Anda di halaman 1dari 8

Km 10 , Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang

Johor Darul Tazim

No. Telefon

No. Fax

:
:
:
:
:

07-261 2430
07-261 2404
07-261 2488
07-261 2797
07-261 2402

Lama Web : http://www.pis.edu.my

LAPORAN PROGRAM
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
2015 MASIHI / 1436 HIJRAH
Tarikh
Masa
Tempat
Anjuran

:
:
:
:

Peserta
Penceramah

:
:

Disediakan oleh

04 Februari 2015 (Rabu)


7.30 pagi 10.30 pagi
Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal
Ehwal Pelajar PIS
1000 orang staf, pelajar PIS serta masyarakat sekitar
Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh
Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka
Md Yusri Bin Jani

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Politeknik Ibrahim Sultan pada 04 Februari 2015. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan
antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Antara
tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi
Muhammad SAW junjungan besar kita.
Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan
seterusnya diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan yang
mengambil bahagian adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar,
Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik Ibrahim
Sultan. Seramai 1000 orang pelajar, staf , pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis ini.
Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul telah
melantik dua orang juri iaitu En. Kamal bin Dardak (Pengurus Smart Home), Ustaz Khairul
Nizam Bin Mohd Khalid (Pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru)

Keputusan Pertandingan Kain Rentang dan perarakan


Johan Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan oleh Pengarah PIS , En. Mohd
Hatta Bin Zainal, Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada Yang
Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh, Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka
dengan tajuk Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Antara yang disentuh dalam ceramah
beliau adalah sejarah kelahiran Rasulullah dan perkembangan dakwah Rasulullah.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah
tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu
menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya
seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia
bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan
mendapat harta yang banyak.
Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat
rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang
sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya, kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga
sahabat baik Aminah.

Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya
keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya,
bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya
mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan
sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah
Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putusputus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah.
Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi
tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan
purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat

wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu
tarikan pada tubuh Muhammad.
Penutup
Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
kepada pemenang pertandingan kain rentang dan perarakan. Penyampaian ini
disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohd Hatta Bin Zainal, Pengarah PIS diringi Tn.
Syed Syikh Bin Syed A. Kadir, Pengerusi Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam majlis itu
juga Masjid PIS dan jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menyampaikan sumbangan kepada
pelajar-pelajar PIS yang kediamannya terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini. Seperti
kebiasaan tahun tahun sebelum ni, anugerah Iltizam di wujudkan bagi memberi
penghargaan kepada individu yang bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan dan aktiviti masjid. Pada tahun ini pelajar semester enam Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti, saudara Mohd Aidil Bin Yahya dinobatkan sebagai penerima
Anugerah Iltizam. Semoga penganjuran program kali ini memberi manfaat kepada semua
pihak yang terlibat sama ada peserta, AJK dan masyarakat setempat. InshaALLAH programprogram seperti ini akan diadakan lagi dan diharapkan ianya akan terus mendapat sokongan
daripada semua pihak khususnya para dermawan.

Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada
mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap
sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Bukhari)


CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT. NO : AR 4531

Jemputan lelaki

Jemputan Wanita

Ucapan Pengarah PIS, En. Mohd Hatta Bin Zainal

Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Zikri Fikri Bin Mohd Nooh

Tetamu muslimat

Penyampaian sumbangan kepada surau kariah

Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir (pelajar)

Penyampaian hadiah kepada penerima Anugerah Iltizam

Tetamu VVIP yang hadir

Laungan Selawat beramai-ramai

Bergambar bersama Jawatankuasa Masjid PIS

Anda mungkin juga menyukai