Anda di halaman 1dari 27

PIMK3223

Pengajian Ilmu Aqidah


Malaikat dan Jin
Malaikat
• Malaikat adalah hamba-Nya yang tidak bermaksiat kepada Allah SWT
dan selalu melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya. Allah SWT
telah menciptakan mereka dan menentukan bahawa mereka akan
selalu mentaati-Nya dan beribadah kepada-Nya.
• Antara mereka ada yang ditugaskan menyampaikan wahyu, ada yang
ditugaskan menurunkan rezeki, ada yang ditugaskan menjaga gunung-
gunung atau yang ditugaskan sebagai makhluk yang selalu beribadah,
solat dan tasbih serta berzikir kepada Allah SWT.
Jumlah Malaikat
• Jumlah malaikat adalah tidak terhitung banyaknya. Daripada Abu Dzar al-Ghifari,
bahawa Nabi SAW bersabda:
َ ‫ض ُع َأرْ بَ ِع َأ‬
‫ص ابِ َع ِإاَّل‬ ِ ‫ َو ُحقَّ لَهَ ا َأ ْن تَِئطَّ َم ا فِيهَ ا َم ْو‬،‫الس َما ُء‬
َّ ‫ت‬ِ َّ‫ُون َأط‬
َ ‫ َوَأ ْس َم ُع َم ا اَل تَ ْس َمع‬، ‫• ِإنِّ ي َأ َرى َم ا اَل تَ َر ْو َن‬
ِ ‫اج ًدا هَّلِل‬
ِ ‫اض ٌع َج ْبهَتَهُ َس‬ ٌ َ‫َو َمل‬
ِ ‫ك َو‬
• Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kalian lihat, aku
mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya
untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari, kecuali di sana ada malaikat
yang sedang meletakkan dahinya, bersujud kepada Allah.”[Riwayat al-Tirmizi
(2312), Ibn Majah (4190) dan Ahmad (21516). Syeikh Syu’aib al-Arnaut menilai
hadis ini sebagai hasan li ghairihi dalam Takhrij al-Musnad (21516)]
Ciri-ciri malaikat
• Antara ciri-ciri malaikat sepertimana disebut dalam kitab bukunya al-‘Aqidah al-
Islamiyyah wa Ususuha oleh Syeikh Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maidani ialah:
a) Ia merupakan makhluk daripada cahaya.
b) Malaikat bersama kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
c) Malaikat mampu menyerupai segala sesuatu dan berubah bentuk.
d) Kekuatan dan kemampuan mereka luar biasa seperti memikul arasy dan meniup
sangkakala.
e) Taat hanya kepada Allah SWT
f) Hampir kepada Allah SWT dan dimuliakan-Nya.
Ciri-ciri malaikat
g) Sebagai utusan kepada para Nabi.
h) Mampu naik dan turun daripada langit ke bumi tanpa sebarang
masalah.
i) Takut hanya kepada-Nya.
j) Makhluk sebelum terciptanya manusia.
k) Mempunyai sayap dua pasang, tiga pasang dan empat pasang
• Lihat al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha, oleh Syeikh ‘Abd al-
Rahman Hasan Habannakah al-Maidani, hlm. 235-240
Sayap Malaikat
‫ق َما يَ َشا ُء‬ َ ‫ض َجا ِع ِل ْال َماَل ِئ َك ِة ُر ُساًل ُأولِي َأجْ ِن َح ٍة َّم ْثنَ ٰى َوثُاَل‬
ِ ‫ث َو ُربَا َع ۚ يَ ِزي ُد ِفي ْال َخ ْل‬ ِ ْ‫ت َواَأْلر‬ ِ َ‫• ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ ف‬
َ ‫اط ِر ال َّس َم‬
ِ ‫اوا‬
• Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang
menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada
bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya.[Surah Fatir: 1]
• Ibn Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya: Iaitu Malaikat yang mempunyai sayap dengannya
mereka terbang untuk menyampaikan apa yang diperintahkan kepada mereka dengan cepat.
Dalam kalangan mereka ada malaikat yang mempunyai dua sayap, ada yang mempunyai tiga
sayap, ada yang mempunyai empat sayap dan ada pula yang lebih daripada itu. Allah
menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha
kuasa atas segala sesuatu. Al-Suddi berkata: “Dia menambahkan pada sayapnya dan
menciptakan mereka apa yang Dia kehendaki.” [Tafsir Ibn Kathir, 6/532]
Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap
• Daripada Ibn Mas’ud, katanya:
َ ‫• َأنَّهُ َرَأى ِجب ِْر‬
ٍ َ‫ لَهُ ِستُّ ِماَئ ِة َجن‬،‫يل‬
‫اح‬
• Maksudnya: Bahawa Baginda SAW melihat Jibril, yang memiliki 600 sayap.”[Riwayat
al-Bukhari (3232), Muslim (174), dan al-Tirmidzi (3277)]

• Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


ُ ‫• َرَأي‬
ٍ َ‫ْت ِجب ِْري َل َعلَى ِس ْد َر ِة ال ُم ْنتَهَى َولَهُ ِستُّ ِماَئ ِة َجن‬
‫اح‬
• Maksudnya: Aku melihat Jibril atas Sidrah al-Muntaha, dan beliau memiliki 600
sayap.[Riwayat Ahmad (3862)]
Jin
• Ibn Manzur menyatakan, dinamakan al-Jin kerana terlindung dan
terhalang mereka itu daripada pandangan. Ini seperti al-Janin
dilindung (daripada pandangan) ia daripada perut ibunya.
• Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut bahawa lafaz “ُ ‫” َوَأ َجنَّه‬
bermaksud “Apabila dilindungi sesuatu”. Dan bagi setiap sesuatu yang
dihijab daripada kamu maka sesungguhnya‫( )ج َُّن‬iaitu dilindung (tidak
boleh dilihat) daripada kamu. [Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaitiyyah, 16/89]
Jin diciptakan sebelum daripada penciptaan
Nabi Adam AS
ِ ‫ار ال َّس ُم‬
‫وم‬ َّ ‫﴾ َو ْال َج‬٢٦﴿ ‫ون‬
ِ َّ‫ان َخلَ ْقنَاهُ ِمن قَ ْب ُل ِمن ن‬ َ ‫ص ْل‬
ٍ ُ‫صا ٍل ِّم ْن َح َمٍإ َّم ْسن‬ َ ‫• َولَقَ ْد َخلَ ْقنَا اِإْل ن َس‬
َ ‫ان ِمن‬
• Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam)
dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah
warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin
api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”[Surah al-Hijr: 26-27]
َّ ‫ ) َوا ْل َج‬Dan jin pula, Kami jadikan dia
• Ibn Kathir berkata: (‫ان َخلَ ْقنَاهُ مِنقَ ب ُْل‬
sebelum itu,” Yakni sebelum manusia (Adam). ( ‫ار ا ل َّس ُموم‬ ِ َّ‫ ) مِنن‬dari angin api
yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Ibnu Abbas meriwayatkan:
Iaitu api panas yang mematikan.[Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 5/10]
Jin dicipta dari Api
• Syeikh al-Maraghi berkata: “Kami menciptakan jenis Jin ini sebelum penciptaan Nabi Adam AS.
Ia dicipta daripada api, angin yang sangat panas sehingga dapat membakar dan membunuh
sesiapa sahaja yang mengalaminya.”[Lihat Tafsir al-Maraghi, 14/20]
• Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
‫ف لَ ُك ْم‬ ِ ‫ق آ َد ُم َعلَ ْي ِه ال َّساَل ُم ِم َّما ُو‬
َ ‫ص‬ َ ِ‫ َو ُخل‬،‫ار‬
ٍ َ‫ج ِم ْن ن‬ ُّ ‫ق ْال َج‬
ِ ‫ان ِم ْن َم‬
ٍ ‫ار‬ ٍ ُ‫ت ْال َماَل ِئ َكةُ ِم ْن ن‬
َ ِ‫ َو ُخل‬،‫ور‬ ِ َ‫• ُخلِق‬
• Maksudnya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan
dari apa yang disifatkan (diceritakan) bagi kamu.”[Riwayat Muslim (2996), Ahmad (25194) dan
Ibn Hibban (6155)]
• Menurut Ibnu Abbas, Ikrimah, Mujahid, al-Hasan dan lainnya, berkenaan penciptaan jin
ٍ َ‫ج ِم ْن ن‬
daripada “‫ار‬ ِ ‫”م ْن َم‬,
ٍ ‫ار‬ ِ maksudnya ialah hujung api membara ‫لهب‬
( ‫فل‬‫ )طر ا‬dan dalam riwayat
yang lain bermaksud daripada api yang murni ( ‫[ )منخ ا لصه‬Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 1/59]
Iblis
• Manakala berkenaan lafaz Iblis, sepertimana dinukilkan oleh Ibn al-
Jauzi, terdapat dua pendapat padanya.
• Pendapat Pertama: Menurut Abu Ubaidah, al-Zajjaj dan Ibn al-Anbari,
lafaz Iblis adalah isim ‘ajam (bukan nama bahasa Arab), yang tiada
musytaq. Dengan sebab itulah, ia tidak ditasrif.
• Pendapat Kedua: Sepertimana diriwayatkan daripada Abi Soleh dan
disebut oleh Ibn Qutaibah, lafaz Iblis adalah musytaq daripada al-iblas
(‫ )ا ِإلبالس‬iaitu putus asa.[Lihat Zad al-Masir, 1/54]
Persamaan Iblis dan Jin
• Pertama: Iblis dan jin daripada jenis yang sama iaitu dicipta daripada
api seperti yang terdapat di dalam nas-nas
• Kedua: Iblis dan jin tersebut tidak dapat dilihat pacaindara kasar,
kecuali dengan izin Allah
• Ketiga: Mereka adalah makhluk Allah yang juga dikenakan taklif
sebagaimana manusia
• Keempat: Mereka diciptakan terlebih dahulu daripada manusia
Iblis dan jin daripada jenis yang sama iaitu
dicipta daripada api
• Firman Allah SWT:
ِ ‫ار ال َّس ُم‬
‫وم‬ َّ ‫• َو ْال َج‬
ِ َّ‫ان َخلَ ْقنَاهُ ِمن قَ ْب ُل ِمن ن‬
• Maksudnya: “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api
yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”[Surah al-Hijr: 27]
• Ibn Kathir menukil riwayat daripada Ibnu Abbas RA, menyatakan,
sesungguhnya jin itu dijadikan daripada api yang marak dan menyala-
nyala. Selain itu, riwayat daripada Amru bin Dinar menyatakan jin
dijadikan daripada nyalaan matahari.[Lihat Tafsir Ibn Kathir, 4/458]
Iblis dan jin daripada jenis yang sama iaitu
dicipta daripada api
• Begitu juga dengan kata-kata Iblis yang bongkak dengan penciptaannya daripada api
sebagaimana katanya di dalam firman Allah SWT:
ٍ َّ‫ك ۖ قَا َل َأنَا َخ ْي ٌر ِّم ْنهُ َخلَ ْقتَنِي ِمن ن‬
ٍ ‫ار َو َخلَ ْقتَهُ ِمن ِط‬
‫ين‬ َ ُ‫ك َأاَّل تَ ْس ُج َد ِإ ْذ َأ َمرْ ت‬
َ ‫• قَا َل َما َمنَ َع‬
• Maksudnya: Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada
sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam,
Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikannya dari
tanah.”[Surah al-A’raf: 12]
• Al-Tabari menyatakan di dalam tafsirnya: Iblis menyatakan bahawa tangannya lagi
keras daripada Adam, dia lebih kuat daripada sudut kekuatan berbanding Adam, dan
jenisnya diciptakan lebih baik daripada Adam diciptakan iaitu daripada api.[Lihat Tafsir
al-Tabari, 12/327]
Iblis dan jin tersebut tidak dapat dilihat
pancaindera kasar, kecuali dengan izin Allah
• Firman Allah SWT:
ُ ‫• ِإنَّهُ يَ َرا ُك ْم هُ َو َوقَبِيلُهُ ِم ْن َحي‬
‫ْث اَل تَ َر ْونَهُ ْم‬
• Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka.” [Surah al-A’raf: 27]
• Dalam mentafsirkan ayat (ُ ‫ ) َوقَ ِبيلُه‬Imam al-Qurtubi menyebut bahawa ia memberi makna kepada
tentera-tentera syaitan. Selain itu Imam Mujahid berpendapat (ُ ‫ ) َوقَبِيلُه‬adalah dari golongan jin dan
syaitan. Begitu juga, pada pendapat yang lain perkataan (ُ ‫ ) َوقَبِيلُه‬memberi maksud sebagai generasi
atau keturunan syaitan.
• Imam Qurtubi menyebutnya lagi bahawa, mengikut sesetengah pendapat ulama, ayat ini merupakan
dalil bahawa jin tidak boleh dilihat. Dikatakan lagi bahawa, harus untuk melihat golongan jin. Ini
kerana sekiranya dikehendaki oleh Allah SWT untuk memperlihatkan mereka, maka Allah SWT akan
membuka hijab supaya dapat dilihat jasad dan tubuh badan mereka.[Lihat Tafsir al-Qurtubi, 7/186]
Mereka adalah makhluk Allah yang juga
dikenakan taklif sebagaimana manusia
• Firman Allah SWT:
َ ‫ت ْال ِج َّن َواِإْل‬
ِ ‫نس ِإاَّل لِيَ ْعبُ ُد‬
‫ون‬ ُ ‫• َو َما َخلَ ْق‬
• Maksudnya: “Dan tidaklah aku menciptakan jin dan juga manusia melainkan untuk mereka beribadah
kepada-Ku.”[Surah al-Zariyat: 56]
• Imam al-Qurtubi menyatakan di dalam tafsirnya bahawa ayat di atas ini jelas menunjukkan bahawa
golongan jin dan manusia adalah termasuk dalam arahan untuk beribadah kepada Allah. Ini seperti yang
disebutkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA dalam menghuraikan maksud ayat di atas dengan katanya: Dan
tidaklah Aku menciptakan jin dan juga manusia melainkan untuk Aku perintahkan kepada mereka agar
beribadah.[Lihat Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 17/52]
• Imam al-Qadhi Badr al-Din al-Syibli menyebut: Ini adalah antara beberapa ayat yang menunjukkan
golongan jin termasuk dalam kalangan mukallaf dan mereka itu turut termasuk dalam ayat suruhan dan
juga ayat larangan.[Lihat Akam Al-Marjan fi Ahkam Al-Jaan, hlm. 63]
Mereka adalah makhluk Allah yang juga
dikenakan taklif sebagaimana manusia
• Begitu juga dengan firman Allah SWT yang menunjukkan jin juga termasuk dalam mukallaf:
‫ك بِ َربِّنَا َأ َح ًدا‬ ِ ‫• قُلْ ُأ‬
َ ‫) يَ ْه ِدي ِإلَى الرُّ ْش ِد فَآ َمنَّا بِ ِه ۖ َولَن نُّ ْش ِر‬1( ‫وح َي ِإلَ َّي َأنَّهُ ا ْستَ َم َع نَفَ ٌر ِّم َن ْال ِج ِّن فَقَالُوا ِإنَّا َس ِم ْعنَا قُرْ آنًا َع َجبًا‬
• Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan
jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan)
berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya
sungguh menakjubkan! `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami
tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.[Surah al-Jin: 1-2]
• Dr. Wahbah Zuhaili menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat di atas menerangkan, terdapat pelbagai faedah
daripada kisah di dalam ayat ini, di antaranya menjelaskan bahawa golongan jin juga diberi taklifan dan
tanggungjawab mengikut syariat Islam seperti mana golongan manusia. Begitu juga, di antara kalangan mereka itu
terdapat golongan yang beriman dan mereka menyeru kepada golongan jin yang kafir agar beriman kepada Allah SWT
dan Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada seluruh makhluk termasuk manusia, jin dan malaikat.[Lihat Tafsir al-
Munir, 29/163]
Mereka diciptakan terlebih dahulu daripada
manusia
• Firman Allah SWT:
ِ ‫ار ال َّس ُم‬
‫وم‬ َّ ‫﴾ َو ْال َج‬٢٦﴿ ‫ون‬
ِ َّ‫ان َخلَ ْقنَاهُ ِمن قَ ْب ُل ِمن ن‬ ٍ ُ‫ال ِّم ْن َح َمٍإ َّم ْسن‬
ٍ ‫ص‬َ ‫ص ْل‬ َ ‫• َولَقَ ْد َخلَ ْقنَا اِإْل ن َس‬
َ ‫ان ِمن‬
• Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari
tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan
baunya. (26) Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang
panasnya menyerap ke liang bulu roma.”[Surah al-Hijr: 27]
• Ibn Kathir menyatakan di dalam tafsirnya bahawa Allah menjadikan jin sebelumnya,
iaitu sebelum manusia diciptakan, daripada api yang panasnya menyerap ke liang
bulu roma. Ibn Abbas berkata, iaitu api yang membunuh.[Lihat Tafsir Ibn Kathir,
4/533]
Perbezaan Antara Iblis dan Jin
• Pertama: Setiap iblis dan syaitan termasuk dalam kalangan jin, dan
bukan semua jin adalah iblis dan syaitan
• Kedua: Iblis dan syaitan termasuk dalam makhluk yang dilaknat
sedangkan jin tidak semestinya.
• Ketiga: Iblis dan syaitan adalah kafir, sedangkan jin terbahagi kepada
dua, ada islam dan ada yang kafir.
• Keempat: Iblis dapat penangguhan hukuman, tetapi jin tidak begitu.
Setiap iblis dan syaitan termasuk dalam kalangan
jin, dan bukan semua jin adalah iblis dan syaitan
• Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam menggambarkan sikap iblis
yang berasal daripada golongan Jin:
ۗ ‫ق َع ْن َأ ْم ِر َربِّ ِه‬
َ ‫ان ِم َن ْال ِج ِّن فَفَ َس‬ َ ِ‫• فَ َس َج ُدوا ِإاَّل ِإ ْبل‬
َ ‫يس َك‬
• Maksudnya: “Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari
golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.”[Surah al-
Kahfi: 50]
• Imam al-Tabari menyatakan di dalam tafsirnya: Iblis bukanlah dari kalangan
malaikat sama sekali, dengan hanya sekali pandang (dapat difahami dari
ayat ini), sebaliknya Iblis adalah asal-usul kepada jin sepertimana Adam itu
asal-usul kepada manusia.[Lihat Tafsir al-Tabari, 15/286]
Iblis dan syaitan termasuk dalam makhluk
yang dilaknat sedangkan jin tidak semestinya.
• Firman Allah SWT:
ِ ‫ك لَ ْعنَتِي ِإلَ ٰى يَ ْو ِم ال ِّد‬
‫ين‬ َ ‫• َوِإ َّن َعلَ ْي‬
• Maksudnya: ” Dan sesungguhnya engkau (iblis) ditimpa laknatku terus
menerus hingga ke hari kiamat!”[Surah Sad: 78]
• Al-Qurtubi menyatakan di dalam tafsirnya: Allah menyatakan bahawa Iblis
dalam kalangan yang dilaknat, dibuang dan dijauhkan daripada rahmat-Nya
sehingga hari pembalasan disebabkan oleh kekafirannya. Hal ini kerana
laknat ini memutuskan segalanya, kemudian apabila dimasukkan ke neraka
menujukkak kebenaran laknat tersebut.[Lihat Tafsir al-Qurtubi, 15/229]
Iblis dan syaitan adalah kafir, sedangkan jin
terbahagi kepada dua, ada islam dan ada kafir.
• Bukti Iblis dalam kalangan kafir sebagaimana Firman Allah SWT:
َ ‫ان ِم َن ْال َكافِ ِر‬
‫ين‬ َ ‫يس َأبَ ٰى َوا ْستَ ْكبَ َر َو َك‬
َ ِ‫• َوِإ ْذ قُ ْلنَا لِ ْل َماَل ِئ َك ِة ا ْس ُج ُدوا آِل َد َم فَ َس َج ُدوا ِإاَّل ِإ ْبل‬
• Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
“Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya
tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir.
• Al-Baghawi di dalam tafsirnya menyebut: Kebanyakan ahli tafsir
menyebut bahawa Allah sudah mengetahui bahawa iblis dalam kalangan
kafir yang wajib bagi mereka penderitaan.[Lihat Tafsir al-Baghawi, 1/82]
Iblis dan syaitan adalah kafir, sedangkan jin
terbahagi kepada dua, ada islam dan ada kafir.
• Manakala dalam kalangan jin pula, terdapat yang beriman dan yang kufur. Firman Allah SWT:

َ ‫ون ۖ فَ َم ْن َأ ْسلَ َم فَُأولَ ٰـِئ‬


‫ك تَ َحر َّْوا َر َش ًدا‬ ِ َ‫ون َو ِمنَّا ْالق‬
َ ُ‫اسط‬ َ ‫• َوَأنَّا ِمنَّا ْال ُم ْسلِ ُم‬
• Maksudnya: `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita
golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng
dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka
merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar.[Surah al-Jin:
14]
• Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyebut, ayat di atas menceritakan tentang golongan jin ini
sesetengah daripada mereka beriman, taat dan beramal soleh kepada Allah SWT dan sesetengah
daripadanya melakukan kezaliman dan menyimpang daripada jalan kebenaran dan kebaikan…
َ ُ‫ )ا ْلقَا ِسط‬bermaksud golongan jin yang kafir, mereka menyeleweng daripada pertunjuk yang benar.
(‫ون‬
Dan mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka Allah SWT.[Lihat Tafsir al-Munir, 29/170]
Iblis dapat penangguhan hukuman, tetapi jin
tidak begitu.
• Firman Allah SWT:

ِ ُ‫ت ْال َم ْعل‬


‫وم‬ ِ ‫) ِإلَ ٰى يَ ْو ِم ْال َو ْق‬80( ‫ين‬ َ ‫) قَا َل فَِإنَّ َك ِم َن ْال ُمن‬79( ‫ون‬
َ ‫ظ ِر‬ ِ ‫• قَا َل َربِّ فََأ‬
َ ُ‫نظرْ نِي ِإلَ ٰى يَ ْو ِم يُ ْب َعث‬
• Maksudnya: Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari
mereka dibangkitkan (hari kiamat) “.Allah berfirman: ” Dengan permohonanmu itu, maka
sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh – ” Hingga ke hari masa yang
termaklum.”[Surah Sad: 79-81]
• Imam al-Alusi berkata: Firman Allah SWT ‫وم‬ ِ ُ‫( ِإ َ ٰلى يَ ْو ِم ا ْل َو ْق ِتا ْل َم ْعل‬Hingga ke hari – masa yang termaklum),
khilaf pada penggunaan kalimah tersebut, yang masyhurnya adalah hari tiupan sangkakala yang
pertama‫ ي وم ا لنفخة ا ألولى‬bukannya pada hari kebangkitan makhluk‫ ي وم ا لبعث‬kerana hari kebangkitan itu
bukannya hari kematian. Tetapi sebahagian mereka ada yang membenarkan untuk maksud ‫ي وم ا لبع ث‬
Iaitu hari kebangkitan bukannya pada hari tiupan sangkakala yang pertama, dan tidak semestinya
syaitan itu tidak mati, boleh jadi syaitan itu mati pada hari pertama kemudian dalam masa yang sama
ia dibangkitkan bersama makhluk-makhluk lain.[Lihat Ruh al-Ma’ani, 8/91]
Benarkah Iblis Berasal Dari Malaikat?
• firman Allah SWT:

َ ‫ان ِم َن ْال َكافِ ِر‬


‫ين‬ َ ‫يس َأبَ ٰى َوا ْستَ ْكبَ َر َو َك‬
َ ِ‫• َوِإ ْذ قُ ْلنَا لِ ْل َماَل ِئ َك ِة ا ْس ُج ُدوا آِل َد َم فَ َس َج ُدوا ِإاَّل ِإ ْبل‬
• Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat)
kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan
dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”[Surah al-Baqarah: 34]
• Ulama menyebut, pengecualian ini ditafsirkan dengan dua pendapat:
• Iaitu termasuk daripada jenis yang sama. Maka berdasarkan pendapat ini, iblis termasuk di kalangan
malaikat. Hal ini sepertimana pendapat Ibn Mas’ud dalam satu riwayat dan Ibn Abbas, kecuali ianya
ditukar rupa oleh Allah menjadi syaitan.
• Ia bukan jenis malaikat tetapi jenis jin. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh al-Hasan al-Basri dan
al-Zuhri.
• Justeru, jadilah pengecualian sebagai pengecualian yang putus.
Iblis Bukan Berasal Dari Malaikat
• Kami menyokong pendapat kedua berdasarkan ayat al-Quran yang lain, di dalam
surah al-Kahfi, ayat 50, firman Allah SWT:
َ َ‫ق َع ْن َأ ْم ِر َربِّ ِه َأفَتَتَّ ِخ ُذونَهُ َو ُذ ِّريَّتَهُ َأ ْو ِلي‬
‫اء ِم ْن‬ َ ‫ان ِم ْن ْال ِج ِّن فَفَ َس‬ ْ ‫• َوِإ ْذ قُ ْلنَا ِل ْل َمالِئ َك ِة‬
َ ِ‫اس ُج ُدوا آل َد َم فَ َس َج ُدوا ِإالَّ ِإ ْبل‬
َ ‫يس َك‬
َ ‫س ِللظَّا ِل ِم‬
ً‫ين بَ َدال‬ َ ‫ُدونِي َوهُ ْم لَ ُك ْم َع ُد ٌّو بِْئ‬
• Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah
berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh
itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-
sahabat karib yang menjadi pemimpin salain daripadaku? Sedang mereka itu ialah
musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti
yang mereka pilih itu.[Surah al-Kahfi: 50]
Rujukan
• https://maktabahalbakri.com/benarkah-iblis-berasal-daripada-malaik
at/

Anda mungkin juga menyukai