Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM


Pada 23 dan 24 Februari 2013 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam
bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kursus selama dua hari
ini yang melibatkan seramai 178 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-3 diadakan di
Politeknik Ibrahim Sultan. Pada kali ini kursus ini dianjurkan oleh Masjid Politeknik Ibrahim
Sultan bersama Jabatan Agama Johor.

Antara beberapa objektif kursus seumpama ini di adakan adalah seperti berikut:
1. Memberi pendedahan kepada para pelajar PIS untuk memahami serta mendalami ilmu
yang dipelajari di dalam kelas.
2. Memberi peluang dan ruang kepada para pelajar dan staf Politeknik Ibrahim Sultan
untuk menyertai & mengikuti kursus pra-perkahwinan di dalam kampus PIS.
3. Sebagai pendedahan kepada para peserta berkenaan hal-hal sebelum dan semasa
berumahtangga.
Pendaftaran untuk kursus ini telah dibuka selama 2 minggu bermula dari 4 hingga 18
Februari 2013 bertempat di masjid PIS dan Jabatan Pengajian Am bermula dari jam 10 pagi
hingga 5 petang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PIS. Namun
begitu, penyertaan dari peserta luar juga amat dialu-alukan.

Program ini telah dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, PIS. Pengisian Kursus Pra
Perkahwinan ini adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
(MBKPPI) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia
merangkumi beberapa siri ceramah yang telah ditetapkan dan diwajibkan kepada semua
peserta mengikutinya sebagai syarat yang paling utama untuk memperoleh sijil.

Penyerahan sijil kepada para peserta dibuat pada 24 Februari 2013 iaitu pada hari terakhir
kursus. Hampir semua peserta mendapat sijil mereka pada tarikh tersebut.

Sesi ceramah telah ditetapkan sebanyak sembilan tajuk yang diisi oleh 6 orang
penceramah daripada Jabatan Agama Johor. Antara pengisian kursus sepanjang dua hari
tersebut adalah :

Munakahat
Prosedur Permohonan Untuk Berkahwin
Komunikasi & Pengurusan Sumber
Ibadah
Pengurusan Kesihatan
Aqidah
Prosedur Mahkamah
Pembubaran Perkahwinan
Ibadah

Semoga program-program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang
terlibat dan mampu membentuk generasi Islam yang menjadi tunggak kepada keharmonian
negara.

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk


berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan
dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Disediakan oleh,

(MD YUSRI BIN JANI)


Setiausaha
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Fail Program

Peserta program mendengar taklimat

Sebahagian daripada peserta

Penceramah kursus

Modul Kursus

Modul Kursus

Peserta sedang diberi kursus

Sebahagian daripada peserta lelaki

Anda mungkin juga menyukai