Anda di halaman 1dari 7

SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN NABI

AL-QURAN

1. Definisi al-Quran

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, dan
qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan
yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a,
qiraatan, quranan. Allah SWT berfirman:

َ ُ َ َْ َ َ َ َ ُ َ ‫إنَّاَّ َع َل ْي َنا‬
﴾١٨َّ﴿َّ‫﴾َّف ِإذاَّق َرأن ُاهَّفات ِب ْعَّق ْرآن ُه‬١٧﴿َّ‫َّج ْم َع ُه ََّوق ْرآن ُه‬ ِ

Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan


(membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah
bacaannya itu.” (al-Qiyamah: 17-18)

Pada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi SAW melalui
perantaraan Jibril AS di dalam bahasa arab yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika
dibacanya yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas. Antara nama-nama
al-Quran adalah al-Kitab, al-Zikr, al-Tanzil, al-Furqan dan lain-lain lagi.

2. Ciri-ciri Keistimewaan Al-Quran

2.1 Lafaz dan makna daripada Allah SWT. Lafaznya di dalam bahasa arab. Firman Allah:

َ ُ َ ُ َ ُ ُ َ َْ َ
َّ ‫اهَّق ْرآناََّّع َرِب ّياََّّل َعلك َّْمَّت ْع ِقلو‬
َّ،]2َّ:‫نَّ[يوسف‬ َّ ‫َّ ِإناَّأنزلن‬
Maka dengan itu, Hadith Qudsi bukan al-Quran kerana hanya maknanya daripada Allah SWT
manakala lafaznya daripada Rasullullah SAW.

2.2 Diturunkan secara mutawatir


َ ُ َ َ ْ ّ َْ َ ُ ْ َ
َّ‫الذك َرََّّ َو ِإناَّل َُّهَّل َحا ِفظون‬
ِ َّ‫نَّن َّزلنا‬
َّ ‫ِإناَّنح‬
2.3 Semua ayat al-Quran di dalam bahasa arab
2.4 Diturunkan secara berperingkat
Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz secara sekaligus berdasarkan firman Allah:
َ ُ
َّ]22َّ،2١َّ:‫َّ ِفيَّل ْوحََّّم ْح ُفوظََّّ[البروج‬.‫َب َّْلَّ ُه َ َّوَّق ْرآنََّّم ِجيد‬
Kemudian ke Baitul Izzah pada malam al-Qadr juga secara sekaligus berdasarkan firman
Allah:
َْ َ َ ْ َ
]١َّ:‫ِإناَّأ َنزل َن ُاهََّّ ِفيَّل ْيل َِّةَّالق ْد َِّرَّ[القدر‬
Seterusnya diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat
َ ‫كَّل َت ُكو َنََّّم َنََّّ ْاْلُنذر‬
َّ َّ.]١95َّ-َّ١93َّ:‫ََّّ ِب ِل َسانََّّ َع َرِب َّّيَّ ُّم ِبينَََّّّ[الشعراء‬.‫ين‬ َ ْ َ َ َ ُ َ َُّ ‫الر‬ ُّ َّ‫َن َز ََّلَّب َِّه‬
ِِ ِ ِ َّ ‫َّعلىَّقل ِب‬.‫وحَّاأل ِمين‬ ِ
2.5 Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah S.W.T:
َ َ ‫نس ََّو ْالج ُّن ََّع َل ٰى ََّأن ََّي ْأ ُتواَّبم ْثل ََّهٰـ َذا َّْال ُق ْرآن َََّلَّ َي ْأ ُتو َنَّبم ْثله ََّو َل ْو ََّك‬
ُ ‫ان ََّب ْع‬
َّ‫ض ُه ْم َِّل َب ْعضَّظ ِهيرا‬ ُ ‫َّاج َت َم َع ِت َّْاْل‬
ْ ‫ُقلَّلئن‬
ِِ ِِ ِ ِ ِِ ِ ِ ِِ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin
berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu
mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. (Surah Al-Isra’: 88)

Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makahluk tidak akan mampu dan
mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan
kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam. Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan
boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara.

3. Tanda-tanda Kemukjizatan al-Quran

3.1 Cabaran Mencipta Kitab Seperti al-Quran:

Cabaran pertama Allah bagi membuktikan bahawa al-Quran merupakan wahyu daripada-
Nya yang diturunkan kepad Nabi Muhammad s.a.w. ialah dengan meminta manusia agar
mencipta sebuah kitab seperti al-Quran jikalau mereka mampu. Cabaran yang
dimaksudkan ialah Allah menyuruh sesiapa yang hebat dalam ilmu bahasa dan sastera
untuk mengarang hanya surah seperti dalam al-Quran. Cabaran ini masih belum disahut
oleh mana-mana manusia pun di muka bumi ini walaupun cabaran ini sudah menjangkau
lebih kurang 1600 tahun.

3.2 Menceritakan Kisah-kisah Umat Terdahulu

Rasulullah s.a.w seorang yang ummi, tidak tahu membaca dan menulis. Sebelum
kenabiannya baginda tidak mengetahui apa-apa maklumat berkaitan umat-umat terdahulu
kerana nabi hanya pernah keluar daripada Mekkah dua kali sahaja. Al-Quran menceritakan
sejarah kaum-kaum terdahulu seperti kaum 'Ad, Tsamud, kaum Nabi Nuh, kaum Nabi
Musa, kaum Nabi Ibrahim, negeri Madyan, cerita tentang kesucian Maryam, dan lain-lain.

3.3 Menceritakan Tentang Peristiwa Akan Datang

Al-Quran menceritakan tentang perkara-perkara qhaib seperti kemenangan tentera Rom


ke atas Farsi, kemenangan kaum muslimin dalam perang Badar sebelum berlakunya
peperangan, kaum muslimin memasuki Masjid al-Haram selepas Hijrah sebelum
pembukaan Kota Mekkah.
3.4 Al-Quran Memiliki Bahasa Yang Sangat Indah

Bahasa al-Quran sangat indah sehingga masyarakrat Jahilliyah menyangkakan al-Quran


adalah syair. Sebelum al-Quran turun kepada Nabi Muhammad, orang-orang arab pada
waktu itu bertanding siapa yang paling hebat bersyair. Penyair-penyair yang hebat di
zaman itu sendiri kagum dengan bahasa al-Quran. Susunan dan ketinggian bahasa yang
ada pada al-Quran tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Allah mencabar
sesiapa yang ragu dengan ayat al-Quran agar mencipta surah yang setanding dengan
al-Quran. Namun sehingga kini, tiada siapa pun yang mampu menulis satu surah yang
setanding al-Quran. Inilah bukti al-Quran itu benar-benar mukjizat.

3.5 Ilmu Sains Dalam Al-Quran

Al-Quran bukan Kitab Sains tetapi didalam al-Quran terdapat banyak ilmu sains. Kini para
saintis dari seluruh dunia (terutama dari Eropah dan Amerika) mulai membaca dan menyelidiki
alam ini melalui al-Quran. Berikut beberapa keserasian antara Al Quran dan sains:

i. Surah al-An’am 6: 125 menunjukan bahwasannya terbang ke luar angkasa


menyebabkan sesak dada, hal ini disebabkan berkurangnya kadar oksigen di langit.

ii. Surah al-Furqaan: 59 “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada
di antara keduanya” Kewujudan bahan di ruang angkasa. Amat tidak logik sekali untuk
sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui
1400 tahun dahulu.

iii. Surah Yassin :37-40 menunjukkan bahwa matahari, bulan dan bumi memiliki garis edar
dan putaran.

4. AL-QURAN MENERANGKAN TENTANG HUKUM HAKAM

4.1 Penerangan secara ringkas


Hukum yang diterangkan secara hanya dua bidang iaitu ibadat dan muamalat. Di dalam bab
ibadat contohnya solat tidak diterangkan bilangan rakaat. Dalam bab muamalat seperti jual
beli, riba dan gadaian.
4.2 Penerangan secara terperinci: mirath, bab kekeluargaan nikah, talak, nafkah, hudud.

SUMBER KEDUA: AL-SUNNAH

1. Takrif al-Sunnah

Al-Sunnah dari segi bahasa Arab ialah al-Tariqah al-Mu’tadah ertinya cara atau peraturan sesuatu
amalan yang dilakukan berulang kali. Pengertian ini juga terdapat dalam Al-Quran:
Yang demikian itu adalah menurut sunnah All (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku
kepada orang-orang yang telah lalu, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang
perubahan bagi sunnah Allah itu. (Al-Ahzab : 62)

Al- Tariqah al-Mu’tadah atau cara yang biasa dilakukan itu adakalanya ia dipuji dan ada juga yang
dikeji, sepertimana terdapat dalam hadith Rasulullah:

Barangsiapa mencipta sesuatu cara atau peraturan yang baik maka dia akan memperolehi
pahalanya dan pahala orang lain yang mengamalkanya hingga hari Qiamat, dan sesiapa yang
mencipta sesuatu cara yang jahat maka dia akan mendapat dosanya dan dosa mereka yang
mengamalkanya hinggalah hari Qiamat.

Sementara al-Jawahir menyebut dalam kitabnya “al-Sihah”, Sunnah ertinya al-Tariqah dan juga al-
Sirah. Adapun Al-Sunnah dari segi istilah Syarak dimaksudkan “Sesuatu yang terbit dari baginda
Nabi Muhammad s.a.w selain dari Al-Quran, sama ada perkataan, perbuatan atau pun perakuan.”

2. Pembahagian Sunnah

Sunnah terbahagi kepada 2 bahagian: Sunnah berdasarkan matan (nas) dan sunnah berdasarkan
sanad (perawi).

2.1 Sunnah berdasarkan matan (nas)

i. Sunnah Qawliyyah

Ertinya: Kata-kata dan pengucapan Rasulllah s.a.w. dalam berbagai-bagai persoalan. Sunnah dalam
bentuk ini yang terbanyak contohnya sabda baginda:

.)2َّ("‫َّ"َلَّضررَّوَلَّضرار‬:‫َّوقولهَّتعالى‬،)١َّ("‫َّ"إنماَّاألعمالَّبالنيات‬:‫مثلَّقولهَّتعالى‬

ii. Sunnah Fi’liyyah.

Ertnya : Perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w. seperti amalan solat lima waktu dengan sempurna
segala kaifiatnya, dan perlaksanaan ibadah haji. Baginda bersabda:-
Solat (sembahyanglah) kamu sebagaimana kamu melihat aku solat. (Riwayat al-Bukhari)

Hendaklah kamu ambil dariku (cara-cara melaksanakan) ibadat haji kamu. (Riwayat Muslim)

Manakala perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w. seperti makan, minum, cara berpakaian dan
semua perbuatan Rasulullah yang menyamai perbuatan manusia menunjukkan kepada harus dan
tidak diperintahkan untuk diikuti. Perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w. yang hanya khusus untuk
baginda sahaja seperti berkahwin melebihi empat orang isteri, maka tidak sah untuk diikuti.

iii. Sunnah Taqririyyah.

Ertinya : Sesuatu yang diperakui oleh Rasulullah s.a.w dengan mendiamkan diri tanpa membantah
atau bersetuju dan bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda terhadap sebahagian perbuatan
dan perkataan para sahabat. Maka, dengan perakuan dan persetujuan itu dianggap sebagai lahir
daripada baginda sendiri dan diamnya menandakan perbuatan itu harus dilakukan. Ini kerana
Rasulullah s.a.w. tidak boleh mendiamkan diri sama sekali terhadap perkara yang batil atau haram.
Di antara lain contohnya baginda tidak membantah ke atas dua orang kanak-kanak perempuan
hamba yang menyanyi lagu-lagu bersemangat pada hari raya.

2.2 Pembahagian Sunnah Menurut Sanad

Sanad ialah silsilah atau rantaian para perawi hadith yang mereka nukilannya daripada Rasulullah
s.a.w. kepada kita. Adapun catatan hadith yang diriwayatkan itu dinamakan Matan hadith atau
Matan sunnah. Maka Sunnah dari aspek sanad terbahagi kepada tiga bahagian:

i. Sunnah Mutawatirah

Hadith yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w. oleh sejumlah atau sekelompok perawi yang tidak
mungkin mereka bersepakat melakukan pendustaan. Kemudian diriwayatkan pula oleh sejumlah
perawi dengan sifat tersebut dari satu masa ke satu masa hingga kepada kita, dengan syarat tidak
berlaku sebarang kecacatan pada mana-mana peringkat perawi. Hadith yang sabit dengan sanad ini
memberikan kita maklumat yang menyakinkan dari segi sanad (Qat’iyyu al-Thubut), wajib beramal
dengannya dan kafirlah mereka yang menolaknya, kerana mutawatir itu martabat nukilan yang
paling tinggi.

ii. Sunnah Ahad

Hadith yang diriwayatkan dari Nabi oleh sebilangan perawi yang tidak sampai kepada had
mutawatir. Ertinya ia bukan sunnah mutawatirah dan rajih dengan sandarannya yang sah kepada
Nabi s.a.w. dan wajib beramal dengannya.

3. KEHUJAHAN SUNNAH

Kehujahan Al-Sunnah dalam mengistinbatkan hukum terletak pada posisi kedua selepas Al-Quran.
Dalil kehujahan sunnah:

3.1 Al-Quran: Allah mewajibkan umat Islam mentaati dan mengikut perintah nabi SAW. Dan
ketaatan kepada rasul itu merupakan ketaatan kepada Allah. Semua pertelingkahan hendaklah
dirujuk kepada rasul (al-sunnah). Firman Allah:
ّ َ َ َ ْ َ َ ‫ُ َل‬ ُ ‫َّ َو ُق ْل ََّأط‬:‫قالَّتعالى‬
َ ّ ‫يع ْوا‬
َّ‫اعَّّللا‬‫ ََّم ْن َُّي ِط ِعَّالرسو َّفقدَّأط‬:‫َّوقالَّتعالى‬،]32:‫َّّللا ََّوالر ُسو َّلَّ[َّألَّعمران‬ ِ
َ ‫وه ََّو َما ََّن َه ُاك ْم ََّع ْن ُه ََّف‬
]٧ََّّ:‫انت ُهواَّ[ََّّالحشر‬ ُ ‫ََّّ َو َما ََّآت ُاك ُمَّالر ُسو ُل ََّف ُخ ُذ‬:‫َّوقالََّّسبحانه‬،]٨0:‫[النساء‬
3.2 Al-Sunnah: Terdapat banyak hadith mutawatir yang mewajibkan berpegang pada al-sunnah
dalam semua perkara. Sabda nabi SAW:
ّ َّ َّ‫"عليكمََّّبسنتي‬
ََّّ‫َّ َّوإياكم‬،‫ََّّ َّتمسكواَََّّّبهاَّ َّوعضواَََّّّعليهاََّّبالنواجذ‬،‫وسنةَََّّّالخلفاءَََّّّالراشدينَََّّّمنَََّّّبعدي‬
ّ

َّ‫َّوكلَّضاللةَّفيَّالنار‬،‫َّفإنَّكلَّمحدثةَّبدعة‬،‫ومحدثاتَّاألمور‬
3.3 Al-Ijmak: Ijmak para ulamak mewajibkan berpegang pada al-sunnah.
3.4 Al-Ma’qul (Lojik): Allah telah memerintahkan RasulNya menyampaikan risalahNya. Terdapat
dalil-dalil menunjukkan rasul terpelihara daripada salah dan silap. Maka dengan itu sumber
perundangan Islam adalah Al-Quran dan al-Sunnah.

4. Al-Sunnah Petunjuk kepada hukum.

4.1 Al-Sunnah menguatkan hukum dari al-Quran. :‫أنَّتكو َّنَّالسن َّةَّمؤكدةَّْلاَّجاءَّفيَّالقرآن‬


Seperti perintah solat, puasa, zakat, arak, makan bangkai.
4.2 Al-Sunnah menerangkan hukum dari al-Quran secara terperinci. ‫أنَّتكونََّّمبينةَّْلاَّجاءَّللقرآن‬

i. al-Sunnah menerangkan ringkasan al-Quran ‫ُم ْج َملَّالقرآ َّن‬


Seperti dalam bab solat syarat, rukun, waktu dan bilangan rakaat. Bab haji diterangkan
harta- harta yang diwajikan zakat, nisab dan haul.
ii. al-Sunnah mengkhususkan umum al-Quran ‫ عامََّّالقرآن‬Seperti Firman Allah:
َ
َْ ُ َ ْ َ ّ ُ
‫تَّ َعل ْيك َُّمَّاْل ْي َت َّة‬
َّ ‫ ح ِرم‬dikhususkan dengan sabda nabi "َّ ‫َّالحلَّميتته‬،‫"هوَّالطهورََّّماؤه‬
َْ َُ ْ َ َُ ُ
َّ ‫قَّ َوالس ِارقةََّّفاقطع‬
{‫واَّأ ْي ِد َي ُه َما‬ َّ ‫َّفقطعَّيدهَّمنََّّمفصلََّّالكف"( } َوالس ِار‬،‫)"أتىَّالنبيَّبسارق‬
4.3 Al-Sunnah menerangkan hukum furu’ dari asal al-Quranََّّ
‫أنَّتكونََّّالسنةَّمفرعةَّألصلَّتقررََّّفيَّالقرآن‬ َّ
selepas hijrah terdapat sebahagian penduduk berjual beli buah-buahan yang belum
matang/masak. Maka nabi melarang transaksi tersebut
َ ْ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ َّْ ‫َّبمََّّيأخذَّأحدكمَّمالََّّأخيه؟"َّ َََّلَّ َت ْأ ُك ُل‬،‫"أرأيتََّّإذاَّمنعَّللاََّّالثمرة‬
ِ ‫واَّأ ْموالكمَّبينكمَّ ِبالب‬
َّ‫اط ِل‬
4.4 Al-Sunnah menerangkan hukum-hakam yang baru yang tiada dalam al-Quran.
Seperti zakat fitrah, pengharaman berkahwin dengan dua beradik dan ibu saudara,
pengharaman memakai sutera dan emas bagi lelaki.

* * *
IJTIHAD PADA ZAMAN NABI
1. Ijtihad Nabi
Dari sudut istilah syara’, ijtihad bermaksud curahan usaha dan tenaga yang bersungguh-sungguh
untuk mengistinbatkan hukum syar’ie.
Sepakat para ulamak bahawa adalah harus bagi Nabi SAW untuk berijtihad samada dalam urusan
keagamaan atau keduniaan. Nabi SAW juga berkemungkinan untuk tersilap dalam ijtihad Baginda
dalam perkara keduniaan, namun tidak mungkin tersilap dalam urusan keagamaan sebagaimana
yang disebut oleh majoriti ulama. Hal ini dikuatkan dengan sabda Baginda SAW:

َ ََ َ ْ َ ُُ َ َ ُ ُ َ ُ َ ُ ُ َ َ َ ََ
َّ‫ِإن َماَّأنا ََّبشر َِّإذاَّأ َم ْرتك ْم َِّبش ْىء َِّم ْن َِّدي ِنك ْمَّفخذوا َِّب ِه ََّو ِإذاَّأ َم ْرتك ْم َِّبش ْىء َِّم ْن ََّرأىَّف َِّإن َماَّأنا ََّبشر‬

Maksudnya: Sesungguhnya aku ini manusia; apabila aku menyuruh kamu akan suatu perintah
agama, maka ambillah ia, dan apabila aku menyuruh kamu akan suatu perkara daripada
pandanganku, maka ingatlah sesungguhnya aku adalah seorang manusia.

Imam al-Nawawi berkata: Daripada kehidupan dunia, sebagai contoh menggunakan ijtihad, hadis
kacukan kepada pohon kurma. Pendapat ulama menunjukkan bahawa ia bukan masalah Syariat,
tetapi ucapannya berdasarkan ijtihad Baginda SAW. Segala perbuatan dan keputusan Baginda Nabi
SAW sentiasa dikawal oleh wahyu, dan apabila Baginda tersilap, wahyu akan datang untuk
membetulkannya. Maka secara tidak langsung, segala ijtihad Nabi SAW sebenarnya bersumber
daripada wahyu.

2. Ijtihad Sahabat

Nabi memberi keizinan kepada para sahabat untuk berijtihad semasa keberadaan nabi atau semasa
ketiadaan Baginda bersama para sahabat.

2.1 Semasa Keberadaan Nabi

Para sahabat berijtihad semasa keberadaan nabi dan nabi memperakui ijtihad tersebut
bahkan nabi menggalakkan para sahabat berijtihad, dengan tujuan mengajar dan
melatih mereka sebagai persediaan menghadapi pelbagai permasalahan umat serta
bertanggung jawab dalam kehakiman dan fatwa. Antaranya:
i. Nabi berkata kepada Uqbah bin A’mir

،‫َّ"اجتهدوا؛َّفإنَّأصبتماَّفلكماََّّعشرَّحسنات‬:‫َّولرجلَّمنَّالصحابة‬،‫َ َّوقولهََّّلعقبهَّبنََّّعامر‬
"‫َّوإنَّأخطأتماَّفلكماَّحسنةَّواحدة‬
ii. Nabi berkata kepada Amru al-A’ss
:‫َّفقال‬،‫َّاجتهدَّوأنتَّحاضر‬:‫َّفقال‬،-‫فيَّبعضَّالقضايا‬-َّ"‫ََّّ"احكم‬:‫قولهَّلعمروََّّبنَّالعاص‬
َّ
"‫َّوإنَّأخطأتََّّفلكََّّأجر‬،‫َّإنَّأصبتَّفلكَّأجران‬،‫َّ"نعم‬
2.2 Semasa Ketiadaan Nabi

i. Ijtihad Amru al-A’ss bertayammum ketika peperangan zat al salasul


ُ َ َ َّ ُ َ ْ ُُ ْ َ َ َ
َّ‫انَّ ِبك َّْمَّ َر ِحيما‬ َّ ََّّ‫واَّأ ُنف َسك َّْمَّ ِإن‬
َّ ‫ّللاَّك‬ َّ ‫و ََّلَّتقتل‬
iii. Ijtihad sahabat dalam memahami hadis
َّ،"‫َّ"َليصلينَّأحدَّمنكمَّالعصرَّإَلََّّفيَّبنيَّقريظة‬:‫قوله‬
Sebahagian sahabat solat dalam perjalanan kerana telah masuk waktu. Sebahagiannya pula
solat qada’ selepas tiba di Bani Quraidah. Sebahagian melihat pada makna dan sebahagian
melihat pada lafaz. Nabi menerima kedua-dua Ijtihad tersebut.

Anda mungkin juga menyukai