Anda di halaman 1dari 3

BERCERITA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Bercerita adalah salah satu pendekatan yang sesuai


digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan murid khasnya.

2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Sasaran
Hanya seorang peserta sahaja mewakili sekolah masing-masing
dibenarkan mengambil bahagian.

2.2 Teks/Skrip
Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

2.2.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran


2.2.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
2.2.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet
2.2.4 hasil karya sendiri.

2.3 Kualiti Cerita


Isi cerita mestilah bertemakan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020:
Malaysia Prihatin yang mengandungi unsur-unsur pengajaran dan
nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan
agama.

2.4 Masa
2.4.1 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang
diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita
antara 4 minit hingga 5 minit.
2.4.2 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-5, menandakan
masa persembahan telah tamat.

2.5 Pakaian
Peserta tidak dibenarkan memakai kostum atau bertemakan yang
bersesuaian dengan cerita.

2.6 Unsur Sokongan


Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

1
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

2.7 Pergerakan
Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja,
menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah
pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.
Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan,
setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

2.8 Pembatalan Penyertaan


2.8.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
2.8.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus
menerus;
2.8.3 dibantu oleh orang lain;
2.8.4 menggunakan ‘prop’, latar pentas, muzik atau kesan bunyi.

3.0 LARANGAN

3.1 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

3.2 Unsur lakonan dan main peranan/watak tidak dibenarkan..

4.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

4.1 Teknik Persembahan (20 markah)


Teknik persembahan menarik dan memikat penonton, tenang,
meyakinkan dan gerak-geri bersahaja

4.2 Bahasa dan Pertuturan (20 markah)


Bahasa gramatis, intonasi yang betul, sebutan jelas dan tepat.

4.3 Penghayatan Cerita (20 markah)


Menghayati dan menyampaikan cerita dengan lancar.

4.4 Interaksi dengan Audien (15 markah)


Impak hubungan antara pencerita dengan audien penggunaan
pandangan mata.

4.5 Kawalan Suara (10 markah)


Sesuai mengikut jalan cerita (Tidak menjerit, mendatar sepanjang
penceritaan dan tidak beremosi).

4.6 Perkembangan Cerita (10 markah)


Sesuai dengan jalan cerita.

4.7 Mesej / Nilai dalam Cerita (5 markah)


Cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat yang sesuai dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020:
Malaysia Prihatin.
1
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

4.8 Penalti (tolak 10 markah)


Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi
had masa atau kurang dan persembahan yang keterlaluan.

5.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

6.0 HAL-HAL LAIN


Pertandingan akan dijalankan menerusi sistem juri.

1
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN

Anda mungkin juga menyukai