Anda di halaman 1dari 25

Surah Al-Kahf

Ayat 45-59
Konsep hidup dan kiamat
Mengapa kita mahukan Allah
dan iman dalam pergerakan
amal seharian kita?
Tafsiran ayat 45
• IBNU KATHIR mencatitkan bahawa banyak ayat-ayat di dalam Al-
Qur’an yang membandingkan manusia dengan air hujan. Adanya air
hujan memberi nilai kepada kehidupan dan menghijaukan tanaman.
Apabila kering, maka kekeringanlah daun-daun dan tumbuh-
tumbuhan itu dan menjadi ringan diterbangkan angin (diporak-
perandakan dan diterbangkan ke kanan dan ke kiri).
• Surah Yunus, Ayat 24.
• Surah Az-Zumar, Ayat 21.
• Surah Al-Hadid , Ayat 20.
• )‫اء‬
ِ ‫س َم‬ ْ َ ‫ ( َماءٍ أ‬yang bererti air yang diturunkan dari langit merupakan
َّ ‫نزلنَاهُ ِمنَ ال‬
perumpamaan fasa kehidupan ketika kecil.
• Gambaran tentang perjalanan hidup di dunia ini serta betapa singkatnya ia
berakhir.
• )‫ض‬ ِ ‫ات األ َ ْر‬ َ َ‫اختَل‬
ُ َ‫ط ِب ِه نَب‬ ْ َ‫ (ف‬bermaksud bercampur air itu dengan tanaman
bumi mengisyaratkan fasa kehidupan remaja yang mana pada ketika
itu munculnya aneka bentuk cita-cita dan harapan, seperti mana
tumbuhnya pelbagai jenis daun-daun dan buah-buahan.
Tafsiran ayat 46
ُ ‫صا ِل َح‬
• ‫ات‬ ُ َ‫ َو ْالبَا ِقي‬- tinggalan amal soleh ditekankan oleh Allah dalam ayat ini
َّ ‫ات ال‬
dan bukan anak pinak yang ramai atau harta benda yang terkumpul.
• Ibnu `Abbas, Sa’id bin Jubair dan beberapa ulama Salaf mengatakan: “Yang
dimaksud dengan al-baaqiyaat ash-shaalihaat adalah solat lima waktu.”
• Atha’ bin Abi Rabah dan Sa’id bin Jubair, dari Ibnu `Abbas, yang dimaksud
dengan al-baaqiyaat ash-shaalihaat adalah kalimat: laa ilaaHa illallaaHu wa
subhaana wal hamdulillaaHi wallaaHu akbar (“Mahasuci Allah, segala puji
bagi Allah, tidak ada Ilah [yang berhak diibadahi] kecuali Allah, Allah
Mahabesar.”).
• Imam Malik juga meriwayatkan dari `Imarah bin `Abdullah bin Shayyad,
dari Said bin al-Musayyab, ia mengatakan: “Al-Baagiyaat ash-Shaalihaat
adalah: laa ilaaHa illallaaHu wa subhaana wal hamdulillaaHi wallaaHu
akbaru wa laa haula wa laa quwwata illaa billaaHi (“Mahasuci Allah, segala
puji bagi Allah, tidak ada Ilah [yang berhak diibadahi] kecuali Allah, Allah
Mahabesar. Dan tidak ada daya dan upaya melainkan hanya pada Allah”).
• “Setiap amalan dan pertuturan dalam hidup manusia ini yang
dilakukan kerana Allah, dan cita-cita pengamal kebajikan kerana Allah
itu ialah mendapatkan keredhaan Allah dan pahala untuk
menentukan nasibnya di Akhirat nanti. Amalan dan pertuturannya itu
akan meninggalkan kesan faedahnya yang boleh diwarisi oleh orang
yang terkemudian. Itulah cita-citanya.” (Imam Ar-razi)
Tafsiran ayat 47-48
• Gambaran Hari Kiamat dalam ayat ini merangkumi:
I. Segala bukit bukau, dan gunung-ganang, bangunan, akan habis
diterbangkan seperti kapas.
II. Keadaan bumi ini hanya mendatar dan dipenuhi manusia yang
dihimpunkan.
III. Manusia dihimpunkan untuk menghadapi mahkamah Allah di Padang
Mahsyar
IV. Tidak ada yang terlepas dari himpunan ini walau seorang pun. Ini bererti
terkumpullah semua manusia sejak dari zaman Adam as hingga pada akhir
hayat hidup dunia. Sesaknya dunia ini tidak dapat digambarkan!
V. Semua manusia berbaris-baris mengikut kehendak Allah.
VI. Manusia dibangkitkan semula dalam bentuk semulajadi, sepertimana
mereka dicipta dahulu.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah Ath Thuur ;
َ ‫ير ْال ِجبَا ُل‬
)١٠( ‫سي ًْرا‬ ُ ‫) َوت َ ِس‬٩( ‫س َما ُء َم ْو ًرا‬ ُ ‫يَ ْو َم ت َ ُم‬
َّ ‫ور ال‬
Maksudnya; pada hari ketika langit bergoncang sekeras-kerasnya,(9)
dan gunung berjalan berpindah-pindah (10)
Tafsiran ayat 49
ُ َ ‫ض َع ْال ِكت‬
• ‫اب‬ ِ ‫“( ; َو ُو‬Dan diletakkan kitab.”) kitab amal perbuatan yang di
dalamnya terdapat perbuatan yang mulia dan perbuatan yang hina, yang
kecil dan yang besar.
• Ayat ini menggambarkan huru-hara di hari Kiamat, antaranya;
I. Setiap individu itu akan dibekalkan dengan Kitabnya (buku catitan amalnya semasa
di dunia dulu); samada diterima dengan tangan kanannya atau tangan kirinya.
II. Orang yang kufur akan berubah wajah mereka kerana ketakutan, takut terbongkar
segala kejahatan mereka kepada semua yang ada atau takut kepada azab yang
bakal menunggu mereka dihadapan.
III. Gelagat pembaca buku catitan yang terkejut kerana catitan tersebut terlalu
terperinci, walau sekecil mana sekalipun, amalan itu dicatitkan.
IV. Terdapat catitan amal bersekali dengan pahala dosanya.
V. Pengakuan Allah, semua catitan itu adalah benar dan Allah tidak menzalimi
sesiapa pun.
• Syed Qutub: ayat-ayat ini memperlihatkan kepada kita akan huru-hara
hari Kiamat yang pasti akan tiba. Kawasan bumi yang terhampar luas,
dipenuhi manusia untuk dihisab amal baik dan jahat mereka. Yang
menggemparkan mereka ialah segala amalan jahat mereka tertulis,
dilihat, dibaca dan terdapat perincian segala amalan mereka yang
lalu.
Tafsiran ayat 50
• Menjelaskan perlakuan Syaitan dan pengaruhnya ke atas orang-orang
kufur.
• ‫يس َكانَ ِمنَ ْال ِج ِن‬
َ ‫س َجدُوا ِإ ََّّل ِإ ْب ِل‬
َ َ‫“( = ف‬Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah
dari golongan jin.”) Maksudnya, kecuali iblis yang mengkhianati. Asalnya
iblis diciptakan dari nyala api, sedangkan Malaikat diciptakan dari cahaya.

• ‫ج ِم ْن‬ ِ ‫ت ال َم ٰل ِئ َكةُ ِم ْن نُ ْو ِر َو ُخ ِلقَ ْال َجان ِم ْن َم‬


ِ ‫ار‬ ِ َ‫سلَّم ُخ ِلق‬
َ ‫ص َّل للاُ َعلَ ْي ِه َو‬ ِ ‫س ْو ُل‬
َ ‫للا‬ ْ َ‫شةَ قَال‬
ُ ‫ت قَا َل َر‬ َ ‫َع ْن َعا ِئ‬
‫ف لَ ُك ْم‬ َ ‫ص‬ ِ ‫َار َو ُخ ِلقَ ٰا َد َم ِم َّما ُو‬
ٍ ‫ن‬
• Shahih Muslim, dari `Aisyah katanya, Rasulullah bersabda: “Para Malaikat
itu diciptakan dari nur, dan iblis diciptakan dari nyala api, sedangkan Adam
diciptakan seperti yang telah disifatkan kepada kalian.”
• Syaitan mengajar mereka;
• merasa megah dan sombong dengan kekayaan dunia mereka
• menafikan amal soleh sebagai kebaikan,
• menyesat anak Adam supaya syirik pada Allah serta tidak percaya adanya hari
Kiamat dan bangkit semula.
• Allah meminta orang-orang yang syirik padaNya itu supaya
memanggil dan menggunakan ‘syirik’ mereka itu (iaitu Iblis), untuk
menolong mereka di dalam Neraka dari azab Allah. (ayat 52)
Tafsiran ayat 51-53
• Ibnu Kathir mentafsirkan ayat 51 ini sebagai;
• “Mereka-mereka yang telah kamu lantik sebagai pemimpin kamu,
ikutan kamu itu, selain dari Ku, adalah hamba-hamba Ku seperti kamu
juga, tak memiliki apa-apa keistimewaan pun. Dan Aku tak pernah
memanggil mereka untuk membantu Ku mencipta langit dan bumi ini:
TETAPI Aku sebagai Tuhan yang disembah; berdikari dalam mencipta
sesuatu itu secara keseluruhannya, Akulah yang mentadbirkannya
semua, dan Aku juga mentaqdirkannya semua. TIADA sesiapa yang
lain bersama-sama Ku, samada sekutu Ku, menteri Ku, tukang tunjuk
Ku, atau nazir penasihat Ku. Sebab itulah Allah mengatakan,
mafhumnya:“Tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk
yang menyesatkan itu sebagai pembantu.”
• Ibnu Kathir memetik Hassan Basri maksud ‫( َو َجعَ ْلنَا بَ ْينَ ُه ْم َم ْوبِقًا‬Kami adakan
untuk mereka tempat kebinasaan (neraka)). dalam ayat 52:
“Bahawa Allah swt menjelaskan bahawa tiada cara untuk mereka yang kufur
itu untuk bertemu dengan sekutu mereka yang dahulu, yang menjadi Tuhan
sembahan mereka, dan mereka semua terpisah, dan mustahil untuk
bertemu. Malah di antara kedua-dua mereka, terdapat pemisah yang bersifat
huru-hara besarnya, kengerian yang dahsyat dan urusan yang sangat berat
yang menghalang mereka.”

• Imam Ar-razi menafsirkan ayat 53:


“Orang-orang kufur ini melihat api Neraka dari jauh sewaktu di Padang
Mahsyar lagi. Pada masa itu mereka terasa yang mereka akan disumbatkan
ke dalamnya waktu itu juga (maklumlah, atas kekufuran mereka). Walaupun
mereka tidak disumbat waktu itu, namun para malaikat telah mengheret
mereka ke sana dan mereka tidak dapat melarikan diri. Akhirnya mereka itu
dicampakkan juga ke dalam Neraka.”
Tafsiran ayat 54
• Imam Ar-Razi; “Orang-orang kafir, yang hidup mereka berbangga
dengan harta benda mereka, bertahan melalui banyak penyokong.
Telah dijelaskan tentang iman mereka melalui beberapa kriteria, di
antaranya:
I. Segala perkataan mereka itu tidak betul.
II. Dijelaskan beberapa perbandingan untuk mereka fikirkan.
III. Segala syubhah mereka itu tidak benar.
IV. Memberi penjelasan dan mengulang-ulangkan perbahasan itu.
V. Mengemukakan jawapan yang mencukupi untuk mereka beriman, tetapi
mereka tetap membantah, berdegil dan tidak mahu menerima kebenaran.
• Inilah sifat orang-orang yang kufur pada Allah.”
Tafsiran ayat 55
• Mereka mendesak mahu melihat sesuatu, barulah mereka mahu
beriman. Inilah kedegilan mereka, walaupun Al-Qur’an telah
menggariskan beberapa petunjuk yang jelas. Mereka mahu merasa
azab itu sendiri barulah mahu beriman.
• Segala apa yang mereka minta itu bukanlah benar mereka
mahukannya tetapi untuk ejekan dan manipulasi.
Tafsiran ayat 56
• Ibnu Kathir; “Rasul-rasul menyampaikan kabar berita baik kepada
yang beriman atas kepercayaan mereka pada Allah dan iman mereka
kepadanya; sebaliknya menyampaikan khabar amaran dikenakan azab
kepada yang kufur kerana kekufuran mereka dan ‘paling-tadah’
mereka pada kebenaran yang Haq. Pada masa yang sama, sikap orang
yang kufur ini sebagai pembelit; memutar-belitkan satu-satu
kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah itu sehingga yang benar
menjadi lemah pada pandangan orang. Caranya ialah mengambil balik
hujjah-hujjah, dalil-dalil dan perkara luar biasa yang dikemukakan
oleh Rasul itu sebagai perkara yang menggelikan hati pendengar dan
sebagai ejekan. Inilah dia pembohongan besar ke atas ayat-ayat
Allah.”
Tafsiran ayat 57-58
• Ibnu Kathir; “Mana-mana hamba Allah, yang telah diingatkan kepadanya dengan
ayat-ayat Allah, kemudian ia buat-buat lupa sehingga dia lupa kepadanya, dia
menolaknya dan cuba tidak mahu mengerti maksudnya, dan tidak memberi
sedikit pun kesan pada hatinya, dan pada masa yang sama dia lupa adanya
amalan-amalan buruk dan jahat yang pernah dilakukannya sebelum ini; maka
hati-hati mereka akan ditutup dari hidayah Allah, supaya mereka tidak minat
memahami Al-Qur’an dan penjelasannya; dan menutup telinga mereka dari
sebarang petunjuk. Samada diseru kepada hidayah atau tidak, mereka tidak akan
mendapat hidayah selama-lamanya.

• Wahai Muhammad, Tuhanmu itu Maha Pengampun, punyai Rahmat yang luas. Di
antara keluasan RahmatNya ialah menangguhkan kepada mereka akan azab yang
sepatutnya diterima dengan segera; mungkin dengan keperihatinan Allah, dan
Dia menutup serta mengampunkan, dan yang terus dengan maksiatnya akan
menemui azab mereka pada hari Kiamat. Pada hari itu mereka tidak boleh
melolos dari azab Allah, tiada yang menolong, kerana hari itu ialah hari di mana
hanya amalan yang diambil kira.”
Tafsiran ayat 59
• Ibnu Kathir:
“Waktu kebinasaan itu telah ditentukan pada waktu tertentu, diketahui
dan boleh dirasai, begitulah juga ianya boleh berlaku pada kamu
semua. Berwaspadalah wahai yang syirik, takut-takut terkena pada
kamu apa yang telah pernah berlaku pada kaum-kaum terdahulu,
kerana kamu membohongi Rasulullah yang termulia, teragung sebagai
nabi dan kamu semua tidaklah kuat sangat mempertahankan
kebinasaan ini, dan takutilah azab Kami ini.”
Pengajaran ayat: (LATIHAN)

Anda mungkin juga menyukai