Anda di halaman 1dari 10

Apakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Si Mati: Satu Studi Perbandingan

Oleh: Zain Y.S (al-ahkam.net)

Note: Versi ini telah disemak, dikoreksi dan dilakukan penambahan oleh Dr Abu Anas Abd Basit
Abd Rahman. Tulisan yang berwarna merah adalah koreksi atau pembetulan dari beliau. Dan
teks petikan Majmuk Fatwa Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah juga penambahan dari
beliau. Terimakasih dan penghargaan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk tujuan
ini.

Pendahuluan:
1. Dapat kita lihat bahawa melalui penjelasan di bawah ini nanti, secara ringkasnya, semua
ulama dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa amalan orang hidup sampai
kepada orang mati (si mati). Cuma terdapat beberapa perbedaaan kecil yg berlaku. Umpamanya,
Malik dan al-Syafi'i mengatakan bahawa ibadah badaniyah seperti sembahyang dan puasa tidak
sampai. Namun, di kalangan Syafi'iyah mutaakhir mengatakan amalan berkenaan sampai.

2. Untuk perhatian pembaca, perbahasan berkaitan tajuk ini hanya di sekitar samada sampai atau
tidak pahala amalan orang hidup untuk si mati. Artikel ini samasekali tidak membahaskan kaifiat
atau tatacara atau bagaimana cara untuk menyampaikan pahala itu kepada si mati. Contohnya,
artikel ini tidak membahas boleh atau tidak amalan tahlilan, upacara mengirim arwah, yasinan
dan sebagainya yang diamalkan oleh masyarakat kita.
3. Ini bermakna, sampai atau tidaknya amalan orang kepada si mati adalah satu perkara dan
manakala tata cara untuk menyampaikannya seperti yasinan, tahlilan dan sebagainya adalah satu
hal yang lain pula.
4. Bila seseorang itu berpegang dengan pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati, tidak
bermakna beliau membolehkan amalan seperti upacara kirim arwah, yasinan dan tahlilan.
5. Boleh atau tidaknya amalan berkenaan memerlukan satu perbahasan lain yang panjang lebar.

Berikut ini adalah petikan yang kami ringkaskan dari kitab Syarah Aqidah al-Thahawiyah:

(1) Apakah sampai amalan org hidup kepada si mati?

Seluruh ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati dapat manfaat
dari usaha orang hidup melalui dua perkara:

1. Sebab2 yg dilakukan oleh si mati ketika hidupnya.


2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka kepada si mati, sedekah dan haji. Cuma, haji mereka
memperselisihkannya, apakah sampai manfaatnya kepada si mati ataupun tidak?

1
Dalam hal ini, Muhamad bin al-Hasan menolak sampainya manfaat dari haji. Beliau
mengatakan: "Hanyasanya, sampai kepada si mati pahala sedekah. Manakala pahala haji adalah
kepada orang yang mengerjakannya.”

Manakala para ulama lain pada umumnya mengatakan bahawa pahala haji dapat kepada mereka
yg dihajikan. Dan, inilah pendapat yg sahih.

(2) Bagaimana dengan ibadah badaniyah? Apakah sampai?

Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir, terdapat beberapa
pendapat:
Golongan 1: Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama salaf mengatakan bahawa ia sampai
kepada si mati.
Golongan 2: Pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik mengatakan tidak sampai kepada si
mati.
Golongan 3: Ahli bid'ah dari kalangan ahli kalam mengatakan tidak satu apapun yg dapat sampai
kepada si mati, samada doa kaum muslimin atau selainnya. Pendapat mereka ini dapat ditolak
dengan al-Quran dan al-Hadis.

(3) Dalil
Dalil di sekitar golongan yang mengatakan bahawa si mati memperoleh manfaat dari amalan
orang hidup:
a. Mendapat manfaat tanpa sebab2 yg dibuat olehnya semasa hidup:

1. Firman Allah Taala: (Al-Hasyr: 10)


"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:
"Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului
Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam
terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah
belas kasihan dan RahmatMu".

Dalam ayat ini menunjukkan si mati memperoleh manfaat dari istighfar orang hidup.

2. Terdapat nash-nash yg telah diijmak-kan oleh muslimin bahawa si mati memperoleh manfaat
dari doa kaum muslimin di dalam sembahyang jenazah. Begitu juga doa selepas si mati di tanam.
Antaranya ialah hadis Abu Daud dari hadis Usman bin Affan r.a., katanya adalah Nabi s.a.w.
apabila selesai menanam mayat, baginda s.a.w. berdiri di situ dan bersabda: "Pohonlah
keampunan untuk saudaramu. Kamu pohonlah ketetapan kepadanya. Maka sesunggunhya dia
sekarang sedang disoal."

Ini termasuklah doa ketika menziarahi kubur sebagaimana yg termaktub di dalam sahih muslim
samada dari hari Buraidah bin al-Husaib ataupun dari hadis Aisyah r.a.

b. Dalil yg mengatakan bahawa pahala bersedekah sampai kepada si mati ada disebutkan di
dalam sahihain (Bukahri & Muslim). Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah
kematian ibunya ketika ketiadaannya, lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:

2
"Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketika aku tiada, apakah dia mendapat
manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Bukhari)

c. Mengenai sampainya pahala berpuasa kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain
daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mati dan
masih ada puasa yg belum dikerjakan, maka hendaklah ia dipuasakan (dibayar) oleh walinya."

Namun dalam hal ini, Abu Hanifah mengatakan puasa berkenaan hendaklah digantikan/diqadho'
dengan memberi makan kepada fakir miskin bukan dengan berpuasa.

d. Dalil sampainya pahala haji, terdapat di dalam sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.:
Bahawa seorang perempuan Juhainah telah menemui Nabi s.a.w., katanya: "Wahai Rasulullah
s.a.w. sesungguhnya ibuku telah bernazar utk menunaikan haji, tetapi tidak dapat
menunaikannya hinggalah dia mati. Apakah aku perlu menunaikan haji utknya?" Nabi s.a.w
bersabda: "Kerjakanlah haji untuknya, apakah engkau tidak melihat jika ibumu mempunyai
hutang? Bukankah engakau yg perlu membayarnya? Bayarlah hutang Allah, maka hutang Allah
itu lebih berhak ditunaikan." (Lihat: Syarah Aqidah al-Thahawiyah, hal. 449-455 dan Ar-Ruh,
karangan Ibn Al-Qayyim ms: 190 masalah: 16)

Inilah pandangan Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah, lihat: Majmu’ Fatwa Jilid
24/306-313. (Lihat teks fatwanya di akhir artikel ini)

Kenapa Tidak Sampai?

Alasan pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik yang mengatakan tidak sampai ibadah
badaniyah kepada si mati ialah:

1. Dapat lihat bahawa semasa hidup amalan-amalan berkenaan tidak boleh digantikan dan
dikerjakan oleh orang lain. Dan, siapa yang mengerjakannya, maka dialah yang akan
memperolehi pahalanya. Pahala dari amalan berkenaan tidak dapat bermanfaat kepada orang
lain.

2. Hadis mauquf dengan sanad sahih dari Ibnu Abbas, katanya: "Tidak boleh bersembahyang
seseorang untuk seorang yang lain, tidak boleh berpuasa untuk seorang yang lain....." (HR Al-
Nasa'i)

Petikan Dari Raddul Muhtar: Sampai Atau Tidak

Menurut yg tercatat di dalam kitab Raddul Muhtar oleh Ibnu Abidiin:

3
Di dalamnya menyebutkan bahawa seseorang itu boleh menyedekahkan pahala amalannya
kepada org lain spt sembahyang, puasa, sedekah dan lainnya.

Menurutnya lagi, inilah pegangan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cuma Malik dan yg
masyhur dari al-Syafi’i berpendapat bahawa ibadah badaniyah tidak sampai pahalanya kepada si
mati, seperti sembahyang dan bacaan al-Quran.

Walaupun begitu, ulama-ulama mutaakhirin dari mazhab syafi’I (Syafi’iyah) mengatakan


bahawa pahala ibadah badaniyah sampai kepada si mati dengan beberapa perincian.

Golongan muktazilah pula menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam semua keadaan, baik ibadah
badaniyah atau lainnya. Ia bermaksud tidak sampai pahala dari amalan orang hidup kepada si
mati. (Raddul Muhtar versi Internet, lihat di:
http://feqh.al-islam.com/Feqh/)

Pelbagai Masalah Sekitar Manfaat Amalan Hidup Untuk Si Mati

Berikut ini adalah petikan dari al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh yg saya ringkaskan. Dan
pengarang kitab ini Dr. Wahbah al-Zuhaili telah memetik dari pelbagai kitab mazhab seperti al-
Durr al-Mukhtar, Fathul Qadir, Syarah al-Risalah, Syarah al-Kabir, Mughni al-Muhtaj, al-
Mughni, Kasyaaf al-Qina'dan al-Muhazab:

Para fuqahak telah bersepakat (ijmak) mengatakan bahawa orang mati memperoleh manfaat dari
doa, istighfar orang hidup, sedekahnya dan ibadah badaniyah maliyah seperti haji. Dalilnya
adalah firman Allah (Al-Hasyr: 10) dan (Al-Mukmin: 55)

Juga hadis Rasulullah s.a.w.:


Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ibuku telah mati, apakah dia
mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Abu Daud, dari Sa'd
bin Ubadah)

Juga Hadis ini:


Seorang perempuan telah bertanya Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya
Allah Taala telah memfardukan haji ketika ayahku telah tua, dia tidak mampu untuk menghadapi
perjalanan. Apakah aku boleh mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Jika
ayahmu berhutang, apakah engkau boleh menjelaskannya bagi pihaknya?" Perempuan itu
menjawab:
"Ya." Baginda bersabda: "Maka hutang terhadap Allah lebih berhak dijelaskan." (HR Ahmad &
al-Nasa'i dari Abdullah bin al-Zubair).

Hadis ini juga:


Rasulullah s.a.w. telah berkat kepada orang yang bertanya:
"Sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada puasa selama sebulan, apakah aku boleh
berpuasa untuknya?" Baginda menjawab: "Ya".

4
Ibnu Qudamah berkata, semua hadis-hadis di atas itu bertaraf sahih. Ia menjadi dalil bahawa si
mati mendapat manfaat terhadap semua bentuk ketaatan dari orang hidup.

Sementara itu, di kalangan para ulama berselisih pendapat mengenai apakah ibadah badaniyah
sampai ataupun tidak kepada orang lain? Ibadah badaniyah ialah seperti sembahyang, puasa dan
bacaan al-Quran.

Dalam masalah ini, mereka terbahagi kepada dua golongan:

Golongan 1: Hanafiah, Hanabilah, mutaakhir dari Syafi'iyah dan Malikiyah. Pahala bacaan
sampai kepada si mati jika dibaca di hadapannya, atau doa untuk si mati selepas bacaan itu,
sekalipun tidak di hadapannya. Kerana tempat bacaan diturunkan rahmat dan berkat, dan doa
selepasnya adalah sebagai harapan agar diterima bacaan itu.

Golongan 2: Mutaqadim (terdahulu) dari kalangan Maliki dan Syafi'iyah (pendapat masyhur),
tidak sampai pahala. Namun golongan mutaakhir dari dua mazhab ini mengatakan pahala
berkenaan sampai.

Menurut ulama Hanafi: Yang terpilih ialah tidak makruh memperdudukkan (ijlas) pembaca-
pembaca supaya membaca di atas kubur. Di dalam bab haji mereka mengatakan bahawa
seseorang itu boleh menjadikan pahala amalannya untuk orang lain, samada sembahyang, puasa,
sedekah atau lain-lainnya. dan, perbuatan itu tidak mengurangkan sedikitpun pahalanya.

Menurut ulama hanbali (Hanabilah): Tidak menjadi kesalahan membaca al-Quran di atas kubur
bersandarkan kepada hadis:
"Sesiapa yang masuk ke kawasan kuburan, lalu membaca Yasin, maka Allah meringankan
mereka (ahli kubur) pada hari itu, dan bagi pembaca pahala sebanyak kebaikan orang di situ."

Juga hadis: "Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya dan membaca di rumahnya
atau di kuburnya nescaya diampun dosanya."

Kedua-dua hadis di atas dikatakan sebagai dho'if oleh al-Sayuthi di dalam Jami'-nya.

Ulama maliki (Malikiah) pula mengatakan: Dimakruhkan membaca al-Quran ke atas mayat
selepas kematiannya dan di atas kuburnya. Kerana ia bukanlah dari amalan ulama salaf. Namun
begitu ulama mutaakhir telah berpendapat, tidak mengapa membaca al-Quran, zikir dan
menghadiahkan pahalanya kepada mayat, dan ia akan mendapat pahala itu insyaallah.

Ulama Syafi'i mutaakhir berpendapat sebagaimana tiga mazhab lainnya, bahawa pahala bacaan
sampai kepada si mati. Al-Subki berhujah, berdasarkan kepada hadis bahawa sebahagian dari
ayat al-Quran apabila dibaca dengan tujuan memberi manfaat dengannya kepada si mati dan
untuk meringankan bebanannya, maka ia memberi manfaat. Kerana berdasarkan hadis juga, telah
sabit bahawa al-Fatihah itu apabila dibaca dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang
yang terkena patukan ular berbisa, maka ia memberi manfaat.

5
Oleh itu, apabila ia bermanfaat kepada orang hidup dengan adanya niat dan tujuan, maka sudah
tentu lebih utama lagi memberi manfaat kepada orang mati dengan bacaannya. (Lihat, al-Feqh
al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol. 2, hal. 550-552)

Sampai Atau Tidak: Pendapat Hasan Bandung

Sekarang kita lihat juga pendapat A. Hasan atau lebih dikenali sebagai Hasan Bandung di dalam
bukunya Soaljawab. Beliau adalah dari kelompok alla mazhabiyah atau tidak bermazhab. Beliau
menolak pendapat amalan org hidup sampai kepada si mati.

Baginya, yang sampai hanyalah doa dari orang hidup agar Allah mengampunkan si mati, juga
perkara-perkara yg dilakukan oleh si mati yg menyebabkan pahala itu berterusan, seperti
mewakafkan tanah, ilmu yang pernah diajarkannya dan meninggalkan anak yg soleh. Dan, beliau
berpegang kepada konsep seseorang itu tidak akan mendapat balasan melainkan melalui apa
yang diamalkannya sahaja. Oleh itu beliau menolak hadis-hadis sahih yang dikatanya
bertentangan dengan konsep berkenaan. Alasannya ialah, ia bertentangan dengan al-Quran.

Berikut ini adalah pendapat beliau:

Soal:
Hadiah-hadiah dari orang hidup kepada si mati serta bacaan-bacaan Quran, dzikir dan lainnya,
adakah sampai kepada si mati? Kalau tuan kata sampai, maka sampainya itu kepada ruhnya atau
kepada jasadnya, kepada quburnya atau lain daripada quburnya? Kalau tidak kepada quburnya ke
manakah pergi ruh itu?

Jawab:
Tentang menghadiahkan bacaan Quran, tahlil dan lain-lain bacaan itu tidak ada satu pun
keterangan dari Quran atau hadits. Adapun menghajikan atau mempuasakan si mati itu
sungguhpun ada hadits yang membolehkannya tetapi lantaran hadits itu berlawanan dengan ayat
Quran, maka walaupun hadits itu sahih riwayatnya tidak boleh dijadikan dalil.

Di dalam al-Quran ada tersebut:


Di hari qiamat ini tidak seorangpun dianiaya walaupun sedikit dan tidak akan dibalas kamu
melainkan (menurut) apa yang telah kamu kerjakan. (Yasin:54)

Dan firman Allah:


Bahawasanya manusia tidak akan dapat (pahala) melainkan (dari) apa yang ia telah usahakan.
(An-Najm:39)

Dua ayat itu dengan terang menyebut bahwa seorang tidak akan dapat balasan pahala melainkan
dari amalnya yang ia telah kerjakan sendiri, ya'ni ia tidak akan dapat pahala dari perbuatan orang
lain yang diniatkan untuknya.

6
Begitu juga lain ayat ada tersebut bahwa dosa seorang itu tidak akan dipikul oleh seorang yang
lain.

Menurut fikiran dan menurut qaidah ulama hadits dan ulama fiqih dan sekelian ulama Islam,
bahawa hadits yang shahih itu ialah shahih riwayatnya dan tidak berlawanan dengan Quran.

Maka oleh sebab ada ayat yang mengatakan seorang tidak akan dapat melainkan pahala
perbuatan sendiri, maka hadits-hadits yang membolehkan seorang berbuat ibadah untuk orang
lain itu tidak boleh dipakai.

Kita tidak pakai itu bukan lantaran mengatakan nabi kita iatu salah atau berdusta, tidak sekali-
kali. Tetapi kita tidak dapat mempercayai yang nabi ada berkata begitu, ya'ni perkataan itu bukan
hadits nabi, hanya orang-orang katakan itu hadits nabi. Ayat yang kedua tadi itu ada sebahagian
ulama berkata sudah mansukh. Ma'na mansukh itu ialah dihapuskan hukumnya.

Di sini pembaca mesti ingat bahawa Quran itu firman ALlah yang suci. Firman Allah tidak boleh
siapa-siapa hapuskan melainkan Allah sendiri atau rasul-Nya dengan izinNya. Adakah Allah dan
rasulNya berkata: Ayat sudah mansukh? Kalau ada kami akan terima di atas kepala.

Jadi oleh sebab sekelian hadiah dari si hidup itu tidak sampai kepada si mati, bahkan yang
demikian itu satu perbuatan yang salah, maka tak perlu kami jawab tentang ruh si mati di mana
tempatnya.

Insyaallah di lain kali kalau ada kelapangan akan kami terangkan dari hal ruh itu lantaran hal ini
perlu kepada pemeriksaan yang luas. (Lihat Soaljawab, juz 4, hal 1365-1366)

Dalam satu soaljawab lain pula, Hasan bandung berkata:

Soal:
Di tempat saya, kalau mereka mau hadiahkan al-fatihah atau terhidang makanan kenduri, sering
mereka ucapkan: Ila hadratin Nabi al-Musthafa Muhamad s.a.w. syai'un lillahil Fatihah....

Bergunakah ucapan itu?

Jawab:
Tidak ada satupun yang akan bisa memberi manfaat kepada si mati, melainkan doa dari orang
yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya
yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang bisa mendoakan dia.

Oleh sebab itu bacaan al-fatihah dan sebagainya yang dibaca buat hadiahkan pahlanya kepada si
mati, tidak bisa sampai samasekali.

Dari ayat:
Bahawa seorang tidak akan dapat (pahla) melainkan apa yang ia telah kerjakan itu, imam Syafi'i
faham, apapun bacaan yang dikerjakan orang untuk si mati itu tidak akan sampai kepadanya.

7
Adapun perkataan ila hadrati itu hanya serangkai kalimat arab yang asalnya dibikin oleh pak-pak
lebai tukang tahlil dari Hadramaut, lalu diturut oleh pak-pak lebai sebelah sini.

Perkataan itu tidak berguna apa-apa, kecuali mengabui mata orang-orang yang sangka, bahwa
tiap-tiap kalimah Arab itu kalau diucapkan dapat pahala dan menyangka, bahwa pahla yang ia
mau kirim kepada si mati itu, tidak akan sampai kalau tidak dengan bahasa arab. (Ibid. 1367,
Hasan Bandung)

Penutup:

Dapat disimpulkan bahawa:

1. Menurut jumhur ulama salaf, mutaakhir Syafi'i dan Maliki, pahala amalan orang hidup itu
sampai kepada si mati, samada ia ibadah badaniyah ataupun bukan, seperti doa, istighfar,
sedekah dan sebagainya.

2. Mutaqaddimin Syafi'iyah dan Malikiah mengatakan pahala dari ibadah badaniyah tidak
sampai kepada si mati.

3. Hasan Bandung dan yang sealiran dengannya mengatakan bahawa yang sampai kepada si mati
hanyalah doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya,
dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang
boleh mendoakannya. Beliau menolak hadis-hadis sahih yang menunjukkan sampai pahala puasa
dan haji kerana dianggapnya bertentangan dengan nash al-Quran.

4. Sebahagian ahli kalam mengatakan bahawa tidak ada satupun yang dapat sampai kepada si
mati, samada doa, istighfar atau lainnya.

Sekian

Teks fatwa Syeikh Ahmad bin Abdul Halim Ibn Taimiah (lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313)

)466 ‫ ص‬/ 5 ‫ (ج‬- ‫مجموع فتاوى ابن تيمية‬


‫ص_لَّى هَّللا ُ َعلَيْ_ ِه َو َس_لَّ َم { إ َذا َم_اتَ ابْنُ آ َد َم ا ْنقَطَ_ َع‬ َ ‫ان إاَّل َما َس َعى } َوقَوْ لِ ِه‬ َ ‫َو ُسئِ َل َر ِح َمهُ هَّللا ُ تَ َعالَى ع َْن قَوْ له تَ َعالَى { َوأَ ْن لَي‬
ِ ‫ْس لِإْل ِ ْن َس‬
‫_ال‬ِ _‫ص ُل إلَ ْي ِه َش_ ْي ٌء ِم ْن أَ ْف َع‬ ِ َ‫ضي َذلِكَ إ َذا َماتَ اَل ي‬ ِ َ‫ح يَ ْدعُو لَهُ } فَهَلْ يَ ْقت‬ ٍ ِ‫صال‬ َ ‫اريَ ٍة أَوْ ِع ْل ٍم يُ ْنتَفَ ُع بِ ِه أَوْ َولَ ٍد‬
ِ ‫ص َدقَ ٍة َج‬َ ‫ث‬ ٍ ‫َع َملُهُ إاَّل ِم ْن ثَاَل‬
‫ البِرِّ ؟‬. ْ
ُ‫ْال َج َواب‬
ْ‫_ق لَ_هُ َوبِ َم__ا يُ ْع َم_ ُل َع ْن_هُ ِم ْن ْالبِ_رِّ بَ__ل‬
ِ ‫ث أَ َّن ْال َميِّتَ اَل يَ ْنتَفِ ُع بِ ُدعَا ِء ْال َخ ْل‬
ِ ‫ْس فِي اآْل يَ ِة َواَل فِي ْال َح ِدي‬ َ ‫ لَي‬. َ‫ ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِمين‬: ‫اب‬
َ ‫فَأ َ َج‬
ْ ْ
‫ع‬ ُ ‫الس_نَّةُ َواإْل ِ جْ َم__ا‬
ُّ ‫ار ِم ْن ِدي ِن اإْل ِ ْساَل ِم َوقَ ْد َد َّل َعلَ ْي_ ِه ال ِكتَ__ابُ َو‬ ِ ‫ك َوهَ َذا ِم َّما يُ ْعلَ ُم بِااِل ضْ ِط َر‬ َ ِ‫ت بِ َذل‬ ِ ِّ‫اع ال َمي‬ِ َ‫أَئِ َّمةُ اإْل ِ ْساَل ِم ُمتَّفِقُونَ َعلَى ا ْنتِف‬
‫ش َو َم ْن َحوْ لَ_هُ ي َُس_بِّحُونَ بِ َح ْم_ ِد َربِّ ِه ْم َوي ُْؤ ِمنُ__ونَ بِ_ ِه‬ َ ْ‫ { الَّ ِذينَ يَحْ ِملُ__ونَ ْال َع__ر‬: ‫ قَ_ا َل هَّللا ُ تَ َع__الَى‬. ‫َع‬ ِ ‫ك َك__انَ ِم ْن أَ ْه_ ِل ْالبِ_د‬ َ ِ‫فَ َم ْن خَالَفَ َذل‬

8
‫اب ْال َج ِح ِيم } { َربَّنَ__ا‬ ‫ك َوقِ ِه ْم َع_ َذ َ‬ ‫َويَ ْستَ ْغفِرُونَ لِلَّ ِذينَ آ َمنُوا َربَّنَا َو ِس_عْتَ ُك_ َّل َش_ ْي ٍء َرحْ َم_ ةً َو ِع ْل ًم_ا فَ__ا ْغفِرْ لِلَّ ِذينَ تَ__ابُوا َواتَّبَ ُع__وا َس_بِيلَ َ‬
‫_ق‬ ‫ت َو َم ْن تَ_ ِ‬ ‫الس _يِّئَا ِ‬ ‫ك أَ ْنتَ ْال َع ِزي ُز ْال َح ِكي ُم } { َوقِ ِه ُم َّ‬ ‫اج ِه ْم َو ُذ ِّريَّاتِ ِه ْم إنَّ َ‬ ‫صلَ َح ِم ْن آبَائِ ِه ْم َوأَ ْز َو ِ‬ ‫ت َع ْد ٍن الَّتِي َو َع ْدتَهُ ْم َو َم ْن َ‬ ‫َوأَ ْد ِخ ْلهُ ْم َجنَّا ِ‬
‫_ول ْال َجنَّ ِة َو ُدعَ_ا ُء‬ ‫ب َو ُد ُخ ِ‬ ‫_ال َم ْغفِ َر ِة َو ِوقَايَ_ ِة ْال َع_ َذا ِ‬ ‫_ؤ ِمنِينَ بِ ْ‬ ‫_ر ُس_ب َْحانَهُ أَ َّن ْال َماَل ئِ َك_ ةَ يَ_ ْد ُعونَ لِ ْل ُم ْ‬ ‫ت يَوْ َمئِ ٍ_ذ فَقَ ْد َر ِح ْمتَهُ } ‪ .‬فَقَ_ ْد أَ ْخبَ َ‬ ‫ال َّسيِّئَا ِ‬
‫الس_ ُم َربِّ { اغفِ__رْ لِي‬ ‫ْ‬ ‫اَل‬ ‫_ال ال َخلِي_ ُل َعل ْي_ ِه َّ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ت } َوق_ َ‬ ‫َ‬ ‫ك َولِل ُم__ؤ ِمنِينَ َوال ُمؤ ِمنَ__ا ِ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ْس َع َم لِل َع ْب ِد ‪َ .‬وقا َل تَ َعالى ‪َ { :‬وا ْستَغفِرْ لِذنبِ َ_‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫اًل‬ ‫ْال َماَل ئِ َك ِة لي َ‬ ‫َ‬
‫_ؤ ِمنِينَ‬ ‫ْ‬
‫ي َولِ َم ْن َد َخ_ َل بَ ْيتِ َي ُم ْؤ ِمنً__ا َولِل ُم_ ْ‬ ‫الس_اَل ُم { َربِّ ا ْغفِ__رْ لِي َولِ َوالِ_ َد َّ‬ ‫ي َولِ ْل ُم ْؤ ِمنِينَ يَوْ َم يَقُو ُم ال ِح َس_ابُ } َوقَ__ا َل نُ__و ٌح َعلَ ْي_ ِه َّ‬ ‫ْ‬ ‫َولِ َوالِ َد َّ‬
‫_ر ‪:‬‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫_واتِ َر ِة التِي َمن َج َح_ َدهَا كف َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫الس_ن ِن ال ُمت_ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ك ‪َ .‬و ِمن ُّ‬ ‫ْ‬ ‫ك َوإِخبَ_ارًا َعنهُ ْم بِ_ذلِ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ت } فقد ذك َر ا ْستِغفا َر الرُّ ُس ِل لِل ُمؤ ِمنِينَ أ ْم_ رًا بِ_ذلِ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َو ْال ُم ْؤ ِمنَا ِ‬
‫الس_نَنَ فِيهَ_ا‬ ‫ص_لى ُ َعلَيْ_ ِه َو َس_ل َم يَ_وْ َم القِيَا َم_ ِة فَ_إ ِ َّن ُّ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫ك َش_فَا َعةُ النَّبِ ِّي َ‬ ‫الص_اَل ِة ‪َ .‬و َك_ َذلِ َ‬ ‫ت َو ُدعَا ُؤهُ ْم لَ_هُ فِي َّ‬ ‫صاَل ةُ ْال ُم ْسلِ ِمينَ َعلَى ال َميِّ ِ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫َ َ َ كَ‬ ‫_ار‬ ‫_‬ ‫ب‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫هَّللا‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ُ‬ ‫ل‬ ‫َا‬ ‫ؤ‬ ‫_‬ ‫س‬
‫ُ‬ ‫و‬ ‫َ ُ َ‬ ‫ه‬ ‫ؤ‬‫ُ‬ ‫_ا‬ ‫_‬‫ع‬ ‫د‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ُ‬ ‫ت‬ ‫ع‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫_‬ ‫ش‬ ‫َ‬ ‫و‬‫أِل ِ َ ِ ِ َ‬ ‫ر‬ ‫ئ‬ ‫_ا‬ ‫_‬ ‫ب‬ ‫َ‬
‫ك‬ ‫ال‬‫ْ‬ ‫_ل‬ ‫_‬ ‫ه‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ع‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫_‬ ‫ش‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ي‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫َّ‬ ‫ن‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫تَ‬ ‫َ‬ ‫ب‬ ‫َ‬ ‫ث‬ ‫د‬ ‫ْ‬ ‫_‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫_لْ‬ ‫_‬ ‫ب‬
‫ِ ِ َ‬ ‫َع‬ ‫د‬ ‫_‬ ‫ب‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫ل‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬
‫ه‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫اَّل‬ ‫إ‬ ‫ر‬‫َ أِل ِ َ ِ ِ‬‫ئ‬ ‫ا‬ ‫ب‬ ‫ك‬ ‫َ‬ ‫ال‬‫ْ‬ ‫ل‬ ‫ْ‬
‫ه‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫ش‬‫َ‬ ‫ر‬ ‫ُ‬ ‫ك‬ ‫ْ‬
‫ُمت َ ِ َ َ ْ ِ‬
‫ن‬ ‫ُ‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫لْ‬ ‫ب‬ ‫ٌ‬ ‫ة‬ ‫ر‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫َو‬
‫الص_ ِحي َحة فِي هَ_ َذا‬ ‫ُ‬ ‫_ام ال ُح َّج ِة َعلَ ْي_ ِه ‪َ .‬وا َح_ ا ِديث َّ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫ْ‬ ‫ك َك_افِ ٌر بَ ْع_ َد قِيَ ِ‬ ‫َوتَ َعالَى ‪ .‬فَهَ َذا َوأَ ْمثَالهُ ِم ْن القرْ آ ِن َوال ُّسنَ ِن ال ُمتَ َواتِ َر ِة َو َجا ِح ُد ِمث ِل َذلِ َ‬
‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬
‫ت‬ ‫إن أُ ِّمي تُ_ ُوفِّيَ ْ‬ ‫ص_لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي_ ِه َو َس_لَّ َم َّ‬ ‫ال لِلنَّبِ ِّي َ‬ ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ َما ‪ { -‬أَ َّن َر ُجاًل قَ َ‬ ‫س ‪َ -‬ر ِ‬ ‫اح ع َْن ا ْب ِن َعبَّا ٍ‬ ‫ص َح ِ‬ ‫ب َكثِي َرةٌ ِم ْث ُل َما فِي ال ِّ‬ ‫ْالبَا ِ‬
‫يحي ِْن ع َْن‬ ‫الص_ ِح َ‬ ‫َص_ َّدقت بِ_ ِه َعنهَ__ا } َوفِي َّ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫إن لِي َمخ َرف__ا ‪ -‬أيْ ب ُْس_تَانًا ‪ -‬أش_ ِه ُدك ْم أنِّي ت َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ً‬ ‫ْ‬ ‫ق َعنهَا ؟ قَا َل ‪ :‬نَ َع ْم قَ__ا َل ‪َّ :‬‬ ‫ْ‬ ‫َص َّد َ‬ ‫أَفَيَ ْنفَ ُعهَا أ ْن أت َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫وص َوأَظُنُّهَا لَوْ تَ َكلَّ َم ْ‬ ‫ُ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َّ‬ ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهَا { أَ َّن َر ُجاًل قَا َل لِلنَّبِ ِّي َ‬
‫ت فَهَلْ‬ ‫َص َّدقَ ْ‬ ‫تت َ‬ ‫َت نَ ْف َسهَا َولَ ْم تُ ِ‬ ‫إن أ ِّمي ا ْفتَلَت ْ‬ ‫عَائِ َشةَ َر ِ‬
‫صلى ُ َعليْ__ ِه‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫ض َي ُ َعنهُ { أ َّن َر ُج قا َل لِلنبِ ِّي َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫اًل‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫هَّللا‬ ‫يح ُم ْسلِ ٍم ع َْن أبِي ه َُر ْي َرةَ َر ِ‬ ‫َ‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪َ .‬وفِي َ‬ ‫ص َّدقت َعنهَا ؟ ق َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫إن تَ َ‬ ‫لَهَا أَجْ ٌر ْ‬
‫ص ِح ِ‬
‫_ل‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪َ .‬وع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ْب ِن َع ْم ِرو ْب ِن العاص ‪ { :‬أَ َّن الع__اص ْبنَ َوائِ_ ٍ‬ ‫ص َّد ْقت َع ْنهُ ؟ قَ َ‬ ‫إن تَ َ‬ ‫ُوص أَيَ ْنفَ ُعهُ ْ‬ ‫ِ‬ ‫إن أَبِي َماتَ َولَ ْم ي‬ ‫َو َسلَّ َم َّ‬
‫َ‬
‫صلى ُ َعل ْي ِه َو َسل َم عَن ذلِ__كَ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫ي َ‬ ‫َّ‬
‫صتَهُ َخ ْم ِسينَ َوأن َع ْمرًا َسأ َل النبِ َّ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫نَ َذ َر فِي ال َجا ِهلِيَّ ِة أن يَذبَ َح ِمائَة بَ َدنَ ٍة َوأن ِهشا َم ْبنَ العاص نَ َح َر ِح َّ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ص _لى ُ‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫ي َ‬ ‫َ‬
‫ك } َوفِي ُسنَ ِن ال__دارقطني ‪ :‬أ َّن َر ُجاًل َس _أ َل النَّبِ َّ‬ ‫َ‬ ‫ص َّد ْقت َع ْنهُ نَفَ َعهُ َذلِ َ‬ ‫ص ْمت َع ْنهُ أَوْ تَ َ‬ ‫ال ‪ :‬أَ َّما أَبُوك فَلَوْ أَقَ َّر بِالتَّوْ ِحي ِد فَ ُ‬ ‫فَقَ َ‬
‫ص_لى ُ َعلي_ ِه‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫َّ‬
‫َعلَ ْي ِه َو َسل َم فقا َل ‪ :‬يَا َرسُو َل ِ إن لِي أبَ َوي ِن َوكنت أبَرُّ ه َما َحا َل َحيَاتِ ِه َما ‪ .‬فكي__فَ بِ__البِ ِّر بَع_ َد َموْ تِ ِه َم__ا ؟ فق__ا َل النبِ ُّي َ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫هَّللا‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬
‫_ر ُم ْس_لِ ٌم‬ ‫ص َدقَتِك } ‪َ .‬وقَ_ ْد َذ َك َ‬ ‫ق لَهُ َما َم َع َ‬ ‫ص َّد َ‬ ‫صيَا ِمك َوأَ ْن تَ َ‬ ‫صاَل تِك َوأَ ْن تَصُو َم لَهُ َما َم َع ِ‬ ‫صلِّ َي لَهُ َما َم َع َ‬ ‫إن ِم ْن بَ ْع ِد ْالبِ ِّر أَ ْن تُ َ‬ ‫َو َسلَّ َم { َّ‬
‫إن ْالبِ َّر بَ ْع َد ْالبِ__رِّ‬ ‫يث الَّ ِذي َجا َء { َّ‬ ‫ك ‪ :‬يَا أَبَا َع ْب ِد الرَّحْ َم ِن ْال َح ِد ُ‬ ‫ق الطالقاني قَا َل ‪ :‬قُ ْلت لِ َع ْب ِد هَّللا ِ ب ِْن ْال ُمبَا َر ِ‬ ‫فِي أَو َِّل ِكتَابِ ِه ع َْن أَبِي إ ْس َحا َ‬
‫ب‬ ‫ث ِشهَا ِ‬ ‫ق َع َّم ْن هَ َذا ؟ قلت لَهُ ‪ :‬هَ َذا ِم ْن َح ِدي ِ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫صيَا ِمك ؟ } قَا َل َع ْب ُد ِ ‪ :‬يَا أبَا إ ْس َحا َ‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫صاَل تِك َوتَصُو َم لَهُ َما َم َع ِ‬ ‫صلِّ َي أِل َبَ َويْك َم َع َ‬ ‫أَ ْن تُ َ‬
‫_ال ‪:‬‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَ_ َ‬ ‫َار ‪ .‬فَقَا َل ‪ :‬ثِقَةٌ َع َّم ْن ؟ قُ ْلت ‪ :‬ع َْن َرسُو ِل هَّللا ِ َ‬ ‫َّاج ْب ِن ِدين ٍ‬ ‫ش قَا َل ‪ :‬ثِقَةٌ قُ ْلت ‪َ :‬ع َّم ْن ؟ قَا َل ع َْن ْال َحج ِ‬ ‫ْب ِن ِخ َرا ٍ‬
‫الص_ َدقَ ِة اختِاَل ٌ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ق ال َم ِط ِّي َول ِك ْن لي َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫او َز تقط ُع فِيهَا أ ْعنَا ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫صلى ُ َعل ْي ِه َو َسل َم َمفَ ِ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫َّاج َوبَ ْينَ َرسُو ِل ِ َ‬ ‫هَّللا‬ ‫ْ‬ ‫ق َّ‬ ‫يَا أَبَا إ ْس َحا َ‬
‫ف‬ ‫ْس فِي َّ‬ ‫إن بَ ْينَ ال َحج ِ‬
‫َات‬ ‫ت َو َك َذلِكَ ْال ِعبَاد ُ‬ ‫ص ُل إلَى ْال َميِّ ِ‬ ‫ص َدقَةَ تَ ِ‬ ‫يث ُمرْ َس ٌل ‪َ .‬واأْل َئِ َّمةُ اتَّفَقُوا َعلَى أَ َّن ال َّ‬ ‫ك فَإ ِ َّن هَ َذا ْال َح ِد َ‬ ‫‪َ ،‬واأْل َ ْم ُر َك َما َذ َك َرهُ َع ْب ُد هَّللا ِ بْنُ ْال ُمبَا َر ِ‬
‫ض_ َي‬ ‫يح ْي ِن عَن عَائِ َش_ة ‪َ -‬ر ِ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫الص_ ِح َ‬ ‫صيَ ِام َوالقِ َرا َء ِة َو َم َع هَذا ففِي َّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ص ِة َوال ِّ‬ ‫اَل‬ ‫ت البَ َدنِيَّ ِ_ة ‪َ :‬كال َّ‬ ‫ْ‬ ‫ق ‪َ .‬وإِنَّ َما تَنَا َزعُوا فِي ْال ِعبَادَا ِ‬ ‫ْال َمالِيَّةُ ‪َ :‬ك ْال ِع ْت ِ‬
‫س‪-‬‬ ‫يح ْي ِن ع َْن اب ِْن َعبَّا ٍ‬ ‫الص_ ِح َ‬ ‫ص_ا َم َع ْن_هُ َولِيُّهُ } َوفِي َّ‬ ‫ص_يَا ٌم َ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي_ ِه َو َس_لَّ َم قَ_ا َل ‪َ { :‬م ْن َم_اتَ َو َعلَ ْي_ ِه ِ‬ ‫هَّللا ُ َع ْنهَا ‪ -‬ع َْن النَّبِ ِّي َ‬
‫َ‬ ‫َ‬
‫ال ‪ :‬أ َرأيْت إن كانَ َعلى أ ِّمك َديْن فقضيتيه أكانَ‬ ‫ٌ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫صيَا ُم نَذ ٍر ق َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ ‪ { -‬أَ َّن ا ْم َرأة قالت يَا َرسُو َل ِ إن أ ِّمي َماتَت َو َعل ْيهَا ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َّ‬ ‫هَّللا‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ً‬ ‫َ‬ ‫َر ِ‬
‫ص _لى ُ َعلَ ْي_ ِه‬ ‫هَّللا‬ ‫َّ‬ ‫ول ِ َ‬ ‫هَّللا‬ ‫ت إلَى َر ُس _ ِ‬ ‫يح َع ْنهُ ‪ { :‬أ َّن ا ْم َرأةً َجا َء ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ح‬ ‫ِ‬ ‫ص‬ ‫َّ‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ‫ِ‬ ‫ف‬ ‫و‬‫َ‬ ‫}‬ ‫‪.‬‬ ‫ك‬ ‫م‬
‫ِّ‬ ‫ت ‪ :‬نَ َع ْم قَا َل ‪ :‬فَصُو ِمي ع َْن أُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ل‬‫ا‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫؟‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ه‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ع‬‫َ‬ ‫ك‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫ل‬ ‫َ‬
‫ذ‬ ‫ِّي‬ ‫يُ َؤد‬
‫ِ‬
‫_ال‬ ‫َْ َ‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫َ‬ ‫ن‬ ‫‪:‬‬ ‫ت‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫_ا‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫؟‬ ‫ه‬
‫ِ ِ‬ ‫ي‬ ‫ض_‬ ‫ْ‬
‫ق‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ك‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ْن‬ ‫ٌ‬ ‫ي‬‫د‬ ‫ِ َ‬ ‫_ك‬ ‫ت‬ ‫خ‬‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫أ‬ ‫ى‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫وْ انَ َ‬ ‫ك‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ْت‬ ‫ي‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫َ ِ ُ َِ ِ َ َ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫‪:‬‬ ‫ال‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫ن‬ ‫_‬ ‫ي‬‫ْ‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫َا‬ ‫ت‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ْ‬
‫ي‬ ‫ْر‬ ‫ه‬ ‫َ‬
‫ش‬ ‫م‬ ‫َ َ َ َ وْ ُ‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ْ‬
‫ي‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫َت‬ ‫ْ‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬‫ِ َ‬ ‫ي‬ ‫ت‬ ‫خ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫أ‬ ‫إن‬‫َّ‬ ‫‪:‬‬ ‫ت‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫م‬ ‫َو َس َ‬ ‫َّ‬ ‫ل‬
‫ص_لَّى هَّللا ُ َعلَيْ_ ِه َو َس_ل َمَّ‬ ‫ول ِ َ‬ ‫هَّللا‬ ‫َت َر ُس_ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫يح ُم ْسلِ ٍم ع َْن َع ْب ِد ِ ْب ِن بريدة ْب ِن حصيب ع َْن أبِي ِه ‪ { :‬أ َّن ا ْم َرأةً أت ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫ق ِ أ َح ُّ‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬ ‫فَ َح ُّ‬
‫ص ِح ِ‬ ‫ق } َوفِي َ‬
‫يحةٌ فِي أَنَّهُ‬ ‫ِ َ َ ِ َ‬ ‫ر‬ ‫ص_‬ ‫ُ‬ ‫ة‬ ‫ح‬ ‫ي‬ ‫ح‬ ‫_‬ ‫َّ‬
‫الص‬ ‫يث‬ ‫ُ‬ ‫د‬
‫َ ِِ َ ِ‬‫ا‬ ‫_‬
‫ح‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ذ‬ ‫_‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫‪.‬‬ ‫}‬ ‫م‬ ‫َ َ َ َْ‬ ‫ع‬ ‫َ‬ ‫ن‬ ‫‪:‬‬ ‫ال‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫م‬ ‫ُو‬ ‫ص‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫ه‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ع‬ ‫َ‬ ‫ي‬ ‫ز‬ ‫ُجْ‬ ‫ي‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ْر‬
‫ٍ‬ ‫ه‬ ‫ش‬ ‫َ‬ ‫م‬
‫َ َ َ ُ‬ ‫وْ‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ي‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫و‬ ‫َت‬ ‫ْ‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ِّ َ‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ُ‬ ‫أ‬ ‫إن‬ ‫َّ‬ ‫‪:‬‬ ‫ت‬ ‫ْ‬ ‫فَقَالَ‬
‫ِ‬
‫َّري َحةَ َم ْن‬ ‫يحةَ الص ِ‬ ‫ص ِح َ‬ ‫يث ال َّ‬ ‫ف هَ ِذ ِه ا َحا ِد َ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫ك َول ْم يُخَالِ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ضا ِء ال َّد ْي ِن ‪َ .‬وا ئِ َّمة تَنَا َزعُوا فِي ذلِ َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫ك بِقَ َ‬ ‫َ‬
‫ت َما نَذ َر َوأنهُ شبِّهَ ذلِ َ‬ ‫ُ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫صا ُم ع َْن ال َميِّ ِ‬ ‫ْ‬ ‫يُ َ‬
‫ْس فِي _ ِه‬ ‫َّ ِ ِ ْ َ‬ ‫ي‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫_ا‬ ‫_‬ ‫ع‬ ‫َ‬ ‫د‬‫َ‬ ‫ن‬‫ْ‬ ‫ع‬‫ِ ِ‬ ‫ي‬ ‫ز‬ ‫ُجْ‬ ‫ي‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫جُّ‬ ‫ح‬ ‫َ َّ َ‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ‫ُ ِِ َ‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫َ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫ْ‬ ‫م‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫َن‬‫ْ‬ ‫ع‬ ‫وا‬ ‫م‬
‫َ ُ‬ ‫ا‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫َ‬
‫ذ‬ ‫إ‬ ‫م‬‫ْ ٍ ِ ْ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫َّ‬ ‫ن‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ب‬ ‫و‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫ُ‬
‫يث‬ ‫د‬ ‫َ َِ‬ ‫ح‬ ‫م‬ ‫َّ‬
‫د‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫د‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫و‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫غ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ل‬ ‫ْ‬
‫ب‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫َ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ن‬ ‫ْ‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫َا‬ ‫خ‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫بَلَ َغ َ ِ َ‬ ‫َّ‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫و‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ْ‬
‫ت‬
‫ص_لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي_ ِه َو َس_ل َمَّ‬ ‫َّ‬
‫ض َي ُ َعنهُ َما { أ َّن ا ْم َرأة ِم ْن ُجهَ ْينَة َجا َءت إلى النبِ ِّي َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ً‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫هَّللا‬ ‫س َر ِ‬ ‫ص ِحي َح ْي ِن ع َْن ا ْب ِن َعبَّا ٍ‬ ‫ف َشاذ ‪َ .‬وفِي ال َّ‬ ‫ٌّ‬ ‫اختِاَل ٌ‬ ‫إاَّل ْ‬
‫اض_يَتُهُ‬ ‫َت أَفَأَحُجُّ َع ْنهَا ؟ فَقَا َل ‪ُ :‬ح ِّجي َع ْنهَ__ا أَ َرأَيْت لَ__وْ َك__انَ َعلَى أ ِّمك َدي ٌْن أَ ُك ْنت قَ ِ‬ ‫ُ‬ ‫ت أَ ْن تَ ُح َّج فَلَ ْم تَ ُح َّج َحتَّى َمات ْ‬ ‫إن أ ِّمي نَ َذ َر ْ‬ ‫ُ‬ ‫ت ‪َّ :‬‬ ‫فَقَالَ ْ‬
‫يح ُم ْس_لِ ٍم ع َْن بري_دة { أَنَّ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫هَّلل‬ ‫هَّللا‬ ‫ْ‬
‫ص_ ِح ِ‬ ‫اريِّ ‪ { :‬إن أختِي نَ_ذ َرت أن تَ ُح َّج } َوفِي َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َع ْنهَا ؟ اقضُوا َ فا ُ أ َح_ ق بِال َوف_ا ِء } َوفِي ِر َوايَ_ ِة البُخَ_ ِ‬ ‫َ‬ ‫ُّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫يح ِة‬ ‫َّح َ‬ ‫ث الص ِ‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪ .‬فَفِي هَ ِذ ِه اأْل َحا ِدي ِ‬ ‫َ‬ ‫ضي ‪ -‬أ ْن أ ُح َّج َع ْنهَا قَ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َت َولَ ْم تَ ُح َّج أَفَيُجْ ِزي ‪ -‬أوْ يَ ْق ِ‬ ‫َ‬ ‫إن أُ ِّمي َمات ْ‬ ‫ت ‪ :‬يَا َرسُو َل هَّللا ِ َّ‬ ‫ا ْم َرأَةً قَالَ ْ‬
‫ت َوبِ َح ِّج النَّ ْذ ِر " ‪َ .‬ك َما أَ َم َر بِالصِّ يَ ِام ‪َ .‬وأَ َّن ْال َمأْ ُمو َر تَا َرةً يَ ُكونُ َولَدًا َوتَا َرةً يَ ُكونُ أَ ًخا َو َش__بَّهَ النَّبِ ُّي‬ ‫ض ع َْن ْال َميِّ ِ‬ ‫‪ " :‬أَنَّهُ أَ َم َر بِ َح ِّج ْالفَرْ ِ‬
‫_ل َذلِ__كَ ِم ْن ُك_ ِّل‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ضا ُؤهُ ِم ْن ُكلِّ أ َح ٍد فَ_ َد َّل َعلَى أنَّهُ يَ ُج__و ُز أ ْن يَف َع_ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫صحُّ قَ َ‬ ‫ت ‪َ ،‬وال َّديْنُ يَ ِ‬ ‫ك بِال َّد ْي ِن يَ ُكونُ َعلَى ال َميِّ ِ‬ ‫ْ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َذلِ َ‬ ‫َ‬
‫ص_ ٌل ُمبَي ٌَّن ‪ ،‬فَ ُعلِ َم أَ َّن‬ ‫_اع ِع ْل ٌم ُمفَ َّ‬ ‫ِ َ ِ َ ِ‬ ‫م‬ ‫جْ‬ ‫إْل‬ ‫ا‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫َّ‬ ‫ن‬ ‫الس_‬ ‫ُّ‬ ‫و‬ ‫ِ َ ِ َ ِ ِ ِ َ‬ ‫ب‬ ‫_ا‬ ‫_‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫ك‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫ب‬ ‫تَ‬ ‫ب‬ ‫َ‬ ‫ث‬ ‫ي‬ ‫ذ‬ ‫َّ‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫َ‬
‫ذ‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫‪.‬‬ ‫خ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ف‬
‫ِِ ِ‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫ًا‬
‫ح‬ ‫ر‬ ‫َّ‬ ‫ص‬
‫َ َ َ ُ َ‬ ‫م‬ ‫ء‬ ‫ا‬ ‫ج‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬‫َ‬ ‫‪.‬‬ ‫د‬ ‫َ‬
‫ِ َ ِ َ ِ‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫ب‬ ‫ك‬ ‫ل‬ ‫ذ‬ ‫َ‬ ‫َصُّ‬ ‫ت‬ ‫خ‬ ‫ْ‬ ‫أَ َح ٍ َ‬
‫ي‬ ‫اَل‬ ‫د‬
‫ق ‪ .‬أ َّما‬ ‫َ‬ ‫ق َوهَ َذا َح_ ٌّ‬ ‫ث } بَلْ هَ َذا َح ٌّ‬ ‫ان إ َما َس َعى } { إ َذا َماتَ ابْنُ آ َد َم انقَط َع َع َملهُ إ ِم ْن ثَاَل ٍ‬ ‫اَّل‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫اَّل‬ ‫ْس لِ ِ ن َس ِ‬ ‫ْ‬ ‫إْل‬ ‫ك اَل يُنَافِي قَوْ لَهُ ‪َ { :‬وأ ْن لَي َ‬ ‫َ‬ ‫َذلِ َ‬
‫ح يَ_ ْدعُو لَ_هُ } فَ_ ِذ ْك ُر ْال َولَ_ ِد َو ُدعَ_ا ُؤهُ لَ_هُ‬ ‫َ ٍ َ ِ ٍ‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ص_‬ ‫د‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫وْ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ه‬ ‫ِِ‬ ‫ب‬ ‫ع‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ُ‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ِ ٍ‬ ‫ل‬ ‫ْ‬ ‫ع‬ ‫وْ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ة‬
‫َ ٍ َ ٍَِ‬ ‫ي‬ ‫ار‬ ‫ج‬ ‫ة‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫د‬‫َ‬ ‫ص‬ ‫‪:‬‬ ‫ث‬
‫ٍ‬ ‫اَل‬ ‫َ‬ ‫ث‬ ‫ن‬ ‫ْ‬ ‫م‬
‫ِ‬ ‫اَّل‬ ‫إ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ُ‬ ‫ل‬ ‫م‬ ‫َ َ‬ ‫ع‬‫َ‬ ‫ع‬ ‫َ‬ ‫ط‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ا‬ ‫{‬ ‫‪:‬‬ ‫ال‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ق‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫َّ‬ ‫ن‬ ‫ِ‬ ‫إ‬ ‫َ‬ ‫ف‬ ‫يث‬ ‫ُ‬ ‫د‬‫ْال َح ِ‬
‫ص_لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي_ ِه َو َس_ل َمَّ‬ ‫ب } قَالوا ‪ :‬إنهُ َول ُدهُ ‪َ ،‬و َك َما قَا َل النبِ ُّي َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ُ‬ ‫صي ِْن ؛ أِل َّن ال َول َد ِم ْن َك ْسبِ ِه َك َما قَا َل ‪َ { :‬ما أغنَى َعنهُ َمالهُ َو َما َك َس َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫خَ ا َّ‬
‫ف‬ ‫الس_ا ِع َي فِي ُو ُج__و ِد ْال َولَ_ ِد َك__انَ َع َملُ_هُ ِم ْن َك ْس_بِ ِه بِ ِخاَل ِ‬ ‫ب َما أَ َك َل ال َّر ُج ُل ِم ْن َك ْسبِ ِه َوإِ َّن َولَ َدهُ ِم ْن َك ْسبِ ِه } ‪ .‬فَلَ َّما َكانَ هُ َو َّ‬ ‫طيَ َ‬ ‫إن أَ ْ‬ ‫{ َّ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ص_لَّى هَّللا ُ َعلَيْ_ ِه َو َس_ل َمَّ‬ ‫ك ِمن َع َملِ_ ِه ‪َ .‬والنبِ ُّي َ‬ ‫َّ‬ ‫ْ‬ ‫ْس ذلِ_ َ‬ ‫َ‬ ‫ب ل ِكن لي َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬
‫ب َونَحْ ِو ِه ْم ‪ .‬فإِنهُ يَنتَفِ ُع أ ْيضًا بِ ُدعَائِ ِه ْم بَلْ بِ ُدعَا ِء ا َج_ انِ ِ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫خ َوال َع ِّم َوا ِ‬ ‫أْل‬ ‫اأْل َ ِ‬
‫ث ‪ } . .‬لَ ْم يَقُلْ ‪ :‬إنَّهُ لَ ْم يَ ْنتَفِ ْع بِ َع َم ِل َغي ِْر ِه ‪ .‬فَإ ِ َذا َدعَا لَهُ َولَ ُدهُ َكانَ هَ_ َذا ِم ْن َع َملِ_ ِه الَّ ِذي لَ ْم يَ ْنقَ ِط_ ْع َوإِ َذا‬ ‫قَا َل ‪ { :‬ا ْنقَطَ َع َع َملُهُ إاَّل ِم ْن ثَاَل ٍ‬
‫ع َمن ق ْبلنَا َوقِ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ٌ‬ ‫ِّ‬ ‫َ‬ ‫ٌ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬
‫َدعَا لَهُ َغ ْي ُرهُ لَ ْم يَ ُك ْن ِم ْن َع َملِ ِه لَ ِكنهُ يَنتفِ ُع بِ ِه ‪َ .‬وأ َّما ا يَة فلِلن ِ‬
‫َّ‬ ‫آْل‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬
‫يل ‪:‬‬ ‫اس َعنهَا أجْ ِوبَة ُمت َعد َدة ‪ .‬ك َما قِي َل ‪ :‬إنهَا تَختَصُّ بِشَرْ ِ‬

‫‪9‬‬
‫َّب فِي ِه ‪َ ،‬واَل يَحْ تَا ُج إلَى‬ ‫صةٌ َوقِي َل ‪ :‬إنَّهَا َم ْنسُو َخةٌ َوقِي َل ‪ :‬إنَّهَا تَنَا ُل ال َّس ْع َي ُمبَا َش َرةً َو َسبَبًا ‪َ ،‬واإْل ِ ي َمانُ ِم ْن َس ْعيِ ِه الَّ ِذي تَ َسب َ‬ ‫إنَّهَا َم ْخصُو َ‬
‫ق‬ ‫َّ‬
‫ق فَإِنهُ إن َما يَ ْست َِح ُّ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬
‫ْس لِ ِ ن َسا ِن إ َما َس َعى } َوهَذا َح ٌّ‬ ‫اَّل‬ ‫ْ‬ ‫إْل‬ ‫َ‬
‫ال ‪ { :‬لي َ‬ ‫َّ‬
‫ُوص ‪ ،‬فَإِنهُ قَ َ‬ ‫ِ‬ ‫ُّ‬
‫ق اَل يُخَالِفُ بَقِيَّةَ النص‬ ‫آْل‬ ‫َ‬
‫ك بَلْ ظا ِه ُر ا يَ ِة َح ٌّ‬ ‫َش ْي ٍء ِم ْن َذلِ َ‬
‫ك لِ َذلِكَ ْال َغي ِْر اَل لَ__هُ‬ ‫ق َو ِم ْل ٌ‬ ‫ب َما ا ْكتَ َسبَهُ هُ َو ‪َ .‬وأَ َّما َس ْع ُي َغي ِْر ِه فَهُ َو َح ٌّ‬ ‫ك ِم ْن ْال َم َكا ِس ِ‬ ‫َس ْعيَهُ فَهُ َو الَّ ِذي يَ ْملِ ُكهُ َويَ ْست َِحقُّهُ ‪َ .‬ك َما أَنَّهُ إنَّ َما يَ ْملِ ُ‬
‫صلي َعلى َس ْعيِ ِه‬ ‫َ‬ ‫ِّ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ٌ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫صلى َعلى ِجنَا َز ٍة فلهُ قِي َراط فيُثابُ ال ُم َ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ب َغي ِْر ِه ‪ .‬ف َمن َ‬ ‫ْي َغي ِْر ِه َك َما يَ ْنتَفِ ُع ال َّر ُج ُل بِ َك ْس ِ‬ ‫لَ ِك ْن هَ َذا اَل يَ ْمنَ ُع أَ ْن يَ ْنتَفِ َع بِ َسع ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫صلِّي َعلَ ْي ِه أ َّمةٌ ِم ْن ال ُم ْسلِ ِمينَ يَ ْبلُ ُغ__ونَ أ ْن‬ ‫ُ‬ ‫وت فَيُ َ‬ ‫صاَل ِة ال َح ِّي َعلَ ْي ِه َك َما قَا َل ‪َ { :‬ما ِم ْن ُم ْسلِ ٍم يَ ُم ُ‬ ‫ْ‬ ‫ِّت أَ ْيضًا يُرْ َح ُم بِ َ‬ ‫صاَل تُهُ َو ْال َمي ُ‬ ‫الَّ ِذي هُ َو َ‬
‫_ال إاَّل ُغفِ_ َر لَ_هُ ‪ } -‬فَاَهَّلل ُ تَ َع__الَى يُثِيبُ هَ_ذاَ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ِّ‬ ‫ُ‬
‫وف َويُش_فعُونَ فِي_ ِه إ ش_فعُوا فِي_ ِه ‪ -‬أوْ ق_ َ‬‫اَّل‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫صف ٍ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫اَل‬‫َ‬ ‫َ‬
‫يَ ُكونُوا ِمائَةً َويُرْ َوى أرْ بَ ِعينَ َويُرْ َوى ث ثة ُ‬
‫ص _يَا ِم ِه َع ْن_هُ َو َحجِّ ِه َع ْن_هُ ‪َ .‬وقَ _ ْد ثَبَتَ‬ ‫ص َدقَتِ ِه َع ْنهُ َو ِ‬ ‫ْي هَ َذا ال َح ِّي لِ ُدعَائِ ِه لَهُ َو َ‬ ‫ْ‬ ‫ك ال َميِّتَ بِ َسع ِ‬ ‫ْ‬ ‫َّاع َي َعلَى َس ْعيِ ِه الَّ ِذي هُ َو لَهُ َويَرْ َح ُم َذلِ َ‬ ‫الس ِ‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَنَّهُ قَا َل ‪َ { :‬ما ِم ْن َرج ٍُل يَ ْدعُو أِل َ ِخي ِه َد ْع َوةً إاَّل َو َّك َل هَّللا ُ بِ ِه َملَ ًكا ُكلَّ َما َدعَا أِل َ ِخي_ ِه َد ْع_ َوةً‬ ‫ِ ِّ َ‬‫ي‬ ‫ب‬ ‫َّ‬ ‫ن‬‫ال‬ ‫ْ‬
‫َن‬‫ع‬ ‫يح‬ ‫َّ‬
‫فِي ال ِ ِ‬
‫ح‬ ‫ص‬
‫ْس‬ ‫َ‬ ‫هَّللا‬
‫_ؤ ِمنُ أخَ_ اهُ يُثِيبُ ُ هَ_ َذا َويَ__رْ َح ُم هَ_ َذا ‪َ { ،‬وأ ْن لَي َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ْي ال ِذي يَ ْنفَ ُع بِ_ ِه ال ُم_ ْ‬ ‫َّ‬ ‫ك ْال ُم َو َّك ُل بِ ِه ‪ :‬آ ِمينَ ‪َ ،‬ولَك بِ ِمثلِ ِه } ‪ .‬فَهَ َذا ِم ْن ال َّسع ِ‬
‫ْ‬ ‫قَا َل ْال َملَ ُ‬
‫_ؤ ِمنِينَ يَ_ ْد ُخلُونَ ْال َجنَّةَ َم_ َع‬ ‫طفَ__ا ُل ْال ُم_ ْ‬‫ِّت أَوْ ْال َح ُّي أَوْ يُرْ َح ُم بِ ِه يَ ُكونُ ِم ْن َس_ ْعيِ ِه بَ__لْ أَ ْ‬ ‫ْس ُكلُّ َما يَ ْنتَفِ ُع بِ ِه ْال َمي ُ‬ ‫لِإْل ِ ْن َسا ِن إاَّل َما َس َعى } َولَي َ‬
‫ْ‬ ‫إْل‬ ‫ِّ‬
‫اب َعلى َغي ِْر َع َملِ ِه َوه َُو َكال َّد ْي ِن ي َُوفي_ ِه ا ِ ن َس_انُ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬
‫ب ا ِ ن َسانُ الث َو َ‬ ‫ْ‬ ‫إْل‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬
‫اع ؛ لِئَ يَطل َ‬ ‫اَّل‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬
‫ْي فَاَلَّ ِذي لَ ْم يَجُز إ بِ ِه أ َخصُّ ِم ْن ك ِّل انتِفَ ٍ‬ ‫اَّل‬ ‫ْ‬ ‫آبَائِ ِه ْم بِاَل َسع ٍ‬
‫ْس لَهُ َما َوفَّى بِ ِه ال َّد ْينَ َويَ ْنبَ ِغي لَهُ أَ ْن يَ ُكونَ هُ َو ْال ُم َوفِّي لَهُ َوهَّللَا ُ أَ ْعلَ ُم‬ ‫َ‬ ‫ي‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ك‬
‫ِ‬ ‫َ‬ ‫ل‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ُ‬ ‫ت‬‫م‬ ‫ذ‬ ‫ُ‬
‫ِ ِ َ ِ َّ‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫ْ‬
‫ب‬ ‫َ‬ ‫ت‬‫َ‬ ‫ف‬ ‫ه‬ ‫ْر‬‫ي‬‫غ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫َن‬ ‫ع‬ ‫‪.‬‬

‫‪10‬‬

Anda mungkin juga menyukai