Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran

Dewasa kini, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi aspek utama


dalam membentuk modal insan yang bermindakan kelas pertama. Di samping itu,
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kayu ukur dalam memastikan hasrat
Negara tercapai iaitu melahirkan modal insan yang dapat berjasa kepada Negara.
Maka konsep pengajaran dan pembelajaran perlu difahami oleh semua bakal guru
dalam mencapai hasrat tersebut.
Serba kita maklum, seorang guru perlu melengkapi diri mereka dengan
konsep asas pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai
memberikan arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Di
samping itu, pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi
dengan baik. Oleh itu, dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan guru perlulah menilai keperluan-keperluan pembelajaran
yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai
untuk pelajar.
Secara amnya, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang
individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan
semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Setelah memahami konsep
pengajaran dan pembelajaran , seorang guru perlulah mengaplikasikannya dalam
dunia pendidikan. Misalnya, guru perlu menarik perhatian pelajar dengan mengarah
pelajar kepada topik pengajaran. Contohnya ,guru boleh memulakan pengajaran
dengan program multimedia, iaitu skrin dengan animasi sebelum tajuk dikemukakan.

Di samping itu, diikuti dengan kesan bunyi atau muzik yang boleh menarik perhatian
pelajar dengan rangsangan audio atau visual.
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan berkesan, guru perlu memaklumkan kepada pelajar tentang objektif
pelajaran supaya mereka sedar tentang matlamat pengajaran. Dengan kesedaran
ini, pelajar lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu pelajaran yang akan
dilalui. Bagi memperjelas matlamat pengajaran kepada pelajar, guru boleh
menerangkan tujuan kandungan, mengemukakan matlamat untuk pelajar memilih
dan meminta pelajar memilih matlamat sendiri.
Selain daripada itu, guru harus menggunakan pelbagai cara untuk
memperoleh maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan
pelajaran. Antaranya caranya termasuk ujian pra atau beberapa soalan yang
mencungkil pengetahuan mereka. Peringkat ini amatlah penting untuk mewujudkan
satu asas yang kukuh bagi membina pengetahuan baru. Pengetahuan ini membantu
guru memulakan pelajaran daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang
diketahui.
Di samping itu, bimbingan tambahan perlu diberikan kepada pelajar semasa
penyampaian kandungan untuk membantu pelajar mengingati maklumat dalam
ingatan jangka panjang. Bahan pengajaran perlu tepat dan jelas. Antara strategi
yang boleh digunakan termasuklah penggunaan contoh, kes-kes kajian, perwakilan
dan pengurusan grafik serta penggunaan mnenomik, analogy dan sebagainya.
Dalam proses ini, guru boleh menggalakkan pelajar membuat perbandingan antara
konsep atau prinsip atau menggunakan carta aliran untuk menggambarkan

kandungan. Pelajar dirangsang untuk membina makna serta mengaplikasi apa-apa


yang dipelajari mereka. Pelajar juga dibimbing untuk melibatkan diri secara aktif.
Kesimpulannya,

guru

haruslah

memastikan

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran tercapai dalam memastikan mencapai hasrat Negara iaitu melahirkan


modal insan yang berminda kelas pertama.

Anda mungkin juga menyukai