Anda di halaman 1dari 10

Rasulullah Di Hari Kebangkitan

| | Rasulullah SAW Membela Umatnya |


Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
|Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat|
 
Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

 . ari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara
Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
  “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari
kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada
kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah
benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab
sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas
(membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu
Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah
Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula
datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan
membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang
segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad
SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi
Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

    Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada
seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di
atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW
dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah
Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah
hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”


Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan
umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada
manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan
pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang
paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar
mentaatinya?”

    Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar
memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang
pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku,
nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

    Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia
melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW
berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru:
“Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut
yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung,
dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang
Maha Perkasa.

    Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa
tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat.
Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat
pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang.
Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian
tubuh tanpa roh.

    Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan
mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang
gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

    Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad
mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan
jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

    Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri
seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW
merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.
Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat


perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW
berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!”   Maka nabi Isa as dan Jibril as
menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai
Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

    Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan
selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka
gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap
mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta
memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi
Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya
menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang
menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:
“Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW
bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu
telah datang  untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah
dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

    Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.
Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya
menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah
kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan
kamu semua melakukan dosa!”

    Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka
terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya,
bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah
memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan
nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang
lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

    Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri
di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api
dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata
mereka (semuanya menangis).

    Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak
mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia
kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

^ Kembali ke atas ^

Rasulullah SAW Membela Umatnya

    Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda
bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku
adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta
kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab
kekasihnya.”

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru:
“KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku
Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru:
“Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku.
Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku..
Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta
untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada
umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah


Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara
apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka
tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan
Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?”   Maka,  matahari dibawa mengadap Allah
Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk
sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan
mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”

Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah
dihampirkan dengan kepala makhluk.”

Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di
dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas.
Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.

Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari
pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk
untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba
yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW
menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”

Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”

“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang
daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku!
Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan
pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa
mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”

Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”

Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk
dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap
orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.

( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai
bapaku?”

Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang
memberi minum umatku.”

Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di  atas Sirat sambil dikelilingi para
Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan
menyambut: “Aamiin.”

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan
mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka
Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk
kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang
beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat
Muhammad SAW!”

Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu
sembah?”

Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak
menyembah selainNya.”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”

Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”

    Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW
mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela
mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.


1.  Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2.  Kumpulan pemuda.
3.  Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

    Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua
berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak
berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik,
besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat
Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”

    Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa
yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah
membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin
berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami
dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-
dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana
lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan
sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

    Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah
kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan
kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah
mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu
berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak
tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa
Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”

    Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang
jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia
melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat
kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap
tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”

    Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala
telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua
Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku
Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat
Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari
Nabi mereka.”

Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada
nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu
untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai
umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu
melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as
berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta
kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam!
Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”

Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”

Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke
neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan
pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku
telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang
menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan
(timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya
walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding
denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu
dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa,
sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang
kembali akan  dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab
berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang
ghaib!”

^ Kembali ke atas ^

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat

    Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan
mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

    Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa
yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan
terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai
Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang
yang diberatkan agar berjalan!”

    Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran
Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat
melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

    Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi
Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW
mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat
ini!”

    Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua
melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari.
Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga
dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

    Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang
dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan
membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai
kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan
menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

    Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan
untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai
banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang
mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur
mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu
dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga.
Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan
bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

    Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan
mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan
ibuku.”

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata:
“Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka.
Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk
di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan
mereka.”

    Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan
yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.”  Kaki-kaki mereka
akan tergantung di Sirat.

    Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang
terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang
berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.

    Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan
tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
 “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana
berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar
mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”

    Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.
Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala
agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada
mereka.

Anda mungkin juga menyukai