Anda di halaman 1dari 5

SURAH FUSSILAT : AYAT 30-36

https://youtu.be/au5m6X7Nv9I
MUQADDIMAH :
1. Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan tentang kelebihan istiqomah.
2. Juga tentang kelebihan para pendakwah yang mengajak manusia
kepada al-Quran & Sunnah. Ajak manusia buat perkara kebajikan
yang berfaedah untuk dunia & Akhirat.
3. Allah s.w.t juga nyatakan cara untuk meraih mahabbah atau kasih
sayang dalam masyarakat.
4. Kemudian diajar cara dan bacaan apabila menghadapi perasaan
waswas dan keraguan dalam diri akibat gangguan syaitan.
5. Munasabah ayat: Dalam ayat yang lepas Allah bawa janji dan
ancaman terhadap orang yang keras kepala dan degil.
Maka dalam ayat ini Allah bawa ayat yang lunak dan lembut,
menjelasktan tentang syarat dan cara orang beriman untuk
istiqomah dan menzahirkan keimanannya.
Juga mentasdiqkan iaitu membenarkan & yakin dengan hati
bahawa ada Allah serta mesti istiqomah dengan amalan
anggotannya pula!
Iman & amal jangan dipisahkan seperti mana yang dilakukan oleh
kumpulan murji\’ah atau sekular sekarang ini.
6. Bagi kita ahli Sunnah, iman itu ialah:
i- mengucapkan dengan lidah.
ii- tasdiq dengan hati, yakin sesungguhnya.
iii- beramal dengan anggota mengikut ajaran al-Quran dan Sunnah
Nabi s.a.w tanpa cuai dan melampau.
AYAT 30- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENEGASKAN
KEYAKINANNYA DENGAN BERKATA: \”TUHAN KAMI IALAH ALLAH\”,
KEMUDIAN MEREKA TETAP TEGUH DI ATAS JALAN YANG BETUL, AKAN
TURUNLAH MALAIKAT KEPADA MEREKA DARI SEMASA KE SEMASA (DENGAN
MEMBERI ILHAM): \”JANGANLAH KAMU BIMBANG (DARI BERLAKUNYA
KEJADIAN YANG TIDAK BAIK TERHADAP KAMU) DAN JANGANLAH KAMU
BERDUKACITA, DAN TERIMALAH BERITA GEMBIRA BAHAWA KAMU AKAN
BEROLEH SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA KAMU.} (FUSSILAT
41:30)
1. Syarat orang beriman ialah untuk istiqomah tetap teguh di atas
jalan Allah yang betul.
2. Syarat orang beriman pula wajib:
i- mengisytiharkan dengan lidah kemudian;
ii- hatinya yakin dengan imannya ada Allah.
ii- istiqomah melaksanakan tuntutan Syari\’ah. Inilah amal anggota.
3. Firman Allah s.w.t: {Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad)
sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang
diperintahkan kepadamu,}. (Hud 11:112)
4. Hadis Nabi s.a.w: Seorang sahabat Sufyan bin Abdullah ath-Thaqafi
r.a datang berjumpa Rasulullah s.a.w agar mengajarnya, dia
berkata:
Wahai Rasulullah s.a.w ajarkanlah kepadaku dalam (agama) Islam
ini ucapan (yang mencakup semua perkara Islam sehingga) aku
tidak (perlu lagi) bertanya tentang hal itu kepada orang lain selain
engkau.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda: \”Ucapkanlah: \”Aku beriman
kepada Allah\”, kemudian beristiqomahlah dalam ucapan itu\” [HR
Muslim].
5. Sebuah risalah yang dapat membantu: Istiqomah Selepas Ibadat
yang besar iaitu Haji & puasa, susunan DAAM.
6. Selepas kita istiqomah dalam melakukan perintah Allah s.w.t dan
kebaikan serta menjauhkan larangan Allah s.w.t, balasan kebaikan
diberikan kepada mereka di dunia & Akhirat.
7. Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan
keyakinannya dengan berkata: \”Tuhan kami ialah Allah\”,
kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan
pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan
(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula
tidak akan berdukacita.
Merekalah ahli Syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi
amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.} (Al-Ahqaaf 46:13-14)
1. Allah s.w.t juga menyatakan bahawa malaikat akan turun kepada
mereka dari semasa ke semasa dengan memberi ilham.
Kata ulama\’ ini pada saat kematian seseorang, malaikat akan turun
melihat mereka dan datang memberi ilham kepada mereka
bahawa:
i- jangan takut, perjalanan kamu akan tenang & selamat.
ii- jangan dukacita dengan apa yang telah terlepas dari dunia kamu.
iii- serta diberi khabar gembira tentang syurga yang akan menjadi tempat
kembalinya nanti.
1. Hadis yang panjang tentang malaikat turun dari langit kepada
orang yang nazak yang diriwayatkan oleh sahabat Al-Bara\’
bin \’Azib r.a: \”Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin, bila
telah meninggalkan dunia dan pergi menuju akhirat, maka turunlah
rombongan malaikat dari langit dengan wajah yang putih, seakan
wajah mereka adalah matahari. Mereka membawa sebuah kafan
dan wangian dari syurga, hingga mereka semua duduk di sisinya
(yang banyaknya) hingga sejauh mata memandang.
Kemudian malaikat maut -alaihissalam- datang hingga duduk di sisi kepalanya
dan mengatakan: \”Wahai jiwa yang baik, keluarlah untuk menyambut ampunan
dan keridhaan Allah… dan ketika juga malaikat berkata kamu jangan takut dan
dukacita lagi… \” [HR Abu Daud, Ahmad dan lain-lain.]
1. Hadis riwayat UM Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
‫َم ْن َأَح َّب ِلَقاَء ِهَّللا َأَح َّب ُهَّللا ِلَقاَءُه َو َم ْن َك ِر َه ِلَقاَء ِهَّللا َك ِر َه ُهَّللا ِلَقاَءُه‬
\”Siapa suka berjumpa dengan Allah, maka Allah suka berjumpa
dengan-Nya. dan siapa yang benci dengan Allah maka Allah benci
berjumpa dengannya.\” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
2. Mereka yang suka untuk bertemu Allah ini adalah orang beriman
yang telah ditunjukkan tempatnya di dalam syurga, maka mereka
tidak sabar lagi dan mahu bersegera untuk mati dan berjumpa
Allah. Manakala orang yang benci dan takut berjumpa Allah
pastilah orang kafir serta yang banyak dosa dan maksiatnya!
AYAT 31- {\”KAMILAH PENOLONG-PENOLONG KAMU DALAM KEHIDUPAN
DUNIA DAN PADA HARI AKHIRAT; DAN KAMU AKAN BEROLEH – PADA HARI
AKHIRAT – APA YANG DIINGINI OLEH NAFSU KAMU, SERTA KAMU AKAN
BEROLEH – PADA HARI ITU – APA YANG KAMU CITA-CITAKAN
MENDAPATNYA.} (FUSSILAT 41:31)
1. Malaikat juga akan memberi panduan hidup kita untuk diikuti di
dunia ini, menunjuk jalan yang baik atas dunia ini, panduan dalam
hukum-hakam, ambil yang halal tinggalkan yang haram dan lain-
lain.
2. Malaikat juga akan menjadi pembantu kita di akhirat kelak, dengan
memohon syafaat, berusaha menjauhkan segala yang
mendukacitan dan mnghasilkan segala kebaikan dan kebahagiaan.
3. Di akhirat nanti kamu akan beroleh apa saja yang diingini oleh
nafsu, yang terpaksa ditahan semasa di dunia dulu! Apa saja yang
dicita-citakan akan menjadi kenyataan, insya\’ Allah.
4. Kata ulama\’ tadabbur: Ayat ni lawan kepada ayat 25 semalam:
{Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan
manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka
(fahaman-fahaman sesat)}.
*Orang yang jahat berkawan dengan yang jahat, juga manakala
orang baik berkawan dengan malaikat!
5. Beberapa firman Allah s.w.t tentang malaikat yang bertemu dengan
orang beriman:
i- {(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada
malaikat: \”Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi
pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman.
Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan
gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah
tiap-tiap anggota mereka\”} (Al-Anfaal 8:12)
ii- {Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama
orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri
mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk
kepada mereka dari tiap-tiap pintu;. (Memberi hormat dengan
berkata): \”Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran
kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.} (Ar-Ra\’d 13:
23-24)
iii- {(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka
bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada
mereka: \”Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga
disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan\”.} (Al-Nahl 16:32)
iv- {Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke
Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga
yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan
mereka dengan kata-kata: \”Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu,
maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di
dalamnya\” (mereka pun masuk)}. (Az-Zumar 39:73)
1. Hadis dari Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
\”Bergilir-ganti datang kepada kamu malaikat malam dan malaikat
siang, lalu mereka bertemu ketika solat subuh dan asar. Kemudian
ketika naiknya malaikat malam ke langit, maka bertanyalah Allah
s.w.t. kepada mereka, sedangkan Allah s.w.t. Maha Mengetahui
segala tindak tanduk mereka.
\”Bagaimanakah keadaan hamba ku ketika kamu meninggalkan
mereka?\” Para malaikat menjawab, \”Kami telah meninggalkan
mereka dalam keadaan mereka bersolat, dan ketika kami mula-
mula mendatangi mereka, mereka juga sedang bersolat.\” [HR
Muslim].
2. Sejenis lagi malaikat yang bersama kita ialah \’Malaikat Hafazah\’
yang menjaga kita sepanjang waktu.
AYAT 32- {\”(PEMBERIAN-PEMBERIAN YANG SERBA MEWAH ITU) SEBAGAI
SAMBUTAN PENGHORMATAN DARI ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN, LAGI
MAHA MENGASIHANI!\” (FUSSILAT 41:32)
1. Hadis Allah sediakan semua nikmat bagi hamba-Nya,
Menerusi hadis Qudsi: \”Aku menyediakan syurga kepada hamba-
Ku yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak
pernah terpandang oleh pandangan mata dan telinga ini tidak
pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita tidak
pernah terdetik seindah ini syurga Allah.\” [HR Bukhari].
2. Semua nikmat dan balasan yang kita dapat itu adalah sambutan
dan persiapan yang diberi oleh Allah s.w.t yang Maha Pengampun (
‫ )َغ ُفوٍر‬lagi Maha Mengasihani ( ‫)َر ِح يٍم‬.
3. Ini semua adalah ayat-ayat istiqomah. Kemudian di bawa pula
tentang tanggung-jawab orang yang istiqomah

Anda mungkin juga menyukai