Anda di halaman 1dari 15

AL-QURAN : KALAMULLAH YANG MUKJIZAT

Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh
bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan. Ini bertetapan dengan
firman Allah S.W.T:

‫الذ ْكَر َوإِنَّا لَهُ حَلَافِظُو َن‬


ِّ ‫إِنَّا حَنْن َنَّزلْنَا‬
ُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah


yang memelihara dan menjaganya”.

(Surah al-Hijr : 9)

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang
lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan
segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik
untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

ِ ِ ِ ِ
ٌ‫ إِ َّن ٰه َذاالْ ُق ْرآ َن َحْب ُل اهلل الْ َمتنْي ِ َونُ ْوٌر ُمبِنْي‬.‫ااستَطَ ْعـتُ ْم‬
ْ ‫إِ َّن ٰه َذا الْ ُق ْرآ َن َمأْ ُدبَةُ اهلل َفَت َعلَّ ُم ْوا َمأْ ُدبَةَ اهلل َم‬
ِ ِ ِ ِ َ ‫و ِش َفاء نَ افِع و ِعص مةٌ لِمن مَتَ َّس‬
َ ‫ك ب ه َو َمْن َج اةٌ ل َم ِن اتََّب َع هُ الََي ْع َو ُج َفُي َق َّو ُم َوالَيَِزيْ ُغ َفيَ ْسَت ْعـت‬
‫ب‬ َْ َ ْ ٌَ ٌ َ
‫اىل يَ أْ ُج ُر ُك ْم َعلَى تِالََوتِ ِه بِ ُك ِّل‬ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ َع َجائـبُهُ َومَلْ خَي ْلَ ْق َع ْن َك ْث َرة الت ِّْر َداد أُْتلُ ْوهُ فَ إ َّن اهللَ َت َع‬  ‫َوالََتْن َقض ى‬
ٌ‫ف َع َشَرةٌ َوالالَّ َم َع َشَرةٌ َوالْ ِمْي َم َع َشَرة‬ ِ ِ ٍ ٍ
َ ‫اْألَل‬  ‫َح ْرف َع ْش ُر َح َسـنَات أ ََما إِيِّنْ الَأَُق ْو ُل آملۤ َع َشَرةٌ َولـٰـك َّن‬

Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini
sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya
yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya,
penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa
yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan
bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana
Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf
sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1
huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim

Pertama: Definisi al-Quran

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun,
dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu
ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari
kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah SWT berfirman:

﴾١٨﴿ ُ‫﴾ فَِإذَا َقَرأْنَاهُ فَاتَّبِ ْع ُق ْرآنَه‬١٧﴿ ُ‫إِ َّن َعلَْينَا مَج ْ َعهُ َو ُق ْرآنَه‬

Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu)


dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka
itulah bacaannya itu.”

(al-Qiyaamah: 17-18)

Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya).
Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vokal u seperti ghufran
dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama
saja. Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul
dengan masdar.

Sedangkan ada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada
Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya yang terangkum
dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas.

Kedua: Keistimewaan al-Quran

Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana
tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan
setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana
kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-‘Azim.” Antara lain menyebut:

 Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya :

‫ت ِمن لَّ ُد ْن َح ِكي ٍم َخبِ ٍري‬


ْ َ‫صل‬
ِّ ُ‫ت آيَاتُهُ مُثَّ ف‬ ِ ‫الر ۚ كِتَاب أ‬
ْ ‫ُحك َم‬
ْ ٌ

Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya,
kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah
Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”

(Surah Hud : 1)

 Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah S.W.T:

‫الذ ْكَر َوإِنَّا لَهُ حَلَافِظُو َن‬


ِّ ‫إِنَّا حَنْن َنَّزلْنَا‬
ُ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya”.

(Surah Al-Hijr : 9)

 Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah S.W.T :

ِ ِ ِ‫مِب‬ ِ ‫ت اإْلِ نس واجْلِ ُّن علَ ٰى أَن ي أْتُوا مِبِثْ ِل هٰـ َذا الْ ُق ر‬
ِ ‫قُ ل لَّئِ ِن اجتَمع‬
ُ ‫آن اَل يَ أْتُو َن ثْل ه َولَ ْو َك ا َن َب ْع‬
‫ض ُه ْم‬ ْ َ َ َ َُ ََ ْ
ٍ ‫لَِب ْع‬
‫ض ظَ ِه ًريا‬

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad)  “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan


jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak
akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”.

(Surah Al-Isra’: 88)

Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makahluk tidak akan mampu dan
mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan
dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak
akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara.
(Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)

 Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah S.W.T:

ِ
َ ِ‫فَِإمَّنَا يَ َّس ْرنَاهُ بِل َسان‬
‫ك لَ َعلَّ ُه ْم َيتَ َذ َّكُرو َن‬

Maksudnya:“Maka sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu(wahai


Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran”.

(Surah Ad-Dukhan : 58)

Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki ,
perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau
buku yang lain.

 Al-Quran kitab zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya
sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai
sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran
tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
 Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada
agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga
usul tasyriq dan hukum hakam.
 Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan
kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia
dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah S.W.T:

ِ ِ
َ ‫إِ ْن ُه َو إِاَّل ذ ْكٌر لِّْل َعالَم‬
‫ني‬

Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam”.

(Surah At-Takwir : 27)

Benarlah firman Allah S.A.W:


ِ ‫ئ الْ ُقرآ ُن فَاستَ ِمعوا لَه وأ‬
‫َنصتُوا لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْرمَحُو َن‬ ِ
َُ ُ ْ ْ َ ‫َوإ َذا قُِر‬

Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta
diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh
rahmat”.

(Surah al-A’raf : 204)

Ketiga: Matlamat al-Quran

Secara umumnya al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi
sifat kemanusiaan. Antaranya:

1. Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan


pembalasan.
2. Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang da’if dan
tertindas.
3. Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
4. Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
5. Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
6. Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan
bekerjasama.

Keempat: Pendapat Tokoh berkenaan Quran

Dinyatakan di sini beberapa kenyataan ulama dan tokoh berkaitan Quran.

1. Imam Syafie berkata: Setiap yang bercakap berdasarkan Kitab dan Sunnah, maka
itulah yang sebenarnya. Adapun selain keduanya, dilihat sia-sia.
2. Al-Harith al-Muhasibi berkata: Sedara-sedaraku apabila orang baca Quran untuk
mendapat pahalanya, maka ketahuilah tunjukkan kehendak dengan bacaan kamu
untuk tadabbur dan iktibar darinya.
3. Fudhail bin Iyadh berkata: Penjaga al-Quran sentiasa mengelak dari menderhakai
Tuhannya. Bagaimana mungkin mereka melakukan maksiat sedangkan setipa huruf
dari al-Quran menyerunya “Demi Allah, jangan enkau engkari perkara yang engkau
bawa dariku.
4. Abdul Qadir al-Jilani berkata: Wahai kaumku berlaku baiklah kepada al-Quran
dengan beramal dengannya bukan dengan berdebat.
5. Imam Ibn Taimiyyah berkata: Al-Quran mampu menghilangkan segala penyakit yang
menyebabkan keinginan-keinginan jahat, sehingga sihatlah jiwa dan bersihlah
keinginannya dan kembalilah seseorang itu kepada fitrah yang telah ditanam oleh
Allah sepertimana badan kembali sihat.
6. Ibn Qayyim berkata: Quran adalah kalam Allah yang Allah tajalli kepadanya untuk
hamba-hambanya dengan sifat-sifat-Nya.
7. Imam Muslim berkata: Al-Quran adalah ubat segala penyakit kecuali maut. Semoga
hendaknya Allah mematikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir
dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.
8. Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan
yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang
mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah
sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
dengan cara membacanya.

 Mustafa al-Siba’i menyebut beberapa ungkapan antaranya:


 Kesan Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada lagunya.
Bukan yang membaca dengan beramal dan bukan yang mengelokkan bacaan tetapi
tidak beramal.
 Bacaan al-Quran dalam radio dengan hati yang khusyuk yang dapat didengar oleh
orang Islam sehingga dibuka hati dan akal mereka satu ketika jauh lebih baik dari
seribu rancangan yang lain.
 Orang zaman dahulu belajar al-Quran untuk beramal. Kemudian jadilah mereka
belajar beramal dengannya. Justeru, bagaimana tiada perbezaan antara generasi kita
dan generasi mereka yang agung.
 Al-Quran ditangan-tangan orang Islam ibarat senjata ditangan orang-orang jahil.

 
 Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengungkapkan banyak kata-kata antaranya
 Al-Quran merupakan minhaj atau jalan serta cara bagi kehidupan manusia.
 Al-Quran sebagai dustur kepada sebarang hukum.
 Al-Quran sebagai dustur kepada dakwah.

Menjawab beberapa syubhah yang dilemparkan terhadap al-Quran:

1. Al-Quran adalah ciptaan Muhammad S.A.W

Umum diketahui bahawa, Nabi Muhammad S.A.W hanyalah seorang lelaki yang diutus
sebagai rasul untuk seluruh umat. Tujuan pengutusannya untuk mebawa rahmat bagi sekelian
alam. Ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T berikut:

ِ
َ ‫اك إِاَّل َرمْح َةً لِّْل َعالَم‬
‫ني‬ َ َ‫َو َما أ َْر َس ْلن‬

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya’ : 107)

Justeru, Allah S.W.T telah mengutuskan bersama rasulnya ini sebuah kitab yang menjadi
panduan bagi seluruh umat yang dipimpinnya. Namun begitu, terdapat segolongan manusia
yang sering mengingkari kebenaran atau ketulinan ayat-ayat al-  Quran tersebut dengan
mendakwa bahawa kitab tersebut merupakan rekaan atau idea penulisan yang dilakukan
sendiri oleh Muhammad S.A.W.

Bagi mencantas dakwaan tersebut, kami nyatakan seperti berikut.

Allah S.W.T memberi cabaran dan kesempatan kepada seluruh umat manusia yang tidak
meyakini bahwa al-Quran adalah kalamullah dengan beberapa cabaran. Antaranya ialah
dalam firmanNya yang berikut:
ِ ِ ِ‫مِب‬ ِ ‫ت اإْلِ نس واجْلِ ُّن علَ ٰى أَن ي أْتُوا مِبِثْ ِل هٰـ َذا الْ ُق ر‬
ِ ‫قُ ل لَّئِ ِن اجتَمع‬
ُ ‫آن اَل يَ أْتُو َن ثْل ه َولَ ْو َك ا َن َب ْع‬
‫ض ُه ْم‬ ْ َ َ َ َُ ََ ْ
ٍ ‫لَِب ْع‬
‫ض ظَ ِه ًريا‬

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan


jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-
Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding
dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.”

(Surah al-Isra’ : 88)

Syeikh al-Maraghi menjelaskan bahawa golongan kafir tidak akan mampu untuk
mendatangkan sebuah kitab yang sama sepertimana yang diturunkan kepada kepada
rasulNya. Yang dimaksudkannya ialah sama dari sudut balaghah, kebaikan maknanya,
kebijaksanaanya, hukum-hakam yang dikandungnya dan lain-lain. (Rujuk Tafsir al-Maraghi,
8/4024)

Tentangan turut dikemukakan juga dalam ayat yang dinyatakan berikut:

‫ني‬ِ ِ ‫يث ِّمثْلِ ِه إِن َكانُوا‬


ٍ ‫َف ْليأْتُوا حِب ِد‬
َ ‫صادق‬
َ َ َ

Maksudnya: “(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata


(yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar
dakwaannya.”

(Surah at-Tur : 34)

Dalam kalangan musyrikin Quraisy terdapat penyair-penyair yang fasih balaghahnya, tukang
tilik yang hebat serta cerdas serta pemidato yang berpengalaman dalam berbicara dengan baik
dalam pelbagai seni pertuturan. Maka kumpulkanlah para penyair, tukang tilik dan para
pembicara yang hebat tersebut agar dapat mendatangkan sesuatu yang seperti al-Quran, kalau
mereka adalah dalam kalangan yang benar dalam perakuan mereka. Namun mereka tidak
mampu. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 14/6633)
Apabila musyrikin Quraisy tidak mampu untuk mendatangkan kitab semisal al-Quran, Allah
SWT menguji mereka dengan ujian yang lebih ringan iaitu untuk mendatangkan hanya
sepuluh surah yang semisal al-Quran. Ini adalah sepertimana firmaNya berikut:

‫ون اللَّ ِـه إِن ُكنتُ ْم‬ ٍ


ِ ‫ات و ْادع وا م ِن اس تَطَعتُم ِّمن د‬ ِِ
ُ ْ ْ َ ُ َ َ‫أ َْم َي ُقولُو َن ا ْفَت َراهُ ۖ قُ ْل فَ أْتُوا بِ َع ْش ِر ُس َو ٍر ِّمثْل ه ُم ْفَتَري‬
‫ني‬ِِ
َ ‫صادق‬
َ

Maksudnya: “Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan


mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai
Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh
surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu
sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

(Surah Hud : 13)

Allah SWT mencabar pihak musyrikin Quraish supaya mendatangkan sepuluh surah seperti
al-Quran dari sudut susunan atau gaya bahasanya yang memuatkan undang-undang yang
benar tentang keagamaan, kemasyarakatan, politik, hikmah-hikmah, nasihat-nasihat dan tata
kesopanan. Bahkan Allah SWT menyeru mereka supaya mengajak sesiapa sahaja yang
mereka ingin selain Allah SWT yang dapat membantu dan menolong mereka bagi menyahut
cabaran Allah SWT. Namun mereka tidak mampu. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 6/3158)

Pada pengakhiran cabaran tersebut, Allah turut menyatakan cabaran terakhir untuk
mendatangkan hanya satu surah semisal al-Quran. Ini seperti firmannya yang berikut:

‫ني‬ِ ِ ‫ون اللَّ ِـه إِن ُكنتم‬


ِ ‫أَم ي ُقولُو َن ا ْفَتراه ۖ قُل فَأْتُوا بِسور ٍة ِّمثْلِ ِه و ْادعوا م ِن استَطَعتُم ِّمن د‬
َ ‫صادق‬
َ ُْ ُ ْ ْ َ ُ َ َ ُ ْ َُ َْ

Maksudnya: “(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan


mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut
rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah
yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat
memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang
yang benar!.”
(Surah Yunus : 38)

Demikian juga firman Allah SWT berikut:

ِ ‫ب مِّمَّا َنَّزلْنَ ا علَ ٰى عب ِدنَا فَ أْتُوا بِس ور ٍة ِّمن ِّمثْلِ ِه و ْادع وا ُش ه َداء ُكم ِّمن د‬
‫ون اللَّ ِـه إِن‬ ٍ ْ‫وإِن ُكنتُم يِف ري‬
ُ َ َ ُ َ َ ُ َْ َ َ ْ َ
‫ني‬ِ ِ ‫ُكنتم‬
َ ‫صادق‬
َ ُْ

Maksudnya: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-
Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah
yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh
menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

(Surah al-Baqarah : 23)

Menurut Syeikh al-Maraghi, kaum musyrikin Quraish tidak mampu untuk membuat al-Quran
lain yang seumpama dengan al-Quran, meskipun mereka seorang yang terlatih. Namun, 
mereka tidak mampu untuk mendatangkan sesurah seumpama al-Quran. Ini kerana, orang
yang berakal cerdas sudah tahu bahawa sesuatu yang dapat mereka lakukan, sudah tentu
orang lain juga dapat melakukannya, dan terdapat keberangkalian akan ada orang yang lebih
mampu berbanding dirinya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 6/3039)

ِ ِ ‫فَِإن مَّل َت ْفعلُوا ولَن َت ْفعلُوا فَ َّات ُقوا النَّار الَّيِت وقُودها النَّاس واحْلِجارةُ ۖ أ ُِعد‬
َ ‫َّت ل ْل َكاف ِر‬
‫ين‬ ْ ََ َُ َُ َ َ َ َ َ ْ

Maksudnya: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak
dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-
orang kafir”.

(Surah al-Baqarah : 24)

Jika kaum musyrikin Quraish tidak mampu juga untuk mendatangkan satu surah semisal al-
Quran, padahal kamu sudah berusaha bermati-matian, sudah tentu kamu tidak mampu untuk
melakukannya pada masa akan datang kerana ianya memang bukan ukuran menurut
kemampuan kamu (makhluk). Justeru, berwaspadalah dengan keingkaran kamu itu dan
akuilah bahawa al-Quran ini sememangnya datang daripada Allah SWT. (Rujuk Tafsir al-
Maraghi, 1/58)

2. Keaslian Naskhah al-Quran Yang Ada Pada Hari Ini

Dalam isu ini, kami melihat ada beberapa noktah penting yang perlu difahami oleh semua
lapisan masyarakat.

Pertama: Al-Quran pada asasnya adalah bacaan dan bukan tulisan. Turunnya wahyu,
penyampaiannya, periwayatannya dilakukan secara lisan dan hafazan dan bukannya tulisan.
Apa yang dimaksudkan dengan membaca al-Quran pada zaman dahulu adalah membaca
daripada hafazan dan tulisan hanyalah wasilah semata-mata. Ini kerana, ayat-ayat al-Quran
dijadikan tulisan di atas tulang belulang, kulit haiwan dan lain-lain berdasarkan hafazan
daripada memori seorang muqri’. Tradisi periwayatan melalui hafazan dengan isnad yang
mutawatir ini diwarisi turun temurun telah terbukti menjamin keaslian al-Quran itu sendiri.
Masalah orientalis seperti pada masa kini ialah melihat al-Quran sebagai teks, bukannya
sebagai hafazan yang dibaca. Inilah menyebabkan mereka cenderung untuk menerapkan
beberapa metodologi yang sama untuk mengkritik Bible iaitu kritikan sejarah, kritikan
sumber, kritikan bentuk dan kritikan teks. Natijahnya, mereka melihat al-Quran hanyalah
produk sejarah yang merakamkan situasi dan budaya Arab abad ke-7 dan 8 Masihi.[1] Malah
seruan orientalis untuk membuat edisi kritis al-Quran berdasarkan manuskrip-manuskrip
yang ada terus diulang-ulang oleh segelintir sarjana Muslim hari ini.[2]

Kedua: Al-Qur’an juga dicatat dengan menggunakan tulisan. Para sahabat Nabi SAW ada
yang menyimpan catatan ayat-ayat al-Qur’an ini bagi tujuan rujukan peribadi. Pada catatan
itu juga terdapat komentar, huraian dan lain-lain penambahan untuk pemahaman sendiri.
Maka, tahap kualitinya pasti sudah berbeza. Oleh itu, Saidina Abu Bakar mengambil langkah
menubuhkan sebuah kumpulan yang menyemak ayat-ayat al-Qur’an yang ada pada para
Sahabat dan disatukan menjadi sebuah suhuf. Suhuf tersebut disimpan oleh Abu Bakar,
kemudiannya Umar dan setelah itu Hafsah sebelum diserahkan kepada Uthman. Pada zaman
beliau, ada permintaan sejumlah para Sahabat untuk mengumpul semula bentuk bacaan
(qiraat) yang ada dan diletakkan standard bacaan bagi mengelakkan kekeliruan. Natijahnya,
dikeluarkan beberapa buah buku yang mengandungi qiraat yang bersifat mutawatir yang
disepakati periwayatannya daripada Nabi SAW.
Ketiga: Punca utama kekeliruan para orientalis apabila menganggap al-Quran itu ada
pelbagai ragam bacaan kerana teksnya yang tidak bertitik dan bertanda pada awalnya.
Padahal al-Quran itu dibaca terus daripada hafazan yang diriwayatkan sampai kepada Nabi
SAW. Kaedah dalam hal ini adalah tulisan mengikut bacaan yang diriwayatkan Nabi (al-
rasmu tabi’un li al-riwayah) dan bukan sebaliknya.

3. Menyamakan al-Qur’an dengan kitab-kitab agama lain dari sudut


pengkanunannya.

Para orientalis sering menimbulkan keraguan pada aspek pengumpulan al-Qur’an. Mereka
menyatakan bahawa ia sangat mustahil kerana pengumpulan kitab-kitab suci lain mengambil
masa ratusan dan mungkin ribuan tahun.

Sebenarnya, al-Quran melalui proses yang sangat terperinci sebelum dihimpunkan sebagai
sebuah buku pada zaman Saidina Abu Bakar. Pada zaman Nabi SAW, ia masih belum
dibukukan lagi tetapi selesai ditulis sejak zaman Baginda tanpa disatukan lagi dalam bentuk
buku, disamping surah-surahnya belum tersusun.

Menurut Zaid bin Thabit:

‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َومَلْ يَ ُك ِن الْ ُق ْرآ ُن مُجِ َع يِف َش ْي ٍء‬ َ ِ‫قُب‬
َ ُّ ‫ض النَّيِب‬

Maksudnya: “Saat Nabi SAW wafat, al-Qur’an masih belum dihimpun dalam satu bentuk
buku.”(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/12)

Penyaksian adalah elemen yang penting dalam pengumpulan al-Quran. Ibn Hajar
menjelaskan:

ِ َ‫اه َديْ ِن َعلَى َشي ٍء ِمن كِت‬ ِ ‫ال لِعمر ولِزيْ ٍد ا ْقع َدا َعلَى ب‬
ِ ‫اب الْمس ِج ِد فَمن جاء ُكما بِش‬
‫اب‬ ْ ْ َ َ َ َ َْ َْ َ ُ َ َ َ َ ُ َ َ‫َن أَبَا بَ ْك ٍر ق‬
َّ ‫أ‬

ِ
ُ‫اللَّه فَا ْكتُبَاه‬

Maksudnya: “Abu Bakar menyatakan kepada Umar dan Zaid, ‘Duduklah di depan pintu
gerbang Masjid Nabawi. Jika ada orang membawa kepada anda tentang sepotong ayat
daripada Kitabullah dengan dua orang saksi, maka tulislah.”(Rujuk Fath al-Bari Syarh
Sahih al-Bukhari, 9/14)

Saidina Umar pula berdiri di depan pintu gerbang masjid dan mengumumkan bahawa sesiapa
yang memiliki tulisan al-Quran yang dibacakan oleh Nabi SAW, hendaklah datang ke masjid
untuk disemak. Begitu juga tindakan Bilal yang menyiarkannya di lorong-lorong jalan di
Madinah.

Sejak Nabi SAW berada di Madinah, itulah saat bermulanya gerakan penulisan al-Quran.
Banyak di antara para sahabat memiliki ayat-ayat al-Quran yang disalin daripada kulit milik
sahabat handai dan jiran tetangga. Dengan hanya membataskan ayat-ayat yang disalin di
bawah pengawasan Nabi Muhmmad, Zaid meyakini bahawa bahan-bahan yang beliau telah
teliti memiliki kualiti yang sama. Setelah menghafal al-Quran dan menulis banyak semasa
duduk dengan Nabi SAW, ingatan dan hafalan Zaid dapat dibandingkan dengan bahan yang
sama, bukan dengan yang lainnya.  Maka, sikap tegas Abu Bakar, Umar dan Zaid dalam
penyuntingan daripada sumber pertama berserta dua saksi ini memberi jaminan akan kualiti
dan kesahihan al-Quran yang sudah dikumpulkan. Setelah selesai semakan, al-Quran
disimpan dalam perbendaharaan negara di bawah pengawasan Saidina Abu Bakar.
(Rujuk Fadhail Al-Quran Wa Ma'alimuhu Wa Adabuhu, hlm. 281)

Fasa pembukuan al-Quran yang bermula daripada penyatuan bahagian-bahagian terpisah ayat
al-Qur’an daripada sumber pertama, kemudian disaring daripada sumber-sumber seluruh
Madinah dan disusun pula dalam satu jilid besar yang diistilahkan suhuf. 15 tahun kemudian,
ketika Khalifah Uthman mengirim naskah al-Quran ke wilayah-wilayah umat Islam dalam
bentuk yang lebih kemas sebagai sebuah buku, ketika itulah ia dikenali sebagai mushaf.

Keistimewaan al-Quran yang tidak memerlukan ribuan tahun untuk dikanunkan adalah
kerana ianya sudah tersusun lengkap dalam bentuk kasar sejak zaman Nabi SAW. Selain itu,
disiplin yang ketat dalam penyusunannya oleh Zaid bin Thabit, Umar dan Abu Bakar dengan
hanya menerima penyaksian 2 orang dengan ayat al-Qur’an yang ditulis di hadapan Nabi
SAW membuktikan ianya tidak mungkin sama sekali ada perbezaan dengan yang asalnya.

Membandingkan al-Quran dengan kitab-kitab suci lain seperti Veda adalah perbandingan
yang tidak boleh diterima logik kerana:
Veda adalah daripada Shruti iaitu sesuatu sumber wahyu yang didengari. Dipercayai bahawa
Rishi yang berada pada tingkat Tapasya mendengar veda terus daripada
Parabrahma/Parameshwara. Secara ringkasnya, ia tidak dibuat oleh manusia dan tidak
mempunyai penulis. Ada empat buku Veda iaitu Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan
Atharvaveda. Al-Quran pula adalah sepenuhnya wahyu Allah SWT tanpa pembahagian-
pembahagian khusus dan dihafal terus oleh Nabi SAW sebelum ditulis oleh penulis wahyu.

Jumlah ketebalan Veda jauh berbeza dengan al-Qur’an. Ini bermakna, tidak mustahil al-
Quran boleh disusun dengan tempoh yang lebih singkat berbanding Veda.

Naratif dalam Veda sifatnya pelbagai kerana ianya terbahagi kepada 4 buku; Rig Veda, Yajur
Veda, Sama Veda dan Atharva Veda yang mana setiap satunya ada fokus yang berbeza.

[1] Quranic Studies: Sources and Methods of Scriptural Interpretation

[2] Rujuk Gerd-Ruediger Puin, Observations on Early Qur’an Manuscripts in San’a dalam


Stefan Wild (ed.), The Qur’an as Text, 107-111.

Terdapat beberapa hikmat mengapa al-Qur’an diwahyukan secara


berperingkat-peringkat. Antara hikmatnya ialah:

1. Untuk menenangkan jiwa Rasulullah s.a.w. apabila baginda menghadapi


tekanan yang sangat kuat daripada musuhnya.

2. Sebagai jawapan kepada masalah dan persoalan baru yang timbul.

3. Memberi peluang kepada perlaksanaan hukum-hakam secara


berperingkatperingkat.

4. Memudahkan para sahabat memahami, mengingati dan melaksanakan


perintah yang terkandung dalam al-Qur’an.

 
Bahkan, dalam Al-Quran juga terkandung cabaran terhadap orang-orang
kafir untuk meniru isi kandungan Al-Quran. Ia telah dinyatakan
sebanyak 4 kali dalam Al-Quran dan mengikut tahap cabaran kepada
mereka:

1. Allah mencabar untuk membuat isi persis seperti Al-Quran,


sebagaimana yang tertera dalam surah Ath-Thur : 33 & 34

2. Allah merendahkan cabaranNya iaitu hanya beberapa surah


sahaja; yang tertera dalam Surah Hud : 13

3. Allah mencabar kali ketiga, yang lebih ringan dari sebelumnya


dengan hanya membuat satu surah sahaja. Ini seperti yang tertera
dalam Surah Yunus : 38

4. Dan cabaran yang itu pun mereka gagal memenuhinya. Maka


Allah mencabar dengan cabaran yang terakhir yang paling ringan
iaitu mendatangkan ayat-ayat seperti ayat Al-Quran. Hal ini tertera
dalam Surah Al-Baqarah : 23

Anda mungkin juga menyukai