihat lampiran) Membaca teks pendek Pemulihan Mengeja dan membaca perkataan kv + kvk Murid yang terlibat diminta berada dalam kumpulan yang ditetapkan oleh guru. Murid ditunjukkan kad bergambar dan diminta menyebut perkara yang dilihat. Murid ditunjukkan kad perkataan dan diminta membaca kad tersebut dengan bimbingan guru. Setiap orang murid dalam kumpulan diberikan satu bahan grafik bertajuk Ke

Borang Penilaian Deklamasi Sajak Pemerhatian: melalui soal jawab.

Penilaian objektif pemulihan Senarai semak (aktiviti pemulihan)

Pembelajaran Kontekstual

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

36

yang mengandungi perkataan KV+KVK Maklum balas guru dari aspek: Kelancaran Sebutan yang jelas. Intonasi yang betul.

Pasar Bersama Ibu dan Bapa. Murid secara bergilir-gilir diminta membaca teks dalam bahan grafik yang diberikan guru. Guru memberi maklum balas terhadap bacaan murid.

Kognitif: Rumusan isi pelajaran

Penutup (5 minit) 1. Murid diransang mengingat kembali isi pelajaran hari ini.

BBM LCD Skrin Video lagu 1,2,3, Sayang Semuanya KB KP Verbal linguistik intrapersonal Merumus

Rumusan isi pelajaran Cara membaca pantun: Kelancaran Sebutan yang jelas Intonasi yang betul gaya dan persembahan yang menarik Sosial: Pujian atas usaha dan kejayaan Nyanyian lagu 1,2,3, Sayang Semuanya

2. Guru memberikan pujian atas sikap dan kerjasama murid. 3. Murid diminta menyanyikan lagu yang dipaparkan pada skrin diiringi seni kata.

Nilai murni Kasih sayang kerjasama

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

37

1.6 RUMUSAN/ PENUTUP Sebagai kesimpulannya, bukan kesemua murid mampu dan berkeupayaan menguasai kemahiran atau pelajaran yang diajarkan guru semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat murid yang mampu menguasai kemahiran yang diajarkan dan terdapat juga murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu lemah dalam menguasai kemahiran yang diajarkan oleh guru. Hal ini demikian kerana, perbezaan yang wujud dalam kalangan murid sama ada dari perbezaan segi kognitif, gaya belajar, kecerdasan dan sebagainya dapat mempengaruhi keupayaan murid menguasai pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengaruh kepelbagaian pelbezaan ini, maka wujudlah murid yang cerdas, dan juga murid yang lemah dalam menguasai pelajaran. Terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sendiri, bukan kesemua murid berupaya menguasai

kemahiran bahasa yang diajarkan guru dalam pengajaran. Sebagai contohnya, dalam kemahiran membaca misalnya, terdapat murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik dan terdapat juga murid yang gagal menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan. Maka, wujudlah pelbagai masalah pembelajaran khusus bagi murid yang lemah menguasai kemahiran membaca. Salah satunya adalah masalah pembelajaran berkaitan tugasan ini, iaitu murid gagal membaca lancar dengan sebutan dan intonasi yang betul. Dalam mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dalam sesuatu pengajaran, maka aktiviti pemulihan diperkenalkan. Menurut Mok Soon Sang (2002), pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu muridmurid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Ianya bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di kalangan muridmurid di dalam kelas supaya mereka dapat belajar bersamasama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Manakala, bagi murid yang cerdas dan sederhana, aktiviti pengayaan

dijalankan bagi mengukuhkan kemahiran yang dipelajari sebelumnya. Menurut Jabatan Pendidikan Khas (1999), aktiviti pengayaan merupakan satu aktiviti yang banyak membantu murid untuk lebih cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Jika aktiviti pengayaan ini dijalankan dengan cara yang berkesan, murid akan dapat banyak manfaatnya. Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk belajar. Namun demikian, dalam melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan terhadap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlulah bijak merancang strategi pengajaran aktiviti pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian. Hal ini kerana bagi Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 38

membantu guru mencapai objektif pengajaran yang ditentukan selain membantu murid menguasai dan meningkatkan pencapaian dalam pelajaran yang diajarkan. Dalam

kemahiran membaca sendiri, guru haruslah meningkatkan kemahirannya dalam strategi pengajaran yang tersusun dan berkesan bagi membantu murid dalam pelajaran. Terutamanya, bagi murid yang mengalami masalah pembelajaran yang menyukarkan mereka untuk menguasai kemahiran yang diajarkan oleh guru. Menurut dapatan kajian Joseph K. Torgesen (2002) dalam Journal of School Psychology: The Prevention of Reading Difficulties, yang mengatakan bahawa guru perlu mengubah cara mereka bekerja bagi membantu murid mengatasi masalah membaca yang dihadapi. Menerusi dapatan kajian ini, cukup menerangkan bahawa pengajaran guru yang berkesan dalam bilik darjah adalah mempengaruhi penguasaan kemahiran murid terhadap sesuatu pelajaran. Secara keseluruhannya, guru perlulah bijak merancang strategi pengajaran dari segi penentuan objektif yang bersesuaian dengan tahap murid, perancangan yang tersusun, pengajaran yang mementingkan pengelolaan pengajaran, pemilihan bahan dan aktiviti serta penilaian yang mampu mengukur pencapaian murid. perkara ini adalah bagi mewujudkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

39

1.7 REFLEKSI Oleh: Sharifah Nur Rasyidah bt. Syed Mohd Zainal Al-Bidin Pada 4 Mac 2013 yang lalu, soalan kehendak tugasan kerja kursus telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu Puan Zainiyah bt. Mohd Zain untuk subjek Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Tugasan ini merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan bagi subjek major untuk melengkapkan tugasan untuk semester ini. Pada mula mendapat soalan tugasan ini, saya berasa sedikit keliru disebabkan terdapat beberapa kehendak soalan yang saya sendiri tidak berapa pasti. Namun demikian, penerangan demi penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing membuatkan saya lebih faham dan berasakan banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang akan saya perolehi semasa melaksanakan tugasan projek ini. Setelah anggota kumpulan ditetapkan, saya bersama rakan sekumpulan, iaitu Rosliza telah bersama-sama merancang pelaksanaan tugasan ini. Langkah awal yang kami ambil ialah dengan memahami sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan. Menelusuri skop tugasan ini, kami diberikan satu situasi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa tertentu di dalam sesebuah kelas yang didapati bahawa lima orang murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. Justeru, kami ditugaskan untuk menghuraikan masalah pembelajaran kemahiran bahasa yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid berkenaan. Seterusnya, merangka strategi pemulihan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, strategi pengayaan turut dikupas dalam tugasan ini. Kemudian, setelah mengenal pasti masalah pembelajaran dan pemilihan strategi, maka kami diminta menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tempoh satu jam pengajaran yang lengkap beserta aktiviti pemulihan dan pengayaan, dan bahan pembelajaran sokongan berdasarkan situasi yang diberikan. Lalu, saya bersama rakan sekumpulan sepakat memilih masalah pembelajaran yang melibatkan kemahiran membaca, iaitu murid tidak dapat membaca dengan lancar. Maka, pelbagai strategi pemulihan mahupun pengayaan dirancang bagi menghasilkan tugasan seperti mana yang dikehendaki. Namun demikian, yang menjadi sedikit permasalahan bagi saya ialah untuk membina Rancangan Pengajaran Harian seperti yang dikehendaki dalam soalan tugasan. Hal ini demikian kerana saya masih sukar untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan bahan bantu belajar serta penetapan objektif pengajaran yang tepat. Beberapa kali saya bersama rakan sekumpulan terpaksa merombak RPH yang dibuat setelah mendapati sesetengah aktiviti tidak sesuai, objektif yang tidak jelas dan beberapa masalah berkaitan. Namun, perkara ini bukanlah menjadi permasalahan utama kerana dengan adanya

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

40

pensyarah pembimbing yang cukup sedia membantu membuatkan masalah menjadi terhapus dengan sendiri. Namun, kesukaran sedikit terbeban pada bahagian tugasan memberikan justifikasi pemilihan aktiviti dan bahan bagi pengajaran pemulihan dan pengayaan berdasarkan RPH yang dirancang. Ini kerana kami perlu membuat perkaitan antara pendidikan pemulihan dan pengayaan dengan FPK dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun, hasil daripada penerokaan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber maklumat yang sahih seperti jaringan maklumat di internet, buku-buku, jurnal dan beberapa lagi, maka tugasan ini akhirnya siap dalam jangka masa yang diperuntukkan. Malahan, hasil yang diperoleh daripada pencarian dan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber, saya telah menemukan banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan sedia ada saya. Bahkan, semakin saya meneroka pengalaman dan pengetahuan baharu mengenai tugasan ini, semakin saya mengenali dan berasa seronok kerana banyak ilmu baharu saya peroleh. Secara tidak langsung, ini meningkatkan kemahiran dan ketrampilan saya dalam pedagogi. Sebagai contohnya, jika sebelum ini, saya masih sukar dan keliru untuk memilih aktiviti dan bahan yang bertepatan dengan objektif pengajaran, namun melalui hasil dapatan dan pengalaman sepanjang menghasilkan tugasan ini, saya mula dapat memilih aktiviti dan juga bahan yang sesuai berlandaskan objektif yang ditetapkan. Bagi saya sendiri, sebagai seorang pelajar dan bakal guru abad ke-21 seperti saya dalam kehidupan sebenar hari ini, perkara yang mewujudkan kekeliruan ini harus diberi perhatian serius kerana kekeliruan walaupun sedikit ini akan memberikan impak terhadap penghasilan sesuatu rancangan pengajaran harian yang sempurna dan untuk diamalkan di dalam bilik darjah kelak. Menerusi tugasan ini, saya mula dapat merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan hasil dari perbincangan dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan rujukan dari pelbagai sumber. Sebagai contohnya, dalam aktiviti pemulihan yang dirancang, beberapa kali saya terpaksa menukar aktiviti yang dirancang setelah merasakan tidak sesuai serta mengambil kira pandangan pensyarah semasa perbincangan. Akhirnya, saya telah memilih aktiviti murid mengeja dan membaca perkataan KV+KVK dengan menggunakan bahan bantu belajar seperti kad perkataan, kad gambar dan juga bahan grafik. Aktiviti ini dirancang kerana didapati lebih sesuai untuk membantu murid mengatasi masalah membaca tidak lancar. Dalam kes ini, murid tidak dapat membaca dengan lancar kerana bacaan mereka mula tersekat-sekat apabila bertemu dengan perkataan yang mengandungi KV+KVK. Maka, aktiviti mengeja dan membaca perkataan KV+KVK dipilih dan dirancang dengan

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

41

menggunakan bahan bantu yang sesuai dan menarik. Aktiviti ini penting bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Manakala, bagi aktiviti pengayaan pula, saya mendapat pengetahuan baharu mengenai cara merancang aktiviti pengayaan yang sesuai. Pada awal perancangan, aktiviti yang dirancang seolah tidak menepati objektif yang ditetapkan, maka aktiviti dirombak setelah merujuk kepada pensyarah untuk pemilihan aktiviti yang sesuai. Dalam aktiviti yang dirancang, aktiviti mendeklamasikan sajak dirancang ke atas murid pengayaan setelah mereka berjaya menguasai pelajaran sebelum itu, iaitu membaca lancar pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Aktiviti ini juga dipilih dan dirancang kerana dilihat sesuai dengan tahap kesukaran dan kesesuaian murid dalam aktiviti pengayaan. Sememangnya dalam pemilihan aktiviti pengayaan sendiri, aktiviti yang dirancang haruslah lebih mencabar, menarik, dan sesuai dengan tahap atau aras kesukaran murid. Oleh itu, aktiviti mendeklamasi sajak dipilih kerana jika sebelum ini, murid telah berjaya membaca pantun dengan lancar, maka aktiviti seterusnya haruslah lebih mencabar murid. Salah satunya, menerusi aktiviti mendeklamasikan sajak. Sajak adalah salah satu contoh puisi selain pantun. Jika sebelum itu, murid belajar membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul, aktiviti seterusnya murid belajar mendeklamasikan sajak. Menerusi aktiviti ini, murid dapat belajar mengenal perbezaan antara pantun dengan sajak. Perkara ini merupakan antara pengalaman dan pengetahuan baharu bagi saya. Sementelahan itu, menerusi pelaksanaan tugasan ini juga, saya belajar pengetahuan baharu untuk membuat penilaian ke atas pencapaian murid semasa membuat aktiviti pemulihan dan pengayaan. Dalam aktiviti pemulihan yang dirancang, saya telah memilih cara penilaian menggunakan senarai semak bagi menilai bacaan murid dari segi sebutan dan intonasi yang betul. Penilaian ini adalah penting bagi memastikan objektif pemulihan dapat dicapai atau belum. Manakala, bagi aktiviti pengayaan pula, saya belajar membuat penilaian ke atas pelajar menggunakan borang penilaian deklamasi sajak. Instrumen atau alat penilaian ini adalah penting dalam aktiviti yang dirancang kerana ia bertujuan sebagai rekod kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu pelajaran. Maka, menerusi tugasan ini, saya banyak mendapat pengetahuan baharu mengenai cara membuat penilaian ke atas murid pemulihan dan pengayaan. Selain itu, pengetahuan saya dalam pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian juga turut bertambah hasil daripada pengalaman semasa pelaksanaan tugasan ini. Ini adalah kerana saya sendiri selain dibimbing oleh pensyarah, telah berusaha merujuk pelbagai bahan dari pelbagai sumber bagi meningkatkan pengetahuan mengenai penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ini. Pengetahuan yang semakin bertambah ini memberikan Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 42

satu lagi pengalaman baharu pada saya. Walaupun, saya pernah menghasilkan RPH pada tugasan semester yang lalu bahkan dalam subjek lain pada semester ini, namun saya menganggap bahawa semakin saya membuat penerokaan, semakin banyak yang saya tahu. Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri yang menggariskan pernyataan bahawa, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ini bermakna pentingnya ilmu pengetahuan bagi seseorang terutama bakal guru seperti saya sendiri. Apatah lagi, pengetahuan dalam menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang berkualiti penting kerana sebagai pelajar dan bakal guru abad ke-21, RPH yang berkualiti dapat menentukan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang diinginkan. Rancangan yang teliti, aktiviti yang berkesan dan pengajaran yang tersusun adalah aspek penting dalam sesuatu rancangan pengajaran. Perkara ini merupakan satu pengalaman dan pengetahuan baharu yang meningkatkan kecekapan saya dalam menjadi panduan untuk menghasilkan suatu rancangan pengajaran harian yang berkesan. Di samping itu, tidak cukup dengan pengetahuan dalam menyediakan RPH yang berkesan, saya juga memperoleh banyak lagi pengetahuan baharu menerusi pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya juga ialah mengenai keperluan pendidikan pemulihan dan pengayaan bahasa Melayu. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, kefahaman saya terhadap pendidikan pemulihan dan pengayaan adalah semakin meningkat malahan banyak perkara yang sebelum ini saya rasakan betul namun sebenarnya bercanggah dengan kefahaman mendalam mengenai pendidikan ini. Hal ini disebabkan oleh pengetahuan sedia ada saya yang masih cetek ilmu dan kurang pendedahan. Namun, setelah melaksanakan pelbagai rujukan, saya mula benar-benar faham mengenai pendidikan pemulihan dan pengayaan. Saya juga mulai sedar bahawa perlu dan pentingnya pendidikan pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran bahasa Melayu bagi membantu murid mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, saya menjadi tahu dan cuba untuk mendapatkan banyak maklumat mengenai pendidikan pemulihan dan pendidikan pengayaan. Misalnya, untuk pendidikan pemulihan sendiri, saya mulai faham mengapa pendidikan ini adalah perlu dalam pelaksanaan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor keperluannya ialah aktiviti pemulihan yang dijalankan adalah merupakan alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam bilik darjah. Pendidikan pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Selain itu, rasional pendidikan ini juga adalah bertujuan untuk mencapai matlamat FPK, melayani diri murid yang berbeza agar

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

43

mereka tidak rasa tercicir dan meningkatkan prestasi kemahiran bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran. Bagi saya sendiri, pendidikan pemulihan adalah sangat perlu bagi memberi peluang murid mendapat peluang belajar yang sama walaupun mereka dikategorikan sebagai murid lemah dan bermasalah dalam pembelajaran. Jika tiada pendidikan seperti ini, murid benarbenar akan tercicir seterusnya masa depan mereka turut terumbang- ambing pada masa akan datang. Paradigma negatif yang mengatakan murid pemulihan sukar berjaya pada masa hadapan adalah pemikiran yang kosong kerana betapa ramai insan berjaya pada masa kini adalah asalnya murid pemulihan. Kejayaan ini adalah hasil usaha untuk tidak meletakkan mereka lemah selama-lamanya. Oleh itu, pendidikan pemulihan adalah saluran kepada alternatif ini bagi membantu murid mengatasi masalah mereka. Manakala, pendidikan pengayaan pula dijalankan kepada murid cerdas dan sederhana bertujuan untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka yang membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. Murid pengayaan dilihat tidak mendatangkan masalah dalam pembelajaran, cuma mereka perlu dibimbing agar terus berjaya dalam pelajaran seterusnya berjaya mengetengahkan pengisian dalam diri mereka kepada dunia global pada masa hadapan. Maka, bagi mendukung hasrat inilah, justeru pendidikan pengayaan dirangka. Dalam dunia pendidikan, guru sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan FPK yang digubal bertujuan untuk menjadi garis panduan dan menjelaskan matlamat pendidikan negara dalam melahirkan rakyatnya yang lengkap dari segenap aspek. Terkini, ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu langkah bijak yang digubal oleh kerajaan bagi memantapkan lagi hala tuju sistem pendidikan negara yang menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif terperinci untuk menjadikan pendidikan negara lebih berkualiti dan dinamik. Ia boleh dianggap sebagai satu usaha pemantapan sistem pendidikan negara agar selari dengan perubahan pendidikan global. Dalam kedua-dua ini, guru sememangnya diberi amanah untuk memainkan peranan bagi merealisasikan FPK dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi mengisi keperluan pendidikan dan mengangkat martabat pendidikan Malaysia ke arah mutu keunggulan. Sebagai bakal pendidik, saya menyedari bahawa peranan menjalankan tanggungjawab ini adalah terletak pada peranan guru dalam merealisasikan FPK dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan sebaiknya. Dalam FPK, terdapat pecahan-pecahan kecil kandungan yang setiap ayat yang disusun adalah mengandungi peranan-peranan guru Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 44

dalam merealisasikan. Sebagai contoh, mengambil intipati FPK berbunyi, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan. Dalam konteks ini, pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran, dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ini pula berlangsung secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Sementara sahsiah yang dibentuk terus berkembang sepanjang tempoh

persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Malahan, proses pendidikan akan berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Oleh itu, peranan yang digalas oleh untuk guru bagi merealisasikannya ialah guru haruslah sentiasa bersedia dalam memberi pendidikan kepada murid setiap masa secara berterusan. Hal ini kerana ilmu pendidikan adalah sentiasa mengalir dan guru perlu sentiasa bersedia setiap masa mencurahkan ilmu dalam pendidikan. Selain itu, guru harus menghayati falsafah pendidikan guru yang mendalam kerana ia mendorong para guru menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyifatkan bahawa kejayaan Pelan ini amat bergantung kepada faktor guru dari segi sikap positif serta komitmen dari semua guru bagi menjayakan transformasi pendidikan yang bersifat holistik dan multi-dimensi ini. Seterusnya, pecahan berikutnya dalam kandungan FPK, iaitu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi, dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, merupakan peranan guru untuk mengetengahkan dan memperkembang potensi diri murid secara keseluruhannya. Bagi merealisasikan hasrat ini, guru haruslah berusaha mencungkil bakat, potensi dan kebolehan murid untuk dikembangkan dan dipertingkatkan. Oleh itu, menerusi pendidikanlah, peluang murid untuk mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka dapat dijelmakan secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan tersebut hendaklah merangkumi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sendiri yang sangat bergantung kepada keupayaan guru untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi pendidikan kerana matlamat pendidikan sendiri adalah untuk individu. Seterusnya, peranan guru dalam merealisasikan FPK dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga terkandung dalam intipati kandungan FPK yang mengatakan, ..untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kandungan ini bermaksud adalah amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 45 memperkembangkan potensi dan keupayaan

yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani), kesihatan diri yang baik (jasmani), dan gaya pergaulan yang sihat (sosial). Hal ini kerana, keseimbangan antara kelima-lima aspek di atas akan melahirkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan masyarakat di sekelilingnya dan memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa juga masalah yang timbul. Jadi, di sini letaknya peranan guru dalam merealisasikannya melalui arena pendidikan secara langsung. Guru perlu menjadikan pendidikan sebagai medium untuk mewujudkan insan, iaitu murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Perkara ini juga seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bertujuan untuk melahirkan guru yang berkualiti dan cemerlang yang berjaya dicapai jika guru berusaha menghayati sepenuhnya FPK. Sementara itu, guru juga berperanan dalam merealisasikan FPK dan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi penghayatan terhadap kandungan FPK yang berikutnya, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Rakyat yang berpengetahuan dapat dilahirkan menerusi pendidikan yang merupakan satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan sentiasa memerlukan perluasan, penguasaan dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Sebagai guru, murid perlulah dibekalkan dengan ilmu pengetahuan sewajarnya seterusnya dapat membentuk

keterampilan diri, iaitu guru mempunyai kecekapan dan kopentensi diri yang berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Di samping, berusaha menerapkan aklak yang baik terhadap diri sendiri mahupun murid yang dididik agar mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang pada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup seterusnya berupaya mencapai kesejahteraan diri, iaitu mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Dalam Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ini juga melihat kepentingan generasi muda untuk menempuh zaman globalisasi pada abad ke-21. Maka, perlunya daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Oleh itu, peranan ini haruslah dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh guru bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sendiri. Selain itu, peranan guru dalam merealisasikan FPK dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga terkandung dalam intipati FPK yang mengatakan, ..dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apa yang dimaksudkan dengan intipati ini ialah usaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghomati dan sebagainya selain untuk Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 46

memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar yang ditetapkan seterusnya membantu dalam mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Di sini, peranan guru jelas ditunjukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan tugas guru untuk menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara bagi melahirkan murid yang juga insan yang mampu menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara pada masa hadapan. Kesimpulan, kejayaan melaksanakan pelan pendidikan baru, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah sangat bergantung kepada keupayaan guru untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi pendidikan seperti yang diharapkan. Dalam menyokong pelaksanaan ini, kerajaan sendiri berusaha menyediakan infrastruktur

pendidikan yang mencukupi dan berkualiti serta proses pembelajaran (latihan) guru yang berkesan dan terkini memainkan peranan amat penting dalam melahirkan guru yang berkualiti dan cemerlang. Seterusnya, dapat membantu guru merealisasikannya dengan sempurna. Perkara paling penting ialah guru mestilah terlebih dahulu menghayati semangat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan mendalam kerana ia dapat mendorong para guru menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Secara rumusannya, banyak pengetahuan baharu yang saya peroleh sepanjang melaksanakan tugasan ini. Bermula dengan pengetahuan mengenai masalah pembelajaran murid, cara mengatasi masalah pembelajaran melalui strategi tertentu, pendidikan pemulihan dan pengayaan, penyediaan Rancangan Pengajaran Harian dan peranan guru dalam merealisasikan FPK dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ternyata tugasan ini memberikan banyak panduan pengajaran berguna kepada bakal guru seperti saya untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan kelak. Semoga segala ilmu pengetahuan ini menjadi lipatan pengalaman berharga kepada saya dalam menghasilkan tugasan seperti mana yang dikehendaki. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

47

SENARAI RUJUKAN Abd Aziz Talib, (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Abdul Rasid Jamian, (2011). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra Malaysia. Andrejs Geske & Antra Ozola, (2008). Research Problems Of Education In The 21th Century: Factors influencing reading literacy at the primary school level. University of Latvia, Riga, Latvia. Affiiqka Humaira Abdullah, (15 Oktober 2012). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 Mentransformasi Pendidikan Negara. Diperoleh pada: 10 Mac 2013. Daripada: http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/140-pelanpembangunan-pendidikan-2013-2025-mentransformasi-pendidikan-negara Bahagian Pengurusan Maklumat, ( 31 Mac 2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperoleh pada: 1 April 2013. Daripada: http://www.moe.gov.my/v/pelanpembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025 Charlie Anak Unggang, (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas membaca di kelas Pemulihan: Kajian Kes di lima buah sekolah Daerah Serian. Deutsch, M, (1949). A Theory of Cooperative and Competition. Human Relations 2:129-152 Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hasnah Awang & Habibah Mohd.Samin (Munsyi Dewan), (2010). Literasi Bahasa Melayu. Panduan Untuk Pelajar- Pelajar Program PISMP,PGSR & Pendidik. Selangor. Jabatan Pendidikan Khas, (1999b ). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas. Kuala Lumpur. Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E.J (1993). Cooperation in Classroom (6th Ed.). Edina, MN: Interaction Book Company Kamarudin Hj. Husin, (1990). Pedagogi 4. Longman, Malaysia. Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Meimon Sanai, (2009). Jurnal Kajian Tindakan Penyelidikan: Celik Huruf: Lancar Baca. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak. Mok Soon Sang, (1991). Pedagogi 4- Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Moshitoh Ishak, ( 18 Ogos 2010). BMM3106. Diperoleh pada: 10Mac 2013. Daripada: http://mashitohishak.blogspot.com/p/bmm-3106.html Aspalaila Ramli & Maslinda Mahmud, (2006). Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor: Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV +KVK. SK. Sawah Dato, Mersing: Johor. Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR 48

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi. Masa Enterprise. Kajang Selangor. Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Siri Pendidikan Guru , Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar. Sdn. Bhd. Slavin, R. E ,(1978). Students Teams and Comparison among Equals: Effects on Academic Perfomance and Student Attitudes. Journal of Educational Psychology 70:532;538. Syed Ismail Syed Mustafa, ( 2011). Pengantar Pendidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat, (1989). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu / Malay Language Education Journal (MyLEJ): Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan Di Brunei Darussalam. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Zamri Mahamod, (2011). Seminar Bahasa Melayu: Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi, (2005). Jurnal Teknologi: Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Selangor.

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

49

LAMPIRAN

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

50

JADUAL PERANCANGAN KERJA KURSUS TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR BMM3106

Bil.

Perkara

M1

M2

M3

M4

M5

M6

Catatan

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

51

BORANG KOLABORASI NAMA AHLI KUMPULAN: 1. ROSLIZA BINTI AMIR BEK 2. SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN MATA PELAJARAN : PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR (BMM3106) KUMPULAN : PISMP 3A AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH

PERKARA /AKTIVITI

TANDATANGAN PELAJAR

CATATAN

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

52

BORANG PELAKSANAAN TUGASAN NAMA AHLI KUMPULAN: 1. ROSLIZA BINTI AMIR BEK 2. SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN

MATA PELAJARAN : PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR KUMPULAN : PISMP 3A AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH

PERKARA / AKTIVITI

TANDATANGAN PENSYARAH

CATATAN

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

53

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu SR

54

Anda mungkin juga menyukai