Anda di halaman 1dari 7

HUKUM MEMAKAI KOSTUM ATAU COSPLAY

Berhubung dengan pemakaian kostum atau cosplay kami membahagikannya kepada


beberapa aspek.

Pertama : Kostum Kartun kanak-kanak

Antaranya seperti Didi and Friends, Omar dan Hana. Kami berpandangan bahawa ia
dibolehkan dengan syarat ianya hanya dikhususkan untuk hiburan dan pembelajaran
kanak-kanak semata-mata. Selain itu, ianya bukanlah sentiasa dan kerap dengan
pakaian sedemikian kerana kanak-kanak juga perlu faham bahawa karekter berkenaan
hanya khayalan semata-mata. Begitu juga maskot sukan di mana hukumnya adalah
harus sebagai menaikkan semangat dan hiburan kepada audien semata-mata dengan
syarat-syarat seperti yang disebutkan.

Kedua : Kostum Badut

Hukum berlawak jenaka dengan berpakaian badut adalah makruh.


Walaubagaimanapun, jika ada tujuan tertentu seperti pembelajaran dan hiburan kepada
kanak-kanak, ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi:

1. Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan

Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda
dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan
dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah
sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya
ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga
dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh.”

Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:

‫اعط الكَاَل َم ِم َن امل ْز ِح بَِق ْد ِر َما يُ ْعطَي الطَّ َع ُام ِم َن املِْل ِح‬
ِ
َ
Maksudnya: “Berikanlah bicaramu itu dengan sedikit gurauan, sekadar diberikan pada
makanan itu garamnya yang cukup.”

2. Tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai gurau senda.

Ini berdasarkan firman Allah Taala:

1
‫ِّس ٍاء َع َس ٰى أَن‬ ِ ٍ ِ َّ
َ ‫ين َآمنُ وا اَل يَ ْس َخ ْر َق ْو ٌم ِّمن َق ْوم َع َس ٰى أَن يَ ُكونُوا َخْي ًرا ِّمْن ُه ْم َواَل ن َس اءٌ ِّمن ن‬ َ ‫يَا أَيُّ َه ا الذ‬
ِ ُ ‫س ااِل ْس ُم الْ ُف ُس‬
ْ‫وق َب ْع َد اإْلِ ميَان ۚ َو َمن مَّل‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫يَ ُك َّن َخْيًرا ِّمْن ُه َّن ۖ َواَل َت ْلم ُزوا أَن ُف َس ُك ْم َواَل َتنَ َاب ُزوا باأْل َلْ َق اب ۖ بْئ‬
‫ك ُه ُم الظَّالِ ُمو َن‬ َ ِ‫ب فَأُوٰلَئ‬
ْ ُ‫َيت‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari
kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)
maka merekalah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Hujurat : 11)

3. Tidak berbohong dalam lawak

Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku
menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW
bersabda:

ِ ْ ُ‫يث لِي‬
ِ ‫ِّث بِاحل ِد‬
ِِ َ ‫ض ِح‬ ِِ
ُ‫ َويْ ٌل لَهُ َويْ ٌل لَه‬،‫ب‬
ُ ‫ك به ال َق ْو َم َفيَكْذ‬ َ ُ ‫َويْ ٌل للَّذي حُيَد‬
Maksudnya : “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai
tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!”

Riwayat al-Tirmidhi (2315)

Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498)


mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam;
li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni
tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu
bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan
satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar
RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-
Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi
jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak
menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”

2
4. Tidak mempermainkan syiar agama

Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :

ُّ ُ‫ين اخَّتَ ُذوا ِد َين ُه ْم لَعِبًا َوهَلًْوا َو َغَّر ْت ُه ُم احْلَيَاة‬


‫الد ْنيَا‬ ِ َّ ِ
َ ‫َو َذر الذ‬
Maksudnya: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka
sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan
dunia.”

(Surah Al-An’am : 70)

Firman-Nya lagi:

ُّ ُ‫ين اخَّتَ ُذوا ِد َين ُه ْم هَلًْوا َولَعِبًا َو َغَّر ْت ُه ُم احْلَيَاة‬


َ‫الدنْيا‬ ِ َّ
َ ‫الذ‬
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang
menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan
permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala
kemewahannya dan kelazatannya).

(Surah Al-A’raf : 51)

Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan


agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal
ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang
telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.  Hal ini
dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :

ِ ُ‫ك ومن يعظِّم َشعائِر اللَّ ِـه فَِإنَّها ِمن َت ْقوى الْ ُقل‬
‫وب‬ ِٰ
َ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ ‫َذل‬
Maksudnya : “Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar
agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu
satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”

(Surah al-Hajj : 32)

Keempat : Kostum Anime atau Superhero

Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa ianya perlu diperhalusi terutamanya
daripada aspek kostum watak yang dipakai, kosnya, masa yang diperuntukkan,
karekternya dan tujuannya.

3
1. Sekiranya kostum berkenaan mendedahkan aurat, maka ia diharamkan.
2. Sekiranya ia menyerupai dewa-dewa dalam agama atau kepercayaan lain atau
rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya, Deus Ex Machina dan lain-lain, maka
ia diharamkan. Ibn Umar R.Anhuma meriwayatkan bahawa Nabi SAW
bersabda :

‫َم ْن تَ َشبَّهَ بَِق ْوٍم َف ُه َو ِمْن ُه ْم‬


Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari
bahagian mereka.”

Riwayat Abu Daud (4031)

Tafsiran hadis ini menunjukkan kepada penyerupaan dari sudut cara pemakaian, gaya
hidup, etika hidup, panduan agama atau perilaku khusus bagi sesuatu kaum. Justeru
pemakaian kostum yang bertujuan untuk menyerupai sesuatu watak adalah perkara
yang dilarang sama sekali. Sekiranya ada yang mempersoalkan kaitan pemakaian
kostum dewa-dewa dengan akidah, kami katakan bahawa ia bukan isu tergugat atau
rosaknya akidah tetapi ia adalah isu jati diri seorang Muslim.

3. Sekiranya ia memerlukan belanja yang besar sehingga membazir, maka ianya


diharamkan. Firman Allah SWT:

ِ ُّ ِ‫ند ُك ِّل َم ْس ِج ٍد َو ُكلُوا َوا ْشَربُوا َواَل تُ ْس ِرفُوا ۚ إِنَّهُ اَل حُي‬
َ ‫ب الْ ُم ْس ِرف‬
‫ني‬ َ ‫آد َم ُخ ُذوا ِزينَتَ ُك ْم ِع‬
َ ‫يَا بَيِن‬
Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias
pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan
makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah
tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raf : 31)

Al-Maraghi menyatakan Allah SWT menghendaki manusia bersikap sederhana dalam


melakukan sesuatu kerana Allah dan tidak suka sama sekali mereka yang melampaui
batas. Bahkan Allah SWT menghukum mereka atas sikap berlebih-lebihan ini sesuai
dengan bahaya dan kerosakan yang mereka timbulkan. Ini kerana, mereka telah
melanggar sunnah-sunnah fitrah dan berbuat jahat terhadap diri mereka sendiri serta
harta mereka. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 4/2174)

Demikian juga hadis berkaitan larangan terhadap pembaziran dalam berpakaian


sehingga mendatangkan fitnah terhadap agama.

ٍ ‫ُكلُوا وتَص َّدقُوا والْبسوا يِف َغ ِ إِسر‬


‫اف َوالَ خَمِ يلَ ٍة‬ َ ْ ‫رْي‬ َُ َ َ َ
4
Maksudnya : “Makanlah, bersedekah dan pakailah tanpa membazir dan bermegah-
megah.”

Riwayat al-Nasaei (2559)

4. Sekiranya ia dengan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk maka ia adalah makruh.

Definisi menunjuk-nunjuk menurut Lisan al-Arab adalah: “Menzahirkan sesuatu yang


dengan kesombongan sehingga dilihat oleh manusia.”

Firman Allah SWT

ُّ ِ‫َواللَّـهُ اَل حُي‬


‫ب ُك َّل خُمْتَ ٍال فَ ُخو ٍر‬
Maksudnya : “Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri.”

(Surah al-Hadid : 23)

Untuk mengelakkan setiap muslim menjauh diri daripada tuduhan sombong diri, maka
Nabi SAW melarang daripada memakai pakaian yang menagih kemasyuran kerana
manusia yang memakainya akan merasa bangga diri dan berlagak angkuh. Tersebut di
dalam hadis:

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

‫ب َم َذلٍَّة‬ ِ ِ ِ
َ ‫ب ُش ْهَر ٍة أَلْبَ َسهُ اللَّهُ َي ْو َم الْقيَ َامة َث ْو‬
َ ‫س َث ْو‬
َ ‫َم ْن لَب‬
Maksudnya : “Siapa yang memakai pakaian syuhrah di dunia maka Allah memakaikan
kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat.”

Riwayat Ibn Majah (3606)

Ibn Qayyim dalam ‘Aun al-Ma’bud menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan kepada


pemakaian satu baju yang ketara perbezaannya dengan manusia lain dari sudut
warnanya  atau bentuknya yang mampu untuk mengalih pandangan manusia lain untuk
melihat kearahnya sehingga menimbulkan perasaan ujub, takbur dan bermegah-megah
dalam diri pemakai. (Rujuk Kitab ‘Aun al-Ma’bud,11/50)

Memakai pakaian yang menyalahi adat kebiasaan orang ramai adalah makruh kerana
ia membawa kepada menunjuk-nunjuk dan juga umpatan orang lain.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

5
،‫ َولِ ُين َه ا َو ُخ ُش و َنُت َها‬،‫اب َو ِغلَظُ َه ا‬ ِ َ‫الش هرت‬
ِ ‫ ِرقَّةُ الثِّي‬:‫ان؟ قَال‬
َ
ِ َّ ِ ِ ‫َنهى ع ِن الش‬
َ ْ ُّ ‫ يَا َر ُسول الله َو َما‬:‫ُّهَرَتنْي فَقيل‬
ْ َ َ
‫ص ًادا‬ ِ َ ِ‫ ولَ ِكن س َدادا ب َذل‬،‫وطُوهُل ا وقِصرها‬
َ ‫ك َواقْت‬ َ ‫َ َ َ َ ُ َ َ ْ َ ً َنْي‬
Maksudnya : “Nabi SAW melarang daripada dua perkara yang menunjuk-nunjuk. Maka
dia bertanya : Wahai Rasulullah, apakah dia dua perkara yang menunjuk-nunjuk?
Rasulullah bersabda : “ Pakaian terlalu halus atau terlalu kasar, pakaian terlalu panjang
atau terlalu pendek yang terlalu lembut dan terlalu kasar dan yang terlalu panjang dan
terlalu pendek tetapi sederhana diantara kedua-duanya.”

Hadis Riwayat al-Baihaqi (3/273). Hadis ini dihukum munqati’.

Nabi SAW juga melarang umatnya daripada sifat menunjuk-nunjuk dalam berpakaian.
Hal ini kerana, sikap tersebut akan mendatangkan fitnah tidak hanya kepada pemakai
malah turut kepada agama Islam. Demikian juga hadis berkaitan larangan menunjuk-
nunjuk dalam berpakaian sehingga mendatangkan fitnah terhadap agama.

ٍ ‫ُكلُوا وتَص َّدقُوا والْبسوا يِف َغ ِ إِسر‬


‫اف َوالَ خَمِ يلَ ٍة‬ َ ْ ‫رْي‬ َُ َ َ َ
Maksudnya : “Makanlah, bersedekah dan pakailah tanpa membazir dan bermegah-
megah.”

Riwayat al-Nasaei (2559)

Pemakaian kostum boleh jadi sama ada  membawa kepada pembaziran harta, masa
atau sebaliknya. Maka ia adalah membuang masa dan tidak bermanfaat.

Demikian hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda,

‫ِم ْن ُح ْس ِن إِ ْسالَِم الْ َم ْر ِء َت ْر ُكهُ َما الَ َي ْعنِ ِيه‬


Maksudnya: “Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak
bermanfaat”

Riwayat al-Tirmizi (2317)

Prinsip kehidupan umat Islam adalah meninggalkan sesuatu perkara yang dirasa tidak
penting dalam kehidupan mereka. Ini kerana, perkara tersebut tidak akan
mendatangkan apa-apa faedah dalam kihudupan umat Islam. Justeru, dengan
meninggalkan perbuatan seperti menghabiskan masa mencari kostum yang tidak
mendatangkan apa-apa faedah, lebih baik masa yang ada tersebut digunakan untuk
menuntut ilmu atau melakukan perkara yang lebih berfaedah.

6
KESIMPULAN

Menurut Imam al-Tabari :

‫ُّهَر ِة‬ ِ ‫ي ضر‬


ْ ‫ب م َن الش‬ ِّ ‫ان ِم َن الْ ُم ُروءَ ِة َما مَلْ يَ ُك ْن إِمْثًا َويِف خُمَالََف ِة‬
ٌ ْ َ ِّ ‫الز‬
ِ ‫الزم‬
َ ‫فَِإ َّن ُمَر‬
ِّ ‫اعا َة ِز‬
َ َّ ‫ي‬
Maksudnya : “Sesungguhnya menjaga diri untuk berpakaian yang sesuai dengan
penduduk zamannya adalah termasuk dalam memelihara maruah selagi bukan
perbuatan dosa. Dan dalam berbeza pakaian (kebiasaan) dengan mereka, terdapat
bentuk menunjuk-nunjuk.” (Rujuk Fath al-Bari, 10/306)

Setelah meneliti isu ini, kami berpandangan bahawa dilarang bagi seseorang Muslim itu
untuk memakai kostum atau cosplay kecuali dengan kriteria-kriteria yang telah kami
sebut di atas. Selain daripada garis panduan yang telah dinyatakan di atas, kami
melihat bahawa pemakaian sebahagian kostum atau cosplay tertentu adalah lebih
kepada untuk menunjuk-nunjuk dan boleh mendatangkan fitnah kepada agama Islam
itu sendiri. Selain itu, ianya juga termasuk dalam kategori pembaziran duit dan masa
dimana Allah SWT melarang keras hambanya daripada melakukan apa-apa
pembaziran  dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai