Anda di halaman 1dari 4

PENGAJARAN BERKESAN : Soalan 1

Refleksi tentang mikropengajaran saya

Arahan
Buat refleksi tentang perkara berikut:

Pencapaian pelajar saya dari segi:


a. Kandungan pelajaran:
1. Pelajar mampu menghuraikan konsep perceraian melalui pertanyaan soalan
secara verbal oleh pensyarah.
2. Pelajar dapat menyatakan jenis- jenis perceraian melalui teknik focused listing
dengan lebih berkesan.
3. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan konsep dan jenis perceraian dalam
senario sebenar perceraian yang diberikan melalui teknik think, pair, share.

b. Kemahiran berfikir:
1. Kemahiran membanding beza
Pelajar mampu menjelaskan konsep perceraian dan membanding beza jenis-jenis
perceraian.

2. Kemahiran aplikasi
Pelajar mampu mengkategorikan isu-isu perceraian yang berlaku mengikut jenis-
jenis perceraian yang telah dipelajari.

c. Sikap/nilai murni/kemahiran insaniah


Pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan melalui perbincangan Bersama-sama
mereka.

Pelaksanaan Syarahan Interaktif saya:


a. Kekuatan:
1. Dengan alat bantu mengajar seperti slide dapat membantu syarahan saya dengan
lebih menarik.
2. Pelbagai teknik-teknik baru digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar
tentang tajuk yang diajar seperti
- Focused listing
- Brainstorming
- Verbal question
- Think pair share
b. Kelemahan dan cabaran:
1. Susunan slide yang kurang teratur menyebabkan pelajar terpinga-pinga dengan
apa yang ditayangkan.

2. Kurang menggunakan teknik yang lebih menarik untuk mengukur kefahaman


pelajar.

c. Cadangan penambahbaikan (apakah kelainan yang saya akan


laksanakan pada masa depan):
1. Memastikan slide disusun dengan lebih teratur supaya penyampaian
lebih tersusun dan sistematik.

2. Menambahkan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik supaya pelajar-


pelajar lebih aktif didalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai