Anda di halaman 1dari 2

KURSUS PENERAPAN NILAI-NILAI

PEMBELAJARAN
Tempat : BK CAD3, JMSK, PIS
Disediakan Oleh: Naksa binti Ahmad

KEUSAHAWANAN

DALAM

PENGAJARAN

DAN

24 Jun 2014 Seperti yang telah digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, setiap graduan yang
berjaya menamatkan pengajian bukan sahaja keluar dengan membawa segulung diploma tetapi diri
mereka juga dilengkapi dengan nilai-nilai yang boleh dipasarkan dalam dunia industri. Salah satu
daripada niulai-nilai tersebut adalah nilai keusahawanan. Dengan nilai keusahawanan ini, graduan
politeknik seharusnya dapat mempromosi kebolehan yang mereka ada dan seterusnya dapat
mempromosi produk yang dihasilkan oleh syarikat tempat mereka bekerja.
Nilai-nilai keusahawan bukan sahaja dibincangkan dalam kursus keusahawanan tetapi juga perlu
diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang lain. Oleh itu, Kursus
Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan untuk
membantu para pensyarah mengetahui serta memilih nilai-nilai keusahawan yang boleh diterapkan dan
membincangkan bagaimana untuk memupuk nilai-nilai keusahawan yang sesuai dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan di dalam kelas.
Kursus ini dihadiri oleh 25 orang pensyarah JMSK dan telah dikendalikan oleh Pn Surayahani binti
Kamarolzaman, seorang pensyarah di JMSK yang juga merupakan seorang pensyarah kursus
keusahawanan.
Di dalam kursus ini, peserta juga telah diberikan ujian untuk mnegnalpasti ciri-ciri keusahawanan yang
ada dalam diri masing-masing.

Di akhir kursus, peserta dikehendaki untuk membentangkan nilai

keusahawanan yang ingin diterapkan beserta aktiviti yang ingin dilakukan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran kelas yang akan datang.
Diharap dengan kursus ini, para pensyarah telah mendapat inspirasi dan idea dalam mempelbagaikan
ilmu yang boleh disampaikan kepada pelajar supaya graduan yang dihasilkan nanti bukan sahaja tinggi
ilmunya tetapi juga tinggi nilai kebolehpasarannya.

Anda mungkin juga menyukai