Anda di halaman 1dari 72

1

AQIDAH ISLAM
MENURUT AHLI SUNNAH WALJAMA’AH

SYAMSUL BAHRI A GALIGO

PENGURUS BESAR DARUD DA’WAH WAL-IRSYAD


2020/1442H
2

PENGENALAN

Kajian ini membincangkan mengenai Aqidah Islam menurut Ahli Sunnah Waljama’ah. Ia
merangkumi pengertian aqidah; kedudukan aqidah dalam Islam; sumber, metode dan cara
pengambilan aqidah Islam; dan keutamaan Ahli Sunnah Waljama’ah. Seterusnya, bab ini juga
membincangkan berkaitan dengan mengenali Ahli Sunnah Waljama’ah; Madrasah Ashācirah dan
Māturidiyah; Ulama Ashācirah dan Māturīdiyah; Ashācirah dan Maturīdiyah Adalah Ahli Sunnah
Waljama’ah; dan Cabaran Ahli Sunnah Waljama’ah.

Dengan penuh rendah hati saya berusaha untuk mengkaji salah satu ilmu fardhu ‘ain dalam
agama Islam yaitu ilmu Aqidah berdasarkan pandangan dan panduan ulama Ahli Sunnah
Waljama’ah untuk menjadi rujukan umat Islam dalam hal yang berkaitan dengan aqidah Islam
terutama warga Darud Da’wah Wal-Irsyad. Semoga dapat membantu meluaskan maklumat
mengenainya dan diharapkan dapat mengukuhkan aqidah kita dalam berpegang teguh dan
mengamalkan ajaran agama kita hari ini.

PENGERTIAN “AQIDAH”

Aqidah menurut bahasa Arab berasal dari perkataan (‫ )عقد‬yang berarti ikatan. Secara istilah adalah
keyakinan hati atas sesuatu. Kata “aqidah” tersebut dapat digunakan untuk ajaran yang terdapat
dalam Islam, dan dapat pula digunakan untuk ajaran lain di luar Islam. Sehingga ada istilah aqidah
Islam; aqidah Nasrani; ada aqidah yang benar atau lurus; dan ada aqidah yang sesat atau
menyimpang.

Dalam ajaran Islam, aqidah Islam (al-Aqīdah al-Islāmiyah) merupakan keyakinan atas
sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dengan rukun Iman, iaitu keyakinan kepada Allah,
malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Akhir, serta takdir baik dan buruk. Hal ini
didasarkan kepada Hadith shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Sahabat cUmar bin
Khaṭṭāb Radiyallahu ‘Anhu yang dikenali sebagai Hadith Jibril.

KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM


3

Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting. Ibarat suatu bangunan,
aqidah adalah asasinya, sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti ibadah dan akhlak, adalah
sesuatu yang dibangun di atasnya. Rumah yang dibangun tanpa asas adalah suatu bangunan yang
sangat rapuh. Tidak usah ada gempa bumi atau badai, bahkan untuk sekadar menahan atau
menanggung beban atap saja, bangunan tersebut akan runtuh dan hancur musnah.

Maka, aqidah yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din) dan
diterimanya suatu amal. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

1
.‫ح َۢدَا‬
َ َ‫صلِحا ا َو ََل ي ُۡش ِر ۡك بِ ِعبَادَةِ َربِ ِ ٓۦه أ‬ َ ‫فَ َمن َكانَ يَ ۡر ُجواْ ِلقَا ٓ َء َربِِۦه فَ ۡليَعۡ َم ۡل‬
َ َٰ ‫ع َم اٗل‬

Tafsirnya:
Maka sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan
amalan salih dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapa pun dalam beribadat
kepadaNya.

Allah Subhanahu Wata’ala juga berfirman:

2
َ َٰ ‫ع َملُكَ َولَتَ ُكون ََّن ِمنَ ۡٱل‬
. َ‫خس ِِرين‬ َ َ‫ي ِإلَ ۡيكَ َو ِإلَى ٱلَّذِينَ ِمن قَ ۡبلِكَ لَئِ ۡن أَ ۡش َر ۡكتَ لَيَ ۡحب‬
َ ‫ط َّن‬ ِ ُ ‫َولَقَ ۡد أ‬
َ ‫وح‬

Tafsirnya:
Dan demi sesunguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu:
Demi sesungguhnya jika engkau menyekutukan (Allah) tentulah amalanmu akan menjadi sia-sia
dan nescaya jadilah engkau daripada orang-orang yang rugi.

Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan Rasul mendahulukan
dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah, sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah

1
al-Qur’an, al-Kaḥf 18:110.
2
al-Qur’an, al-Zumar 39:65.
4

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdakwah dan mengajarkan Islam pertama kali di kota Makkah
dengan menanamkan nilai-nilai aqidah atau keimanan, dalam rentang waktu yang cukup panjang,
iaitu selama kurang lebih tiga belas tahun. Dalam rentang waktu tersebut, kaum muslimin yang
merupakan golongan minoriti di Makkah mendapatkan ujian keimanan yang sangat berat. Ujian
berat itu kemudian terbukti menjadikan keimanan mereka sangat kuat, sehingga menjadi asas atau
landasan yang kukuh bagi perjalanan perjuangan Islam selanjutnya. Sedangkan pengajaran dan
penegakan hukum-hukum syariat dilakukan di Madinah, dalam tempoh waktu yang lebih singkat,
iaitu kurang lebih selama sepuluh tahun. Hal ini menjadi pelajaran bagi kita mengenai peri
pentingnya aqidah atau keimanan dalam ajaran Islam.

SUMBER, METODE DAN CARA PENGAMBILAN AQIDAH ISLAM

Sumber-sumber Aqidah Islam

Aqidah Islam adalah sesuatu yang bersifat tawqīfī, maksudnya suatu ajaran yang hanya dapat
ditetapkan dengan adanya dalil dari Allah dan RasulNya. Maka, sumber ajaran aqidah Islam adalah
terbatas pada al-Qur’an dan Sunnah saja. Kerana, tidak ada yang lebih tahu tentang Allah kecuali
Allah itu sendiri, dan tidak ada yang lebih tahu tentang Allah, setelah Allah sendiri, kecuali
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Metode Memahami Aqidah Islam dari Sumber-sumbernya Menurut Salaf Salih

Generasi para sahabat adalah generasi yang dinyatakan oleh Rasululah sebagai generasi terbaik
kaum muslimin. Kebaikan mereka terletak pada pemahaman dan sekaligus pengamalannya atas
ajaran-ajaran Islam secara benar dan kaffah. Hal ini tidak menghairankan, kerana mereka adalah
generasi awal yang menyaksikan langsung turunnya wahyu, dan mereka mendapat pengajaran dan
pendidikan langsung dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Setelah generasi sahabat,
kualifikasi atau darjat kebaikan itu diikuti secara berurutan oleh generasi berikutnya dari kalangan
tabi’in, dan selanjutnya diikuti oleh generasi tabi’ tabi’in. Tiga generasi inilah yang secara umum
disebut sebagai generasi salaf. Rasulullah bersabda tentang mereka:
5

ِ َّ ِ َّ
.‫وَنُ رم‬
َ ُ‫يَل‬ ‫ين‬
َ ‫وَنُ رم ُُثَّ الذ‬ َ ‫َّاس قَ ررِِن ُُثَّ الذ‬
َ ُ‫ين يَل‬ ِ ‫َخ رْيُ الن‬
3

Maksudnya:
Sebaik-baik manusia adalah generasi pada masaku, lalu generasi berikutnya, lalu generasi
berikutnya.

Generasi salaf yang soleh (al-Salaf al-Ṣāliḥ) mengambil pemahaman aqidah dari al-Qur’an
dan Sunnah dengan metode mengimani atau meyakini semua yang diinformasikan (ditunjukkan)
oleh kedua sumber tersebut. Dan apa saja yang tidak terdapat dapat dalam kedua sumber itu,
mereka meniadakan dan menolaknya. Mereka mencukupkan diri dengan kedua sumber tersebut
dalam menetapkan atau meniadakan suatu pemahaman yang menjadi dasar aqidah atau keyakinan.

Dengan metode di atas, maka para sahabat, dan generasi berikutnya yang mengikuti
mereka dangan baik (ihsan), mereka beraqidah dengan aqidah yang sama. Dalam kalangan mereka
tidak terjadi perselisihan dalam masalah aqidah. Kalau pun ada perbezaan, maka perbezaan di
kalangan mereka hanyalah dalam masalah hukum yang bersifat cabang (furūciyah) saja, bukan
dalam masalah-masalah yang pokok (uṣūliyah). Seperti ini pula keadaan yang terjadi dalam
kalangan para imam mazhab yang empat, iaitu Imam Abū Ḥanīfah (699-767M), Imam Mālik (712-
797M), Imam al-Shāficī (767-820M) dan Imam Aḥmad (780-855M).

Oleh kerana itulah, maka mereka dipersaksikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sebagai golongan yang selamat, sebagaimana sabda Baginda:

4 ِ ‫َص َح‬
.‫اب‬ ‫َوأ ر‬ ‫ َما أ َََن َعلَري ِه‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬

3
al-Bukhārī, Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, Kitāb al-Shahādāt, Bāb lā Yashhad calā Shahādah Jawrin idhā Ushhida, no.
hadith 2652; Muslim, Ṣaḥiḥ Muslim, Kitāb Faḍā’il al-Ṣaḥābah, Bāb Faḍl al-Ṣaḥābah Thuma al-Ladhīna Yalūnahum
Thuma al-Ladhīna Yalūnahum, no. hadith 212.
4
al-Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Kitāb al-Īmān can Rasūl Allah, Bāb Mā Jā’a fī Iftirāq Hazihi al-Ummah, no.
hadith 2641.
6

Maksudnya:
Mereka (golongan yang selamat) adalah orang-orang yang berada di atas suatu prinsip seperti
halnya saya dan para sahabat saya telah berjalan di atasnya.

KEUTAMAAN AHLI SUNNAH WALJAMA’AH

Ahli Sunnah Waljama’ah adalah golongan umat Islam yang memiliki faḍā’il (kekhususan) yang
membezakan dengan berbagai firqah yang lain di dalam Islam. Faḍā’il yang dimaksudkan itu
merupakan berbagai keutamaan yang dimilikinya yang tidak ada pada firqah yang lain. Faḍā’il
sebagai keutamaan itu bagi Ahli Sunnah Waljama’ah, antara lain:

1. Ahli Sunnah Waljama’ah merupakan golongan majoriti umat Islam dan satu-satunya
golongan (firqah) di antara berbagai firqah di dalam masyarakat Islam yang disebut oleh
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai firqah ahli syurga (nājiyah). Mereka adalah para
sahabat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dikenali sebagai al-Salaf al-Ṣāliḥ yang
sentiasa berpegang teguh pada sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan dilanjutkan
oleh tabi’in dan tabi’ tabi’in, dua generasi yang memilki keutamaan sebagaimana
dinyatakan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kemudian diikuti oleh para
pengikutnya sampai sekarang.

2. Menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai dua sumber asas syariat Islam, dan
menerimapakai dua sumber yang lahir dari keduanya, yakni ijmak dan qiyas.

3. Memahami syariat Islam dari sumber al-Qur’an dan al-Sunnah melalui:

i. Sanad (sandaran) para sahabat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang merupakan
pelaku dan saksi ahli dalam periwayatan hadith serta manhaj pilihannya, dan
berbagai pemikiran yang diimplementasikan dalam pelaksanaan tugas tasyrik
(penetapan hukum syarak) setelah beliau wafat. Mereka terutama empat sahabat
yang disebut oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai al-Khulafā’ al-
7

Rāshidūn telah menyaksikan langsung dan memahami dengan cermat pelaksanaan


tasyrik yang dipraktikkan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

ii. Sanad dua generasi setelah sahabat, yakni tabi’in dan tabi’ tabi’in yang telah
meneladani dalam melanjutkan tugas tasyrik. Mereka telah mengembangkan
perumusan secara kongkrit mengenai prinsip-prinsip yang bersifat umum, kaedah-
kaedah uṣūliyah dan lainnya. Mereka adalah para imam Mujtahid, imam Hadith
dan lainnya.

4. Memahami al-Qur’an dan al-Sunnah secara menyeluruh berdasarkan kaedah-kaedah yang


teruji ketepatannya dan tidak terjadi mucāraḍah (pertentangan) antara satu nas dan nas yang
lain. Dalam hal ini, diakui dan diterima:

i. Empat Imam Mujtahid termasyhur sekaligus imam mazhab fiqh dalam kalangan
tabi’in dan tabi’ tabi’in yang telah merumuskan kaedah-kaedah uṣūliyah dan
menerapkannya dalam melaksanakan tasyrik yang kemudian menjadi pedoman
generasi berikutnya sampai sekarang. Empat mujtahid besar itu; Imam Abū
Ḥanīfah al-Nucmān ibn Thābit, Imam Mālik bin Anas, Imam Muḥammad ibn Idrīs
al-Shāfici dan Imam Aḥmad ibn Ḥanbal.

ii. Para Imam mazhab aqidah, seperti Abū Ḥasan al-Ashcarī dan Abū Manṣūr al-
Māturīdī. Yang telah dikembangkan oleh ulama selepasnya menjadi dua madrasah
Ahli Sunnah Waljama’ah, iaitu madrasah Ashācirah dan Māturīdiyah.

iii. Kewujudan tasawuf sebagai ilmu yang mengajarkan teori Taqarrub (Pendekatan)
kepada Allah. Melalui aurad dan zikir yang diwadahi dalam ṭarīqah sebagai jemaah,
selama mana sesuai dengan syariat Islam. Dalam hal ini menerimapakai panduan
para imam Tasawuf Ahli Sunnah Waljama’ah seperti Imam Abū al-Qāsim al-
Junaydī al-Baghdādī (W. 297H) dan Abū Ḥamīd al-Ghazāli (450-505H).
8

5. Melaksanakan syariat Islam secara kaffah (komprehensif) dan tidak mengabaikan sebagian
yang lain.
6. Memahami dan mengamalkan syariat Islam secara tawassuṭ (sederhana) serta tidak ifrāṭ
dan tafrīṭ.
7. Menghormati perbezaan pendapat dalam masalah ijtihādiyah dan tidak mendakwa bahwa
hanya pendapatnya yang benar, sedangkan pendapat lain dianggap salah.
8. Bersatu dan tolong menolong dalam berpegang teguh pada syariat Islam meskipun dengan
cara masing-masing.
9. Melaksanakan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar dengan hikmah (bijak dan arif) serta tanpa
tindakan kekerasan dan paksaan.
10. Mengakui keadilan dan keutamaan para sahabat serta menghormatinya dan menolak keras
menghina, mencerca dan sebagainya terhadap mereka, apalagi menuduh kafir.
11. Tidak menganggap siapa pun setelah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah macṣūm
(terjaga) dari kesalahan dan dosa.
12. Tidak menuduh kafir terhadap sesama mukmin dan menghindari berbagai hal yang dapat
menimbulkan permusuhan.
13. Menjaga ukhuwwah terhadap sesama mukmin, saling tolong menolong, menyayangi,
menghormati dan tidak saling memusuhi.
14. Menghormati, menghargai, tolong menolong dan tidak memusuhi pemeluk agama lain.

Dasar Penetapan Keutamaannya:

Al-Qur’an al-Karim

5
َّ ‫س ِبي ِل ِۚۦه َٰذَ ِل ُك ۡم َو‬
. َ‫ص َٰى ُكم ِبِۦه لَ َعلَّ ُك ۡم تَتَّقُون‬ ُّ ‫ص َٰ َر ِطي ُم ۡستَ ِق ايما فَٱت َّ ِبعُو ُۖهُ َو ََل تَت َّ ِبعُواْ ٱل‬
َ ‫سبُ َل فَتَف ََّرقَ ِب ُك ۡم‬
َ ‫عن‬ ِ ‫َوأَ َّن َٰ َهذَا‬

Tafsirnya:

5
al-Qur’an, al-Ancām 6:153.
9

Dan sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang lurus maka ikutlah ia, dan janglah kamu
mengikut jalan-jalan (selain daripada Islam) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu
daripada jalanNya. Demikian itulah Allah memerintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.

َ ‫س ِبي ِل ۡٱل ُم ۡؤ ِمنِينَ نُ َو ِلِۦه َما ت ََولَّ َٰى َونُصۡ ِلِۦه َج َهنَّ ُۖ َم َو‬
‫سا ٓ َء ۡت‬ َ ‫سو َل ِم َۢن َبعۡ ِد َما تَ َبيَّنَ لَهُ ۡٱل ُه َد َٰى َو َيت َّ ِبعۡ غ َۡي َر‬
ُ ‫ٱلر‬
َّ ‫ق‬ِ ‫َو َمن يُشَا ِق‬
6
.‫يرا‬
ً ‫ص‬ِ ‫َم‬

Tafsirnya:
Dan sesiapa yang menentang Rasulullah sesudah jelas kebenaran kepadanya dan dia pula
mengikuti jalan yang lain daripada jalan orang-orang yang beriman, Kami biarkannya untuk
melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari Akhirat kelak) Kami akan masukkannya
ke neraka Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

َ‫ش ِهيدا ۗا َو َما َجعَ ۡلنَا ۡٱل ِق ۡبلَةَ ٱلَّ ِتي ُكنت‬َ ‫علَ ۡي ُك ۡم‬
َ ‫سو ُل‬ َّ َ‫اس َويَ ُكون‬
ُ ‫ٱلر‬ ِ َّ‫علَى ٱلن‬
َ ‫ش َهدَآ َء‬ َ ‫َو َك َٰذَلِكَ َجعَ ۡل َٰنَ ُك ۡم أ ُ َّم اة َو‬
ُ ْ‫س اطا ِلتَ ُكونُوا‬
َّ َ‫ٱّللُ َو َما َكان‬
ُ‫ٱّلل‬ ۗ َّ ‫علَى ٱلَّ ِذينَ َهدَى‬ َ ‫يرة ً إِ ََّل‬َ ِ‫ع ِقبَ ۡي ۚ ِه َوإِن كَان َۡت لَ َكب‬َ ‫علَ َٰى‬
َ ‫ب‬ُ ‫سو َل ِم َّمن يَنقَ ِل‬ َّ ‫علَ ۡي َها ٓ إِ ََّل ِلنَعۡ لَ َم َمن يَتَّبِ ُع‬
ُ ‫ٱلر‬ َ
7
ٞ ‫اس لَ َر ُء‬
.‫يم‬ٞ ‫وف َّر ِح‬ َّ ‫ُضي َع إِي َٰ َمنَ ُك ۡۚم إِ َّن‬
ِ َّ‫ٱّللَ بِٱلن‬ ِ ‫ِلي‬

Tafsirnya:
Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang pertengahan (sebagai umat yang adil dan
pilihan) supaya kamu menjadi saksi atas manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan
Rasulullah pula akan menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan tidaklah Kami melainkan kiblatmu
(sekarang) melainkan agar Kami mengetahui tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul
(serta mengakui kebenarannya) dan siapakah pula yang berpaling tadah (kembali kepada
kekafiran), Dan sesungguhnya (peralihan arah kiblat ke Ka’bah) itu sangat berat untuk diterima
melainkan bagi orang-orang yang diberi melainkan bagi orang-orang yang diberi hidayat oleh
Allah. Dan Allah tidak akan mensia-siakan keimanan kamu. Sesungguhnya Allah sangat melimpah
belas kasihanNya kepada manusia.

6
al-Qur’an, al-Nisa’ 4:115.
7
al-Qur’an, al-Baqarah 2:143.
10

َ ْ‫ضلُّوا‬
‫عن‬ َ ‫ضلُّواْ َكثِ ايرا َو‬
َ َ‫ضلُّواْ ِمن قَ ۡب ُل َوأ‬
َ ‫ق َو ََل تَتَّبِعُ ٓواْ أَ ۡه َوآ َء قَ ۡو ٖم قَ ۡد‬ ِ َ‫قُ ۡل َٰيَٓأ َ ۡه َل ۡٱل ِك َٰت‬
ِ ‫ب ََل ت َۡغلُواْ فِي دِينِ ُك ۡم غ َۡي َر ۡٱل َح‬
8
َّ ‫س َوآ ِء ٱل‬
.‫س ِبي ِل‬ َ

Tafsirnya:
Katakanlah (wahai Nabi Muhammad): Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam
agama kamu dengan cara yang tidak benar dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kaum yang
telah sesat sebelum ini dan menyesatkan ramai manusia dan mereka sendiri telah sesat daripada
jalan yang benar.

‫ٱّللَ ََل َيهۡ دِي‬ َ َ‫ٱعلَ ۡم أَنَّ َما َيت َّ ِبعُونَ أَ ۡه َوآ َءه ُۡۚم َو َم ۡن أ‬
ِ ۚ َّ َ‫ض ُّل ِم َّم ِن ٱت َّ َب َع ه ََو َٰىهُ ِبغَ ۡي ِر هُدا ى ِمن‬
َّ ‫ٱّلل ِإ َّن‬ ۡ َ‫فَإِن َّل ۡم َي ۡست َِجيبُواْ لَكَ ف‬
9 َّ َٰ ‫ۡٱلقَ ۡو َم‬
. َ‫ٱلظ ِل ِمين‬

Tafsirnya:
Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Nabi Muhammad) maka ketahuilah
sesungguhnya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat
daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat pentunjuk daripada Allah.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

10 ٞ ِ‫ُو ُّمب‬ٞ ‫عد‬


.‫ين‬ َ َٰ ‫ش ۡي‬
َ ‫ط ۚ ِن إِنَّهۥُ لَ ُك ۡم‬ َّ ‫ت ٱل‬ ُ ‫َٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ ۡٱد ُخلُواْ فِي ٱلس ِۡل ِم َكآفَّ اة َو ََل تَتَّبِعُواْ ُخ‬
ِ ‫ط َٰ َو‬

Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu semua ke dalam agama Islam secara
keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya) dan janganlah kamu mengikut jejak
langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu ialah musuh yang nyata.

8
al-Qur’an, al-Mā’idah 5:77.
9
al-Qur’an, al-Qasas 28:50.
10
al-Qur’an, al-Baqarah 2:208.
11

ٓ ‫ٱّلل َو َك ِل َمت ُ ٓۥهُ أَ ۡلقَ َٰى َها‬ ُ ‫سى ۡٱبنُ َم ۡريَ َم َر‬
ِ َّ ‫سو ُل‬ َ ‫ٱّلل ِإ ََّل ۡٱل َح ۚ َّق ِإنَّ َما ۡٱل َمسِي ُح ِعي‬ ِ َّ ‫علَى‬ َ ْ‫ب ََل ت َۡغلُواْ فِي دِينِ ُك ۡم َو ََل تَقُولُوا‬ ِ َ‫َٰيَٓأ َ ۡه َل ۡٱل ِك َٰت‬
ٞۘٞ‫س ۡب َٰ َحنَ ٓۥهُ أَن يَ ُكونَ لَ ۥهُ َولَد‬ َّ ‫س ِل ُِۖۦه َو ََل تَقُولُواْ ثَ َٰلَثَ ۚة ٱنتَ ُهواْ خ َۡي ارا لَّ ُك ۡۚم ِإنَّ َما‬
ُ ُۖ ٞ‫ َٰ َو ِحد‬ٞ‫ٱّللُ ِإ َٰلَه‬ ِ َ‫ ِم ۡن ُۖهُ ف‬ٞ‫ِإلَ َٰى َم ۡريَ َم َو ُروح‬
ِ َّ ‫امنُواْ ِب‬
ُ ‫ٱّلل َو ُر‬
11 ‫ا‬
ِ َّ ‫ض َو َكف ََٰى ِب‬
.‫ٱّلل َو ِكيٗل‬ ۗ ِ ‫ت َو َما فِي ۡٱۡل َ ۡر‬ َّ ‫لَّهۥُ َما فِي ٱل‬
ِ ‫س َٰ َم َٰ َو‬

Tafsirnya:
Wahai Ahli Kitab (Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu dan janganlah
kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih cIsa ibnu
Maryam itu adalah seorang pesuruh Allah dan kalimahNya yang telah disampaikanNya kepada
Maryam dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-
rasulNya. Dan janganlah kamu mengatakan (Tuhan itu) tiga. Berhentilah kamu (daripada
mengatakan yang demikian), itunya Allah itu Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Dia daripada
mempunyai anak, Allah memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah
Allah sebagai Pelindung (Yang mentadbir semuan makhlukNya).

ۚ
َ َّ‫علَ ۡي ُك ۡم ِإ ۡذ ُكنت ُ ۡم أَ ۡعدَآ اء فَأَل‬
‫ف بَ ۡينَ قُلُو ِب ُك ۡم فَأَصۡ بَ ۡحتُم ِبنِعۡ َم ِت ِ ٓۦه‬ ِ َّ َ‫يعا َو ََل تَف ََّرقُواْ َو ۡٱذ ُك ُرواْ نِعۡ َمت‬
َ ‫ٱّلل‬ ِ َّ ‫َص ُمواْ ِب َح ۡب ِل‬
‫ٱّلل َج ِم ا‬ ِ ‫ٱعت‬ۡ ‫َو‬
12 ‫ۡ َٰ ا‬
.‫ِإخ َونا‬

Tafsirnya:
Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan
ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu)
lalu Allah menyatukan antara hati kamu (dengan nikmat agama Islam), maka menjadilah kamu
dengan nikmatNya itu (orang-orang Islam yang) bersaudara.

‫ام‬
َ ‫ص‬َ ‫سكَ ِب ۡٱلعُ ۡر َوةِ ۡٱل ُو ۡثقَ َٰى ََل ٱن ِف‬ ِ َّ ‫ت َوي ُۡؤ ِم َۢن ِب‬
ۡ ‫ٱّلل فَقَ ِد‬
َ ۡ‫ٱستَم‬ َّ َٰ ‫ٱلر ۡشدُ ِمنَ ۡٱلغ َۚي ِ فَ َمن َي ۡكفُ ۡر ِب‬
ِ ‫ٱلطغُو‬ ِ ُۖ ‫َل ِإ ۡك َرا َه فِي ٱلد‬
ُّ َ‫ِين قَد ت َّ َبيَّن‬ َٓ
13
.‫ع ِليم‬ َ ‫س ِميع‬ َّ ‫َل َه ۗا َو‬
َ ُ‫ٱّلل‬

11
al-Qur’an, al-Nisā’ 4:171.
12
al-Qur’an, Āli cImrān 3:103.
13
al-Qur’an, al-Baqarah 2:256.
12

Tafsirnya:
Tidak ada paksaan dalam (memeluk) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang kufur (tidak percaya) kepada Thaghut dan dia beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali (agama) yang kukuh yang tidak
akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

‫سبِي ِلِۦه‬ َ ‫س ۚنُ إِ َّن َربَّكَ ُه َو أَ ۡعلَ ُم بِ َمن‬


َ ‫ض َّل‬
َ ‫عن‬ َ ‫ِي أَ ۡح‬ ۡ ُۖ َ ‫ظ ِة ۡٱل َح‬
َ ‫سنَ ِة َو َٰ َجدِل ُهم بِٱلَّتِي ه‬ َ ‫سبِي ِل َربِكَ بِ ۡٱل ِح ۡك َم ِة َو ۡٱل َم ۡو ِع‬ َ ‫ۡٱدعُ إِلَ َٰى‬
14
. َ‫َوه َُو أ َ ۡعلَ ُم بِ ۡٱل ُمهۡ تَدِين‬

Tafsirnya:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Nabi Muḥammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat
pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya
Tuhanmu, Dia yang lebih mengetahui siapa yang sesat daripada jalanNya dan Dialah juga yang
lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

15
. َ‫ح ُمون‬ َّ ْ‫ة فَأَصۡ ِل ُحواْ بَ ۡينَ أَخ ََو ۡي ُك ۡۚم َوٱتَّقُوا‬ٞ ‫ِإنَّ َما ۡٱل ُم ۡؤ ِمنُونَ ِإ ۡخ َو‬
َ ‫ٱّللَ لَ َعلَّ ُك ۡم ت ُ ۡر‬

Tafsirnya:
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu
(yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

ُّ‫ٱّللَ ي ُِحب‬ ِ ‫ع ِن ٱلَّذِينَ لَ ۡم يُ َٰقَتِلُو ُك ۡم فِي ٱلد‬


ُ ‫ِين َولَ ۡم ي ُۡخ ِر ُجو ُكم ِمن ِد َٰيَ ِر ُك ۡم أَن تَبَ ُّرو ُه ۡم َوت ُ ۡق ِس‬
َّ ‫ط ٓواْ ِإلَ ۡي ِه ۡۚم ِإ َّن‬ َّ ‫ََّل يَ ۡن َه َٰى ُك ُم‬
َ ُ‫ٱّلل‬
16
ِ ‫ۡٱل ُم ۡقس‬
. َ‫ِطين‬

Tafsirnya:

14
al-Qur’an, al-Naḥl 16:125.
15
al-Qur’an, al-Ḥujurāt 49:10.
16
al-Qur’an, al-Mumtahanah 60:8.
‫‪13‬‬

‫‪Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak‬‬
‫‪memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kami.‬‬
‫‪Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang adil.‬‬

‫‪Al-Sunnah al-Nabawiyah‬‬

‫الر رْحَ ِن بر ِن ِزََي ٍد األَفر ِر ِيق ِي‪َ ،‬ع رن َعرب ِد‬


‫ي‪َ ،‬ع رن ُس رفيَا َن الث رَّوِر ِي‪َ ،‬ع رن َعرب ِد َّ‬
‫ال‪َ :‬حدَّثَنَا أَبُو َد ُاوَد احلََف ِر ُّ‬
‫ود بر ُن غَري ََل َن قَ َ‬
‫َحدَّثَنَا َرَم ُم ُ‬

‫اَّللُ َعلَري ِه َو َسلَّ َم‪ :‬لَيَأرتَِ َّ‬


‫َي َعلَى أ َُّم ِِت َما أَتَى َعلَى بين إسرائيل‬ ‫صلَّى َّ‬ ‫ول َِّ‬
‫اَّلل َ‬ ‫ال َر ُس ُ‬
‫ال‪ :‬قَ َ‬ ‫يد‪َ ،‬ع رن َعرب ِد َّ‬
‫اَّللِ بر ِن َع رم ٍرو‪ ،‬قَ َ‬ ‫اَّللِ بر ِن يَِز َ‬
‫َّ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ك‪َ ،‬وإِ َّن بين إسرائيل تَ َفَّرقَ ر‬
‫ت َعلَى‬ ‫َّع ِل‪َ ،‬ح ََّّت إِ رن َكا َن مرن ُه رم َم رن أَتَى أ َُّمهُ َع ََلنيَةً لَ َكا َن ِِف أ َُّم ِِت َم رن يَ ر‬
‫صنَ ُع ذَل َ‬ ‫َّع ِل ِِبلن ر‬
‫َح رذ َو الن ر‬
‫اَّللِ؟‬
‫ول َّ‬‫اح َدةً‪ ،‬قَالُوا ‪َ :‬وَم رن ِه َي ََي َر ُس َ‬
‫ث وسبعَِي ِملَّةً‪ُ ،‬كلُّهم ِِف النَّا ِر إََِّّل ِملَّةً و ِ‬
‫َ‬ ‫ُر‬
‫ٍ‬ ‫َي وسبعِ ِ‬ ‫ِ‬
‫ثرن تَ ر ِ َ َ ر َ‬
‫َي ملَّةً‪َ ،‬وتَ رف ََِت ُق أ َُّم ِِت َعلَى ثَََل َ َ ر َ‬
‫‪17‬‬ ‫َص َح ِ‬
‫اب‪.‬‬ ‫َوأ ر‬ ‫ال‪َ :‬ما أ َََن َعلَري ِه‬
‫قَ َ‬

‫ِ ِ‬ ‫ٍ‬ ‫ِ‬ ‫ول َِّ‬‫صلَّى بِنَا َر ُس ُ‬ ‫َع رن عِ ررَِب ِ‬


‫ت‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم ذَ َ‬
‫ات يَ روم‪ُُ ،‬ثَّ أَقر بَ َل َعلَري نَا فَ َو َعظَنَا َم روعظَةً بَليغَةً ذَ َرفَ ر‬ ‫اَّلل َ‬ ‫ض بر ِن َسا ِريَةَ َ‬
‫ُوصي ُك رم‬ ‫َن َه ِذهِ َم روعِظَةُ ُم َوِد ٍع‪ ،‬فَ َماذَا تَ رع َه ُد إِلَري نَا؟ فَ َق َ‬
‫ال أ ِ‬ ‫اَّللِ َكأ َّ‬
‫ول َّ‬‫ال قَائِ ٌل‪ََ :‬ي َر ُس َ‬
‫وب‪ ،‬فَ َق َ‬ ‫ِمنر ها الرعيو ُن ووِجلَ ِ‬
‫ت منر َها الر ُقلُ ُ‬
‫َ ُُ َ َ ر‬

‫اختِ ََلفًا َكثِ ًْيا‪ ،‬فَ َعلَري ُك رم بِ ُسن َِِّت َو ُسن َِّة‬ ‫ِ‬ ‫السم ِع والطَّاع ِة‪ ،‬وإِ رن عب ًدا حب ِشيًّا‪ ،‬فَإِنَّه من يعِ ِ‬ ‫بِت رقوى َِّ‬
‫ش منر ُك رم بَ رعدي فَ َس َْيَى ر‬
‫ُ َر َ ر‬ ‫اَّلل َو َّ ر َ َ َ َر َ َ‬ ‫ََ‬
‫ضوا علَي ها ِِبلنَّو ِاج ِذ‪ ،‬وإِ ََّي ُكم و ُرَم َد ََث ِ‬
‫ت راأل ُُموِر‪ ،‬فَإِ َّن ُك َّل ُرَم َدثٍَة بِ رد َعةٌ‪َ ،‬وُك َّل‬ ‫ِ‬ ‫ا رْللَ َف ِاء الرمه ِديَِي َّ ِ ِ‬
‫َ رَ‬ ‫ين‪َ ،‬تََ َّس ُكوا ِبَا َو َع ُّ َ ر َ َ‬
‫الراشد َ‬ ‫َر َ‬ ‫ُ‬
‫‪18‬‬
‫ض ََللَةٌ‪.‬‬
‫َ‬ ‫بِ رد َع ٍة‬

‫‪17‬‬
‫‪al-Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Abwāb al-Īmān, Bāb mā Jā’a fī Iftirāq hazihi al-Ummah, no. hadith 2641.‬‬
‫‪18‬‬
‫‪Abū Dāwud, Sunan Abī Dāwud, Kitāb al-Sunnah, Bāb fī Luzūm al-Sunnah, no. hadith 4607.‬‬
‫‪14‬‬

‫ال إِ َّن ب ِين إِسرائِيل تَ َفَّرقَت علَى إِح َدى وسبعِ ِ‬ ‫ِ َّ‬ ‫َن َر ُس روَل هللاِ َ َّ‬ ‫س ب ِن مالِ ٍ‬
‫ت‬
‫َي ف ررقَةً فَ َهلَ َك ر‬
‫ر َ ر َ َر ر َ‬ ‫صلى هللاُ َعلَريه َو َسل َم قَ َ َ ر ر َ ر َ‬ ‫ك أ َّ‬ ‫َع رن أَنَ ِ ر َ‬
‫ص فِررقَةٌ قَالُروا‬ ‫ِ‬
‫ك إِ رح َدى َو َسربع ر َ‬
‫َي َوََترلُ ُ‬
‫ِ‬ ‫َي وسبعِ ِ‬ ‫سب عو َن فِرقَةً وخلَص ِ ِ‬
‫ت ف ررقَةٌ َواح َدةٌ َوإِ َّن أ َُّم ِ رِت َستَ رف ََِت ُق َعلَى اثرنَ تَ ر ِ َ َ ر ر َ‬
‫َي ف ررقَةً فَتَ رهل ُ‬ ‫َر ُر ر َ َ َ ر‬
‫‪19‬‬
‫َْحَ ُد‪.‬‬
‫أر‬ ‫اعةُ‪َ .‬رَواهُ‬
‫اعةُ ا رْلَ َم َ‬ ‫ك الر ِف ررقَةُ قَ َ‬
‫ال ا رْلَ َم َ‬
‫ِ‬
‫ََي َر ُس روَل هللا َم رن تِرل َ‬

‫َي فِررقَةً‪َ ،‬وإِ َّن‬ ‫ِ‬


‫ت َعلَى إِ رح َدى َو َسربع ر َ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم‪ :‬إِ َّن بَِ رين إِ رسَرائري َل افر ََتَقَ ر‬
‫ِ‬
‫ال َر ُس رو ُل هللا َ‬
‫ال ‪:‬قَ َ‬ ‫س ب ِن مالِ ٍ‬
‫ك‪ ،‬قَ َ‬ ‫َع رن أَنَ ِ ر َ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َي وسبعِ ِ‬ ‫ِ‬
‫اج ره‪.‬‬
‫َم َ‬ ‫َي ف ررقَةً‪ُ ،‬كلُّ َها ِِف النَّا ِر إََِّّل َواح َدةً‪َ ،‬وه َي ا رْلَ َم َ‬
‫اعةُ‪َ .‬رَواهُ ابر ُن‬ ‫أ َُّم ِ رِت َستَ رف ََِت ُق َعلَى ثنر تَ ر ِ َ َ ر ر َ‬

‫َّ ِ‬ ‫َّ ِ‬ ‫َّ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َع رن َعرب ِد هللاِ قَ َ‬


‫وَنُرم‪ُُ ،‬ثَّ‬
‫ين يَلُ َ‬
‫وَنُرم ُُثَّ الذ َ‬ ‫ين يَلُ ِوِن‪ُُ ،‬ثَّ الذ َ‬
‫ين يَلُ َ‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم‪َ :‬خ رْيُ أ َُّم ِِت الر َق رر ُن الذ َ‬
‫ال َر ُس رو ُل هللا َ‬
‫ال قَ َ‬
‫‪20‬‬
‫ُُثَّ ََِييءُ أَقر و ٌ‬
‫ام‪.‬‬
‫َ‬ ‫َح ِد ِه رم ََيِينَهُ َوََيِينُهُ َش َه َادتَهُ ََلر يَ رذ ُك رر َهنَّا ٌد الر َق رر َن ِِف َح ِديثِ ِه‪ ،‬وقَ َ‬
‫ال قُتَ ري بَةُ‪:‬‬ ‫ِ‬
‫ََييءُ قَ روٌم تَ رسبِ ُق َش َه َادةُ أ َ‬

‫ال رس ُ ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬


‫صلَّى‬
‫ول هللا َ‬ ‫ال ‪َ :‬وقَ َ َ ُ‬ ‫اف َعلَى أ َُّم ِِت األَئ َّمةَ الر ُمضل َ‬
‫َي‪ ،‬قَ َ‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم إََِّّنَا أ َ‬
‫َخ ُ‬ ‫ال َر ُس رو ُل هللا َ‬
‫ال‪ :‬قَ َ‬
‫َع رن ثَ روَِب َن قَ َ‬

‫اَّللِ‪.‬‬ ‫ضُّرُه رم َم رن ََير ُذ ُُلُرم َح ََّّت ََيرِتَ أ رَم ُر‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫َّ ِ‬


‫َّ‬ ‫اَّللُ َعلَريه َو َسلَّ َم‪َّ :‬لَ تَ َز ُال طَائ َفةٌ م رن أ َُّم ِِت َعلَى احلَق ظَاه ِر َ‬
‫ين َّلَ يَ ُ‬
‫‪21‬‬

‫اع ِة‬ ‫ِ‬ ‫ٍ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬


‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم‪ :‬لَ رن َرَي َم َع هللاُ أ َُّم ِ رِت َعلَى َ‬
‫ض ََللَة أَبَ ًدا‪َ ،‬ويَ ُد هللا َعلَى ا رْلَ َم َ‬ ‫ال َر ُس رو ُل هللا َ‬ ‫َع ِن ابر ِن عُ َمَر‪ ،‬قَ َ‬
‫ال‪ :‬قَ َ‬
‫‪22‬‬
‫حلَاكِم‪.‬‬
‫ار‬ ‫ِ‬
‫َه َك َذا َوَرفَ َع يَ َديره فَإِنَّهُ َم رن َش َّذ َش َّذ ِِف النَّا ِر‪َ .‬رَواهُ‬
‫ُ‬

‫‪Aḥmad bin Ḥanbal, Musnad Aḥmad, Bāqī Musnad al-Mukthirīn, Musnad Anas bin Mālik, no. hadith 12022.‬‬
‫‪19‬‬

‫‪Muslim, Ṣaḥiḥ Muslim, Kitāb Faḍā’il al-Ṣaḥābah, Bāb Faḍl al-Ṣaḥābah Thumma al-Ladhīna Yalūnahum‬‬
‫‪20‬‬

‫‪Thumma al-Ladhīna Yalūnahum, no. hadith 210.‬‬


‫‪21‬‬
‫‪al-Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Abwāb al-Fitan, Bāb mā Jā’a fī al-A’immah al-Muḍillīn, no. hadith 2229.‬‬

‫‪al-Ḥākim, al-Mustadrak calā al-Ṣaḥiḥayn, Kitāb al-cIlm, Bāb wa minhum Yaḥyā bin Abī al-Matāc al-‬‬
‫‪22‬‬

‫‪Qurshī, no. hadith 358.‬‬


‫‪15‬‬

‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬


‫ت لَهُ َسرب َع‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم َغ َداةَ الر َع َقبَة َوُه َو َعلَى ََنقَته الر ُق رط ِِل َح ً‬
‫صى فَلَ َقطر ُ‬ ‫ال َر ُس رو ُل هللا َ‬
‫ال‪ :‬قَ َ‬ ‫َع ِن ابر ِن َعبَّ ٍ‬
‫اس‪ ،‬قَ َ‬

‫َّاس إِ ََّي ُك رم َوالرغُلَُّو‬ ‫ال َه ُؤََّل ِء‪ ،‬فَ رارُموا ُُثَّ قَ َ‬


‫ال‪ََ :‬ي أَيُّ َها الن ُ‬ ‫ض ُه َّن ِِف َك ِف ِه َويَ ُق ُ‬
‫ول أ رَمثَ َ‬ ‫ِ‬
‫صى ا رْلَ رذف‪ ،‬فَ َج َع َل يَرن ُف ُ‬
‫ح ٍ‬
‫صيَات‪ُ ،‬ه َّن َح َ‬
‫َ َ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫الدي ِ‬
‫ن‪.‬‬ ‫ِِف الدي ِن‪ ،‬فَإِنَّهُ أ رَهلَ َ‬
‫ك َم رن َكا َن قَ رب لَ ُك ُم الرغُلُُّو ِِف‬
‫‪23‬‬

‫َح َد ُك رم أَنر َف َق ِمثر َل‬


‫َن أ َ‬
‫ِ‬
‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم َّلَ تَ ُسبُّوا أَ ر‬
‫ص َح ِاب‪ ،‬فَلَ رو أ َّ‬ ‫ال النِ ُّ‬
‫َِّب َ‬ ‫َب َسعِري ٍد ا رْلُ رد ِر ِي َر ِض َي هللاُ َعرنهُ قَ َ‬
‫ال قَ َ‬ ‫َع رن أِ ر‬
‫‪24‬‬ ‫وَّلَ نَ ِ‬
‫صي َفهُ‪.‬‬ ‫َ‬ ‫َح ِد ِه رم‪،‬‬ ‫أ ٍ‬
‫ُحد‪ ،‬ذَ َهبًا َما بَلَ َغ ُم َّد أ َ‬
‫ُ‬

‫َخ ِيه ََي َكافُِر‪ ،‬فَ َق رد َِبءَ بِِه‬


‫ال ا َّلرجل ِأل ِ‬ ‫صلَّى هللا َعلَري ِه وسلَّم قَ َ ِ‬
‫ال إذَا قَ َ ُ ُ‬ ‫ََ َ‬
‫ِ‬ ‫َع رن َعرب ِد هللاِ بر ِن عُ َمَر َر ِضي هللاُ َعنر ُه َما أ َّ‬
‫َن َر ُس روَل هللا َ ُ‬ ‫َ‬
‫‪25‬‬
‫َح ُد ُُهَا‪.‬‬
‫أَ‬

‫‪Aqwāl cUlamā Ahli Sunnah‬‬

‫السن َِّة‬
‫الوجيز ِف عقيدة السلف الصاحل‪ ،‬عبد هللا بن عبد احلميد األثري طبعة ‪ ١‬سنة ‪١٤٢٢‬ه ‪ ١‬ص ‪َ :١٥٤‬وأ رَه ُل ُّ‬

‫صلَّى هللاُ َعلَري ِه َو َعلَى آلِِه‬ ‫َْجَ َع َعلَري ِه عُلَ َماءُ راأل َُّم ِة‪َ ،‬ويَ رعتَ ِم ُد رو َن َعلَري ِه‪ ،‬قَ َ‬
‫ال النَِّ ُّ‬
‫ِب َ‬ ‫السن َِّة ِِبَا أ ر‬ ‫اع ِة‪َ :‬ير ُخ ُذو َن ب رع َد الركِتَ ِ‬
‫اب َو ُّ‬ ‫َوا رْلَ َم َ َ ر َ‬
‫اع ِة‪َ ،‬وَم رن َش َّذ َش َّذ ِِف‬ ‫ِ‬ ‫ٍ‬
‫النَّا ِر‪.‬‬ ‫َو َسلَّ َم‪ :‬إِ َّن هللاَ ََّل َرَي َم ُع أ َُّم ِ رِت َعلَى َ‬
‫ض ََللَة‪َ ،‬ويَ ُد هللا َم َع ا رْلَ َم َ‬
‫الشفاعة أبو عبد الرْحن مقبل بن هادي‪ ،‬دار اآلَثر‪ ،‬ج ‪ ١‬ص ‪.١٢‬‬

‫‪Ibn Mājah, Sunan Ibn Mājah, Kitāb al-Manāsik, Bāb Qadr Ḥaṣā al-Ramī, no. hadith 3029.‬‬
‫‪23‬‬

‫‪al-Bukhārī, Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, Kitāb Aṣḥab al-Nabī Ṣallā Allah cAlayhi wa Sallam, Bāb Qawl al-Nabī Ṣallā‬‬
‫‪24‬‬

‫‪Allah cAlayhi wa Sallam law Kuntu Muttakhizan Khalīlan Qālahu Abū Sacīd, no. hadith 3673.‬‬

‫‪al-Bukhārī, Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, Kitāb al-Adab, Bāb mān Kaffara Akhāhu bi Ghayr Ta’wīlin fa Huwa ka mā‬‬
‫‪25‬‬

‫‪Qāla, no hadith 6103.‬‬


‫‪16‬‬

‫َي راأل َِدلَِّة‪ ،‬وب ِقيَّةُ الطَّوائِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ط بَي الرغَ ِاِل وا رْل ِ ِ‬ ‫فَم رذهب أَه ِل ِ ِ‬
‫ف ََتر ُخ ُذ‬ ‫َ‬ ‫ََ‬ ‫اِف‪ ،‬أل َََّنُرم َرْحَ ُه ُم هللاُ َرَي َمعُ رو َن بَر َ‬
‫رَ َ ر‬ ‫السنَّة َرْحَ ُه ُم هللاُ َو َس ٌ َر َ‬
‫َ َ ُ ر ُّ‬

‫ض راأل َِدلَِّة الَِّ رِت ََّل تُ َوافِ ُق أ رَه َواءَ ُه رم‪ ،‬فَتَ َارةً يَتَ َجَّرأ رُو َن‬
‫ِف َد رح ِ‬ ‫ِ‬
‫ب راآل َخَر‪ ،‬فَم رن َُثَّ ََتَبَّطُروا َوتَ َّع َّس ُف روا ِ ر‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ ٍ ِ َِِّ‬
‫ِبَانب م َن راألَدلة َوتَرَتُ ُك ا رْلَان َ‬

‫آح ٍاد‪َ .‬و ََت َرةً يُ َؤِولُرو َن راألَ ِدلَّةَ ِِبَري ُ‬


‫ث يُ َع ِطلُ روََنَا َع َّما تَ ُد ُّل َعلَري ِه‪،‬‬ ‫الرا ِوي لِ ُّ ِ‬ ‫َويَطر َعنُ رو َن ِِف َّ‬
‫الص َح ِِ‬
‫َخبَ ُار َ‬
‫لسنَّة‪َ ،‬و ََت َرةً يَ ُق رولُرو َن‪ :‬أ ر‬ ‫اب َّ ر‬
‫َي َم رن يُِقري ُم َعلَري ِه رم اَ رحلُ َّجةَ‪،‬‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫ٍِ‬
‫ِف ُك ِل بَلَد م رن بِ ََلد الر ُم رسلم ر َ‬
‫ِ ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َو ََير ََب هللاُ إََّّل أَ رن يُت َّم نُ روَرهُ‪َ ،‬ويُظرهَر ُح َّجتَهُ‪ ،‬فَلَ رم يََزرل ِبَ رمد هللا ِ ر‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫صلَّى هللاُ َعلَريه َو َعلَى آله َو َسلَّ َم إِ رذ يَ ُق رو ُل‪ََّ :‬ل تَ َز ُال طَائ َفةٌ م رن أ َُّم ِ رِت َعلَى ا رحلَ ِق ظَاه ِرير َن ََّل يَ ُ‬
‫ضُّرُه رم َم رن‬ ‫ص َد َق َر ُس رو ُل هللا َ‬
‫َو َ‬
‫ك‪ُ .‬متَّ َف ٌق َعلَري ِه ِِبَ َذا‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫الر َم رع َن‪.‬‬ ‫َخالََف ُه رم َح ََّّت ََيرتِيَ ُه رم أ رَم ُر هللا َوُه رم َعلَى ذَل َ‬

‫آل رسول هللا وأولياؤه‪َ ،‬ممد بن عبد الرْحن بن َممد العاصمي احلنبلي‪ ،‬ج ‪ ١‬ص ‪١١٠‬‬
‫السن ِ‬ ‫صائِ ِ‬ ‫اْلس ََلِم‪ُُ ،‬ثَّ هو ِِف رِ ِ ِ‬ ‫صائِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫اْلسنَاد ِمن خصائِ ِ ِ ِ ِ‬
‫َّة‪.‬‬ ‫ُّ‬ ‫ص أ رَه ِل‬ ‫اْل رس ََلم م رن َخ َ‬ ‫َُ‬ ‫ص رِ ر‬ ‫ص َهذه راأل َُّمة‪َ ،‬وُه َو م رن َخ َ‬ ‫َو رِ ر ُ ر َ َ‬

‫رسالة إىل أهل الثغر بباب األبواب‪ ،‬أبو احلسن علي بن إمساعيل بن إسحاق بن ساَل بن إمساعيل بن عبد هللا بن موسى‬

‫بن أب بردة بن أب موسى األشعري‪ ،‬عبد هللا شاكر َممد اْلنيدي‪ ،‬املدينة املنورة‪ ،‬عمادة البحث العلمي‪ ،‬ج ‪ ١‬ص‬

‫‪.١٧٢‬‬

‫الس ََلم إََِّّل ِِبَ ِْي ما ي رذ َكرو َن بِِه‪ ،‬وعلَى أ َََّنُم أَح ُّق أَ رن ي نر َشر ََم ِ‬ ‫ف عن ِذ رك ِر َّ ِ‬‫ِ‬
‫اسنُ ُه رم‪،‬‬‫ُ َ َ‬ ‫ر َ‬ ‫ََ‬ ‫ر َ ُ ُر‬ ‫الص َحابَة َعلَري ِه ُم َّ ُ‬ ‫َْجَعُ روا َعلَى الر َك َ ر‬
‫َوأ ر‬
‫ب‪ُ ،‬مُرتثِلَِي ِِف ذَلِ ِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ‬ ‫وي لرتم ِ ِِ‬
‫صلَّى‬ ‫َح َس َن الر َم َذاه ِ َ ر َ ر َ‬
‫ك ل َق رول َر ُس رول هللا َ‬ ‫َح َس َّن الظَّ ِن َوأ ر‬
‫ض ُل الر َم َخارِِج‪َ ،‬وأَ رن نَظُ َّن ِب رم أ ر‬
‫س ألَفر َعاُل رم أَفر َ‬
‫َُ ََ ُ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ك ِر‪.‬‬
‫الذ ر‬ ‫ال أ رَه ُل الرعِلر ِم‪َ :‬م رع َن ذَل َ‬
‫ك ََّل تَ رذ ُك ُرروُه رم إََِّّل ِِبَرِْي‬ ‫اب فَأ رَم ِس ُك روا‪َ ،‬وقَ َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫هللاُ َعلَريه َو َسلَّ َم‪ :‬إِذَا ذُكَر أ ر‬
‫َص َح ِ ر‬
17

MENGENALI AHLI SUNNAH WALJAMA’AH

Hadith Perpecahan Umat Menjadi 73 Golongan

Sebelum mengenalkan tentang Ahli Sunnah Waljama’ah, perlu menyebutkan hadith tentang Iftirāq
al-Ummah (Perpecahan Umat) dan riwayat-riwayatnya disertai kesimpulan yang dapat diambil
dari hadith tersebut untuk menentukan siapakah golongan yang selamat. Ini sebagai pengantar
untuk mengenalkan tentang siapakah Ahli Sunnah Waljama’ah.

Hadith Iftirāq al-Ummah telah diriwayatkan oleh para ḥuffāẓ dalam kitab-kitab mereka
dengan berbagai riwayat. Dalam riwayat Abū Dāwud dalam Sunannya, ia berkata: (1) Telah
meriwayatkan kepada kami Aḥmad bin Ḥanbal dan Muḥammad bin Yaḥyā, mereka berdua
berkata: Telah meriwayatkan kepada kami Abū al-Mughīrah dan meriwayatkan kepada kami
Ṣafwān, (2) (Sanad Lain) Telah meriwayatkan kepada kami c
Amr bin c
Uthmān, telah
meriwayatkan kepada kami Baqiyah, dia berkata: Telah meriwayatkan kepadaku Ṣafwān
bahwasanya Ṣafwān berkata: Telah meriwayatkan kepadaku Azhar bin cAbd Allah al- Ḥarāzī dari
Abī c Āmir al-Hawzanī dari Mucāwiyah bin Abī Ṣufyān, ia berdiri di hadapan kami dan berkata:
Ketahuilah bahwa Rasulullah berdiri di hadapan kami dan bersabda:

ِ َ‫ث وسبعَِي ثِرن ت‬ ٍ ِ ِِ ِ ِ‫َي وسبع‬ ِ ِ َ‫أََّلَ إِ َّن من قَ رب لَ ُكم ِمن أ رَه ِل الكِت‬
‫ان‬ َ ‫ َوإِ َّن هذه الرملَّةَ َستَ رف ََِت ُق َعلَى ثََلَ َ َ ر ر‬،ً‫َي ملَّة‬
َ ‫اب افر ََتَقُ روا َعلَى ثرن تَ ر ِ َ َ ر ر‬ ‫ر ر‬ ‫َر‬
26
.ُ‫اعة‬
َ ‫الر َج َم‬ ‫اح َدةٌ ِِف الر َجن َِّة َوِه َي‬
ِ ‫وسب عو َن ِِف النَّا ِر وو‬
ََ ‫َ َر ُر‬

Maksudnya:
Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah menjadi
72 golongan dan sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 masuk neraka
dan satu golongan masuk syurga, iaitu al-Jamācah.

Abū Dāwud, Sunan Abū Dāwud, Kitāb al-Sunnah, Bāb Sharḥ al-Sunnah, no. hadith 4597. al-Ḥāfiẓ Ibn
26

Ḥajar menilai riwayat ini hasan.


18

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ṭabaranī dalam al-Mucjam al-Kabīr dengan lafaz:

‫الس َو ُاد‬ َ َ‫ ق‬،‫ انر َعرت ُه رم لَنَا‬:‫ فَ ُقلرنَا‬،‫اح َدةٌ ِِف الر َجن َِّة‬
َّ :‫ال‬ ِ ‫ان وسب عو َن ِِف النَّا ِر وو‬ِ ِ ِ‫ث وسبع‬ ٍ ِ ِ ِ‫وتَختل‬
ََ ‫َي ف ررقَةً اثرنَ تَ َ َ ر ُ ر‬
َ ‫ف هذه األ َُّم ةُ َعلَى ثََلَ َ َ ر ر‬
ُ َ‫َ ر‬
27
.‫َعظَم‬
‫األ ر‬
ُ

Maksudnya:
Dan umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 masuk neraka dan satu golongan masuk
surga, kami pun berkata: sifatilah mereka untuk kami, maka beliau pun bersabda: al-Sawād al-
Acẓam (kumpulan yang terbanyak).

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhī dengan lafaz:

28 ِ ‫َص َح‬
.‫اب‬
‫ر‬ ‫َوأ ر‬ َ َ‫ َوَم رن ِه َي ََي َر ُس روَل هللاِ؟ ق‬:‫قَالُروا‬
‫ َما أ َََن َعلَري ِه‬:‫ال‬

Maksudnya:
Siapakah mereka wahai Rasulullah? Beliau pun bersabda: Mereka adalah orang-orang yang
memegang teguh ajaranku dan para sahabatku.

Tiga riwayat dari hadith ini sebetulnya memiliki maksud yang sama, difahami darinya
bahwa golongan yang selamat (al-Firqah al-Nājiyah) adalah jumlah terbanyak di tengah umat
Muḥammad, kerana kebanyakan orang yang menisbahkan diri kepada Islam akan tetap berada
dalam aqidah yang benar. Meski mereka memiliki beberapa kelalaian dan kemaksiatan, akan tetapi
mereka tidak keluar dari lingkaran iman, sesuai kaedah yang disepakati oleh para ulama Ahli
Sunnah Waljama’ah: Seorang muslim tidak dikafirkan kerana perbuatan dosa yang dilakukannya
selama ia tidak menghalalkannya. Hal ini berbeza dengan aqidah Khawarij yang mengkafirkan
pelaku dosa besar. Salah satu kelompoh di bawah firqah Khawarij iaitu kelompok al-Bayhasiyah,

27
al-Ṭabaranī, al-Mucjam al-Kabīr, Bāb 2, no. hadith 7977.

al-Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Kitāb al-Īmān can Rasūl Allah, Bāb mā Jā’a fī Iftirāq hazihi al-Ummah, no.
28

hadith 2641.
19

bahkan mengkafirkan penguasa Muslim hanya kerana memperlakukan hukum buatan manusia,
walau dalam satu permasalahan sekalipun. Dari sini kemudian mereka menuntut rakyat untuk
memberontak kepada penguasa tersebut. Jika tidak mahu memberontak, maka rakyat dalam
anggapan mereka telah bekerjasama dengan penguasa mereka dalam kekufuran.

Dengan slogan menerapkan hukum dan syariat Islam, kita boleh melihat para pelampau
melakukan provokasi terhadap masyarakat dan berbagai bangsa agar memberontak kepada para
penguasa mereka. Mereka menggunakan pelbagai bentuk kekerasan dan ekstrim, cara yang tidak
diterima oleh syariat yang mengakibatkan kerosakan dan kehancuran negeri-negeri kaum
muslimin, di samping memecah belah bangsa menjadi kelompok-kelompok yang bertelingkah dan
saling memusnahkan. Anehnya, setelah mencapai tampuk kekuasaan di suatu negara atau
kawasan, kelompok-kelompok ekstrim tersebut telah tesasar jauh dari menerapkan hukum syariat.
Ini menambah keyakinan kita bahwa slogan yang mereka teriakkan “menerapkan hukum Islam”,
dengan kejahilan mereka terhadap hukum-hukum syariat tidak lain hanyalah cara untuk meraih
simpati dan belas kasihan kalangan masyarakat awam untuk mendokong agenda besar mereka,
iaitu mencapai tampuk kekuasaan dan kedudukan dalam pemerintahan.

Ringkasnya, sesungguhnya pemikiran al-Takfīr al-Shumūlī (pengkafiran secara


menyeluruh) yang disuarakan oleh kelompok pelampau terbantah dengan hadith di atas yang
mengidentifikasi bahwa golongan yang selamat (al-Firqah al-Nājiyah) adalah al-Sawād al-Acẓam;
jumlah terbanyak dan terbesar di tengah-tengah umat Islam. Oleh kerana itu, sangat aneh ketika
ada sekelompok orang pada masa ini yang jumlah mereka tidak lebih daripada beberapa juta saja
mendakwa dan menganggap bahwa merekalah golongan yang selamat dan selain mereka, iaitu
ratusan juta kaum muslimin yang bertentangan dengan mereka dikatakan sesat.

Golongan yang selamat yang juga merupakan golongan al-Sawād al-Acẓam (jumlah paling
ramai) secara langsung membantah tuntutan serta pengakuan mereka dan menyingkap
penyimpangan mereka. Pada dasarnya, seramai mana pun jumlah kelompok-kelompok sesat yang
menisbahkan diri mereka kepada Islam secara dusta, jumlah individu pengikutnya tidak akan
melebihi jumlah individu pengikut golongan yang selamat. Ini kerana golongan yang selamat akan
20

selalu menjadi jumlah terbanyak sepanjang masa, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah
dalam hadith yang dinyatakan di atas.

Jika kita lihat negeri-negeri kaum muslimin sekarang ini, kita akan mendapati bahwa al-
Sawād al-Acẓam (jumlah paling ramai) antara umat di rantau timur dan barat adalah al-Ashācirah
dan al-Māturīdiyah. Sebagai contoh saja negeri-negeri Melayu seperti Brunei, Indonesia, Malaysia
dan Selatan Thailand. Penduduknya dan para ulamanya sekarang mahupun di masa lalu adalah
penganut aqidah Ashācirah sejak kedatangan Islam ke negeri-negeri mereka yang dibawa oleh para
ulama Ashācirah. Bahkan lembaga-lembaga pendidikan tradisional hingga sekarang yang dikenali
sebagai “mahad” atau pesantren masih mengajarkan Sifat 20, sesuai pendekatan pelajaran tauhid
ulama Ashācirah dan Māturīdiyah. Mereka masih merujuk kerpada kitab-kitab Ashācirah dalam
aqidah seperti Jawharat al-Tawḥīd, al-Sanūsiyah, Sullam al-Mubtadī, al-Durr al-Thamīn,
Hidāyah al-Sālikīn, Maṭlac al-Badrayn, cAqīdat al-Nājīn, cAqīdat al-cAwām dan kitab-kitab lain
yang terkenal.

Para ulama terkenal di alam Melayu yang berpegang kepada ajaran Ashācirah dan
Māturīdiyah ialah:

• Syeikh Muhammad Zain bin Jalaluddin dari Aceh, pengarang kitab Bidāyat al-Hidāyah.
• Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fatani, pengarang kitab-kitab yang terkenal, antaranya
Sullam al-Mubtadī.
• Syeikh ‘Abdul Shamad dari Palembang.
• Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdurrahim, salah seorang ulama terkenal di Terengganu.
• Syeikh Tuan Manal Zainal ‘Abidin al-Fatani, pengarang kitab cAqīdat al-Nājīn.
• Syeikh Muhammad ‘Umar bin Nawawi al-Bantani, pengarang Sharḥ Sullam al-Tawfīq.
• Syeikh Muhammad Salih Darat, seorang ulama besar di Jawa dan sahabat Syeikh Nawawi
al-Bantani serta murid Ahmad Zaini Dahlan, yang menulis terjemahan dan penjelasan
terhadap Jawharat al-Tawḥīd.
• Syeikh Haji ‘Abdullah Fahim yang terkenal sangat berpegang teguh dengan aqidah
Ashācirah dan Māturīdiyah.
• Syeikh Wan Ali bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdul Ghafur Kutan al-Kelantani.
21

• Syeikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani pengarang kitab Maṭlac al-Badrayn.
• Syeikh Ahmad Khatib dari Minangkabau.
• Syeikh Husin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Tayyib al-Mas’udi dari Banjar,
pengarang kitab Hidāyat al-Mutafakkirīn.
• Syeikh Mukhtar bin ‘Atarid al-Batawi al-Bogori, menetap di Makkah dan pengarang kitab
Usuluddin I’tiqad Ahli Sunnah Waljama’ah.
• Syeikh Sirajuddin ‘Abbas; penulis buku I’tiqad Ahli Sunnah Waljama’ah.
• Syeikh Wan Isma’il bin ‘Abdul Qadir bin Mustafa al-Fatani, pengarang kitab Bakurah al-
Amani, al-Musnid al-Muhaddith Syeikh Yasin al-Fadani.
• Sultan Selangor ‘Alauddin Sulaiman Syah yang mengarang kitab yang disebutkan di
dalamnya aqidah Ashācirah.
• Raja Riau Haji ‘Abdullah bin al-Malik Ja’far, murid Syeikh Daud al-Fatani.
• Syeikh Ahmad al-Jabarti al-Makki, dan lain-lain.

Tidak syak lagi, pelbagai tradisi dan syiar-syiar Ahli Sunnah Waljama’ah memang
diadakan di negeri-negeri tersebut. Sambutan Maulud Nabi berlangsung dengan meriah dan
disambut oleh segenap lapisan masyarakat sama ada para pegawai kerajaan, orang awam dan juga
fakir-fakir miskin. Begitu juga bacaan qasidah-qasidah Tawassul seperti Burdahnya al-Bushiri,
Zikir Syaraf al-Anam, Nazam al-Barazanji dan lainnya. Para ulama di negeri-negeri tersebut tetap
konsisten dengan ajaran dan tradisi Ahli Sunnah Waljama’ah hingga sekarang, meskipun ada
sekelompok kecil yang menentang. Para ulama di Brunei Darussalam, Malaysia mahupun
Indonesia, yang penduduknya lebih daripada 200 juta, berpegang kepada ajaran Ashācirah dan
Shāficiyah.

Keadaan sebagian besar negeri-negeri kaum muslimin juga sama seperti Mesir, Iraq, Syria,
Lubnan, Palestin, Jordan, Tunisia, Maghribi, Hijaz, Libya, Algeria, Habsyah, Afrika, Turki,
Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Kaum muslimin di negara-negara tersebut adalah Ashācirah
dan Māturīdiyah. Bahkan majoriti kaum Muslimin di India dan China merupakan pengikut
Māturīdiyah dan mazhab Ḥanafī. Ini menunjukkan bahwa al-Ashācirah dan al-Māturīdiyah yang
berjumlah ratusan juta merupakan al-Sawād al-Acẓam dan al-Firqah al-Nājiyah sebagaimana yang
disampaikan oleh Nabi.
22

2.7.2 Pengertian Ahli Sunnah Waljama’ah

Nama Ahli Sunnah Waljama’ah telah digunakan oleh ulama salaf untuk menyebut al-Firqah al-
Nājiyah, golongan yang selamat yang dimaksud oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dalam hadith yang telah disebutkan. Al-Firqah al-Nājiyah, golongan yang selamat telah dikenali
dengan nama tersebut (Ahli Sunnah Waljama’ah) sejak zaman generasi Salaf dan nama tersebut
kekal hingga sekarang. Imam Abū Jacfar Aḥmad bin Salamah al-Ṭaḥāwī (227-331H) yang
merupakan salah seorang imam besar generasi al-Salaf al-Ṣāliḥ telah berkata di bagian
pendahuluan kitab aqidahnya yang masyhur:

.‫اع ِة‬
َ ‫َوالر َج َم‬ ُّ ‫ان َع ِقري َدةِ أ رَه ِل‬
‫السن َِّة‬ ِ ‫ه َذا ِذ ركر ب ي‬
ََ ُ

Maksudnya:
Ini adalah penuturan penjelasan tentang aqidah (keyakinan) Ahli Sunnah Waljama’ah.

Nama Ahli Sunnah Waljama’ah ini diambil oleh para ulama dari hadith-hadith Nabi yang
mulia. Penamaan golongan yang selamat dengan “Ahli Sunnah” diambil dari hadith-hadith Nabi
seperti hadith:

29
.‫ش ِه ري ٍد‬
َ ‫َج ُر‬ ِ ِ ِ ِ ُ ‫اَلرمتَم ِس‬
‫ك بِ ُسنَّت ري عرن َد فَ َساد أ َُّمت ري لَهُ أ ر‬ َُ

Maksudnya:
Orang yang berpegang teguh dengan sunnahku (syariatku) di saat rosaknya umatku maka baginya
(ia memperoleh) pahala (yang menyerupai pahala orang yang mati) syahid.

29
al-Ṭabaranī, al-Mucjam al-Awsaṭ, Kitāb al-cAyn, Bāb al-Mīm min Ismihi: Muḥammad, no. hadith 5572.
23

Maksud (‫سنَّتِـ ْي‬


ُ ) dalam hadith ini adalah pegangan agama Rasulullah. Oleh kerana al-Firqah
al-Nājiyah berpegang teguh dengan ajaran Nabi dan para sahabatnya, maka mereka dinamakan
Ahli Sunnah Waljama’ah.

Sedangkan sebutan “al-Jamācah” diambil dari beberapa hadith. Antaranya hadith:

‫ َم رن أ ََر َاد بُ رحبُ رو َحةَ الر َجن َِّة فَلريَ لرَزِم‬،‫َي أَبر َع ُد‬
ِ ‫اح ِد وُهو ِمن اَّلثرنَ ر‬
ِ ِ ِ ِ َ ‫َعلَري ُكم ِِبلر َجم‬
َ َ َ ‫اعة َوإ ََّي ُك رم َوال ُف ررقَةَ فَإ َّن الشرَّيطَا َن َم َع الر َو‬ َ ‫ر‬
30
.َ‫اعة‬
َ ‫الر َج َم‬

Maksudnya:
Bergabunglah selalu dengan al-Jamācah dan janganlah kalian berpecah belah (memisahkan diri),
kerana sesungguhnya setan itu lebih dekat dengan orang yang menyendiri dan dia dari dua orang
akan lebih jauh, barang siapa yang menginginkan tempat lapang di syurga maka hendaklah ia
menetapi (mengikuti) al-Jamācah.

Maksud “al-Jamācah” dalam hadith ini adalah Jamācat al-Muslimīn iaitu mayoriti umat
Islam.

Dari hadith-hadith yang telah disebutkan menjadi jelas bahwa Ahli Sunnah Waljama’ah
adalah al-Firqah al-Nājiyah dan mereka adalah majoriti (jumlah paling ramai) umat Muḥammad.
Mereka adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam prinsip-prinsip
keyakinan (Uṣūl al-Ictiqād), sebagaimana disebutkan dalam hadith Jibril di mana Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

.ِ‫ش ِره‬
َ ‫َو‬ ِ ‫اَ ِْلي ما ُن أَ رن تُ رؤِمن ِِبهللِ ومَلَئِ َكتِ ِه وُكتُبِ ِه ورسلِ ِه والي وِم‬
ِ‫اآلخ ِر وال َق َد ِر خ ِْيه‬
‫َر‬ ‫َ َُ ُ َ َ ر‬ ََ َ‫ر‬
31
َ َ

30
al-Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Kitāb al-Fitan can Rasūl Allah, Bāb mā Jā’a fī Luzūm al-Jamācah, no.
hadith 2165.
31
Muslim, Ṣaḥīḥ Muslim, Kitāb al-Īmān, Bāb Bayān al-Īmān wa al-Islām wa al-Iḥsān, no. hadith 1.
24

Maksudnya:
Iman adalah engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasul-Nya,
hari kiamat dan qadar Allah (serta al-Maqdur) yang baik dan buruk (H.R. Muslim)

Generasi terbaik Ahli Sunnah Waljama’ah adalah mereka yang hidup pada tiga abad
pertama hijriyah, merekalah yang dimaksud oleh hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

ِ َّ ِ َّ
.‫وَنُ رم‬
َ ُ‫يَل‬ ‫ين‬
َ ‫وَنُ رم ُُثَّ الذ‬ َ ‫َّاس قَ ررِِن ُُثَّ الذ‬
َ ُ‫ين يَل‬ ِ ‫َخ رْيُ الن‬
32

Maksudnya:
Abad (generasi) terbaik adalah (generasi) abad di mana aku hidup, kemudian orang-orang yang
hidup satu abad setelahku, kemudian orang-orang yang hidup satu abad setelahnya.

Kata (‫ )القَ ْر ُن‬maknanya adalah 100 tahun, pendapat ini yang dinilai kuat (rajih) oleh al-Ḥāfiẓ
Abū al-Qāsim ibn cAsākir dan lainnya.

Oleh kerana al-Ashācirah dan al-Māturīdiyah adalah majoriti umat yang berpegang teguh
dengan ajaran Nabi dan para sahabatnya, maka para ulama menyatakan beberapa penegasan.

al-Ḥāfiẓ Murtaḍā al-Zabīdī dalam Sharḥ Iḥyā’ cUlūm al-Dīn pada bab kedua menegaskan:

.ُ‫َوالر َماتُ ِرير ِديَّة‬ ُ‫َشاعَِرة‬


َ ‫اع ِة فَالر ُمَر ُاد بِ ِه رم األ‬ ِ ُّ ‫إِذَا أُطرلِق أَهل‬
َ ‫السنَّة َوالر َج َم‬ ُ‫َ ر‬

Maksudnya:

32
al-Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Kitāb al-Manāqib can Rasūl Allah, Bāb mā Jā’a fī Faḍl mā Raay al-Nabī,
no. hadith 3859.
25

Jika disebut Ahli Sunnah Waljama’ah maka yang dimaksud dengan mereka ini adalah al-Ashācirah
dan al-Māturīdiyah.

c
Allāmah Ibn c
Ābidīn, seorang ulama fiqh mazhab Ḥanafī dalam Ḥashiyahnya
menyatakan:

.ُ‫َوالر َماتُ ِرير ِديَّة‬ ُ‫َشاعَِرة‬


َ ‫اع ِة َوُه ُم األ‬ ِ ُّ ‫أَهل‬
َ ‫السنَّة َوالر َج َم‬ ‫ر‬

Maksudnya:
Ahli Sunnah Waljama’ah dan mereka adalah al-Ashācirah dan al-Māturīdiyah.

Imam Tāj al-Dīn al-Subkī berkata:

‫ َوإَِّلَّ فَ ُج رم ُه روُرَها َعلَى‬،‫َّج ِسري ِم‬ ِ ‫هذهِ الرم َذ ِاهب األَرب عةُ وهللِ الر حم ُد ِِف الع َقائِ ِد و‬
ِ ِ ‫اح َدةٌ إَِّلَّ من لَ ِحق ِمنر ها ِِب رَه ِل ر‬ ِ ‫و‬
‫اَّلعت َزال َوالت ر‬ َ َ ‫َر‬ َ َ ‫َ ُ رَ َ َ َ ر‬ َ
ِ ُّ ‫ وي ِدي نُ و َن هللِ بِرأر ِي َشي ِخ‬،‫ ي ِقُّرو َن ع ِقي َدةَ أَِب جع َف ٍر الطَّحا ِو ِي الَِِّت تَلَقَّاها العلَماء سلَ ًفا وخلَ ًفا ِِبلر َقب وِل‬،‫الرح ِق‬
‫السنَّة أِ ر‬
‫َب‬ ‫َ ر‬ ‫ُر ََ ر ر‬ ََ َ ُ َ ُ َ ‫ر‬ َ ‫َ ُ ر َ ر ر َر‬
.ٌ‫ضهُ إَِّلَّ ُم رب تَ ِدع‬
‫يُ َعا ِر ر‬ ‫الر َح َس ِن األَ رش َع ِر ِي الَّ ِذي لَ رم‬

Maksudnya:
Dan keempat-empat mazhab ini - Alhamdulillah - dalam aqidah yang sama, kecuali individu-
individu yang mengikuti pembawa aqidah Ictizāl dan Tajsīm. Kecuali individu-individu tersebut,
maka majoriti pengikut mazhab empat berada dalam kebenaran. Mereka mengakui kebenaran
aqidah Abū Jacfar al-Ṭaḥāwī yang diterima oleh para ulama salaf mahupun khalaf. Mereka
beragama kepada Allah dengan rumusan aqidah yang disusun oleh Syeikh al-Sunnah Abū al-
Ḥasan al-Ashcarī, tidak akan ada yang menentang beliau kecuali ahli Bid’ah.

Ini adalah penegasan dari Imam al-Subkī, bahwa al-Ashācirah adalah pengikut salaf yang
sebenarnya. Mereka mengakui kebenaran al-cAqīdah al-Ṭaḥāwiyah yang merupakan kesimpulan
keyakinan al-Salaf al-Ṣāliḥ. Al-Ashācirah juga tidak memunculkan aqidah baharu yang
26

bertentangan dengan aqidah para ulama salaf. Al-Ashācirah tidaklah seperti yang dikesan oleh
sebagian orang, bahwa Ashācirah mengikut para ulama khalaf dan tidak mengikut para ulama salaf.
Al-Ashācirah bukanlah seperti mereka yang sewenang-wenangnya mengaku sebagai pengikut para
ulama Salaf (Salafiyah), mereka mendakwa mengikuti aqidah al-Ṭaḥāwī namun mereka
membantah pengarangnya dalam Ḥashiyah-Ḥashiyah mereka, dan mereka juga mencaci al-
Ṭaḥāwī kerana perkataannya:

ِ ‫الرمب تَ َدع‬ ‫ت َك َسائِِر‬ ِ ‫َعض ِاء واألَدو‬


ِ ‫ َّلَ تَح ِوي ِه الر ِجهات‬،‫ات‬ ِ ِ ِ
.‫ات‬َ ‫ُر‬ ُّ ‫الس‬ ُ َ ‫ر ر‬ َ َ َ َ ‫اىل (أي هللا) َع ِن الر ُح ُد رود َوالغَ َاَيت َواأل رَرَكان َواأل ر‬
َ ‫تَ َع‬

Maksudnya:
Allah Maha suci dari ukuran-ukuran, batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar, anggota
badan yang kecil, yang tidak diliputi salah satu di antara enam arah penjuru mahupun semua arah
penjuru.

Dalam pernyataan ini al-Imam al-Ṭaḥāwī menegaskan aqidah para ulama Salaf yang
mensucikan Allah dari benda, anggota-anggota badan dan menempati tempat dan arah.

Ciri dan Prinsip Golongan yang Selamat

Salah seorang ulama paling terkenal yang membahas tentang ciri-ciri dan karakteristik al-Firqah
al-Nājiyah sebagai golongan yang selamat adalah seorang ulama, ahli Fiqh dan Usuluddin iaitu
Imam Abū Manṣūr cAbd al-Qāhir bin Ṭāhir al-Tamīmī al-Baghdadī yang juga merupakan salah
seorang ulama Ashācirah termasyhur pada zamannya dalam kitabnya yang masyhur, al-Farq bayn
al-Firaq. Buku ini sesungguhnya adalah penjelasan tentang hadith Iftirāq al-Ummah, dalam buku
ini beliau menjelaskan tentang golongan-golongan yang menyempal dari majoriti kaum muslimin,
mematahkan pendapat-pendapat mereka dan membantah mereka secara ringkas. Imam al-
Baghdādī kemudian membuat bab khusus untuk menjelaskan siapakah al-Firqah al-Nājiyah yang
dianggap sebagai golongan yang selamat. Salah satu perkara terpenting yang disampaikan dalam
kitab ini tentang sifat-sifat dan ciri-ciri al-Firqah al-Nājiyah sebagai golongan yang selamat iaitu:
27

ً‫َي فِررقَة‬ ِ ِ ِ َ ‫َن النَِِّب صلَّى هللا علَي ِه وسلَّم لَ َّما ذَ َكر افرَِت‬
َ ‫اق أ َُّمته بَ رع َدهُ ثََلَ ًَث َو َسربع ر‬
َ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ َ ‫قَ رد ذَ َك ررََن ِف البَاب األ ََّول م رن ه َذا الكتَاب أ َّ َّ َ ُ َ ر‬
ِ ِ ِ ‫الفرقَِة الن‬
َ ‫َّاجيَ ِة َو َع رن ِص َفتِ َها فَأ‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ‫وأَخَب أ‬
‫َش َار إِ َىل الَّذير َن ُه رم َعلَى َما َعلَريه ُه َو َوأ ر‬
ُ‫َص َحابُه‬ ‫َن ف ررقَةً َواح َدةً مرن َها ََنجيَةٌ ُسئ َل َع ِن ر‬ ََ ‫َ ر‬
‫اع ِة ِم رن فُ َق َه ِاء األ َُّم ِة‬ ِ ُّ ‫الصحاب ِة ر ِضي هللا عرن هم َغْي أَه ِل‬
َ ‫السنَّة َوالر َج َم‬
ِ ِ ِ ِ ِ
‫َولَ رسنَا ََن ُد اليَ روَم م رن فَرِق األ َُّمة َم رن ُه رم َعلَى ُم َوافَ َقة َّ َ َ َ َ ُ َ ُ ر ر َ ر‬
.‫الص َفاتِيَّ ِة‬
ِ ‫َوُمتَ َكلِ ِمري ِه رم‬

Maksudnya:
Kami telah menyebutkan pada bab pertama dari kitab ini bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
ketika menyebutkan tentang perpecahan umatnya setelahnya menjadi 73 golongan, beliau juga
mengkhabarkan bahwa satu dari golongan-golongan tersebut akan selamat. Ketika itu beliau
ditanya tentang al-Firqah al-Nājiyah dan sifat-sifatnya, beliau pun menyatakan bahwa mereka
adalah orang-orang yang mengikuti ajaran Nabi dan para sahabatnya. Sekarang ini, kita tidak
mendapatkan firqah yang sesuai dengan ajaran para sahabat kecuali Ahli Sunnah Waljama’ah
dalam kalangan ahli Fiqh umat Muhammad dan ahli Kalam yang menetapkan sifat-sifat bagi Allah
(al-Shifatiyah).

Kemudian Abū Manṣūr al-Māturīdī menyusun bab dengan judul ( ‫علَ ْي َها‬
َ ‫ت‬ ُ ُ ‫بَيَانُ اۡل‬
ْ ‫ص ْو ِل الَّتِ ْي ا ْجت َ َم َع‬
ُّ ‫“ )أ َ ْه ُل ال‬Penjelasan tentang prinsip-prinsip aqidah yang disepakati oleh Ahli Sunnah”. Beliau
‫سنَّ ِة‬
berbicara panjang lebar dalam menjelaskan perkara tersebut. Secara ringkasnya, dapat
disimpulkan bahwa:

1. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat untuk menetapkan adanya hakikat segala sesuatu dan
hakikat ilmu, berbeza dengan kalangan Sofis (ُ‫طائِيَّة‬
َ ‫)الس ُّْو ْف ْس‬.

2. Ahlu Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa alam seluruhnya adalah baharu dan alam
bukanlah Allah dan bukan pula sifat-sifat Allah, berbeza dengan para ahli Falsafah,
kalangan Bāṭiniyah dan golongan seumpamanya seperti orang-orang yang menganut
fahaman Wujūdiyah yang disepakati oleh kaum muslimin untuk menyesatkan mereka dan
pengikut-pengikut mereka, sebagaimana ditegaskan oleh para ulama Ahli Sunnah
28

Waljama’ah dalam kalangan para ulama Sufi seperti al-Junayd al-Baghdādī, al-Sayyid
Aḥmad al-Rifācī dan lainnya.

3. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah merupakan Pencipta segala sesuatu,
Allah yang menciptakan para hamba dan perbuatan-perbuatan mereka, berbeza dengan
golongan Muktazilah.

4. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah tidak memiliki permulaan adaNya.
Allah Maha Suci daripada ukuran, batas akhir dan jisim serta sifat-sifat jism, berbeza
dengan golongan Karramiyah.

5. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah mustahil disifati dengan bentuk, gambar
dan anggota badan, berbeza dengan Dawud al-Hawwal dan para pengikutnya.

6. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak
dilalui oleh perjalanan masa, berbeza dengan perkataan sebagian dari golongan
Karramiyah yang mengatakan bahwa Allah melekat dan menyentuh ‘Arsy.

7. Ahli Sunnah Waljama’ah sepakat mensucikan Allah daripada sifat bergerak dan diam,
berbeza dengan golongan Hishāmiyah.

8. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah tidak memerlukan makhluk, tidak
mengambil manfaat dari makhluk dan tidak menjauhkan marabahaya dari zatNya dengan
makhluk, berbeza dengan perkataan orang-orang Majusi.

9. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah satu (bukan dari segi bilangan), tidak
ada sekutu bagiNya, berbeza dengan golongan al-Thanwiyah dalam kalangan Majusi.

10. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa ilmu Allah, kekuasaanNya, hidupNya,
kehendakNya, pendengaranNya, penglihatanNya dan kalamNya adalah sifat-sifat Allah
29

yang azali (tidak bermula) dan abadi (tidak berpenghabisan), berbeza dengan golongan
Muktazilah yang menafikan sifat-sifat Allah.

11. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah akan dilihat oleh orang-orang mukmin
di akhirat tanpa disifati dengan sifat-sifat makhluk, tanpa tempat dan tanpa arah, berbeza
dengan golongan Qadariyah dan Jahmiyah.

12. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa kalam Allah Subhanahu Wata’ala adalah sifat
Allah yang azali, bukan makhluk dan tidak diciptakan dan bukan baharu, berbeza dengan
perkataan Qadariyah yang mendakwa bahwa Allah menciptakan kalamNya pada jism
(benda) tertentu, berbeza dengan perkataan Karramiyah bahwa kalam Allah baharu
(muncul) pada zatNya.

13. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Allah mengutus para rasul kepada para
hambaNya, berbeza dengan golongan Barahimah. Rasul pertama adalah Adam dan rasul
terakhir adalah Muhammad selawat dan salam Allah semoga tercurahkan kepada mereka
semua.

14. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa para Nabi lebih mulia dari para wali, berbeza
dengan pendapat yang mengganggap di antara para wali ada yang lebih mulia dari para
Nabi.

15. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa Abū Bakr adalah khalifah yang sah setelah
Rasulullah.

16. Ahli Sunnah Waljama’ah bersepakat bahwa nama iman tidak akan hilang kerana sebuah
dosa di bawah kekufuran. Barangsiapa yang melakukan perbuatan dosa di bawah
kekufuran maka ia dihukumi sebagai muslim, akan tetapi dinilai fasiq kerana dosanya,
berbeza dengan golongan Khawarij.
30

17. Ahli Sunnah tidak saling mengkafirkan di antara mereka, dan tidak ada di antara mereka
perbezaan yang mengakibatkan keterlepasan dari sebagian yang lain dan mengkafirkannya.

MADRASAH ASHĀCIRAH DAN MĀTURIDIYAH

Mengenal Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī

Abū Ḥasan cAlī bin Ismācīl bin Abī Bisyr Isḥāq bin Sālim bin Ismācīl bin cAbd Allah bin Mūsā bin
Bilāl bin Abū Burdah bin Amīr bin Abū Mūsā al-Ashcarī. Dilahirkan pada tahun 206H di kota
Basrah dan wafat pada tahun 324H, memang ada perbezaan pendapat tentang waktu lahir dan
wafat beliau. Al-Ashcarī Rahimahullah meninggal dunia di Baghdad dan dimakamkan di antara
kota Karkh dan Babul Bashrah.

Imam al-Ashcarī adalah seorang sunni dari keluarga Ahli Sunnah Waljama’ah, di awal
kehidupannya mempelajari aliran Muktazilah dari Abū cAlī al-Jubbai (W. 303H), akan tetapi
dengan pengamatannya yang cermat dan akalnya yang cerdik, ia dapat mencerna keadaan yang
sesungguhnya. Ia melihat begitu lebar perbezaan antara Ahli Sunnah dan Muktazilah dan
perbezaan tersebut terus melebar. Maka Imam Ashcarī mengumumkan bahwa ia melepaskan diri
dari Muktazilah dan kembali ke Ahli Sunnah, beliau mengambil jalan tengah antara taṣbīh
(keyakinan yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya) dan ta’tīl (Muktazilah). Sikap ini
ternyata dapat diterima secara luas oleh kaum muslimin pada umumnya.

Inilah jalan yang dirintis oleh Imam al-Ashcarī, kemudian dilanjutkan selepas itu oleh para
pengikutnya yang banyak sekali. Mereka meyakini pendekatan al-Ashcarī dan mengikuti jalannya.
Mereka adalah para ulama Islam terpilih di masa mereka dan tokoh-tokoh mulia seperti:

• Al-Qāḍī Abū Bakr al-Bāqillānī


• Ibn Furāq
• Abū Isḥāq al-Isfarāyīnī
• c
Abd al-Qāhir al-Baghdādī
• Al-Qāḍī Abū al-Ṭayyib al-Ṭabarī
31

• Abū Bakr al-Bayhaqī


• Abū al-Qāsim al-Qushayrī
• Abū Isḥāq al-Shīrāzī
• Imam al-Ḥarāmayn Abū al-Macālī al-Juwaynī, pimpinan Madrasah al-Nizamiyah di
Baghdad.
• Imam al-Ghazālī
• Ibn Tūmart al-Maghrib, murid al-Ghazālī yang menyebarkan aqidah Ahli Sunnah
Ashācirah di Maghribi.
• al-Shahrastānī dan para ulama besar lainnya yang sangat banyak, mereka menguraikan
aqidah Ashācirah, menyusunnya secara rapi dan sistematik dan membelanya dengan dalil-
dalil dan argumentasi-argumentasi naqli dan aqli. Mereka berjasa besar dan memberikan
pengaruh yang luas dalam keberhasilan pendekatan madrasah Ashācirah dan
penyebarannya, dan lain-lain.

Imam Tāj al-Dīn al-Subkī berkata: Ketahuilah bahwa Abū Ḥasan al-Ashcarī tidak pernah
mencetuskan pemikiran baharu dan tidak mengasaskan sebuah mazhab baru. Beliau tidak lain
hanyalah menjelaskan semula terhadap mazhab Salaf serta membela ajaran yang diyakini oleh
para sahabat Rasulullah. Penisbahan kepadanya sesungguhnya hanya disebabkan kerana ia
merangkum semula dan menyusun aqidah Islam yang diwariskan oleh ulama Salaf, kemudian
berpegang teguh dengannya serta menegakkan dalil dan dakwaannya.

Di bagian lain, Imam Tāj al-Dīn al-Subkī berkata: Al-Mayurqī berkata: Imam Abū Ḥasan
al-Ashcarī bukanlah orang yang pertama kali berbicara mempertahankan Ahli Sunnah
Waljama’ah. Beliau hanya mengikuti jalan para ulama sebelumnya dan membela mazhab yang
sudah dikenali sebelumnya. Imam al-Ashcarī hanya menambahkan penjelasan dan dalil-dalil
daripada mazhab tersebut. Beliau tidak mencetuskan pemikiran peribadinya dan tidak membuat
mazhab khusus yang tersendiri. Tidakkah anda melihat bahwa orang yang mengikuti mazhab
penduduk Madinah dinisbahkan kepada Imam Mālik dan orang yang mengikuti mazhab penduduk
Madinah disebut Mālikī (pengikut mazhab Mālikī). Sedangkan Imam Mālik hanya mengikuti para
ulama Madinah sebelumnya dan beliau hampir selalu mengikuti mereka. Akan tetapi, oleh kerana
memberikan tambahan penjelasan dan pengajaran mazhab tersebut maka mazhab para ulama
32

Madinah dinisbahkan kepada beliau. Begitu juga Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī, tidak ada bezanya.
Peranan beliau tidak lain hanyalah menerangkan, menjelaskan dan menulis pelbagai rujukan
tentang mazhab yang disepakati oleh ulama Salaf.

Imam al-Bayhaqī berkata: Hingga telah sampai giliran (membela ajaran Ahli Sunnah)
kepada syeikh kita Abū Ḥasan al-Ashcarī Rahimahullah, dan tidaklah beliau merubah agama Allah
sedikitpun dan tidaklah ia datangkan perkara baharu, akan tetapi beliau mengambil perkataan
sahabat, tabi’in dan ulama sebelum mereka yang berkaitan dengan agama, kemudian beliau
menguatkannya dengan menambah penjelasan. Sesungguhnya apa yang mereka katakan dan apa
yang telah datang dalam syariat dalam masalah asas agama semua itu adalah perkara yang
dibenarkan oleh akal sehat. Ini berbeza dengan apa yang disangka oleh orang-orang ahli Ahwa’
(kelompok sesat); yang berprasangka bahwa ada beberapa ajaran syariat yang tidak rasional.

Rumusan dan penjelasan Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī terhadap aqidah Ahli Sunnah
Waljama’ah ini turut memperkuat perkataan para imam terkemuka sebelumnya, seperti Imam Abū
Ḥanīfah dan Imam Sūfyān al-Thawrī dari penduduk Kufah, Imam al-Awzācī dan selainnya dari
penduduk Syam (Syria), Imam Mālik dan Imam Shāficī dari penduduk wilayah Mekah, Madinah
dan sekitarnya, termasuk para imam terkemuka di wilayah Hijaz dan lainnya, seperti Imam Aḥmad
bin Ḥanbal dari ulama ahli Hadith, Imam al-Layth bin Sacad di samping Imam Abū cAbd Allah
Muḥammad bin Ismācil al-Bukhārī dan Imam Abū al-Ḥusīn Muslim bin al-Ḥajjāj al-Naysābūrī
yang merupakan dua imam ahli hadith terkemuka.

Tāj al-Dīn al-Subkī, dalam memberi komen terhadap sebagian tulisan dari kitab karya al-
Bayhaqī yang telah kita kutip, berkata: Dan kitab tersebut dan aku benar-benar mengetahui bahwa
penulisnya (iaitu al-Bayhaqī) adalah orang yang memiliki kekuatan hafalan, beragama sangat baik,
warak, memiliki wawasan luas, pengetahuan, terpercaya (thiqah), amanah dan sangat berdaya
saing di mana beliau telah menyimpulkan sesungguhnya para sahabat dan orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik dari para Fuqaha dan para Muhaddith, semuanya sejalan dengan
aqidah Imam al-Ashcarī, dan tentulah Imam al-Ashcarī di atas aqidah mereka semua, beliaulah
yang telah membela aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah dan menyelamatkan kemurniaannya
daripada tangan-tangan perosak yang batil.
33

Imam Abū Isḥāq al-Isfarāyīnī berkata: Aku di hadapan Abū al-Ḥasan al-Bāhilī umpama
setitis air dibandingkan dengan lautan dan aku telah mendengar al-Bāhilī berkata: Aku di hadapan
Syeikh Abū al-Ḥasan seperti setitis air dibandingkan dengan lautan.

Pembela aqidah umat Islam (Lisān al-Ummah) al-Qāḍī Abū Bakr al-Bāqillānī berkata:
Keadaanku yang paling utama adalah saat aku memahami perkataan Abū Ḥasan al-Ashcarī.

Imam Abū al-Qāsim al-Qushayrī berkata: Ulama hadith sepakat bahwa Abū Ḥasan cAlī bin
Ismācil al-Ashcarī adalah imam (pimpinan) para imam ahli Hadith, mazhab beliau adalah mazhab
ahli Hadith. Beliau berbicara mengenai asas agama dengan metode Ahli Sunnah Waljama’ah.
Beliau giat membantah golongan-golongan sesat dan berbagai ahli bid’ah. Beliau laksana pedang
yang menghunus orang-orang Muktazilah, golongan sesat dan golongan berfahaman di luar Islam.
Maka barangsiapa mencacinya, menghinanya atau melaknatnya maka bererti sama saja ia telah
mencaci-maki Ahli Sunnah Waljama’ah secara keseluruhan.

Al-Hafiz Abū Bakr al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam kitab Tarīkh Baghdād telah menuliskan
biografi Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī, berkata: Abū Ḥasan al-Ashcarī seorang ulama ahli Kalam
terkemuka, banyak menulis kitab dan karya-karya dalam membantah golongan yang sesat seperti
Muktazilah, Jahmiyah, Khawarij dan semua golongan ahli bid’ah.

Sejarawan terkemuka (al-Mu’arrikh) Ibn al-cImād al-Ḥanbalī menggambarkan sosok Abū


Ḥasan al-Ashcarī sebagai Imam, al-cAllāmah, lautan ilmu, pakar kalam terkemuka (al-
Mutakallim), penulis pelbagai karya. Lalu Ibn al-cImād berkata: Beliau yang telah menyinari Ahli
Sunnah Waljama’ah dan menggelapkan bendera kaum Muktazilah dan Jahmiyah. Beliau yang
telah menjelaskan jalan Ahli Sunnah Waljama’ah yang terang dan menyejukkan ahli Iman dengan
cahaya ma’rifah.
34

Mengenali Abū Manṣūr al-Māturīdī

Salah satu huraian paling sesuai tentang biografi Imam Abū Manṣūr al-Māturīdī adalah huraian
pakar hadith Muḥammad Murtaḍā al-Zabīdī dalam kitabnya yang terkenal Itḥāf al-Sādah Muttaqin
bi Sharḥ Iḥyā’ cUlūm al-Dīn, kitab penjelasan bagi karya Imam al-Ghazālī.

Menurutnya, Imam Abū Manṣūr al-Māturīdī adalah Muḥammad bin Muḥammad bin
Maḥmūd al-Ḥanafi, seorang ahli Teologi terkemuka (Mutakallim). Nama Māturīd juga disebut
Matrit, sebuah perkampungan wilayah di Samarkand. Beliau dikenali sebagai Imām al-Hudā.
Beliau adalah imam yang agung, pembela agama dan pejuang aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah.
Dalam perdebatannya dengan Muktazilah dan para ahli bid’ah beliau telah mengalahkan mereka,
dan menjadikan mereka terdiam.

Beliau menimba ilmu dari Imam Abū Naṣr al-cIyāḍī dan mengarang beberapa kitab di
antaranya al-Tawhīd, al-Maqālāt, Radd Awā’il al-Adillah li al-Kacbī, Bayān Wahm Muctazilah,
Ta’wīl al-Qur’ān dan sebagainya. Kitabnya begitu unggul dan belum yang ada yang berupaya
menandingi dalam lapangan ilmu yang sama.

Beliau wafat tahun 333H tidak lama setelah wafatnya Abū Ḥasan al-Ashcarī dan makamnya
terletak di Samarkand. Keterangan tersebut ditulis oleh al-Ḥāfiẓ Quṭub al-Din cAbd al-Karīm bin
al-Munīr al-Ḥalabī al-Ḥanafī.

c
Allāmah al-Zabīdī berkata: Dan aku mendapatkan di beberapa kitab ensiklopedi
(mawsūcāt) adanya tambahan Muḥammad bin Maḥmūd dan al-Anṣārī dalam nasabnya. Jika benar
demikian maka tidak ada keraguan pada dirinya bahwa dialah pembela al-Sunnah, pemusnah
bid’ah dan penegak syariat. Sebagaimana gelarannya menunjukkan akan perkara tersebut. Saya
menemukan di beberapa perkataan sebagian para guru tasawufnya tentangnya iaitu: Dia
merupakan rujukan umat pada zamannya. Di antara gurunya adalah Imam Abū Bakr Aḥmad bin
Isḥāq bin Ṣāliḥ al-Jurjānī, Imam Naṣr bin Yaḥyā al-Balkhī dan Muḥammad bin Muqātil al-Rāzī
yang merupakan seorang kadi daerah Rai yang meriwayatkan hadith dari Wakīc.
35

Adapun Abū Bakr al-Jurjānī, Abū Naṣr al-cIyāḍī, Naṣr bin Yaḥyā semuanya menimba ilmu
dari Imam Abū Sulaymān Mūsā bin Sulaymān al-Jurjānī. Beliau belajar dari dua imam. Abū Yūsuf
dan Muḥammad bin al-Ḥasan. Muḥammad bin Muqātil dan Naṣr bin Yaḥyā dari dua imam iaitu
Abū Muṭīc al-Ḥakam bin cAbd Allah al-Balkhī dan Abū Mu’qat al-Hafṣ bin Muslim al-
Samarqandī. Dan Muḥammad bin Muqātil dari Muḥammad bin al-Ḥasan dan mereka berempat
mengambil dari Imam Abū Ḥanīfah. Demikian penjelasan Imam Zabīdī Rahimahullah.

c
Abd al-Qādir bin Muḥammad bin Abū Wafā’ al-Qurashī al-Ḥanafī menyatakan dalam
kitabnya al-Jawāhir al-Muḍiyah fī Ṭabaqāt al-Ḥanafiyah bahwa Muḥammad bin Muḥammad bin
Maḥmūd Abū Manṣūr al-Māturīdī disebutkan oleh pengarang Ṣāḥib al-Hidāyah beliau termasuk
ulama besar, ia belajar dari Abū Naṣr al-cIyāḍī. Beliau juga dikenali sebagai Imam al-Hudā.
Penuturan yang sama disampaikan oleh Ibn Qaṭlubughā dalam kitab Tāj Tarājim fī man Ṣannafa
min al-Ḥanafiyah.

Dalam kitab al-Fawā’id al-Bahiyah fī Tarājim al-Ḥanafiyah karangan c


Allāmah
Muḥammad cAbd al-Ḥayy al-Laknawī al-Hindī ada menyatakan bahwa Muḥammad bin
Muḥammad bin Maḥmūd Abū Manṣūr al-Māturīdī yang merupakan seorang Imam Mutakallimīn
dan pembela aqidah Muslimin memiliki karangan-karangan bermutu tinggi serta membantah
kebohongan para penganut aqidah yang sesat.

ULAMA ASHĀCIRAH DAN MĀTURĪDIYAH

Antara ulama Ashācirah dan Māturīdiyah:

1. Ahli Tafsir dan al-Qur’an:


Al-Jashshās, Abū cAmrū al-Dānī, al-Qurṭubī, al-Kiyā’ al-Harāsī, Ibn al-cArabī, al-Razī, Ibn
c
Aṭiyah, al-Maḥallī, al-Bayḍāwī, al-Thaclabī, Abū Ḥayyān, Ibn al-Jazarī, al-Samarqand, al-
Zarkashī, al-Suyūṭī, al-Zarkānī, al-Nasafī dan al-Qāsimī.

2. Ahli Hadith:
36

Al-Dāruquṭnī, al-Ḥākim, al-Bayhaqī, al-Khaṭīb al-Baghdādī, Ibn cAsākir, al-Khaṭṭābī, Abū


Nucaym al-Aṣbahānī, al-Samcānī, Ibn al-Qaṭṭān, al-Qāḍī cIyāḍ, Ibn Ṣalāḥ, al-Mundhir, al-
Nawawī, al-Haithamī, al-Mizzī, Ibn Ḥajar, Ibn Munīr, Ibn Baṭṭāl, al-cIrāqī, Ibn Jamācah,
al-cAynī, al-cAllā’i, Ibn al-Mulaqqan, Ibn Daqīq al-cĪd, Ibn al-Zamlakānī, al-Suyūṭī, al-
Zailacī, Ibn cAlān, al-Sakhāwī, al-Manāwī, cAlī al-Qārī, al-Jalāl al-Dawānī, al-Bayqūnī, al-
Laknawī, al-Zabīdī dan sebagian besar pensyarah al-Ṣaḥīḥayn serta pensyarah al-Sunan.

3. Ahli Fiqh dan Usul Fiqh:


Dari Mazhab Ḥanafī ialah Ibn Nujaym, al-Kasānī, al-Sarkhasī, al-Zaylacī, al-Haṣkafī, al-
Mirghīnānī, al-Kamāl bin Himām, al-Sharnablālī, Ibn Amīr al-Ḥāj, al-Bazdawī, al-
Khādimī, cAbd al-cAzīz al-Bukhārī, Ibn al-cĀbidīn dan sebagian besar ulama Asia Tengah.

Dari mazhab al-Malikiyah ialah Ibn Rushdī, al-Qarrāfī, al-Shāṭibī, Ibn al-Ḥājib, Khalīl, al-
Dardīr, al-Dasūqī, Zurūqī, al-Laqqānī, al-Zarqānī, al-Nafrāwī, Ibn Jizzī, al-cAdawī, Ibn al-
Ḥāj, al-Sanūsī, al-Laythī, sebagian besar al-Shanāqiṭah dan ulama Maghribi.

Dari mazhab al-Syafi’iyah ialah al-Juwaynī, Imam al-Ḥarāmayn, al-Shāzī, al-Ghazālī, al-
Āmidī, al-Shīrāzī, al-Isfarāyīnī, al-Bāqillānī, al-Mutawallī, al-Samcānī, Ibn al-Ṣalāḥ, al-
Nawawī, al-Rāficī, al-cIzz bin cAbd al-Salām, Ibn Daqīq al-cĪd, Ibn al-Rifcah, al-Azracī, al-
Asnawī, al-Subkī, Tāj al-Dīn, al-Baiḍāwī, al-Ḥuṣnī, Zakariyā al-Anṣārī, Ibn Ḥajar al-
Haitamī, al-Ramlī, al-Sharbīnī, al-Maḥallī, Ibn al-Muqrī, al-Bujayrimī, al-Bayjūrī, Ibn al-
Qāsim al-cIbādī, Qulyūbī, cUmayrah, Ibn Qāsim al-Ghazzī, Ibn Naqīb, al-‘Atharī al-
Bunānī, al-Dimyāthī dan penduduk daerah Ahdal.

4. Ahli Tarikh dan Biografi


al-Qāḍī cIyāḍ, al-Muḥibbuṭ Ṭabarī, Ibn cAsākir, al-Khaṭīb al-Baghdādī, Abū Nucaym al-
Aṣbahānī, Ibn Ḥajar, al-Mizzī, al-Suhaylī, al-Ṣāliḥī, al-Suyūṭī, Ibn Athīr, Ibn Khaldūn, al-
Tilimsānī, al-Qasṭalānī, Ibn Khalīkan, Ibn Qāḍī Shuhbah dan Ibn Nāṣir al-Dīn.

5. Ahli Bahasa
37

al-Jurjānī, al-Qazwīnī, Abū al-Barāk al-Anbārī, al-Suyūṭī, Ibn Mālik, Ibn cAqīl, Ibn
Hishām, Ibn Manẓūr, al-Fayrūzābādī, al-Zabīdī, Ibn al-Ḥājib, Abu Ḥayyān, Ibn al- Athīr,
al-Ḥamawī, Ibn Fāris, al-Kafrāwī, Ibn Ājurūm, al-Khaṭṭāb dan al-Ahdal.

6. Pemimpin Umat
Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyūbī, al-Muẓaffar Qaṭz, al-Ẓāhir Bībris, Sultan Muḥammad al-Fātiḥ
pemimpin pada zaman pemerintahan al-Ayyūbī dan pemimpin pada zaman pemerintahan
khilafah cUthmāniyah.

Setelah disebutkan sebagian nama para ulama Ashācirah dan Māturīdiyah dalam setiap
disiplin ilmu pengetahuan, mungkin akan muncul pertanyaan yang dilontarkan. Apa tujuan
sebenarnya celaan yang dilontarkan kepada Ashācirah dan Māturīdiyah?

Sudah merupakan kebiasaan bahwa yang mencela Ashācirah dan Māturīdiyah secara
mutlak bererti ia telah mencela ulama Islam. Dalam erti kata yang lain, ia telah meragukan dan
mencela agama Islam. Kerana mata rantai emas dari sanad yang menghubungkan kita kepada tabi’
tabi’in, tabi’in dan para sahabat Baginda, haruslah diyakini perantara terpenting yang murni dalam
penyampaian agama. Tidak boleh diragukan lagi kebenaran tersebut. Kerana jika tidak, maka pasti
akan dengan mudah masuknya penyelewengan dalam penyampaian. Apa lagi jika kekurangan ini
ada pada suatu kelompok atau golongan yang membawa pemikiran dan keyakinan menyalahi asas-
asas keyakinan yang dipegang oleh semua muslim dari Nabi Adam dan nabi-nabi yang lain hingga
Nabi Muḥammad. Semoga selawat dan salam Allah tetap tercurah kepada mereka.

Sesungguhnya aqidah Islam yang menggabungkan semua umat yang asas-asas asasnya
adalah tauhid, mensucikan Allah dari menyerupai makhluk merupakan perkara yang diyakini para
malaikat dan hingga saat ini seluruh muslimin meyakininya. Kerana ia adalah aqidah yang
diperintahkan Allah dengannya dan menurunkannya sebagai asas setiap syariat dan Kutub
Samawiyah dan akal sihat membuktikan kebenarannya.
38

Celaan terhadap Imam al-Ashcarī dan Ashācirah sebenarnya bukanlah celaan terhadap
individu mereka saja, akan tetapi lebih dari itu. Yang dimaksudkan adalah cacian apa yang mereka
bawa dan mereka yakini. Hingga para radikal dan orang-orang yang menginginkan penyelewengan
terhadap agama ini mudah dalam mengaplikasikan kerosakan yang mereka inginkan. Biasanya
yang mereka jadikan perantara yang menggiurkan adalah pemberian wang secara percuma seperti
memberikan biasiswa, pemberian gaji setiap bulan, melancong percuma, pemberian hadiah yang
sangat berharga dan sebagainya yang meliputi pelbagai cara.

Sesungguhnya mengikuti al-Salaf al-Ṣaliḥ adalah perkara terpuji, akan tetapi harus dengan
penuh ketelitian dan kepastian. Disebabkan perkataan, perbuatan dan keyakinan tersebut
merupakan perkataan, perbuatan dan keyakinan orang-orang salaf sebelum kita dan tidak sebatas
nama untuk mengaburi orang awam. Asas terpenting untuk menjaga kemurnian ini adalah
menukilkan dengan benar disertai ketepatan, amanah dan talaqqi (belajar langsung) dari guru yang
memiliki guru, dari orang yang thiqah pada orang yang thiqah, zaman khalaf dari salaf. Tidak
sepatutnya sama sekali menghapus sebagian mata rantai keilmuan dan mencelanya kemudian
langsung melompat kemasa salaf atas nama pengikut salaf.

Maka hendaklah kita memerhatikan perkara yang sangat keliru ini. Hal tersebut menjadi
kesempatan bagi yang ingin memasukkan suatu keburukan yang tidak sepatutnya, bahkan
merupakan penipuan terhadap para al-Salaf al-Ṣaliḥ, ahli abad ketiga hijriah. Telah nampak di
media massa jenayah pembunuhan kejam di samping pengeboman diri yang mengakibatkan
terbunuhnya para wanita, anak-anak dan orang yang tidak bersalah dan semuanya didalangi oleh
syiar yang menyatukan mereka dengan masa salaf secara dusta. Mereka membuka kesempatan
menjadikan orang berani memburuk-burukkan ulama al-Salaf al-Ṣaliḥ bahkan pada pimpinan kita
yang mengajarkan kita peradaban dan kesederhanaan baginda Muḥammad Rasulullah.
Pencemaran cahaya sejarah umat Islam dengan ilmu pengetahuan dan keterbukaan terhadap semua
yang baik, serta gambaran bahwa umat Islam memiliki sejarah berdarah atas tema pentakfiran,
pembunuhan dan pengeboman adalah tujuan buruk yang diinginkan untuk merosak nama baik
muslimin dari masa ke masa. Maka tidak sepatutnya kita menjadi alat dalam gerakan tersebut.
39

MADRASAH ASHĀCIRAH DAN MATURĪDIYAH ADALAH AHLI SUNNAH


WALJAMA’AH

Khabar Gembira dari Nabi Atas Kebenaran al- Ashācirah dan al-Maturīdiyah

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

َ ٍ‫علَى ۡٱل ُم ۡؤ ِمنِينَ أَ ِع َّزة‬


‫علَى‬ َّ ‫ف يَ ۡأتِي‬
َ ‫ٱّللُ ِبقَ ۡو ٖم ي ُِحبُّ ُه ۡم َوي ُِحبُّونَ ٓۥهُ أَ ِذلَّ ٍة‬ َ ‫س ۡو‬َ َ‫عن دِينِِۦه ف‬َ ‫َٰيَٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ َمن يَ ۡرتَدَّ ِمن ُك ۡم‬
33
َّ ‫شا ٓ ۚ ُء َو‬
َ ‫ٱّللُ َٰ َو ِسع‬
.‫ع ِليم‬ َ ‫ٱّلل ي ُۡؤتِي ِه َمن َي‬ ِ َّ ‫ض ُل‬ ۡ َ‫َلئِ ٖ ۚم َٰذَلِكَ ف‬
ٓ َ َ‫ٱّلل َو ََل َيخَافُونَ لَ ۡو َمة‬
ِ َّ ‫س ِبي ِل‬ َ ‫ۡٱل َٰ َك ِف ِرينَ يُ َٰ َج ِهدُونَ فِي‬

Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka
(ketahuilah bahwa) Allah akan mendatangkan suatu kaum (lain) yang dikasihiNya dan mereka
pula mengasihiNya, (mereka itu) bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman tetapi
bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjuang pada jalan Allah dan yang tidak takut
kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah limpah kurnia Allah yang dianugerahkanNya
kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah sangat luas limpah kurniaNya lagi Maha
mengetahui.

al-Hafiz Ibn cAsākir dalam Tabyin Kadzib al-Muftari dan al-Ḥākim dalam al-Mustadrak
meriwayatkan bahwa setelah turunnya surah al-Mā’idah ayat 54.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

.‫سى‬
َ ‫ُم رو‬ ‫ك ََي أ ََِب‬
َ ‫ُه رم قَ روُم‬

Maksudnya:
Mereka adalah kaummu wahai Abū Mūsā.

33
al-Qur’an, al-Mā’idah 5:54.
40

Dan Rasulullah menunjuk dengan tangannya kepada Abū Mūsā al-Ashcarī. al- Ḥākim
berkata: Hadith ini hadith yang sahih berdasarkan syarat Imam Muslim, dan juga diriwayatkan
oleh Imam al-Ṭabarī dan Ibn Abī Hatim dalam Tafsīrnya, Ibn Sacad dalam Thabaqatnya dan al-
Ṭabarānī dalam al-Mucjam al-Kabīr, al-Haithamī dalam Majmac al-Zawā’id berkata: Dan para
perawinya dapat dipercayai Imam Qushayrī berkata: Pengikut Abū Ḥasan al-Ashcarī termasuk dari
kaumnya, kerana kata “kaum” ketika dinisbatkan kepada seorang Nabi maka yang dimaksud
dengannya adalah para pengikutnya, diriwayatkan oleh al-Qurṭubī dalam Tafsīrnya.

Imam al-Bayhaqī berkata: Hal tersebut disebabkan Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī
Radliyallahu ‘Anhu mempunyai keutaman yang agung dan marabat yang mulia. Beliau termasuk
dari kaum Abū Mūsā dan keturunannya yang diberikan ilmu dan pemahaman yang bagus, serta
keistimewaan yang lebih dari selain dalam membela sunnah dan memberantas bid’ah dengan
menampakkan dalil dan membantah syubhat. Disebutkan oleh Ibn cAsākir dalam Tabyīn Kadhib
al-Muftarī.

Imam al-Bukhārī menyebutkan dalam Ṣaḥīḥnya: Bab tentang kedatangan al-Ashcariyin dan
penduduk Yaman, Abū Mūsā berkata tentang Nabi:

.‫من ُه رم‬ ‫ُه رم ِم ِ رين َوأ َََن‬

Maksudnya:
Mereka bagian dariku dan aku bagian dari mereka.

Setelah turunnya ayat ini datanglah perahu-perahu al-Ashcariyin dan kabilah-kabilah


Yaman. Imam al-Bukhārī meriwayatkan dalam Ṣaḥīḥnya dari hadith Abī Hurayrah, dari Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau bersabda:

.ٌ‫رمةُ َيََانِيَة‬ ِ ٍ ََ‫َضعف قُلُوِب وأَر ُّق أَفرئِ َدةً الر ِف رقه َي‬
َ ‫َوا رحلك‬ ‫ان‬ ُ َ َ ً ُ َ ‫أ َََت ُك رم أ رَه ُل الريَ َم ِن ُه رم أ ر‬
41

Maksudnya:
Penduduk yaman datang kepada kalian, mereka orang yang lemah lembut, keimanan dan hikmah
terdapat pada orang Yaman.

Imam al-Bukhārī meriwayatkan dalam Ṣaḥīḥnya dari cImrān bin al-Ḥusayn bahwa ada
beberapa orang dari Bani Tamīm yang datang kepada Nabi, maka Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda:

.‫ََتِي ٍم‬ ‫اقر بَ لُوا الربُ رشَرى ََي بَِين‬

Maksudnya:
Dapatkanlah kabar gembira wahai Bani Tamim.

Mereka berkata:

ِ ‫َمَّرتَ ر‬
.‫َي‬ ‫بَش رَّرتَنَا فَأ رَع ِطنَا‬

Maksudnya:
Engkau memberi kami khabar gembira, maka berilah kami dua kali.

Maka berubahlah wajah Nabi kerana kecewa disebabkan mereka mendahulukan dunia.
Kemudian datang kepadanya orang-orang dari Yaman dan Nabi bersabda:

.‫ََتِي ٍم‬ ‫ إِذَا ََلر يَ رقبَ لر َها بَنُو‬،‫اقر بَ لُوا الربُ رشَرى ََي أ رَه َل الريَ َم ِن‬

Maksudnya:
Wahai penduduk Yaman dapatkanlah khabar gembira kerana orang-orang dari Bani Tamim tidak
mahu mendapatkannya.
42

Mereka berkata:

‫ك َع رن أ ََّوِل َه َذا راأل رَم ِر‬ ِ ِ ِ َ ‫قَبِلرنا ِجرئ ن‬


.‫كا َن‬
َ ‫َما‬ َ َ‫اك لنَ تَ َفقَّهَ ِِف الدي ِن َولنَ رسأَل‬َ َ

Maksudnya:
Sungguh kami telah menerimanya wahai Rasulullah, kami datang kepadamu untuk belajar ilmu
agama dan untuk bertanya tentang mahkluk yang pertama kali.

Rasulullah bersabda:

.ُ‫َغ رْيُه‬ ‫َكا َن هللا َوََلر يَ ُك رن شيء‬

Maksudnya:
Allah Subhanahu Wata’ala ada pada azal (ada tanpa permulaan).

Allah belum ada tempat, waktu, arah, arasy, jism, gerak, diam dan belum ada mahkluk apa pun,
kemudian Allah Subhanahu Wata’ala menciptakan mahkluk dan setelah Allah Subhanahu
Wata’ala menciptakan mahkluk Allah tetap ada seperti sedia kala, maka Allah Subhanahu
Wata’ala ada tanpa kaif (tanpa disifati dengan sifat-sifat mahkluk), tanpa tempat dan tanpa arah.

Dan di antara khabar gembira atas kebenaran ajaran al-Māturīdiyah adalah pujian
Rasululllah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam terhadap pimpinan perang dan pasukan tenteranya yang
menakhlukkan Kota Constantinople, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam
hadith yang diriwayatkan Imam Aḥmad, al-Bazzār, al- Ṭabarānī dan al-Ḥākim dengan sanad yang
sahih:

.‫ش‬ ِ ‫لَت رفتح َّن الر ُقسطَرن ِطينِيَّةُ فَلَنِعم راأل َِمْي أ َِمْيها ولَنِعم ا رْلي‬
ُ ‫ا رْلَري‬ ‫ك‬
َ ‫ش ذَل‬
ُ ‫ر َ ُ َُ َ ر َ َر‬ ‫ر‬ ََُ
43

Maksudnya:
Sungguh Kota Constantinople akan ditaklukan, sebaik-baik pimpinan perang adalah pemimpinnya
dan sebaik-baik pasukan perang adalah pasukan tersebut.

Kota Constantinople ditakhlukkan setelah 900 tahun oleh Sultan Muḥammad al-Fātiḥ al-
Māturīdī, beliau adalah orang Ahli Sunnah Waljama’ah yang meyakini bahwa Allah ada tanpa
tempat, mencintai orang-orang sufi sejati dan bertawasul dengan Nabi. Sultan Muḥammad al-Fātiḥ
dan tentara yang bersama dengannya diakui oleh Rasulullah bahwa mereka berada dalam ajaran
yang baik, demikian juga semua sultan-sultan khilafah cUthmāniyah yang membela agama umat
Islam dalam setiap masa, mereka berada dalam aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah.

Peranan Madrasah Ashācirah dan Māturīdiyah dalam Menjaga Ketulenan Ahli Sunnah
Waljama’ah

Sebagai contoh yang terang atas peranan para ulama dan para pemimpin dalam kalangan Ashācirah
dan Māturīdiyah dalam menjaga ketulenan Ahli Sunnah Waljama’ah, dan contoh yang paling baik
atas perkara ini adalah Sultan Mujāhid al-cĀlim al-Faqīh Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyūbī yang beraqidah
Ashcarī dan bermazhab Shāficī, lahir pada tahun 532H. Baginda adalah orang yang alim, soleh,
tawaduk, warak dalam beragama, zuhud, sangat mengutamakan sembahyang berjemaah,
bersemangat dalam melaksanakan sunnah, sembahyang sunat dan sembahyang malam, hafaz al-
Qur’an, hafal kitab al-Tanbīh dalam fiqh Shāficī, banyak mendengarkan hadith dan merasa cukup
dengan pemberian Allah serta tidak takut akan celaan orang yang mencela dalam membela agama
Allah.

Baginda sangat perhatian dalam membela persatuan umat, maka beliau menjaga negara-
negara umat Islam serta menguasi dari penjuru Yaman ke al-Mausal, dari Tarabulus bagian barat
ke Naubah, menguasai semua daratan Syam, semua daerah Yaman dan penduduknya, Qatar,
Bahrain, Oman, seluruh daerah Hijaz seluruh daerah Najd dan Mesir. Beliau memakmurkan
masjid-masjid dan sekolah-sekolah, memakmurkan daerah, pergunungan dan kawasan
pendalaman Mesir, membangun kubah Imam Shāficī, mengalahkan musuh, menakhlukan lebih
dari 70 kota dan membebaskan al-Quds setelah dijajah 90 tahun. Beliau wafat pada tahun 598H.
44

Sedangkan peranannya dalam menjaga aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah adalah seperti
yang diambil Manāqibnya: Menyuruh para muazzin untuk mengumandangkan waktu Tasbih di
atas menara pada malam hari dengan membaca al-cAqīdah al-Murshidah yang merupakan
ringkasan aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah, maka para muadzin membacakannya setiap malam di
setiap Masjid Jami’. Hal tersebut berlangsung selama 400 tahun lebih. Ahli sejarah Taqī al-Dīn al-
Maqrīzī berkata dalam kitabnya al-Mawāciẓ wa al-Ictibār bi Dhikr al-Khuṭaṭ wa al-Āthār: Setelah
Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Yūsuf bin Ayyūb berkuasa, baginda memerintahkan para muadzin untuk
mengumandangkan waktu Tasbih dan Tarhim pada waktu malam di atas menara dengan
menbacakan aqidah yang terkenal dengan sebutan al-Murshidah, maka para muadzin membacanya
setiap malam di semua Masjid Jami’ Mesir sampai sekarang.

Al-Ḥāfiẓ Jalāl al-Dīn al-Suyūṭī al-Shāficī dalam kitabnya al-Wasā’il fī Musāmarat al-
Awā’il: Setelah Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Yūsuf bin Ayyūb berkuasa, baginda menyuruh para muadzin
untuk mengumandangkan di waktu Tasbih dengan membacakan aqidah Ashācirah, maka para
muadzin membacanya setiap malam sampai saat ini.

Al-cAllāmah Muḥammad bin cAlān al-Ṣiddīqī al-Shāficī mengatakan dalam kitabnya al-
Futūḥāt al-Rabbāniyah calā al-Adhkār al-Nawawiyah: Setelah Sultan Ṣalāḥ al-Dīn Yūsuf bin
Ayyūb berkuasa dan membawa manusia atas keyakinan mazhab al-Ashcarī beliau menyuruh para
muadzin untuk mengumandangkan aqidah Ashācirah yang terkenal dengan al-Murshidah pada
waktu Tasbih, maka mereka membacanya setiap malam. Dalam kitab Ṭabaqāt al-Shāficiyah al-
Kubrā karangan Tāj al-Dīn al-Subkī disebutkan bahwa Syeikh Fahkr al-Dīn ibn cAsākir
Rahimahullah mengajar al-cAqīdah al-Murshidah di Damsyiq.

Al-Ḥāfiẓ Ṣalāḥ al-Dīn al-cĀla’ī berkata sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Subkī dalam
al-Ṭabaqāt: Penulis al-cAqīdah al-Murshidah ini berada di atas manhaj dan keyakinan yang lurus
serta benar dalam mensucikan Allah Subhanahu Wata’ala. Tāj al-Dīn al-Subkī berkata dalam
kitabnya Mucīd al-Nicam wa Mubīd al-Niqam: Keyakinan al-Ashcarī merupakan keyakinan yang
terkandung dalam aqidah Abū Jacfar al-Ṭaḥāwī, aqidah Abū al-Qāsim al-Qushayrī dan al-cAqīdah
al-Murshidah, semuanya sama dalam dasar-dasar aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah.
45

Beliau berkata lagi, setelah menyebutkan al-cAqīdah al-Murshidah secara sempurna: Ini
adalah akhir dari aqidah dan di dalamnya tiada ajaran yang diingkari oleh Ahli Sunnah
Waljama’ah.

Ṣalāḥ al-Dīn al- Ayyūbī menyuruh untuk mengajarkan nazhaman yang dikarang untuknya
oleh Muḥammmad bin Hibah al-Barmakī al-Ashcarī yang namanya Ḥadā’iq al-Fuṣūl wa Jawāhir
al-cUqūl kepada anak-anak di sekolah dan madrasah, di antara bait syairnya :

‫وصان ع ال ع ال م َّل حيويه قطر تعاىل هللا عن تشبيه‬

‫قد ك ان م وج ودا وَّل مك ان ا وحكمه اَّلن على ما كاَن‬

‫سبحانه ج ل عن املكان وعز عن تغ ِْي الزمان‬

‫ف ق د غ َل وزاد ف ي الغلو من خصه ِبهة العلو‬

Maksudnya:
Dan Pencipta alam tidak diliputi oleh arah, Allah Maha Suci dari menyurapai (mahklukNya).
Sungguh Allah sememangnya (sebelum ada tempat) dan (setelah menciptakan tempat) Allah ada
seperti sedia kala.
Maha Suci (Allah) Maha Agung daripada tempat dan Maha Suci (Allah) Mahaperkasa dari
perubahan waktu
Maka sungguh melampau dan sangat berlebihan, orang yang menetapkan (Allah) berada diarah
(tempat) atas.
46

Bantahan Terhadap Tuduhan Menyeleweng

Allah Subhanahu Wata’ala menjadikan dunia sebagai tempat ujian dan dugaan bagi orang-orang
yang bertaqwa, dan orang yang paling banyak cubaannya adalah para Nabi kemudian orang yang
berada di bawah darjah mereka dan kemudian orang yang berada di bawah darjah mereka. Dalam
setiap masa selalu ada orang yang menyerang Ahli Sunnah Waljama’ah, tetapi pada zaman kita
ini kita menyaksikan ombak yang sangat keras bahkan termasuk hentaman yang paling keras
terhadap Ahli Sunnah Waljama’ah, mereka memberanikan diri untuk menisbahkan diri mereka
kepada sunnah, berlagak mengikuti al-Qur’an dan sunnah di samping menuangkan kebenciannya
atas golongan Ashācirah dan Māturīdiyah. Bahkan sampai kepada tingkatan radikal hingga
mengkafirkan mereka semua tanpa terkecuali. Dengan ini bererti mereka telah menghukumi kufur
majoriti umat Nabi Muḥammad.

Kita akan menyebutkan sebagian contoh tuduhan tersebut dari kitab asli karangan mereka:

• Dalam kitab terkenal yang dikenali sebagai min Mashāhīr al-Mujaddidīn fī al-Islām,
pengarangnya mengatakan di halaman 32: Al-Ashācirah dan al- Māturīdiyah menyalahi
para sahabat, tabi’in dan Imam Empat Mazhab dalam majoriti masalah-masalah dan dasar-
dasar agama, maka mereka tidak layak untuk dianggap sebagai Ahli Sunnah Waljama’ah.
• Dalam kitab yang diberi nama Fatḥ al-Majīd Sharḥ Kitāb al-Tawḥīd, pengarangnya
berkata di halaman 33: Dan dalam hal tersebut mereka diikuti oleh beberapa golongan
seperti Muktazilah, Ashācirah dan yang lainnya. Oleh kerana itu mereka dikafirkan oleh
majoriti ulama Ahli Sunnah Waljama’ah. Pengarang kitab tersebut mengkafirkan golongan
Ashācirah seperti halnya golongan-golongan sesat lainnya.

• Dalam kitab yang diberi nama Manhaj al-Ashācirah fī al-Aqīdah, pengarangnya berkata
pada awal kitab di halaman lima ketika memperkenalkan al-Ashācirah: Golongan ini adalah
golongan Murjicah yang paling besar, dan dia berkata pada halaman 16 setelah
mendefinisikan tentang Ahli Sunnah Waljama’ah: Dan selamanya golongan Ashācirah
tidak termasuk dalam definisi ini bahkan mereka keluar dari ini. Dalam kitab yang sama
halaman 28 pengarangnya menuduh al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-cAsqalānī Rahimahullah dengan
47

tidak jelas dalam aqidah, dia berkata: Seandainya kita katakan bahwa al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar
tersesat dalam aqidahnya nescaya itu lebih mendekati akan kebenaran sebagaimana hal
tersebut diketahui ketika dia mensyarahi kitab al-Tawḥīd. Dan dia juga mengatakan
perkataan yang hampir sama dengan hal ini tentang al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar dan al-Ḥāfiẓ al-
Nawawī pada halaman 29: Dikatakan, mereka bersetuju dengan Ashācirah dalam banyak
hal beserta pentingnya menjelaskan hal-hal ini sehingga memungkinkan untuk mengambil
pelajaran dari kitab-kitab mereka tanpa menyentuh tema-tema tentang aqidah, pengarang
kitab ini menganggap sesat dua hafiz tersebut dalam masalah aqidah.

• Dalam kitab yang diberi judul dengan al-Māturīdiyah wa Mawqifuhum min al-Asmā’ wa
al-Ṣifāt al-Ilahiyah, pengarangnya berkata pada halaman 7: Al- Māturīdiyah bukan dari
golongan Ahli Sunnah Waljama’ah, pada halaman 11 dia berkata: Dan dipastikan bahwa
al-Māturīdiyah bukan dari Ahli Sunnah Waljama’ah tetapi mereka dari golongan Jahmiyah
dan menyalahi aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah Imam Abī Ḥanīfah, dan pada halaman 44
mereka berkata dalam kitabnya yang diberi nama dengn Ijtimāc al-Juyūsh al-Islāmiyah cala
Ghazwi al-Mucaṭṭilah wa al-Jahmiyah yang bermaksud al-Mucaṭṭilah dan al-Jahmiyah
adalah Māturīdiyah dan Ashācirah.

• Dan dalam kitab yang diberi nama al-Tawḥīd untuk Tingkatan 4 Thanawī yang dijadikan
kurikulum di sebagian sekolah dan madrasah mereka, pada halaman 66 dan 67
pengarangnya menyifatkan Ashācirah dan Māturīdiyah dengan syirik dan berkata tentang
orang-orang musyrik abad pertama: Orang-orang musyrik tersebut merupakan nenek
moyang golongan Jahmiyah dan Ashācirah.

Ini hanyalah sebagian contoh saja dan seandainya kami ingin menyebutkan lebih dari itu
nescaya akan sampai satu jilid bahkan lebih. Walaupun seperti itu para pengikut radikal ini dengan
sesuka hati mengaku sebagai golongan yang memperjuangkan fahaman waṣaṭiyah Ahli Sunnah
Waljama’ah dan kami meyakini bahwa orang yang mengkafirkan mayoriti umat dan ulama Islam
tidak mengetahui sedikitpun tentang waṣaṭiyah. Bahkan pengkafiran mereka terhadap golongan
al-Ashācirah dan al-Māturīdiyah bererti mereka telah mengkafirkan dan menyesatkan semua
tokoh-tokoh yang telah dinyatakan di atas, seperti ulama-ulama bangsa Arab, Melayu dan yang
48

lainnya, dan akibat daripada perkataan mereka ini bererti negara rumpun Melayu adalah negara
syirik, kufur, bid’ah dan tidak ada negara umat Islam kerana ulama-ulama mereka adalah
bermazhab Ashācirah dan Māturīdiyah dalam bab aqidah Islam.

TANTANGAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Untuk merumuskan tantangan atau cabaran masa kini Ahli Sunnah Waljama’ah merujuk kepada
isu dalaman umat Islam, maka dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Tantangan Syiah Imamiyyah Jacfariyah.


2. Tantangan Islam Liberal dan Pluralisme Agama.
3. Tantangan Pemikiran Islaf (Wahābiyah Salafiyah).

Syiah Imamiyyah Jacfariyah (Khomainiyah)

Mengenai isu Syiah yang dibangkitkan oleh sebagian pengkaji mengakui bahwa Syiah membenci
sahabat dan isteri-isteri Baginda Rasulullah termasuk membenci orang-orang Sunni atau Ahli
Sunnah Waljama’ah. Membenarkan Kahwin Mut’ah (kontrak) adalah kesilapan menyeluruh bagi
Syiah, kerana ianya bercanggah dengan ijmak ulama termasuk para sahabat Rasulullah dan para
tabiʻin dan atbaʻ tabiʻin. Walau bagaimanapun, pernyataan bahwa orang-orang Syiah berpegang
pada Rukun Islam yang lima itu adalah satu kesilapan. Orang-orang Syiah walaupun naik haji ke
Mekah bukan bermakna mereka menunaikan Rukun Islam. Naik haji ke Mekah bagi orang Syiah
hanyalah digalakkan bukan diwajibkan, setakat memperlihatkan bahwa mereka adalah bagian dari
umat Islam sejagat. Bandar suci yang wajib mereka ziarahi ialah bandar Qum di Iran.

Walaupun orang-orang Syiah pada zahirnya berpegang pada al-Qur’an seperti pegangan
Ahli Sunnah Waljama’ah iaitu Mushaf cUthmānī, akan tetapi mereka mengasaskan pegangan
agama mereka pada Mushaf Fāṭimī yang diyakini sebagai kitab suci mereka. Walaupun mereka
merujuk juga kepada hadith Nabi tetapi sumber rujukan hadith mereka bukan kitab-kitab hadith
(Maṣādir Ḥadīth) yang dipegang oleh ulama Ahli Sunnah Waljama’ah (rujuk kitab Firaq al-
Shīcah, tulisan al-Nūbakhtī).
49

Hari ini, propaganda Syiah di Alam Melayu cukup pesat, terutama di Malaysia dan
Indonesia. Mereka menamakan dirinya sebagai Jamācah Ahl al-Bayt, seakan-akan ingin
menampakkan wujudnya persaingan hebat antara Ahli Sunnah dengan Ahl al-Bayt. Dikhuatiri
dengan label seperti itu, umat Islam yang selama ini berpegang teguh kepada Ahli Sunnah
Waljama’ah boleh terpikat malah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda mereka.

Walaupun golongan Syiah dewasa ini terbahagi dalam beberapa puak, antaranya Syiah
Zaidiyah, Syiah Isma’iliyah, Syiah ‘Alawiyah dan Syiah Imāmiyah, akan tetapi dari sudut cabaran
kepada Ahli Sunnah Waljama’ah yang dapat dirasakan hari ini hanyalah cabaran yang
dibangkitkan oleh Syiah Imāmiyah (Jacfariyah) yang berpusat di Iran. Ia telah menjadi mazhab
rasmi di Iran sejak kemenangan revolusi Khomaini pada tahun 1979.

Pada tahun 1990-an, golongan ini telah mulai mempromosikan konsep “taqarub” atau
“taqrib” iaitu usaha mendekatkan golongan Syiah dan golongan Ahli Sunnah Waljama’ah dengan
mencari persamaan kefahaman dan tolak ansur dengan perbezaan. Dan pada masa itulah terkenal
nama golongan Syiah Imāmiyah dengan Ahl al-Bayt. Para pendakwah mereka memperkenalkan
nama Ahl al-Bayt sebagai label kepada golongan Syiah Imāmiyah yang mempercayai wujudnya
imam mereka sebanyak 12 orang daripada keturunan Sayyidina cAlī Karramallahu Wajhah.

Sebenarnya Syiah Imamiyah terdiri dari dua kumpulan juga, iaitu Syiah Imam 12 dan Syiah
Imam 7 yang dipanggil sebagai Syiah Ismācīliyah atau golongan Batiniyah. Akan tetapi golongan
Batiniyah ini telah mengambil haluan tersendiri dan dikeluarkan dari golongan Syiah. Malah Imam
al-Baghdādī dalam kitab al-Farq bayna al-Firaqnya memasukkan golongan ini sebagai golongan
yang hanya asalnya Islam tetapi hakikatnya bukan orang Islam lagi.

Syiah Imāmiyah Jacfariyah dengan label “Ahl al-Bayt” telah mula masuk di kawasan alam
Melayu terutama di Indonesia dan Malaysia. Pergolakan fizikal dan pemikiran sudah mulai
menular ke dalam masyarakat Islam Nusantara yang majoritinya adalah penganut fahaman Ahli
Sunnah Waljama’ah.
50

Aktiviti dicāyah (propaganda) mereka walaupun tidak terang-terangan tetapi mereka


menggunakan cara diplomasi yang bermula dengan kerjasama kebudayaan dan pendidikan serta
penyelidikan dan selanjutnya membuat pusat-pusat pengembangan budaya di universiti yang mahu
menjalinkan kerjasama dan atas izin kerajaan yang dikunjungi. Kini, di Indonesia terdapat puluhan
universiti, kerajaan dan swasta yang mempunyai kerjasama kemajuan budaya Iran. Malah sudah
ramai warga Indonesia dan Malaysia yang memperolehi biasiswa untuk belajar agama Islam di
Iran.

Syiah Imāmiyah yang menjadi mazhab rasmi di Iran sekarang ini disebut juga sebagai
Syiah Jacfariyah atau Mazhab Jacfariyyah. Golongan ini yang agak agresif menyebarkan
fahamannya kepada umat Islam Ahli Sunnah Waljama’ah, di samping berusaha untuk mengadakan
pendekatan (taqrīb) pegangan agama yang dimulai sejak pertengahan kurun ke-20 Masihi lagi.
Akan tetapi akhir-akhir ini kita di alam Melayu dikejutkan dengan propanganda mereka yang amat
merbahaya kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai “Ahl al-Bayt” sebagai pertentangan
dengan “Ahli Sunnah Waljama’ah”.

Di Indonesia, mereka dengan rasminya memperkenalkan diri mereka sebagai Ikatan


Jama’ah Ahlu al-Bayt Indonesia (IJABI) yang berpusat di Jakarta. Selain itu, terdapat juga
Yayasan Rausyan Fikr dan Yayasan Pesanteren Islam (YAPI). Di Malaysia pula ,memperkenalkan
diri mereka sebagai Jama’ah Ahlu al-Bayt Malaysia yang kemudiannya menubuhkan satu
persatuan yang diberi nama Majlis Syiah Malaysia (MSM). Majlis ini telah mendakwa ahli mereka
telah mencecah sekitar 200-300 ribu orang. Dan yang menarik kerana ia kelihatan digerakkan
menerusi pendekatan intelektual.

Mengikut kajian Dato’ Profesor Zakaria Stapa dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada
awal tahun 2013, golongan Syiah rantau ini telah menganjurkan dua seminar antarabangsa, iaitu:

• International Conference: Historical & Cultural Presence of Shias in Southeast Asia:


Looking at Future Trajectoris, anjuran Indonesian Consortium for Religious Studies
(ICRS) bertempat di Universitas Gajah Mada (GAMA), Yokyakarta, pada 21 Februari
2013.
51

• International Seminar on Islam Without Sektarianism, yang dianjurkan oleh International


Institute of Advanced Islamic Studies, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel,
pada 10 Mac 2013.

Kedua-dua seminar di atas meresolusikan adanya rasa kesal mereka terhadap apa yang
terjadi kepada golongan Syiah di rantau ini. Mereka juga mengharapkan supaya golongan minoriti
Syiah di rantau ini diberi peluang untuk mengembangkan dirinya sebagai organisasi keagamaan
yang rasmi dan diiktiraf oleh masyarakat Ahli Sunnah Waljama’ah.

Golongan Islam Liberal dan Pluralisme Agama

Pada hakikatnya Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran yang berasal dari dunia Barat untuk
tujuan meruntuhkan sendi-sendi pemikiran Islam yang sedia terbina. Mereka yang terpengaruh
dengan model pemikiran seperti ini telah berani melanggar perkara-perkara asasi dan prinsip
dalam ajaran Islam. Mereka melihat al-Qur’an sebagai buku rujukan sejarah yang perlu dikritik
baik dari sudut kesahihan teksnya dan juga penafsirannya. Hukum hakam yang dihasilkan oleh
para fuqaha’ dianggap sudah ketinggalan zaman. Mereka tidak terlalu mementingkan hadith
Rasulullah kerana mereka menganggap bahwa hadith-hadith Nabi itu bercampur-baur dengan
hadith-hadith yang dipalsukan.

Perkataan “Islam Liberal” banyak digunakan oleh penulis-penulis Barat. Leonald Binder
menggunakan istilah “Islamic Liberalism”, sementara Charles Kurzman memakai istilah “Liberal
Islam”. Mereka menganggap bahwa Islam itu pelbagai dan dapat ditafsirkan mengikut
perkembangan masyarakatnya. Mereka cuba mengalihkan pemikiran umat Islam bahwa agama
Islam adalah produk masyarakat yang perlu dinilai sepanjang masa. Mereka ingin melihat ajaran
agama Islam sentiasa berubah-ubah mengikut zaman yang dilaluinya. Mereka menafikan sejarah
perkembangan masyarakat Islam yang mempunyai tradisi tersendiri berbeza dengan penganut
agama lain di dunia.

Hasil kajian yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 dianggap kajian terawal yang
membincangkan kemunculan pemikiran liberal di Indonesia. Kajian ini berasal dari Disertasi Ph.D
52

beliau bertajuk The Emergence of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal Movement of Islamic


Thought kemudian diterjemah ke dalam bahasa Indonesia dengan tajuk Gagasan Islam Liberal di
Indonesia: Pemikiran Neomodernisme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Aḥmad Wahib, dan
Rahman Wahid, yang diterbitkan di Jakarta pada tahun 1999. Dari buku inilah mula berkembang
penjenamaan Islam liberal di Indonesia, kemudian dipopularkan oleh satu kumpulan pemikir muda
dengan menubuhkan satu rangkaian kerjasama di dalam dan di luar negara, yang mereka namakan
sebagai “Jaringan Islam Liberal”.

Di samping itu, ada beberapa buku yang sering dinilai sebagai pendapat kumpulan Islam
liberal, di antaranya, buku Counter Legal Draft Kompilasi Hukum Islam (Jakarta, 2005) yang
ditulis oleh Dr. Musdah Mulia Cs dan buku Fikah Lintas Agama (Jakarta: Paramadina, 2004).
Kalau kita perhatikan isi kandungan kedua-dua buku tersebut terlihatlah bahwa banyak pendapat
dan hujah di dalamnya berupa nukilan daripada pemikiran Muḥammad Shaḥrūr, seorang sarjana
kejuruteraan yang berbangsa Syria yang pernah belajar di Moscow, dalam bukunya yang bertajuk
Naḥw Uṣūl Jadīdah fī al-Fiqh al-Islāmī yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia
dengan tajuk Metodologi Fiqih Islam Kontemporer yang diterbitkan di Yokyakarta pada tahun
2004.

Fakta di atas jelas menunjukkan bahwa pemikiran Islam Liberal di Indonesia bukanlah satu
pemikiran yang baharu dan tersendiri, melainkan ia banyak dipengaruhi oleh literatur atau rujukan
antarabangsa. Justeru, ada persepsi yang mengatakan bahwa mereka sengaja bertindak agresif dan
berani melawan arus kerana mereka disokong oleh dana luar yang banyak dan ingin memanfaatkan
populariti melalui hasil pemikiran yang berbeza sekalipun mendapat kutukan daripada ulama yang
berautoriti.

Landasan Berfikir Golongan Liberal

Mereka mentakrifkan dirinya sebagai satu bentuk pemikiran tertentu dalam agama Islam. Mereka
juga mengasaskan kaedah pemikirannya kepada enam landasan berfikir, iaitu:

• Membuka pintu ijtihad pada semua dimensi Islam.


53

• Mengutamakan semangat religio-etik, bukan makna literal teks.


• Mempercayai kebenaran yang relatif, terbuka dan plural.
• Memihak pada yang minoriti dan tertindas.
• Meyakini kebebasan beragama.
• Memisahkan autoriti duniawi dan ukhrawi, autoriti keagamaan dan politik.

Walaupun formula enam di atas kelihatan sangat sederhana dan tidak melambangkan satu
konsep berfikir yang tinggi, tetapi ia mengandungi perkara yang dapat menggoyahkan pegangan
umat Islam dari sudut kefahaman pegangannya terhadap agamanya (agama Islam).

Membuka pintu ijtihad seluas-luasnya dan sebebas-bebasnya, akan memberi peluang


kepada mereka yang jahil terhadap disiplin ilmu-ilmu Islam menceburkan diri dalam dunia ijtihad
bagi menghasilkan suatu pemikiran atau idea yang bercanggah dengan nilai dan ajaran Islam.
Padahal, amalan ijtihad dalam Islam adalah amalan mulia dan pintunya sentiasa terbuka sepanjang
zaman bagi mereka yang memiliki syarat dan mengikuti garis panduan yang sudah pun dibakukan
dan dikaji secara mendalam oleh ulama dalam ilmu Usul Fiqh. Imam Muḥammad bin Idrīs al-
Shāficī adalah ulama terawal telah merumus ilmu ini dalam kitab al-Risālah kemudian diteruskan
oleh ulama selepasnya.

Golongan ini membuka kebebasan berijtihad dan menolak autoriti agama. Oleh itu, mereka
banyak merujuk kepada karya-karya orientalis Barat kerana berpendapat bahwa orientalis lebih
kritis serta dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional dan berlainan. Malah mereka
berpendapat bahwa autoriti agama hanya akan memberi kesan negatif iaitu autoritarisme agama
menyebabkan golongan agama akan memonopoli kebenaran. Mereka sebenarnya tidak merujuk
kepada turath ulama di samping itu mereka juga menghukum pandangan selain daripada
pandangan mereka sebagai tidak Islamik atau sesat dan sebagainya. Bertitik tolak dari hujah ini,
golongan Liberalisme berpendapat perlunya pendekatan hermeuneutika dalam memahani
kandungan al-Qur’an kerana kaedah Tafsir dan Ulum al-Qur’an yang sedia ada di anggap tidak
sesuai lagi pada zaman moden.
54

Pandangan ini jelas keliru dan sesat kerana untuk memahami nas atau teks yang berasal
daripada ayat al-Qur’an dan Hadith, ulama Islam telah merumus ilmu-ilmu al-Qur’an (Ulum al-
Qur’an) dan Hadith (Ulum al-Hadith) yang sangat mendalam dan telah berjaya digunapakai oleh
ahli-ahli tafsir Islam dan juga para pakar syarah hadith dahulu hingga sekarang. Dakwaan mereka
bahwa ia sudah ketinggalan zaman adalah tidak benar kerana kaedah hermeuneutika yang
disyorkan adalah lebih awal lagi kerana ia merupakan kaedah falsafah Yahudi kemudian diterima
pakai oleh orang-orang Nasrani dahulu dalam memahami al-Kitab mereka. Hanya sahaja umat
Islam sekarang kurang bergiat melakukan penyelidikan mengenai Tafsir al-Qur’an dan syarah
hadith. Ini termasuklah di kawasan nusantara ini.

Di abad ke-20 lepas hanya dijumpai beberapa tafsir yang menggunakan pengantar bahasa
Melayu, antaranya seperti Tafsir al-Azhar Hamka, Tafsir al-Nur Hasbi Assidiqi, Tafsir Pimpinan
al-Rahman dan Tafsir al-Misbah Quraish Shihab, di samping Tafsir Jabatan Agama Indonesia
dan Tafsir Bahasa Bugis Majlis Ulama Sulawesi Selatan. Negara Brunei Darussalam melalui Pusat
Da’wah Islamiah sedang menerokai satu Tafsir al-Qur’an yang diberi nama Mushaf Brunei
Darussalam dan Tafsirnya. Mengenai syarah hadith pula sememangnya tidak dijumpai kecuali
kumpulan-kumpulan hadith yang diterjemah dan disyarah untuk kemudahan bagi pendakwah
bebas.

Keyakinan mereka (Islam Liberal) tentang kebenaran yang berkaitan membawa mereka
kepada ketidakpercayaan kepada al-Qur’an sebagai sumber kebenaran, mereka tidak beriman
kepada Allah sebagai sumber kebenaran. Keyakinan umat Islam sejagat dari dahulu hingga
sekarang ialah Islam adalah agama kebenaran sangat bertentangan dengan keyakinan mereka
(Islam Liberal) bahwa semua agama adalah sama dan semua berasal dari kebenaran yang satu.

Mereka cuba mengelirukan umat Islam dengan menggunakan ayat al-Qur’an, surah Āli
c
Imrān ayat 19 )‫(إن الدين عند هللا اإلسٗلم‬mereka memberi maksud bersesuaian dengan pemikiran
mereka bahwa semua agama adalah Islam dan semuanya diakui oleh Allah. Padahal ayat ini
mengikut ulama tafsir merupakan satu ketegasan dari Allah bahwa semua nabi dan rasul Allah
bermula dari Nabi Ādam ‘Alaihissalam hinggalah kepada Nabi Muḥammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam hanya membawa satu agama iaitu agama Islam. Nabi Mūsā ‘Alaihissalam bukanlah
55

pembawa agama yahudi dan Nabi cĪsā ‘Alaihissalam juga bukannya pembawa agama Nasrani atau
Kristian. Nama agama Yahudi yang kenali hari ini adalah penyelewengan dari agama yang sebenar
yang di bawah oleh Nabi Mūsā ‘Alaihissalam, begitu juga dengan agama Nasrani atau Kristian
adalah penyelewengan dari agama sebenar yang di bawah oleh Nabi cĪsā ‘Alaihissalam.

Maksud ayat tersebut mengikut ulama tafsir dari kalangan Ahli Sunnah Waljama’ah ialah
bahwa sesungguhnya agama yang tulen yang sebenar di sisi Allah hanyalah agama Islam yang
telah disempurnakan oleh Rasulullah sebagai nabi yang terakhir. Agama itulah yang membawa
rahmat dan keselamatan bagi umat manusia jika ia beriman kepadanya dan menjadikannya
panduan dalam kehidupannya.

Sebenarnya pandangan mereka tentang kebenaran yang relatif ada kemungkinan mereka
mencedok pemikiran agama yang dibawa oleh Gereja Advents (The Seventh Day Adventist) yang
selalu mendakwa bahwa kepercayaan agamanya tidak ada perbezaan dengan Islam. Mereka
mengatakan percaya kepada Jesus (Nabi cĪsā), Nabi Mūsā bahkan Nabi Muḥammad. Malah
mereka mempercayai kitab Injil, Taurat dan al-Qur’an dan sering menggunakan terjemahan ayat
48 dalam Surah al-Mā’idah: Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami tetapkan suatu
syariat (syir’atan) dan jalan agama (minhajan) yang wajib diikuti oleh masing-masing. Mereka
gunakan maksud ayat ini sebagai justifikasi kebenaran berpegang kepada agama masing-masing
kerana semua adalah kebenaran (Laporan Bagian Kawalan Aqidah, KHEU 07 Mac, 2013). Padahal
maksud ayat tersebut mengikut ulama Tafsir, sebagai menjelaskan bahwa setiap nabi yang diutus
walaupun mereka membawa satu Risalah (misi) iaitu ketauhidan atau keimanan, tetapi berbagai-
bagai dari sudut syariat dan pendekatan mengikut masa dan tempat nabi tersebut diutuskan menjadi
rasul.

Mereka juga meyakini bahwa kebebasan beragama bermakna beragama dan tidak
beragama adalah hak asasi setiap individu. Oleh itu setiap individu adalah bebas untuk pindah
agama. Konsep murtad dalam Islam adalah satu bentuk ketidakadilan terhadap hak asasi manusia
menurut mereka. Pandangan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, kerana
konsep Murtad (Irtidād) sudah pun dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an dan juga Rasulullah
dalam hadithnya serta sudah menjadi ijmak ulama Salaf yang tidak perlu lagi dibahaskan. Ia
56

termasuk dalam al-Maclūm min al-Dīn bi al-Ḍarūrah. Dari sudut pemikiran Islam mungkin sahaja
perkara ini boleh dibincang, dibahas dan dikaji dari sudut teknik pelaksanaan hukum-hakam yang
berkenaan dengannya akan tetapi bukan dari sudut konsep dan dasarnya.

Adapun keyakinan mereka untuk memisahkan antara agama dan politik ini hanya
merupakan satu bentuk pemikiran politik mereka bagi menyelamatkan pemikirannya agar mudah
mendapat sokongan daripada pemikiran politik arus perdana hari ini yang memihak kepada
kefahaman sekularisme yang didokong oleh Barat dan dunia hari ini. Padahal pemikiran seperti
ini akan mewujudkan dikotomi dan dualisme dalam kehidupan bernegara. Persoalan agama,
ketaatan dan kemaksiatan, dianggapnya sebagai hak individu dan hak asasi mereka. Sekiranya
mereka tidak melaksanakan tuntutan agama atau melakukan pelanggaran hukum agama, orang lain
tidak berhak menegurnya. Jika syariat Islam diterapkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara,
setentunya prinsip negara sekuler akan runtuh dan negara itu akan berganti menjadi negara anti
demokrasi. Mereka berpendapat bahwa syariat Islam itu tidak suci malah sesetengahnya perlu
diubah. Pelaksanaan hukum jenayah Islam hanya akan memberi kesan negatif kerana
pelaksanaanya dianggap sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan
perkembangan zaman.

Dan dakwaannya memihak kepada golongan minoriti dan mereka yang tertindas adalah
satu bentuk pemikiran sosial yang mudah diterima masyarakat umum walaupun ianya tidak jelas.
Pengalaman mengajar kita, bagaimanapun sesatnya suatu golongan atau kumpulan jika ia
menggunakan pemikiran seperti ini pasti ia mudah diterima oleh masyarakat.

Istilah feminisme muslim yang didokong oleh golongan Liberalisme mula diperkenalkan
dan diguna pakai pada tahun 1990-an, namun asas perjuangan dan pemikiran mereka adalah
kesinambungan dari gerakan feminisme Barat yang telah dianuti dan diterimapakai sebagai satu
wadah untuk memperjuangkan hak-hak serta kepentingan wanita. Antara aspek utama yang
diperjuangkan ialah kesaksamaan jantina yang didakwa merupakan ajaran asas dan fundamental
di dalam Islam. Golongan ini menegaskan bahwa al-Qur’an amat menekankan persamaan antara
lelaki dan wanita, tetapi ia tidak berlaku dalam realiti kehidupan sosial, fiqh, syariah, pentafsiran
al-Qur’an dan periwayatan hadith. Isu ini sengaja diada-adakan untuk memancing emosi umat
57

Islam wanita agar bangkit menentang hukum hakam Islam yang berkaitan dengan wanita. Pada
hal hukum syarak yang berkaitan dengan wanita dalam agama Islam adalah sangat jelas dan
sempurna.

Agama Islam menghomati hak asasi wanita sebagai manusia sama dengan lelaki. Agama
Islam adalah agama yang paling lengkap dalam membicarakan isu wanita dan tidak pernah
dipisahkan dengan lelaki sama ada dari sudut ibadah dan muamalah. Walau bagaimanapun, dari
sudut realiti fizikal wanita setentunya ada perbezaan dengan fizikal lelaki, akan tetapi saling
melengkapi dalam menerokai dan memakmurkan dunia ini. Oleh yang demikian, ada aktiviti
tertentu dalam kehidupan ini hanya diterokai oleh wanita begitu juga sebaliknya.

Dakwaan feminisme Muslim bahwa ada spekulasi dan penyalahgunaan tafsir al-Qur’an
dan riwayat hadith yang merendahkkan wanita adalah tidak benar, kerana wanita pun sejak zaman
Rasulullah sudah bergiat aktif dalam memahami Islam termasuk isteri-isteri Baginda sendiri.
Bukankah Rasulullah pernah mengisyaratkan kepada sahabat Baginda untuk mempelajari separu
ajaran Islam dari Umm al-Mu’minīn cĀ’ishah Radiyallahu ʻAnha dan perkara ini berlaku di zaman
beliau masih hidup selepas Baginda Rasulullah wafat.

Golongan ini juga yang memperkenalkan pluralisme agama. Konsep ini sebenarnya mula
diperkenalkan di Barat oleh W.C. Smith dengan nama Universal Theology of Religion. Lalu
dikembangkan oleh John Hick dan Hans Kung dan mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat
dunia sebelum dibawa dan diperkenalkan di dunia Islam. Konsep ini berasaskan kepada teologi
inklusifisme yang menegaskan bahwa kebenaran setiap agama mesti terbuka dan relatif.
Kefahaman ini mula dikembang majukan oleh golongan Liberal Islam dengan mengemukakan
slogan “Semua agama adalah sama”. Hanya nama dan kulit luarannya sahaja yang berbeza. Semua
mengajak kepada kebenaran yang sama dan kepada Tuhan yang satu.

Pada akhir tahun 1990-an Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia telah menjadi tempat
bergulirnya kefahaman songsang ini. Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa
rasmi bahwa kefahaman agama yang dikembangkan oleh JIL ini adalah sesat dan menyesatkan
serta bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar. Akan tetapi kumpulan ini terus sahaja
58

mengembangkan pemikirannya dan cuba mendapatkan kerjasama dengan NGOs Barat bagi
memudahkan memperoleh dokongan dana dari musuh-musuh Islam dari barat dan timur.

Teks-Teks Al-Qur’an yang Disalah Tafsir (Taḥrīf)

Walaupun mereka tidak menjadikan al-Qur’an sebagai rujukan dan landasan berfikir yang paling
asas, namun kenyataannya mereka cuba memilih ayat-ayat tertentu untuk ditafsirkan bagi
mengukuhkan pandangan dan pemikiran mereka dan juga untuk menyesatkan orang ramai dalam
berpegang kepada agamanya. Konsep pluralisme agama Barat dan metodologi hermeuneutika
agama Kristian telah menjadi pegangan mereka dalam memanipulasi maksud dan makna teks
Islam (Nuṣūṣ al-Islāmiyah).

Sepertimana yang kita ketahui bahwa konsep plurasisme agama bermaksud suatu fahaman
yang menyamakan semua agama di dunia. Konsep ini terlahir akibat gagasan sekularisme dan
proses sekularisasi masyarakat di Barat. Bagi mereka yang membaca literatur Barat mengenai
konsep ini akan menemukan empat aliran pemikiran yang terkait dengan konsep pluralisme agama,
iaitu: (1) Transcendent Unity of Religions, (2) Civil Religion, (3) Global Theology, dan (4)
Syncretism. Pemikiran Islam Liberal lebih cenderung memilih konsep pemikiran pluralisme yang
pertama iaitu Transcendent Unity of Religions. Agama-agama di dunia walaupun nama berbeza-
beza, menurut mereka, hanyalah berbeza dari segi nama dan struktur luarannya sahaja, sementara
struktur dalamannya atau konsep kebenaran yang dibawa adalah sama, iaitu merujuk pada Tuhan
yang satu jua. Konsep triniti dalam agama Kristian dan trimurti dalam agama Hindu hanya tafsiran
ketuhanan belaka, yang pada hakikatnya kembali juga kepada kefahaman keesaan Tuhan.

Mereka cuba menjustifikasi aliran pemikiran Barat tersebut dengan menggunakan firman
Allah Subhanahu Wata’ala:

‫ضا أَ ۡربَابا ا‬ ُ ۡ‫ٱّللَ َو ََل نُ ۡش ِركَ بِِۦه ش اَۡيا َو ََل يَت َّ ِخذَ بَع‬
ً ۡ‫ضنَا بَع‬ َّ ‫س َوآ َۢ ِء بَ ۡينَنَا َوبَ ۡينَ ُك ۡم أَ ََّل نَعۡ بُدَ إِ ََّل‬ ِ َ‫قُ ۡل َٰيَٓأ َ ۡه َل ۡٱل ِك َٰت‬
َ ‫ب تَعَالَ ۡواْ إِلَ َٰى َك ِل َم ٖة‬
34
. َ‫ٱش َهدُواْ بِأَنَّا ُم ۡس ِل ُمون‬ ۡ ْ‫ّلل فَإِن ت ََولَّ ۡواْ فَقُولُوا‬ ِ ۚ َّ ‫ُون ٱ‬
ِ ‫ِمن د‬

34
al-Qur’an, Āli cImrān 3:64.
59

Tafsirnya:
Katakanlah (wahai Nabi Muḥammad): Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! Marilah (kita
bersatu) pada suatu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu iaitu kita tidak menyembah
melainkan Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu jua pun dan jangan pula
sebagian daripada kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Kemudian
jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahwa sesungguhnya kami
ialah orang yang tunduk patuh kepada perintah Allah.

Perkataan “kalimah yang sama” telah disalahertikan oleh mereka sebagai maksud
transcendent unity of religions. Padahal ayat ini mengikut ulama tafsir adalah merupakan cabaran
buat mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) jika mereka ingin selamat dan berpegang kepada
aqidah yang benar, maka terimalah agama Islam yang sebenar iaitu agama yang mengandungi tiga
sendi utama:

• Beribadah hanya kepada Allah Maha Esa.


• Tidak menyekutukan Allah dengan ciptaanNya.
• Tidak menjadikan Tuhan melainkan Allah.

Fakhr al-Dīn al-Rāzī dalam tafsirnya menyimpulkan bahwa ayat ini adalah pemisah antara
agama yang hak (Islam) dan agama yang batil. Aqidah ketuhanan (Ilāhiyah) yang dibentangkan
dalam ayat ini bukanlah Transcendent Unity yang dikongsi oleh semua agama, justeru ia
merupakan aqidah yang sebenar yang hanya ada pada pegangan aqidah umat Islam, iaitu tiada
tuhan melainkan Allah.

Di antara ayat al-Qur’an yang sering digunakan oleh mereka sebagai ayat pluralisme agama
juga terdapat dalam surah al-Baqarah, ayat 62:
60

َ‫صلِحا ا فَلَ ُه ۡم أَ ۡج ُره ُۡم ِعند‬ َ ‫ٱّلل َو ۡٱليَ ۡو ِم ۡٱۡل ٓ ِخ ِر َو‬


َ َٰ ‫ع ِم َل‬ َّ َٰ ‫ص َر َٰى َوٱل‬
ِ َّ ِ‫صبِينَ َم ۡن َءا َمنَ ب‬ َ َٰ َّ‫إِ َّن ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ َوٱلَّذِينَ هَادُواْ َوٱلن‬
35
. َ‫علَ ۡي ِه ۡم َو ََل ه ُۡم يَ ۡحزَ نُون‬
َ ‫َربِ ِه ۡم َو ََل خ َۡوف‬

Tafsirnya:
Sesungguhnya orang-orang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang Nasrani dan orang Sabi’in
(golongan sesat yang menyembah bintang dan malaikat), sesiapa (sahaja dalam kalangan mereka)
yang percaya kepada Allah dan hari Akhirat serta mengerjakan amalan soleh, maka bagi mereka
ganjaran pahala di sisi Tuhan mereka. Dan tidaklah ada ketakutan atas mereka dan mereka pula
tidak akan berdukacita.

Ayat ini mengikut fahaman mereka bermaksud tiada perbezaan orang Islam, orang Yahudi,
orang Nasrani dan penganut agama Saba’iyah dari sudut peluang untuk menerima ganjaran pahala
di hari kemudian. Ini bermakna agama-agama yang tersebut ini adalah sama di sisi Allah dan
mempunyai peluang untuk masuk ke syurga bersama orang-orang Islam.

Pemahaman seperti di atas adalah keliru dan sesat kerana ayat di atas mengikut ulama
Tafsir merupakan ayat dakwah (seruan), yang bermaksud menyeru kepada orang Yahudi, Nasrani
dan Sabi’in agar mereka memeluk agama Islam dengan beriman kepada Allah dan hari Akhirat
serta beramal soleh. Dengan mereka menerima seruan sedemikian, mereka dapat menerima
ganjaran pahala daripada Allah, termasuk keselamatan kelak di hari Akhirat. Tegasnya, orang-
orang bukan Islam jika mereka ingin selamat dan mendapat ganjaran pahala di hari Akhirat maka
mestilah berpegang kepada agama Islam sebagai agama kebenaran (ḥaq) yang membawa rahmat
kepada pengikutnya.

Mengikut Jalāl al-Dīn al-Suyūṭī (al-Dur al-Manthūr) dan Ibn Kathīr (Tafsīr al-cAẓīm)
sebab turunnya ayat ini adalah berkenaan dengan seorang sahabat yang bernama Salmān al-Fārisī
Radiyallahu ʻAnhu yang sering menyebut kebaikan dan menyatakan pujian kepada ahli kitab
(Yahudi dan Nasrani) di kampung halamannya di Parsi (Iran). Maka turunlah ayat ini menjelaskan
kedudukan sebenar ahli Kitab yang ditegaskan oleh sabda Baginda Rasulullah bahwa mereka (ahli

35
al-Qur’an, al-Baqarah 2:62.
61

Kitab) adalah ahli neraka selama mana mereka tidak beriman kepada Risalah yang aku
(Rasulullah) bawa, iaitu agama Islam. Ulama tafsir dalam kalangan Ahli Sunnah Waljama’ah
menegaskan bahwa untuk lebih jelasnya makna ayat di atas, mestilah difahami bersama firman
Allah Subhanahu Wata’ala:

36
َ َٰ ‫ٱإل ۡس َٰلَ ِم د اِينا فَلَن ي ُۡقبَ َل ِم ۡنهُ َوه َُو فِي ۡٱۡل ٓ ِخ َرةِ ِمنَ ۡٱل‬
. َ‫خس ِِرين‬ ِ ۡ ‫َو َمن يَ ۡبت َِغ غ َۡي َر‬
Tafsirnya:
Dan sesiapa mencari pegangan agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima
(agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

Riwayat Ibn cAbbās Radiyallahu ‘Anhuma yang disebut oleh Imam Qurṭubī dalam
tafsirnya bahwa ayat pertama di atas telah dimansukhkan maknanya dengan ayat kedua tersebut.
Ini bermakna bahwa kedua-dua ayat di atas menegaskan bahwa pegangan agama yang diterima
oleh Allah sebagai jalan keselamatan dan keberuntungan hanyalah agama Islam yang telah
diwariskan oleh Nabi Muḥammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kenyataan ini lebih memperjelas
lagi akan kekeliruan dan kepalsuan penafsiran kumpulan Islam Liberal yang menjadikan ayat al-
Qur’an tersebut sebagai dasar pluralisme agama.

Jadi, tafsiran yang sahih ayat al-Qur’an di atas mengikut ulama tafsir ialah orang Yahudi,
orang Nasrani dan orang Sabi’in, jika mahu dapat ganjaran pahala dan selamat di akhirat seperti
orang-orang beriman (muslimin) maka hendaklah beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan
beramal soleh sama seperti umat Islam. Atau dengan kata lain, terimalah agama Islam sebagai
pegangan agama kalian, dan tinggalkan agama Yahudi, agama Nasrani dan agama Sabi’in. Di
akhir ayat itu Allah menegaskan bahwa jika kamu menolak seruan ini, maka saksikanlah bahwa
kami ini adalah orang Islam (sedangkan kamu bukan orang Islam).

Di antara ayat al-Qur’an yang banyak diangkat oleh golongan Liberal juga ialah firman
Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah al-Baqarah, ayat 256:

36
al-Qur’an, Āli cImrān 3:85.
62

‫ام‬
َ ‫ص‬َ ‫سكَ بِ ۡٱلعُ ۡر َوةِ ۡٱل ُو ۡثقَ َٰى ََل ٱن ِف‬ ِ َّ ِ‫ت َوي ُۡؤ ِم َۢن ب‬
ۡ ‫ٱّلل فَقَ ِد‬
َ ۡ‫ٱستَم‬ َّ َٰ ِ‫ٱلر ۡشدُ ِمنَ ۡٱلغ َۚي ِ فَ َمن يَ ۡكفُ ۡر ب‬
ِ ‫ٱلطغُو‬ ِ ُۖ ‫َل إِ ۡك َراهَ فِي ٱلد‬
ُّ َ‫ِين قَد تَّبَيَّن‬ َٓ
37
.‫ع ِليم‬ َ ‫س ِميع‬ َّ ‫لَ َه ۗا َو‬
َ ُ‫ٱّلل‬

Tafsirnya:
Tiada ada paksaan dalam (memeluk) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang kufur (tidak percaya) kepada Taghut dan dia beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali (agama) yang kukuh yang tidak
akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Golongan liberal memahami pangkal ayat ini )‫(َل إكراه في الدين‬sebagai asas pluralisme
agama, di mana tiada paksaan memilih agama yang disukai. Setiap individu memiliki hak untuk
menentukan pilihannya dalam beragama atau memilih untuk tidak beragama. Oleh itu, mereka
sangat menentang konsep murtad dalam undang-undang Islam.

Pemahaman mereka itu adalah sesat dan menyesatkan. Kesepakatan ulama tafsir mengenai
makna perkataan “al-Dīn” dalam ayat tersebut adalah agama Islam. Oleh yang demikian ayat al-
Qur’an ini sebenarnya membicarakan metodologi dakwah dalam Islam, bahwa agama Islam adalah
agama yang penuh kasih sayang yang tidak membenarkan kekerasan, sikap melampau dan paksaan
dalam penyebarannya. Agama Islam adalah agama fitrah ia akan tersebar melalui kebenaran yang
dibawanya. Oleh kerana agama Islam adalah rahmat bagi manusia sejagat, sudah tentu seruannya
tidak memerlukan kekerasan dan tidak perlu ada paksaan.

Fitnah yang disebarkan oleh mereka yang jahil tentang dakwah Islam seperti orientalis dan
yang terpengaruh dengannya, bahwa agama Islam tersebar melalui pedang (kekerasan) adalah
salah. Syeikh Muḥammad cAbduh dalam Risālah Tawḥīdnya telah menerangkan panjang lebar
perkara ini dan beliau menegaskan bahwa agama Islam tersebar di merata dunia dalam masa yang
sangat singkat kerana Islam adalah agama kebenaran, agama kemanusiaan dan agama
ketamadunan. Agama Islam sama sekali tidak tersebar dengan jalan kekerasan dan paksaan seperti
yang sering digembargemburkan oleh setengah pemikir Barat yang taksub.

37
al-Qur’an, al-Baqarah 2:256.
63

Ayat tersebut di atas jelas memberi penerangan bahwa dalam memperkenalkan agama
Islam kepada yang bukan Islam tidak boleh menggunakan kekerasan, apatah lagi dengan intimidasi
atau ugutan bagi meraih ramai pemeluk agama Islam. Mereka yang mahu kembali kepada agama
fitrahnya harus sedar dan insaf yang sesungguhnya bahwa mereka memilih agama Islam kerana
hidayah Allah yang telah menyinari dirinya sehingga berpuas hati menerimanya tanpa ada kaitan
dengan paksaan atau terpaksa atau motif lain. Oleh itu, mereka yang telah memilih agama Islam
kemudian ingin melepaskannya dan keluar dari aqidah sebenar pastinya ia akan diberi hukuman
yang berat setelah diberi kesempatan untuk bertaubat (istitābah) iaitulah yang dikenali dengan
hukum murtad. Hukuman ini telah dijalankan sepanjang sejarah umat Islam hinggalah pengaruh
penjajah Barat telah mengubah sistem hukuman tersebut dalam kawasan yang terjajah.

Di samping konsep pluralisme agama yang menjadi landasan berfikir dan ideologi
golongan ini, mereka juga cuba memperkenalkan satu metodologi interpretasi teks agama (Nuṣūṣ
Dīniyah) yang dikenali sebagai pendekatan hermeuneutika. Pendekatan ini pada asalnya adalah
hasil ciptaan orang-orang Nasrani di Barat bagi tujuan memahami dan mentafsir semula kitab suci
mereka (Bible) dan sekaligus untuk mencari kesahihan Bible itu sendiri. Kerana mereka (orang
Nasrani) sendiri mengakui bahwa teks-teks dalam kandungan Bible bukanlah keseluruhannya
wahyu tuhan, di dalamnya terdapat percampuran antara firman Tuhan dan karangan serta
pandangan manusia. Oleh itu, mereka memerlukan satu kaedah yang sesuai untuk memaknai dan
mengesahkan isi kandungan kitab suci mereka.

Pendekatan ini jelas tidak sesuai dan sangat tidak munasabah untuk digunapakai dalam
mentafsir ayat-ayat al-Qur’an. Kerana al-Qur’an dalam keyakinan umat Islam adalah Kalam Allah
sepenuhnya dan tidak bercampur aduk dengan perkataan lain, seperti yang berlaku pada kitab suci
agama Nasrani. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’an dan pentafsirannya adalah lengkap
dan telah dibina dan dikembangkan oleh ulama, fuqaha’ dan mufassirin dari dahulu hingga
sekarang. Oleh itu, tiada munasabah langsung untuk meminjam pendekatan Nasrani itu untuk
digunapakai dalam memahani ayat-ayat al-Qur’an. Disiplin ilmu al-Qur’an dan ilmu-ilmu lain
yang berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam cukup lengkap dan mmemadai untuk digunapakai oleh
ulama dan para ilmuan umat Islam.
64

Al-Qur’an dan hadith adalah Marjiciyah Islāmiyah yang asas dan landasan fundamental
dalam pemikiran Islam dan ijtihad. Pendekatan untuk memahami kedua-duanya sudahpun
dibangunkan pelbagai disiplin ilmu oleh ulama dan ilmuan Islam dengan penuh cermat dan teliti.
Meminjam metodologi dari luar Islam untuk mengkaji al-Qur’an adalah satu kesalahan yang nyata.
Apatah lagi menyamakan teks Bible dengan nas al-Qur’an adalah satu penghinaan kepada wahyu
Allah. Kalaulah perkara ini dilakukan oleh orang Non-Muslim mungkin kita boleh fahami, kerana
mereka jahil akan kedudukan al-Qur’an, tetapi malangnya kalau yang melakukannya adalah orang
Islam sendiri walaupun mereka sebenarnya jahil tentang disiplin ilmu Islam yang telah dibangun
oleh ulama sejak berzaman lagi.

Sejarah pemikiran Islam telah menyedarkan kita, bagaimana ulama dan para ilmuan Islam
membela dan mempertahankan aqidah dan syariah Islam dengan menjadikan al-Qur’an dan hadith
sebagai mizan (kayu ukur) penentu antara yang haq dan batil. Abū Ḥasan al-Ashcarī dan Abū
Manṣūr al-Māturīdī adalah dua tokoh yang gigih mempertahankan kemurnian aqidah Islam yang
cuba dikeruhkan oleh pemikiran golongan Muktazilah yang meminjam pendekatan falsafah
Yunani dalam membahaskan aqidah ketuhanan dan cuba mempersendakan kedudukan al-Qur’an
sebagai Kalam Ilahi yang qadim. Dan kedua-duanya berjaya membangunkan disiplin ilmu Aqidah
yang berhaluan Ahli Sunnah Waljama’ah yang diwarisi hinggalah ke hari ini.

Abū Ḥāmid al-Ghazālī telah mewariskan kita pendekatan penilaian dan kritikan tajam
terhadap beberapa pemikiran falsafah yang bercanggah dengan aqidah Islam dalam kitabnya
Tahāfut al-Falāsifah kemudian diluruskan oleh Ibn Rushdī dalam kitabnya Tahāfut al-Tahāfut.
Imam al-Ghazālī juga meninggalkan satu kitab iaitu Faḍā’iḥ al-Bāṭiniyah mengenai kesesatan
golongan Batiniyah yang sengaja memesongkan makna al-Qur’an mengikut nafsu mereka dengan
menggunakan metodologi luaran al-Manhaj al-Dakhīl, hampir mirip dengan gaya penafsiran
golongan liberal hari ini. Yang membezakan hanyalah sumber rujukannya, Batiniyah menjadikan
Rasā’il Ikhwān Ṣafā sebagai rujukan asasnya, sedangkan golongan liberal menjadikan konsep
pluralisme agama dan hermeuneutika agama Kristian sebagai asas dan landasan berfikirnya.
65

Ibn Taymiyah pula telah menyedarkan kepada umat Islam di zamannya dan sekarang,
kepentingan diwujudkan suatu pendekatan mantiq yang Islami, yang selama ini umat Islam
memanfaatkan kaedah-kaedah mantiq yang berasal dari falsafah Yunani. Perkara ini dinyatakan
oleh beliau dalam kitabnya Naqd al-Manṭiq bahwa umat Islam akan mudah terdedah dengan
manhaj pemikiran luaran al-Fikr al-Dakhīl jika tidak wujud kaedah mantiq umat Islam sendiri yang
dikaji dari sumber al-Qur’an al-Majīd. Walau bagaimanapun, hingga hari ini saranan Ibn
Taymiyah belum lagi wujud, malah ada ilmu Islam yang dirasakan kini sudah dilupakan iaitu Ādāb
al-Baḥth wa al-Munāẓarah. Ilmu ini sudah masuk dalam lipatan sejarah tiada siapa yang
mengembangkannya. Dan perlu diketahui bahwa saranan Ibn Taymiyah ini sudah pun dimulai jauh
sebelumnya oleh Imam al-Ghazālī dalam kitabnya al-Qisṭās al-Mustaqīm yang menawarkan tiga
bentuk Mīzān cAqlī yang bersumberkan al-Qur’an al-Ḥākim iaitu Taqābul, Talāzum dan Tacānud.

Kesimpulannya, bahwa disiplin ilmu Islam sejak lama sudah dikembangkan oleh ulama
dan ilmuan Islam. Hanya pada masa penjajahan Barat menyelimuti kawasan umat Islam
menjadikan pembangunan ilmu-ilmu Islam terbantut. Manakala pengembangan ilmu pengetahuan
di Barat yang berlandaskan kepada kebendaan dan liberalisme semakin kuat di mana umat Islam
tidak mampu bersaing seperti zaman awal kegemilangan Islam.

Pemikiran Islam Liberal yang berideologi pluralisme agama Barat adalah pemikiran sesat
dan menyesatkan bagi umat Islam. Ia tidak memberi apa-apa keuntungan dan kemajuan ilmu dan
kefahaman agama Islam malah ia boleh merosakkan pegangan aqidah dan cara berfikir umat Islam.
Oleh itu, adalah disarankan kepada umat Islam agar tidak terpengaruh dengan propaganda mereka,
kerana ia boleh membawa kepada pendangkalan iman dan keyakinan umat Islam terhadap
pegangan agamanya iaitu agama Islam. Mereka sebenarnya adalah perosak sendi-sendi ajaran
agama Islam yang sudah baku dalam Islam, sebagai contoh mereka tidak menerima konsep
pernikahan Islam sebagai ajaran agama, mereka menganggapnya hanya sekadar perjanjian sosial
antara lelaki dan perempuan, hukum qisas, hudud dan takzir adalah undang-undang yang sudah
ketinggalan zaman dan lain-lain dakwaan yang keji yang tidak memberi penghormatan kepada
ajaran Islam yang sudah diyakini kebenarannya sejak kedatangan awal Islam lagi.

Pemikiran Islāf (Wahābiyah Salafiyah)


66

Pemikiran Islāf yang dimaksud dalam kajian ini ialah pemikiran yang menonjolkan perlunya
kepada pemikiran golongan salaf yang terdiri daripada para sahabat, tabi’in dan atba’ tabi’in tiga
generasi terbaik dan terawal dalam sejarah masyarakat Islam. Pemikiran ini mula diperkenalkan
oleh Syeikh Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim al-Jawziyah. Walau bagaimanapun, ia tidak
berkembang maju dan ramai ulama Islam yang tidak bersetuju dibangkitkan sebagai satu teori
pemahaman Islam, kerana dasar pemikiran sedemikian sudahpun berkembang pesat melalui kajian
ulama dalam lingkungan Ahli Sunnah Waljama’ah jauh sebelumnya.

Terma “Salafiyah” sebagai label pemikiran Islāf ini tidak boleh menggantikan nama Ahli
Sunnah Waljama’ah yang sudah diterima pakai oleh ulama Islam berkurun-kurun lamanya.
Sementara nama “Salafiyah” tidak pernah wujud sebelum dibangkitkan dalam sejarah masyarakat
Islam. Ibn Taymiyah sendiri dalam kitab-kitab warisannya masih tetap menggunakan nama Ahli
Sunnah Waljama’ah sebagai kumpulan umat Islam yang mewarisi kefahaman Islam yang tulen
sepertimana yang diwariskan oleh ulama al-Salaf al-Ṣaliḥ. Beliau banyak menggunakan perkataan
“salaf” dalam karya tulisannya bagi menunjukkan ajaran sebenar yang dibawa oleh Ahli Sunnah
Waljama’ah. Begitu juga dengan Ibn Khaldūn dalam Muqaddimahnya yang banyak menyebut
perkataan sedemikian.

Namun pada awal kurun ke-20 Masihi, umat Islam dikejutkan dengan tersebarnya
pemikiran Syeikh Muḥammad bin cAbd al-Wahhāb tentang perlunya menilai semula konsep Ahli
Sunnah Waljama’ah yang dianggapnya banyak sudah lari daripada warisan ajaran ulama al-Salaf
al-Ṣaliḥ. Dengan senjata bid’ah dan syirik mula diperkenalkan dalam menghukum pelbagai amalan
umat Islam yang dinilai bercanggah dengan amalan dan kefahaman ulama al-Salaf al-Ṣaliḥ. Dari
sinilah munculnya dua terma baru dalam kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan
kefahaman ini, iaitu Wahābiyah dari pihak yang tidak bersetuju dan Salafiyah bagi pihak yang
bersetuju. Jadi terma Wahābiyah dan Salafiyah merujuk kepada golongan ini.

Oleh yang demikian, Wahabī Salafī ialah satu nama yang terkenal dalam kalangan umat
Islam sejak awal kurun ke-20 Masihi lagi. Wahabī diambil dari nama ayah seorang pengikut
mazhab Hanbalī yang bernama Muḥammad bin cAbd al-Wahhāb (1115H/1702M - 1206H/1787M)
67

penggerak pemikiran Islāf di Najd, Negeri Hijaz (Arab Saudi). Walaupun nama ini (Wahabī) tidak
digemari oleh pengikutnya namun akhirnya diterima jua dalam penulisan mereka pada masa ini.
Pemikiran Muḥammad bin cAbd al-Wahhāb cuba disebarkan oleh beliau sendiri di masa hayatnya
namun masyarakat Islam di kampongnya menolaknya termasuk ahli keluarganya sendiri yang kuat
berpegang dengan mazhab Hanbalī. Walau bagaimanapun, pergerakan ini berjaya menyebarkan
pemikirannya bermula tahun 1925 ketika mana kerajaan Ibn Sacūd menguasai negeri Hijaz,
termasuk bandar suci Mekah dan Madinah. Kemenangan Raja Ibn Sacūd menguasai kota suci
Mekah dan Madinah merupakan peluang besar bagi golongan ini menyebarkan ideologi dan
pemikirannya walaupun secara kekerasan dan ugutan.

Pergerakan ini telah menyebarkan fitnah dan cabaran dalam kalangan umat Islam, terutama
Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai umat Islam majoriti. Adapun golongan Syiah dan Ibadiyah
sememangnya telah dianggap oleh mereka (Wahabī) terkeluar daripada Islam. Sementara Ahli
Sunnah Waljama’ah yang berpegang teguh kepada manhaj Imam Mazhab Empat (Imam Abū
Ḥanīfah, Imam Mālik bin Anas, Imam Muḥammad bin Idrīs al-Shāficī dan Imam Aḥmad bin
Ḥanbal) di bidang fiqh serta Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī dan Imam Abū Manṣūr al-Māturīdī di
bidang aqidah Islam dianggap oleh mereka (Wahabī) sebagai pelaku-pelaku bid’ah dan ada
kalanya dianggap pengamal syirik.

Pergerakan Wahabi ini telah mendakwa dirinya sebagai pengikut salaf ṣalih atau Ahli
Sunnah Waljama’ah yang sebenar. Mereka mendakwa diri mereka sebagai pelopor Jemaah
Salafiyah yang hakiki. Mereka banyak menganggap dan menuduh sesat pada ulama Islam Ahli
Sunnah Waljama’ah terdahulu. Termasuklah ulama dan tokoh Ashācirah dan Māturīdiyah yang
sejak berkurun-kurun lamanya sebagai pengembang dan pembela Ahli Sunnah Waljama’ah di
dunia Islam.

Umat Islam di alam Melayu juga sejak awal lagi adalah umat Islam Ahli Sunnah
Waljama’ah, pengikut Ashācirah dan Māturīdiyah dari sudut pengajaran aqidah Islam, pengikut
mazhab Imam Shāficī dari segi pengajian fiqh juga terjejas akibat golongan ini dengan melahirkan
perpecahan ummah menjadi kaum muda dan kaum tua yang dirasakan kesannya hingga ke hari
ini.
68

Kemunculan pergerakan Wahabī ini mendatangkan masalah dalam kalangan umat Islam,
kerana mereka cuba mencabar beberapa tradisi amalan masyarakat Islam yang bersifat Furūciyah
Ijtihādiyah seperti membaca tahlil dan talqin kepada orang yang sudah meninggal, membaca doa,
wirid, ratib, hizb secara berjemaah, membaca surah-surah tertentu pada masa tertentu dan lain-
lain. Perkara seperti ini dihukumkan oleh mereka sebagai bid’ah sesat. Walhal semua perkara
tersebut mempunyai asas daripada hadith Rasulullah atau athār ulama al-Salaf al-Ṣaliḥ. Dan perlu
diketahui bahwa amalan-amalan ini bagi Ahli Sunnah Waljama’ah bukan perkara fardhu, ianya
diamal sebagai satu perkara mustaḥabbat (digalakkan) kerana ada asas syariat.

Khusus membaca tahlil, talqin dan al-Qur’an untuk orang yang sudah meninggal, Imam
Nawawī dalam kitab al-Adhkār dan Sharḥ al-Muhadhdhab telah menjelaskan panjang lebar
dengan menyebut sandaran hadith dan fatwa ulama Ahli Sunnah Waljama’ah yang membolehkan
bahkan menggalakkan perkara sedemikian dan ia sudah lama diamalkan di negeri Syam, Baghdad
dan Khurasan. Imam Muḥammad bin Idrīs al-Shāficī setentunya telah memfatwakan bacaan zikir
Kalimat Ṭayyibat sebagai harus untuk disedekahkan pahalanya kepada orang yang sudah
meninggal dunia.

Antara cabaran Wahabī yang agak unik ialah mengharamkan sambutan Maulud Nabi
secara mutlak. Mereka menganggap bahwa amalan seumpamanya adalah bidʻah sesat. Begitu juga
sambutan Israk Mikraj, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain. Adapun sambutan seperti ini diamalkan
oleh Ahli Sunnah Waljama’ah untuk menyemarakkan syiar Islam dan sebagai langkah untuk
mengukuhkan ketaqwaan dan pegangan beragama. Secara tidak langsung, ia merupakan inovasi
pembangunan masyarakat Islam.

Dan yang paling banyak disoroti oleh ulama Ahli Sunnah Waljama’ah adanya puak
Wahabī ini menolak pendekatan pengajian aqidah Islam melalui Konsep Sifat 20 yang diwarisi
dari pendekatan pembelajaran aqidah Imam Abū Ḥasan al-Ashcarī dan Imam Abū Manṣūr al-
Māturīdī kemudian diringkaskan dan dirumus oleh Imam Sanūsī dalam kitab Umm al-Barāhin,
yang sudah berkurun-kurun menjadi pendekatan pengajaran ilmu aqidah Islam dan telah
69

menghasilkan banyak kitab warisan ulama mengenainya dan berjaya mengukuhkan aqidah umat
Islam termasuk di alam Melayu ini.

Malah puak Wahabī menggantikannya pula dengan Konsep Tiga Tauhid iaitu Rubūbiyah,
Ulūhiyah dan Asmā’ dan Ṣifāt. Ia merupakan satu konsep pemikiran aqidah yang pernah
diwacanakan oleh Ibn Taymiyyah dan ditentang dengan kerasnya oleh ulama Ahli Sunnah
Waljama’ah di zamannya. Sebagian ulama Ahli Sunnah Waljama’ah menuduh konsep sedemikian
membawa kepada menghidupkan semula fahaman golongan Mushabbihah, iaitu golongan yang
pernah wujud di dunia Islam menyamakan tuhan dengan makhluk dalam mentafsir nas-nas
Mutashābihāt yang mengandungi sifat Khabariyah seperti tangan, mata, duduk, turun dan yang
seumpamanya.

Pandangan yang mengatakan bahwa kefahaman Wahabī bertentangan dengan Islam, bukan
dari Ahli Sunnah Waljama’ah. Ini kerana ulama Ahli Sunnah Waljama’ah hanya menganggap
pergerakan Wahabi sebagai sempit, melampau dan medatangkan fitnah dalaman umat Islam. Hal
ini bersesuaian dengan pernyataan Syeikh Muḥammad Abū Zahrah, Syeikh Muḥammad Ramaḍān
al-Būṭī, Syeikh Aḥmad al-Tayyib (Syeikh al-Azhar), Syeikh Wahbah Zuhaylī, Syeikh Yūsuf al-
Qarḍāwī dan lain-lain.

Adapun tuduhan bahwa pergerakan Wahabi ditubuhkan oleh perisik British di bawah
pengaruh Zionis, tuduhan semacam ini dapat dilihat melalui penulis-penulis Syiah di Iran. Ia
berkemungkinan kerana mereka geram dituduh sebagai kafir dan terkeluar daripada Islam oleh
Wahabi. (sila baca buku yang bertajuk Salafiyah Wahabiyah bayna Mu’ayyidiha wa Naqidiha
tulisan Dr. Hersi Mohamed Hilole).

Pergerakan Wahabi telah mengalami banyak masalah dalam melancarkan propagandanya


disebabkan kebencian masyarakat Islam terhadap pendekatan yang digunakan. Beberapa
penyelidik dalam kalangan Wahabi sendiri telah menghuraikan sebab permusuhan dan kebencian
umat Islam terhadap Wahabi ini di sebagian besar rantau dunia Islam. Syeikh Aḥmad bin Ḥajar al-
Haytamī berpendapat bahwa sebab-sebab yang membawa kepada ramai orang membenci Wahabi
berpunca dari:
70

1. Orang awam di seluruh dunia Islam masih meyakini bahwa Khilafah cUthmāniyah sebagai
negara khilafah dan sebagai pembela agama, dan pergerakan ini dianggap sebagai salah
satu sebab runtuhnya khilafah tersebut.

2. Ulama dan tokoh Islam yang pro Khilafah cUthmāniyah selalu mencerca dan mengkritik
pergerakan Wahabi, di mana seluruh umat Islam telah mendengar kata-kata mereka yang
dianggapnya sebagai ulama Ahli Sunnah Waljama’ah.

3. Jemaah haji yang datang ke Mekah, selalunya mendengar daripada pemuka dan ulama
Mekah ketika itu bahwa gerakan Wahabi dicerca kerana mereka merupakan pengikut-
pengikut yang tidak menghormati para ulama, wali dan solehin.

Ada juga hasil kajian yang mendokong pandangan di atas, seperti di bawah ini:

1. Pendekatan yang digunakan para mubaligh Wahabi adalah kasar dan keras, serta isu yang
dibangkitkan adalah isu ajaran Islam yang bersifat ijtihādī. Walaupun mubaligh mereka
terdiri daripada mahasiswa dari pelbagai negara Islam, tetapi mereka kelihatannya hanya
terdorong kerana peruntukan yang tinggi yang dikeluarkan oleh agensi tertentu di Arab
Saudi.

2. Mereka juga banyak mencetuskan perselisihan dan perbezaan fahaman dalam isu fiqh dan
aqidah. Sebagian mubaligh Wahabi memfatwakan bahwa orang yang bukan berfahaman
Wahabi adalah ahli bid’ah atau musyrik. Fatwa seperti ini memecahbelahkan antara anak
dengan bapanya, ibu dengan anaknya, kerana belia-belia ini setelah mereka menjadi
pengikut Wahabi mereka percaya yang bapa dan ibu mereka adalah pengamal bid’ah atau
syirik.

3. Para mubaligh Wahabi juga mengambil beberapa sikap yang tegar (apriori) terhadap puak-
puak Islam lain, membuatkan sebarang perhubungan persaudaraan atau sebarang jenis
kerjasama demi untuk agama di antara mereka dengan puak-puak Islam lain sesuatu yang
71

tidak mungkin. Kerana mereka mendakwa kefahaman mereka sahaja yang benar, mereka
sahaja yang berpegang pada al-Qur’an dan Sunnah.

4. Mereka juga tidak mengendahkan suasana dan persekitaran masyarakat Islam di mana
mereka berada. Sebagian besar mubaligh Wahabi terdiri daripada graduan universiti di
Arab Saudi atau mereka dari kumpulan yang lulus di tangan para graduan tersebut yang
lulus dari universiti di Arab Saudi. Mereka mempunyai latar belakang mengenai
pendekatan dakwah di Arab Saudi, sekembalinya mereka ke tanah air, mereka terus
melaksanakan pendekatan yang mereka pelajari di Arab Saudi tanpa melayani sedikit pun
persekitaran di mana masyarakat sasaran itu berada.

Gerakan Wahabi adalah sebuah gerakan dakwah dalaman yang hanya mensasarkan
dakwahnya kepada umat Islam. Mereka kurang tumpuan dakwahnya kepada masyarakat yang
bukan Islam. Para jurukempen Wahabi tidak mencurahkan usaha yang besar bagi memperkenalkan
agama Islam kepada masyarakat sejagat yang belum Islam. Dan masalah yang dibangkitkan ialah
perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah ijtihādiyah yang seharusnya boleh diterima secara
terbuka walaupun ada perbezaan pandangan atau hasil ijtihad para ulama mujtahidīn.

Kesimpulannya, walaupun kumpulan ini pada awalnya adalah mengikuti mazhab Imam
Ahmad bin Hanbal dari segi pemikiran fiqh, namun pemikiran aqidahnya lebih kepada kesan
pemikiran Mazhab Zahiri. Dakwah mereka kepada umat Islam dikenali sebagai dakwah “kembali
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” menjadikan golongan tersebut pada hari ini juga dikenali sebagai
golongan anti mazhab. Mereka memasyhurkan dirinya sebagai golongan ahli Hadith yang hanya
berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah. Walaupun kefahaman mereka terhadap al-Qur’an dan
Hadith kadangkala menyalahi konsep dan disiplin ilmu al-Qur’an dan Hadith yang telah dirumus
oleh ulama sejak berzaman. Malah kefahaman agama mereka terkesan dengan mazhab Zahiri dari
segi fiqh dan aliran Mushabbihah dari segi kefahaman aqidah.

Pada pandangan penyelidik, golongan ini menjadi masalah dalam masyarakat Ahli Sunnah
Waljama’ah kerana terlalu agresif dalam menilai pelbagai syiar dan amalan keagamaan dalam
masyarakat seperti menganggap bid’ah amalan mustaḥabbāt; bacaan tahlil, Qunut Subuh, bacaan
72

Yasin dan lain-lain. Masalah furūciyah fiqhiyah dalam ibadah dan muamalah selalu diungkit
sebagai bidʻah atau syirik yang membahayakan. Mereka terlalu mengagung-agungkan sebagian
ulama dan merendahkan yang lain. Walhal semua adalah rujukan umat Islam. Dan lain-lain isu
yang boleh merosakan persaudaraan umat Islam dan keharmonian masyarakat.

WAKHITAMUHU MISK

Kajian ini telah menjelaskan mengenai aqidah Islam menurut panduan Ahli Sunnah Waljama’ah.
Ia merangkumi pengertian aqidah; kedudukan aqidah dalam Islam; sumber, metode dan cara
pengambilan aqidah Islam; dan keutamaan Ahli Sunnah Waljama’ah. Seterusnya, bab ini juga
membincangkan berkaitan dengan mengenali Ahli Sunnah Waljama’ah; Madrasah Ashācirah dan
Māturidiyah; Ulama Ashācirah dan Māturīdiyah; Ashācirah dan Maturīdiyah Adalah Ahli Sunnah
Waljama’ah; dan Tantangan Ahli Sunnah Waljama’ah.

Semoga hasil kajian ini dapat menambahkan maklumat kita mengenai aqidah Islam
menurut panduan Ahli Sunnah Waljama’ah dan dapat menambahkan keyakinan kita akan
kebenaran manhaj Ahli Sunnah Waljama’ah yang sudah menjadi pegangan umat Islam mayoritas
sepanjang sejarah umat Islam termasuk juga warga Darud Da’wah Wal-Irsyad yang kita warisi
dari al-aghfuru lahu Anre Gurutta K. H. Abdul Rahman Ambo Dalle.

Wallahu a’lam, waakhiru da’wana ‘anil hamdu lillahi rabbil ‘alamin

Anda mungkin juga menyukai