Anda di halaman 1dari 12

Muqaddimah

Segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan sekalian alam serta selawat dan
salam ke atas Baginda S.A.W, keluarga, sahabat serta yang mengikut jejak
langkahnya hingga ke hari akhirat.

Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dipelihara dengan begitu rapi. Ramai
penghafaz al-Quran setiap zaman bermula zaman Rasullullah S.A.W lagi hinggalah
ke hari ini. Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat
awalnya ramai penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan
teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan.

Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang
kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan. Ini
bertetapan dengan firman Allah S.W.T:

‫ِإَّن ا َن ْح ُن َن َّز ْلَن ا الِّذ ْك َر َو ِإَّن ا َلُه َلَح اِفُظ وَن‬


Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan
Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.

(Surah al-Hijr : 9)

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah


perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah
sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman.
Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada
Allah SWT dengan cara membacanya.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

‫ ِإَّن ٰه َذ ااْلُقْر آَن َح ْبُل ِهللا‬. ‫ِإَّن ٰه َذ ا اْلُقْر آَن َم ْأُد َب ُة ِهللا َفَت َع َّلُمْو ا َم ْأُد َب َة ِهللا َم ااْس َت َط ْع ـُتْم‬
‫اْلَم ِتْي ِن َو ُنْو ٌر ُم ِبْيٌن َو ِش َفاٌء َن اِفٌع َو ِع ْص َم ٌة ِلَم ْن َت َم َّس َك ِبِه َو َم ْن َج اٌة ِلَم ِن اَّت َبَع ُه َالَي ْع َو ُج‬
‫َفُيَق َّو ُم َو َالَي ِز ْي ُغ َفَي ْس َت ْع ـِتَب َو َالَت ْن َقِض ى َعَج اِئـُبُه َو َلْم َي ْخ َلْق َع ْن َك ْث َر ِة الِّت ْر َداِد ُأْت ُلْو ُه َفِإَّن‬
‫َهللا َت َع الَى َي ْأُجُر ُك ْم َع َلى ِتَالَو ِتِه ِبُك ِّل َح ْر ٍف َع ْش ُر َح َس ـَن اٍت َأَم ا ِإِّن ْي َالَأُقْو ُل آلۤم َع َش َر ٌة‬
‫َو لٰـ ـِكَّن ْاَألِلَف َع َش َر ٌة َو الَّالَم َع َش َر ٌة َو اْل ِم ْي َم َع َش َر ٌة‬
Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah
ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk),
cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang
dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan
dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti,
keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana
sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu
ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak
katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf)
dan Miim (1 huruf).”
Riwayat al-Hakim

Pada ruangan Bayan Linnas untuk kali ini, kami akan memberi fokus bagi menjawab
dakwaan yang dikeluarkan oleh segelintir non-muslim yang mendakwa sebanyak
70% kandungan al-Quran adalah diambil dan dicedok dari kisah-kisah lama yang
wujud sebelum kedatangan Islam itu sendiri. Justeru, kami tajukkan Bayan Linnas
pada kali ini dengan tajuk “Al-Quran : Kalamullah YangMukjizat”.

Pertama: Definisi al-Quran

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan


menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan
yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti
qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah SWT
berfirman:

﴾١٨﴿ ‫﴾ َفِإَذ ا َقَر ْأَن اُه َفاَّت ِبْع ُقْر آَن ُه‬١٧﴿ ‫ِإَّن َع َلْي َن ا َج ْم َع ُه َو ُقْر آَن ُه‬
Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di
dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai
membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”

(al-Qiyaamah: 17-18)

Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara


membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan
vokal u seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran,
qiraatan wa quranan, ertinya sama saja. Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi
nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul dengan masdar.

Sedangkan ada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir
kepada Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya
yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas.

Kedua: Keistimewaan al-Quran

Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh


kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil
sahaja dengan setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang
bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-‘Azim.” Antara
lain menyebut:

 Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya :

‫ُأ‬
‫الرۚ ِك َت اٌب ْح ِكَم ْت آَي اُتُه ُثَّم ُفِّص َلْت ِمن َّلُد ْن َح ِكيٍم َخ ِبيٍر‬
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-
ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan
daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”
(Surah Hud : 1)

 Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah S.W.T:

‫ِإَّن ا َن ْح ُن َن َّز ْلَن ا الِّذ ْك َر َو ِإَّن ا َلُه َلَح اِفُظ وَن‬


Maksudnya: “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan
memeliharanya”.

(Surah Al-Hijr : 9)

 Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah S.W.T :

‫ُقل َّلِئِن اْج َت َمَعِت اِإْلنُس َو اْلِج ُّن َع َلٰى َأن َي ْأُتوا ِبِم ْث ِل َه ٰـ َذ ا اْلُقْر آِن اَل َي ْأُتوَن ِبِم ْث ِلِه َو َلْو‬
‫َك اَن َب ْع ُضُهْم ِلَب ْع ٍض َظ ِه يًر ا‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) “ Sesungguhnya jika sekalian
manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan
Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling
membantu”.

(Surah Al-Isra’: 88)

Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makahluk tidak akan
mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun
terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah
tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha
Pencipta, yang tiada tandingan dan tara. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)

 Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah S.W.T:

‫َفِإَّن َم ا َي َّسْر َن اُه ِبِلَس اِنَك َلَع َّلُهْم َي َت َذ َّك ُروَن‬


Maksudnya:“Maka sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran dengan
bahasamu(wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran”.

(Surah Ad-Dukhan : 58)

Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki ,
perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab
atau buku yang lain.

 Al-Quran kitab zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan
hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi
ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga
sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh
kehidupan.
 Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas
kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat,
akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.
 Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami
berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan
kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah
firman Allah S.W.T:

‫ِإْن ُه َو ِإاَّل ِذ ْك ٌر ِّلْلَع اَلِميَن‬


Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam”.

(Surah At-Takwir : 27)

Penulis menukilkan dari Detik Islam yang bertarikah 10 Ogos 2012 berkenaan
dengan pengaruh bacaan al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain antara lain
menyatakan: “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya
ingatan dan memberi ketenangan kepada seseorang kecuali membaca al-Quran.”

Dr. Al-Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida,
Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengan bacaan ayat-
ayat al-Quran, seorang muslim, baik mereka yang berbahasa arab atau bukan,
dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan , memperoleh ketenangan jiwa merungkai pelbagai


macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang
menjadi objek kajiannya. Penemuan kajian ini dilihat tidak menentu.

Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan


tekanan darah dengupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap
aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa
bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan
jiwa dan penyembuh penyakit.

Kajian Dr. Al-Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor
yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan
Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, al-Quran terbukti
mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang
mendengarkannya.

Kesimpulan hasil kajian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim
yang diterbitkan Universiti Boston. Sasaran kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan
yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mahir
berbahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkan
adalah al-Quran.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu
membaca al-Quran dengan tertil dan membacakan bahasa arab yang bukan dari al-
Quran. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika
mendengarkan bacaan al-quran dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika
mendengar bahasa Arab yang bukan dari al-Quran.

Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal


tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati sewaktu Seminar Kauseling dan Psikoterapi
Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang
berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dari perakan suara
menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagian dan merupakan nikmat yang besar. Kita mempunyai al-
Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya ,memberikan
pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan
kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan al-Quran jauh lebih dari itu. Selain
mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan al-Quran mempengaruhi kecerdasan spiritual
(SQ).

Benarlah firman Allah S.A.W:

‫َو ِإَذ ا ُقِر َئ اْلُقْر آُن َفاْس َت ِمُعوا َلُه َو َأنِص ُتوا َلَع َّلُك ْم ُتْر َح ُموَن‬
Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta
diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh
rahmat”.

(Surah al-A’raf : 204)

Ketiga: Matlamat al-Quran

Secara umumnya al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang
sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:

 Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan


pembalasan.
 Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang da’if
dan tertindas.
 Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
 Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
 Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
 Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan
bekerjasama.

Keempat: Pendapat Tokoh berkenaan Quran

Dinyatakan di sini beberapa kenyataan ulama dan tokoh berkaitan Quran.

 Imam Syafie berkata: Setiap yang bercakap berdasarkan Kitab dan Sunnah,
maka itulah yang sebenarnya. Adapun selain keduanya, dilihat sia-sia.
 Al-Harith al-Muhasibi berkata: Sedara-sedaraku apabila orang baca Quran
untuk mendapat pahalanya, maka ketahuilah tunjukkan kehendak dengan
bacaan kamu untuk tadabbur dan iktibar darinya.
 Fudhail bin Iyadh berkata: Penjaga al-Quran sentiasa mengelak dari
menderhakai Tuhannya. Bagaimana mungkin mereka melakukan maksiat
sedangkan setipa huruf dari al-Quran menyerunya “Demi Allah, jangan enkau
engkari perkara yang engkau bawa dariku.
 Abdul Qadir al-Jilani berkata: Wahai kaumku berlaku baiklah kepada al-Quran
dengan beramal dengannya bukan dengan berdebat.
 Imam Ibn Taimiyyah berkata: Al-Quran mampu menghilangkan segala
penyakit yang menyebabkan keinginan-keinginan jahat, sehingga sihatlah
jiwa dan bersihlah keinginannya dan kembalilah seseorang itu kepada fitrah
yang telah ditanam oleh Allah sepertimana badan kembali sihat.
 Ibn Qayyim berkata: Quran adalah kalam Allah yang Allah tajalli kepadanya
untuk hamba-hambanya dengan sifat-sifat-Nya.
 Imam Muslim berkata: Al-Quran adalah ubat segala penyakit kecuali maut.
Semoga hendaknya Allah mematikan kita di dalam iman dan
menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-
kamit melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.
 Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: Al-Quran al-Karim adalah sebuah
perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran
adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati
yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan cara membacanya.

 Mustafa al-Siba’i menyebut beberapa ungkapan antaranya:


 Kesan Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada
lagunya. Bukan yang membaca dengan beramal dan bukan yang
mengelokkan bacaan tetapi tidak beramal.
 Bacaan al-Quran dalam radio dengan hati yang khusyuk yang dapat didengar
oleh orang Islam sehingga dibuka hati dan akal mereka satu ketika jauh lebih
baik dari seribu rancangan yang lain.
 Orang zaman dahulu belajar al-Quran untuk beramal. Kemudian jadilah
mereka belajar beramal dengannya. Justeru, bagaimana tiada perbezaan
antara generasi kita dan generasi mereka yang agung.
 Al-Quran ditangan-tangan orang Islam ibarat senjata ditangan orang-orang
jahil.

 Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengungkapkan banyak kata-kata antaranya


 Al-Quran merupakan minhaj atau jalan serta cara bagi kehidupan manusia.
 Al-Quran sebagai dustur kepada sebarang hukum.
 Al-Quran sebagai dustur kepada dakwah.

Menjawab beberapa syubhah yang dilemparkan terhadap al-Quran:


1. Al-Quran adalah ciptaan Muhammad S.A.W

Umum diketahui bahawa, Nabi Muhammad S.A.W hanyalah seorang lelaki yang
diutus sebagai rasul untuk seluruh umat. Tujuan pengutusannya untuk mebawa
rahmat bagi sekelian alam. Ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T berikut:

‫َو َم ا َأْر َس ْلَن اَك ِإاَّل َر ْح َم ًة ِّلْل َع اَلِميَن‬


Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya’ : 107)

Justeru, Allah S.W.T telah mengutuskan bersama rasulnya ini sebuah kitab yang
menjadi panduan bagi seluruh umat yang dipimpinnya. Namun begitu, terdapat
segolongan manusia yang sering mengingkari kebenaran atau ketulinan ayat-ayat
al- Quran tersebut dengan mendakwa bahawa kitab tersebut merupakan rekaan
atau idea penulisan yang dilakukan sendiri oleh Muhammad S.A.W.

Bagi mencantas dakwaan tersebut, kami nyatakan seperti berikut.

Allah S.W.T memberi cabaran dan kesempatan kepada seluruh umat manusia yang
tidak meyakini bahwa al-Quran adalah kalamullah dengan beberapa cabaran.
Antaranya ialah dalam firmanNya yang berikut:

‫ُقل َّلِئِن اْج َت َمَعِت اِإْلنُس َو اْلِج ُّن َع َلٰى َأن َي ْأُتوا ِبِم ْث ِل َه ٰـ َذ ا اْلُقْر آِن اَل َي ْأُتوَن ِبِم ْث ِلِه َو َلْو‬
‫َك اَن َب ْع ُضُهْم ِلَب ْع ٍض َظ ِه يًر ا‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian
manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan
sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu
sesama sendiri.”

(Surah al-Isra’ : 88)

Syeikh al-Maraghi menjelaskan bahawa golongan kafir tidak akan mampu untuk
mendatangkan sebuah kitab yang sama sepertimana yang diturunkan kepada
kepada rasulNya. Yang dimaksudkannya ialah sama dari sudut balaghah, kebaikan
maknanya, kebijaksanaanya, hukum-hakam yang dikandungnya dan lain-lain.
(Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)

Tentangan turut dikemukakan juga dalam ayat yang dinyatakan berikut:

‫َفْل َي ْأُتوا ِبَح ِديٍث ِّم ْث ِلِه ِإن َك اُنوا َص اِدِقيَن‬


Maksudnya: “(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan
kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang
yang benar dakwaannya.”

(Surah at-Tur : 34)

Dalam kalangan musyrikin Quraisy terdapat penyair-penyair yang fasih


balaghahnya, tukang tilik yang hebat serta cerdas serta pemidato yang
berpengalaman dalam berbicara dengan baik dalam pelbagai seni pertuturan. Maka
kumpulkanlah para penyair, tukang tilik dan para pembicara yang hebat tersebut
agar dapat mendatangkan sesuatu yang seperti al-Quran, kalau mereka adalah
dalam kalangan yang benar dalam perakuan mereka. Namun mereka tidak mampu.
(Rujuk Tafsir al-Maraghi, 14/6633)

Apabila musyrikin Quraisy tidak mampu untuk mendatangkan kitab semisal al-
Quran, Allah SWT menguji mereka dengan ujian yang lebih ringan iaitu untuk
mendatangkan hanya sepuluh surah yang semisal al-Quran. Ini adalah sepertimana
firmaNya berikut:

‫ُم ْف َت َر َي اٍت َو اْد ُعوا َم ِن اْس َت َط ْع ُتم ِّمن‬ ‫َأْم َي ُقوُلوَن اْف َت َر اُهۖ ُقْل َفْأُتوا ِبَع ْش ِر ُس َو ٍر ِّم ْث ِلِه‬
‫َص اِدِقيَن‬ ‫ُد وِن الَّلـِه ِإن ُك نُتْم‬
Maksudnya: “Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan
mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai
Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan
sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa
sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu
orang-orang yang benar.”

(Surah Hud : 13)

Allah SWT mencabar pihak musyrikin Quraish supaya mendatangkan sepuluh surah
seperti al-Quran dari sudut susunan atau gaya bahasanya yang memuatkan
undang-undang yang benar tentang keagamaan, kemasyarakatan, politik, hikmah-
hikmah, nasihat-nasihat dan tata kesopanan. Bahkan Allah SWT menyeru mereka
supaya mengajak sesiapa sahaja yang mereka ingin selain Allah SWT yang dapat
membantu dan menolong mereka bagi menyahut cabaran Allah SWT. Namun
mereka tidak mampu. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 6/3158)

Pada pengakhiran cabaran tersebut, Allah turut menyatakan cabaran terakhir untuk
mendatangkan hanya satu surah semisal al-Quran. Ini seperti firmannya yang
berikut:

‫َأْم َي ُقوُلوَن اْف َت َر اُهۖ ُقْل َفْأُتوا ِبُسوَر ٍة ِّم ْث ِلِه َو اْد ُعوا َم ِن اْس َت َط ْع ُتم ِّمن ُد وِن الَّلـِه ِإن ُك نُتْم‬
‫َص اِدِقيَن‬
Maksudnya: “(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan
mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran
menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian,
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa
sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu
kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!.”

(Surah Yunus : 38)

Demikian juga firman Allah SWT berikut:

‫َو ِإن ُك نُتْم ِفي َر ْيٍب ِّمَّما َن َّز ْلَن ا َع َلٰى َع ْب ِد َن ا َفْأُتوا ِبُسوَر ٍة ِّمن ِّم ْث ِلِه َو اْد ُعوا ُشَه َداَء ُك م‬
‫ِّمن ُد وِن الَّلـِه ِإن ُك نُتْم َص اِدِقيَن‬
Maksudnya: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan
(Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah
satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang
kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang
yang benar.”

(Surah al-Baqarah : 23)

Menurut Syeikh al-Maraghi, kaum musyrikin Quraish tidak mampu untuk membuat
al-Quran lain yang seumpama dengan al-Quran, meskipun mereka seorang yang
terlatih. Namun, mereka tidak mampu untuk mendatangkan sesurah seumpama al-
Quran. Ini kerana, orang yang berakal cerdas sudah tahu bahawa sesuatu yang
dapat mereka lakukan, sudah tentu orang lain juga dapat melakukannya, dan
terdapat keberangkalian akan ada orang yang lebih mampu berbanding dirinya.
(Rujuk Tafsir al-Maraghi, 6/3039)

‫َفِإن َّلْم َت ْف َع ُلوا َو َلن َت ْف َع ُلوا َفاَّتُقوا الَّن اَر اَّلِتي َو ُقوُد َه ا الَّن اُس َو اْلِحَج اَر ُةۖ ُأِع َّد ْت‬
‫ِلْلَك اِفِر يَن‬
Maksudnya: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu
tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-
bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan
untuk orang-orang kafir”.

(Surah al-Baqarah : 24)

Jika kaum musyrikin Quraish tidak mampu juga untuk mendatangkan satu surah
semisal al-Quran, padahal kamu sudah berusaha bermati-matian, sudah tentu kamu
tidak mampu untuk melakukannya pada masa akan datang kerana ianya memang
bukan ukuran menurut kemampuan kamu (makhluk). Justeru, berwaspadalah
dengan keingkaran kamu itu dan akuilah bahawa al-Quran ini sememangnya datang
daripada Allah SWT. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 1/58)

2. Keaslian Naskhah al-Quran Yang Ada Pada Hari Ini


Dalam isu ini, kami melihat ada beberapa noktah penting yang perlu difahami oleh
semua lapisan masyarakat.

Pertama: Al-Quran pada asasnya adalah bacaan dan bukan tulisan. Turunnya
wahyu, penyampaiannya, periwayatannya dilakukan secara lisan dan hafazan dan
bukannya tulisan. Apa yang dimaksudkan dengan membaca al-Quran pada zaman
dahulu adalah membaca daripada hafazan dan tulisan hanyalah wasilah semata-
mata. Ini kerana, ayat-ayat al-Quran dijadikan tulisan di atas tulang belulang, kulit
haiwan dan lain-lain berdasarkan hafazan daripada memori seorang muqri’. Tradisi
periwayatan melalui hafazan dengan isnad yang mutawatir ini diwarisi turun temurun
telah terbukti menjamin keaslian al-Quran itu sendiri. Masalah orientalis seperti pada
masa kini ialah melihat al-Quran sebagai teks, bukannya sebagai hafazan yang
dibaca. Inilah menyebabkan mereka cenderung untuk menerapkan beberapa
metodologi yang sama untuk mengkritik Bible iaitu kritikan sejarah, kritikan sumber,
kritikan bentuk dan kritikan teks. Natijahnya, mereka melihat al-Quran hanyalah
produk sejarah yang merakamkan situasi dan budaya Arab abad ke-7 dan 8 Masihi.
[1] Malah seruan orientalis untuk membuat edisi kritis al-Quran berdasarkan
manuskrip-manuskrip yang ada terus diulang-ulang oleh segelintir sarjana Muslim
hari ini.[2]

Kedua: Al-Qur’an juga dicatat dengan menggunakan tulisan. Para sahabat Nabi
SAW ada yang menyimpan catatan ayat-ayat al-Qur’an ini bagi tujuan rujukan
peribadi. Pada catatan itu juga terdapat komentar, huraian dan lain-lain penambahan
untuk pemahaman sendiri. Maka, tahap kualitinya pasti sudah berbeza. Oleh itu,
Saidina Abu Bakar mengambil langkah menubuhkan sebuah kumpulan yang
menyemak ayat-ayat al-Qur’an yang ada pada para Sahabat dan disatukan menjadi
sebuah suhuf. Suhuf tersebut disimpan oleh Abu Bakar, kemudiannya Umar dan
setelah itu Hafsah sebelum diserahkan kepada Uthman. Pada zaman beliau, ada
permintaan sejumlah para Sahabat untuk mengumpul semula bentuk bacaan (qiraat)
yang ada dan diletakkan standard bacaan bagi mengelakkan kekeliruan. Natijahnya,
dikeluarkan beberapa buah buku yang mengandungi qiraat yang bersifat mutawatir
yang disepakati periwayatannya daripada Nabi SAW.

Ketiga: Punca utama kekeliruan para orientalis apabila menganggap al-Quran itu
ada pelbagai ragam bacaan kerana teksnya yang tidak bertitik dan bertanda pada
awalnya. Padahal al-Quran itu dibaca terus daripada hafazan yang diriwayatkan
sampai kepada Nabi SAW. Kaedah dalam hal ini adalah tulisan mengikut bacaan
yang diriwayatkan Nabi (al-rasmu tabi’un li al-riwayah) dan bukan sebaliknya.

3. Menyamakan al-Qur’an dengan kitab-kitab agama lain dari sudut


pengkanunannya.

Para orientalis sering menimbulkan keraguan pada aspek pengumpulan al-Qur’an.


Mereka menyatakan bahawa ia sangat mustahil kerana pengumpulan kitab-kitab
suci lain mengambil masa ratusan dan mungkin ribuan tahun.

Sebenarnya, al-Quran melalui proses yang sangat terperinci sebelum dihimpunkan


sebagai sebuah buku pada zaman Saidina Abu Bakar. Pada zaman Nabi SAW, ia
masih belum dibukukan lagi tetapi selesai ditulis sejak zaman Baginda tanpa
disatukan lagi dalam bentuk buku, disamping surah-surahnya belum tersusun.
Menurut Zaid bin Thabit:

‫ُقِبَض الَّن ِبُّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم َو َلْم َي ُك ِن اْلُقْر آُن ُج ِمَع ِفي َش ْي ٍء‬
Maksudnya: “Saat Nabi SAW wafat, al-Qur’an masih belum dihimpun dalam satu
bentuk buku.”(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/12)

Penyaksian adalah elemen yang penting dalam pengumpulan al-Quran. Ibn Hajar
menjelaskan:

‫َأَّن َأَب ا َب ْك ٍر َقاَل ِلُع َمَر َو ِلَز ْيٍد اْق ُعَدا َع َلى َباِب اْلَم ْس ِج ِد َفَم ْن َج اَء ُك َم ا ِبَش اِهَد ْي ِن َع َلى‬
‫َش ْي ٍء ِم ْن ِك َت اِب ِهَّللا َفاْك ُتَب اُه‬
Maksudnya: “Abu Bakar menyatakan kepada Umar dan Zaid, ‘Duduklah di depan
pintu gerbang Masjid Nabawi. Jika ada orang membawa kepada anda tentang
sepotong ayat daripada Kitabullah dengan dua orang saksi, maka
tulislah.”(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/14)

Saidina Umar pula berdiri di depan pintu gerbang masjid dan mengumumkan
bahawa sesiapa yang memiliki tulisan al-Quran yang dibacakan oleh Nabi SAW,
hendaklah datang ke masjid untuk disemak. Begitu juga tindakan Bilal yang
menyiarkannya di lorong-lorong jalan di Madinah.

Sejak Nabi SAW berada di Madinah, itulah saat bermulanya gerakan penulisan al-
Quran. Banyak di antara para sahabat memiliki ayat-ayat al-Quran yang disalin
daripada kulit milik sahabat handai dan jiran tetangga. Dengan hanya membataskan
ayat-ayat yang disalin di bawah pengawasan Nabi Muhmmad, Zaid meyakini
bahawa bahan-bahan yang beliau telah teliti memiliki kualiti yang sama. Setelah
menghafal al-Quran dan menulis banyak semasa duduk dengan Nabi SAW, ingatan
dan hafalan Zaid dapat dibandingkan dengan bahan yang sama, bukan dengan
yang lainnya. Maka, sikap tegas Abu Bakar, Umar dan Zaid dalam penyuntingan
daripada sumber pertama berserta dua saksi ini memberi jaminan akan kualiti dan
kesahihan al-Quran yang sudah dikumpulkan. Setelah selesai semakan, al-Quran
disimpan dalam perbendaharaan negara di bawah pengawasan Saidina Abu Bakar.
(Rujuk Fadhail Al-Quran Wa Ma'alimuhu Wa Adabuhu, hlm. 281)

Fasa pembukuan al-Quran yang bermula daripada penyatuan bahagian-bahagian


terpisah ayat al-Qur’an daripada sumber pertama, kemudian disaring daripada
sumber-sumber seluruh Madinah dan disusun pula dalam satu jilid besar yang
diistilahkan suhuf. 15 tahun kemudian, ketika Khalifah Uthman mengirim naskah al-
Quran ke wilayah-wilayah umat Islam dalam bentuk yang lebih kemas sebagai
sebuah buku, ketika itulah ia dikenali sebagai mushaf.

Keistimewaan al-Quran yang tidak memerlukan ribuan tahun untuk dikanunkan


adalah kerana ianya sudah tersusun lengkap dalam bentuk kasar sejak zaman Nabi
SAW. Selain itu, disiplin yang ketat dalam penyusunannya oleh Zaid bin Thabit,
Umar dan Abu Bakar dengan hanya menerima penyaksian 2 orang dengan ayat al-
Qur’an yang ditulis di hadapan Nabi SAW membuktikan ianya tidak mungkin sama
sekali ada perbezaan dengan yang asalnya.

Membandingkan al-Quran dengan kitab-kitab suci lain seperti Veda adalah


perbandingan yang tidak boleh diterima logik kerana:

Veda adalah daripada Shruti iaitu sesuatu sumber wahyu yang didengari. Dipercayai
bahawa Rishi yang berada pada tingkat Tapasya mendengar veda terus daripada
Parabrahma/Parameshwara. Secara ringkasnya, ia tidak dibuat oleh manusia dan
tidak mempunyai penulis. Ada empat buku Veda iaitu Rigveda, Samaveda,
Yajurveda dan Atharvaveda. Al-Quran pula adalah sepenuhnya wahyu Allah SWT
tanpa pembahagian-pembahagian khusus dan dihafal terus oleh Nabi SAW sebelum
ditulis oleh penulis wahyu.

Jumlah ketebalan Veda jauh berbeza dengan al-Qur’an. Ini bermakna, tidak mustahil
al-Quran boleh disusun dengan tempoh yang lebih singkat berbanding Veda.

Naratif dalam Veda sifatnya pelbagai kerana ianya terbahagi kepada 4 buku; Rig
Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda yang mana setiap satunya ada
fokus yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai