Anda di halaman 1dari 73

ILMU USUL BIDA`:

KAEDAH UNTUK MENGECAM DAN


MENGENALPASTI BID`AH
Terjemahan oleh Ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya

1.1 Pendahuluan

1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida’

1.3 Sumber dan Hukum Usul al-Bida’

1.4 Hukum mempelajari

1.5 Karya-karya utama dalam ilmu ini

1.6 Kewajipan berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.

2.0 Pentakrifan Bid’ah

2.1 Bid’ah dari segi bahasa

2.2 Bid’ah dari segi istilah

2.3 Mengapa kita pilih pendekatan yang kedua

2.4 Penggunaan perkataan bid’ah oleh Sayyidina Umar

2.5 Pembahagian bid’ah

3.0 Prinsip-prinsip tentang Bid’ah

3.1 Prinsip Pertama:

Agama adalah sempurna. Tidak mungkin ada penambahan ataupun pengurangan

3.2 Prinsip Kedua: Pahala kerana ittiba’ bukan ibtida’

3.3 Prinsip Ketiga: Ittiba’ dalam melakukan dan juga meninggalkan

1
3.4 Prinsip Keempat: Ittiba’ Sahabat sebahagian dari agama

3.5 Prinsip Kelima:

Setiap rekaan adalah bid`ah, maka mereka-reka itulah sebab larangan dan penolakan.

3.6 Prinsip Keenam: Setiap Bida’h Adalah Sesat

Pecahan Prinsip: Tidak Ada Bid’ah Hasanah Dalam Agama

Tidak Ada Bid’ah Makruh

3.7 Prinsip Ketujuh: Beramal Mengikut Fikiran Semata-mata Adalah Kesesatan

3.8 Prinsip Kelapan : Ucapan Dan Amalan Tuan Guru Bukan Hujah Syara’

3.9 Prinsip Kesembilan: Tersebarnya Sesuatu Bentuk Ibadat Tidak Menunjukkan


Keharusannya Melainkan Adanya Dalil Yang Sahih

3.10 Prinsip kesepuluh: Apabila Sesuatu Perkara Berlegar Di antara Sunnah Dan
Bid’ah

3.11 Prinsip Kesebelas: Asal Dalam Ibadat Adalah Ditegah Atau Tawqif

3.12 Prinsip Kedua Belas: Mengkhususkan Ibadat Dan Amalan Yang Mutlak Dan
Umum Adalah Bid’ah

1.1 PENDAHULUAN

Persoalan bid`ah merupakan permasalahan yang terus menjadi konflik dan polemik
dalam masyarakat Islam. Antara puncanya ialah kekaburan tentang perkara-perkara
asas yang berkaitan dengan takrif, hakikat dan pembahagian serta kayu ukur dalam
menentukan bid`ah atau sebaliknya. Begitu juga masyarakat kurang memahami dan
peka akibat buruk yang wujud kerana berleluasanya perkara-perkara bid`ah.

Golongan berilmu masih lagi tidak menemui titik persepakatan dalam menyelesaikan
persoalan ini menyebabkan masyarakat terus berada di dalam kebingungan dan serba
salah untuk melakukan sesuatu perkara. Malah yang paling buruk ialah banyak

2
sunnah Rasulullah s.a.w ditinggalkan dan diabaikan. Dalam menghadapi situasi yang
begini rumit merujuk kembali kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah itulah satu-
satu pilihan yang ada. Dengan cara ini, kita akan mendapati segala-galanya akan
terjawab dengan syarat keinsafan dan keazaman untuk mencari kebenaran tertanam
dalam jiwa pengkaji-pengkaji persoalan bid`ah.

‫اَأْلم ِر ِمْن ُك ْم فَ ِإ ْن َتنَ َاز ْعتُ ْم يِف َش ْي ٍء‬


ْ ‫ول َوُأويِل‬
َ ‫الر ُس‬ ِ ‫َأطيع وا اللَّه و‬
َّ ‫َأطيعُ وا‬ ِ ِ َّ
َ ‫يَ ا َأيُّ َه ا الذ‬
َ َ ُ ‫ين آَ َمنُ وا‬
ِ ِ
‫َأح َس ُن تَْأ ِوياًل‬ َ ‫ول ِإ ْن ُكْنتُ ْم ُتْؤ ِمنُو َن بِاللَّ ِه َوالَْي ْوم اآْل َ ِخ ِر َذل‬
ْ ‫ك َخْيٌر َو‬
ِ ‫الرس‬ ِ ‫ِإ‬
ُ َّ ‫َفُر ُّدوهُ ىَل اللَّه َو‬

Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin-
pemimpin dari kalangan kamu. Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara
maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-
benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa wajib mentaati Allah dan Rasul iaitu
al-Qur’an dan al-Sunnah secara mutlak di samping mentaati pemimpin sama ada dari
kalangan pemimpin politik atau pemimpin dalam soal ilmu yakni para ulama.
Bagaimanapun ketaatan kepada kedua-dua jenis pemimpin ini tidak secara mutlak
iaitu dalam batas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika terdapat perkara yang
menjadi perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka jalan terbaik untuk
menyelesaikannya dengan berpandukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Oleh itu, persoalan bid`ah dapat diselesaikan jika kita dapat merujuk kepada dua
peninggalan Rasulullah s.a.w. ini dan mengeluarkan kaedah-kaedah yang akan
menjadi kayu ukur dan garis panduan dalam mengamalkan Islam supaya tidak
tersasar dari Sunnah Rasulullah s.a.w lalu menyebabkan kita terjerumus di dalam
kesesatan bid`ah.

1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida`

Berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, beberapa kaedah atau prinsip telah
dibina untuk menyelesaikan persoalan bid`ah. Kaedah ini boleh dinamakan sebagai
Ilmu Usul al-Bida`. Ilmu usul al-Bida` atau ilmu tentang prinsip-prinsip bid`ah

3
merupakan ilmu yang baru disusun oleh ulama mutakhir walaupun ianya sudah ada
dalam khazanah penulisan ulama yang terdahulu. Halnya sama dengan ilmu usul fiqh.
Walaupun dibukukan selepas zaman Imam al-Syafie, ilmu Usul Fiqh sudahpun wujud
dan digunakan oleh para sahabat dalam berijtihad dan mengeluarkan fatwa-fatwa.
Begitu juga ilmu Fiqh al-Awlawiyyat, walaupun baru dipopularkan oleh Dr. Yusuf al-
Qaradawi, ilmu ini sudah terdapat asas-asasnya di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan
pengamalan generasi terbaik Islam.

Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah yang


diguna pakai oleh para ulama untuk menilai dan mengukur sesuatu amalan itu bid`ah
atau masih dikira sebagai sunnah. Dengan ini, ilmu Usul al-Bida` dapat didefinisikan
sebagai ilmu yang membincangkan himpunan kaedah yang membezakan amalan
bid`ah dan bukan bid`ah serta amalan yang menyerupainya. Gunanya ilmu ini ialah
untuk menegakkan sunnah yang hanya terlaksana apabila bid`ah dapat dihindari dan
diberi peringatan. Kepada ahli hukum, di samping ilmu Usul Fiqh dan ilmu Qawa`id
Fiqhiyyah, ilmu ini memandunya dalam menentukan dengan jelas kedudukan sesuatu
amalan yang timbul dan diamalkan di dalam masyarakat. Begitu juga, ilmu ini amat
penting kepada ahli masyarakat dalam mendakwahkan dan melaksanakan hukum
Islam.

Dengan menguasai ilmu ini, masyarakat berupaya untuk menjalani kehidupan ini
benar-benar berlandaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah s.a.w seterusnya mendapat
keberkatan Allah s.w.t.

ِ ‫اَأْلر‬ ِ َّ ‫ات ِمن‬


ٍ ‫َأن َأهل الْ ُقرى آَمنُوا و َّات َقوا لََفتَحنَا علَي ِهم بر َك‬
‫ض‬ ْ ‫الس َماء َو‬ َ ََ ْ ْ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ َّ ‫َولَ ْو‬

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan
melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (al-A`raf: 96)

Keimanan dan ketaqwaan hanya akan sempurna apabila adanya ketaatan kepada Allah
dan Rasul-Nya iaitu dengan mengikuti Sunnah dan menjauhi bid`ah.

Selain itu, dengan memahami ilmu dengan jelas, masyarakat akan tetap terus berada
di atas petunjuk dan hidayat serta berpegang teguh dengan tali Allah yang sangat

4
kukuh. Dengan itu, tidak akan ada lagi perpecahan dan perselisihan pendapat. Allah
s.w.t berfirman:

‫ص ُموا حِب َْب ِل اللَّ ِه مَجِ ًيعا َواَل َت َفَّرقُوا‬


ِ َ‫و ْاعت‬
َ

Hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah berpecah
belah. (Al `Imran: 103)

1.3 Sumber Ilmu Usul al-Bida`

Ilmu ini disusun berdasarkan kepada prinsip-prinsip kulli yang terkandung di dalam
al-Qur’an dan al-Sunnah di samping penghayatan dan pengamalan para sahabat
selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

1.4 Hukum Mempelajari

Ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap ahli hukum dan sesiapa sahaja yang terlibat dan
berperanan dalam masyarakat seperti para imam dan pemimpin masyarakat. Kepada
umat Islam secara keseluruhan, ilmu ini adalah fardhu kifayah. Namun jika tidak ada
seorangpun mempelajarinya maka hukumnya menjadi fardhu `ain sehinggalah ada
yang mempelajarinya.

1.5 Karya-Karya Utama Dalam Ilmu Ini

Orang yang pertama yang memperincikan perbahasan tentang prinsip-prinsip bid`ah


ialah Imam al-Syatibi. Beliau telah menulis dua buah kitab, al-I`tisam dan al-
Muwafaqat. Kitab al-I`tisam merupakan rujukan asasi bagi pengkaji-pengkaji untuk
mengetahui persoalan bid`ah yang berlaku dalam masyarakat.

Penulisan yang lain ialah `Ilmu Usul Fiqh al-Bida`Dirasah Takmilah Muhimmah Fi
Ilm Usul al-Fiqh, karangan Hasan Ali al-Athari.

Usul fi al-Bida` wa al-Sunan tulisan Muhammad Ahmad al-`Adawi yang merupakan


ringkasan kepada kitab al-I`tisam. Kitab ini menghimpunkan sebelas kaedah-kaedah
tentang bid`ah.

5
Usul al-Sunnah Fi Radd al-Bid`ah karangan Muhammad Tahir. Beliau telah
mengemukakan dua puluh kaedah bagi mengenalpasti bid`ah.

1.6 Kewajipan Berpegang Dengan Sunnah Rasulullah s.a.w

Agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah lengkap dan sudah mencukupi untuk
memandu seseorang hamba untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t dan selamat
dari kemurkaanNya. Setiap bentuk ibadat telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w
kepada para sahabat dan mereka pula mengajarkannya kepada generasi seterusnya.
Mengamalkan agama sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda merupakan sunnah
dan meninggalkannya pula adalah derhaka.

Tetapi malangnya berlaku bermacam fitnah terutamanya setelah kewafatan Sayyidina


Uthman r.a khalifah Islam yang ketiga. Musuh-musuh Islam membawa masuk
pelbagai fahaman dan konsep baru yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah s.a.w.
Perkara-perkara baru ini dinamakan bid`ah kerana kewujudannya itu adalah
bertentangan dengan sunnah.

Bid`ah ialah satu perkara baru yang tidak pernah diamalkan oleh sahabat dan para
tabi`in malah tidak dituntut oleh dalil syara` dan ia merupakan perbuatan yang
bercanggah dengan sunnah. Apabila disebutkan sunnah maka lawannya adalah bid`ah
sebagaimana syirik lawan bagi tauhid. Tauhid bererti kesempurnaan kesaksian
seseorang terhadap keesaan Allah manakala sunnah bermakna kesempurnaan
kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, syirik dan bid`ah
merupakan ancaman yang sangat berbahaya terhadap syahadah seorang muslim.

Banyak ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang memerintahkan kita supaya


berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan berwaspada terhadap rekaan
dalam agama. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

َّ ‫الس بُ َل َفَت َف َّر َق بِ ُك ْم َع ْن َس بِيلِ ِه َذلِ ُك ْم َو‬


‫ص ا ُك ْم‬ ُّ ‫يما فَاتَّبِعُوهُ َواَل َتتَّبِعُ وا‬ ِ ِ ِ
ً ‫وأن ه َذا ص َراطي ُم ْس تَق‬
‫بِِه لَ َعلَّ ُك ْم َتَّت ُقو َن‬

6
Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu
mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari
jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa. (al-
An`am: 153)

‫يم‬ ِ ‫قُل ِإ ْن ُكْنتُم حُتِ بو َن اللَّه فَاتَّبعويِن حُي بِب ُكم اللَّه وي ْغ ِفر لَ ُكم ذُنُوب ُكم واللَّه َغ ُف‬
ٌ ‫ور َرح‬
ٌ ُ َ ْ َ ْ ْ ََ ُ ُ ْ ْ ُ َ ْ ْ

Katakanlah: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, pasti Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.” (Ali `Imran: 31)

‫عن ج ابر بن عب د اهلل ق ال ك ان رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم إذا خطب امحرت عين اه‬

: ‫ ويق ول‬. ‫ ص بحكم ومس اكم‬: ‫وعال ص وته واش تد غض به ح ىت كأن ه من ذر جيش يق ول‬

‫ ويق ول أم ا بع د ف إن‬. ‫ ويق رن بني إصبعيه الس بابة والوس طى‬، ‫بعثت أن ا والساعة كه اتني‬

) ‫خري احلديث كتاب اهلل وخري اهلدي هـدى حمـمـد وشر األمـور حمدثاهتا وكل بدعة ضاللة‬

‫رواه مسلم‬

Daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Rasulullah s.a.w. apabila berkhutbah,


matanya menjadi merah, suaranya menjadi tinggi seolah-olah seperti ketua yang
memberi peringatan kepada tenteranya: Waspadalah pada waktu pagi dan petang
(sentiasa berjaga-jaga). Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan
dalam keadaan kiamat sangat hampir berlaku seperti dua jari ini. Baginda
merapatkan jari tengah dan jari telunjuknya. Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya
sebaik-baik ucapan ialah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk
Muhammad dan kejahatan yang paling buruk ialah perkara-perkara rekaan dan
setiap bid`ah itu sesat.” (Hadis riwayat Muslim)

7
َّ ‫[ خ‬: ‫وعن عب د اهلل بن مس عود ق ال‬
‫ط لن ا رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم يوم اً خط اً مث‬

َّ ‫ ه ذا س بيل اهلل مث خ‬: ‫ق ال‬


‫ ه ذه س بل على ك ل‬: ‫ط خطوط اً عن ميين ه وعن مشاله مث ق ال‬

ُّ ‫يما فَاتَّبِعُوهُ َواَل َتتَّبِعُ وا‬


‫الس بُ َل‬ ِ ِ ِ َّ ‫(و‬
ً ‫َأن َه َذا ص َراطي ُم ْس تَق‬ َ :‫سبيل منها شيطان يدعو إليه مث قرأ‬
ِ ‫ص ا ُكم‬
‫ رواه ال دارمي وأمحد‬، ‫بِه لَ َعلَّ ُك ْم َتَّت ُق و َن )) اآلي ة‬ ِ ِِ ِ ِ
ْ َّ ‫َفَت َف َّر َق ب ُك ْم َع ْن َس بيله َذل ُك ْم َو‬
‫والنسائي‬

Daripada Abdullah bin Mas`ud katanya: “Pada suatu hari Rasulullah telah membuat
satu garis sambil bersabda: Ini adalah jalan Allah. Kemudian baginda membuat
beberapa garisan di sebelah kanan dan kiri garis tadi dan bersabda: Ini adalah
beberapa jalan yang masing-masing mempunyai syaitan yang menyeru kepadanya.
Kemudian baginda membaca ayat: “Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus,
maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-
jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah
kepada kamu agar kamu bertaqwa.” (al-An`am: 153)

(Hadis riwayat al-Darimi, Ahmad dan al-Nasa’i)

‫ أليس‬: ‫(خرج علينا رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فقال‬ : ‫وعن أيب شريح اخلزاعي قال‬

‫ إن هذا القرآن طرفه بيد‬: ‫ قال‬. ‫ بلى‬: ‫تشهدون أن ال إله إال اهلل وأين رسول اهلل ؟ قالوا‬

‫اهلل وطرفه بأيديكم فتمسكوا به فإنكم لن تضلوا ولن هتلكوا بعده أبداً ) رواه الطرباين يف‬

.‫الكبري بإسناد جيد‬

Daripada Abu Syuraih al-Khuza`i katanya: Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami
seraya bersabda: Tidakkah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan saya ini pesuruh Allah? Mereka menjawab: Ya, benar sekali. Baginda bersabda
lagi: Sesungguhnya al-Qur’an ini, satu hujungnya pada Tangan Allah dan satu lagi

8
pada tangan kamu. Oleh itu, hendaklah kamu berpegang teguh dengannya kerana
kamu tidak akan sesat dan binasa selepasnya buat selama-lamanya. (hadis riwayat al-
Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir dengan sanad yang jayyid).

2.0 PENTAKRIFAN BID`AH

2.1 Bid`ah Dari Segi Bahasa

Perkataan bid`ah dari segi bahasa berasal daripada kata kerja ‫ ب دع‬iaitu mencipta.
Daripada kata kerja ini terbit perkataan-perkataan lain, ‫ أبدع‬memulakan penciptaan
sesuatu, ‫ ابتدع‬mengadakan suatu cara yang belum pernah diadakan oleh orang lain
dan ‫ بدع‬yang pertama.

2.2 Bid`ah Dari Segi Istilah

Ada dua pendekatan yang digunakan oleh ulama bagi mentakrifkan bid`ah.
Pendekatan pertama mendefinisikan bid`ah sebagai setiap perkara yang baru selepas
daripada zaman Rasulullah s.a.w sama ada perkara itu dipuji atau dicela. Definisi
seperti ini diberikan oleh al-Syafi`e, al-`Izz Ibn Abd al-Sallam, al-Qarafi, al-Ghazzali,
Ibn al-Athir dan al-Nawawi. Kata al-Syafi`e: Bid`ah itu ada dua, bid`ah dipuji dan
bid`ah dicela. Apa yang menepati sunnah maka ia adalah terpuji dan apa yang
menyalahi sunnah, ia adalah tercela. al-`Izz Ibn Abd al-Sallam mentakrifkan sebagai
perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w.

Imam al-Nawawi mengatakan: Bid`ah ialah mengadakan sesuatu yang tidak ada pada
zaman Rasulullah s.a.w. [1]

Jika diperhatikan, pendekatan mereka dalam mengemukakan takrif bid`ah adalah


lebih kepada pentakrifan bahasa bukan kepada istilah syara`. Takrif mengikut
pendekatan pertama ini sangat luas merangkumi urusan ibadat dan bukan ibadat, serta
urusan dunia dan akhirat. Bagi menyempitkan skop yang luas itu al-`Izz Ibn Abd al-
Sallam terpaksa membahagikan bid`ah kepada wajib, sunnat, haram dan lain-lain

9
sedangkan itu adalah pembahagian hukum syara` bukan pembahagian bid`ah menurut
istilah syara`.

Pendekatan kedua, bid`ah itu hanya dikatakan kepada perkara yang menyalahi
sunnah. Pendekatan ini diambil oleh al-Syatibi, Ibn Hajar al-`Asqalani, Ibn Hajar al-
Haithami, Ibn Rajab, Ibn Taimiyyah dan al-Zarkasyi.

Al-Syatibi memberikan takrif bid`ah sebagai satu cara yang direka di dalam agama
menyerupai dengan syariat, melakukannya dengan tujuan untuk berlebih-lebih dalam
beribadat kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana takrif ini tidak memasukkan beberapa adat sebagai bid`ah pada
pandangan sebahagian ulama, beliau memberikan satu lagi takrif. Beliau menyebut:
Bid`ah ia satu jalan yang direka di dalam agama menyerupai dengan syariat,
melakukannya dengan tujuan untuk memperolehi sama dengan melakukan dengan
cara syariat. [2]

Ibn Taimiyyah pula mendefinisikan bid`ah sebagai pekara yang tidak disyariatkan
oleh Allah s.w.t dan RasulNya, ia tidak pula disuruh dengan perintah wajib ataupun
sunat. Definisi-definisi lain yang diberikan oleh para ulama semuanya mengandungi
makna yang sama dengan kedua-dua takrif ini iaitu merujuk kepada rekaan di dalam
agama dan dianggap sebagai ajaran agama.

Dengan ini dapat difahami bahawa sesuatu yang baru atau yang direka bukanlah
bid`ah jika ia tidak diiktikad sebagai agama seperti pakaian, peralatan-peralatan
rumah dan makanan selagi tidak diharamkan syara`.

2.3 Mengapa Kita Memilih Pendekatan Yang Kedua

Takrif yang dikemukakan oleh Imam Syatibi dan ulama yang sependapat dengannya
adalah lebih kuat selaras dengan kaedah syara’ kerana penggunaan perkataan bid`ah
di dalam hadis-hadis khusus kepada perkara yang bertentangan dengan dalil-dali
syara’.

Apabila Rasulullah s.a.w menyatakan setiap rekaan itu bid`ah, dan setiap bid`ah itu
sesat maka itu adalah menggunakan istilah syara`. Tambahan pula tujuan Rasulullah

10
s.a.w ialah untuk mengajarkan hukum syara` bukan hukum bahasa. Oleh kerana itu
lafaz al-Solat, walaupun asalnya adalah berdoa, tetapi makna asalnya tidak digunakan
oleh Rasulullah s.a.w. Lafaz al-Solat pada istilah syara` ia adalah ibadat yang
dimulakan takbir al-Ihram dan disudahi dengan salam.

Di dalam nas-nas syara`, apabila diungkapkan perkataan bid`ah ia pasti memberi


pengertian sesuatu yang tercela dan mesti dijauhi. Ini menunjukkan bid`ah itu dengan
makna istilah bukan dari segi penggunaan asal bahasa.

2.4 Penggunaan Perkataan Bid`ah Oleh Sayyidina Umar

Perkataan bid`ah itu adakalanya dipakai dengan erti bahasa sebagai pernah disebutkan
oleh Sayyidina Umar tentang menghimpunkan orang ramai dengan satu imam bagi
sembahyang tarawih. Perkataan bid`ah yang digunakan oleh beliau adalah dari segi
penggunaan bahasa bukan satu istilah syara`.

Sembahyang tarawih itu asalnya sunnah, dan Sayyidina Umar menghimpunkannya


dengan satu imam boleh dianggap perbuatan yang baru dan beliau mengatakan itu
adalah sebaik-baik bid’ah. Itu tidak lain sebagai tanda rendah dirinya beliau.
Sedangkan perbuatan beliau itu tetap sunnah iaitu sunnah para khulafa’.

2.5 Pembahagian Bid`ah

Secara asasnya bid`ah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan


kepada pelbagai sudut. Dari sudut anggota yang terlibat, bid`ah terbahagi kepada
bid`ah i`tiqad, bid`ah pada ucapan dan bid`ah pada perbuatan. Ini kerana perbuatan
seseorang itu tidak lari dari tiga bentuk, i’tikad, ucapan dan perbuatan yang masing-
masing berpunca daripada hati, lidah dan anggota-anggota fizikal yang lain. Bid`ah
i`tikad seperti bentuk syirik, tidak beriman dengan takdir. Bid`ah ucapan pula seperti
wirid-wirid untuk hari dan bulan tertentu, wirid-wirid yang mengandungi lafaz syirik
dan bacaan jampi yang berunsur syirik. Manakala bid`ah perbuatan mengadakan
kenduri sempena kematian, menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w dan
sebagainya. Bid`ah juga dibahagikan kepada bid`ah mukaffirah dan bid`ah
mufassiqah. Pembahagian ini didasarkan kepada kesan yang diperoleh pelaku bid`ah
iaitu membawa kepada kekufuran atau menjadikannya fasiq.

11
Berdasarkan kepada bentuk amalan, bid`ah terbahagi kepada dua iaitu bid`ah
haqiqiyyah dan idhafiyyah. Bid`ah haqiqiyyah iaitu bid`ah yang sama sekali tidak ada
dalil syara`. Bid`ah idhafiyyah pula bermaksud bid`ah yang secara asas mempunyai
sandaran atau dalil syara` tetapi tidak mempunyai dalil tentang, tertib, waktu dan cara
kaifiyatnya.

3.0 PRINSIP-PRINSIP TENTANG BID`AH

3.1 Prinsip Pertama: Agama adalah sempurna tidak mungkin ada penambahan
ataupun pengurangan

Allah s.w.t. berfirman:

‫يت لَ ُك ُم اِإْل ْساَل َم ِدينًا‬ ِ ِ


ُ ‫ت َعلَْي ُك ْم ن ْع َميِت َو َرض‬
ِ
ُ ‫ت لَ ُك ْم دينَ ُك ْم َوَأمْتَ ْم‬
ُ ‫الَْي ْو َم َأ ْك َم ْل‬

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Ku-cukupkan
kepada kamu nikmat-Ku dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu. (al-
Maidah: 3)

Dalam menafsirkan ayat ini, Ibn Kathir menulis: Ini merupakan antara nikmat Allah
s.w.t yang paling besar kepada umat ini iaitu Dia telah menyempurnakan agama untuk
mereka dengan itu mereka tidak perlu kepada agama lain dan juga tidak perlu kepada
nabi-nabi yang lain. Oleh kerana itu, Allah s.w.t menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai
penutup sekalian nabi (khatim al-anbiya’). Allah s.w.t mengutuskan baginda untuk
sekalian manusia dan jin, maka tidak ada yang halal melainkan apa yang
dihalalkannya, tidak ada yang haram kecuali apa yang diharamkannya dan tidak ada
agama kecuali apa yang disyariatkannya.[3]

Ibn al-Qayyim menulis: “Ini merupakan salah satu prinsip yang paling penting dan
bermanfaat iaitu keumuman risalah Rasulullah s.a.w meliputi setiap perkara yang
diperlukan oleh manusia sama ada ilmu pengetahuan dan amalan dan manusia tidak
memerlukan kepada orang lain setelah kewafatan baginda. Orang yang diperlukan
manusia ialah mubaligh-mubaligh yang menyampaikan ajaran-ajaran Rasulullah
s.a.w. Dengan itu ada dua keumuman bagi risalah baginda yang terpelihara dari
sebarang kekhususan. Pertama keumuman yang merangkumi semua manusia yang

12
baginda diutuskan kepada mereka dan kedua, keumuman yang meliputi prinsip-
prinsip agama dan cabang-cabangnya. Oleh itu risalah atau pengutusan Rasulullah
bersifat sempurna, mencukupi dan meliputi. Mana-mana risalah tidak diperlukan
melainkan risalah baginda. Keimanan dengan Rasulullah s.a.w tidak akan sempurna
tanpa mensabitkan keumuman risalah baginda dalam dua aspek tersebut. Tidak ada
seorang mukallaf pun yang terkeluar dari hukum kerasulan baginda. Kebenaran yang
diperlukan oleh ummat sama ada ilmu pengetahuan atau amalan tidak terkeluar
daripada ajaran yang dibawa oleh baginda.”[4]

Penambahan yang berlaku setelah Allah s.w.t menyempurnakan agamaNya bukan


dikira sebagai agama. Mulla Ali al-Qari berkata: Di dalam urusan agama kita tidak
memerlukan kepada perkara yang di luar daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Allah
s.w.t berfirman:

ِ ‫بِه اللَّه ولَ واَل َكلِم ةُ الْ َفص ِل لَ ُق‬


‫ض َي َبْيَن ُه ْم‬ ِ ‫َأم هَل م ُش ر َكاء َش رعوا هَل م ِمن ال دِّي ِن م ا مَل ي ْأ َذ ْن‬
ْ َ ْ َُ َْ َ َ ُْ ُ َ ُ َ ُْ ْ
‫يم‬ِ ‫وِإ َّن الظَّالِ ِمني هَل م ع َذ‬
ٌ ‫اب َأل‬
ٌ َ ُْ َ َ

Apakah mereka mepunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk


mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang
menentukan (dari Alllah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya
orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. (al-Syura: 21)

Allah s.w.t menempelak mereka yang mencampuri urusanNya dengan bertindak


mensyariatkan sesuatu ibadat baru.

Rasulullah s.a.w telah wafat dalam keadaan telah menyempurnakan tugasnya untuk
menjelaskan perintah-perintah Allah kepada manusia. Baginda bersabda:

‫ت ركتكم على بيض اء نقي ة ليله ا كنهاره ا ال يزي غ عنه ا إال هال ك ( الرتم ذي وأب وداود‬

)‫واحلاكم‬

13
Aku telah tinggalkan kamu dalam keadaan yang terang benderang, malamnya seperti
siang. Tidak seorangpun yang melencong daripadanya kecuali akan binasa.

Allah s.w.t melarang ahli kitab daripada bersikap melampau dalam beragama. Di
samping tauhid yang suci mereka telah menambah dua lagi sebagai tuhan. Perbuatan
syirik ini mengundang kemurkaan Allah. Penambahan dalam agama akan membawa
kepada sikap melampau berbeza dengan mereka yang menuruti sahaja perintah Allah
s.w.t seperti yang diajar oleh para rasul dengan menjauhi perbuatan bid`ah.
Penambahan, melampau dalam beragama dan mereka-reka adalah semakna,
semuanya dilarang dan wajib dijauhi.

Dalam riwayat Ibn `Abbas bahawa Rasullulah s.a.w bersabda pada pagi `Aqabah
dalam keadaan menunggang unta:

ِ َ‫ وه و علَى نَاق‬.‫ َغ َدا َة الْع َقب ِة‬،‫اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم‬


‫تِه‬ ِ ‫ول‬ ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ال ق‬ ٍ َّ‫َع ِن ابْ ِن َعب‬
َ َ‫اس؛ ق‬
َ ََُ َ َ
‫ض ُه َّن يِف‬ ِ ٍ ‫((اُلْ ُق ْط يِل حص ى)) َفلَ َقطْت لَ ه س بع ح‬
ُ ‫ فَ َج َع َل َيْن ُف‬.‫ص ى اخْلَ ْذف‬
َ ‫ ُه َّن َح‬،‫ص يَات‬
َ َ َْ ُ ُ َ َ

ُ‫ فَِإنَّه‬،‫َّاس! ِإيَّا ُك ْم َوالْغُلُ َّو يِف الدِّي ِن‬ َ َ‫ال ه ُؤ الَِء فَ ْار ُموا)) مُثَّ ق‬
ُ ‫ال ((يَا َأيُّ َه ا الن‬ َ َ‫((َأمث‬
ْ ‫ول‬ ُ ‫َكف ِِّه َو َي ُق‬

.))‫ك َم ْن َكا َن َقْبلَ ُك ُم الْغُلَُّو يِف الدِّي ِن‬


َ َ‫َْأهل‬

Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kutipkan untuk saya
anak-anak batu. Maka sayapun mengutip untuk baginda tujuh biji anak batu dari
jenis al-khazaf lalu baginda mengenggamnya seraya bersabda: dengan seperti ini
hendaklah kamu melontar. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai manusia!
Waspadalah kamu dengan sikap melampau di dalam agama. Sesungguhnya orang-
orang dahulu telah binasa kerana sikap melampau di dalam agama.”[5]

Ringkasnya, agama ini sudah sempurna dan Allah telah menjaganya dari sebarang
penambahan dan pengurangan berbeza dengan syariat-syariat terdahulu yang telah
berubah disebabkan oleh tangan-tangan yang meminda-minda dengan memasukkan
sesuatu perkara di samping membuang perkara yang lain. Oleh itu, tidak harus

14
menambahkan di dalam syariat sama ada ucapan atau perbuatan selagi tidak ada nas
dari al-Qur’an dan hadis yang sahih.

Ibadat-ibadat yang telah disyariatkan untuk manusia sudah cukup dan memadai untuk
mereka, kerana Allah telah menyempurnakan agama ini dan menjadikannya lengkap
untuk selama-lamanya. Secara mudah dapat difahami bahawa penambahan setelah
ada penyempurnaan bererti masih ada kekurangan. Ini bermakna orang yang
menambahkan sesuatu di dalam agama beranggapan agama masih lagi belum
sempurna. Anggapan ini tentu sekali menyalahi firman Allah s.w.t. di dalam surah al-
Ma’idah:

‫يت لَ ُك ُم اِإْل ْساَل َم ِدينًا‬ ِ ِ


ُ ‫ت َعلَْي ُك ْم ن ْع َميِت َو َرض‬
ِ
ُ ‫ت لَ ُك ْم دينَ ُك ْم َوَأمْتَ ْم‬
ُ ‫الَْي ْو َم َأ ْك َم ْل‬

Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Ku-cukupkan
kepada kamu nikmatKu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-
Maidah: 3)

‫ك‬ ِ ‫ك وِإ ْن مَل َت ْفع ل فَم ا بلَّ ْغت ِرس الَتَه واللَّه يع‬
َ ‫ص ُم‬ ِ َ ‫ول بلِّ ْغ م ا ُأنْ ِز َل ِإلَي‬ َّ ‫يَا َأيُّ َها‬
ْ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ْ َ ْ َ َ ِّ‫ك م ْن َرب‬ ْ َ َ ُ ‫الر ُس‬
ِ ِ ‫ِمن الن ِ ِإ‬
َ ‫َّاس َّن اللَّهَ اَل َي ْهدي الْ َق ْو َم الْ َكاف ِر‬
‫ين‬ َ

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepada kamu oleh Tuhanmu.
Jika kamu tidak laksanakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak
menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang kafir. (al-Maidah: 67)

Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Mustadrak:

‫عن بن مسعود أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إىل اجلنة إال‬

‫قد أمرتكم به وال عمل يقرب إىل النار إال قد هنيتكم عنه‬

15
Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tidak ada satu amalan yang
mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan
tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka melainkan aku telah melarang
kamu dari melakukannya.[6]

ِ َّ ‫اط اللَّ ِه الَّ ِذي لَه ما يِف‬


ِ ‫ ِصر‬.‫اط مستَ ِقي ٍم‬
ٍ ِ ‫وِإن َ ِ ِإ‬
ْ ‫الس َم َاوات َو َما يِف‬
ِ ‫اَأْلر‬
‫ض‬ َُ َ ْ ُ ‫َّك لََت ْهدي ىَل صَر‬ َ

Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) benar-benar memberi petunjuk ke jalan


yang lurus. Iaitu jalan Allah yang milikNya segala yang di langit dan yang di bumi.
(al-Syura: 52-53)

Perbahasan di dalam kitab-kitab usul menyebutkan bahawa sesuatu perbuatan dikira


sebagai baik atau buruk diketahui melalui jalan syarak dan bukan melalui akal. Setiap
perbuatan yang diperintahkan oleh Allah adalah baik dan perbuatan yang dilarangNya
adalah buruk. Apabila sesuatu perbuatan yang dikatakan sebagai ibadat itu tidak
disyariatkan oleh Allah s.w.t bermakna ia tidak baik.[7]

Ibn Taimiyyah berkata: “Kematian sunnah berlaku sama ada dengan sebab
penambahan atau pengurangan.”[8]

Sebagai kesimpulan, orang yang menganggap baik beberapa amalan bid`ah tanpa
disedari atau secara tidak langsung mendakwa agama belum sempurna dan tidak
cukup. Dengan itu, ayat 3 surah al-Maidah tidak memberi sebarang makna. Ahli
bid`ah, sama ada melalui ucapannya atau tindak tanduknya menggambarkan bahawa
dalam syariat Islam ada yang tertinggal dan patut ditambah beberapa perkara yang
baik untuk umat ini.

Oleh kerana itu, Imam Malik menegaskan: “Sesiapa yang mencipta dalam Islam satu
bid`ah yang dianggapnya baik sesungguhnya dia telah mendakwa Nabi Muhammad
s.a.w mengkhianati risalah Islam kerana Allah s.w.t berfirman:

‫يت لَ ُك ُم اِإْل ْساَل َم ِدينًا‬ ِ ِ


ُ ‫ت َعلَْي ُك ْم ن ْع َميِت َو َرض‬
ِ
ُ ‫ت لَ ُك ْم دينَ ُك ْم َوَأمْتَ ْم‬
ُ ‫الَْي ْو َم َأ ْك َم ْل‬

16
Pada hari ini telah Ku sempurnakanuntuk kamu agama kamu dan telah Ku cukupkan
kepada kamu nikmat Ku dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu. (al-
Maidah: 3)

Oleh itu, jika pada ketika sesuatu perkara tidak menjadi agama maka pada hari ini
juga ia bukan agama.”[9]

Tidakkah Allah s.w.t. menegaskan:

‫ك لََرمْح َةً َو ِذ ْكَرى لَِق ْوٍم يُْؤ ِمنُو َن‬ ِ


َ ‫اب يُْتلَى َعلَْي ِه ْم ِإ َّن يِف ذَل‬
َ َ‫ك الْكت‬ َْ َ
ِ
ِ َ ‫ْف ِهم َأنَّا َأْنزلْنَا علَي‬
ْ ‫ََأومَلْ يَك‬

Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepada kamu
al-Al-Qur’an sedang dibacakan kepada mereka. Sesungguhnya di dalamnya (al-
Qur’an) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang
beriman. (al-Ankabut: 51)

3.2 Prinsip Kedua: Pahala kerana ittiba’ bukan dalam ibtida’

Maksud kaedah ini ialah sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang itu akan
diterima apabila dilakukan dengan mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w (mengikuti
sunnah). Sebaliknya jika sesuatu amalan itu merupakan ibtida` atau rekaan, iaitu sama
ada langsung tidak ada dalil syara` atau bercampur antara ada dalil syara` tetapi cara
dan kaifiyatnya tidak ada dalil maka itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Tegasnya, ibadat hanya akan diterima apabila adanya ikhlas dan menepati syariat.

Kaedah ini menjelaskan dua syarat yang mesti dipenuhi supaya amal ibadah diterima
dan memperoleh pahala dari Allah s.w.t iaitu melakukan semata-mata kerana Allah
dengan mengharapkan keredaan-Nya dan mengikuti syariat-Nya iaitu seperti yang
diajarkan dan dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w.

Taat kepada Allah dan RasulNya merupakan tuntutan iman yang akan membuahkan
pahala di akhirat. Mentaati Allah dan Rasul bererti mengikuti petunjuk yang terdapat
di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dengan sepenuh hati.

Taat kepada Allah sahaja tanpa taat kepada Rasulullah s.a.w. tidak sempurna kerana
Allah s.w.t. mensyaratkannya di dalam beberapa ayat antaranya:
17
ِ ِ ‫َأطيعوا اللَّه و‬
ِ
ْ َ‫اح َذ ُروا فَِإ ْن َت َولَّْيتُ ْم ف‬
ُ ِ‫اعلَ ُموا َأمَّنَا َعلَى َر ُسولنَا الْبَاَل غُ الْ ُمب‬
‫ني‬ ْ ‫ول َو‬
َ ‫الر ُس‬
َّ ‫َأطيعُوا‬ َ َ ُ ‫َو‬

Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul-Nya dan berhati-hatilah. Jika
kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan rasul Kami
hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. (Al-Maidah: 92)

َ‫اع اللَّه‬
َ َ‫ول َف َق ْد َأط‬ َّ ‫َم ْن يُ ِط ِع‬
َ ‫الر ُس‬

Barang siapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. (al-Nisa’:
80)

Ancaman jika tidak mengikuti Rasul iaitu menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w:

ِ ‫صيبهم ع َذ‬ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ
‫يم‬ ٌ َ ْ ُ َ ُ‫ين خُيَال ُفو َن َع ْن َْأم ِر ِه َأ ْن تُص َيب ُه ْم فْتنَةٌ َْأو ي‬
ٌ ‫اب َأل‬ َ ‫َف ْليَ ْح َذر الذ‬

Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa
cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (Al-Nur: 63)

Dalam menafsirkan ayat 7 surah Hud

‫ض يِف ِس ت َِّة َأيَّ ٍام َو َك ا َن َع ْر ُش هُ َعلَى الْ َم ِاء لِيَْبلُ َو ُك ْم َأيُّ ُك ْم‬
َ ‫اَألر‬
ِ َّ ‫َو ُه َو الَّ ِذي َخلَ َق‬
ْ ‫الس َم َاوات َو‬

ً‫َأح َس ُن َع َمال‬
ْ

Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan Arsy-Nya di
atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.

Ibn Kathir menulis: “Allah s.w.t tidak mengatakan paling banyak amalan tetapi paling
baik amalan. Amalan itu tidak akan menjadi baik sehinggalah ia ikhlas kerana Allah
s.w.t. dan mengikut syariat Rasulullah s.a.w. Bila sahaja tidak ada dua syarat ini maka
amalan itu terhapus dan batal.”[10]

18
Abdul Rahman bin al-Nasir al-Sa`di menukilkan daripada al-Fudhail bin Iyadh[11]
katanya ketika mentafsirkan ayat ini: “Iaitu yang paling ikhlas dan paling tepat.”
Beliau ditanya: “Apakah maksudnya itu?” Jawabnya: “Sesungguhnya amalan itu jika
ikhlas tetapi tidak tepat tidak akan diterima. Jika tepat tetapi tidak ikhlas juga tidak
terima, sehinggalah amalan itu ikhlas dan tepat. Ikhlas itu ialah kerana Allah dan tepat
itu dengan mengikuti syariat dan sunnah.” Ini seperti firman Allah s.w.t:

ِ ‫وما خلَ ْقت اجْلِ َّن واِإْل نْس ِإاَّل لِيعب ُد‬
‫ون‬ ُْ َ َ َ ُ َ ََ

Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku. (Al-Zariyat:
56)

Oleh kerana itu, hadis tentang niat dan hadis tentang larangan mengadakan sesuatu
dalam agama merupakan paksi bagi penerimaan sesuatu amalan. Hadis-hadis tersebut
ialah:

:‫ مسعت رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم يق ول‬:‫عن عم ر بن اخلط اب رض ي اهلل عن ه ق ال‬

.‫ متفق عليه‬.‫ وإمنا لكل امرئ ما نوى‬.‫“إمنا األعمال بالنيات‬

Daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya amalan itu dengan niat, setiap orang akan memperolehi apa
yang diniatkannya.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

‫ “من أحدث يف‬: ‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬:‫عن عائشة رضي اهلل عنها قالت‬

‫ من عم ل عمالً ليس علي ه أمرن ا – فه و رد” متف ق‬:‫أمرن ا ه ذا م ا ليس من ه – ويف رواي ة‬

.‫عليه‬

Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengada-
ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya,
maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu

19
amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak. (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

‫ فق د آذنت ه‬،‫ من ع اد يل ولي ا‬:‫ إن اهلل تع اىل ق ال‬:‫ ق ال رس ول اهلل‬:‫وعن أيب هري رة ق ال‬

‫ وال يزال عبدي يتقرب‬،‫ وما تقرب إىل عبدي بشيء أحب إيل مما افرتضته عليه‬،‫باحلرب‬

.‫إيل بالنوافل حىت أحبه رواه البخاري‬

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda


Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku maka Aku
isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-
Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang
aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan
diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunnat sehingga Aku
mencintainya.

Hadis ini menyatakan bahawa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan salah satu
dari dua cara iaitu amalan fardu atau amalan nafil. Sesuatu amalan sama ada fardu
atau nafil mestilah dibuktikan berdasarkan kepada dalil syara`. Ibadat yang dikatakan
ada oleh sesetengah pihak tetapi tidak mempunyai apa-apa sandaran, maka kita
katakan itu bid`ah kerana tidak ada dalil yang menunjukkan kedudukannya sebagai
ibadat.[12]

Seorang hamba yang melakukan amal ibadat yang melengkapi kedua-dua syarat ini
termasuk dalam kandungan ayat tentang orang-orang yang berbuat kebajikan:

ِ ‫ومن َأحس ن ِدينًا مِم َّن َأس لَم وجه ه لِلَّ ِه وه و حُمْ ِس ن واتَّب ع ِملَّةَ ِإب ر ِاه‬
ُ‫يم َحنيفًا َواخَّتَ َذ اللَّه‬
َ َْ ََ ٌَ َ َُ ُ َْ َ َ ْ ْ ُ َ ْ ْ ََ
‫يم َخلِياًل‬ ِ ‫ِإ‬
َ ‫ْبَراه‬

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan
dirinya kepada Allah, sedangkan dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama

20
Nabi Ibrahim yang lurus dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.
(Al-Nisa’: 125)

‫ِدوهُ ِعْن َد اللَّ ِه ِإ َّن اللَّهَ مِب َ ا‬ ِ


ُ ‫ِّموا َأِلْن ُف ِس ُك ْم ِم ْن خَرْيٍ جَت‬ َّ ‫الص اَل ةَ َوآَتُ وا‬
ُ ‫الز َك اةَ َو َم ا ُت َق د‬ َّ ‫يم وا‬
ُ ‫ َوَأق‬ 
ِ
ٌ‫َت ْع َملُو َن بَصري‬

Dan dirikanlah sembahyang dan tunaikankanlah zakat. Dan apa sahaja kebaikan
yang kamu usahakan untuk dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-
Baqarah:110)

3.2.1 Kepentingan Ittiba` Sunnah

Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam menulis: Kebahagian itu semuanya dalam
mengikuti Syariat dalam semua perkara dan mengenepikan hawa nafsu apabila
bertentangan dengan Syariat. Sesungguhnya Allah telah berfirman:

ِ ‫فَم ِن اتَّبع ه َداي فَاَل ي‬


‫ض ُّل َواَل يَ ْش َقى‬ َ َ ُ ََ َ

Maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan
celaka. (Taha: 123)

Yakni tidak akan tersesat di dunia daripada kebenaran dan tidak akan celaka di akhirat
dengan diazab. Ketika mentafsirkan ayat 3, surah al-A`raf, Ibn Abbas berkata:
“Kebaikan semuanya di dalam ketaatan dan kejahatan itu semuanya di dalam
menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah. Oleh kerana itu, al-Qur’an datang dengan
menyuruh melakukan ketaatan tidak kira apa bentuknya, kecil, besar, banyak, sedikit,
penting dan remeh.[13]

Kitab al-Mawahib al-Laduniyyah menyebutkan bahawa kecintaaan kepada Rasulullah


s.a.w mempunyai beberapa tanda. Tanda yang paling besar ialah mengikuti jejak
langkah Rasulullah s.a.w, mengamalkan sunnahnya, berpegang dengan petunjuknya
dan sirahnya.[14]

21
3.3 Prinsip Ketiga: Ittiba’ dalam melakukan dan juga meninggalkan

Maksud prinsip ini ialah erti mengikut sunnah merangkumi melakukan perbuatan dan
perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan juga meninggalkan apa yang tidak
dilakukan oleh baginda. Prinsip ini didasarkan kepada pembahagian sunnah kepada
sunnah fi`liyyah iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah dan sunnah tarkiyyah
iaitu perkara yang tidak dikerjakan oleh baginda. Tegasnya kita wajib mengikuti
sunnah fi`liyyah dan juga sunnah tarkiyyah.

Dengan itu, setiap ibadat yang didakwa tidak disyari`atkan oleh Rasulullah s.a.w.
dengan sabdaannya dan baginda tidak menjadikannya sebagai jalan untuk
mendekatkan diri kepada Allah maka itu adalah bercanggah dengan sunnah. Jika
Rasulullah tidak mengambil satu cara atau satu perbuatan sebagai sunnahnya maka
perbuatan kita tidak melakukan perbuatan tersebut adalah sunnah. Sebaliknya jika kita
mengambil inisiatif melakukannya kita dikira sebagai menyalahi sunnah dan
membuat bid`ah. Amalan tidak boleh dianggap sebagai mendekatkan diri kepada
Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya kecuali perbuatan yang diakui oleh syari`at
sebagai ibadah. Contohnya, azan bagi sembahyang dua hari raya dan juga ketika
pengkebumian mayat tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana kita wajib
mengikut baginda dalam melakukan sunnah fi`liyyah, begitu juga kita wajib
meninggalkan apa yang ditinggalkan baginda.

Konsep dan kaedah ini sememangnya difahami oleh para sahabat dengan jelas. Oleh
kerana itu, mereka tidak berani mengadakan satu bentuk ibadat pun kecuali apa yang
telah ditunjukkan oleh baginda.

3.3.1 Dalil-Dalil Prinsip Ini

Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang beriman supaya berpegang teguh dengan


ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan mereka juga diperintahkan supaya
menjauhi perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

‫ول فَ ُخ ُذوهُ َو َما نَ َها ُك ْم َعْنهُ فَا ْنَت ُهوا‬


ُ ‫الر ُس‬
َّ ‫َو َما آَتَا ُك ُم‬

22
Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah ia. Apa yang dilarangnya
bagi kamu maka tinggalkanlah ia. (al-Hasyr: 7)

Dan Rasulullah s.a.w melarang mereka-reka sesuatu dalam agama:

‫”من‬:‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬:‫حديث أم املؤمنني عائشة رضي اهلل عنها قالت‬

”‫أحدث يف أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد‬

Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengada-
ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya,
maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu
amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak. (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

3.3.2 Mengapakah Rasulullah s.a.w Meninggalkan Sesuatu Perbuatan?

Rasulullah s.a.w meninggalkan sesuatu perbuatan sebagai bertaqarrub atau


mendekatkan diri kepada Allah. Perempuan berhaidh tidak diperintahkan
menggantikan sembahyang adalah satu bentuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi
jika dia bersembahyang juga bermakna dia telah menyanggahi sunnah iaitu sunnah
Rasulullah s.a.w yang tidak mewajibkan perempuan haidh menggantikan
sembahyangnya.

3.3.3 Sebab Mengapa Syari`at Tidak Menyebutkan Hukum Bagi Sesetengah


Perkara

Ada dua bahagian, pertama, syari`at tidak menyebutkan tentang sesuatu hukum
kerana tuntutan atau faktor pendorong ke arah itu tidak ada pada zaman kenabian.
Hanya berlaku kes atau peristiwa selepas kewafatan baginda. Sembahyang tarawih
berjemaah sepanjang bulan Ramadhan tidak berlaku semasa baginda melainkan
setelah zaman sahabat kerana ada halangan iaitu baginda bimbang ia akan
difardhukan. Baginda tidak keluar bersembahyang dengan para sahabat kecuali untuk
beberapa malam sahaja.

23
Kedua, syari`at tidak menyebutkan tentang sesuatu hukum di samping ada faktor
pendorong ke arah itu yang menghendakinya, walaupun tidak ada halangan untuk
menyebutkannya. Tindakan Rasulullah s.a.w tidak menegaskan hukumnya merupakan
pernyataan bahawa perbuatan itu tidak ada atau ada dengan seadanya tidak ditambah
dan tidak dikurangkan. Seperti mengadakan sambutan hari lahir Rasulullah s.a.w
sebagai tanda kesyukuran kerana nikmat pengutusan Rasul dari pihak Allah s.w.t.

Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi punca kaedah sunnah tarkiyyah ini,
marilah kita melihat kepada hadis berikut:

‫ جاء ثالث رهط إىل بيوت أزواج النيب صلى اهلل‬:‫عن أنس بن مالك رضي اهلل عنه يقول‬

،‫ فلم ا أخ ربوا ك أهنم تقالوه ا‬،‫ يس ألون عن عب ادة الن يب ص لى اهلل علي ه وس لم‬،‫علي ه وس لم‬

،‫ أين حنن من النيب صلى اهلل عليه وسلم؟ قد غفر اهلل له ما تقدم من ذنبه وما تأخر‬:‫فقالوا‬

‫ وقال‬،‫ أنا أصوم الدهر وال أفطر‬:‫ وقال آخر‬،‫ أما أنا فإين أصلي الليل أبدا‬:‫قال أحدهم‬

‫ (أنتم‬:‫ فجاء رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فقال‬،‫ أنا أعتزل النساء فال أتزوج أبدا‬:‫آخر‬

‫ وأصلي‬،‫ لكين أصوم وأفطر‬،‫الذين قلتم كذا وكذا؟ أما واهلل أيت ألخشاكم هلل وأتقاكم له‬

.‫ فمن رغب عن سنيت فليس مين) رواه البخاري‬،‫ وأتزوج النساء‬،‫وأرقد‬

Daripada Anas bin Malik bahawa tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri
Rasulullah s.a.w bertanyakan tentang ibadat Rasulullah s.a.w Apabila mereka
diberitahu tentangnya seolah-olah mereka mengganggapnya sedikit lalu berkata: Di
manakah kedudukan kami berbanding dengan Rasulullah s.a.w Sedangkan Allah
s.w.t. telah mengampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang. Salah seorang
dari mereka berkata: Saya ini, pasti akan sembahyang malam selama-lamanya.
Seorang lagi berkata: Saya akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka. Yang
terakhir berkata: Saya akan menjauhi perempuan, saya tidak akan berkahwin
selama-lamanya. Kemudian Rasulullah s.a.w. datang lalu bersabda: Kamukah yang
berkata begitu dan begini? Demi Allah, sesungguhnya sayalah yang paling takut

24
kepada Allah dari kalangan kamu dan paling bertaqwa. Namun begitu, saya
berpuasa dan saya berbuka, saya bersembahyang dan saya juga tidur dan berkahwin.
Dengan itu, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan dari
kalanganku.

Hadis ini jelas menceritakan usaha yang dilakukan oleh tiga orang untuk melakukan
ibadah yang mempunyai asas syari`at tetapi dengan cara yang tidak diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w. Walaupun ibadat tersebut ada tetapi cara dan bentuk seperti itu
ditinggalkan oleh baginda malah baginda membantahnya. Hadis ini juga secara tidak
langsung menghuraikan dalam bentuk praktikal hadis:

‫”من‬:‫ ق ال رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم‬:‫عن أم املؤم نني عائش ة رض ي اهلل عنه ا ق الت‬

”‫أحدث يف أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد‬

Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengada-
ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya,
maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu
amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak. (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Sembahyang malam, puasa dan menjaga kehormatan diri merupakan tuntutan syari`at
berdasarkan kepada dalil-dalil yang tersendiri. Tetapi melakukan dengan cara yang
ingin dilakukan oleh tiga orang ini tidak mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w dan ia
adalah tertolak dan tidak diterima.

Hadis ini juga mengingatkan kita satu kaedah yang penting iaitu niat yang baik tidak
menjadikan sesuatu amalan itu sebagai soleh dan diterima oleh Allah s.w.t tetapi
mestilah mengikut cara atau sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, dengan
tegasnya baginda menekankan: Sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia
bukan dari kalanganku.

Termasuk di bawah sunnah tarkiyyah yang memberi erti dengan melakukannya


mengadakan amalan bid`ah:

25
Rasulullah s.a.w. tidak mengazankan, melakukan iqamat dan seruan untuk
sembahyang dua hari raya, tidak memandikan dan sembahyang jenazah untuk orang
syahid di jalan Allah, dan menyambut hari kelahirannya, tidak melakukan ibadat
khusus pada malam-malam tertentu dan sebagainya.

Ibn al-Qayyim berkata [15]: Nukilan para sahabat Rasulullah s.a.w tentang perbuatan
yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w ada dua dan kedua-duanya adalah sunnah:

1. Penjelasan mereka bahawa Rasulullah s.a.w meninggalkan itu dan ini seperti kata
sahabat berkenaan dengan orang-orang yang syahid dalam peperangan Uhud:
“Rasulullah s.a.w tidak memandikan mereka dan tidak menyembahyangkan mereka.
Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w tentang sembahyang dua hari raya: “tidak ada
azan, tidak ada iqamah dan tidak ada nida’.” Begitu juga tentang sembahyang jamak
baginda: “Baginda tidak sembahyang sunnat antara keduanya dan juga selepasnya.”

2. Para sahabat tidak menukilkan perkara yang jika baginda melakukannya pasti ada
semangat dan dorongan kepada mereka atau kebanyakan mereka atau salah seorang
untuk menukilkannya. Tetapi tidak seorangpun menukilkannya dan disebutkan
tentangnya di dalam sesuatu perhimpunan, dengan itu jelaslah ianya tidak ada.

Selepas menyebutkan beberapa contoh seperti tidak melafazkan niat ketika hendak
sembahyang, tidak berdoa secara berjemaah selepas sembahyang, Ibn al-Qayyim
menegaskan: “Dari sinilah diketahui bahawa pendapat yang menganggap sunnah
melakukan hal-hal tersebut sebenarnya menyalahi sunnah. Apabila Rasulullah s.a.w.
meninggalkannya, itu bermakna tindakan baginda adalah sunnah sebagaimana perkara
yang dilakukan oleh baginda disebutkan sebagai sunnah. Sekiranya kita menganggap
sunnah mengerjakan perbuatan yang ditinggalkan baginda pasti sebaliknya ialah
meninggalkan apa yang baginda lakukan itu adalah sunnah.”

Ibn Qayyim menafikan sekeras-kerasnya jika diandaikan, dalam keadaan tidak ada
orang yang meriwayatkan tentang sesuatu perbuatan daripada Rasulullah
s.a.wbermakna baginda tidak pernah melakukannya sama sekali. Berkemungkinan
perkara itu ada dilakukan cuma tidak diriwayatkan. Andaian ini jika diterima akan
membuka seluas-luasnya pintu bid`ah. Sesiapa sahaja boleh mendakwa ini adalah

26
sunnah atau ibadah yang dilakukan baginda tetapi tidak diriwayatkan. Kaedah Usul
Fiqh menyebutkan, apabila adanya kemungkinan maka tidak boleh hendak berdalil.

Moenawar Chalil menyimpulkan maksud Ibn al-Qayyim di atas: “Perkerjaan-


pekerjaan yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adakalanya jelas
diriwayatkan oleh para sahabat bahawa (baginda) tidak pernah mengerjakannya dan
adakalanya tidak ada orang yang meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. ada
menegerjakannya. Mengerjakan apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w tidak
mengerjakan dan mengerjakan apa yang tidak ada orang yang meriwayatkan bahawa
Nabi s.a.w pernah mengerjakan, bid`ah hukumnya dan selanjutnya akan membawa ke
arah perbuatan-perbuatan bid`ah dalam urusan ubudiah (beribadat kepada Allah),
yang sesungguhnya amat dilarang.” [16]

3.3.4 Pecahan Kaedah Ini:

Sebagaimana meninggalkan sesuatu yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w sunnah


maka meninggalkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w boleh menjadi bid`ah.

Kata al-Syatibi: “Bid`ah dari sudut kedudukannya sebagai satu jalan yang direka di
dalam agama, dengan lafaznya yang umum merangkumi bid`ah tarkiyyah termasuk
juga bid`ah ghair tarkiyyah. Mungkin terjadi perbuatan bid`ah dengan semata-mata
meninggalkan sesuatu perbuatan kerana niat mengharamkan perbuatan tersebut atau
tidak menganggapnya sebagai haram. Sebagai contoh, satu perbuatan yang dihalalkan
oleh syara` lalu seseorang mengharamkannya ke atas dirinya atau meninggalkannya
kerana ada tujuan. Perbuatan meninggalkan ini berkemungkinan sama ada kerana ada
sesuatu perkara yang diakui oleh syara` ataupun tidak.

Sekiranya meninggalkan sesuatu perkara itu diakui oleh syara` maka itu tidak
mengapa, kerana maksudnya ialah meninggalkan sesuatu yang harus ditinggalkan
atau dituntut supaya ditinggalkan seperti dia mengharam makanan tertentu yang
membahayakan tubuhnya, akalnya atau agamanya dan sebagainya. Di sini tidak ada
halangan baginya untuk meninggalkan perbuatan itu. Begitu juga meninggalkan
sesuatu yang membahayakan kerana berjaga-jaga supaya tidak membahayakannya, itu
adalah salah satu sifat orang-orang yang bertaqwa. Dan seperti orang yang

27
meninggalkan perkara syubhat kerana berwaspada dari terjerumus dalam perkara
haram, demi menjaga agama dan maruah.

Jika dia meninggalkan sesuatu bukan kerana itu (tidak perkara yang diakui syara`),
maka ada dua keadaan sama ada kerana keagamaan atau tidak. Jika tidak kerana
keagamaan, maka orang yang meninggalkan itu bermain-main dengan sebab dia
mengharamkan sesuatu perbuatan, atau keazamannya untuk meninggalkannya.
Meninggalkannya ini tidak dinamakan bid`ah kerana tidak termasuk dalam pengertian
bid`ah kerana bid`ah itu jalan yang direka dalam agama. Tetapi orang yang
meninggalkannya berdosa dengan sebab meninggalkannya atau kerana dia beriktikad
haram sesuatu yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.

Jika meninggalkan itu kerana keagamaan maka ia merupakan perbuatan bid`ah di


dalam agama kerana kita telah menganggap wajib perbuatan yang harus secara syara`.
Dengan itu, meninggalkan yang sengaja itu menjadi penentangan terhadap syara`.

Berkenaan dengan perkara seperti ini Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-
Maidah:87

ِ ُّ ِ‫َأح َّل اللَّهُ لَ ُك ْم َواَل َت ْعتَ ُدوا ِإ َّن اللَّهَ اَل حُي‬ ِ ِ َّ
‫ين‬
َ ‫ب الْ ُم ْعتَد‬ َ ‫يَا َأيُّ َها الذ‬
َ ‫ين آَ َمنُوا اَل حُتَِّر ُموا طَيِّبَات َما‬

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik
yang Allah telah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Maidah:
87)

Mula-mula Allah s.w.t melarang daripada mengharamkan yang halal kemudian ayat
ini menyatakan tindakan tersebut merupakan pencerobohan yang tidak disukai Allah.
Kalau begitu setiap orang yang menahan diri dari memanfaatkan sesuatu yang telah
dihalalkan Allah tanpa sebarang uzur syar`i terkeluar dari sunnah Rasulullah s.a.w.
dan orang yang beramal tanpa sunnah itulah ahli bid`ah yang sebenarnya.

Andai ditanya orang yang meninggalkan tuntutan syara` sama ada yang sunnat atau
wajib adakah dinamakan sebagai ahli bid`ah? Jawabnya: Orang yang meninggalkan
perkara dituntut itu ada dua bentuk. Pertama jika dia meninggalkannya bukan kerana

28
keagamaan sama ada kerana malas, cuai atau kerana dorongan hawa nafsu. Bentuk ini
merujuk kepada menyalahi perintah syara`. Jika yang ditinggalkan itu wajib maka ia
maksiat. Jika berkenaan sunnat maka ia bukan maksiat.

Kedua, meninggalkan kerana keagamaan. Maka bentuk ini termasuk dalam bid`ah-
bid`ah kerana menganggap agama dengan menyalahi apa yang telah disyariatkan
Allah. Kesimpulannya, penjelasan kita dalam takrif “bid`ah jalan yang direka dalam
agama” merangkumi bid`ah tarkiyyah sebagaimana merangkumi bahagaian yang lain,
kerana jalan yang disyariatkan juga terbahagi kepada meninggalkan dan tidak
meninggalkan. [17]

Penjelasan panjang lebar al-Syatibi itu memberi maksud perbuatan meninggalkan


terbahagi kepada:

1. Meninggalkan sesuatu kerana perkara yang diakui syariat

2. Meninggalkan sesuatu kerana perkara yang tidak diakui syariat.

Tidak timbul sebarang persoalan jika seorang mukallaf sengaja meninggalkan


beberapa perkara kerana alasan yang diakui oleh syariat. Contohnya, seorang pesakit
yang berpantang dengan tidak makan sesetengah makanan kerana menjaga kesihatan
atau supaya cepat sembuh. Alasan ini sememangnya diakui dan diambil perhatian
oleh syariat.

Meninggalkan perbuatan kerana perkara yang tidak diakui oleh syara` terbahagi
kepada dua:

1. Tidak menganggap sebagai agama. Perbuatan seseorang mengharamkan sesuatu


yang halal dihukum sebagai mempermain-main agama dan berdosa kerana
menganggapnya haram.

2. Menganggap sebagai agama dengan erti agar mendapat pahala dan dapat
menghampirkan kepada Allah s.w.t. contohnya, meninggalkan perkahwinan dengan
anggapan itulah yang paling mendekatkan diri kepada Allah dan paling disukaiNya
dan ini adalah bid`ah.

3.4 Prinsip Keempat: Ittiba’ Sahabat sebahagian daripada agama

29
Termasuk dalam tuntutan agama ialah menuruti amalan dan pegangan generasi umat
yang paling mulia iaitu para Sahabat Rasullah s.a.w Prinsip ini diasaskan kepada
dalil-dalil berikut:

Allah s.w.t. berfirman:

‫ني نُولِِّه َم ا َت وىَّل‬ِِ ِ ِ ِ َ ‫الرس‬ ِ


َ َ َ ‫َّبِع َغْي َر َس ب ِيل الْ ُم ْؤ من‬
ْ ‫ول م ْن َب ْع د َم ا َتَبنَّي َ لَ هُ اهْلُ َدى َو َيت‬ ُ َّ ‫َو َم ْن يُ َش اق ِق‬
ِ‫تم‬
‫ص ًريا‬ ِ ِ‫ونُصل‬
َ ْ َ‫َّم َو َساء‬
َ ‫ن‬ ‫ه‬
َ ‫ج‬
َ ‫ه‬ ْ َ

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya
kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari
jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya
ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat
kembali. (al-Nisa’: 115)

Ayat ini menjelaskan dua sebab mengapa seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka
jahannam. Pertama, tidak taat kepada Rasulullah s.a.w setelah datangnya hidayat.
Kedua, meninggalkan jalan orang-orang mukmin dan mengikuti jalan orang lain.
Mereka adalah orang yang tidak mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w dan memilih jalan
selain dari jalan sahabat. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pasti akan meninggalkan
dunia yang fana ini dan kembali kepada Allah s.w.t. Satu-satunya jalan yang dapat
menyampaikan sunnah baginda kepada umat ini ialah melalui para sahabat baginda.
Oleh kerana itu, umat wajib mengikuti para sahabat. (Habibur Rahman, Sahabat
Quran Ki Nazar Mein, hal. 137)

ِ ‫اق فَس يك‬


ٍ ِ ِ ِ ِ‫مِب‬
‫ْفي َك ُه ُم اللَّهُ َو ُه َو‬ َ َ ‫فَِإ ْن آَ َمنُوا ثْ ِل َم ا آَ َمْنتُ ْم بِه َف َق د ْاهتَ َد ْوا َوِإ ْن َت َولَّْوا فَِإمَّنَا ُه ْم يِف ش َق‬
‫يم‬ِ ‫الس ِم‬
ُ ‫يع الْ َعل‬
ُ َّ

Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh
mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka
berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari

30
mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah:
137)

Ayat ini merupakan pengiktirafan Allah s.w.t tentang kedudukan sahabat. Allah s.w.t
menujukan ayat kepada sahabat bahawa jika Ahli Kitab itu beriman seperti yang
diimani oleh sahabat, keimanan mereka akan diterima dan mereka berada di atas jalan
hidayah. Jelasnya, ayat ini menyatakan untuk mendapat petunjuk seseorang itu
hendaklah mengikut para sahabat kerana keimanan dan ketaqwaan mereka diakui dan
disaksikan Allah s.w.t.

‫ “وعظنا رس ول اللّ ه صلى اللّ ه عليه وسلم يوما بعد صالة‬:‫عن العرباض بن س ارية قال‬

‫الغداة موعظة بليغة ذرفت منها العيون ووجلت منها القلوب فقال رجل إن هذه موعظة‬

‫ والسمع والطاعة وان‬،‫ أوصيكم بتقوى اللّ ه‬:‫مودع فبمإذا تعهد الينا يا رسول اللّ ه؟ قال‬

‫ فاهنا ضاللة‬،‫ واياكم وحمدثات األمور‬،‫عبد حبشي فانه من يعش منكم يرى اختالفا كثريا‬

‫فمن أدرك ذل ك منكم فعلي ه بس نيت وس نة اخللف اء الراش دين امله ديني عض وا عليه ا‬

.‫ هذا حديث حسن صحيح‬.”‫بالنواجذ‬

Daripada al-`Irbadh bin Sariah katanya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w
menyampaikan satu nasihat yang mendalam yang menitiskan air mata dan
menggetarkan hati-hati. Lalu seorang berkata, sesungguhnya ini pesanan terakhir,
maka dengan apakah anda berpesan kepada kami wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab
baginda: ‘Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan
taat sekalipun hamba Habsyi kerana sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan
kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Hindarilah diri kamu daripada
perkara-perkara rekaan kerana ia adalah kesesatan. Sesiapa yang sempat dengan itu
maka hendaklah dia berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah
rasyidin, gigitlah akannya dengan gigi geraham. (Jami` al-Tirmizi no: 2816)

31
Khalifah rasyidin ialah mereka yang mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, dan
mendapat pimpinan petunjuk ke jalan yang benar.

Sheikh Muhammad Tahir menukilkan daripada kitab Majalis al-Abrar: “Tidak harus
seseorang itu bertaqlid kepada orang lain berhubung agamanya kecuali Rasulullah
s.a.w atau mereka yang diakui baik oleh baginda. Bukan dengan orang yang
dipersaksikan oleh baginda sebagai berdusta dan melarang dari berpegang dengan
mereka. Ini berdasarkan kepada hadis:

‫الكذب‬
ُ ‫فشو‬
ُ َ‫الذين يلُوهنُم مُثَّ ي‬
َ َّ‫الذين يلُوهنُم مُث‬ ِ ‫خريُ الن‬
َ َّ‫َّاس قَرين مُث‬

“Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka kemudian yang
megikuti mereka kemudian tersebar pendustaan.” (Sunan al-Tirmizi, no: 2404) (Usul
al-Sunnah Li Radd al-Bid`ah, hal.63)

‫ “اقتدوا بالَّذين من بعدي أيب بك ٍر‬:‫وس لَّم‬ ِ


َ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه‬
َ ‫ول اللَّه‬
ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫َعن ُحذيف ةَ قَ َال ق‬

.‫حسن‬
ٌ ‫يث‬ٌ ‫ َه َذا َح ِد‬.‫مسعود‬
ٍ ِ ‫ ويف‬.”‫وعمر‬
‫الباب َعن اب ِن‬ َ

Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Turutilah dua orang


selepasku, Abu Bakar dan Umar.” (Jami` al-Tirmizi no: 3742)

Imam Ahmad berkata: “Usul Sunnah di sisi kami ialah berpegang dengan pegangan
sahabat, mengikuti mereka, meninggalkan bid`ah-bid`ah kerana setiap bid`ah itu
adalah kesesatan. (Ahmad, Usul al-Sunnah, hal. 35)

Kata Abu Syamah Abd al-Rahman bin Ismail: “Menjadi kewajipan kepada seorang
alim apabila berhadapan dengan masalah atau ditanya tentang hukum-hukum,
merujuk kepada dalil-dali al-Qur`an, hadis-hadis yang sahih dan amalan sahabat dan
orang sesudah mereka di zaman awal Islam. Jika perkara atau persoalan itu menepati
semua yang kami sebutkan maka hendaklah dia memberi keizinan dan menyuruh
melakukannya. Sebaliknya jika bercanggah maka hendaklah dia melarang dan
menghalang. Dengan itu, dia telah menunaikan amanah dan mengikuti (Sunnah) dan

32
janganlah dia memberi hukum berdasarkan kepada merasakan baik kerana itu bererti
dia telah membuat syariat. (al-Ba’ith ‘ala Inkar al-Bida’ Wa al-Hawadith, hal. 2-3)

Satu persoalan dikemukakan oleh `Allamah Abdul Hayy al-Laknawi iaitu apabila
berlaku sesuatu perkara baru daripada pihak sahabat yang tidak ada pada zaman
Rasulullah s.a.w., adakah mengambil perkara yang baru itu lebih baik atau mengambil
apa yang di zaman baginda? Beliau memberikan jawapannya: “Perbuatan sahabat itu
sama ada jelas nas al-Qur’an atau nas Sunnah yang bertepatan dengan
perbuatannya yang menunjukkan eloknya perkara itu, atau jelas ada nas bercanggah
atau tidak jelas bertepatan atau bercanggah.

Jika yang pertama, maka tidak syak lagi berpegang dengannya lebih utama walaupun
tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w namun itu termasuk di dalam usul syara`.

Jika yang kedua, maka hendaklah dihimpunkan atau diselaraskan dengan cara
perbuatan sahabat itu tidak terkeluar dari lingkungan syara`. Jika tidak dapat
diselaraskan maka mengambil pendapat atau amalan sahabat itu tidak patut kerana
ada nas yang bercanggah dengannya. Sahabat itu dimaafkan kerana tidak
mengetahui nas itu, jika tidak dia berpendapat dengan sesuatu yang menyanggahi
nas.

Jika yang ketiga iaitu apabila kita mendapati pendapat atau amalan dari seorang
sahabat dan tidak pula didapati ada nas yang bercanggah dengannya atau yang
bertepatan dengannya maka pada ketika itu menuruti sahabat itu dalam hal itu lebih
utama berdasarkan kepada hadis-hadis yang banyak. Kita tidak boleh menangguhkan
beramal dengannya sehingga jelas kepada kita dalil yang bertepatan dengannya.”
(Iqamah al-Hujjah, hal. 54-55)

Sheikh Muhammad Tahir berkata: “Adapun perkara yang berlaku berhubung seorang
sahabat secara jarang dan tidak diketahui oleh kebanyakan mereka, maka itu sama ada
ijtihad peribadi atau hadis yang didengarinya itu kemudian telah mansukh dalam
keadaan dia tidak mengetahuinya. Sesungguhnya ittiba atau ikutan yang diperintahkan
ialah sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan kepada kata nama
khas yag menunjukkan keumuman yang sebenar, yakni semua sekali atau keumuman
menurut adat iaitu kebanyakan sahabat dan sahabat-sahabat lain berdiam diri. Begitu

33
juga lafaz qarni (kurunku) bermaksud perkara yang tersebar di kurun tersebut. (Usul
al-Sunnah Li Radd al-Bid`ah, hal.64)

Menuruti sahabat bukanlah menurut seorang sahabat sahaja tetapi menuruti apa yang
menjadi amalan dan pegangan majoriti sahabat. Oleh itu, apa yang diamalkan oleh
sahabat secara berseorangan dikira sebagai pendapat dan pandangan peribadi yang
tidak boleh dianggap mewakili seluruh sahabat yang lain.

Contohnya, dalam masalah menghadiahkan pahala untuk yang telah meninggal dunia,
Ibn Kathir dalam tafsirnya menegaskan: “perkara-perkara itu tidak pernah dinukilkan
daripada seorang pun dari kalangan sahabat. Jika ianya merupakan kebaikan pasti
mereka akan mendahului kita. Pintu-pintu untuk mendekatkan diri kepada Allah
hanya setakat yang dinaskan dan tidak boleh hendak dipakaikan qias dan akal. (Tafsir
Ibn Kathir, jil. 4, hal. 232)

Difahami daripada kata-kata Ibn Kathir, sahabat sangat mengambil berat tentang
mengikuti Sunnah Rasulullah kerana di dalamnya terdapat segala kebaikan. Jika
mereka tidak melakukan sesuatu yang dianggap baik oleh sesetengah pihak dan dalam
masa yang sama perkara itu mempunyai sebab untuk dilakukan dan sahabat tidak
melakukannya maka ia bukanlah sunnah. Perkara kebaikan dan kebajikan tidak boleh
dianggap baik dengan akal semata-mata apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan
ibadat.

Ketika ditanya tentang sambutan maulidurasul dan berdiri dalam majlis tersebut, Abu
Syamah Abd al-Rahman bin Ismail menjawab: “Tidak harus menyambut
maulidurasul dan hari kelahiran orang lain kerana itu termasuk dalam bid’ah yang
direka dalam agama dan Rasulullah tidak pernah mengadakannya, begitu juga
khulafa` rasyidin, para sahabat yang dan para tabi’in. Mereka yang paling tahu
tentang Sunnah Rasulullah s.a.w, lebih sempurna kecintaan kepada baginda dan
paling sempurna dalam mengikuti syariat yang dibawa oleh baginda berbanding
dengan orang selepas mereka. (al-Ba’ith ‘ala Inkar al-Bida’ Wa al-Hawadith, hal. 97)

Azan yang dilakukan oleh sesetengah pihak apabila mengiringi keberangkatan jemaah
haji ke Mekah tidak pernah diketahui sebagai amalan sahabat.

34
3.5 PRINSIP KELIMA: Setiap rekaan adalah bid’ah, maka mereka-reka itulah
sebab larangan dan penolakan

3.5.1 Huraian Usul

Setiap perkara, sama ada fahaman, ucapan atau amalan yang merupakan rekaan dan
diada-adakan dalam agama adalah tertolak. Oleh hal yang demikian ia ditegah oleh
Islam. Asas kepada penolakan itu adalah disebabkan oleh semata-mata rekaan dan
tambahan itu sendiri. Agama Islam telah sempurna dengan kewafatan Rasulullah
s.a.w. Oleh itu, setiap amalan dan ucapan yang direka dan dikaitkan dengan agama
maka hukumnya adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu tidak diterima dalam Islam.

Dalil kepada usul ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah:

ِ ِ ُ ‫ال رس‬ ‫ِئ‬


‫ث يِف َْأم ِرنَا‬ ْ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم َم ْن‬
َ ‫َأح َد‬ َ ‫ول اللَّه‬ ْ َ‫َع ْن َعا َشةَ َر ِض َي اللَّهُ َعْن َها قَال‬
ُ َ َ َ‫ت ق‬
ٌّ‫س فِ ِيه َف ُه َو َرد‬
َ ‫َه َذا َما لَْي‬

Sesiapa mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini (agama) yang bukan
daripadanya maka ianya tertolak. (al-Bukhari, no: 2550, Muslim, no: 1718)

Larangan dan penolakan itu bukan sahaja kerana bercanggah dengan hukum Allah
dan Rasulullah s.a.w tetapi kerana rekaan itu sendiri. Kaedah dalam ilmu Usul al-Fiqh
menyatakan, hukum selepas satu sifat itu adalah isyarat kepada punca dan ‘illah
kepada hukum itu sendiri. Huruf ‫ ف‬yang mengandungi erti “sebab” menunjukkan
lafaz sebelumnya menjadi ‘illah kepada hukum yang terkandung dalam nas al-Qur`an
dan al-Sunnah. (Lihat al-Ghazzali, Syifa` al-Ghalil, hal. 49)

Dalam hadis Aishah di atas, sebab tertolaknya sesuatu amalan itu ialah kerana ianya
direka-reka. Ini diketahui berdasarkan kepada huruf ‫ ف‬yang datang selepas perbuatan
dan juga sebelum sifat atau hukum bagi perbuatan itu.

Bagi menjelaskan kaedah ini, perhatikan ayat berikut:

35
ِ ‫وه ُك ْم وَأيْ ِديَ ُك ْم ِإىَل الْمراف‬ ِ ِ ‫ِإ‬ ‫ِإ‬ ِ َّ
‫ِق َو ْام َس ُحوا‬ ََ َ ‫يَا َأيُّ َها الذ‬
َ َ ‫ين آَ َمنُوا َذا قُ ْمتُ ْم ىَل الصَّاَل ة فَا ْغس لُوا ُو ُج‬
ِ ِ
ِ ‫وس ُكم و َْأر ُجلَ ُكم ِإىَل الْ َك ْعَبنْي‬
ْ َ ْ ُ‫ب ُرء‬

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang


(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu
dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (al-Maidah: 6)

Di dalam ayat ini, wajibnya berwudhuk itu dikaitkan dengan hendak bersembahyang.
Sifat yang disebutkan ialah hendak bersembahyang dan diikuti dengan huruf ‫ ف‬yang
menunjukkan makna “sebab”. Kemudian diikuti dengan hukum bagi sifat itu. Susunan
ayat ini menunjukkan bahawa sebab wajib berwudhuk itu ialah apabila hendak
bersembahyang. Ini bermakna setiap kali seseorang itu hendak bersembahyang, dia
diwajibkan berwudhuk.

Demikian juga kandungan hadis di atas membawa maksud, setiap amalan atau ucapan
yang merupakan rekaan dalam agama akan tertolak. Dengan adanya unsur rekaan dan
diada-adakan maka amalan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu tidak diterima.

id’ah dengan segala jenis dan rupanya mengandungi ‘illah iaitu ‘mengadakan perkara
baru dalam agama’. Setiap perkara yang mengandungi ‘illah tersebut akan tertolak
dan tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu, membahagikan bid’ah kepada dua jenis
iaitu bid’ah yang keji (sayyi`ah) dan bid’ah yang baik (hasanah) adalah tidak
berdasarkan kepada kaedah Usul al-Fiqh ini.

Setiap perkara yang ditambah dalam agama adalah tidak diterima kerana membawa
kepada kesesatan. Apa yang jelas ialah pembahagian bida’h kepada bid’ah keji atau
bid’ah baik adalah berdasarkan kepada pengertian bahasa semata-mata. Makna yang
sepatutnya difahami daripada hadis-hadis di atas hendaklah makna dari segi syara’.

Bid’ah dengan pengertian syara’ berdasarkan daripada hadis-hadis di atas ialah,


‘sesiapa yang mengada-adakan perkara untuk mendekatkan diri kepada Allah sama
ada perbuatan atau ucapan maka dia telah mengadakan syariat yang baru dalam
agama ini’.

36
Kata al-Imam al-Nawawi: “Hadis ini merupakan salah satu daripada kaedah-kaedah
Islam yang utama dan besar. Ini termasuk dalam ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w
yang mengandungi makna yang lengkap dan menyeluruh. Hadis ini jelas menolak
semua jenis bid’ah dan rekaan. Selain itu, hadis ini merupakan dalil yang mesti dijaga
dan dipraktikkan untuk membatalkan pelbagai kemungkaran dan sepatutnya
pendalilan daripada hadis ini diperluaskan. (al-Nawawi, al-Minhaj Bi Syarh Sahih
Muslim, juz. 12, hal. 380)

Mengada-adakan bid’ah bererti menafikan kesempurnaan ajaran Islam yang


diturunkan oleh Allah s.w.t dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w serta dipraktikkan
oleh para sahabat. Rasulullah s.a.w menghukumkan sesat kepada bid’ah kerana
mengada-adakan sesuatu yang perkara baru yang tidak ada asas dalam Islam.

‫ ََّأما َب ْع ُد‬:‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم كان يقول يف خطبته‬


َ ‫عن جابر بن عبداللّ ه أن رسول اللّ ه‬
‫اُأْلم و ِر حُمْ َدثَا ُت َها َو ُك ُّل بِ ْد َع ٍة‬ ٍ ِ ِ ِ ِ
ُ َ‫فَ ِإ َّن َخْي َر احْلَ ديث كت‬
ُ ‫اب اللَّه َو َخْي ُر اهْلُ َدى ُه َدى حُمَ َّمد َو َش ُّر‬

ٌ‫ضاَل لَة‬
َ

Maka sesungguhnya, sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk


adalah petunjuk Muhamad s.a.w dan sejahat-jahat perkara adalah perkara-perkara
rekaan. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan. (Muslim, no: 867)

Kaedah yang dikemukakan oleh hadis ini ialah setiap perbuatan, aqidah dan ucapan
yang merupakan perkara rekaan adalah bid’ah. Apabila sesuatu itu adalah bid’ah
maka perkara itu adalah sesat. dan sesat bererti menjauhi dan menyimpang dari
sunnah Rasulullah s.a.w.

ِ ‫صيبهم ع َذ‬ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ
‫يم‬ ٌ َ ْ ُ َ ُ‫ين خُيَال ُفو َن َع ْن َْأم ِر ِه َأ ْن تُص َيب ُه ْم فْتنَةٌ َْأو ي‬
ٌ ‫اب َأل‬ َ ‫َف ْليَ ْح َذر الذ‬

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah s.a.w),


beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab
seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Nur: 63)

37
Perkara baru yang direka dalam agama adalah ditolak kerana tidak ada contoh
daripada Rasulullah s.a.w. dan tidak berasaskan kepada dalil-dalil agama mengikut
kaedah usul Fiqh atau prinsip pembinaan hukum. Mencipta perkara-perkara dalam
agama terutamanya dalam bab aqidah dan ibadah adalah tertolak. Berasaskan kepada
ini, kita menegaskan pembahagian bid’ah kepada bid’ah terpuji dan keji itu tidak
selaras dengan ilmu Usul al-Fiqh.

3.5.2 Penerapan usul ini:

Berdoa selepas sembahyang jenazah adalah perkara baru yang direka dan ditambah
kepada kaifiat sembahyang jenazah. Perbuatan ini tidak diriwayatkan dalam mana-
mana hadis. Doa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w ialah ketika masih di dalam
sembahyang. Perkara ini jelas disebutkan oleh kitab-kitab hadis dan fiqh. Apabila
sesuatu amalan itu tidak ada sandaran dalam riwayat yang sahih bermakna itu adalah
tambahan dan rekaan. Setiap perkara rekaan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah
sesat. Walaupun pada asasnya doa itu dianjurkan tetapi apabila cara dan tempat yang
tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w maka ia menjadi satu bid’ah yang amat
ditegah.

Bersedekah atau membahagi-bahagikan makanan selepas sembahyang jenazah juga


adalah perkara baru yang direka-reka dalam agama. Tidak ada satu dalil yang
menyuruh bersedekah pada waktu itu. Dari satu sudut, perbuatan membahagikan
makanan itu seolah-olah satu helah supaya diperbolehkan sembelihan dan jamuan
ketika pengkebumian mayat sedangkan amalan itu telah dilarang oleh Rasulullah
s.a.w.

”‫ “ال عقر يف اِإل سالم‬:‫ قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم‬:‫عن أنس قال‬

Daripada Anas katanya ‘Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada sembelihan untuk
orang mati di dalam Islam’. (Abu Daud, no: 3222)

Hadis di atas menunjukkan larangan daripada menyembelih haiwan di perkuburan.


Larangan ini bersifat menyeluruh tanpa menentukan masa-masa khusus dan
menyembelih pada masa pengkebumian termasuk di dalam larangan ini.

38
Al-Khattabi ketika menghuraikan latar belakang hadis ini menulis: “Orang-orang
jahiliah menyembelih unta di atas kubur lelaki yang dermawan dan mengucapkan
kata-kata: Kita membalas jasa baik yang dilakukannya semasa hidup dengan
menyembelih unta untuk tetamu yang datang. Oleh itu, kita menyembelih di kuburnya
supaya dimakan oleh binatang-binatang dan burung-burung.” (al-‘Azimbadi, ‘Aun al-
Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, jil. 9, hal. 26)

Apabila tujuan larangan itu menyembelih binatang di kubur itu mengandungi larangan
mengadakan jamuan, baik orang yang hadir atau untuk binatang-binatang yang
singgah di kubur, maka membahagi-bahagikan makanan itu sendiri termasuk dalam
tujuan larangan Rasulullah s.a.w. Dengan bersedekah dan membahagikan makanan
pada waktu itu, seolah-olah mereka mencari jalan supaya jamuan untuk orang yang
mati itu diperbolehkan.

Kesimpulannya, kita dilarang daripada mengada-adakan perkara-perkara baru dalam


agama. Sebaliknya kita diperintah supaya berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah
s.a.w dan amalan-amalan yang disepakati oleh para sahabat kerana itulah yang
sebenarnya dan membawa kita kepada jalan hidayat dan petunjuk.

3.6 Prinsip Keenam: Setiap Bida’h Adalah Sesat

Huraian Prinsip:

Apa yang dicipta oleh manusia dalam agama atau apa yang dinisbahkan oleh manusia
sebagai ajaran agama tanpa sebarang dalil adalah bid`ah dan setiap bid’ah adalah
sesat. Bid’ah itu satu penambahan, pengubahan dan pengurangan dalam agama yang
menukar rupa sebenar ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ajaran Islam yang
terkandung di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah merupakan petunjuk dan pedoman
kepada manusia, tidak ada selain daripada keduanya melainkan kesesatan. Bid’ah itu
tidak termasuk dalam syariat kerana ia adalah kesesatan bukan petunjuk. Hanya
Sunnah yang membawa kepada petunjuk dan hidayat, seterusnya dapat meraih
keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Dalil usul:

39
ِ ‫) ومن يه ِد اللَّه فَما لَه ِمن م‬٣٦( ‫ضلِ ِل اللَّه فَما لَه ِمن ه ٍاد‬
(٣٧)‫ض ٍّل‬ ْ ُ‫َو َم ْن ي‬
ُ ْ ُ َ ُ َْ ْ َ َ َ ْ ُ َ ُ

Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. Dan
sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang
benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. (al-Zumar: 36-37)

َّ ‫فَ َماذَا َب ْع َد احْلَ ِّق ِإاَّل‬


ْ ُ‫الضاَل ُل فََأىَّن ت‬
‫صَرفُو َن‬

Maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Oleh itu, bagaimana
kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (Yunus: 32)

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya yang masyhur:

ٍ ِ ِ ِ ِ
‫اُأْلم و ِر حُمْ َدثَا ُت َها َو ُك ُّل‬ ُ َ‫ََّأما َب ْع ُد فَِإ َّن َخْيَر احْلَديث كت‬
ُ ‫اب اللَّه َو َخْي ُر اهْلُ َدى ُه َدى حُمَ َّمد َو َش ُّر‬
ٍ
َ ‫بِ ْد َعة‬
‫ضاَل لَة‬

Maka sesungguhnya, sebaik-baik ucapan adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk


petunjuk Muhammad s.a.w. sejahat-jahat perkara adalah yang direka-rekakannya
dan setiap bid’ah itu sesat. (Muslim, Kitab a-Salat, Bab Tentang meringkaskan
sembahyang dan khutbah)

Hadis ini menjelaskan pertentangan antara sunnah dan bid’ah. Sunnah itu membawa
kepada petunjuk sedangkan bid’ah itu membawa kepada kesesatan. Percanggahan
dengan Sunnah Rasulullah s.a.w berlaku dengan mengadakan sesuatu perkara baru
dalam agama dan itu adalah bid’ah.

Hafiz Ibn Hajar berkata: “Ucapan Rasulullah s.a.w ‘setiap bid’ah itu sesat’ merupakan
kaedah syari’ah yang kulli baik secara lafaznya dan juga secara maknanya. Secara
lafaznya seperti dikatakan hukum perkara ini adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah
sesat. Maka bid’ah itu bukan daripada syari’ah kerana syari’ah semuanya adalah
petunjuk. Oleh itu, jika terbukti hukum perkara tersebut sebagai rekaan dan tambahan

40
dalam agama maka sahlah kedua-dua premis itu (hukum perkara ini adalah bid’ah dan
setiap bid’ah adalah sesat- penterj.) maka ia menerbitkan kesimpulan (perkara ini
adalah sesat- penterj.). (Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, jil. 15, hal. 180)

Persoalan

Sekiranya ditimbulkan persoalan, bukankah ‫ كل‬itu tidak selalunya bermaksud


merangkumi segala benda yang difahami daripada kata nama yang disandarkan
kepadanya kerana ada kalanya ia bermaksud sebahagian sahaja seperti firman Allah
s.w.t.:

‫تُ َد ِّم ُر ُك َّل َش ْي ٍء بِ َْأم ِر َربِّ َها‬

Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan perintah Tuhannya. (Surah al-


Ahqaf: 25)

Dalam memahami ayat di atas, angin tidak menghancurkan segala yang ada kerana
Nabi Hud a.s dan para pengikutnya yang beriman dengan Allah s.w.t. terselamat
daripada kedahsyatan angin tersebut. Dengan itu, lafaz ‫ كل‬bukan menunjukkan segala
sesuatu.

Jawapannya ialah, penggunaan lafaz ‫ كل‬di sini adalah mengikut kaedahnya iaitu
merangkumi segala benda yang dapat difahami daripada kata nama yang disandarkan
kepadanya. Ayat ini bermaksud, angin itu memusnahkan segala sesuatu yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t bukan segala sesuatu di atas dunia ini.

Imam Ibn Jarir al-Tabari mengatakan: Maksud ayat ini ialah angin itu memusnahkan
segala sesuatu yang diperintahkan oleh Tuhannya ya’ni ia hanya dihantar untuk
memusnahkan apa yang diperintahkan supaya dibinasakan tidak yang lain, kerana ia
tidak membinasakan Nabi Hud dan orang-orang yang beriman dengannya. (Jami’ al-
Bayan Fi Ta`wil al-Qur`an, juz. 22, hal. 129)

Pecahan Prinsip: Tidak Ada Bid’ah Hasanah Dalam Agama

41
Apabila kita telah mengetahui bahawa bid’ah itu merupakan satu jalan dalam agama
yang direka menyerupai agama dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam mentaati
Allah dan setiap bid’ah itu sesat maka bid’ah adalah sesuatu perkara yang tercela.

Sesuatu yang telah disifatkan dengan kesesatan tidak boleh sama sekali ditambah
padanya dengan sifat yang menunjukkan kepada kebaikan dan petunjuk. Secara
logiknya, tidak mungkin satu perkara itu dalam masa yang sama disifatkan dengan
dua sifat yang saling bercanggah seperti petunjuk yang sesat, syirik yang baik,
maksiat yang dipuji. Perkataan petunjuk, syirik dan maksiat itu mempunyai medan
maknanya yang tersendiri yang tidak boleh menerima sifat selain daripada yang
mendokong maknanya.

Apabila kita mendapati di kalangan ulama menyatakan bid’ah terbahagi kepada


bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah maka penting sekali dilihat kepada pentakrifan
mereka. Adakah itu dari sudut bahasa atau istilah syara’. Jika bid’ah itu diungkapkan
kepada setiap suatu yang baru maka itu adalah bid’ah dari sudut bahasa yang
pengertiannya sangat luas yang merangkumi banyak unsur. Tetapi apabila ditakrifkan
bid’ah itu sebagai satu jalan yang direka dalam agama supaya menyerupainya dengan
tujuan untuk berlebih-lebihan dalam mentaati Allah bererti itu adalah bid’ah dari
sudut istilah syara’ dan inilah yang dimaksudkan dengan setiap bid’ah itu sesat. Oleh
sebab itu, Hafiz Ibn Hajar mentafsirkan bid’ah dhalalah sebagai apa yang direka tanpa
ada dalil daripada syara’ sama ada secara khusus mahupun umum. (ibid.) Ini
bermakna jika hanya terdapat dalil umum sahaja maka tidak boleh sama sekali
disabitkan dengannya satu bentuk ibadat yang baru, kerana ia tetap berada dalam
hukum bid’ah yang sesat.

Apa yang diungkapkan oleh ulama sebagai bid’ah hasanah itu tidak lebih daripada apa
yang dapat kita katakan sebagai masalih mursalah iaitu satu bentuk ijtihad dan
penetapan hukum berasaskan kepada kepentingan dan kebaikan manusia apabila
ketiadaan hukum syara’ dalam sesuatu perkara dan ini berkait dengan soal keduniaan
bukan soal mengabdikan diri dan beribadat kepada Allah.

Ibn Umar berkata: “Setiap bid’ah itu sesat walaupun orang ramainya melihatnya baik.
(Hibbatullah al-Lalaka`i, Syarh Usul I’tiqad Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah, jil. 1, hal.

42
92) Ini bermakna, kebenaran itu tidak diukur dengan ramainya yang melakukannya
tetapi berdasarkan kepada dalil yang sahih dan cara yang tepat dalam memahaminya.

Sebuah kisah yang masyhur dan sahih yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud
bahawa beliau melintas kumpulan yang duduk dengan membuat halqah atau bulatan.
Mereka bertahlil, bertasbih dengan cara yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah
s.a.w dan para sahabatnya. Ibn Mas’ud mengingakari perbuatan mereka sambil
berkata: “Hitungkanlah kesalahan-kesalahan kamu dan saya yakin tidak akan hilang
sedikitpun kebaikan-kebaikan kamu. Apalah kamu wahai umat Muhammad! Sungguh
cepat kebinasaan kamu. Sahabat-sahabat nabi kamu masih lagi ramai, pakaiannya
belum lagi lusuh dan bekasnya belum lagi pecah. Demi nyawaku ditangan-Nya,
sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih membawa kepada petunjuk
daripada agama Muhammad atau kamu membuka pintu kesesatan.” Mereka
menjawab: “Demi Allah! Wahai Abu Abdul Rahman, tidaklah kami kehendaki
melainkan kebaikan sahaja.” Ibn Mas’ud berkata: “Ramai mana orang yang mahukan
kebaikan tetapi tidak menepatinya.” (Sunan al-Darimi)

Berdasarkan kepada dua athar di atas, kita dapati Ibn Umar telah mengemukakan
kaedah berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w iaitu ‘Setiap bid’ah itu sesat
walaupun orang ramai menganggapnya baik’, manakala Ibn Mas’ud pula
menggunakan kaedah tersebut dengan menghukumkan bahawa majlis zikir yang
diadakan dengan tidak mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w adalah sesat walaupun zikir
itu sendiri memang dituntut. Sungguhpun niat mereka itu baik tetapi cara mereka itu
amat menyalahi dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ibn Mas’ud sekali-kali tidak menjadikan niat mereka yang baik itu sebagai jalan
kepada keharusan sesuatu amalan kerana amalan itu hanya dikira ibadat apabila ada
dalil yang menunjukkan secara khusus. Niat yang baik tidak menjadikan satu bid’ah
itu sebagai sunnah. Tidak dapat tidak melainkan mesti terdapat dua perkara, niat yang
ikhlas dan bertepatan dengan sunnah.

Oleh kerana itu ulama telah mengemukakan kaedah: Jalan itu mempunyai hukum
yang sama dengan matlamat. Jika hukum matlamat itu wajib maka wajiblah jalan dan
saluran kepadanya dan jika matlamat itu haram maka haramlah jalan kepadanya.

43
Tegasnya, Ibn Mas’ud dan Ibn Umar memakai makna bid’ah itu dengan makna
umumnya iaitu semuanya sesat tanpa membezakan di antara apa yang dinamakan
bid’ah hasanah atau bid’ah sayyi`ah. Oleh itu, tidak ada bid’ah hasanah kerana bid’ah
itu dicela; kerana ia membawa kepada kesesatan.

Tidak Ada Bid’ah Makruh

Tidak ada bid’ah makruh, kerana setiap bid’ah adalah haram dan setiap sesuatu yang
disifatkan sebagai sesat membawa kepada hukum haram.

Makruh ialah perbuatan yang tidak mendatang dosa kepada pelakunya dan
meninggalkannya mendapat pahala. Berasaskan kepada maksud setiap bid’ah adalah
sesat dan sesat membawa kepada azab maka tidak ada bid’ah yang dihukumkan
sebagai makruh. Ancaman yang berat terhadap sesuatu perbuatan memberi maksud
bahawa itu adalah satu dosa. Pada kaedahnya, perbuatan dosa dan maksiat tidak
dihukumkan sebagai makruh.

Apa yang dinukilkan daripada ulama terdahulu bahawa sesetengah perkara dikatakan
sebagai dimakruhkan maka itu mempunyai beberapa penafsiran. Pertama, bermaksud
makruh yang hampir membawa kepada pengharaman (makruh tahrimi) bukan makruh
yang hampir dengan harus (makruh tanzihi).

Kedua, penggunaan makruh itu dengan erti larangan. Ini banyak digunakan di
kalangan ulama hadis ketika mereka mengemukakan tajuk bagi hadis- hadis.
Contohnya Imam al-Tirmizi menyebutkan Bab Ma Ja`a Fi Karahiyah Ityan al-Haidh,
(Bab Tentang Hadis-Hadis Yang Diriwayatkan Tentang Larangan Menyetubuhi
Perempuan Yang Datang Bulan). Karahiyah di sini tidak boleh dipakaikan dengan
makna makruh kerana jelas daripada ayat al-Qur`an dan hadis larangan keras tentang
perkara ini.

Ketiga, penggunaan makruh itu dengan makna sesuatu yang sememangnya


diharamkan. Ini kerana, ulama mutaqaddim amat cermat dalam menggunakan lafaz-
lafaz yang menunjukkan kepada haram kerana kekhuatiran akan terjebak dalam
golongan menghalalkan atau mengharamkan sesuatu dengan sewenang-wenangnya.

44
Oleh kerana itu, mereka mengelakkan diri daripada menggunakan secara langsung
perkataan haram.

3.7 Prinsip Ketujuh: Beramal Mengikut Fikiran Semata-mata Adalah Kesesatan

Melakukan sesuatu amalan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah tanpa
berlandaskan kepada petunjuk al-Qur`an atau hadis-hadis Rasulullah s.a.w merupakan
tindakan yang berasaskan fikiran semata-mata. Untuk beramal dengan sesuatu amalan
terutamanya secara iltizam dan berterusan mestilah berasaskan kepada nas-nas al-
Qur`an dan hadis-hadis yang terbukti sahih mengikut dislplin ilmu hadis. Telah diakui
dalam ilmu usul fiqh, tidak ada ruang untuk melakukan ijtihad dalam perkara yang
telah dinaskan sebagaimana tidak ada peruntukan untuk berijtihad dan melakukan qias
dalam ibadat yang kaifat dan caranya telah dijelaskan oleh Sunnah Rasulullah s.a.w.
Syariat telah menjelaskan bahawa hukum Allah ke atas manusia tidak berlaku
melainkan dengan apa yang telah disyariatkan Allah melalui rasul-rasul-Nya. Oleh
kerana itulah Allah s.w.t. berfirman:

‫ث َر ُسواًل‬ َ ِ‫َو َما ُكنَّا ُم َع ِّذب‬


َ ‫ني َحىَّت َنْب َع‬

Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang


Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (al-Isra`: 15)

Kedatangan para rasul adalah dengan tujuan untuk menjelaskan kepada manusia akan
syari’at Allah dengan sejelas-jelasnya dan menunjukkan bagaimana cara ibadat yang
betul kepada Allah. Sekiranya akal sahaja mencukupi untuk membimbing manusia
tentu rasul-rasul tidak perlu diutuskan untuk membawa manusia ke jalan Allah. Akal
secara bersendirian tidak dapat menentukan kebaikan untuk manusia, sama yang
bersifat dunia atau akhirat. Akal hendaklah sentiasa dibimbing oleh wahyu. Akal
bersifat terbatas dan dipengaruhi oleh unsur diri dan emosi. Oleh kerana itu, wahyu
amat berperanan dalam membimbing akal untuk mengetahui dan menentukan baik
dan buruk. Jika akal dibiarkan bersendirian untuk menentukan baik dan buruk pasti
dia sendiri akan menentukan baik buruk mengikut sudut pandangnya walaupun di sisi
orang lain adalah sebaliknya.

Dalil:
45
ِ ‫َّاس بِاحْل ِّق واَل َتتَّبِ ِع اهْل وى َفي‬ ِ َ ‫يا داوود ِإنَّا جع ْلن‬
َ َّ‫ض ل‬
‫ك َع ْن‬ ُ ََ َ َ ِ ‫اح ُك ْم َبنْي َ الن‬
ْ َ‫ض ف‬ ْ ‫اك َخلي َفةً يِف‬
ِ ‫اَأْلر‬ َ ََ ُ ُ َ َ
ِ ‫اب َش ِدي ٌد مِب َا نَسوا يوم احْلِس‬
‫اب‬ ِ ِ ‫سبِ ِيل اللَّ ِه ِإ َّن الَّ ِذ‬
ٌ ‫ين يَضلُّو َن َع ْن َسبِ ِيل اللَّه هَلُ ْم َع َذ‬
َ َ َْ ُ َ َ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka


jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang
diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang
demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang
sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal,
disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Shad: 26)

ِ َّ ِ ِ ْ ‫اك َعلَى َش ِر َيع ٍة ِمن‬


َ ‫اَأْلم ِر فَاتَّب ْع َها َواَل َتتَّب ْع َْأه َواءَ الذ‬
‫ين اَل َي ْعلَ ُمو َن‬ َ َ َ‫مُثَّ َج َع ْلن‬ 

Kemudian Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)


menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka
turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang
tidak mengetahui (perkara yang benar). (al-Jathiyah: 18)

Imam al-Razi mentafsirkan ayat ini dengan menulis: “Yakni di atas cara dan jalan
agama. Maka hendaklah kamu turuti syari’at agama kamu yang sabit dengan dalil-
dalil dan keterangan-keterangan dan jangan pula kamu turuti apa-apa yang tidak
mempunyai hujah seperti hawa nafsu orang-orang jahil dan agama-agama mereka
yang dibina di atas hawa nafsu dan kejahilan. (al-Tafsir al-Kabir, jil. 14, hal. 294)

Dikaitkan apabila tidak mengikuti petunjuk daripada Allah dan Rasul bererti menuruti
hawa nafsu dan akal fikiran sendiri. Petunjuk Allah itu adalah hidayah yang
membimbing manusia daripada terjerumus dalam kesesatan kerana mengikuti hawa
nafsu.

‫َّك َعْن َها َم ْن اَل يُْؤ ِم ُن هِبَا َواتَّبَ َع َه َواهُ َفَت ْر َدى‬
َ ‫ص َّدن‬
ُ َ‫فَاَل ي‬

46
Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak
beriman kepadanya (hari Kiamat) serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan
itu engkau akan binasa. (Taha: 16)

Tidak ada kemusnahan yang lebih besar selain dari menuruti hawa nafsu dan
membelakangkan petunjuk Allah dan Rasul.

‫ « تعم ل ه ذه األم ة بره ة‬: ‫ ق ال رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم‬: ‫ ق ال‬، ‫عن أيب هري رة‬

‫بكتاب اهلل وبرهة بسنة رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم مث يعملون بالرأي فإذا فعلوا ذلك‬

» ‫فقد ضلوا‬

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Sesungguhnya umat ini beramal dengan Kitab Allah untuk satu tempoh masa,
kemudian dengan Sunnah Rasulullah s.a.w untuk satu tempoh masa. Kemudian
mereka beramal mengikut akal fikiran. Apabila mereka bertindak demikian maka
sesungguhnya sesatlah mereka. (Ibn ‘Abd al-Barr, Jami’ al-‘Ilm Wa Fadhluh)

Beramal hendaklah berdasarkan kepada ilmu itu diasaskan di atas dalil yang diyakini
yakni bersumberkan al-Qur`an dan hadis-hadis yang sahih serta dalil aqli yang selaras
dengan dalil syara’ iaitu qiyas. Seseorang itu menjadi mukallaf kerana perintah
daripada syara’. Akal bukanlah penentu kepada hukum tetapi ia adalah alat untuk
memahami dalil dan hukum. Untuk mengetahui sesuatu baik atau buruk,
mendatangkan pahala atau dosa, ibadat atau tidak, mestilah merujuk kepada wahyu
bukan ditentukan dengan fikiran. Dalam hal ini, jika sesuatu amalan dianggap sebagai
ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sedangkan tidak ada dalil tentangnya
maka ini adalah satu bentuk penyandaran kepada agama akan sesuatu yang bukan
daripadanya. Dengan perkataan yang lebih jelas, amalan itu dikira sebagai bid’ah
kerana kefahaman dan pengamalannya itu tidak berdasarkan kepada dalil-dalil yang
mu’tabar tetapi hanya disangka sebagai baik sahaja. Sedangkan akal dan sangkaan
tidak boleh bersendirian dalam penetapan hukum.

47
Dalam mengamalkan agama dan menghayatinya kita perlu sedar bahawa kita sama
sekali dilarang mengikuti hawa nafsu sekalipun apa yang dilaksanakan itu sebagai
ibadat yang seakan-akan menuruti ajaran agama. Melakukan sembahyang tahajjud
sepanjang malam tanpa tidur pada malam-malam tertentu dan berpuasa pada setiap
hari tidak boleh dianggap sebagai satu ketaatan kepada Allah s.w.t kerana itu adalah
mengikut keinginan hawa nafsu yang merasakan akan mendapat pahala yang lebih
banyak dan menyangka itu lebih baik daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah
s.a.w. Dalam contoh ini, ibadat itu sendiri tidak salah tetapi menunaikannya secara
melampau itu adalah sesuatu yang tidak dituntut malah ia amat dilarang. Bertegas
untuk melakukan juga dengan cara ini akan membawa kepada menurut hawa nafsu
bukan lagi beribadat dalam erti kata yang sebenar.

Tidak ada punca lain bagi pencipta bid’ah melainkan kerana dia merasakan itu adalah
sesuatu yang lebih baik. Sesuatu perkara itu diakui sebagai baik atau tidak adalah
berasaskan kepada wahyu bukan semata-mata dengan akal.

ُ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َي ُق‬


َ‫ول ِإ َّن اللَّه‬
ِ َ ‫ال مَسِ عت رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ِ ‫َع ْن َعْب ِد اللَّ ِه بْ ِن َع ْم ِرو بْ ِن الْ َع‬
ُ َ ُ ْ َ َ‫اص ق‬
‫ض الْعُلَ َم ِاء َحىَّت ِإذَا مَلْ يُْب ِق‬
ِ ‫ض الْعِْل َم بَِقْب‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ‫اَل ي ْقب‬
ُ ِ‫ض الْع ْل َم انْتَزاعًا َيْنتَ ِزعُ هُ م ْن الْعبَ اد َولَك ْن َي ْقب‬
ُ َ
‫َأضلُّوا‬ ِ ‫ِئ‬
َ َ‫وسا ُج َّهااًل فَ ُس لُوا فََأ ْفَت ْوا بِغَرْيِ ع ْل ٍم ف‬
َ ‫ضلُّوا َو‬ ‫ِ خَّت‬
ً ُ‫َّاس ُرء‬
ُ ‫َعال ًما ا َ َذ الن‬

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amar bin al-‘Ash katanya, saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus daripada
hamba-hamba-Nya tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama sehingga
tidak tinggal seorang alim lalu orang ramai menjadikan orang-orang jahil sebagai
pemimpin lalu mereka ditanya lantas memberi fatwa tanpa sebarang ilmu. Maka
mereka itu sudah tersesat dan menyesatkan pula. (al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-
Tirmizi dan Ibn Majah)

Disebabkan tiada ilmu tentang al-Qur`an dan al-Sunnah, seseorang itu menggunakan
sepenuhnya akal fikirannya untuk membina hukum. Sejarah telah merakamkan
bagaimana para sahabat memahami syariat dengan cara yang betul menurut kaedah

48
yang sahih. Berikut ini beberapa nukilan daripada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
yang agung:

‫ف َْأوىَل بِالْ َم ْس ِح ِم ْن‬ ْ ‫بِالرْأ ِي لَ َك ا َن‬


ِّ ُ‫َأس َف ُل اخْل‬ َّ ‫ِّين‬ َ َ‫َع ْن َعلِ ٍّي َر ِض َي اللَّهُ َعْن هُ ق‬
ُ ‫ال لَ ْو َك ا َن ال د‬
ِ َ‫ول اللَّ ِه صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم مَيْسح علَى ظ‬
‫اه ِر ُخفَّْي ِه‬ َ ‫ت َر ُس‬
َ ُ َ َ َ َ َْ ُ َ ُ ْ‫َأعاَل هُ َوقَ ْد َرَأي‬
ْ

Diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib katanya: “Sekiranya agama itu dengan
akal fikiran tentu bahagian bawah khuf (sarung kaki) lebih patut disapu daripada
bahagian atas. Sesungguhnya saya melihat Rasulullah s.a.w menyapu di bahagian
atas khufnya. (Abu Daud)

ُ‫ت َعاِئ َش ة‬ ِ ِ‫ضي ِإح َدانَا الصَّاَل ةَ َأيَّام حَم‬


ْ َ‫يض َها َف َق ال‬ َ ْ
ِ ‫ت َأَت ْق‬ ‫َأن امرَأةً سَألَ ِئ‬
ْ َ َ ْ َّ َ‫َع ْن ُم َعاذَة‬
ْ َ‫ت َعا َشةَ َف َقال‬

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم مُثَّ اَل‬ ِ ِ ِ ِ ِ


ُ ‫ت ِإ ْح َدانَا حَت‬
َ ‫يض َعلَى َع ْه د َر ُس ول اللَّه‬ ْ َ‫َأحُرو ِريَّةٌ َأنْت قَ ْد َك ان‬
َ
‫ض ٍاء‬
َ ‫ُتْؤ َم ُر بَِق‬

Daripada Mu’az bahawa seorang wanita telah bertanya kepada ‘A`isyah, katanya,
adakah kita diperintahkan mengantikan sembahyang yang ditinggalkan pada waktu
haidh? ‘A`ishah bertanya: “Adakah kamu ini orang Haruriah? Sesungguhnya di
zaman Rasulullah s.a.w apabila salah seorang kami didatangi haidh tidak
diperintahkan pula untuk menggantikannya. (al-Bukhari dan Muslim)

َ َ‫ول اللَّ ِه ق‬
ِ ‫الس اَل م َعلَى رس‬ ِِ ِ ‫َأن ر ُجاًل َعطَس ِإىَل َجْن‬ ِ
‫ال‬ َُ ُ َّ ‫ال احْلَ ْم ُد للَّه َو‬
َ ‫ب ابْ ِن عُ َم َر َف َق‬ َ َ َّ ‫َع ْن نَاف ٍع‬
‫ص لَّى‬ ِ ُ ‫ول اللَّ ِه ولَيس ه َك َذا علَّمنَا رس‬
ِ ‫الساَل م َعلَى رس‬ ِِ
َ ‫ول اللَّه‬ َُ ََ َ َ َْ َُ ُ َّ ‫ول احْلَ ْم ُد للَّه َو‬
ُ ُ‫ابْ ُن عُ َمَر َوَأنَا َأق‬

‫ول احْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َعلَى ُك ِّل َح ٍال‬


َ ‫اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َعلَّ َمنَا َأ ْن َن ُق‬

Diriwayatkan daripada Nafi’ bahawa seorang telah bersin di hadapan Ibn ‘Umar
lalu dia mengucapkan al-Hamdu Lillah, Wa al-Salam ‘Ala Rasulillah! (Segala puji
bagi Allah dan Salam buat Rasulullah) Ibn ‘Umar berkata: “Aku juga pernah

49
mengucapkan al-Hamdu Lillah, Wa al-Salam ‘Ala Rasulillah. Tetapi bukan begini
Rasulullah s.a.w. mengajar kami. Baginda mengajar kami supaya mengucapkan al-
Hamdu Lillah ‘Ala Kulli Hal. (al-Tirmizi dan al-Hakim)

Ucapan tahmid dan selawat kedua-duanya itu disyariatkan kepada orang Islam,
namun kedua-duanya ada tempatnya yang khusus dan tidak boleh dipinda sesuka hati.

Kata-kata daripada para sahabat menunjukkan bahawa dalam soal agama yakni
beribadat hendaklah berdasarkan kepada ketentuan syara’ yang diambil daripada al-
Qur`an dan al-Sunnah dengan kaedah-kaedahnya yang benar-benar mu’tabar. Oleh
sebab itu, Imam al-Syafi’e sebagaimana dinukilkan oleh ulama al-Syafi’iyyah telah
berkata:

‫ع‬ ْ ‫َم ِن‬


َ ‫استَ ْح َس َن َف َق ْد َشَّر‬

“Sesiapa yang menganggap baik maka dia telah membuat syari’at”. (lihat al-Ghazzali,
al-Mankhul, hal. 374, al-Mahalli, Hasyiah Jam’ al-Jawami’, jil.2, hal. 395)

Membuat syariat itu boleh diertikan sebagai membuat cara dan aturan sendiri atau
membuat sesuatu yang menandingi syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w
Keimanan kepada Rasulullah s.a.w. hanya akan sempurna apabila seseorang itu
mematuhi syariat baginda tanpa mengadakan sesuatu bentuk ibadat yang tidak
digariskan oleh baginda.

3.8 Prinsip Kelapan : Ucapan Dan Amalan Tuan Guru Bukan Hujah Syara’

Menganggap perbuatan dan kata-kata syaikh-syaikh sebagai hujah terhadap perkara-


perkara yang telah sabit dalam ajaran Rasulullah s.a.w. merupakan punca kebinasaan
sesetengah golongan. Mereka mengamalkan sesuatu perkara bid’ah dan menganggap
tidak mengapa mengerjakannya. Jika ada orang yang menegur perbuatan tersebut
supaya ditinggalkan dan kembali kepada Sunnah Rasulullah s.a.w maka mereka akan
mengatakan ini adalah sunnah juga bukan bid’ah kerana beralasan syaikh atau orang
alim mengamalkannya. Seterusnya mereka akan mengatakan tidak mungkin orang
alim akan menyalahi sunnah, melakukan sesuatu yang makruh apatah lagi terlibat

50
dalam perkara-perkara yang menyesatkan. Dengan ini, amalan dan ucapan tuan guru
menjadi setaraf dengan apa yang sabit berdasarkan kepada nas-nas syara’.

Pada prinsipnya tugas syaikh atau tuan guru adalah untuk membimbing masyarakat
dalam memahami hukum-hukum syara’ berdasarkan kepada al-Qur`an dan al-Sunnah.
Seseorang itu tidak boleh meletakkan kedudukan syaikh sehingga melebihi
kedudukan Allah dan Rasulullah s.a.w.

‫ون‬ ُ ْ ًَ ِ ‫ول لِلن‬


ِ ‫َّاس ُكونُوا ِعب ادا يِل ِمن د‬ َ ‫ْم َوالنُُّب َّو َة مُثَّ َي ُق‬ ِ ِ ِ
َ َ‫َما َكا َن لبَ َش ٍر َأ ْن يُْؤ تيَهُ اللَّهُ الْكت‬
َ ‫اب َواحْلُك‬
‫اب َومِبَا ُكْنتُ ْم تَ ْد ُر ُسو َن‬ ِ ‫اللَّ ِه ولَ ِكن ُكونُوا ربَّانِيِّ مِب‬
َ َ‫ني َا ُكْنتُ ْم ُت َعلِّ ُمو َن الْكت‬َ َ ْ َ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama
dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang
ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan
meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. tetapi (sepatutnya ia berkata):
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah
Taala -dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (surah Aal ‘Imran: 79)

‫يم‬ِ ِ‫يا َأيُّها الَّ ِذين آَمنوا اَل ُت َقدِّموا ب ي َد ِي اللَّ ِه ورسولِِه و َّات ُقوا اللَّه ِإ َّن اللَّه مَس‬
ٌ ‫يع َعل‬
ٌ َ َ َ ُ ََ َ َ ‫ُ َنْي‬ َُ َ َ َ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan


sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya;
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha mengetahui. (al-Hujurat: 1)

Walaupun tuan guru tidak memerintahkan supaya dirinya disembah tetapi


menganggap apa sahaja yang keluar dari ucapan dan amalan tuan guru sebagai
sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah bererti meletakkan guru pada taraf
sekutu bagi Allah.

51
ِ ‫بِه اللَّه ۚ ولَواَل َكلِم ةُ الْ َفص ِل لَ ُق‬
ۗ ‫ض َي َبْيَن ُه ْم‬ ِ ‫َأم هَل م ُش ر َكاء َش رعوا هَل م ِمن الدِّي ِن م ا مَل ي ْأ َذ ْن‬
ْ َ َْ ُ َْ َ َ ُْ ُ َ ُ َ ُْ ْ
‫يم‬ِ ‫وِإ َّن الظَّالِ ِمني هَل م ع َذ‬
ٌ ‫اب َأل‬
ٌ َ ُْ َ َ

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian


dari ugama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan
kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan
azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan Sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah al-Syura: 21)

‫ِروا ِإاَّل لَِي ْعبُ ُدوا ِإهَلًا‬ ِ ِ ِ ِ


ْ ‫اخَّتَ ُذوا‬
َ ‫َأحبَ َار ُه ْم َو ُر ْهبَا َن ُه ْم َْأربَابًا م ْن ُدون اللَّه َوالْ َمس‬
ُ ‫يح ابْ َن َم ْرمَيَ َو َم ا ُأم‬
ِ‫و‬
)31( ‫اح ًدا اَل ِإلَهَ ِإاَّل ُه َو ُسْب َحانَهُ َع َّما يُ ْش ِر ُكو َن‬ َ

Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai tuhan


selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam,
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha
Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci Allah dari apa
yang mereka sekutukan. (Surah al-Tawbah: 31)

Ayat ini menunjukkan bahawa kesesatan mereka itu berpunca daripada sikap mereka
mematuhi ajaran pendita-pendita dan ahli-ahli ugama dengan membabi buta, biarpun
orang alim itu menyuruh maksiat atau mengharamkan yang halal.

‫ال‬ ٍ ‫يب ِم ْن َذ َه‬


َ ‫ب َف َق‬ ِ ‫ي ب ِن حامِتٍ قَ َال َأَتيت النَّيِب ص لَّى اللَّه علَي ِه وس لَّم ويِف عن ِقي‬ ِ
ٌ ‫صل‬
َ ُُ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ ُ ْ َ ْ ِّ ‫َع ْن َعد‬

ْ ‫ور ِة َب َراءَةٌ { اخَّتَ ُذوا‬


‫َأحبَ َار ُه ْم َو ُر ْهبَ انَ ُه ْم‬ ِ
َ ‫ك َه َذا الْ َوثَ َن َومَس ْعتُهُ َي ْق َرُأ يِف ُس‬ ُّ ‫يَا َع ِد‬
َ ‫ي اطْ َر ْح َعْن‬
‫ِإ‬ ِ َ َ‫ون اللَّ ِه } ق‬
ِ ‫َأربابًا ِمن د‬
‫َأحلُّوا هَلُ ْم َش ْيًئا‬ ُ ‫ال ََأم ا ِإن َُّه ْم مَلْ يَ ُكونُوا َي ْعبُ ُدونَ ُه ْم َولَكن‬
َ ‫َّه ْم َك انُوا ذَا‬ ُ ْ َْ

ُ‫استَ َحلُّوهُ َوِإذَا َحَّر ُموا َعلَْي ِه ْم َشْيًئا َحَّر ُموه‬


ْ
52
Diriwayatkan daripada ‘Adi bin Hatim katanya, saya datang menemui Rasulullah
s.a.w. dan di leher saya ada salib. Baginda bersabda: “Wahai ‘Adi, buangkanlah
berhala ini jauh daripada engkau.” Dan saya mendengar baginda membaca ayat
dalam surah al-Bara`ah (maksudnya: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-
ahli ugama mereka sebagai tuhan selain dari Allah). Baginda bersabda: “Mereka itu
tidak menyembah pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka tetapi apabila
dihalalkan kepada mereka maka mereka menganggapnya halal dan apabila
diharamkan sesuatu ke atas mereka maka mereka menganggapnya haram. (al-
Tirmizi)

Hadis ini cukup memberi peringatan yang keras terhadap orang yang terlalu menurut
apa sahaja yang dianjurkan oleh tuan guru tanpa melihat kepada dalil dan hujah
mereka. Syaikh hanya sebagai penyampai ajaran agama bukan mereka-reka perkara
lalu dikatakan kepada orang ramai bahawa ini termasuk dalam tujuan agama.

‫اتَّبِعُوا َما ُأنْ ِز َل ِإلَْي ُك ْم ِم ْن َربِّ ُك ْم َواَل َتتَّبِعُوا ِم ْن ُدونِِه َْأولِيَاءَ قَلِياًل َما تَ َذ َّك ُرو َن‬

(Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah


diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-
pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil
peringatan”. (al-A’raf: 3)

Oleh kerana itulah, Imam Abu Hanifah berkata: Tidak halal sesiapa yang berpegang
dengan pendapat kami selagi dia tidak mengetahui puncanya dari al-Qur`an, al-
Sunnah, Ijma’ ummat atau qiyas.

Ini bermakna, setiap orang Islam perlu mengetahui dalil dalam perkara yang
dilakukannya bukan semata-mata menurut sahaja pendapat. Kepada orang berilmu,
penjelasan perkara agama hendaklah disertakan dengan dalil supaya masyarakat lebih
dekat kepada sumber ajaran mereka sendiri.

‫عن كث ري بن عب د اهلل بن عم رو بن ع وف عن ابي ه عن ج ده أن رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه‬

‫وسلم قال اتقوا زلة العامل وانتظروا فيئته‬

53
Diriwayatkan daripada Kathir bin ‘Abdullah bin ‘Amar bin ‘Auf daripada ayahnya
daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Waspadalah terhadap
kegelinciran orang berilmu dan tunggulah kembalinya (kepada kebenaran). (al-
Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, jil. 10, hal. 211, Dar al-Fikr)

Di kalangan orang yang mempunyai ilmu agama ada juga yang tergelincir atau
terkeliru dalam mengamalkan sesuatu perkara atau tersalah ketika menjelaskan urusan
agama. Oleh kerana itu, hendaklah kita berhati-hati dan jangan terburu-buru
mengikuti perbuatannya atau terus menerima bulat-bulat pendapatnya, tetapi
tunggulah sehingga dia kembali kepada petunjuk al-Qur`an dan al-Sunnah.

Justeru, orang yang memahami urusan ilmu agama, yang dianggap alim oleh
masyarakat, hendaklah berwaspada dan meneliti apa yang diperkatakan dan dilakukan
dalam urusan agama. Ini kerana kesilapan yang dilakukannya akan membawa kepada
kesilapan masyarakat awam sebagaimana kekeliruannya menyebabkan kekeliruan
mereka.

Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w memberi peringatan tegas:

ِ ‫ِئ‬
َ ِّ‫اف َعلَى َُّأمىِت اَأل َّمةَ الْ ُمضل‬
.‫ني‬ َ ‫ ِإمَّنَا‬: ‫ال‬
ُ ‫َأخ‬ َ َ‫َع ْن ثَ ْوبَا َن َع ِن النَّىِب ِّ صلى اهلل عليه وسلم َأنَّهُ ق‬

Diriwayatkan daripada Thauban daripada Rasulullah s.a.w: “Sebenarnya apa yang


aku bimbang ialah imam-imam yang menyesatkan. (al-Tirmizi, al-Darimi)

Ketika menghuraikan hadis ini, al-Mubarakfuri berkata: Iaitu mereka yang menyeru
kepada bid’ah-bid’ah, kefasikan dan kekejian. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 6, hal. 483)

ِ ُ ‫ َه ْل َت ْع ِر‬: ‫ال ىِل عُ َم ُر‬ َ َ‫َع ْن ِزيَ ِاد بْ ِن ُح َديْ ٍر ق‬


: ‫ال‬ ُ ‫ف َم ا َي ْه د ُم اِإل ْس الَ َم؟ قَ َال ُق ْل‬
َ َ‫ ق‬.َ‫ ال‬: ‫ت‬ َ َ‫ال ق‬
ِ ِ ‫اب وحك ِئ‬ ِ ِ ِ ِِ ِ ِ‫ِ َّ مِل‬
َ ِّ‫ْم اَأل َّمة الْ ُمضل‬
‫ني‬ ُ ُ َ َ‫َي ْهد ُمهُ َزلةُ الْ َعا َوج َد ُال الْ ُمنَافق بالْكت‬

Diceritakan daripada Ziyad bin Hudair katanya, ‘Umar bertanya kepada saya,
adakah engkau tahu apakah perkara yang meruntuhkan Islam. Beliau berkata, saya
menjawab, tidak. Dia berkata, Islam itu diruntuhkan oleh kegelinciran alim ulama,

54
perdebatan orang-orang munafiq tentang al-Qur`an dan pemerintahan pemimpin
yang sesat. (Sunan al-Darimi)

Ketinggian dan keagungan Islam akan lenyap kerana kegeliciran orang alim yang cuai
terhadap sunnah Rasul, orang munafiq yang suka berdebat dengan menyatakan
sunnah tetapi sebenarnya menyembunyi bid’ah dan imam-imam yang membuat
keputusan atau pemimpin yang memerintah mengikut hawa nafsu. Ketiga-tiga
golongan ini memainkan peranan utama dalam mewarwarkan bid’ah dan
mengelirukan masyarakat tentang ajaran sebenar Islam. Masyarakat akan mudah
menerima dan menganggap benar jika sesuatu fahaman dan amalan yang
diperkenalkan oleh alim yang menyeleweng itu disokong pula oleh pemerintah yang
jahil. Ahli bid’ah pula sentiasa berhujah dengan ayat al-Qur`an dan hadis tetapi
dengan takwilan yang menyesatkan untuk membenarkan bid’ah yang dianjurkan oleh
mereka. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila bid’ah maulid dianggap baik oleh
pihak ulama yang tidak bertanggungjawab lantas kerajaan mengisytihar cuti umum
pada 12 Rabi’ Awal kononnya hari itulah hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang
sepatutnya diperbesarkan. Selain itu, diadakan pula beberapa acara yang tidak ada
kena mengena dengan tuntutan agama seperti perarakan sambil bernasyid dan
berselawat di sekeliling bandar. Lebai-lebai di kampung pula menyeru orang ramai
supaya mengadakan jamuan maulid kerana ini mendatang pahala yang besar dan
sebagai mengingati Rasulullah s.a.w. Sedangkan mereka sendiri tidak mengadakan
jamuan untuk masyarakat. Apa yang penting kepada mereka pada bulan Rabi’u Awal
ialah rezki untuk mereka luas terbuka. Walhal, amalan dan upacara seperti ini tidak
pernah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w baik secara terang mahupun secara isyarat.
Walaupun sahabat mempunyai kecintaan yang tinggi dan kasih kepada baginda,
namun mereka tidak pernah menganggap sebagai elok mengadakan pelbagai acara
untuk menyambut kelahiran baginda termasuklah jamuan kesyukuran ataupun
berpuasa secara khusus pada hari tersebut. Ini kerana sambutan sebegini merupakan
sesuatu yang asing daripada ajaran Islam. Masyarakat yang keliru akan menurut
sahaja apa yang telah diputuskan oleh pihak yang mereka percayai. Sepatutnya dalam
perkara seperti ini mereka perlu merujuk kepada al-Qur`an dan al-Sunnah serta
apakah yang telah dipraktikkan oleh para sahabat. Ulama seharusnya membimbing
masyakarat memahami sunnah bukannya mempelopori bid’ah. Di sini letaknya

55
peranan ulama akhirat atau dengan istilah lain ulama rabbani seperti yang disebutkan
dalam firman Allah dalam surah Aal ‘Imran ayat 79.

Dalam hal ini, Allah s.w.t. telah mengingatkan kita tentang gejala yang pernah
berlaku di kalangan Ahli Kitab supaya kita mengelakkan diri daripada turut sama
terbabit.

‫ص دُّو َن‬ ِ ‫َّاس بِالْبَاط‬ ُّ ‫اَأْلحبَ ا ِر َو‬


ِ ‫الر ْهبَ ا ِن لَيَ ْأ ُكلُو َن َْأم َو َال الن‬ ِ ‫ي ا َأيُّه ا الَّ ِذين آَمنُوا ِإ َّن َكث‬
ُ َ‫ِل َوي‬ ْ ‫ِريا م َن‬
ً َ َ َ َ
‫َع ْن َسبِ ِيل اللَّ ِه‬

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita


dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara
yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam).
(Surah al-Tawbah: 34)

3.9 Prinsip Kesembilan: Tersebarnya Sesuatu Bentuk Ibadat Tidak


Menunjukkan Keharusannya Melainkan Adanya Dalil Yang Sahih

Tersebarnya sesuatu bentuk ibadat dan ramainya orang yang melakukannya tidak
menunjukkan bahawa ianya disyariatkan kerana ibadat yang betul mestilah
berasaskan kepada al-Qur`an dan Sunnah bukan ditentukan oleh ramainya bilangan
yang melakukannya.

Ini bererti, sesuatu amalan, perbuatan dan ucapan yang menjadi ibadat yang tersebar
di kalangan ahli masyarakat atau kelompok tertentu tidak menunjukkan ianya harus di
sisi syara’ melainkan terdapat dalil yang diakui. Keharusan sesuatu amalan tidak
dapat tidak mestilah ditentukan oleh syara’. Dengan kata lain, bilangan pelaku bukan
penentu bahawa sesuatu amalan itu dikira sah di sisi syara’. Adat yang tersebar dan
diamalkan hanya diakui benar oleh syara’ apabila tidak bercanggah dengan ajaran
rasul.

Tersebarnya dan umumnya sesuatu amalan sering kali menjadi dalil kepada
pengamal-pengamal bid’ah untuk menegakkan amalan dan fahaman mereka.
Sesungguhnya inilah dalil yang sama yang telah digunakan oleh umat terdahulu untuk

56
menolak ajaran rasul-rasul. Apabila ajaran tauhid dikemukakan kepada mereka,
mereka mengatakan itu tidak diketahui dan tidak ada dalam pengamalan datuk nenek
mereka.

‫وك َع ْن َس بِ ِيل اللَّ ِه ِإ ْن َيتَّبِعُ و َن ِإاَّل الظَّ َّن َوِإ ْن ُه ْم ِإاَّل‬ ِ‫ضي‬
َ ُّ‫ض ل‬ ْ ‫َوِإ ْن تُط‬
ْ ‫ِع َأ ْكَث َر َم ْن يِف‬
ُ ِ ‫اَأْلر‬
‫صو َن‬
ُ ‫خَي ُْر‬

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka
akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan
sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (al-An’am: 116)

ِ َ‫) يعلَم و َن ظ‬6( ‫َّاس اَل يعلَم و َن‬


‫اهًرا ِم َن احْلَيَ ِاة‬ ِ ِ
ُ َْ ُ ْ َ ِ ‫لِف اللَّهُ َو ْع َدهُ َولَك َّن َأ ْكَث َر الن‬
ُ ْ‫َو ْع َد اللَّه اَل خُي‬
)7( ‫الد ْنيَا َو ُه ْم َع ِن اآْل َ ِخَر ِة ُه ْم َغافِلُو َن‬
ُّ

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janji-Nya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Mereka hanya
mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak
pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 6-7)

‫ك َم ا َْأر َس ْلنَا ِم ْن‬ ِ ِ


َ ‫) َو َك َذل‬22( ‫بَ ْل قَالُوا ِإنَّا َو َج ْدنَا آَبَاءَنَا َعلَى َُّأم ٍة َوِإنَّا َعلَى آَثَا ِره ْم ُم ْهتَ ُدو َن‬

‫وها ِإنَّا َو َج ْدنَا آَبَاءَنَا َعلَى َُّأم ٍة َوِإنَّا َعلَى آَثَا ِر ِه ْم ُم ْقتَ ُدو َن‬ َ َ‫ك يِف َق ْريٍَة ِم ْن نَ ِذي ٍر ِإاَّل ق‬
َ ُ‫ال ُمْتَرف‬
ِ
َ ‫َقْبل‬
ِ ‫) قَ َال َأولَ و ِجْئتُ ُكم بَِأه َدى مِم َّا وج دْمُت علَي ِه آَب اء ُكم قَ الُوا ِإنَّا مِب َا ُأر ِس ْلتُم‬23(
( ‫بِه َك افُِرو َن‬ ْ ْ ْ َ َ َْ ْ َ َ ْ ْ ْ َ
ِ ِ
َ ِ‫ف َكا َن َعاقبَةُ الْ ُم َك ِّذب‬
)25( ‫ني‬ َ ‫) فَا ْنَت َق ْمنَا مْن ُه ْم فَانْظُْر َكْي‬24

(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) Bahkan mereka (hanyalah) berkata:
Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama,
dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja”. Dan
demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu

57
(Wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi
amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu
berkata: “Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama,
dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja”. Rasul itu berkata:
“Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu
ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati
datuk nenek kamu menurutnya?” mereka menjawab: “Sesungguhnya kami tetap
mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”. Lalu Kami balas keingkaran
mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya
kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasul-Nya. (al-Zukhruf: 22-25)

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t menempelak orang-orang musyrik yang meletakkan
pegangan mereka hanya kepada amalan datuk nenek mereka. Mereka lebih selesa dan
merasa aman dengan tradisi berbanding dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah
s.a.w Mengagungkan dan membesarkan nenek moyang menghalang mereka daripada
mengenali dan menerima kebenaran untuk berjalan di atas jalan yang lurus.
Sesungguhnya kefahaman dan amalan tidak boleh dibina di atas tanggapan dan
amalan turun temurun. Asas kepada kepercayaan dan penghayatan yang mesti
difahami oleh umat Islam ialah ilmu yang diyakini yang diperolehi melalui wahyu, al-
Qur`an dan al-Sunnah. Amalan yang dilakukan yang kononnya ibadat tanpa
mempunyai dalil mestilah ditinggalkan biarpun ramai yang mengamalkan atau
biarpun sudah sekian lama diwarisi. Keharusan sesuatu amalan bukan kerana bilangan
ramai tetapi kekuatan dalil. Ini merupakan kaedah asas kesahihan amalan yang
merupakan dasar epistemologi fiqh Islam.

Ibn al-Haj menulis:

َّ ‫ات اللَّ ِه َعلَْي ِه َو َس اَل ُمهُ َوقَ ْد َبنَّي َ َعلَْي ِه‬


ُ‫الص اَل ة‬ ُ ‫ص لَ َو‬
َ ‫الش ْر ِع‬
َّ ‫ب‬ ِ ‫الش ِريعةَ مَتلَقَّاةٌ ِمن ص‬
ِ ‫اح‬ َ ْ ُ َ َّ ‫َأِلن‬ َّ

‫ف إ ْن ُكنَّا‬ َّ ‫ض ا َفيَ َس عُنَا فِ َيه ا َم ا َو ِس َع‬


َ َ‫الس ل‬ ً ْ‫ان َو ََأو ٍان َوَأي‬
ٍ ‫الس اَل م م ا َت ْفعلُ ه َُّأمتُ ه يِف ُك ِّل َزم‬
َ ُ ُ َ َ ُ َّ ‫َو‬
ِ ‫َأِلن َتع ِظيم الش ِئ‬ ِ‫حِل‬
ْ َ‫احرِت َ َام َها َعْن ُه ْم يُْؤ َخ ُذ َومْن ُه ْم يَُتلَقَّى اَل مِب َا َس َّول‬
‫ت لَنَا َأْن ُف ُسنَا‬ ْ ‫َّعا ِر َو‬
َ َ ْ َّ ‫ني ؛‬ َ ‫صا‬ َ

58
‫ِئ‬ ِ
َ ‫يف َف ُه َو الَّذي يُتَّبَ ُع اَل الْ َع َوا ُد‬
ُ‫َأعا َذنَ ا اللَّه‬ ُ ‫الش ِر‬
َّ ُ‫الش ْرع‬ َّ ‫ت َعلَْي َه ا َع َاد ُتنَ ا ؛‬
َّ ‫َأِلن احْلَ َك َم‬ ْ ‫ض‬
َ ‫َو َم‬

. ‫ِم ْن بَاَل ِئِه مِب َن ِِّه‬

“Kerana sesungguhnya syariat diterima daripada Rasulullah s.a.w dan baginda telah
menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh umatnya di setiap zaman dan juga apa
yang harus kepada kita ialah apa yang harus kepada golongan salaf (sahabat dan
tabi’in) sekiranya kita benar-benar soleh. Ini kerana membesarkan syiar-syiar dan
memuliakannya diambil dari mereka bukan dengan apa yang dirasakan baik oleh diri
kita dan adat yang diamalkan kerana pemutus hukum ialah syariat yang mulia. Maka
dialah yang diikuti bukan adat kebiasaan. Semoga Allah s.w.t memelihara kita
dengan limpahan-Nya daripada bala bencana. (al-Madkhal, jil. 4, hal. 250)

Al-Tartusyi menyebutkan dalam kitabnya, al-Hawadith Wa al-Bida’:

‫ يف الكالم على فريق من العامة وأهل التقليد‬: ‫ شيوعة الفعل ال تدل على جوازه‬: ‫فصل‬

‫ أن‬: ‫ فاجلواب‬، ‫ إن هذا األمر شائع ذائـع يف أقاليم أهل اإلسالم وأقطار أهل األرض‬: ‫قالوا‬

‫ كما أن كتمه ال يدل على منعه‬، ‫ شيوعـة الفعل وانتشاره ال يدل على جوازه‬: ‫نقول‬

“Fasal: Tersebarnya perbuatan tidak menunjukkan kepada keharusannya. Berhubung


dengan kata-kata sekumpulan masyarakat awam dan golongan taqlid yang
mengatakan, perkara ini umum tersebar di kawasan orang-orang Islam dan di
pelosok dunia. Jawapannya ialah kita mengatakan umum dan tersebarnya sesuatu
perbuatan tidak menunjukkan kepada keharusannya sebagaimana tersembunyinya
amalan itu tidak menunjukkan kepada larangan terhadapnya.

Ibn Muflih menulis dalam kitabnya al-Adaab al-Shar’iyyah:

، ‫الش ْر ِع ِّي‬
َّ ‫اَأْلم ِر‬
ْ ‫ف‬ ِ ‫اُأْلم و ِر َي ْف َع ل فِ َيه ا َكثِريٌ ِم ْن الن‬
َ ‫َّاس ِخاَل‬ ِ ‫َأن َك‬
ً َّ ‫ف‬
ُ ‫ثِريا م ْن‬ َ ‫َيْنبَغِي َأ ْن يُ ْع َر‬
ُ
ِ ‫ واَلَّ ِذي يتعنَّي علَى الْع ا ِر‬. ‫َّاس هِبِم يِف فِعلِ ِهم‬ ِ ِ
‫ف‬ َ َ ُ َ ََ َ ‫َويَ ْش تَ ِه ُر َذ‬
َ ْ ْ ْ ِ ‫لِك َبْيَن ُه ْم َو َي ْقتَ دي َكثِريٌ م ْن الن‬

59
‫الش ْي ُخ‬ ِ ِ‫الرف‬
َّ ‫ َوقَ ْد قَ َال‬، ‫يق‬ َّ ُ‫لِك َو ْح َدتُهُ َوقِلَّة‬ ِ
َ ‫خُمَ الََفُت ُه ْم يِف َذ‬
َ ‫ َواَل يُثَبِّطُهُ َع ْن َذ‬، ‫لِك َق ْواًل َوف ْعاًل‬
ِ ‫اعلِني هِل َذا الَّ ِذي َنهينَ ا عْن ه مِم َّن اَل ي ر‬
ِ
‫اعي‬ َُ ْ ُ َ َْ َ َ ‫ َواَل َي ْغَت ُّر اِإْل نْ َس ا ُن بِ َك ْث َر ِة الْ َف‬: ‫ي‬
ُّ ‫حُمْيِي الدِّي ِن الن ََّو ِو‬

‫ش طُُر َق اهْلُ َدى‬ ِ ٍ َ‫ض ْيل بْ ُن ِعي‬ ِ ِِ


ْ ‫ اَل تَ ْس َت ْوح‬: ‫اض‬ ُ َ ‫يل الْ ُف‬
ُ ‫الس يِّ ُد اجْلَل‬
َّ ُ‫ِل َم ا قَالَه‬
ْ ‫ َو ْامتَث‬، ‫اب‬
َ ‫َهذه اآْل َد‬
ِِ ِ ِ ِِ
َ ‫ َواَل َت ْغَتَّر بِ َك ْثَر ِة اهْلَالك‬، ‫لقلَّة َْأهل َها‬
. ‫ني‬

Sepatutnya diketahui bahawa kebanyakan perkara yang dilakukan oleh masyarakat


umum menyalahi hukum syara’ walaupun ia sudah masyhur dan diikuti serta
dilakukan oleh kebanyakan orang. Apa yang mesti kepada orang yang mengetahui
(hukum syara’) ialah hendaklah ia menyalahinya dengan ucapan dan perbuatan.
Janganlah ia terhalang kerana dia berseorangan atau sedikitnya teman. Shaykh
Muhyuddin al-Nawawi pernah berkata: “Janganlah seseorang itu terpedaya dengan
sebab ramainya orang yang mengerjakan perbuatan yang kita tegah yang tidak
menjaga adab-adab ini. Hendaklah dia melaksanakan apa yang diperintahkan oleh
Sayyid al-Fudhayl bin ‘Iyadh: Janganlah kamu merasa sunyi terasing di jalan-jalan
hidayat kepada sedikitnya orang yang melaluinya dan janganlah terpedaya dengan
ramainya orang-orang yang binasa. (al-Adaab al-Shar’iyyah, jil. 1, hal. 280)

3.10 Prinsip Kesepuluh: Apabila Sesuatu Perkara Berlegar Di antara Sunnah


Dan Bid’ah

Usul ini termasuk di bawah kaedah tinggalkan yang meragukan dengan mengambil
yang diyakini. Iaitu mengenepikan perkara yang syubhat dan samar serta beriltizam
dengan yang harus dan diyakini. Perkara syubhat tidak terhenti setakat dalam bab
ibadat, makanan, halal haram dan nikah kahwin sahaja tetapi merangkumi
permasalahan antara sunnah dan bid’ah.

Jika seseorang berhadapan dengan kemusykilan tentang sesuatu perkara adakah ia


harus dilakukan atau bid’ah maka jalan yang selamat ialah meninggalkannya. Para
ulama bersetuju bahawa inilah yang sebaik-baiknya dilakukan oleh sesiapa yang ragu-
ragu tentang kedudukan sesuatu perkara adakah sunnah atau bid’ah. (Muhammad
Sarfaraz Khan, al-Minhaj al-Wadih, hal. 154)

60
َ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َع ْن الْرِب ِّ َواِإْل مْثِ َف َق‬
ُّ ‫ال الْرِب‬ ِ َ ‫ال سَألْت رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ِ ‫َع ْن الن ََّّو‬
ُ َ ُ َ َ َ‫اس بْ ِن مَسْ َعا َن ق‬

َ ‫اك يِف َن ْف ِس‬


َ ‫ك َو َك ِر ْه‬
ُ ‫ت َأ ْن َي ْعلَ َمهُ الن‬
‫َّاس‬ َ ‫ُح ْس ُن اخْلُلُ ِق َواِإْل مْثُ َما َح‬

Kebajikan itu adalah keelokan akhlak dan dosa ialah sesuatu yang menggelisahkan
(meresahkan) dalam dirimu dan kamu tidak suka diketahui oleh orang lain. (Ahmad,
al-Darimi)

‫ول اللَّ ِه‬ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬ ِ ْ ‫ي و َك ا َن ِمن‬ ِ ‫الس ع‬ ِ
ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ال ق‬ َ ِّ ‫َأص َحاب النَّيِب‬ ْ َ ْ َّ َ‫َع ْن َعطيَّة‬
ِّ ‫د‬

‫س ب ِِه َح َذ ًرا لِ َم ا‬
َ ‫ْأ‬‫ب‬
َ ‫اَل‬ ‫ا‬ ‫م‬
َ ‫ع‬
َ ‫د‬
َ ‫ي‬
َ ‫ىَّت‬‫ح‬َ ‫ني‬
َ
ِ ‫صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم اَل يبلُغ الْعب ُد َأ ْن ي ُكو َن ِمن الْمت‬
‫َّق‬ ُ ْ َ ْ َ ُ َْ َ َ َ ْ َ ُ َ
ِِ
ُ ‫به الْبَْأ‬
‫س‬

Daripada ‘Atiyyah al-Sa’di katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seseorang hamba


itu tidak akan tergolong dalam golongan yang bertaqwa sehinggalah dia
meninggalkan sesuatu yang berdosa kerana bimbang terjerumus dalam dosa. (al-
Tirmizi, no: 2451, Ibn Majah, no: 4215)

Hadis ‘Atiyyah ini menjelaskan bahawa orang yang bertaqwa lagi wara’
mengutamakan apa yang menjamin kesejahteraan diri dan mengelakkan dari
terjerumus dalam syuhbat. Dia meninggalkan sesetengah benda yang dilihat sebagai
halal kerana bimbang melakukan perkara yang haram. Sifat orang yang wara’ ialah
bimbang akan diri sendiri dan inilah ma’na taqwa. (Ihda` al-Dibajah, jil. 5, hal. 543)

ُ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َي ُق‬


‫ول‬ ِ َ ‫ول مَسِ عت رس‬
َ ‫ول اللَّه‬
ِ
ُ َ ُ ْ ُ ‫ت الن ُّْع َما َن بْ َن بَش ٍري َي ُق‬
ِ َ َ‫عن ع ِام ٍر ق‬
ُ ‫ال مَس ْع‬ َ َْ
ِ ‫َّاس فَمن َّات َقى الْم َش َّبه‬ ِ
‫ات‬ َ ُ ْ َ ِ ‫ات اَل َي ْعلَ ُم َه ا َكثِريٌ م ْن الن‬
ٌ ‫احْلَاَل ُل َبنِّي ٌ َواحْلَ َر ُام َبنِّي ٌ َو َبْيَن ُه َم ا ُم َش َّب َه‬

‫ك َأ ْن يُ َواقِ َع هُ َأاَل‬ ِ ‫اع يرعى حو َل احْلِمى ي‬


ُ ‫وش‬ُ َ
ِ ِ ِ ِ ِِ ِ ِ
ْ َ َ ْ َ ٍ ‫استَْبَرَأ لدينه َوع ْرضه َو َم ْن َوقَ َع يِف الشُُّب َهات َكَر‬
ْ

61
‫مِح‬ ‫وِإ َّن لِ ُك ل مل ٍ مِح‬
‫ت‬
ْ ‫ص لَ َح‬ ْ ‫ِك ًى َأاَل ِإ َّن َى اللَّ ِه يِف َْأر ِض ِه حَمَا ِر ُم هُ َأاَل َوِإ َّن يِف اجْلَ َس ِد ُم‬
َ ‫ض غَةً ِإ َذا‬ َ ِّ َ
ِ
‫ب‬ ْ ‫صلَ َح اجْلَ َس ُد ُكلُّهُ َوِإ َذا فَ َس َد‬
ُ ‫ت فَ َس َد اجْلَ َس ُد ُكلُّهُ َأاَل َوه َي الْ َق ْل‬ َ

Daripada an-Nu’man bin Basyir r.a katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: “Sesungguhnya halal itu jelas dan sesungguhnya haram itu jelas dan di
antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar yang tidak diketahui oleh
kebanyakan manusia. Sesiapa yang mengelakkan dirinya daripada perkara yang
samar bermakna dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang
terjerumus ke dalam perkara-perkara yang samar maka dia terjerumus di dalam
perkara yang haram seperti seorang pengembala yang merumput di sekitar kawasan
larangan pasti dia akan merumput di dalamnya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja
mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah
adalah perkara-perkara yang diharamkan olehnya. Ketahuilah sesungguhnya pada
tubuh ada seketul darah, bila ia baik maka baiklah seluruh tubuh dan bila ia rosak
maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah hati.” (al-Bukhari, Muslim, al-
Tirmizi, Ibn Majah)

Jelas di sini bahawa satu-satunya penyelamat iman dan maruah seseorang ialah
mengelakkan diri daripada perkara samar dengan tidak membabitkan diri dalamnya.
Tidak sepatutnya seseorang itu merosakkan kehidupan akhiratnya dengan terlibat
dengan syubhat khususnya yang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh dalam
lembah kufur, syirik, bid’ah dan kesesatan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

ِ ‫قَ ْد َت ر ْكت ُكم علَى الْبي‬


‫ش ِمْن ُك ْم‬ ِ ٌ ‫ض اء لَْيلُ َه ا َكَن َها ِر َه ا اَل يَِزي ُغ َعْن َه ا َب ْع ِدي ِإاَّل َه‬
ْ ‫الِك َم ْن يَع‬ َ َْ َ ْ ُ َ

‫ني َعضُّوا‬ ِ ِ ِ َّ ‫فَسيرى اختِاَل فًا َكثِريا َفعلَي ُكم مِب ا ع ر ْفتم ِمن س نَّيِت وس ن َِّة اخْل لَ َف ِاء‬
َ ِّ‫ين الْ َم ْه دي‬
َ ‫الراش د‬ ُ ُ َ ُ ْ ْ ُ ََ َ ْ ْ َ ً ْ َََ
‫َعلَْي َها بِالن ََّو ِاج ِذ‬

62
“Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dalam keadaan terang, malamnya seperti
siangnya. Tidak orang yang menyeleweng daripadanya kecuali binasa. Sesiapa yang
masih hidup di kalangan kamu pasti akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu,
hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku yang kamu ketahui dan dengan sunnah
Khulafa` yang terpimpin dan diberikan hidayah. Hendaklah (berpegang dengannya
seperti) kamu menggigit dengan geraham.” (Ibn Majah: 43)

Dalam keadaan terangnya kaedah Islam dan prinsip tidak sepatutnya seseorang itu
memilih untuk melakukan perkara yang dihukumkan sebagai bid’ah walaupun ada
yang mengatakannya tidak.

ُ‫ص لَّى اللَّه‬


ِ ِ ِ ْ‫ال ُق ْلت لِْلحس ِن ب ِن علِي م ا ح ِفظ‬
َ ‫ت م ْن َر ُس ول اللَّه‬
َ َ َ ٍّ َ ْ َ َ ُ َ َ‫ي ق‬ َّ ‫َع ْن َأيِب احْلَ ْو َر ِاء‬
ِّ ‫الس ْع ِد‬

َ ُ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َد ْع َم ا يَِريب‬


‫ك ِإىَل َم ا اَل‬ ِ ِ ِ ْ‫ال ح ِفظ‬ ِ
َ ‫ت م ْن َر ُس ول اللَّه‬
ُ َ َ َ‫َعلَْي ه َو َس لَّ َم ق‬
ِ ِ
َ ‫الص ْد َق طُ َمْأنينَةٌ َوِإ َّن الْ َكذ‬
ٌ‫ب ِريبَة‬ ِّ ‫ك فَِإ َّن‬
َ ُ‫يَِريب‬

Daripada Abu al-Hawra` al-Sa’di, katanya, saya bertanya kepada al-Hasan bin ‘Ali,
apakah hadis yang kamu hafal, ingat daripada Rasulullah s.a.w beliau menjwab, saya
menghafal daripada baginda: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa
yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya benar itu ketenangan dan dusta itu
keraguan.” (al-Tirmizi, Ahmad)

ِ َ‫َوال ِْقي‬
Hadis Ibn Majah bab ‫اس‬ ‫الرْأ ِي‬ ِ َ‫اجتِن‬
َّ ‫اب‬ ْ ‫بَاب‬

ِ ِ‫ي عن حُم َّم ِد ب ِن س ع‬ ٍِ ٍ


‫يد بْ ِن َح َّس ا َن‬ َ ْ َ ْ َ ُّ ‫اُأْلم ِو‬ َ ‫َح َّدثَنَا احْلَ َس ُن بْ ُن مَحَّاد َس َّج َادةُ َح َّدثَنَا حَيْىَي بْ ُن َسعيد‬
‫ول اللَّ ِه‬ َ َ‫َع ْن عُبَ َادةَ بْ ِن نُ َس ٍّي َع ْن َعْب ِد الرَّمْح َ ِن بْ ِن َغْن ٍم َح َّدثَنَا ُم َع اذُ بْ ُن َجبَ ٍل ق‬
ُ ‫ال لَ َّما َب َعثَيِن َر ُس‬

‫ك‬ ْ ‫ص لَ َّن ِإاَّل مِب َا َت ْعلَ ُم فَ ِإ ْن‬


َ ‫َأش َك َل َعلَْي‬ ِ ‫ض َّ واَل َت ْف‬
ِ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ِإىَل الْيَ َم ِن ق‬
َ ‫ال اَل َت ْق نَي‬ َ
‫ب ِإيَلَّ فِ ِيه‬
َ ُ‫ف َحىَّت َتَبَّينَهُ َْأو تَكْت‬
ِ
ْ ‫َْأمٌر فَق‬

63
Daripada Muaz bin Jabal katanya, tatkala Rasulullah s.a.w mengutuskan saya ke
Yaman baginda bersabda: “Janganlah kamu menjatuhkan hukum dan memutuskan
satu perkara melainkan berdasarkan kepada apa yang kamu tahu. Jika kamu merasa
musykil akan sesuatu perkara maka tunggulah sehingga nyata kedudukannya atau
kamu menulis kepadaku tentangnya.” (Ibn Majah)

Abu Shamah berkata: Sesiapa yang melakukan satu perkara yang mewahamkan
bahawa itu disyari’atkan padahal ia tidak disyari’atkan maka ia melampau dan
melakukan bid’ah dalam agamanya, mengatakan sesuatu terhadap Allah s.w.t dengan
tidak secara benar dengan lidahnya dan perbuatan atau tindak tanduknya.

Di dalam kitab Fath al-Qadir Sharh al-Hidayah, jil. 1, hal. 455, Ibn al-Humam
menyatakan, sesungguhnya hukum itu apabila teragak-agak antara bid’ah dan sunnah
maka hendaklah ditinggalkan kerana meninggalkan bid’ah adalah mesti.

Ibn Jujaym dalam al-Bahr al-Ra`iq Sharh Kanz al-Daqa`iq menegaskan apabila
hukum itu tidak dapat dipastikan antara sunnah dan bid’ah maka meninggalkan bid’ah
itu lebih ditarjihkan (lebih kuat) dari melakukan sunnah. (jil.2, hal. 20). Hal ini juga
disebutkan dalam Fatawa ‘Alamgiriyyah, jil. 1, hal. 179 dan Fatawa Shamiyyah hal.
600)

3.11 Prinsip Kesebelas: Asal Dalam Ibadat Adalah Ditegah Atau Tawqif

Kaedah ini bermaksud tidak disyariatkan satu ibadatpun melainkan ada dalilnya
kerana pada asalnya ibadat itu tawqifi, ya’ni bergantung kepada dalil syara’. Kita
ditegah melakukan sesuatu perkara dengan tanggapan sebagai ibadat melainkan jika
ada dalil tentang sabitnya perkara tersebut. Ini bererti mana-mana ibadat yang tidak
bersandarkan kepada dalil tertolak dan dihukumkan sebagai bid’ah.

Ini berdasarkan kepada ayat al-Qur`an dan hadis Rasulullah s.a.w.

ِ ِ
ُ‫َْأم هَلُ ْم ُشَر َكاءُ َشَرعُوا هَلُ ْم م َن الدِّي ِن َما مَلْ يَْأذَ ْن بِه اللَّه‬

64
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian
dari agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? (al-
Shura: 21)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

ٌّ‫س ِمْنهُ َف ُه َو َرد‬ ِ


َ ‫ث يف ْأمرنَا َه َذا َما لَْي‬
َ ‫أح َد‬
ْ ‫َم ْن‬

Sesiapa yang mengadakan dalam urusan kami ini (agama Islam) sesuatu yang bukan
darinya maka ia tertolak. (al-Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu tidak boleh melakukan sesuatu sebagai ibadat melainkan setelah
mengetahui bahawa ia disyariatkan berdasarkan kepada dalil yang muktabar. Jika
tidak, bererti dia beramal mengikut akal fikirannya bukan mengikut apa yang
disyariatkan.

Ibadat-ibadat yang disyariatkan kepada ummat ini seperti sembahyang, puasa, zakat,
haji, zikir dan ibadat yang lain telah sabit berdasarkan kepada dalil dan segala
hukumnya, syaratnya telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dan diamalkan oleh para
sahabat.

Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t mengikut bentuk dan cara yang disyariatkan
merupakan salah satu prinsip agama yang penting dan ini merupakan tuntutan dua
kalimah syahadah, iaitu amalan hendaklah ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah
s.a.w.

Usul ini memberikan kepada kita kefahaman bahawa sesiapa sahaja yang mendakwa
sesuatu amalan atau perkara sebagai ibadat maka dia dituntut supaya mengemukakan
dalil al-Qur`an atau Sunnah tentang sabitnya amalan tersebut.

Jika dia gagal mengemukakan dalil maka ia termasuk dalam larangan Rasulullah
s.a.w dalam hadis:

ٌّ‫س ِمْنهُ َف ُه َو َرد‬ ِ


َ ‫ث يف ْأمرنَا َه َذا َما لَْي‬
َ ‫أح َد‬
ْ ‫َم ْن‬

65
Sesiapa yang mengadakan dalam urusan kami ini (agama Islam) sesuatu yang bukan
darinya maka ia tertolak. (al-Bukhari dan Muslim)

Seorang mukallaf tidak boleh mengadakan atau mencipta sendiri sebarang amalan
walaupun dengan niat untuk menjadikannya sebagai ibadat untuk mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. Ini kerana, niat yang baik sahaja tidak memadai untuk
menjadikannya sebagai ibadat tetapi memerlukan juga kepada asalnya. Amalan yang
direka sendiri ini tidak dipanggil sebagai ibadat tetapi bid’ah dan setiap bid’ah itu
menyesatkan.

Hal ini berbeza dengan perkara adat iaitu asal dalam adat ialah dibolehkan. Apa yang
dimaksudkan sebagai adat di sini ialah urusan manusia yang tidak berkait dengan
ibadat mendekatkan diri kepada Allah. Ia merujuk kepada kebiasaan manusia dalam
urusan dunia mereka dalam perkara yang diperlukan mereka. Apa bentuk urusan
manusia diharuskan kecuali dalam perkara yang ditentukan syara’ sebagai haram.
Sebagai contoh seseorang itu boleh melakukan apa bentuk akad selagi mana tidak
bercanggah dengan prinsip syara’ iaitu tidak ada unsur penipuan, perjudian dan riba.

Begitu juga untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak boleh dikerjakan dengan
perbuatan adat itu sendiri tetapi hendaklah dilakukan dengan perkara ketaatan wajib
ataupun sunnat yang sabit dengan dalil-dalilnya. Contohnya, semata-mata berdiri, atau
semata-mata berjalan kaki.

Ringkasnya, dalam bab ibadat, syara’ menjadi penentu dan pengasas manakala dalam
bab adat dan muamalat sebagai pembaik dan pemurni. Maksudnya, syara’
mengasaskan ibadat dengan menyatakan dalil-dalil khusus dan memperelokkan
urusan adat manusia dengan meletakkan prinsip umum.

Sabitnya ibadat dalam pengertian syara’ bergantung kepada penetapan dalil dari dua
sudut:

Pertama: dalil dari nas yang sahih tentang sabitnya ibadat ini dari sudut asalnya dan
permulaan pensyariatannya. Ini bererti riwayat yang lemah lagi palsu, pendapat akal,
amalan sebahagian ulama, tradisi masyarakat, kisah-kisah ahli ibadat, mimpi, kasyaf
dan zawq tidak boleh sama sekali mensabitkan adanya sesuatu ibadat. Apabila

66
sabitnya amalan itu ada asal melalui dalil yang sahih maka ia perlu kepada perkara
kedua yang tidak kurang pentingnya iaitu:

Kedua: Adanya dalil itu dari sudut sifat dan kaifiyatnya. Mana-mana ibadat yang
disebutkan oleh syara’ secara mutlak maka ia tidak boleh diikatkan tanpa dalil sama
seperti ibadat yang disebutkan secara khusus, maka ia tidak boleh dilakukan secara
mutlak. Masing-masing mempunyai ketentuan yang tersendiri.

Sebagai contoh, ibadat puasa Ramadan telah diwajibkan dalam bentuk terikat pada
bulan Ramadan dan dilakukan pada siang hari. Mengubahnya menjadi mutlak dengan
berpuasa pada waktu malam atau bukan dalam bulan Ramadan menjadikannya bid’ah
yang sesat.

Hal ini samalah dengan ibadat yang disebutkan secara mutlak seperti puasa sunat lalu
dikhususkan pada hari 27 Rejab dan qiyam pada malamnya pada hal tidak ada dalil
sahih maka ia menjadi bid’ah.

Contoh lain, mengadakan jamuan di rumah si mati dengan niat jamuan itu sebagai
sedekah dari pihak si mati untuk yang datang bertahlil. Secara asasnya mengadakan
jamuan kepada tetamu adalah dituntut namun ia tidaklah disebutkan secara terikat
dengan masa tertentu. Tetapi apabila diadakan dengan cara yang tidak diizinkan oleh
syara’ maka ia jatuh sebagai bid’ah juga.

Antara persoalan yang termasuk dalam kaedah ini ialah sambutan hari lahir
Rasulullah s.a.w yang dianggap sebagai perayaan, disambut dengan perarakan dan
disediakan pelbagai jenis jamuan makanan sehingga menelan banyak belanja. Perkara
ini tidak pernah disyariatkan tetapi pendokongnya mengganggap ianya sebagai ibadat
yang terpuji. Pada hal tidak ada satu nas yang menganjurkan amalan seperti ini dan
para sahabat yang paling kasih kepada Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah
menyambut hari kelahiran baginda. Sepatutnya kehidupan mereka yang penuh dengan
perjuangan untuk menegakkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itulah yang
diteladani.

Kesimpulan dari perbincangan di atas, kaedah ini adalah kaedah yang sangat penting,
kerana ia merupakan kaedah untuk menjaga syari’at ini dari penyelewengan dan

67
pengubahan. Sekiranya dibolehkan untuk mencipta atau mengada-adakan perkara
baru dalam ibadah ianya akan membuka ruang dan menjadi jalan untuk menokok
tambah dan mengubah syari’at Islam. Tanpa disedari akan timbul tanggapan bahawa
agama dan syari’at Islam belum sempurna, dan orang yang membawa ibadah yang
baru tersebut dikira sebagai pelengkap dan penyempurna agama ini. Tindakan ini
sebenarnya akan menimbulkan tohmahan dan fitnah kepada Rasulullah s.a.w. dengan
tuduhan menyembunyikan syari’at.

3.12 Prinsip Kedua Belas: Mengkhususkan Ibadat Dan Amalan Yang Mutlak
Dan Umum Adalah Bid’ah

Bid’ah itu tidak semestinya amalan kejahatan dan kema’siatan. Bid’ah boleh terjadi
dalam bentuk amal kebaikan tetapi diamalkan dalam bentuk yang berlainan daripada
asal. Sekiranya syari’at menetapkan sesuatu amalan itu dalam bentuk yang umum dan
mutlak lalu pengamal itu menetapkan sifat-sifat dan tempat-waktu tertentu atau dia
menukar kaifiat atau tatacaranya maka pada pengertian syara’ amalan itu menjadi
bid’ah.

Bagi memahami usul ini, sewajarnya diketahui kaedah asal dalam ibadat yang mutlak
ialah keluasan sebagai memberi kemudahan dan kelonggaran kepada mukallaf.
Mutlak bermaksud sesuatu yang menunjukkan kepada perkara itu sendiri tanpa
berkait dengan apa-apa yang lain. Sebagai contoh ibadat berzikir (tasbih, tahmid,
takbir), istighfar, doa, tilawah al-Qur’an, qiyamullail, sembahyang sunnat, majlis ilmu
dan sebagainya. Kesemua ibadat ini perlu dilaksanakan dengan keluasan yang
diberikan syara’ kecuali apabila terdapat nas yang lain yang mengkhususkan dengan
cara, bilangan, waktu dan tempat tertentu.

Dalil kaedah ini:

‫ني كِتَابًا َم ْوقُوتًا‬ِِ


ْ َ‫ِإ َّن الصَّاَل ةَ َكان‬
َ ‫ت َعلَى الْ ُمْؤ من‬

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-
orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa`: 103 )

68
Cara pengambilan hukum atau wajah istidlal daripada ayat di atas ialah penetapan
waktu-waktu sembahyang adalah hak syara’ bukan manusia. Demikian juga ibadat
yang lain seperti haji.

‫ات‬ َ ُ‫احْلَ ُّج َأ ْش ُهٌر َم ْعل‬


ٌ ‫وم‬

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. (al-
Baqarah: 197)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w dilaporkan
telah bersabda:

‫ص وا لَْيلَ ةَ اجْلُ ُم َع ِة‬ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬


ُّ َ‫ال اَل خَت ْت‬ ِ
َ ِّ ‫َع ْن َأيِب ُهَر ْي َر َة َرض َي اللَّهُ َعْن هُ َع ْن النَّيِب‬
‫ص ْوٍم‬ ِ ِ ٍ ِ ِ ُّ ُ ‫بِِقيَ ٍام ِم ْن َبنْي ِ اللَّيَ ايِل َواَل خَت‬
َ ‫ص وا َي ْو َم اجْلُ ُم َع ة بِص يَام م ْن َبنْي ِ اَأْليَّام ِإاَّل َأ ْن يَ ُك و َن يِف‬
‫َأح ُد ُك ْم‬
َ ُ‫ومه‬
ُ ‫ص‬ُ َ‫ي‬

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: “Jangan kamu


khususkan malam Jumaat untuk qiyamulail tanpa malam-malam lain dan janganlah
kamu khususkan puasa hari Jumaat sahaja tanpa hari-hari yang lain kecuali ia dalam
hari yang seseorang daripada kamu berpuasa. (Muslim)

Ketika mensyarahkan hadis ini, Imam al-Nawawi menulis bahawa hadis ini
mengandungi larangan yang jelas terhadap mengkhususkan malam Jumaat dengan
sembahyang tidak seperti malam yang lain dan berpuasa pada siangnya. Larangan ini
telah disepakati oleh para ulama. Mereka juga berhujah dengan hadis ini tentang
larangan sembahyang bid’ah iaitu sembahyang Ragha`ib. Semoga Allah memerangi
perekanya kerana ia adalah bid’ah yang mungkar yang termasuk dalam bid’ah yang
sesat dan penuh kejahilan di samping dalamnya terdapat banyak kemungkaran yang
nyata. (al-Minhaj Bi Sharh Muslim)

Ini menunjukkan bahawa penentuan ibadat itu khusus dengan waktu tertentu adalah
dalam keputusan syara’ bukan individu. Berdasarkan kepada umum hadis di atas juga,

69
bahawa sembahyang Ragha`ib merupakan bid’ah. Sembahyang ini mempunyai kaifiat
tersendiri yang dilakukan pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dengan bilangan
rakaat tertentu dan surah yang khusus. Sandaran kepada pengamal bid’ah ini hanyalah
riwayat palsu. Meskipun ia disebutkan dalam sesetengah kitab tasawwuf, namun pada
kaedahnya pengamalan agama dalam bentuk yang khusus sebagai mempunyai fadilat
hendaklah berdasarkan riwayat yang sahih atau sekurang-kurang hasan.

Shaikh Abu Shamah dalam kitabnya, al-Ba’ith ‘Ala Inkar al-Bida’ Wa al-Hawadith
membantah perbuatan mengkhususkan ibadat mutlak dengan mengikatnya dengan
waktu-waktu tertentu. Beliau menegaskan: “Tidak seharusnya mengkhususkan ibadat-
ibadat dengan waktu yang tidak dikhususkan oleh syara’. Bahkan semua amalan
kebaikan boleh dilakukan dalam semua waktu (kecuali waktu yang dilarang) dan
tidak boleh dilebihkan satu waktu mengatasi waktu yang lain kecuali apa yang
terdapat dalam dalil-dalil syara’ dan waktu yang dikhususkann dengan jenis ibadat
tertentu. Jika demikian maka keistimewaan itu hanya khusus dengan ibadat itu sahaja
tanpa dimiliki oleh ibadat yang lain. Contohnya, puasa di hari ‘Arafah, Ashura`,
sembahyang di tengah malam, umrah pada bulan Ramadan. Ada di antara waktu itu,
syara’ menjadikannya kelebihan bagi semua amalan kebaikan seperti sepuluh hari
(awal) bulan Dhu al-Hijjah dan malam Lailatul Qadar yang mana ia lebih baik
daripada seribu bulan.” (hal, 165)

Ketika membincangkan tentang pelbagai macam bid’ah, al-Wansharisi, salah seorang


tokoh dalam mazhab Maliki menulis: Antaranya (perkara bid’ah) mengkhususkan
hari-hari utama dengan bermacam-macam ibadat yang tidak disyariatkan secara
khusus seperti mengkhususkan hari sekian dengan sekian rakaat sembahyang, atau
sekian banyak sedekah, malam sekian dengan qiyam dengan sekian banyak rakaat,
atau mengkhatamkan al-Qur`an dalamnya dan sebagainya, maka sesungguhnya
mengkhususkan amalan dengan cara itu, jika bukan secara kebetulan, atau dengan
tujuan seperti kerana waktu lapang atau waktu cergas sebagaimana dilakukan oleh
orang-orang yang utama maka ia menjadi pensyari’atan tambahan (yang merupakan
bid’ah) (al-Mi’yar al-Mu’rab, jil. 2, hal. 472)

Nukilan ini bermaksud, mendirikan qiyamulail pada malam Jumaat kerana keesokan
harinya itu hari cuti tidaklah menjadikannya bid’ah. Begitu juga melazimi khatam al-
Qur`an dalam tempoh tujuh atau sepuluh hari kerana itu lebih memudahkannya untuk
70
mengulangkaji al-quran secara teratur tidak boleh dihukumkan bid’ah. Hal ini berbeza
dengan menganggap waktu itu mempunyai kelebihan tersendiri lalu dikhususkan pula
ibadat tertentu.

Ibn Daqiq al-‘Id menulis:

‫إن هذه اخلصوصيات بالوقت أو باحلال واهليئة والفعل املخصوص حيتاج إىل دليل خاص‬

‫يقتضي استحبابه خبصوصه وهذا أقرب واهلل أعلم‬

Sesungguhnya khususiyyat dengan sebab waktu, keadaan, cara, atau perbuatan perlu
kepada dalil yang khusus yang menghendaki ia sebagai mustahabb dan inilah yang
paling hampir dengan benar. (Ihkam al-Ahkam Sharh ‘Umdah al-Ahkam, jil. 1, hal.
129)

Selanjutnya beliau menyatakan:

‫ حيتاج دليال شرعيا عليه وال بد خبالف ما‬:‫ألن احلكم باستحبابه على تلك اهليئة اخلاصة‬

‫إذا فعل بناء على أنه من مجلة اخلريات اليت ال ختتص بذلك الوقت وال بتلك اهليئة‬

Kerana sesungguhnya, menghukumkan sesuatu perkara sebagai mustahabb dengan


suatu cara khusus semestinya perlu kepada dalil syara’ yang menunjukkannya.

Beliau mengemukakan contoh hari Ghadir yang direka-reka oleh Shi’ah Rafidhah:

‫ما أحدثته الروافض من عيد ثالث مسوه عيد الغدير وكذلك االجتماع وإقامة شعاره يف‬

‫ أن تكون العبادة من‬:‫وقت خمصوص على شيء خمصوص مل يثبت شرعا وقريب من ذلك‬

‫ أن حيدث فيها أمرا آخر مل يرد‬:‫جهة الشرع مرتبة على وجه خمصوص فرييد بعض الناس‬

‫الغالب على العبادات العبد ومأخذها‬ ‫به الشرع زاعما أنه يدرجه حتت عموم فهذا ال يستقيم ألن‬
‫التوقيف‬

71
Hari Raya yang ketiga yang direka dan diraikan oleh Shi’ah Rafidhah lalu mereka
menamakannya ‘Id Ghadir, termasuklah perhimpunan meraikannya, mengadakan
syi’ar dan lambang baginya pada waktu dan cara yang khusus tanpa ada dalil syara’
yang mensabitkannya. Satu perkara yang hampir sama dengannya ialah satu ibadat
yang telah disyari’atkan dengan cara yang tertentu lalu sebahagian orang mahu
menambahkan ke dalamnya perkara yang tidak dikehendaki syara’ dengan
mendakwa bahawa ia termasuk dalam perkara keumuman. Ini tidak betul kerana
kebanyakannya dalam ibadat adalah ta’bbudi (penyerahan sepenuhnya tanpa
difikirkan apa-apa ma’na) dan puncanya adalah tawqif (berdasarkan kepada Sunnah
Rasulullah s.a.w)

Rujukan:

[1]Tahzib al-Lughah wa al-Asma’ jil.3, hal. 22

[2]Al-I`tisam, hal. 24

[3] Tafsir Ibn Kathir, jil.2, hal.13

[4] Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jil. 4, hal.

72
[5] Sunan Ibn Majah, no.3029 bab Qadr Hisa al-Ramy.

[6] Al-Mustadrak, no: 2136

[7] Usul al-Sunnah li Radd al-Bid`ah, 40

[8] Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim, 58

[9] Al-I`tisam, 33

[10] Tafsir Ibn Kathir, jil. 2 hal. 398

[11] Taisir al-Karim al-Rahman, hal. 377

[12] Lihat Ibn Taymiyyah, Qa`idah Fi al-`Ibadat, hal. 23-24

[13] Qawa`id al-Ahkam, jil.1, hal. 16

[14] Lihat Usul al-Sunnah fi Radd al-Bid`ah, hal. 50

[15] I`lam al-Muwaqi`in, jil. 2, hal.

[16] Kh Moenawar Chalil, Kembali KepadaAl-Qur’an dan As-Sunnah, hal. 255

[17] Al-I`tisam, hal.

73

Anda mungkin juga menyukai