Anda di halaman 1dari 1

KURSUS USING LECTURE MAKER AND CAMTASIA FOR TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES

Tempat : CAD4, JMSK, PIS


Disediakan Oleh: Naksa binti Ahmad

28-29 Januari 2014 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini bukan lagi berdasarkan konsep
chalk and talk sahaja. Dengan konsep Outcome Base Education yang diperkenalkan, pelajar-pelajar
perlu belajar dengan lebih aktif dan tidak mengharapkan maklumat yang keluar dari mulut pensyarah
sahaja. Oleh itu, pensyarah perlu lebih kreatif supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang adalah lebih menarik, efektif dan

pelajar dapat berinteraksi secara dua hala.

Penggunaan multimedia interaktif dilihat boleh membantu pelajar untuk memahami sesuatu maklumat
pembelajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana ia membenarkan pelajar berinteraksi secara
aktif dengan media yang disampaikan walau di mana sahaja mereka berada.
Di atas kesedaran itu, kursus Using Lecture Maker and Camtasia For Teaching and Learning Activities
telah diadakan supaya para pensyarah dapat menyediakan bahan multimedia interaktif untuk kursus
masing-masing. Kursus ini telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah dari JMSK sendiri iaitu Pn Siti
Nuradibah binti Haji Edros dan Pn Emy Zulyiana binti Mohd Nor dan dihadiri oleh 29 orang pensyarah
JMSK.
Diharap dengan kursus ini, para pensyarah dapat menjadi pendidik yang mempunyai daya kreativiti dan
inovasi
yang tinggi dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai