Anda di halaman 1dari 17

Harut dan Marut adalah antara malaikat yang diciptakan oleh Allah tetapi tidak tersenarai dalam 10 malaikat

yang wajib diketahui.

Menurut al-Quran: "

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 102) "

- Para mufassirin berlainan Pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang Malaikat itu. ada yang berpendapat, mereka betul-betul Malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti Malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti malaikat.

Raja Babylon ketika itu, ialah Raja Namrud dan beliau amat meminati sihir yang diajar oleh malaikat-malaikat tersebut. Ajaran-ajaran sihir ini telah diturunkan sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai bentuk seperti jampi dan mentara.

Selain itu terdapat juga kisah mengenai Harut dan Marut (tidak terdapat di

dalam Al Quran) yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka Allah memberi mereka nafsu yang dimiliki oleh manusia. Sebaik sahaja mereka jatuh ke bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Mereka telah diberi pilihan, iaitu berzina, membunuh, atau minum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang paling ringan. Akibat meminum arak mereka menjadi mabuk dan telah berzina dengan wanita tersebut dan kemudian membunuhnya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil.

Harut dan Marut - Kisah Ilmu Sihir

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful Muqaddimah

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan [al-Alaq : 1]

Alhamdulillah, sekali lagi saya ucapkan syukur kepada Allah azza wa jall kerana mengizinkan saya sekali lagi untuk berkongsi kisah-kisah menarik. Yang boleh dijadikan tauladan, mahupun ilmu, atau untuk berdakwah kepada remaja-remaja dan sebagainya. Yang penting niat anda mestilah bersih, kerana Allah ta'ala.

Kali ini ingin dikisahkan pula oleh Ibn Kathir mengenai "Harut dan Marut", kisah mengenai zaman Nabi Sulaiman alaihissalam dahulu. Anda mungkin pernah terdengar sekarang ini, bahawa Israel sedang menggali Baitul Maqdis untuk mencari buku sihir Nabi Sulaiman yang "dikatakan" tertanam di bawahnya. Setelah anda baca kisah ini, saya yakin, anda akan temui bahawa apa yang dicari oleh Israel itu cumalah sia-sia, mereka cuma mencari kitab "syaitan"

sahaja. Insha-Allah, mari sama-sama kita baca kisahnya wahai para pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Ingin saya ingatkan bahawa pembacaan ini agak panjang, harap para pembaca dirahmati Allah bersabar. Kerana kebenaran akan ditemui akhirnya. Jangan anda langkah-langkah ayat, kerana saya takut anda tidak faham apa yang mahu disampaikan.

Di sini terdapat juga dalil mengatakan ahli sihir itu harus dibunuh atau dipenggal kepalanya hingga mati, Allah sahaja tahu yang terbaik!

Harut dan Marut Kisah IlmuSihir

102. Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami)." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu(ahli sihir) tidak akan dapat memudaratkan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi) telah pun mengetahui bahawa barangsiapa yang memilih ilmu sihir itu, tiada baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir jika mereka mengetahui.

103. Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, (nescaya mereka akan mendapat pahala) dan sesungguhnya pahala di sisi Allah adalah lebih baik jika mereka mengetahui. [Al-Quran Surah Baqarah : 102 - 103]

Diceritakan oleh al-Ufi dalam terjemahannya dengan keizinan dari Ibn Abbas berhubung dengan Firman Allah azza wa jall : ... {Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami)."}

Apabila Sulaiman kehilangan kerajaannya, sejumlah besar daripada manusia dan Jinn mengkhianat dan mengikut hawa nafsu mereka. Tetapi apabila Allah swt pulihkan semula kerajaanya, dan pengkhianat-pengkhianat tersebut kembali semula pada Jalan Yang Benar sekali lagi, Sulaiman menawan Kitab Suci mereka di mana dia menyimpan di bawah takhtanya. Tidak lama kemudian, Sulaiman alaihissalam meninggal. Dengan segera, manusia dan Jinn selongkar Kitab Suci di bawah takhta Sulaiman itu dan berkata : Ini adalah buku yang didedahkan Allah kepada Sulaiman yang telah merahsiakan dari kita. Mereka mengambilnya sebagai agama mereka dan Allah berfirman :

{Dan setelah datang kepada mereka seorang rasul di sisi Allah yang membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang yang diberi kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahawa itu adalah kitab Allah)."}[AlBaqarah : 101]

dan mereka mengikut apa yang syaitan berikan yakni : alatan musik, dimainkan dan semua yang menghalang daripada mengingati Allah.

Dikisahkan dari Ibn Jarir : Saya diberitahu daripada Abu As-Sa'ib Salamah Ibn Junadah As-SawaI daripada Abu Muawiyyah daripada Al-Amash daripada Al-Minhal daripada Said Ibn Jubair dengan kebenaran Ibn Abbas dengan berkata :

Apabila Sulaiman mahu menyahut seruan alam atau berkasih dengan isteriisterinya, biasanya dia akan memberikan cincinnya kepada seorang perempuan bernama Al-Jaradah. Apabila Allah Maha Kuasa mahu timpakan sesuatu ke atas Sulaiman, dia memberikan cincin itu kepada wanita tersebut.

Seterusnya, syaitan datang kepada wanita itu dalam rupa Sulaiman dan mengambil cincin itu daripadanya. Apabila syaitan memakai cincin itu, semua manusia, Jinn dan syaitan patuh kepadanya. Kemudian, Sulaiman datang kepada Al-Jaradah untuk meminta cincinnya dan dia berkata : "Kamu penipu! Kamu bukan Sulaiman!" Jadi, tahulah Sulaiman bahawa ini adalah sebuah dugaan daripada Allah. Dengan ini, syaitan mampu buat sesuka hati mereka. Mereka menulis Buku Sihir dan kata-kata kufur di mana mereka tanamnya di bawah takhta Sulaiman.

Selepas kematian Sulaiman, mereka menggali semula mencari buku ini, dan berkata : "Sungguh! Sulaiman itu selalu meminta tolong dengan buku ini!" Seterusnya, masyarakat mula menuduh bahawa Sulaiman itu kafir hinggalah datangnya Muhamamd membawa ayat Quran yang bermaksud : { Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).}

As-Sadiy berkata :

Firman Allah swt : {Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Yakni : Syaitan selalu mendengar perbualan antara malaikat-malaikat dengan teliti sekali mengenai apa yang terjadi di muka bumi ; mati, perkara ghaib ataupun perkara berkenaan tuhan. Kemudian, mereka datang untuk menginspirasi ahli nujum/tukang tilik mengenainya dan mereka pula memberitahu kepada orang ramai. Masyarakat mula mempercayai mereka, dan akhirnya tukang tilik mula mempercayai Syaitan yang setelah itu mula menokok tambah mengenai hal-hal yang dibincangkan malaikat dengan penipuan Syaitan ini.

Orang ramai mula mencatit mengenai hal ini dan mereka percaya Jinn tahu perkara ghaib. Sulaiman segera merampas catitan-catitan ini semua dan meletakkan di dalam peti dan menanamnya di bawah takhtanya. Sesiapa sahaja yang mahu menghampirinya akan terbakar hidup-hidup.

Sulaiman mengisytiharkan bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa syaitan tahu perkara ghaib bakal dipancung. Setelah kematian Sulaiman, syaitan datang menyerupai manusia dan berkata kepada masyarakat : "Aku akan bawa kamu kepada harta yang tidak akan habis selamanya". Dia mengarahkan mereka untuk menggali takhta Sulaiman dan dia ke tepi. Dia berkata : Andai kamu gali dan tidak temui apa-apa, kamu boleh bunuh aku. Mereka menggalinya dan menjumpai tulisan itu.

Syaitan kemudian berkata : "Hanya dengan magik ini, Sulaiman mampu menakluk semua manusia, Jinn dan burung. Kemudian, dia terbang. Kemudian menjadi fitnah pula bahawa Sulaiman itu adalah ahli sihir. Bani Israel menyimpan tulisan-tulisan tersebut mempertikaikan kepada Nabi Muhammad mengenainya. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia mendedahkan kepada Muhammad FirmanNya :

{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).}

Dikisahkan oleh Ar-Rabi Ibn Anas :

Yahudi itu selalu bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai perihal Kitab Taurat, dan setiap kali mereka bertanya, Allah mendedahkannya kepada Muhammad yang mengalahkan mereka. Maka, mereka berkata : Muhammad tahu apa yang telah didedahkan lebih baik daripada kita! Kemudian, mereka bertanya baginda tentang sihir dan Allah mendedahkan kepada Muhammad FirmanNya: {Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut,}. Dan Dia memberitahu Baginda Muhammad bahawa Syaitan yang telah menulis buku tentang sihir dan ilmu tilik dan menanamnya di bawah takhta Sulaiman . Apabila baginda meninggal dunia, syaitan-syaitan membawa keluar magik tersebut dan memperdayakan orang ramai dengan berkata : Ini adalah Ilmunya Sulaiman yang dia telah rahsiakan daripada kalian. Nabi Muhammad memberitahu Yahudi tersebut mengenai kisah itu dan mereka tunduk malu kekalahan dan tersindir.

Allah Maha Kuasa berfirman : {dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami)." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya}

Yakni : Yahudi salah cakap bahawa Allah mengajar Sihir kepada Jibriel dan Mikail kepada Sulaiman Bin Daud, tetapi Allah tunjukkan kepada mereka kesalahan mereka itu. Tambahan Allah memberitahu Muhmmad bahawa bukan Jibriel mahupun Mikail yang turun dengan Sihir dan Sulaiman itu bebas dari tuduhan Ahli Sihir. Allah memberitahu semua orang bahawa sihir itu bukan apa-apa melainkan kerja Syaitan yang mengajarnya kepada penduduk Babil(Babylon). Dan, orang yang mengajar sihir kepada mereka adalah Harut dan Marut.

Hadis Hadis Berkenaan

Allah Maha Kuasa berfirman : {sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami)."}, Ibn Abbas berkata : Mereka sering memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar sihir dari mereka dan berkata kepada mereka : {Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).}, yang mereka tahu yang mana satu baik, yang buruk dan kafir dan yang bukan kafir dan mereka tahu Sihir itu Syirik. Ibn Abbas sambung : Sekiranya mereka tidak dapat pengaruhi mereka, mereka(Harut dan Marut) menyuruh ke tempat itu dan itu. Di sana mereka akan temui Syaitan mengajar mereka. Dalam masa sama mereka diajar sihir, kepercayaan mereka(disimbolis kan sebagai cahaya) keluar dari tubuh mereka dan melayang ke udara. Seterusnya, mereka berkata : Celaka aku! Seterusnya, Al-Hassan al-Basri berkata : kedua-dua malaikat yang dihantar dengan sihir untuk mengajarnya kepada orang sebagai ujian kepada mereka dan Allah mengambil perjanjian dengan mereka untuk tidak mengajar sesiapa sihir {sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami)."} [Diceritakan oleh Ibn Abu Hatim]

Allah Maha Kuasa berfirman : { Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya } yakni : mereka belajar daripada Harut dan Marut mengenai sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri walaupun mereka suami isteri saling mengasihi dan mempercayai. Hal ini terjadi dengan kepintaran Syaitan sepertimana disebutkan dalam Sahih Imam Muslim, hadis diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdullah bahawa Rasulullah bersabda :

Iblis meletakkan takhtanya di atas air; kemudian dia menghantar kumpulan kecil (untuk mencipta perselisihan); semakin tinggi derajat mereka adalah mereka yang terkenal dengan membuat perselisihan. Salah seorang dari mereka datang dan berkata : Aku telah melakukan demikian dan demikian. Dan dia berkata : Kamu tidak buat apa-apa pun. Kemudian, salah satu dari mereka

datang dan berkata : Aku tidak tinggalkan sedemikan dan demikian hinggalah aku menanam benih perselisihan dalam suami dan isteri. Syaitan itu dekat kepadanya dan berkata : Kamu telah lakukan yang terbaik."

Al-'Amash kemudian berkata : "Kemudian dia memeluk syaitan tersebut."

Perselisihan antara suami dan isteri boleh dihasilkan melalui sihir di mana syaitan membiarkan setiap suami isteri itu membayangkan perkara buruk pandangan, sikap etc - mengenai pasangannya itu.

Allah Maha Kuasa berfirman :

{Dan mereka itu(ahli sihir) tidak akan dapat memudaratkan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah}, Abu Sufyan Ath-Tharwi berkata : Mereka tidak boleh menyakiti sesiapa kecuali dengan Izin Allah. Tambahan , Muhammad Ibn Ishaq berkata : Mereka tidak boleh menyakiti sesiapa pun kecuali Allah membenarkan mereka untuk lakukannya.

Al-Hasan al-Basri berkata : {Dan mereka itu(ahli sihir) tidak akan dapat memudaratkan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah}, yakni : Sesiapa yang Allah kehendakit untuk diberi kesan, dia akan diberi kesan. Dan, sesiapa yang Allah tidak mahu diberikan kepadanya kesan, maka tidak akan diberi kesanlah kepadanya(yakni mengenai sihir itu). Tambahan, mereka tidak boleh sakiti sesiapa kecuali dengan keizinan Allah Maha Kuasa.

Allah Maha Kuasa berfirman :

{Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat dan tidak memberi manfaat kepada mereka} yakni : mereka mempelajari sesuatu yang memudharatkan agama mereka dan keyakinan mereka dan tidak lumayan pula bagi mereka.

Allah berfirman : {Demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi) telah pun mengetahui bahawa barangsiapa yang memilih ilmu sihir itu, tiada baginya keuntungan di akhirat} yakni : Orang Yahudi itu mempelajari sihir daripada mengikuti Muhammad tahu bahawa sesiapa yang melakukan seperti mana

mereka telah lakukan, dia tidak akan dapat keuntungan di Akhirat. Allah Maha Kuasa berfirman lagi : { dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir jika mereka mengetahui.}yakni : adalah mereka mempelajari sihir daripada memilih untuk mengikuti ajaran Muhammad ,

{Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, (nescaya mereka akan mendapat pahala) dan sesungguhnya pahala di sisi Allah adalah lebih baik jika mereka mengetahui.} yakni : sekiranya mereka percaya kepada Allah dan RasulNya dan tidak mengingkari nikmatNya, nescaya mereka mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah Maha Hebat. Ini sesuai dengan Firman Allah azza wa jall :

"Tetapi orang yang dianugerahkan Ilmu berkata : "Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang beriman dan mengerjakan kebajikan dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang yang sabar." [al-Qasas : 80] Pendapat Ulama : Sebahagian ulama' menemui bukti bahawa ahli sihir itu adalah kafir dalam firman Allah : { Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, }. Ulama' lain membuktikan bahawa ahli sihir itu bukan kafir, Cuma kepala mereka mestilah "Dipenggal".

Amr Ibn Dianr meriwayatkan daripada Bajabla Ibn Abdah berkata : "Umar Ibn Khattab mengarahkan setiap ahli sihir mestilah dipenggal kepalanya hingga mati. Maka, mereka telah membunuh tiga wanita sihir. Tambahan, adalah benar bahawa Ibu Orang Beriman, Hafsah telah disihir oleh hamba wanitanya. Seterusnya, Hafsah mengarahkan supaya wanita itu dibunuh. Lebih lagi, Imam Hambal berkata : Daripada tiga orang sahabat Rasul itu bahawa ahli sihir mestilah dibunuh."

Sebaliknya, At-Tirmidhi meriwayatkan daripada Ismail Ibn Muslim daripada AlHassan daripada Jundub al-Adzi berkata : Rasul Allah berkata : Hukuman yang ditentukan untuk ahli sihir adalah pancungan daripada pedang.

Diriwayatkan oleh Al-Walid Ibn Uqbah ada ahli sihir yang selalu membuat pertunjukan magis untuknya. Dia boleh mencabut kepala seseorang, dan kemudian meletakkan semula di tempat asalnya. Orang ramai berkata : Maha Suci Allah! Ahli sihir itu menghidupkan yang mati. Bagaimanapun, seorang

daripada orang musafir beriman itu nampak dia dan merancang sesuatu. Hari berikutnya, dia datang pada ahli magis tersebut dan memenggal kepalanya dan berkata : Andai kamu orang yang benar, hidupkan dirimu kembali! Dan, dia membacakan Firman Allah : {Apakah kamu menerima sihirnya itu, sedangkan kamu melihatnya}[Al-Anbiya : 3]. Al-Walid kemudiannya marah kerana musafir itu tidak meminta izinnya untuk membunuh ahli sihirnya, kemudian dia memenjarakan dia, dan bebaskan dia tidak lama itu. Allah tahu yang terbaik

Harut marut 2

Kisah Harut dan Marut Januari 8, 2012 - sulaiman

Setelah Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi, para malaikat di langit berkata " Wahai Tuhan, mengapa engkau jadikan anak-anak Adam itu sebagai makhluk pilihan-Mu di bumi, sedangkan mereka sering menderhakaiMu".

Allah SWT berfirman, "Kalaulah Aku turunkan kamu ke dunia dan Aku cipta kamu sama seperti manusia yang mempunyai nafsu, nescaya kamu juga akan melakukan sebagaimana yang manusia lakukan". Para Malaikat menjawab, "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, kami sama sekali tidak akan menderhakai-Mu ".

Lalu Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk diturunkan ke bumi. Malaikat memilih Harut, Marut dan Azail. Ketiga-tiga malaikat itu diturunkan ke bumi dalam bentuk dan rupa anak Adam. Ketika Azail dihidupkan nafsu dalam jiwanya, beliau menangis dan mohon dikembalikan ke langit seperti asalnya. Beliau diterima oleh Allah SWT dan tinggallah Harut dan Marut sahaja di dunia.

Sebelum diturunkan ke dunia, Harut dan Marut dibekalkan dengan nafsu dan syahwat sama seperti manusia. Mereka juga dianugerahkan berbagai ilmu pengetahuan termasuklah ilmu sihir. Mereka mengajar tentang sihir supaya manusia boleh membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman.

Baqarah [102] . Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir

Malaikat Harut dan Marut ini tidak mengajar ilmu sihir kepada manusia, melainkan mereka datang ke dunia sebagai ujian untuk mengajak manusia meninggalkan ilmu tersebut. Ada dikalangan masyarakat di zaman tersebut yang meminta supaya mereka mengajarkan ilmu ini, namun Harut dan Marut meletakkan syarat, sekiranya ilmu ini diajar, jangan sekali-kali mereka menyalah gunakan ilmu tersebut.

Baqarah [102] . dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya) ".

Ada juga ilmu sihir yang boleh membalik-balikkan hati manusia, sehingga pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi bertukar menjadi benci, bergaduh dan seterusnya membawa kepada penceraian.

Baqarah [102].Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah

Pada suatu hari datanglah seorang wanita yang cantik jelita berketurunan Parsi (Iran), bernama Zahrah isteri Raja ketika itu, yang juga merupakan zuriat keturunan Qabil (anak Nabi Adam yang cantik).

Apabila terpandang sahaja Zahrah, Harut dan Marut mula berdebar-debar. Maka bertanyalah Harut kepada Marut, "Wahai saudaraku Marut, adakah engkau merasai apa yang aku rasa, perasaan cinta dan berahi kepada wanita yang berjumpa kita tadi ?" Jawab Marut, "Benar, aku juga merasai apa yang engkau rasai".

Zahrah pula merasakan bahawa Harut dan Marut adalah manusia yang istimewa dan mempunyai sesuatu ilmu rahsia. Zahrah ingin mengetahui dan mempelajari rahsia nama-nama Allah yang agung iaitu "Ismullahhul A'zom". Zahrah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengetahui rahsia itu, lalu mempelawa mereka ke istananya.

Harut dan Marut pula cuba memikat dan merayu pada Zahrah untuk melakukan hubungan tetapi dia menolak. Akhirnya Zahrah bersetuju dan meletakkan syarat, sekiranya mahu melakukan hubungan dengannya, mereka hendaklah minum arak yang dihidangkannya. Akhirnya, mereka telah meminum arak untuk melakukan hubungan dengan Zahrah, kemudian membunuh suaminya. Disebabkan mabuk, mereka telah melakukan dosa lain iaitu membunuh.

Zahrah telah mendengar "Ismullahhul A'zom" daripada Harut dan Marut semasa mereka dalam keadaan mabuk itu. Lalu Zuhrah telah melafazkannya dan dia telah di"masakh"kan iaitu ditukar dia menjadi sebuah planet yang sekarang ini di kenali sebagai planet Zuhrah.

Setelah Harut dan Marut sedar daripada kemabukan, mereka sedar bahawa mereka juga melakukan kesalahan kerana dipengaruhi nafsu, sepertimana firman Allah kepada mereka sebelum ini.

Keduanya insaf di atas kesalahan yang mereka lakukan dan ingin segera kembali ke langit. Namun, Allah SWT tidak mengizinkan. Allah SWT berfirman kepada mereka, "Sekarang kamu berdua pilih, samada kamu mahu menerima azab di dunia atau azab di akhirat.? "Keduanya menjawab,"Wahai Tuhan, kami berdua memilih azab di dunia kerana azab di dunia ada pengakhirannya sedangkan azab di akhirat tidak akan berakhir."

Sikap Harut dan Marut ini berbeza dengan sikap Iblis yang memilih agar ditangguhkan azab di dunia ini kerana enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. (Hijr:35) Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). (Hijr:36)

Kemudian Allah SWT menempatkan Harut dan Marut di negeri Babil (Babylon) dan diazab dengan kedua kakinya terikat dengan kepalanya ke bawah dan kaki ke atas. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu "Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua'lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan

Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).

Harut Marut pada pengajian kami adalah "malakain" iaitu dua malaikat dan bukannnya "malikin (dua raja atau pemerintah). Jika apa pendapat yang mengatakan mereka adalah jin atau manusia, datangkanlah bukti atau dalil. Kami telah bawakan hadith seperti di atas yang terdapat dalam Tafsir Mazhari. Apapun ini bukanlah suatu perkara yang wajib dipercayai. Pengajarannya utamanya adalah tentang pengaruh nafsu terhadap manusia dan malaikat akhirnya akur tentang perkara ini.

Harut marut 3

Surah al Baqarah:102

Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlifah di muka bumi" al Baqarah:30 Lalu mereka berkata "mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau" Tuhan berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui" al Baqarah:30

Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia. Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.

Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan

mereka mengengkariNya?

Lalu Allah berfirman kepada para malaikat "jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia"

Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah berfirman lagi;pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu. Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah " dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut" al Baqarah:102 .

Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa. Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.

Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.

Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya. Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit. Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka

makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut. Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.

Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.

Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?

Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.

Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.

Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!

Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.

Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.

Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai