Anda di halaman 1dari 17

NAMA-NAMA MALAIKAT &

PERANANNYA
SIAPAKAH MALAIKAT?
SIAPAKAH MALAIKAT?
Mereka diciptakan daripada cahaya.
Mereka tidak pernah menderhakai perintah Allah
Sentiasa menjalankan tugas yang diperintahkan
kepada mereka
HUKUM BERIMAN KEPADA
MALAIKAT
HUKUM BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Wajib percaya secara jazam (pasti) bahawa para Malaikat Allah tetap ada,
kerana ia salah satu rukun iman

‫ك آ َم َن ِِب َّ َِّلل َو َم ََلئِ َك ِت ِه َو ُك ُت ِب ِه َو ُر ُس ِ ِل ََل ن ُ َف ِر ُق ب َ ْ َْي َآ َح ٍد ِمن‬ َ ُ‫ول ِب َما ُآن ِز َل الَ ْي ِه ِمن َّ ِرب ِه َوالْ ُم ْؤ ِمن‬
‫ون ۚ ُ ل‬ ُ ‫آ َم َن َّالر ُس‬
﴾٢٨٥﴿ ‫ُّر ُس ِ ِل ۚ َوقَالُوا َ َِس ْعنَا َو َآ َط ْعنَا ۚ غُ ْف َران ََك َربَّنَا َوالَ ْي َك الْ َم ِص ُي‬
ِ
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan
juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-
malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi:
Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan
kepadaMu jualah tempat kembali". [Al-Baqarah: 285]
NAMA-NAMA MALAIKAT &
TUGASNYA
MALAIKAT YANG DISEBUT NAMANYA
Wajib beriman dengan malaikat yang disebut namanya
secara terperinci di dalam Al-Quran & Sunnah, iaitu :

1. Jibril : Menyampaikan wahyu


2. Mikail : Menguruskan hujan & tumbuh-tumbuhan
3. Israfil : Meniup sangkakala
4. Malik : Menjaga neraka
5. Malaikat Harut & Marut : Mengajarkan ilmu sihir untuk
menguji manusia
MALAIKAT JIBRIL & MIKAIL
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka
sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu
dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada
di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk
dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".
Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan
perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya,
khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah)
kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.
[Al-Baqarah : 97-98]
MALAIKAT JIBRIL, MIKAIL & ISRAFIL
Daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman bin Auf, berkata:
“Aku pernah bertanya kepada S.Aisyah Ummil Mukminin, Bacaan apakah yang
Nabi SAW mulakan apabila Baginda SAW ingin mendirikan solat malam?
S.Aisyah menjawab: Apabila Baginda SAW bangun untuk bersolat malam,
Baginda SAW akan memulakannya dengan membaca :
“Wahai Allah, Tuhan Jibrail, Mikail & Israfil, Tuhan yang mencipta langit &
bumi, Yang mengetahui perkara yang tersembunyi & yang nyata, Engkaulah
yang menghukum di antara hamba-hamba-Mu pada perkara yang mereka
perselisihkan, tunjukkanlah aku kebenaran pada perkara yang diperseisihkan
dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi petunjuk kepada siapa
sahaja yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”
[Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim (770)]
MALAIKAT MALIK
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka,
dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya
Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan
menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap
kekal di dalam azab!"
[Az-Zukhruf : 77]
MALAIKAT HARUT & MARUT
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana
merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada
dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua
tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan
berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu
janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir
yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka
tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir
itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada
mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui
bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang
baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui.
[Al-Baqarah : 102]
MALAIKAT YANG DISEBUT SIFAT / TUGASNYA
1. Hafizin / Kiram Katibin/ Muaqqibat
 2 malaikat di kanan & kiri mencatat amalan
 2 malaikat menjaga manusia di depan & di belakangnya
Daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan dihantarkan bersamanya
qorinnya daripada Jin”. Para Sahabat bertanya: “Dan kepada Engkau juga
wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Ya kepada aku juga, cuma Allah
SWT membantuku untuk menundukkannya, jadi dia tidak mengarahkanku
melainkan kebaikan.”
Dalam riwayat yang lain: “…melainkan dihantarkan bersamanya qorinnya
daripada Jin & qorinnya daripada malaikat”
[Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim (2814)]
MALAIKAT YANG DISEBUT SIFAT / TUGASNYA

2. Malakul Maut
Diperintahkan untuk mencabut nyawa seluruh makhluk
Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil
oleh Malakul Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika
tamat ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
[As-Sajadah: 11]

Ada Athar(kata-kata sahabat/ tabi’in) yang mengatakan bahawa


nama malaikat maut adalah “Izrail”
3. Hamalatul Arsy (Para Pemikul Arasy Allah)

Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal


segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu
dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat
yang mengawal itu.
[Al-Haqqah : 17]
4. Zabaniah / penjaga neraka
Ketua mereka ada 19 & mereka diketuai oleh Malaikat Malik
Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka
kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam:
"Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan
sedikit azab seksa dari kami, barang sehari". [Ghafir: 49]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan
neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak
meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia
terus-menerus membakar kulit manusia! Pengawal dan
penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
[Al-Muddatthir: 27-30]
5. Malaikat Penjaga syurga

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan


dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila
mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan
penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-
kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka
silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal
di dalamnya" (mereka pun masuk).
[Az-Zumar : 73]
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai