Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DARI JABATAN

PERHUTANAN NEGERI JOHOR.


Disediakan oleh : Alyyati Binti Mohd Talib (Setiausaha I Projek Ecotrail PIS)

ada 26 Ogos 2014, Jabatan Matematik, Sains & Komputer telah menganjurkan Program

Minggu JMSK bertemakan Alam Sekitar . Tema yang dibawa untuk julung-julung kali ini

adalah back to nature. kerana alam sekitar ini adalah warisan dunia di mana ia satu aset
yang sangat berharga dan harus dipelihara, dijaga dan dikekalkan. Kesedaran tentang
penjagaan, amalan harian dan do & dont kepada alam ini perlu ditingkatkan lagi dari
semasa ke semasa agar masing-masing sedar dan bertindak kearah memeliharanya.
Program ini melibatkan hubungan kerjasama yang telah dijalinkan antara Jawatankuasa
Kolaborasi Eco-Trail Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak Jabatan Perhutanan Johor (JPNJ).

Selain daripada aktiviti ceramah yanh diadakan, pihak Jab. Perhutanan Negeri Johor
(JPNJ) telah mengadakan satu pameran mini berkenaan jenis-jenis hutan yang terdapat di
negera ini, jenis-jenis pokok di kawasan hutan sekitar negeri Johor, beberapa bahan bacaan
untuk rujukkan, cara-cara penjagaan hutan dan aktiviti-aktivit yang boleh disertai oleh para
pelajar berkaitan dengan alam sekitar. Pameran mini ini telah disediakan oleh pihak Jabatan
Perhutanan Negeri Johor iaitu Puan Nurazuwah binti Omar yang menjawat jawatan sebagai
Penolong Pemelihara Hutan dan juga diiringi oleh pengawas hutan yang ramah dan sudi
berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengawas hutan iaitu Encik Nasarudin bin Jais.
Pameran ini telah dihadiri oleh beberapa staf di Politeknik Ibrahim Sultan dan pelajar-pelajar
semester 1 yang telah menghadiri sesi ceramah Alam Sekitar dari JPNJ.
Pameran mini yang telah diadakan ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan kepada
para pelajar tentang kesedaran dan kepentingan penjagaan Alam Sekitar. Selain itu
pameran mini ini memberikan pengetahuan kepada para pelajar tentang jenis-jenis hidupan
flora di hutan.

Mini Pameran Alam Sekitar dari JPNJ kepada pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim
Sultan

Anda mungkin juga menyukai