Anda di halaman 1dari 28

َ َ ْ

‫ « اللهم‬: ‫النب صىل هللا عليه وسلم قال‬‫ي‬ ‫رض هللا عنه عن‬ ‫ي‬ ‫عن َص خ ر بن َو د اع ة الغامدي‬
ْ َّ ‫بع َث هم من‬ ً ً َّ َ ُ ُ
‫ وكان َص خ ر‬،‫أو ل النهار‬ َ ‫جيش ا‬ ‫َسي ة أو‬ َ
ِ ‫ألمب يف ب ك ورها » وكان إذا بع ث‬
‫ي‬ ‫بارك‬
ُ ُُ َْ َّ ‫ وكان يبعث ت جارته‬،‫تاجرا‬
‫ [رواه أبو داود‬- ]‫ [صحيح‬. ‫وكث مال ه‬ ‫ فأ ث َرى‬،‫أو ل النهار‬ ِ
ً

‫والدارم وأحمد‬
‫ي‬ ‫[والثمذي وابن ماجه‬

Dari Shakhr bin Wadā'ah al-Gāmidi -raḍiyallāhu 'anhu- dar


Nabi ṣallallāhu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Ya Allah!
Berkahilah umatku di waktu paginya." Nabi ketika mengirim
sariyyah ataupun pasukan, maka beliau mengirimnya di pagi
hari. Dan Shakhr adalah seorang pedagang. Dia mengirim
kafilah dagangnya pada permulaan siang, hingga ia menjadi
kaya dan mendapat banyak harta.

Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Ibnu Mājah

6 JENIS MANUSIA YANG ALLAH TIDAK SUKA

‫بالنهار‬ ‫مار‬ َ َ ٍّ َ ْ َ ُ َ َ
ِ ٍ ‫ ِح‬، ‫بالليل‬
ِ ‫ جيفة‬، ‫اق‬
ِ ‫ س خ اب يف األسو‬، ‫ إن هللا ي بغض كل ج ع ظ ِري ج و اظ‬،
‫رة‬
ِ ‫اآلخ‬
ِ ‫بأمر‬
ِ ‫ جاهل‬،‫بأمر الدنيا‬
ِ ‫عالم‬
1. SOMBONG

2.MENJERIT DI PASAR

3.TIDUR MACAM MATI

4.PEMALAS MCM HIMAR

5.TAHU SEMUA HAL DUNIA

6.BAB AKHIRAT TIDAK TAHU

1
HIJRAH DAN BULAN BULAN HARAM
َ ‫الس َم‬
َّ َ َ َ َ ْ َ َّ َ ً ‫ش َش ْه‬ َ ََ َ َ ْ َّ َ ُ ُّ َ َّ َّ
‫ات‬ِ ‫او‬ ‫ق‬ ‫ل‬ ‫خ‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ـه‬
ِ ‫الل‬ ‫اب‬
ِ ‫ت‬ ‫ك‬ ‫ف‬
ِ ‫ِي‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫ور ِع ند الل ِـه اث ن ا ع‬ ِ ‫الش ه‬ ‫إن ِع د ة‬
ُ َ ُ ُ َ َّ ُ ‫ين ْال َق ِّي ُم ۚ َف ََل َت ْظ ل‬ُ ِّ َ َٰ َ ٌ ُ ُ ٌ َ َ ْ َ َ ْ َ ‫َو ْاأل َ ْر‬
‫يه ن أ نف َس ك ْم ۚ َو ق ا ِت ل وا‬ ِ ِ‫ف‬ ‫وا‬ ‫م‬ ِ ‫الد‬ ‫ك‬ ‫ِم ن ه ا أ رب ع ة ح رم ۚ ذ ِل‬ ‫ض‬
َّ ْ َّ َّ َ
َ ‫اع ل ُم وا أ ن الل َـه َم َع ال ُم ت ق‬ َ ْ َ ً َّ َ ُ َ ُ َ ُ َ ً َّ َ َ َْ ُ ْ
‫ي‬ ِ ‫ي ك اف ة ك َم ا ي ق ا ِت ل ون ك ْم ك اف ة ۚ و‬ ‫ش ِك‬
ِ ‫ال م‬

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum)


Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab
Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama
yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan
ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa”.

[al-Taubah:36]

Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat


Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang
dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih
besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang
dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan
yang lain.

[Tafsir Ibn Kathir, 4:130]

2
Definisi Bulan Haram

Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam
iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini
disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan
oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ً ُ
‫السنة اثنا ر‬ َ ُ ‫خلق‬َ َ ‫استدار كهيئ ت ه‬
َ ُ
‫ منها‬، ‫شهرا‬ ‫عش‬ ، ‫واألرض‬ ‫السماوات‬
ِ ‫هللا‬ ‫يوم‬ ِ ‫الزمان قد‬
‫ الذي بي‬، ‫ورجب ُم ض‬
ُ ، ‫والم ح ر ُم‬
ُ َ ٌ ُ ٌ ٌ ُ ٌ
‫الح ج ِة‬ ِ ‫ ذو الق‬: ‫ ثالثة م تواليات‬، ‫أربعة ح ُرم‬
ِ ‫عدة وذو‬
َ
‫ُج مادى وشعبان‬

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika


Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri
daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang
haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-
Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah
Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini
diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di
mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap
kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding
bulan-bulan yang lain.

Kelebihan Bulan Haram

3
Bulan haram ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding
bulan-bulan yang lain, antaranya ialah:

• Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan afdhal melakukan


umrah pada bulan Zul al-Kaedah berdasarkan hadith di
dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW
melaksanakan kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan
ini.
• Pada bulan Zul al-Hijjah, umat Islam akan menunaikan rukun
Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak
boleh dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain.
• Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang tidak
menunaikan haji.
• Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura’.

Mukadimah

HIJRAH NABI DAN SAHABAT


َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ُ َ ً َ َ ‫هللا َع َل ْي ه َو َس َّل َم أل َ ْر َب ع‬
ُ َّ َّ َ
‫شة‬ ‫ ف َم ك ث بِ م ك ة ث ال ث ع‬، ‫ي َس ن ة‬ ِ ِ ِ ‫اَّلل َص ىل‬ِ
ُ ‫ث َر ُس‬
‫ول‬ ‫ِع‬
َ َ ُ ْ َ ُ َ َ َ َ َ
َ ‫ال ث َو س ِّت‬
‫ي‬ َ ْ َ ‫اج َر َع‬ َ َ َ َ ْ َ ‫ ُث َّم ُأ م‬، ‫إ َل ْي ه‬ ً َ
َ ‫َس ن ة ُي‬
ِ ٍ ‫ و م ات و ه و اب ن ث‬، ‫ش ِس ِن ي‬ ‫اله ج ر ِة ف ه‬ ‫ب‬
ِ ِ ِ ‫ر‬ ِ ِ ‫وَح‬

Maksudnya: “Nabi SAW dilantik menjadi rasul pada usia 40


tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dala m
menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima
wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah.
Maka baginda SAW berhijrah dan menetap di sana selama 10
tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.” [Riwayat al-Bukhari
(3902)]

4
Tempoh Hijrah Nabi SAW Ke Madinah

Menurut Syeikh al-Bouthi Nabi SAW keluar dari Makkah pada


2 Rabi’ul al-Awwal 13 tahun selepas dilantik menjadi rasul dan
tiba di Madinah pada 12 Rabi’ul al-Awwal 13 tahun selepas
dilantik menjadi rasul. Berdasarkan pendapat ini perjalanan
Nabi adalah selama 10 hari.

Adapun menuurut Syeikh al-Mubarakfuri Nabi SAW keluar dari


Makkah pada 27 Safar 14 tahun selepas dilantik menjadi rasul
dan tiba di Madinah pada 12 Rabi’ul al-Awwal 14 tahun
selepas dilantik menjadi rasul. Jika melihat kepada pendapat
ini perjalanan Nabi SAW adalah selama sekitar 15 hari.

Melihat kepada kedua pendapat di atas, maka difahami


bahawa tempoh hijrah Nabi SAW adalah di antara 10 ke 15 hari
termasuklah hari Baginda SAW dan Abu Bakar RA di Gua
Thur.

Justeru, pada kali ini kami fokuskan tajuk Hijrah Itu Membawa
Kejayaan agar kita semua mampu meraih semangat hijrah dalam
meraih kemenangan dan kejayaan dalam melayari bahtera
kehidupan. Amin.

Ibn Qayyim al-Jauziyah[4] pula menyebut: Hijrah terbahagi


kepada dua:

5
• Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah
negeri yang lain.
• Hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul -Nya, iaitu
hijrah yang mengandungi (daripada) dan (kepada). Iaitu
hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah kepada
cinta kepada-Nya. Daripada Ubudiyyah selain-Nya
kepada Ubudiyyah Allah. (Lihat al-Risalah al-Tabukiyah,
hlm. 24-25)

Nas Ilahi

Daripada banyak nas, kami hanya menyebut satu sahaja yang


berkaitan dengan tajuk untuk dibincangkan. Firman Allah SWT:

ً ‫اغ ًم ا َك ِث‬
‫يا َو َس َع ة‬
َ َ ُ
‫ض مر‬ ‫ر‬ْ َ‫الل ـه َي ج ْد ف ْاأل‬
َّ
‫يل‬ َ ْ ‫َو َم ن ُي َه‬
ِ ‫ِ ِ ِي‬ ِ ‫اج ر ِ يف س ِب‬
ِ

Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk


membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka
bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;

Surah al-Nisa’ (100)

Syeikh al-Maraghi berkata: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah


SWT, iaitu dengan tujuan mencari keredaan-Nya dan untuk
menegakkan agamanya sesuai dengan kewajipan bagi dirinya
selaras dengan jalan yang dicintai oleh Allah SWT, nescaya akan
memperoleh tempat yang memberinya kelepasan di muka bumi
ini. Jika mereka yang tadinya berasa tertindas, mereka akan
mendapat tempat perlindungan sehingga mereka memperoleh
kebaikan dan rezeki yang banyak di samping terselamat daripada
penindasan dan kehinaan.

6
Sejarah Orang Yang Berjaya Selepas Hijrah

Beberapa Contoh Hijrah Membawa Kejayaan

Kami kemukakan di sini beberapa tokoh, antaranya:

• Muhammad Salah

Beliau merupakan pemain bola sepak professional dari Mesir dan


dilahirkan di Basyoun, Mesir pada 15 Jun 1992. Mohammad Salah
menyertai kumpulan senior El Mokawloon dari 2010 hingga 2012
dan menjaringkan 11 gol dan 38 penampilan. Beliau kemudian
bermain untuk Basel dari 2012 - 2014 dan menjaringkan 9 gol
dalam 47 perlawanan. Pada 2014 hingga 2016, Salah bermain
untuk Chelsea dan telah dipinjamkan ke Fiorentina pada 2015
serta Roma dari 2015-2016. Beliau kemudian mengambil
keputusan untuk menyertai Roma sepenuhnya dari 2016 -2017.

Akhirnya, pada 2017, beliau memutuskan untuk berpindah ke


Liverpool yang akhirnya menyaksikan jaringan gol paling banyak
disumbangnya berbanding kelab-kelab lain yang pernah
disertainya. Beliau turut berjaya memenangi pelbagai anugerah
antaranya Pemain Lelaki FIFA Terbaik pada 2018 dan beberapa
anugerah lain.

Nilai Muhammad Salah ketika berpindah dari AS Roma ke


Liverpool ketika itu hanya 40 juta Euro (RM189.92 juta). Namun
kini, nilai Mohammad Salah melonjak naik sehingga dianggarkan
mencapai 150 juta Euro.[1]

Beliau merupakan salah seorang daripada mereka yang berhijrah


dari negara asalnya lalu berjaya melakarkan kejayaan yang luar
biasa.

7
• Jack Ma

Jack Ma adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal dengan


platform e-commerce Alibaba. Beliau telah dianugerahkan
sebagai orang paling kaya di negara China pada tahun 2014.

Jack Ma dilahirkan di daerah Hangzhou, China yang merupakan


daerah yang miskin di kawasan pedalaman Negara China.
Semasa remaja, Jack Ma hidup dalam keadaan serba kekurangan
kerana dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Disebabkan itu,
beliau berusaha untuk mengubah nasib dirinya.

Semasa kecil lagi dia mempunyai cita-cita yang tinggi. Jack Ma


akhirnya berjaya bekerja sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di
Universiti Hangzhou Dianzi sebelum mengasaskan Syarikat
Alibaba.

Perjalanan hidup Jack Ma ini berubah ketika melawat Amerika


Syarikat pada tahun 1995. Pada tahun tersebut, perkembangan
Internet baru sahaja bermula dan syarikat yang popular adalah
Yahoo yang baru sahaja berusia setahun jagung.

Beliau mengasaskan Syarikat Alibaba pada tahun 1999, dan kini


ianya bernilai sebanyak $396 billion dari segi market
capitalization.[5] Manakala Jack Ma sendiri, sehingga Ogos 2019,
nilai kekayaannya dianggarkan mencecah USD 38.1 billion. [6]

• Arnold Schwarzenegger

Beliau merupakan seorang pelakon, ahli bina badan, ahli politik


Parti Republikan, serta usahawan yang pernah memegang
jawatan sebagai Gabenor California, Amerika Syarikat ke -38.

8
Beliau asalnya merupakan seorang warga Austria dan dilahirkan
pada 1947 di Austria. Beliau kemudian berhijrah ke Amerika
Syarikat pada usia 21 tahun.

Beliau menceritakan: " Apabila saya berpindah ke Amerika


Syarikat, saya tidak memiliki apa-apa termasuk wang dan
makanan. Kebetulan waktu itu adalah 'Thanksgiving Day' (Hari
Kesyukuran) dan masyarakat di kejiranan di situ membantu
dengan memberikan makanan, perabot serta televisyen hitam
putih.”[7]

Beliau merupakan seorang yang sentiasa berfikiran besar. Kata


beliau: "Seperti yang saya katakan, jangan berfikir secara kecil.
Apabila saya mengambil keputusan berkhidmat untuk Amerika,
saya mahukan yang terbaik dan menyasarkan jawatan tertinggi
yang boleh dicapai oleh mereka yang bukan lahir di negara itu
iaitu Gabernor di negeri terhebat, California."[8]

Akhirnya beliau berjaya memegang jawatan sebagai Gabenor


tersebut sekalipun beliau pada awalnya merupakan penduduk
Austria yang kemudian berhijrah ke Amerika. Sehingga 2019, nilai
kekayaannya dianggarkan mencecah sekitar USD 400 juta.

• Ahmad Dawjee Dadhaboy

Ahmad Dawjee Dadabhoy dilahirkan pada tahun 1907 di Gujerat


India. Beliau merupakan ahli perniagaan serta dermawan yang
banyak melakukan amalan wakaf.

Pada tahun 1940an, selepas merantau di banyak negara dunia,


beliau telah datang ke Tanah Melayu dan memilih untuk menetap
di Kuala Lumpur. Beliau fasih dalam pelbagai bahasa dan amat
gemar pada kitab dan ilmu serta mempunyai rangkaian kenalan di
merata dunia.[9]

9
Dari awal lagi, beliau telah menyedekahkan hartanya melalui
institusi wakaf. Institusi tersebut pada asalnya merupakan wakaf
keluarga tetapi kemudiannya dinamakan Alwaqful Islami ul
Alamee.[10]

Pada penghujung usianya, beliau mewakafkan hampir


keseluruhan hartanya termasuk sebidang tanah seluas 1.2 hektar
di Jalan Perak, Kuala Lumpur.[11] Pada 24 Januari 1987, beliau
telah kembali ke rahmatullah. Sebelum meninggal dunia,
Allahyarham telah menyatakan hajat untuk memberikan wakaf
beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga
tabung dana kepada pihak penguatkuasa agama.[12]

Pada 18 September 1991, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah


mengisytiharkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur adalah pemegang amanah
almarhum memandangkan beliau tidak mempunyai waris serta
bagi memenuhi wasiat beliau.

Kesudian Allahyarham untuk mewakafkan hartanah di tapak yang


begitu tinggi nilainya ini membolehkan ianya dimajukan dan
akhirnya memberi pulangan yang besar kepada umat Islam. Nilai
tanah tersebut sebelum dibangunkan adalah RM34 juta dan
setelah ianya dibangunkan, nilainya melonjak kepada lebih
RM151 juta.

MAIWP sebagai pemegang amanah hartanah wakaf berkenaan


telah menggalas tanggungjawab membangunkan tanah wakaf
tersebut seterusnya menjadi pelopor kepada pembangunan tanah
wakaf bagi tujuan komersial di Malaysia. Hasilnya, dengan
kerjasama antara MAIWP, Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB), maka tanah tersebut berjaya
dibangunkan. Dalam perkongsian pintar ini, LTH sebagai pemaju
menawarkan pembiayaan 100% bagi membangunkan tanah wakaf

10
MAIWP ini dan BIMB sebagai perintis perbankan Islam di Malaysia
menjadi penyewa utama. TH Properties pula memainkan peranan
sebagai pengurus projek. Berdasarkan struktur pembiayaan
“Build-Operate-Transfer”, MAIWP akan mendapat pulangan
sebanyak RM56.6 juta sepanjang tanah tersebut dipajakkan
kepada LTH iaitu selama 25 tahun.[13]

Bermula dengan sikap dermawan dan pemurah Allah yarham, ia


kini menjadi mercu tanda dan kebanggaan umat Islam. Pulangan
yang diterima oleh MAIWP akan dipulangkan untuk manfaat asnaf
dan ummah seluruhnya. Betapa besar manfaat yang diperolehi
berpunca dari amalan wakaf Allahyarham.

Cara Untuk Mendapatkan Semangat Roh Hijrah dalam konteks


pekerjaan?

Firman Allah SWT:

ُ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ
‫ون‬
ِ ‫اْل نس ِإ َّل ِل ي ع ب د‬
ِ ‫و‬ ‫ن‬ ‫ج‬
ِ ‫ال‬ ‫وم ا خ ل ق ت‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan


manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepada-Ku.

(Surah al-Zariyat: 56)

Ayat ini dengan jelas menunjukkan matlamat penciptaan manusia


semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah SWT
dengan ma’rifah, mentauhid dan melakukan segala suruhan dan
meninggalkan segala larangannya.

11
Menyentuh tentang pekerjaan ia adalah sebahagian daripada
kehidupan. Justeru, kerja adalah ibadah apabila diniatkan
semata-mata kerana Allah dengan penuh keikhlasan dan
pengharapan daripada-Nya.

Bersempena dengan sambutan maal hijrah 1445h , insyaallah kita


akan berkongsi tentang tajuk Budaya kerja Berlandaskan
Syariat Islam .Ia dikemukakan semata-mata untuk
memotivasikan kita seterusnya melonjakkan prestasi kerja kita
hingga mencapai ke tahap yang tertinggi dari segi integritinya.

Pertama: Bekerjalah

Dalam al-Quran al-Karim terlalu banyak perintah untuk kita


bekerja seterusnya mencapai kehendak manusiawi yang kita
miliki. Terlalu banyak bentuk pekerjaan yang boleh kita lakukan.
Yang penting adalah halal dan tidak bertentangan dengan Syariat
sama ada kita sebagai peniaga, tokoh korporat yang besar,
petani, pekebun, penternak, nelayan, pertukangan, mengambil
sebarang upah, penjawat awam, bekerja di sektor swasta, maka
semuanya adalah digalakkan. Begitu juga pembetulan niat setiap
kali kita bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang
diperintah oleh Allah. Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda:

‫ار ِه‬ َ ‫ َو َت َع ُّط ًف ا َع ََل‬، ‫ َو َس ْع َي ا َع ََل أَ ْه ل ه‬، ‫اف ا َع ن ْال َم ْس أَ َل ة‬


‫ج‬
ً َ ْ ْ َ َ َ َ ْ ُّ
‫ف‬ ‫ع‬ ‫ت‬ ‫اس‬ ‫َّل‬ ‫َل‬ ‫ح‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫الد‬ َ ‫َم ْن َط َل‬
‫ب‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ْ َ ْ َ ََْ َ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ
، ‫ج اء ي و م ال ِق ي ام ِة و و ج ه ه ك ال ق م ِر ل ي ل ة ال ب د ِر‬

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga


diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah
keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya

12
‫‪dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri -‬‬
‫”‪seri seperti bulan di malam purnama.‬‬

‫‪Riwayat‬‬ ‫‪al-Baihaqi‬‬ ‫‪dalam‬‬ ‫‪Syu’ab‬‬ ‫‪al-Iman‬‬ ‫)‪(9890‬‬ ‫‪dan‬‬


‫)‪al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465‬‬

‫‪JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI DAN ANAK ANAK‬‬

‫َ ُ‬ ‫ُّ ِّ‬ ‫َ َ‬ ‫َ َ َ‬ ‫ُّ َّ‬ ‫َّ‬


‫وأمرهم‬‫َ‬ ‫فب ِخ ل وا‪،‬‬ ‫خل‬
‫ِ‬
‫ُ‬
‫بالب‬ ‫أمرهم‬ ‫‪:‬‬ ‫ح‬ ‫بالش‬ ‫كم‬ ‫بل‬ ‫إي اكم والش ح ‪ ،‬فإنما ه ل ك َم ن كان ق‬
‫َ َ‬ ‫ُ ُ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬
‫وأمرهم بالف ج ور فف ج ُر وا‬
‫َ‬ ‫طيعة فق ط ُع وا‪،‬‬
‫ِ‬ ‫بالق‬

‫‪Maksudnya : “Jauhilah sifat bakhil. Sesungguhnya orang‬‬


‫‪sebelum kalian binasa disebabkan sifat bakhil. Ia membawa‬‬
‫‪kepada sifat kedekut, mereka menjadi kedekut. Ia membawa‬‬
‫‪kepada terputusnya hubungan kekeluargaan dan membawa‬‬
‫”‪kepada dosa.‬‬

‫ش ء‪ ،‬فجاء الرجل من سفره‪ ،‬فدخل‬ ‫ر‬


‫الخال ال يقد ران عَل ي‬
‫ي‬ ‫بينما رجل وام رأة له يف السلف‬
‫عَل ام رأته جائعا‪ ،‬قد أصابته مسغبة شديدة‪ ،‬فقال الم رأته ‪ :‬أعندك رش ء؟ قالت ‪ :‬نعم‪ ،‬ر‬
‫أبش‬ ‫ي‬
‫ش ء ‪ .‬قالت ‪ :‬نعم‪ ،‬هنية‪ ،‬نرجو‬‫ر‬ ‫أتاك رزق هللا ‪ .‬فاستحثها فقال ‪ :‬ويحك‪،‬‬
‫ابتغ إن كان عندك ي‬‫ي‬
‫فأتيت‬ ‫فابتغ إن كان عندك خي ‪،‬‬ ‫قوم‬ ‫رحمة هللا ‪ .‬ى‬
‫حت إذا طال عليه الطول قال ‪ :‬ويحك‪،‬‬
‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
‫فإن قد بلغت وجهدت ‪ .‬فقالت ‪ :‬نعم‪ ،‬اآلن ينضج التنور فال تعجل ‪ .‬فلما أن سكت عنها‬
‫به‪ ،‬ي‬
‫ه من عند نفسها‪ :‬لو قمت فنظرت إل تنوري‬
‫‪.‬ساعة‪ ،‬وتحينت أيضا أن يقول لها‪ ،‬قالت ي‬
‫‪ ،‬فقامت فوجدت تنورها مآلن جنوب الغنم‪ ،‬ورحييها تطحنان‪ ،‬فقامت إل الرىح‪ ،‬فنفضتها‬
‫‪.‬واستخرجت ما يف تنورها من جنوب الغنم‬

‫‪13‬‬
‫ لو‬: ‫أن القاسم بيده ! عن قول محمد صَل هللا عليه وسلم‬
‫ فوالذي نفس ي‬: ‫قال أبو هريرة‬
‫أخذت ما يف رحييها ولم تنفضها لطحنتها إل يوم القيامة‬.

Kedua: Cabaran dalam Mencapai Integriti

Sebenarnya cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika


menjawat jawatan dalam perkhidmatan sama ada kerajaan,
berkanun atau swasta amatlah banyak. Justeru, bagi
menanganinya sudah pasti perlu mengenali sifat-sifat mazmumah
yang menghalang integriti. Banyak halangan untuk mencapai dan
merealisasikan sifat integriti yang unggul. Antaranya seperti
berikut:

Pertama: Rasuah

Rasuah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pemberian


untuk menumbuk rusuk (menyogok atau menyuap). Perkataan
rasuah berasal daripada bahasa Arab al-risywah ( ‫)الر شْ َو ة‬.
ِّ

Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut: "Termasuk memakan harta


orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah. Iaitu
wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya
penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang
menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya
menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau
ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-
Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 627)

14
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas
seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti
kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya
orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk
yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan
keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan
dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam
apa jua urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada
mengamalkan budaya ini.

SEJARAH SPRM

Selepas negara merdeka pada tahun 1957, kerajaan mula


memberi tumpuan kepada masalah rasuah. Pada Januari 1958,
kerajaan menjemput pegawai tinggi polis daripada Pasukan Polis
Pakistan bernama Shah Nazir Alam bagi membuat kajian
berhubung masalah rasuah di negara ini. Kajian selama tiga bulan
itu menghasilkan laporan bertarikh 26 April 1958 yang telah
dikemukakan kepada kerajaan. Antara cadangannya adalah untuk
menubuhkan sebuah agensi khusus bagi membuat siasatan kes
rasuah di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Hasil Kajian
Shah Nazir Alam dikaji secara mendalam oleh Jawatankuasa
Bertindak yang turut mencadangkan agar ditubuhkan unit baru
dalam pasukan polis yang akan membuat siasatan terhadap
aduan rasuah. Cadangan itu akhirnya dipersetujui oleh kera jaan.
Dari situlah bermulanya penubuhan agensi pencegahan rasuah di
Malaysia. Tapi peliknya dia pulang ke Pakistan dan ditangkap
kerana rasuah.

15
Pegawai kerajaan tidak boleh terima hadiah.

َ َ َُ ُ ْ ُ َ ُ َ ُ َ َ ْ ً ُ َ َّ َ َ ْ َ ْ
‫ال ل ه اب ن األ ت ِب َّي ِة ع ىل‬ ‫ب أ َس ٍد ي ق‬ ِ‫بُّ صىل هللا عليه وسلم رج ال ِم ن ب ي‬ ‫ِ ي‬ ‫الن‬ ‫ستعمل‬
َ َ
‫بُّ صىل هللا عليه وسلم ع ىل‬
َّ َ َ َ
‫الن‬ ‫ام‬ ‫ق‬ ‫ف‬ . ‫ل‬ َ ‫ال َه َذ ا َل ُك ْم َو َه َذ ا ُأ ْه د‬
‫ي‬ َ ‫َص َد َق ة َف َل َّم ا َق د َم َق‬
‫ِ ي‬ ‫ِي‬ ِ ِ ٍ
َ َ َ َ ُ ُ َ ْ َ ُ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ
َ َ َّ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ َ ‫ْال م ْن‬
‫ول ه ذ ا ل ك‬ ‫ ف َي أ ِ يت ي ق‬، ‫ام ِل ن ْب َع ث ه‬ ِ ‫ث ف ح ِم د اَّلل و أ ث ب ع ل ي ِه ث م ق ال " م ا ب ال ال ع‬ ِ ِ
ْ َ َّ َ ْ ُ
َ ، ‫ال‬ َ َ َ ْ ُ ُ َ ُ ْ َ ُ َ
َ ‫س ف َب ْي ت أ ب يه َو أ ِّم ه ف‬ َ
َ ‫ال َج ل‬ َّ َ َ َ َ َ
‫س ِب َي ِد ِه‬ ‫ي‬ ِ ‫ف‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫ذ‬
ِ ‫ال‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫أ‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ى‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ي‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫ظ‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ِ ِ ِ ِ ‫ِي‬ ‫ه‬ ‫ف‬ . ‫ل‬
‫وه ِ ي‬‫ا‬ ‫ذ‬
ٌ ‫ث ا َل ُه ُر َغ‬ ً ‫ان َب ع‬ َ َ ْ َ
َ ‫ام ة َي ْح م ُل ُه َع َىل َرق‬ َ ‫اء ب ه َي ْو َم ْال ق َي‬َ ‫ال َج‬ َّ ََ َْ َ
‫اء‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ، ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ب‬ ‫إ‬ ‫ء‬ ْ
‫س‬ ‫ب‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ‫ ال ي ِ ي‬،
‫ت‬ ‫أ‬
َ ً َ َ ُ َ َ ً َ َ َ
‫ أ ْو ش اة ت ْي َع ُر‬، ‫أ ْو ب ق َرة ل ه ا خ َو ٌار‬

Maksudnya: Nabi SAW mengutus seorang lelaki dari Bani


Asad yang bernama Ibnu Lutbiah sebagai pemungut zakat.
Ketika kembali dari tugasnya, dia berkata: "Ini untuk kalian
sebagai zakat dan ini pula bahagian untukku". Maka Baginda
pun berdiri di atas mimbar dan memuji Allah dan bersabda:
"Cubalah dia duduk saja di rumah ayahnya atau ibunya, dan
menunggu adakah akan ada yang memberikan kepadanya
hadiah? Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak
seorangpun yang mengambil sesuatu dari zakat ini (secara
tidak sah), kecuali dia akan datang pada hari kiamat dengan
dipikulkan di atas lehernya berupa unta yang berteriak, atau
lembu yang mengeboh atau kambing yang mengembik”

Sahih al-Bukhari (7174)

Peraturan yang melarang Penjawat Awam memberi dan


menerima hadiah adalah di bawah subperaturan 8.(1) (a) dan
(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] seperti berikut: “ 8. (1)
Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang
pegawai tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh

16
membenarkan isteri atau suaminya atau mana -mana orang
lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung
atau tak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk
zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana
persatuan, badan, orang atau kumpulan orang: Jika: –

Bolehkan Penjawat Awam Menerima Hadiah Dalam Musim


Perayaan ?

Pegawai awam tidak boleh menerima atau menerima hadiah


dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang
Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. (
Rujuk Para 5 Pekeliling perkhidmatan 3/1998 )

Kedua: Khianat

Khianat ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiayai atau


mendatangkan kecelakaan kepada orang lain, melakukan tipu
daya, perbuatan belot atau tidak setia sama ada kepada negeri,
bangsa dan lain-lain.

Firman Allah SWT:

َ َ َ ُ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ ُ َ َّ ُ ُ َ َ ُ َ َ َّ َ ُّ َ َ
‫ول َو ت خ ون وا أ َم ان ا ِت ك ْم َو أ نت ْم ت ْع ل ُم ون‬ ‫آم ن وا َّل ت خ ون وا الل ـه َو الرس‬ ‫ي ا أ ي ه ا ال ِذ ين‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu


mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah)

17
kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya).

(Surah Al-Anfal: 27)

Ketiga: Karenah Birokrasi

Keempat: Berdusta atau Berbohong

Ia bermaksud berkata yang tidak benar. Menurut Kamus Dewan,


bohong ditakrifkan sebagai berlainan daripada yang sebenarnya
(cerita, keadaan, dan lain-lain).

Dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin Mas`ud RA, Nabi


SAW bersabda:

َ ُ ُ ُ َ ْ َ ْ ِّ ‫الص ْد َق َي ْه ِد ي إ َل ْال‬
‫ َو ِإ ن الر ُج َل ل َي ْص د ق َح ىت َي ك ون‬، ‫ي َو ِإ ن ال ِي َي ْه ِد ي ِإ ل ال َج ن ِة‬ ِ ِ
ِّ ‫إ ن‬
ِ
َ َْ َ ُ ُ ْ ُ ُ ْ َ َْ َ َ ْ ً ِّ
‫ َو ِإ ن الر ُج َل‬، ‫ار‬ َ
ِ ‫ور و ِإ ن ال ف ج ور ي ه ِد ي ِإ ل الن‬
َ
ِ ‫ و ِإ ن ال ك ِذ ب ي ه ِد ي ِإ ل ال ف ج‬، ‫ِص د يق ا‬
َ َّ َ ْ َ َ ْ ُ َ ُ ْ َ
‫اَّلل ك ذ ًاب ا‬
ِ ‫ل َي ك ِذ ب ح ىت ي ك ت ب ِع ن د‬

Maksudnya: Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada


kebaikan dan sesungguhnya kebaikan membawa kepada syurga.
Sesungguhnya (apabila) seseorang itu mela zimkan dirinya
dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang
jujur. Manakala kedustaan membawa kepada kejahatan dan
sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka.
Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan

18
kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang
pendusta.

Riwayat al-Bukhari (6094)

Kelima: Bertangguh

Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua


bahuku seraya bersabda:

َ َْ َ َ َ َ َ َ َ َ
ُ ‫ان ْاب ُن ُع َم َر َي ُق‬ َ ٌ َ َ َ َ ْ ُّ ُ
‫ ِإ ذ ا أ ْم َس ْي ت ف َل ت ن ت ِظ ْر‬: ‫ول‬ ‫ وك‬، ‫يب أ ْو َع ِاب ُر َس ِب يل‬ ‫ك ْن ِ يف الد ن َي ا ك أ ن ك غ ِر‬
َ َ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ َ َ
َ ‫ت َف ََل َت ْن َت ظ ْر ْال َم َس‬ َ ‫الص َب‬
‫ َو ِم ْن َح َي ا ِت ك‬، ‫ َو خ ذ ِم ْن ِص ح ِت ك ِل َم َر ِض ك‬، ‫اء‬ ِ ‫ و ِإ ذ ا أ ص ب ح‬، ‫اح‬
َ
‫ِل َم ْو ِت ك‬

Maksudnya: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau


orang musafir.” Dan adalah Ibn Umar RA berkata: Jika kamu
berada di waktu petang, jangan kamu tunggu sehingga waktu
pagi. Jika kamu berada di waktu pagi, jangan kamu tunggu
sehingga waktu petang. Ambillah dari waktu sihatmu (bagi
persediaan) untuk waktu sakitmu dan ambillah dari waktu hayatmu
(bagi persediaan) untuk waktu matimu.

Riwayat al-Bukhari (6053)

Orang yang mengerti nilai waktu tidak membiarkan waktunya


habis dengan sia-sia, tetapi dia berusaha memenuhinya dengan
amalan yang berguna. Ini kerana dia sedar waktu adalah
umurnya. Habisnya bererti kurang umurnya dan kurang pula
amalnya. Padahal, amal itulah persediaan hidup yang paling
bermanfaat untuk sepanjang zaman.

19
Ibn Umar R.Anhuma dalam wasiatnya itu berkata:
“Gunakanlah dari sihatmu bagi masa sakitmu dan dari hidupmu
bagi masa matimu.” Ini bermaksud masa sihat dan masa hidup di
dunia hendaklah digunakan sepenuhnya dan sebaik-baiknya
untuk amal dan pekerjaan yang berguna untuk mendatangkan
faedah di kemudian hari dan hendaklah menghargai masa
tersebut sebelum datang masa sakit dan masa mati. (Lihat al-Kafi
Syarah Hadith 40, hlm. 379-380)

Rasulullah SAW bersabda:

ُ ‫ إ ْن َأ َص َاب ْت ُه ََس‬، ‫اك ِألَ َح د إ َّل ل ْل ُم ْؤ م ن‬


‫اء‬
َ َ َ َْ َ ٌْ َ
‫ ول ي س ذ‬، ‫خ ي‬
ُ َّ ُ َ ْ ْ َ
‫ ِإ ن أ ْم َر ُه ك ل ه‬، ‫َع َج ًب ا ِأل ْم ِر ال ُم ؤ ِم ِن‬
ِ ِ ِ ِ ِ
ُ َ ًْ َ َ َ َ ََ َ ُ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ًْ َ َ َ َ َ َ
‫يا ل ه‬ ‫ ص ي ف ك ان خ‬، ‫ و ِإ ن أ ص اب ت ه ض اء‬، ‫ف ك ان خ ي ا ل ه‬ ،‫ش ك َر‬

Maksudnya: Ajaibnya urusan seorang Mukmin. Sesungguhnya


semua urusannya adalah baik belaka. Dan hal itu tiada bagi
seorang pun melainkan bagi orang Mukmin sahaja. Jika dia
mendapat suatu perkara yang menyenangkan, dia bersyukur,
maka itu ialah kebaikan baginya. Dan jika dia mendapat suatu
perkara yang menyusahkan, dia bersabar, maka itu juga ialah
kebaikan bagi dirinya.

Riwayat Muslim (2999)

Keenam: Melepak dan Membuang Masa

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, lepak ialah budaya atau


tabiat yang merupakan amalan negatif dalam kalangan
masyarakat seperti remaja-remaja yang menghabiskan masa
dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah.

Daripada Abu Sa`id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:


20
ُ َ ٌّ َ َ َ َّ َ َ َ : ُ َ ُّ َ ُ ُ ْ َ ُ
‫ ن تحد ث‬، ‫ َم ا ل ن ا ِم ْن َم جا ِل سن ا ُب د‬، ‫ول اَّلل‬ ‫ فق ال وا ي ا رس‬، ‫قات‬ ِ ‫ِإ ي اك م و ال ج ل وس يف الط ُر‬
ُّ َ :‫ قالوا‬، ‫ريق َح ق ُه‬
َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ ُ َ ‫ َف َق‬،‫يه ا‬
‫وم ا َح ق‬ ‫ ف ِإ ذ ا أ َب ْي ت ْم ِإ َّل ال َم ْج ِل س ف أ ْع ط وا الط‬:‫رسول اَّلل ﷺ‬ ‫ال‬ َ ‫ف‬
ِ
ْ َ ْ ُ ْ ََ ُّ َ َ َ ُّ َ َ َ ُّْ َ َ َ َّ َ َ
‫روف‬ ِ ‫ و األ م ر بال م ع‬، ‫الم‬ِ ‫ ورد الس‬،‫ وك ف األ ذ ى‬، ‫ غ ض ال ب ض‬: ‫يق ي ا رسول اَّلل ؟ ق ال‬ ِ ‫الط ِر‬،
َ ْ ْ ُ ْ ‫والن‬
‫عن ال ُم ن ك ِر‬ ِ ‫ه‬ ‫ي‬

Maksudnya: “Awasilah kamu daripada duduk di persimpangan


jalan. Lantas mereka berkata: ya Rasulullah, kami sudah biasa
yang menjadi majlis kami. Kami berbicara padanya. Lantas sabda
Nabi SAW: Kalau kamu enggan kecuali dalam majlis tersebut,
maka berilah hak jalan. Sahabat bertanya, apa itu hak jalan wahai
Rasulullah. Jawab Baginda: Tundukkan pandangan, menahan
daripada yang menyakitkan, menjawab salam, melaksanakan
amar makruf dan nahi mungkar.”

Riwayat al-Bukhari (5875) dan Muslim (114)

Penyelesaiannya

Untuk penyelesaian isu integriti dan cara mengatasi halangan


yang menjejaskan integriti, ia terlalu banyak sama ada melalui
pendekatan agama, muhasabah, etika akhlak, undang-undang,
nasihat atau kaunseling dan lain-lain. Tetapi yang paling utama
adalah, ia bertitik tolak daripada kesedaran diri yang tinggi dalam
mengatasinya. Antaranya:

Pertama: Dengan berasaskan kepada pendekatan agama. Jika


dilihat daripada perkataan al-din ( cara hidup ) iman , islam dan
ihsan.

21
Kedua: Muhasabah

Muhasabah atau menghitung diri adalah sebahagian daripada


jalan dalam mencapai ma’rifatullah. Muhasabah diri memerlukan
persediaan hati yang penuh sedar, pemikiran yang celik dan
terbuka, serta sensitif kepada bisikan-bisikan nafsu dan syaitan.

Ketiga: Perubahan Minda

Reformasi minda perlu dijadikan pendorong kepada ummah agar


tidak merelakan diri diperlekehkan. Satu isyarat jelas perlu diberi
kepada dunia bahawa umat Islam tidak miskin idea, bahkan tetap
cekal merealisasikan aspirasi negara melalui kejayaan bertaraf
dunia.

Jack Ma, seorang tokoh korporat di dunia pada masa kini pernah
menyebut: Dalam mencapai kejayaan, seseorang individu atau
organisasi amat memerlukan kepada tiga perkara iaitu:

• Matlamat yang jelas


• Visi yang baik
• Nilai

Keempat: Tekun dan Dedikasi

Itqan (tekun) dalam bekerja bermaksud menyempurnakan atau


melaksanakan satu tuntutan daripada seseorang sebagaimana

22
yang dikehendaki oleh orang tersebut tanpa kurang sedikitpun,
dengan sesempurna mungkin disertai dengan usaha yang kuat
agar tidak terlewat daripada waktu yang telah ditetapkan.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

ُ َ ْ ْ َ ُ ُ َ َ ُّ ُ َ َ َ َ َّ
‫ب ِإ ذ ا َع ِم َل أ َح د ك ْم َع َم َل أ ن ُي ت ِق ن ه‬ ‫ِإ ن اَّلل ع ز و ج ل ي ِح‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai


seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia
laksanakan dengan cemerlang.”

Antara kepentingan tekun dalam bekerja ialah:

• Ia adalah wasilah untuk mendapatkan pahala dan ganjaran


daripada Allah SWT.
• Allah SWT kasih kepada orang-orang yang tekun dalam
dalam bekerja sebagaimana hadith di atas.
• Barangsiapa yang tekun dalam pekerjaannya akan
memudahkan urusan orang lain dan mengelakkan daripada
keletihan.
• Sifat tekun akan membezakan antara orang yang betul -betul
berusaha dan juga orang yang sambil lewa ketika bekerja.
• Tekun juga akan menambahkan keberkatan di dalam setiap
perkara yang kita lakukan.

Kelima: Memelihara Waktu

23
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Seorang mukmin hendaklah
pandai menyusun dan mengaturkan masanya dalam menghadapi
pelbagai tugas pekerjaan dan amalan, sama ada yang
berhubungkait dengan urusan keagamaan dan keduniaan,
sehingga dapat dilaksanakan dengan baik tanpa berat sebelah.
Jangan sampai perkara yang kurang penting menjejaskan perkara
yang penting dan perkara yang penting menjejaskan yang paling
penting. Jangan pula perkara yang yang mesti dilakukan pada
waktu tertentu terjejas disebabkan perkara yang tidak mempunyai
waktu tertentu. Dengan demikian, sesuatu yang harus dilakukan
dengan segera hendaklah ditunaikan terlebih dahulu. Hendaklah
dikebelakangkan perkara yang bukan bersifat segera. Sesuatu
yang mempunyai waktu tertentu wajib dilakukan tepat pada
masanya.”

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

ُ َ ُ ِّ َ ٌْ َ ْ ٌ ْ ُ ْ َ َ َ ْ
‫الص ح ة والف َراغ‬ : ‫اس‬
ِ ‫ان م غ ب و ن ِف ي هما ك ِث ي ِم ن الن‬
ِ ‫ِن ع م ت‬

Maksudnya: “Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia


terpedaya dengan keduanya iaitu; nikmat sihat dan nikmat waktu
lapang.”

Riwayat al-Bukhari (6412), al-Nasa`i (2304) dan Ibnu Majah


(4309)

Keenam: Sabar

Nilai sabar amat tinggi di sisi Allah SWT. Ini berdasarkan kepada
banyak nas sama ada al-Quran atau hadis.
24
Sabar bermaksud tahan dalam menempuh suatu yang sukar.
Sabar yang terpuji adalah sabar dalam mengerjakan ketaatan
kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarang -Nya
dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi di antara sifat sabar itu,
sabar dalam mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah
lebih utama daripada sabar atas segala takdir yang amat susah
dan menggelisahkan perasaan.

Ketujuh: Etika Akhlak

Kemuliaan akhlak merupakan matlamat utama bagi ajaran Islam


sebagaimana sabda Nabi SAW:

َ ْ َ َ َ َ ِّ َ ُ ُ ْ ُ َ
‫ار َم األخ ال ِق‬
ِ ‫ِإ ن م ا ب ِع ث ت أل ت م م م ك‬

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk


menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (273), Ahmad


(8952)
dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (21301)

Antara etika akhlak tersebut ialah:

• Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah


• Memelihara pandangan
• Memelihara lidah
• Bersifat pemalu
• Bersifat lemah-lembut dan sabar
• Bersifat benar

25
• Bersifat tawadhu’
• Menjauhi buruk sangka dan mengumpat
• Bermurah hati dan lain-lain.

Justeru, marilah kita menghiasi diri kita dengan sifat -sifat


mahmudah dan dengan akhlak yang unggul dalam meningkatkan
mutu pekerjaan yang dilakukan.

Penutup

Pada dasarnya, dengan wujudnya iman, tauhid dan takwa


terhadap Allah SWT dalam diri, maka ia sudah pasti akan
memberi impak yang maksima kepada seseorang untuk
menjadikan dirinya benar-benar berintegriti. Hal ini jelas terbukti
pada zaman Rasulullah SAW dan generasi sahabat yang
ditarbiyah dengan kekuatan hati yang beriman dan bertauhid.
Mereka bukan sahaja menjadi sebaik-baik ummah, bahkan
memimpin tamadun kemanusiaan mengikut acuan syariat
Islamiyah.

Seorang yang soleh telah merumuskan cara menewaskan musuh


ketatnya sama ada hasutan syaitan atau mengikut hawa nafsu.
Katanya: Saya telah merenung dan memikirkan cara -cara dari
pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia. Ternyata ia
masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu.

Pertama: Tamak dan buruk sangka. Maka cara menghadapinya


adalah dengan sifat berpada dengan apa yang ada.
26
Kedua: Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan.
Maka cara menghadapinya adalah dengan perasaan takut
terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku pada bila-bila
masa.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan kemewahan. Maka cara


menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan
hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat: Kagum terhadap diri sendiri (`ujub). Cara


menghadapinya dengan merasa terhutang budi kepada Allah
SWT.

Kelima: Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak


menghormati mereka. Cara menghadapinya dengan mengenali
hak-hak serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam: Hasad (dengki). Cara menghadapinya dengan sifat


berpada (qana`ah) dan redha terhadap kurniaan Allah SWT
kepada makhluk-Nya.

Ketujuh: Riya’ dan sukakan pujian orang ramai. Cara


menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan: Bakhil (kedekut). Cara menghadapinya dengan


menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa
manakala yang kekal itu berada di sisi Allah SWT.

Kesembilan: Takabbur (membesar diri). Cara menghadapinya


dengan rasa tawadhu’ (merendah diri).

27
Kesepuluh: Tamak haloba. Cara menghadapinya dengan
meyakini ganjaran yang disediakan di sisi Allah SWT dan tidak
tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Kami menutup perbincangan ini dengan mengajak kita semua


untuk sama-sama menekuni firman Allah SWT:

‫ي‬ ُّ ‫اس َت ْأ َج ْر َت ْال َق و‬


ُ ‫ي ْاألَ م‬ َ ْ ‫إ ن َخ‬
ْ ‫ي َم ن‬
ِ ِ ِ ِ

Maksudnya: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil


bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."

Surah al-Qasas (26)

Sekali lagi kami tegaskan, dalam mentahqiqkan pekerjaan yang


benar-benar cemerlang serta unggul, perlu kepada tiga perkara
utama, iaitu:

• Mengutamakan ‘quality time’ dalam pengurusan masa serta


memaksimakan kerja dalam penggunaan masa. “Hebatnya
seseorang, masa yang sedikit dapat menyelesaikan banyak
kerja.”
• Konsisten (istiqamah) dalam melaksanakan tanggungjawab
dan menzahirkan ketepatan dalam segenap aspek
pekerjaan.
• Tidak bertangguh dalam melaksanakan tugas sebaliknya
merancang dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikan
amanah tugasan yang diberikan.

28

Anda mungkin juga menyukai