Anda di halaman 1dari 6

No.

Telefon

Km 10 , Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang


Johor Darul Tazim

No. Fax

:
:
:
:
:

07-261 2430
07-261 2404
07-261 2488
07-261 2797
07-261 2402

Lama Web : http://www.pis.edu.my

LAPORAN PROGRAM
SEMINAR PERUBATAN ISLAM
Tarikh
Masa
Tempat
Anjuran
Peserta
Penceramah

:
:
:
:
:
:

Disediakan oleh

17 Januari 2015 (Sabtu)


8.00 pagi 5.00 petang
Dewan Kuliah Politeknik Ibrahim Sultan
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
200 orang staf dan pelajar PIS serta masyarakat sekitar
Ustaz Abdul Majid Bin Hassan
Penaung Perubatan Islam Nur Ehsan
Md Yusri Bin Jani

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam
Al Quran.
Firman Allah maksudnya:
"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi
mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang
mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur
(taat)." (Al-A'raaf 16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan
manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini
boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang
bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.(Ar-Rahman 15)
"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur
antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "AsSamuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati
dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu.
Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam)
dari tanah.(Al A'raf 12)
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang
sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa
syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai
Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya
kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah
selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi
peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu
sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan
amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami
menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya
ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi
saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang
yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari
kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan
memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.
Mudah-mudahan program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan secara tidak langsung
memberi impak kepada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan yang menjadi Peneraju Ilmu Sejagat.


CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT. NO : AR 4531

Kaunter pendaftaran dan jualan produk rawatan islam

Sebahagian dari peserta

Penceramah sedang memberikan pengisian

Penceramah sedang memberikan pengisian


Ucapan perasmian oleh Tn. Syed Syikh Bin Syed A. Kadir, Pengerusi Masjid PIS

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Pendaftaran untuk sesi scan dan sesi rawatan di masjid PIS

Menunggu giliran untuk sesi scan dan sesi rawatan

Produk yang boleh membantu dalam rawatan islam

Anda mungkin juga menyukai