Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN

CERAMAH

KESEDARAN

ALAM

SEKITAR

DARI

JABATAN

PERHUTANAN NEGERI JOHOR.


Disediakan oleh : Alyyati Binti Mohd Talib (Setiausaha I Projek Eco Trail)

ada 26 Ogos 2014, Jabatan Matematik, Sains & Komputer telah menganjurkan Program

Minggu JMSK bertemakan Alam Sekitar . Tema yang dibawa untuk julung-julung kali ini

adalah back to nature. kerana alam sekitar ini adalah warisan dunia di mana ia satu aset
yang sangat berharga dan harus dipelihara, dijaga dan dikekalkan. Kesedaran tentang
penjagaan, amalan harian dan do & dont kepada alam ini perlu ditingkatkan lagi dari
semasa ke semasa agar masing-masing sedar dan bertindak kearah memeliharanya.
Program ini melibatkan hubungan kerjasama yang telah dijalinkan antara Jawatankuasa
Kolaborasi Eco-Trail Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak Jabatan Perhutanan Johor (JPNJ).
Beberapa acara menarik diselitkan antaranya adalah ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam
Sekitar. Program ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, penceramah khas

dijemput dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor iaitu Puan Nurazuwah binti Omar yang
menjawat jawatan sebagai Penolong Pemelihara Hutan dan juga diiringi oleh pengawas
hutan yang ramah dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengawas hutan iaitu
Encik Nasarudin bin Jais. Program ini telah melibatkan seramai 94 orang pelajar semester 1.
Ceramah kesedaran berlangsung dengan jayanya dimana terdapat beberapa aktiviti kuiz
dijalankan semasa sesi ceramah untuk menarik perhatian pelajar.
Secara keseluruhannya, kami menerima maklum balas positif dari para peserta
sepanjang dua hari program ini dilangsungkan. Malah pensyarah dan pelajar juga sentiasa
berbesar hati mengalu-alukan bentuk kerjasama seperti ini agar dapat membuka minda
kepentingan alam sekitar. Adalah menjadi harapan kami kerjasama seumpama ini dapat
diteruskan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub
pendidikan dan rujukan setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.

Aktiviti ceramah Kesedaran Alam Sekitar dari JPNJ

Anda mungkin juga menyukai