Anda di halaman 1dari 8

AWAS.

INI ZAMAN YANG MENGELIRUKAN

ٰٓ ۡ ۡ
﴿٣٦‫سُٔوال‬ َ ‫صَر َوٱل ُفَؤ َاد ُك ُّل ُْأولَِئ‬
‍ۡ ‫ك َكا َن َع ۡنهُ َم‬ َّ ‫ك بِِهۦ ِع ۡل ۚ ٌم ِإ َّن‬
َ َ‫ٱلسمۡ َع َوٱلب‬ َ َ‫س ل‬ ۡ ُ ‫﴾ َواَل تَ ۡق‬
َ ‫ف َما لَي‬
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Surah al-Isra’: 36)

Ayat di atas termasuk sebahagian daripada ayat yang panjang, ketika Allah S.W.T
menyebutkan beberapa perkara pada sebelumnya dan diakhiri dengan firman-Nya:

‫ك ِمن ٱ ۡل ِح ۡك َم ۗ ِة َواَل جَت ۡج َع ۡل َم َع ٱللَّ ِه ِإهَٰلًا ء َ ۡ يِف‬ ‫َٰذلِ مِم‬


﴿‫َّم َملُومٗا‬
َ ‫اخَر َفتُل َق ٰى َج َهن‬َ َ ‫ك َّآ َأ َۡحو ٰ ٓى ِإلَ ۡي‬
َ َ ُّ‫ك َرب‬ َ

٣٩‫ورا‬ ۡ
ً ‫﴾ َّمد ُح‬
“Perintah yang demikian itu ialah sebahagian daripada hikmah (kebijaksanaan) yang
telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad SAW) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah)
janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah,
kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam dengan
keadaan tercela dan tersingkir (daripada rahmat Allah).”
(Surah al-Isra’: 39)

Rasulullah S.A.W pula memberikan amaran bahawa akan berlaku pada akhir zaman satu
keadaan yang menjadi tanda kemusnahan alam ini. Sabda Baginda S.A.W:

ِ ‫“سيَْأيِت َعلَى الن‬ ِ ِ ُ ‫ال رس‬


،‫ات‬
ُ ‫َّاع‬
َ ‫ات َخد‬
ٌ ‫َّاس َسَن َو‬ َ :‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ول اللَّه‬ َ َ‫َع ْن َأيِب ُهَر ْيَر َة ق‬
ُ َ َ َ‫ ق‬:‫ال‬
‫ َو َيْن ِط ُق فِ َيها‬،‫ني‬ ِ ِ ‫ِئ‬ ِ ِ َّ ‫ وي َك َّذب فِيها‬،‫َّق فِيها الْ َك ِاذب‬
ُ ‫ َوخُيََّو ُن ف َيها اَأْلم‬،‫ َويُْؤ مَتَ ُن ف َيها اخْلَا ُن‬،‫الصاد ُق‬ َ ُ َُ ُ َ ُ ‫صد‬ َ ُ‫ي‬
‫“الر ُج ُل التَّافِهُ يِف َْأم ِر الْ َع َّام ِة‬
َّ :‫ال‬ َ ِ‫الر َويْب‬
َ َ‫ضةُ؟ ق‬ ُّ ‫ َو َما‬:‫يل‬ِ
َ ِ‫”الر َويْب‬.
َ ‫ ق‬.”ُ‫ضة‬ ُّ
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan datang
melanda manusia tahun-tahun yang sangat menggodakan, sehingga dipercayai
pembohong, dibohongi orang yang benar. Amanah diberikan kepada pengkhianat
dan dikhianati orang yang benar-benar amanah. Golongan al-Ruwaibidhah (orang
yang jahil) bercakap. Lalu ditanyakan: “Siapakah itu?” Sabda Baginda: Apabila
orang yang bebal bercakap perkara yang  besar.”
(Riwayat Ibn Majah 4036)

Kitab suci al-Quran adalah hidayah (petunjuk) dan mukjizat ilmu yang dipelihara oleh Allah
S.W.T sehingga tibanya ajal dunia, yang ketika itu tulisan dan hafazan al-Quran akan
dihapuskan.

Maka umat Islam yang setia kepada agamanya diperintahkan supaya sentiasa berpegang
dengan al-Quran dan menjadikannya cahaya yang menyuluh kebenaran. Rasulullah S.A.W
telah meninggalkan pusaka ilmu yang menunjukkan cara pelaksanaan al-Quran, khususnya
apabila berlakunya sebarang pertelingkahan dalam semua perkara. Allah S.W.T berfirman:

﴿ ‫ول َو ُْأويِل ٱ ۡلَأمۡ ِر ِمن ُكمۡۖ فَِإن َتٰنََز ۡعتُمۡ يِف َش ۡيء َفُر ُّدوهُ ِإىَل‬ ِ ‫ ٱللَّه و‬3ْ‫َأطيعوا‬
ِ ِ َّ ٓ ٰ
َ ‫ٱلر ُس‬ َّ 3ْ‫َأطيعُوا‬ َ َ ُ ْ‫ين ءَ َامنُ ٓوا‬ َ ‫يََأيُّ َها ٱلذ‬
٥٩ ‫ َوَأ ۡح َس ُن تَ ۡأ ِوياًل‬ٞ‫ك َۡخير‬ ِ ۡ
َ ‫ول ِإن ُكنتُمۡ تُ ۡؤ ِمنُو َن بِٱللَّ ِه َوٱليَ ۡوِم ٱأۡل ٓ ِخ ۚ ِر َٰذل‬ِ ‫ٱلرس‬ ِ
ُ َّ ‫﴾ٱللَّه َو‬
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah (secara mutlak) dan (taat secara bersyarat) kepada Ulil Amri (para
umara’ yang berkuasa dan berilmu, serta para ulama’) dalam kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (saling berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah (Kitab al-Quran) dan Rasul-Nya
(Sunnah), jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Demikian itu
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
(Surah al-Nisa’: 59)
Antara perkara yang paling besar dalam Islam ialah urusan politik yang diberikan peranan
kepada manusia menguruskannya mengikut ketetapan Allah S.W.T. Politik merupakan
sebahagian daripada ilmu feqah Islam yang sangat penting.

Malangnya ramai di kalangan umat Islam terpengaruh dengan ajaran bukan Islam yang
memisahkan politik daripada urusan agama, sehingga mengakibatkan munculnya orang-
orang yang jahil terhadap agama. Lalu mereka itu bercakap dan menulis perkara
melibatkan urusan politik menggunakan akal semata-mata tanpa merujuk kepada ilmu
Islam yang menjadi sebahagian daripada mukjizat al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah
S.A.W.  

Pada akhirnya Islam sebuah agama yang indah dirosakkan. Apatah lagi pada zaman wujud
kebebasan media, terdapat musuh Islam yang sanggup berbelanja besar menggunakannya
sebagai alat bertujuan menyebarkan kekeliruan dan kesesatan, termasuklah untuk
meragukan orang ramai terhadap Islam dan perjuangannya yang sebenar.

Ramai di kalangan penganut Islam yang hanya berfikir untuk mencari makan dan menjadi
khadam mereka, semata-mata untuk mendapatkan imbuhan. Pada masa yang sama,
mereka tidak menyedari bahawa pemikiran yang disebarkan itu sebenarnya menempah
dosa yang berpanjangan sehingga meninggal dunia.

Allah S.W.T memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman, supaya berilmu dan
beramal dengan ikhlas berkonsepkan aqidah yang benar-benar daripada-Nya. Kemudian
diwajibkan pula mendirikan solat lima kali sehari semalam, dengan doa yang sentiasa
disebutkan dalam setiap rakaat:

ۡ ۡ ‫ ِص ٰر َط ٱلَّ ِذ‬٦‫ٱلص ٰر َط ٱ ۡلم ۡستَ ِقيم‬ ِ ‫ ٱ ۡه‬٥‫اك نَ ۡستعِني‬


ِ ‫ض‬
﴿‫وب‬ ُ ‫ت َعلَ ۡي ِهمۡ َغ ۡي ِر ٱل َم ۡغ‬
َ ۡ‫ين َأن َعم‬
َ َ َ ُ َ ِّ ‫ا‬َ‫ن‬‫د‬ ُ َ َ َّ‫اك نَ ۡعبُ ُد َوِإي‬
َ َّ‫ِإي‬

َ ِّ‫﴾ َعلَ ۡي ِهمۡ َواَل ٱلضَّآل‬


٧‫ني‬
“Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan. (5); Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6); Iaitu jalan orang-
orang yang Engkau telah kurniakan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7).”
(Surah al-Fatihah: 5-7)

Kita disuruh agar memohon petunjuk ke jalan yang benar dengan mengikuti ajaran para
nabi, orang-orang yang siddiq (benar kepercayaan dan amal), para syuhada’ (pejuang yang
terbukti sehingga akhir hayat tidak menyeleweng dalam mengharungi perjalanan hidup) dan
orang-orang yang soleh.

Begitu juga kita tidak ingin mengikuti jalan orang yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Mereka
itu daripada kalangan orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, bahkan
menyesatkan orang lain.

Selain itu, kita memohon kepada Allah dijauhkan daripada jalan orang-orang yang sesat
tanpa ilmu dan pengetahuan. Lebih malang mereka di kalangan yang jahil murakkab
sebagaimana ditakrifkan oleh Imam al-Ghazali iaitu mereka yang tidak tahu atau tidak
sedar diri jahil masing-masing dan juga bersifat takabbur.

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W memberikan peringatan kepada para sahabat dan
umatnya, lalu Baginda S.A.W melakarkan di atas tanah satu garis yang lurus dan
dilakarkan cabang-cabang yang banyak, serta membacakan firman Allah:

َّ ‫ٱلسبُ َل َفَت َفَّر َق بِ ُكمۡ َعن َسبِيلِ ِهۦۚ َٰذلِ ُكمۡ َو‬
﴿ ۡ‫صٰى ُكم بِِهۦ لَ َعلَّ ُكم‬ ُّ 3ْ‫َأن َٰه َذا ِص َٰر ِطي ُم ۡستَ ِقيمٗا فَٱتَّبِعُو ۖهُ َواَل َتتَّبِعُوا‬
َّ ‫َو‬

١٥٣‫﴾َتَّت ُقو َن‬


“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain
daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada
jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa.”
(Surah al-An’am: 153)

Seterusnya Baginda S.A.W bersabda:


‫يل ِإاَّل َعلَْي ِه َشْيطَا ٌن يَ ْدعُو ِإلَْي ِه‬ِ ِ ‫ ولَي‬،‫السبل‬ ِِ
ٌ ‫س مْن َها َسب‬
َ ْ َ ُ ُ ُّ ‫هذه‬.
َ
“Cabang-cabang ini adalah jalan yang sesat, pada setiap cabang itu ada syaitan yang
menggoda supaya bersamanya.”
(Riwayat Ahmad 4437)

Allah S.W.T berfirman lagi dalam surah yang lain:

ٗ‫ف ٱ ۡل َق ۡو ِل غُُر ا‬
﴿ۚ ‫ور‬ َ ‫ض ُهمۡ ِإىَل ٰ بَ ۡعضٖ ُز ۡخ ُر‬ ِ ِ ۡ ِ ‫ٰطني ٱ ۡلِإ‬
ُ ‫نس َوٱلج ِّن يُوحي بَ ۡع‬
ِ ِ ۡ ِ
َ ‫َو َك َٰذل‬
َ َ‫ك َج َعلنَا ل ُك ِّل نَيِب ٍّ َع ُد ّوٗا َشي‬
‫ن بِٱأۡل ٓ ِخَر ِة‬3َ ‫ين اَل يُ ۡؤ ِمنُو‬ ِ َّ ۡ ِ ‫ ولِت ۡ ٓ ِإ‬١١٢‫ولَ ۡو شآء ربُّك ما َفعلُو ۖهُ فَ َذ ۡرهمۡ وما ي ۡفترو َن‬
َ ‫صغَ ٰى لَ ۡيه َأ‍ِٔف َدةُ ٱلذ‬ََ َُ َ َ َ ُ َ َ َ ََ َ َ
3َ َ‫َأنز َل ِإلَ ۡي ُك ُم ٱ ۡل ِكٰت‬
‫ب‬ َ ‫ي‬ ٓ ‫ َأَف ۡغيََر ٱللَّ ِه َأ ۡبتَغِي َح َكمٗا َو ُه َو ٱلَّ ِذ‬١١٣‫ َما ُهم ُّم ۡقرَتِ فُو َن‬3ْ‫ضو ُه َولِيَ ۡقرَتِ فُوا‬ ِ
َۡ ‫َولرَي ۡر‬
١١٤‫ين‬ ِ ۡ ِ
َ ‫ق فَاَل تَ ُكونَ َّن م َن ٱل ُممۡ رَت‬ ِّ ۖ ‫ك بِٱ ۡل َح‬
َ ِّ‫ ِّمن َّرب‬ٞ‫ب يَ ۡعلَ ُمو َن َأنَّهۥُ ُمَنَّزل‬ ِۡ
َ َ‫ين ءَاتَ ۡيٰنَ ُه ُم ٱلكٰت‬
ِ َّ ۚ َّ ‫م َف‬
َ ‫صلٗا َوٱلذ‬ ُ
‫ َوِإن تُ ِط ۡع َأ َۡثكر َمن يِف‬١١٥‫يع ٱ ۡل َعلِيم‬ ِ َّ ‫ِّل لِ َكلِ ٰمتِ ِهۦۚ وهو‬ ‫ۡ ۚ اَّل‬ ۡ ِ َ ِّ‫ت رب‬ ِ ۡ
َ ُ ُ ‫ٱلسم‬ َ ُ َ َ َ ‫ك صدقٗا َو َعدلٗا ُمبَد‬ َ ُ ‫َومَتَّت َكل َم‬
ۡ ِ‫ضي‬ ۡ
َ َّ‫ ِإ َّن َرب‬١١٦‫صو َن‬
‫ك ُه َو َأ ۡعلَ ُم‬ ُ ‫ن ِإاَّل ٱلظَّ َّن َوِإ ۡن ُهمۡ ِإاَّل خَي خ ُر‬3َ ‫وك َعن َسبِ ِيل ٱللَّ ۚ ِه ِإن َيتَّبِعُو‬
َ ُّ‫ضل‬ُ ِ ‫ٱلَأ ۡر‬
ِ ۡ ِ ‫ض ُّل عن سبِيلِ ِهۦۖ وهو َأ ۡل‬
ِ
َ ‫عَ ُم بٱل ُم ۡهتَد‬
١١٧‫ين‬ َ ُ َ َ َ َ‫﴾ َمن ي‬
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada kalangan
syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagiannya membisikkan kepada sebahagian
yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk
memperdayakan pendengar. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak
melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan
(daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (112); Dan juga supaya hati orang-
orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan
supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang
mereka lakukan itu. (113); (Katakanlah wahai Muhammad): “Patutkah aku (terpedaya
dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim
selain daripada Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab al-Quran
yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?”
Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah
diturunkan daripada Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali
engkau menjadi (salah seorang) daripada golongan yang ragu-ragu. (114); Dan telah
sempurnalah Kalimah Tuhanmu (al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-
Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatu pun
daripada Kalimah-kalimah-Nya; dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa
Mengetahui. (115); Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka
bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah; tiadalah yang
mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah
berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang
sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat petunjuk. (116).”
(Surah al-An’am: 112-116)

Kita mesti berwaspada pada zaman mutakhir yang canggih ini, kerana wujud golongan
syaitan yang menggunakan media, tentera upahan dan sukarelawan untuk menyebarkan
maklumat dan tulisan yang menarik. Tetapi menyesatkan akal sehingga menghilangkan jati
diri umat Islam.

Pertama, ada sebahagian yang mendedahkan diri sendiri, bahkan ada yang menentang
Islam secara terbuka seperti mempersendakan hukum Islam yang mereka fikirkan bodoh
dan tidak bertamadun. Sehingga perbuatan mereka itu menunjukkan diri mereka sendiri
paling tidak bertamadun di rimba.

Allah S.W.T berfirman:

﴿ ‫ اَل‬٦٥‫وض َونَ ۡل َع ۚبُ قُ ۡل َأبِٱللَّ ِه َوءَايَٰتِ ِهۦ َو َر ُسولِِهۦ ُكنتُمۡ تَ ۡستَ ۡه ِزءُو َن‬ ۡ ‫ِئ‬
ُ ُ ‫َولَ ن َسَألَت ُهمۡ لََي ُقولُ َّن ِإمَّنَا ُكنَّا خَن‬
ِ ۢ ‫ِئ‬ ‫ِئ‬ ِ ِ
ُ ‫﴾تَ ۡعتَذ ُرواْ قَ ۡد َك َف ۡرمُت بَ ۡع َد ِإميَٰن ُكمۡۚ ِإن نَّ ۡع‬
َ ‫ف َعن طَآ َفةٖ ِّمن ُكمۡ نُ َع ِّذ ۡب طَآ َفةَ بَِأن َُّهمۡ َكانُواْ جُم ۡج ِرم‬
٦٦‫ني‬
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka
akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.”
Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu
memperolok-olok dan mengejeknya?” (65); Janganlah kamu berdalih (dengan
alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu
(melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat),
maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang
terus bersalah). (66).”
(Surah al-Taubah: 65-66)

Kedua, ada juga kalangan mereka yang berpura-pura menyokong Islam secara provokasi,
supaya dilaksanakan syariat Islam tanpa ada sifat bertafaqquh. Sedangkan mereka jugalah
yang menjadi penghalang dan bersekongkol dengan musuh Islam kerana mahukan
kemenangan dunia yang segera tanpa mempedulikan wawasan akhirat.

Firman Allah:

﴿‫ن‬3َ ‫ ۚ َن َأيَ ۡب َتغُو‬3 3 3 3 3 3‫ون ٱ ۡل ُمِمۡنِؤني‬


ِ ‫َّخ ُذو َن ٱ ۡل َٰك ِف ِرين َأ ۡولِيآء ِمن د‬
ُ ََ َ
ِ ‫ ٱلَّ ِذين يت‬١٣٨‫َأن هَل مۡ ع َذابا َألِيما‬
ََ ً ً َ ُ َّ ‫ني ب‬
ِ َ ‫ب ِّش ِر ٱ ۡلمٰنَ ِف ِق‬
ُ َ
١٣٩‫ند ُه ُم ٱ ۡلعَِّز َة فَِإ َّن ٱ ۡلعَِّز َة لِلَّ ِه مَجِ يعٗا‬
َ ‫﴾ ِع‬
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya
disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138); (Iaitu) orang-
orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafiq) mencari
kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan
dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya). (139).”
(Surah al-Nisa’: 138-139)

Allah S.W.T berfirman kepada orang-orang yang beriman:

﴿٦٣‫ض َه ۡونٗا َوِإ َذا َخاطََب ُه ُم ٱ ۡل َٰج ِهلُو َن قَالُواْ َس ٰلَ ٗما‬
ِ ‫ين مَي مۡ ُشو َن َعلَى ٱ ۡلَأ ۡر‬ ِ َّ
َ ‫ٱلر ۡح َٰم ِن ٱلذ‬
َّ ‫اد‬ ِ
ُ َ‫﴾ َوعب‬
“Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang
berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan
kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan
perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.”
(Surah al-Furqan: 63)

Anda mungkin juga menyukai