Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 2004 yang ditulis oleh penulis yang berbakat dalam bidang penulisan iaitu John Clacrk daripada Massey Universiti. Jurnal ini secara keseluruhannya adalah mengenai etika pengajaran bagi seseorang guru, contohnya etika guru dengan pelajar dan sebagainya. Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan dalam menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan dalam semua aspek secara amnya. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru adalah berkait rapat dengan mutu pendidikan di dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan juga terhadap ibu bapa. Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah guru tidaklah harus bertingkah laku negatif sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan kerana setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan juga ibu bapa. Selain daripada itu, di dalam semua hubungan dan tugasan, seorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Seorang guru juga haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tidak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya dan guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
1

2.0 Ulasan Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 2004 yang ditulis oleh seorang penulis yang berbakat dalam bidang penulisan iaitu John Clacrk daripada Massey Universiti adalah mengenai tentang etika perguruan sepenuhnya. Di dalam artikel ini banyak menyatakan tentang etika guru iaitu satu prinsip-prinsip dan kaedah dalam bidang profesional perguruan. Guru juga adalah menjadi aspirasi kepada para pelajarnya supaya para pelajarnya akan berjaya pada masa akan datang dan dapat menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya menabur bakti kepada negara yang tercinta. Oleh sebab itu, penulis menyatakan bahawa seorang guru hendaklah sentiasa mencerminkan sahsiah, moral, akhlak dan tingkahlaku yang baik kepada para pelajarnya supaya seorang guru itu akan dipandang mulia oleh para pelajarnya. Jurnal berkaitan etika perguruan ini juga mengandungi pengalaman penulis dalam mengajar. Penulis menyatakan beliau menpunyai pengalaman dalam dua aspek yang berkaitan iaitu yang pertama ialah etika pengajaran yang perlu beliau hadapi apabila berhadapan dengan pelajar dan yang kedua ialah etika profesional ketika berada di akademi tempat beliau mengajar. Pengalaman semasa beliau mengajar pelajar dalam program pendidikan guru pra perkhidmatan adalah memberi tumpuan kepada kod etika yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh pelajar program tersebut. Antaranya ialah kod etika dan juga teori etika yang membawa maksud seseorang bakal guru haruslah mengetahui serba sedikit tentang etika perguruan yang perlu dipatuhi utuk menjadi seorang guru yang baik, yang kedua ialah seorang guru haruslah memahami tentang hubungan seorang guru dengan para pelajarnya seperti bersikap amanah, jujur dan lain-lain lagi. Oleh itu, seorang guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.

Selain daripada itu, semasa beliau mengajar pelajar dalam program pendidikan guru, beliau turut menyatakan seorang guru harus mengetahui cara-cara yang perlu dilakukan dalam mengatasi masalah yang berlaku antara para pelajar khususnya. Guru seharusnya menghormati segala hak kebebasan pelajar seperti seorang guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. Oleh sebab itu, seorang guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri. Selain itu, dalam jurnal ini juga menyatakan tentang isu pedagogi yang harus diketahui oleh bakal-bakal guru pada masa akan datang. Isu pedagogi ini merangkumi kesaksamaan antara pelajar, keadilan dan sebagainya. Seorang guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu. Seorang bakal guru mahupun guru tetap juga hendaklah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Keadaan ini kerana seorang guru berfungsi sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya. Selain itu, penulis juga menyakan bahawa seorang guru juga haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. Semasa mengajar guru haruslah peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan potensinya supaya setiap pelajar akan mencapai kejayaan pada masa akan datang khususnya.

Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 2004 juga menyatakan terdapatnya persoalan dalam melibatkan diri dalam bidang profesional perguruan iaitu menjadi seorang guru mahupun seorang pembimbing. Menurut penulis, bagi kebanyakan pelajar yang mengikuti program pendidikan guru pra-perkhidmatan adalah bertujuan untuk memperoleh kemahiran, sikap dan pengetahuan yang boleh melengkapkan diri mereka sebagai seorang guru untuk melakukan pengajaran di sekolah dan seterusnya dapat membuat kerja. Kebanyakan mereka hanya menuntut ilmu hanya sekadar untuk menjadi guru dan tidak berusaha untuk menuntut ilmu lebih banyak agar dapat menjadi seorang guru yang hebat dari pelbagai segi. Selain daripada itu, menurut penulis jurnal menyatakan bahawa terdapat pelajar yang mengikuti program pendidikan adalah untuk menjadi seorang guru yang sangat cekap dengan para pelajar program tersebut bersemangat dalam belajar banyak ilmu tentang perguruan kerana ingin menjadi seorang guru yang profesional dam bidang perguruan. Selain itu, pelajar yang memasuki kolej pendidikan dan mengambil program pendidikan guru dan akhirnya lulus dengan mendapat ijazah sarjana muda pendidikan kini kebanyakannya tidak kehadapan. Kebanyakan golongan ini hanya mempunyai imu pengetahuan am yang sedikit dan keadaan ini akan menyebabkan mereka sukar mendapt pekerjaan dalam bidang perguruan ini. Golongan bakal guru ini seharusnya sentiasa bersedia dalam pelbagai aspek contohnya aspek pengetahuan, mentel dan fizikal untuk menjadi seorang pendidik dan mampu mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin terutamanya. Selain daripada itu, penulis mahukan seorang guru pada masa akan datang mempunyai identiti dan keperibadian yang tinggi sebagai seorang guru dengan mempunyai pelbagai kebolehan seperti bersikap kreatif, bertanggungjawab, berfikiran terbuka. Guru juga haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru juga bertindak sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat, tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian dan yang terakhir ialah guru dapat membuka minda para pelajar, menawarkan wawasan baru, bijak dalam mencari peluang dan seterusnya dapat menjadi seorang guru yang beretika dan cemerlang dalam semua perkara.

Jurnal ini juga menyatakan tentang kepentingan praktikal mahupun teori dalam melibatkan diri dalam bidang profesional perguruan pada masa kini. Menurut Kant amalan tanpa teori adalah kosong dan teori tanpa amalan juga adalah kosong. Oleh itu, kesimpulannya praktikal dan juga teori adalah saling berkaitan dan saling penting antara satu dengan yang lain. Namun yang menjadi masalah para pelajar dalam bidang pendidikan ini ialah kebanyakan daripada mereka lebih mengatakan bahawa mereka mahukan lebih banyak pembelajaran praktikal berbanding dengan pembelajaran teori. Tanggapan seperti ini adalah salah kerana jika seorang pelajar hanya mahukan belajar praktikal sahaja, maka ilmu tentang pengajaran mereka akan kurang dan keadaan ini akan menjejaskan pengajaran mereka semasa menjadi guru yang sebenar pada masa akan datang. Oleh itu, teori dan juga amalan memang tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua perkara itu adalah penting. Selain daripada itu, dalam jurnal ini juga menyatakan tentang persekitaran bilik darjah dan juga aspek politik dalalm bilik darjah. Pada masa kini, walaupun kebanyakan negara mempunyai bilik darjah yang selesa, namun terdapat juga segelintir pelajar yang masih belajar dalam keadaan bilik darjah yang tidak selesa contohnya seperti bilik darjah yang panas. Keadaan ini menyebabkan para pelajar tidak selesa berada di dalam kelas untuk melakukan aktiviti pembelajaran bersama-sama guru. Keadaan ini sepatutnya diperbaiki dengan sebaik mungkin dengan menyediakan bilik darjah yang baik iaitu bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna dan bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jurnal ini juga menegaskan bahawa seorang guru hendaklah bebas daripada terlibat dalam mana-mana parti politik dalam sesebuah negara. Keadaan ini disebabkan kerisauan jika seseorang guru itu akan menyampaikan dan menyebarkan agenda politik semasa berada di dalam kelas dan keadaan ini akan menyebabkan para pelajar akan semakin hilang rasa hormat dan juga kepercayaan kepada guru mereka sendiri. Guru sememangnya tidak mencampur adukan politik persendirian terhadap setiap para pelajarnya. Sebagai seorang guru yang beretika dan juga berwawasan, guru tersebut haruslah berada di pihak yang neutral atau bebas daripada sebarang bentuk politik agar dapat memberi peluang kepada para pelajar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri terutamanya.
5

Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 200 juga dapat membetulkan salah faham tentang konsep para pelajar program pendidikan secara amnya berkaitan hubungan antara teori dan juga amalan adalah saling berhubungan dan berkaitan antara satu sama lain. Selain daripada itu, para pelajar yang mengikuti program pendidikan seharusnya tidak melibatkan diri dalam politik kerana akan menyebabkan prestasi belajar mereka akan sedikit terjejas. Oleh itu, dalam jurnal ini menyarankan para pelajar tidak mengikuti mana-mana parti politik secara amnya agar dapat menjadi seorang guru yang bebas daripada sebarang bentuk politik pada masa akan datang. Penulis juga menyatakan kesimpulannya berkaitan dengan jurnal ini ialah dalam menjadi seorang guru yang beretika dan juga berwawasan, seorang guru itu hendaklah sentiasa menunjukan tingkahlaku yang baik kepada semua orang termasuklah pelajar, masyarakat dan sebagainya. 3.0 Kebaikan Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 200 mempunyai banyak kebaikan apabila membacanya antaranya ialah para pembaca akan dapat mengetahui serba sedikit tentang etika untuk menjadi seorang guru seperti bersikap baik, bersopan santun, berakhlak mulia, bertanggungjawab, prihatin terhadap pelajar, dan sebagainya. Setelah melakukan pembacaan terhadap artikel ini, para pembaca akan khususnya bakal-bakal guru akan sedar akan etika perguruan tersebut dan berusaha dengan baik supaya etika perguruan dapat diikuti dengan sebaik mungkin oleh bakal guru mahupun guru tetap. Etika tersebut berfungsi sebagai panduan kepada guru-guru supaya imej dan juga profesion perguruan dipandang mulia oleh para pelajar dan juga masyarakat secara amnya. Selain daripada itu, jurnal ini juga dapat membantu bakal-bakal guru dalam mengatasi masalah yang berlaku di sekolah kelak berkaitan hubungan guru dengan para pelajar contohnya pelajar bergaduh dengan guru, guru bercinta dengan pelajar dan sebagainya. Perkara seperti ini haruslah dielakkan dengan sebaik mungkin kerana masalah ini akan menjatuhkan maruah seseorang guru dan kemungkinan guru yang terlibat dengan masalah tersebut akan dipandang serong oleh para pelajar dan juga masyarkat. Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam menangani masalah-masalah yang berlaku di sekolah dengan mengambil pendekatan yang lebih baik untuk menjadi guru yang cemerlang.

Jurnal ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu melalui artikel ini, bakal guru khususnya akan dapat memotivasikan diri sendiri terutamanya supaya sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu pengetahuan apabila ditawarkan untuk menjadi guru dan seterusnya mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Bakal-bakal guru yang masih belajar di universiti mahupun institusi lain berkaitan pendidikan seharusnya sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca bahan-bahan ilmiah terutamanya supaya mereka akan dapat menjadi seorang guru yang hebat dan juga cemerlang dalam pelbagai segi. Keadaan ini akan menyebabkan mereka akan dihormati oleh para pelajar, guru-guru, masyarakat dan lain-lain lagi. Jika bakal-bakal guru pada masa kini kurang mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kurang bersedia dalam pelbagai aspek untuk menjadi seorang guru, maka sebilangan bakal guru seperti ini tidak akan dapat mendidik anak bangsa dengan sebaiknya dan ini akan mendatangkan kesan kepada para pelajar terutamanya. Selain daripada itu, kelebihan jurnal ini ialah memberi pengetahuan yang baru khususnya kepada bakal-bakal guru yang kebanyakan mengatakan bahawa mempelajari praktikal lebih penting daripada belajar teori berkaitan dengan pengajaran di sekolah kelas. Penulis telah menyangkal dakwaan ini dan terdapatnya Kant juga telah mengatakan bahawa teori dan juga praktikal adalah sama penting dan kedua-dua ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain jika seseorang bakal guru ingin berjaya dan menjadi seorang guru yang berjaya pada masa akan datang. Teori dan praktikal harus diberi keutamaan yang sama kerana apabila kita hendak menjadi seorang guru, kita seharusnya terlebih dahulu belajar tentang ilmu berkaitan pendidikan khususnya seperti kaedah-kaedah mengajar dengan baik, cara menarik minat pelajar dan sebagainya. Setelah semuanya dipelajari barulah kita menjalankan praktikal sebagai seorang guru untuk memberi kita pengalaman dalam bidang pendidikan. Kelebihan yang terakhir dalam jurnal ini ialah, bakal-bakal guru mahupun guru tetap akan dapat mengetahui persekitan bilik darjah yang sesuai untuk para pelajar. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, dan lain-lain lagi. Guru dan juga pihak sekolah terutamanya hendaklah menyediakan persekitaran bilik darjah yang baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
7

4.0 Kelemahan Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 200 mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah penulis jurnal mahupun pengkaji berkaitan jurnal ini hendaklah menjalankan kajian dengan melibatkan lebih banyak responden/sampel kajian, keadaan ini kerana responden yang banyak akan membolehkan pengkaji akan dapat mengetahui lebih pandangan mahupun pendapat bakal-bakal guru berkaitan etika perguruan, praktikal mahupun teori yang perlu diberi keutamaan oleh para pelajar program pendidikan di institusi mahupun di universiti. Keadaan ini akan dapatt menguatkan pendapat dan juga pandangan penulis itu sendiri iaitu praktikal dan juga teori dalam pendidikan adalah berkaitan antara satu dengan yang lain. Selain daripada itu, jurnal ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu penulis yang mengajar di program pendidikan hanya mengajar dalam tempoh masa yang agak sedikit sahaja iaitu selama 4 minggu. Di dalam tempoh 4 minggu tersebut, penulis telah membuat kajian dan telah mengenalpasti masalah-masalah yang sering bermain di fikiran para pelajar dalam program pendidikan. Penulis seharusnya menjalankan kajian dengan memperhatikan dan menganalisis para pelajar program pendidikan dengan lebih lama contohnya setelah 16 minggu proses pengajaran antara pelajar, barulah penulis/pengkaji membuat satu analisis berkaitan pelajar di program pendidikan tersebut. Keadaan ini akan dapat memberi pengkaji mahupun penulis untuk mendapatkan hasil keputusan mengenai sesuatu perkara dengan lebih jelas, tepat dan seterusnya akan dapat menjadikan hasil kajian pengkaji akan lebih mendapat tumpuan para pengkaji lain. Kelemahan yang terakhir di dalam jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 200 ialah pengkaji seharusnya menyatakan mengenai kajian-kajian lepas berkaitan etika perguruan ini agar masalah yang dikaji oleh pengkaji akan mendapat lebih kesahihan dan juga kejituan. Kajian-kajian lepas seharusnya dinyatakan di dalam jurnal ini kerana para pembaca jurnal akan dapat membuat rujukan sekiranya mempunyai masalah berkaitan dalam bidang perguruan secara amnya. Selain itu, kajian lepas juga berperanan untuk mengukuhkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam jurnal ini.

5.0 Penambahbaikan Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 200 perlu penambahbaikan dari pelbagai segi. Antara penambahbaikan yang sesuai ialah penulis hendaklah menyatakan dengan lebih terperinci dan jelas tentang etika perguruan. Penerangan etika yang lebih terperinci akan dapat menyebabkan pembaca akan dapat mengetahui serba sedikit etika perguruan yang selama ini telah lama dipraktikkan oleh para guru semasa di sekolah. Selain daripada itu, penerangan yang lebih terperinci berkaitan dengan etika perguruan akan dapat memberi pengetahuan serba sedikit kepada bakal-bakal guru pada masa akan datang khususnya dan boleh dijadikan panduan kepada bakal guru supaya sentiasa menunjukan sahsiah yang baik sesuai dengan profesion perguruan secara amnya. Selain daripada itu, penambahbaikan yang lain dalam jurnal ini ialah penulis seharusnya memberikan contoh-contoh yang realiti pada masa kini jika seseorang guru melanggar etika perguruan dengan memberikan kesan ke atas guru tersebut. Keadaan ini kerana contoh-contoh tersebut akan dapat menyedarkan para pembaca khususnya golongan bakal-bakal guru supaya sentiasa mengikuti segala etika perguruan setelah menjadi seorang pendidik pada masa akan datang agar dapat menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang mampu berbakti kepada pelajar, keluarga, masyarakat dan juga negara yang tercinta. Jurnal ini juga hendaklah menambahbaikan dari aspek teori berkaitan yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan khususnya teori yang dapat menarik minat pelajar supaya sentiasa minat dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah semasa guru mengajar tentang sesuatu topik pelajaran contohnya teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung akan mempelajari perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. 6.0 Kesimpulan
9

Jurnal The Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics dari New Zealand Journal of Teachers Work, Volume 1, Issue 2, 80-84, 2004 yang ditulis oleh John Clacrk daripada Massey Universiti secara keseluruhanya adalah bagus dijadikan rujukan kepada bakal-bakal guru secara amnya. Jurnal ini banyak menyatakan berkaitan etika perguruan secara amnya yang perlu diketahui dan diikuti oleh bakal guru mahupun guru-guru tetap. Guru-guru seharusnya mengamalkan dan mengikut segala etika perguruan kerana ia merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Keadaan ini disebabkan seorang guru merupakan individu terpenting dalam proses mendidik anak-anak bangsa agar menjadi seorang individu yang berjaya pada masa akan datang. Kesimpulannya, seorang guru yang dikatakan sebagai pendidik itu adalah 'role model' terbaik dalam pembentukan modal insan para pelajar. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa masa depan kanak-kanak dalam dunia moden kini sedikit sebanyak adalah hasil daripada pengaruh guru yang telah banyak mendidik mereka dalam sistem formal yang telah dilalui oleh kanak-kanak itu. Selain itu, guru juga mempunyai pengaruh yang luas dan berkesan dalam kalangan muridnya, oleh sebab itu jika kuasa seorang guru itu disalahgunakan sama ada dengan disedari atau sebaliknya, maka akibatnya akan melembapkan dan menghancurkan generasi masyarakat akan datang. Jadi di sini adalah menjadi tugas guru bagi menjaga taraf profession untuk mengekalkan prestasi yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat, murid, bangsa, agama dan negara. Oleh itu, bakal guru dan juga guru-guru hendaklah mengamalkan segala kod etika perguruan supaya guru dihormati oleh semua lapisan masyarakat secara amnya.

Bibliografi
10

John Clark (2004) the Ethics of Teaching and the Teaching of Ethics . New Zealand Journal of TeachersWork.Diekses http://www.teacherswork.ac.nz/journal/volume1_issue2/clark.pdf Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad (2008). Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM . Diekses daripada http://eprints.utm.my/10740/1/Pengetahuan_Etika_Profesion_Perguruan_Dalam_Kalan gan_Guru_Pelatih_4SPH_Fakulti_Pendidikan_UTM.pdf Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolah dan IPT. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd Yahya Buntat & Zainuddin Masrom (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Satu Tinjauan. Diakses daripada http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E%5B5%5D.pdf Chee Kim Mang (2008). Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan : Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah. Diakses daripada http://web.usm.my/education/publication/JPP23-3_KUALITI%20GURU.pdf

11

Anda mungkin juga menyukai