Anda di halaman 1dari 31

03

Mukadimah

07
Prestasi Ekonomi
Negara

09
Teras Pertama :
Pemulihan Ekonomi &
Kebajikan Rakyat Pasca
Pandemik

16
Teras Kedua :
Kesiapsiagaan Watan

19
Teras Ketiga :
Kelestarian Watan

21
Teras Keempat :
Integriti Watan

22
Teras Kelima :
Identiti Watan dan
Perpaduan Nasional
24
Teras Keenam :
Inovasi Teknologi Watan

26
Teras Ketujuh :
Keselamatan Watan

28
Sidang pembentang :
Sidang pembentang kertas kerja
Belanjawan Berwibawa
BELANJAWAN ALTERNATIF 2022 BERJASA

“BELANJAWAN BERWIBAWA: RAKYAT DIJAGA,


WATAN TERPELIHARA”

Mukadimah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allahu Subhanahu Wa Ta’ala, yang telah
menciptakan segala apa yang ada di muka bumi dan seluruh alam
semesta. Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, Rasul junjungan
ummah dan kekasihNya.
Mengambil kesempatan pembentangan Belanjawan 2022 yang akan
dibentangkan di Parlimen dua hari lagi, parti BERJASA mengambil inisiatif
untuk membentangkan dan mencadangkan belanjawan berwibawa
bertemakan “Rakyat Dijaga, Watan Terpelihara”. Ini merupakan
belanjawan alternatif untuk tahun kedua dilancarkan oleh BERJASA. Tahun
lepas, belanjawan yang dibentangkan oleh BERJASA, mengambil kira aspek
pemulihan akibat Pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara.
Belanjawan 2022 kali ini pula, sudah tentulah tidak boleh lari daripada
menyentuh aspek kebajikan rakyat dan ekonomi negara. Apatah lagi
dalam keadaan negara masih lagi bergelut dengan musuh yang tidak
kelihatan ini. Namun demikian, kita semua sedar bahawa gerak atur pelan
perancangan hala tuju negara harus progresif memandang kehadapan.
Walaubagaimanapun, sikap berhati-hati dan tidak mudah alpa tetap perlu
diambil kira dalam setiap Langkah. Kita kini perlu menerima bahawa sudah
sampai masanya untuk kita belajar hidup dengan wabak Covid-19. Setelah
hampir dua tahun wabak Covid-19 melanda dunia dan negara, sudah tiba
masanya untuk mengubah strategi ‘peperangan’ ini. Negara dan rakyat
mesti disiapkan untuk memasuki fasa endemik iaitu hidup bersama
dengan wabak.
Saudara dan Saudari,
Sudah tentu strategi ini memerlukan pengorbanan yang besar. Semua
pihak perlu berganding bahu, saling ingat-mengingati, sentiasa
berwaspada, tidak mementingkan diri sendiri dan berani untuk mengubah
kebiasaan lama kepada sebuah norma baharu kehidupan.
Dalam mendepani cabaran kehadapan, parti BERJASA mencadangkan
kebajikan rakyat untuk terus dipelihara. Rakyat tidak boleh dibiarkan
kosong sakunya. Hilang kuasa belinya hingga suram ekonomi. Proses
mengembalikan semula kuasa beli rakyat bagi memastikan kitaran
ekonomi lokal boleh terus dipacu.
Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu terus menyalurkan bantuan demi
bantuan yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang. Ini bertujuan
mengembalikan keyakinan kepada rakyat untuk terus berbelanja dan
seterusnya menyuntik Kembali kitaran wang dalam negara secara
konsisten. Manakala ruang dan peluang untuk mencari rezeki baik secara
makan gaji mahupun mencebur diri dalam perniagaan kecil dan besar
perlu terus dipermudahkan.
Selain itu, parti BERJASA juga meletakkan keprihatinan terhadap
pemulihan semula pembinaan watan. Watan atau tanah air ini mesti
dikekalkan identitinya. Sejarahnya mesti kekal terpelihara. Kemenjadian
modal insannya seharusnya tetap menjadi keutamaan. Walaupun kita
sedang bergelut dengan masalah ekonomi dan krisis kesihatan, kita tidak
boleh mengetepikan aspek pembinaan jati diri, identiti negara, perpaduan
antara kaum dan agama serta pemulihan dan pemeliharaan alam dan
sumber asli.
Akhirnya, elemen rakyat dan watan ini jika diolah dengan baik mampu
melahirkan sebuah negara Malaysia yang unggul, berdaya saing, aman,
makmur dan sejahtera bertepatan dengan visi masa hadapan BERJASA
iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara unggul menjelang
2040 nanti.
Mengurus negara dalam situasi yang amat mencabar kini, antara perkara
terpenting adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Kestabilan
politiklah yang menjadi kayu ukur banyak perkara dalam menentukan
kestabilan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Kerajaan yang baik akan menatijahkan sebuah pasukan yang efektif dalam
mengurustadbir urusan negara baik dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Situasi ketidaktentuan dalam pentas siyasah negara pasca PRU-14 ini
mestilah dihentikan segera. Semua pihak perlu bersikap
bertanggungjawab meletakkan negara di hadapan berbanding diri sendiri
tanpa berkompromi terhadap nilai-nilai integriti politik.
Saudara dan Saudari,
BERJASA juga meletakkan tiga prinsip utama dalam menguruskan ekonomi
iaitu al-Haq (Kebenaran), al-Masuliyah (Kebertanggungjawaban) dan al-
‘Adalah (Keadilan). Tiga prinsip ini amat ampuh untuk mewujudkan sebuah
urustadbir yang baik atau ‘good governance’. BERJASA hadir dengan
membawa aspirasi perubahan dalam urustadbir sebuah negara yang
unggul melalui tawaran solusi berdasarkan hikmah kebijaksanaan dasar
dan polisi yang dibentangkan untuk rakyat dan negara.
Tidak bersifat populis semata-mata, tidak tunduk dengan sistem kapitalis
yang mencengkam dan tidak buta dengan materialistik sehingga
meninggalkan nilai-nilai baik melalui neraca agama dalam kehidupan.
Melalui perspektif al-Haq (Kebenaran), kerajaan mestilah telus dalam
menyalurkan maklumat dan fakta kepada rakyat. Maka kerajaan yang
berpegang pada al-Masuliyah (Kebertanggungjawaban) tidak
menggunakan neraca populis semata-mata dalam merangka dasar dan
polisi untuk negara terutamanya untuk meraih undi dan mengekalkan
kuasa.
Demikian juga kerajaan yang mengangkat al-Adalah (Keadilan) akan
memastikan tiada sesiapa pun yang tercicir dalam mendepani cabaran
masa hadapan yang semakin mencabar.
Akhirnya, sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip ini yang
berlandaskan sebuah kebenaran wahyu sudah pasti akan dipelihara.
Modal insannya tidak akan tergelincir dari landasan, begitu juga aspirasi
untuk terus menjaga rakyat dan watan. Begitulah pentingnya sebuah
kerajaan yang teguh prinsipnya demi kebajikan rakyat dan keprihatinan
terhadap watan.
PRESTASI EKONOMI NEGARA

Saudara dan Saudari,


Malaysia seperti kebanyakan negara-negara lain di dunia tidak terkecuali
daripada beban akibat dampak krisis kesihatan dan krisis kewangan yang
melanda. Baru-baru ini Bank Dunia telah menyemak turun unjuran
pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada 3.3% berbanding
4.5% manakala agensi penarafan S&P Global Ratings pula melakukan
perkara yang sama dengan menyemak turun unjuran pertumbuhan
ekonomi kepada 3.2% berbanding unjuran awal 4.1%.

4.5%
3.3%

Unjuran pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2021

Hal ini ekoran daripada tindakan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan


Pergerakan (PKP) yang berlarutan, sikap berhati-hati yang ketara serta
penyusutan pasaran yang dijangka akan mempengaruhi perbelanjaan
swasta dan pertumbuhan ekonomi akan turut tertekan.
Ditambah pula kemerosotan aktiviti dalam sektor perkhidmatan
mengakibatkan kehilangan pekerjaan yang cukup signifikan menatijahkan
kadar pengangguran melonjak kepada 4.8% pada bulan Jun tahun ini
berbanding 4.5% pada bulan Mei.
Manakala kadar kemiskinan negara pula merekodkan peningkatan kepada
8.4% pada tahun 2020 berbanding 5.6% yang direkodkan pada tahun 2019
dengan anggaran jumlah kemiskinan isi rumah di Malaysia telah
meningkat daripada 405,000 pada tahun 2019 kepada 640,000 pada tahun
2020.
Ini adalah hakikat yang perlu untuk kita telan yang sebahagian besarnya
adalah akibat dampak krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang melanda
seantero dunia termasuk Malaysia yang kita cintai ini.
Oleh kerana itu, adalah amat penting bagi kerajaan terus fokus kepada
usaha untuk mengembalikan semula pemulihan ekonomi negara dengan
memastikan impak krisis-krisis ini diurus dengan perancangan yang rapi,
tidak semborono dalam membuat keputusan penting dan meletakkan
dapatan kajian sains dalam menentukan segala piawaian prosedur operasi
– Standard Operation Procedures (SOP).
UNJURAN EKONOMI NEGARA
Bank Dunia juga mengunjurkan pertumbuhan lebih tinggi pada 5.8% bagi
tahun 2022 dan 4.5% bagi tahun 2023 mengambil kira pembukaan semula
sektor ekonomi dan aktiviti sosial dan perkembangan positif program
pemberian vaksin negara. Hal yang sama turut memberi indikator untuk
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Malaysia
untuk tahun 2022 berkembang sebanyak 6%.

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

CADANGAN BELANJAWAN BERWIBAWA 2022


Saudara dan Saudari,
Melihat kepada prestasi ekonomi semasa dan unjuran ekonomi
kehadapan, maka BERJASA menampilkan tujuh (7) teras utama
merangkumi lebih 100 cadangan bagi mengemudi negara melalui tahun
2022 agar rakyat terus dijaga dan watan terus terpelihara.
Teras Pertama: Pemulihan Ekonomi & Kebajikan Rakyat
Pasca Pandemik
Kerajaan perlu terus memberikan penumpuan terhadap pemulihan
ekonomi pasca pandemik. Pertumbuhan sektor ekonomi melalui
industri utama, perusahaan mikro, kecil dan sederhana perlu
diberikan penumpuan termasuklah dalam aspek menyediakan
peluang pekerjaan kepada rakyat selain daripada memastikan
pengukuhan fiskal kerajaan terus mampan.
Kita semua sedang terhimpit. Berperang dalam keadaan kita tidak
bersedia amat memberi impak yang besar kepada kita semua.
Syarikat-syarikat besar, industri-industri besar, orang kaya-kaya,
berkemampuan pun amat terkesan apatah lagi perusahaan-
perusahaan kecil dan sederhana. Kita sedar, apabila ini terkesan,
maka yang paling terkena impaknya adalah rakyat. Justeru, amat
penting untuk Belanjawan negara meletakkan keutamaan juga
kepada kebajikan rakyat seperti cadangan berikut:
1. Meluluskan pinjaman tanpa faedah kepada semua SME
yang berdaftar dengan SSM bagi menampung kerugian
ketika pandemik.

2. Bantuan Rakyat Wibawa (BRW) untuk golongan bujang


berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan RM2,500 ke
bawah terima RM500

3. Bantuan Rakyat Wibawa (BRW) untuk isi rumah


berpendapatan RM2,501-RM4,000 terima RM2,000

4. Bantuan Rakyat Wibawa (BRW) untuk isi rumah


berpendapatan RM4,001-RM5,000 terima RM1,000

5. Memperkenalkan insentif berbentuk pelepasan cukai


kepada start-up dan industri teknologi bagi
menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan pekerjaan
dalam sektor ini

6. Mewujudkan ‘job centre’ di kawasan-kawasan yang


mempunyai kadar pengangguran yang tinggi dan
memberi subsidi gaji kepada SME yang mengambil
mereka sebagai pekerja

7. Program Subsidi Upah untuk Industri Kecil dan


Sederhana (IKS) dinaikkan kepada RM1,000 sebulan.
Termasuk sektor pelancongan dan peruncitan. Ini bagi
mengelakkan pemberhentian pekerja dan mengalakkan
pengambilan pekerja baharu.
8. Elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM500
sebulan untuk memastikan kelangsungan hidup para
nelayan.

9. Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam


bulan diteruskan kepada semua individu tanpa mengira
golongan B40, M40 atau T20.

10. Menyediakan ruang niaga atas talian global yang


dikelola oleh kementerian secara percuma bagi
membolehkan para usahawan berdaftar memasarkan
produk mereka

11. Melestarikan pendigitalan perniagaan kecil dengan


peruntukan dana khas untuk tujuan pemasaran digital
seperti iklan Facebook, pembangunan laman web dan
pemasaran e-mel

12. Bekerjasama dengan Institut Koperasi Malaysia untuk


menjadikan dana keuntungan yang disimpan sebagai
saham kepada perusahaan berkenaan.

13. Menyediakan jaringan keselamatan dengan pihak


insurans takaful untuk melindungi keuntungan dan
kebajikan pengusaha melalui insentif secara berkala

14. Mempergiatkan bengkel, ujian kelayakan dan pensijilan


digital untuk usahawan atas talian beroperasi secara
lebih teratur dibawah kendalian Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dengan bimbingan secara berkala

15. Menyediakan geran usahawan atas talian dan pinjaman


tanpa faedah kepada para usahawan yang mahu
menceburi bidang perniagaan atas talian dan subsidi
khusus untuk barang mentah dan barang separa siap
tempatan
16. Melanjutkan moratorium perniagaan dan melonggarkan
syarat pinjaman tanpa mengira kelas pendapatan

17. Menambah nilai Program Baucar Perlindungan Tenang


daripada RM50 kepada RM70 untuk mengurangkan
jurang perlindungan hayat bagi golongan B40 & M40

18. Bagi membantu pekerja dalam sektor ekonomi gig,


bantuan kad subsidi minyak digital akan diberikan secara
bulanan kepada lebih 40,000 penghantar makanan
(delivery riders). Ini bagi meringankan beban kos minyak
seterusnya beri kesan lebihan wang di tangan mereka.

19. Kita juga mencadangkan caruman PERKESO untuk sektor


ekonomi gig disubsidi daripada RM157 setahun kepada
RM100 setahun sahaja.

20. Untuk jangka masa panjang, satu program pemerkasaan


kerjaya akan dilancarkan untuk memastikan pekerja
sektor ekonomi gig dapat menikmati masa hadapan yang
lebih baik melalui penambahbaikan dari sudut bantuan
perniagaan.

21. Untuk pengukuhan fiskal kerajaan pula, BERJASA


mencadangkan agar kerajaan membuat kajian
menyeluruh tentang pelaksanaan semula semula Cukai
Barangan dan Jualan (GST) pada kadar yang lebih
rendah iaitu sebanyak 3% selepas situasi ekonomi negara
memulih pasca dampak pandemik Covid-19 dengan
jangkaan pendapatan kerajaan boleh mencecah RM35
Billion setahun. BERJASA mencadangkan perlaksaan GST
yang baharu dijalankan secara berperingkat sebelum
sistem ini dikuatkuasa secara menyeluruh.
22. Sekiranya kajian ini positif, barangan keperluan harian
seperti bahan mentah makanan dan barangan lain
dicadangkan untuk tidak dikenakan sebarang GST atau
0% dan BERJASA mencadangkan agar peniaga-peniaga
kecil diberikan subsidi oleh kerajaan untuk menyediakan
sistem kutipan GST ini serta kos konsultasi.

23. BERJASA juga mencadangkan agar peniaga-peniaga kecil


diberi subsidi oleh kerajaan untuk menyediakan sistem
kutipan GST ini serta kos konsultasi.

24. Wujud satu keperluan untuk mengenakan kadar


berasingan terhadap barangan berbahaya kepada
kesihatan seperti rokok dan alkohol dikenakan cukai
berkadar lebih tinggi iaitu 7%.

25. Mencadangkan kadar cukai diperkenal ke atas


keuntungan yang diumumkan setiap tahun dengan
pengawasan ketat serta denda maksima terhadap
mana-mana syarikat yang membuat sebarang percubaan
perakauanan kreatif (‘creative accounting’) untuk
mengelak daripada membayar jumlah cukai yang
sebenar.

26. Mencadangkan pelaksanaan Cukai Keuntungan Luar


Biasa (‘Windfall tax’) terhadap syarikat berkeuntungan
besar terutama di musim pandemik yang
memperlihatkan keuntungan berkali ganda.

27. Untuk mengatasi impak negatif pengambilan minuman


beralkohol dalam kalangan masyarakat dengan
memperkenalkan pelaksanaan cukai khas alkohol dan
judi ke atas industri arak dan judi.
Saudara dan Saudari,
BERJASA juga turut mencadangkan agar sistem pemerkasaan wakaf negara
diperkasa secara lebih inklusif dengan tujuan kebajikan.
Sistem Wakaf Berkebajikan
1. Kerajaan perlu menyuntik modal tambahan kepada
tanah-tanah wakaf ini untuk dibangunkan bagi tujuan
pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan umat
Islam.

2. Kerajaan perlu menggantikan tanah rizab Melayu yang


hilang dengan tanah yang senilai dengannya serta
mewakafkannya bagi kegunaan umum.

3. Sebuah pangkalan data (‘database’) yang komprehensif


untuk tanah wakaf diseluruh negara perlu diwujudkan
bagi memastikan sistem tanah wakaf yang efisien.

4. Menghakupayakan tanah wakaf bagi golongan kurang


berkemampuan, BERJASA mencadangkan pelancaran
program ‘Rumah Wakaf’ melalui tabung Dana Wakaf
Khas

5. Pungutan zakat juga perlu diagihkan melalui projek


pemantapan ekonomi umat Islam sebagai salah satu
langkah bagi memastikan jurang ekonomi antara kaum
dapat dikurangkan sekaligus menguntungkan umat Islam
secara keseluruhannya.

6. Mencadangkan penambahan kakitangan zakat yang


memfokuskan penilaian secara berterusan golongan
asnaf yang diberi bantuan secara langsung

7. Memperuntukkan lebih dana untuk menyelaras kerja-


kerja publisiti dalam media social untuk ketersampaian
informasi gerak kerja bantuan dan penyaluran dana.
Teras Kedua: Kesiapsiagaan Watan
Saudara dan Saudari,
Krisis yang sedang melanda dunia kini, membuka ruang serta
peluang untuk mengenalpasti kekurangan dalam dimensi
kehidupan kita. Apabila kita terpaksa berhadapan dengan musuh
yang tidak kelihatan ini, maka segenap segi cubaan disusun
untuk menang dan mengalahkan musuh.
BERJASA menganggap bahawa apa yang paling penting adalah
kesiapsiagaan kita dalam menghadapi krisis. Oleh hal yang
demikian dua sektor yang paling penting mesti disiapkan untuk
menghadapi apa jua kemungkinan mendatang.
Sektor Kesihatan
1. Meningkatkan jumlah keseluruhan belanjawan untuk
Kementerian Kesihatan kepada RM60 Billion daripada
RM32 Billion untuk semua aspek kesihatan termasuklah
pelan kesiapsiagaan pandemik, fasiliti kesihatan dan
penyelidikan.

2. Menyediakan peruntukan tambahan dalam usaha


menambahbaik perkhidmatan kesihatan yang cekap dan
akses kesihatan yang menyeluruh

3. Meletakkan prioriti terhadap penambahbaikan dan


proses menaiktaraf hospital-hospital daerah terpilih
kepada taraf hospital universiti dan pusat penyelidikan

4. Elaun Khas secara one-off kepada petugas barisan


hadapan termasuk insentif cuti secara bergilir apabila
pandemik sudah reda sebagai penghargaan besar.

5. Memperuntukkan RM100 juta biasiswa boleh ubah


beserta kelulusan cuti tanpa gaji kepada para doktor
kontrak yang layak untuk menyambung pelajaran dalam
bidang kepakaran terpilih di universiti tempatan.
6. Mengkaji semula petempatan tenaga doktor pakar dan
pegawai perubatan di hospital padat pesakit.

7. Memperuntukan geran bernilai RM100 juta untuk


mempergiat usaha pembangunan vaksin keluaran
Malaysia menjelang suku ketiga tahun 2022

8. Menambahbaik pengurusan vaksinasi awam dengan


menempatkan lebih banyak pusat vaksinasi bergerak di
kawasan kampung dan pedalaman.

9. Membangunkan sebuah platform dan aplikasi


Kerjasama untuk memudahkan golongan yang
memerlukan bantuan kesihatan mental
bercakap(suara/video/fizikal) dengan seseorang

10. Penyakit tidak berjangkit / Non-Communicable Diseases


(NCD) - Modul pemeriksaan kesihatan dan fizikal untuk
pekerja kesihatan. Pekerja kesihatan bawa contoh yang
baik kepada pesakit

Sektor Pendidikan
1. Peruntukan khas berjumlah RM1 billion bagi membina
pusat internet di setiap mukim di seluruh negara dengan
objektif membantu menambahbaik komunikasi digital
luar bandar.

2. Menyediakan peruntukan khas RM200 juta untuk


pemberian komputer riba kepada pelajar dari kalangan
keluarga B40 dan M40 yang layak.

3. Menggerakkan Komuniti Guru Digital Learning (bersama


UNICEF Malaysia) dan menyediakan peruntukan khas
bagi sijil latihan professional digital untuk guru sekolah.
4. Peruntukan khas untuk menaiktaraf dan menambah
Pusat Internet di kawasan kampung dan pedalaman.

5. Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada


NGO yang membantu menggerakkan kempen advokasi
literasi digital di kawasan pedalaman.

6. Menyediakan peruntukan tambahan RM1 Billion bagi


membina menara telekomunikasi dan memastikan kadar
ketercapaian internet yang tinggi terutamanya di
kawasan luar bandar, pedalaman, serta Sabah dan
Sarawak.

7. RM200 juta peruntukan untuk Rancangan Makanan


Tambahan (RMT) untuk pelajar B40 di sekolah rendah
dan peringkat sekolah menengah.

8. Menyediakan Peruntukan khas untuk mewujudkan


keselarasan Entrepreneurship Development Centre di
setiap sekolah bagi memupuk budaya keusahawanan
dalam kalangan pelajar.

9. Insentif Kad Siswa dinaikkan daripada RM250 kepada


RM500 untuk mahasiswa secara bersasar di Institut
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

10. Mewujudkan dasar elaun praktikal bagi menyelaraskan


insentif latihan industri

11. Pemerkasaan sistem sekolah pondok dengan


menumpukan aspek penambahbaikan infrastruktur
kepada sekolah-sekolah pondok swasta yang berdaftar.

12. Peruntukan khas mini perpustakaan kepada sekolah-


sekolah pondok swasta (agama rakyat) yang berdaftar.
13. Memperkenalkan Pinjaman Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran sebagai bantuan pelajar yang
menyambung pelajaran dalam bidang TVET.

14. Memperkenalkan elaun tambahan kepada guru-guru


bagi menampung keperluan pembelian gajet elektronik

15. Memperkenalkan insentif khas kepada pusat-pusat


tuisyen berdaftar yang terjejas dalam masa pandemik.

Teras Ketiga: Kelestarian Watan


Bumi yang dipijak dan langit yang kita junjung ini dipinjam oleh kita
daripada generasi masa hadapan. Apa yang kita rancang dan
laksanakan hari ini akan memberi impak secara langsung terhadap
survival generasi anak cucu cicit kita di masa akan datang.
Demi menjaga kelestarian watan ini, BERJASA mencadangkan tiga
sektor utama untuk diambil perhatian dalam Belanjawan 2022.
Sektor Alam Sekitar
1. Menyediakan geran khas Teknologi Pembangunan
Lestari selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG).

2. Peruntukan khas berjumlah RM500 juta daripada


kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan krisis air di
negeri-negeri terjejas.

3. Menyediakan insentif berupa potongan cukai terhadap


syarikat-syarikat swasta yang melabur dalam teknologi
hijau, berjaya menjimatkan penggunaan tenaga di
premis-premis perniagaan dan pejabat.

4. Memperuntukan insentif tambahan kepada premis-


premis kerajaan seperti sekolah-sekolah, hospital-
hospital dan lain-lain yang berjaya mengawal
penggunaan tenaga elektrik.
Sektor Pertanian dan Industri Makanan
1. Memperkasa koperasi bagi petani, nelayan dan
pengusaha ladang bagi meningkatkan keupayaan
melipatganda keuntungan dan kebolehan menghasilkan
makanan negara. Inisiatif ini juga bagi mengurangkan
kebergantungan kepada orang tengah yang
memanipulasi harga.

2. Memperuntukkan insentif khas kepada pengusaha


sektor makanan secara organik seperti pengecualian
cukai, subsidi khas dan bantuan latihan kepakaran
industri.

3. Bagi memperkasa sosioekonomi penduduk di kawasan


pedalaman Sabah, dana tambahan disediakan bagi
mempertingkat penghasilan rumpai laut termasuk
mewujudkan pusat sehenti moden untuk tujuan
pengumpulan pembelian rumpai laut. Inisiatif ini juga
bagi memastikan hasil rumpai laut dapat dieskport ke
luar negara.

4. Menyediakan peruntukan bagi memperluaskan liputan


jaringan LTE (4G) dalam bidang pertanian dan
perladangan bertujuan menggalakkan penggunaan
teknologi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dalam bidang
pertanian

5. Memperuntukkan dana dan geran khas teknologi


pendigitalan sistem pengurusan ladang bertujuan
memperbaiki kecekapan pengurusan ladang dan
membendung ketirisan terutamanya dalam pemberian
subsidi pertanian.

6. Menambah peruntukan dana usahawan tani


terutamanya agropreneur muda dalam usaha
memastikan keselamatan makanan negara terjaga
7. Mewujudkan geran dan kemudahan kewangan untuk
transformasi ladang sawit kepada penanaman makanan
bertujuan memastikan kelestarian keselamatan makanan
negara.

8. Menambah peruntukan pembangunan bagi tanaman


nilai tinggi seperti durian, nanas dan kelapa bertujuan
meningkatkan hasil pertanian negara

9. Menyediakan peruntukan khas pemodenan perikanan


negara, terutamanya dalam transformasi bot nelayan
kepada kapal perikanan berskala besar.

10. Menyediakan peruntukan khas penyelidikan dan


pembangunan benih tanaman negara kepada MARDI
dan universiti tempatan

Teras Keempat: Integriti Watan


Saudara dan Saudari,
Menginsafi bahawa sesebuah negara perlu diurus tadbir dengan
penuh kejujuran dan amanah yang tinggi, maka Belanjawan
negara perlu juga menyentuh aspek penambahbaikan integriti
dalam pengurusan pentadbiran perbendaharaan negara.
Segala usaha ke arah meningkatkan daya integriti perlu diteruskan.
Justeri itu, BERJASA mencadangkan aspek berikut dalam
Belanjawan kali ini:
Integriti Watan
1. Berkuatkuasa 1 Januari 2022, kesemua Ahli Parlimen
perlu mengisytiharkan+ harta dan pendapatan melalui
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

2. Memperuntukkan RM50 juta bagi membangunkan


sistem pengesanan penyelewengan integriti.
3. Mengenakan cukai jika ada penyelewengan dan kontrak
tender kerajaan, meningkatkan ketelusan dalam
penggunaan dana dan bajet negara, menyediakan data
secara halus kepada rakyat.

4. Mewujudkan Majlis Tindakan Kajian Akta Pendanaan


khusus bagi menteri dan ahli politik untuk memastikan
ekosistem politik yang lebih adil dan saksama.

Teras Kelima: Identiti Watan dan Perpaduan Nasional


Identiti watan tanah air ini perlu terus kekal dipertahankan. Sebagai
sebuah negara yang merdeka pengukuhan identiti nasional amat
penting bagi mewujudkan sebuah suasana yang harmoni, aman,
makmur dan bersatu padu.
Elemen identiti sejarah negara, Islam sebagai agama persekutuan
manakala agama lain dibenarkan diamalkan mengikut lunas
Perlembagaan dan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa penyatuan
adalah perkara yang BERJASA ketengahkan dalam formula
Belanjawan Berwibawa 2022 kali ini. Justeru, BERJASA
menggariskan perkara di bawah untuk perhatian:
Strategi Pengukuhan Identiti Watan
1. Menyediakan dana khas melalui Kementerian
Pelancongan untuk membaikpulih bangunan warisan
sejarah agar tetap kekal terpelihara seterusnya menjadi
tarikan pelancong dalam dan luar negara.

2. Menyediakan peruntukan khas mempromosikan sejarah


dan budaya Malaysia di persada dunia.

3. Peruntukan khas RM50 juta untuk pengkajian dan


pembangunan tapak ekskavasi Kompleks Sungai Batu di
Kedah.

4. Menyediakan dana khas untuk membeli semua artifak


dan warisan sejarah negara yang berada di luar negara
5. Memberikan peruntukan tambahan kepada NGO dan
agensi yang terlibat dalam usaha mempromosi dan
mengetengahkan nilai sejarah kepada masyarakat.

Strategi Pemerkasaan Hal-Hal Umat Islam


1. Pemberian dana berjumlah RM200 juta diperuntukkan
untuk bantuan kos operasi sekolah tahfiz, sekolah
pondok bedaftar dan sekolah agama rakyat.

2. Peruntukan tambahan RM50 juta kepada pertubuhan


Yayasan Islam untuk mempertingkatkan syiar Islam
dalam kalangan umat Islam

3. Memperuntukkan RM100 juta untuk membantu


suntikan modal dan menaik taraf sektor halal Malaysia

4. Menyediakan dana berjumlah RM100 juta kepada surau


dan masjid untuk kos penyelenggaran dan kos operasi
lain.

Strategi Perpaduan Watan


1. Memperuntukkan dana berjumlah RM100 juta untuk
membantu penguasaan Bahasa Kebangsaan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

2. Peruntukan RM100 juta untuk NGO yang menggerakkan


pelbagai modul dan aktiviti bagi merapatkan jurang
antara kaum dan mengerakkan kesedaran perpaduan
sebenar dalam kalangan rakyat Malaysia.

3. Peruntukan khas kepada Dewan Bahasa dan Pustaka


(DBP) untuk usaha menyatukan rakyat Malaysia melalui
Bahasa Kebangsaan.
Teras Keenam: Inovasi Teknologi Watan
Menghadapi dunia tanpa sempadan kini, negara harus tidak
ketinggalan dalam usaha memastikan bidang sains dan teknologi
negara berada pada tahap yang tertinggi. Insentif-insentif yang
diberikan kepada golongan sasar dalam bidang ini apa penting
sebagai sokongan. Oleh itu, BERJASA mencadangkan untuk;
Sains, Teknologi dan Inovasi
1. Memperkasa 'Industrial Centre of Exccellence' (ICOE)
sedia ada di IPTA dengan mewujudkan insentif khas
kepada syarikat-syarikat teknologi untuk menghasilkan
teknologi tempatan.

2. Perkenalkan polisi perolehan sistem teknologi dan


inovasi yang mengutamakan produk tempatan bertujuan
memberi peluang yang lebih besar kepada pembangun
teknologi tempatan.

3. Memperkenalkan polisi pemilihan dan pembangunan


jaguh tempatan untuk setiap sektor strategik seperti
perubatan dan aeroangkasa di mana syarikat yang
terpilih akan menerima pelbagai subsidi khas dalam
usaha menjadi negara pengeluar teknologi.

4. Wujudkan dana khas untuk pengumpulan dan


pembangunan inovasi di semua peringkat, terutamanya
peringkat sekolah dalam memberi peluang dan
pendedahan kepada pereka cipta cilik negara yang
berpotensi tinggi.

5. Wujudkan polisi piawaian mutu perkhidmatan


telekomunikasi seperti kelajuan minimum internet yang
ditawarkan syarikat telco untuk memacu perkembangan
teknologi dalam negara.
6. RM700 juta dana untuk penambahan pembinaan
institusi TVET dan kemahiran dengan syarat kemasukan
akademik yang minimum untuk memberi peluang
kepada anak-anak luar bandar mendapatkan sijil-sijil
kemahiran.

7. Menyediakan dana khas berjumlah RM1 billion sebagai


insentif khas untuk syarikat tempatan yang mempunyai
jabatan Kajian dan Pembangunan (‘R&D’) sendiri dalam
membangunkan produk dan teknologi lokal.

8. Perkenalkan insentif khas untuk syarikat tempatan yang


ingin menghantar pekerja berkemahiran tinggi ke
latihan-latihan dan kursus industri antarabangsa
terutamanya dalam bidang strategik

9. Wujudkan skim Pengekalan Pakar Tempatan ("Top


Talent Retention") untuk mengatasi isu bakat sains dan
kejuruteraan negara terlepas ke negara luar. Skim ini
menawarkan subsidi gaji untuk pakar sektor strategik

10. Wujudkan dana mikro bagi projek inovasi peringkat


sekolah untuk galakkan penyertaan dan tambah
pendedahan awal perekacipta tempatan
Teras Ketujuh: Keselamatan Watan
Saudara dan Saudari,
Menyedari bahawa peri pentingnya kedaulatan negara, aspek
perlindungan dan keselamatan negara perlu menjadi keutamaan
dalam Belanjawan kali ini. BERJASA mencadangkan sektor untuk
diberikan penekanan khusus:
Sektor Ketenteraan
1. Menyediakan peruntukan sebanyak RM2 Billion untuk
memperkasa R&D ketenteraan negara melalui Institut
Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).

2. Memperuntukan RM5 Billion geran penyelidikan untuk


pembangunan sistem pertahanan negara dengan
kerjasama syarikat-syarikat teknologi tempatan

3. Menyahhapus aset ketenteraan yang sudah berusia lebih


dari 7 tahun atau mana-mana aset yang sudah
melangkaui tamat tempoh dan peruntukan sebanyak
RM10 billion diperuntukan bagi menggantikan aset
baharu yang lebih canggih dengan keupayaan
pertahanan terkini.

4. Peruntukan RM5.4 billion bagi memastikan semua aset


ketenteraan negara diselenggara dengan baik dan
cermat.

5. Peruntukan khas RM200 juta bagi menggerakkan


usahasama keselamatan serantau bagi meningkatkan
keselamatan dan kedaulatan perairan rantau ini.

Sektor Keselamatan Dalam Negeri


1. Memperuntukkan RM5 Billion untuk meningkatkan
keupayan aset keselamatan dalam negeri dengan
memastikan semua aset adalah pada tahap keupayaan
keselamatan yang maksima
2. Peruntukan untuk menambah kamera litar tertutup
(‘CCTV’) di kawasan bandar dan strategik bagi
meningkatkan keselamatan awam.

3. Peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk


menyediakan tambahan tenaga pihak berkuasa
tempatan bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam
bandar.

4. Menambahbaik sistem keselamatan di sempadan tanah


air dengan penambahan tenaga di kawasan strategik.

Strategi Keselamatan Siber


1. Memperuntukkan RM250 juta kepada CyberSecurity
Malaysia bagi meningkatkan pengupayaan tahap
keselamatan siber negara.

2. Membangunkan program perlindungan kendiri yang


efektif bagi mengesan sebarang cubaan awal terhadap
pengguna siber dengan peruntukan dana khas
berjumlah RM150 juta.

3. Dana berjumlah RM50 juta bagi meningkatkan


kerjasama serantau dalam membina pertahanan siber
yang efektif

4. Mempertingkatkan pengupayaan negara dalam


keselamatan penyimpanan data.

Sekian. Mohon mencadang.

- Majlis Tindakan Ekonomi Parti BERJASA Malaysia -


Sidang pembentang kertas kerja :

BERJASA
Akbar Shah Ramdhan Abd Rahman
BCom. (Business Economics & Finance), UNSW, Australia

Muhammad Isma Aiman Ismayatim


BSc. Accounting and Management, Cardiff University, United Kingdom

Fatin Nadhirah Jamalolail


MA International Political Economy, Uni of Warwick, United Kingdom

Muhammad Thalhah Kamarol Zaman


MA Economics Queen Mary University, United Kingdom

Hazwan Mohamad
BSc. Accounting & Finance, Cardiff University, United Kingdom

KONGRES Nasional 2021


Azrul Azham
Presiden WIBAWA

Amirul Haq Bin Yuszahari


Felo Kongres Nasional 2021

30 Ahli Sidang Misi Belanjawan 2022

Zaaba Institute Leadership


Muhammad Haziq Mahmur
Felo ZIL
Masa hadapan negara masih ada peluang jika
kita berani berubah
Mari bersama BERJASA

Anda mungkin juga menyukai