Anda di halaman 1dari 4

Hari Akhirat.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kem bang membesar dari biji benih. 5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. Diriwayatkan Nabi Muhammad saw dan Nabi Ibrahim adalah orang pertama yang diberikan pakaian. 6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tun ggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 10. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 11. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 1

12. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 13. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 14. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 15. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 16. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 17. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 18. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 19. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 20. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 21. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 22. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dap melepasinya at disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 23. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Muhammad dan Syafaatnya.


Apabila ahli neraka dimasukkan kedalam neraka jahannam untuk diazab, umat Muhammad mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Umat Muhammad berkata: Marilah kita pergi untuk meminta syafaat kepada Muhammad! Umat Muhammad mendekati Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa di bawah mimbar Nabi s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi Adam: Kami adalah umat Muhammad. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah hanya tinggal kami saja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami, timbangan kami semakin berat. Oleh itu, tolonglah kami memohon kepada Allah untuk segera menghisab kami! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka. Nabi Adam berkata: Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa Nabi Nuh a.s. yang telah berumur panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila terlihat mereka, dia berdiri. Umat Muhammad berkata: Wahai tuan kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia memisahkan di antara kami dan memutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka. Nabi Nuh berkata: Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah pertolongan daripadanya! Nabi Ibrahim berkata: Sesungguhnya aku pernah melakukan tiga kebohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa dengan Musa! Mintalah pertolongan kepadanya! Nabi Musa berkata: Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seseorang tanpa hak dan aku membunuhnya bukan atas kemahuanku sendiri. Aku melihat dia melampaui batas seorang lelaki Islam dan aku memukulnya. Dia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa! Mereka pergi berjumpa Nabi Isa dan dia berkata: Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orangorang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku, sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini aku malu untuk bertanya kepada-Nya mengenai ibuku Mariam. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Ketika Marim melihat umat Nabi Muhammad dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. Suara Mariam telah didengar oleh Nabi Muhammad lalu Baginda menjerit di atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai siapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!

Iblis dan Malaikat Zabaniah.


Kabul Ahbaar berkata: Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin,syaitan atau binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah swt. kepada Iblis. Kemudian Allah swt. berfirman kepada malaikatul maut: "Aku telah menjadikan pembantu untuk mu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan manusia dan berlipat kali ganda. Firman Allah swt. lagi: "Dan hendaklah kamu membawa 70.000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70.000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkan kepada Malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka." Setelah mendapat perintah dari Allah swt maka malaikat maut itu pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan andai kata kalau penduduk langit d dunia melihatnya nescaya an akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu. Apabila sampai saja Malaikat maut pada Iblis Laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali saja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya dengkur si Iblis laknat didengar penduduk di timur hingga ke barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, lalu malaikat maut membentak lagi: "Berhentilah kamu Iblis Laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah swt. terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!" Apabila Iblis Laknat mendengar saja apa yang dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka ia pun lari ke hujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapanya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepanya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu.Maka larilah Iblis laknat itu mengelilingi bumi, tapi tidak ada satu tempat pun untuk ia bersembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata: "Disebabkan kamulah aku menjadi malaun." Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut: " Minuman apakah yang akan kamu berikan kepada ku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan terhadapku?. " Malaikat maut pun berkata: " Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali ganda" . Mendengar hal demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ke timur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang mula-mula turun ke bumi dulu dan di situ ia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai di tangannya. Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah.

Anda mungkin juga menyukai