Anda di halaman 1dari 18

1

1. PENDAHULUAN

Guru merupakan insan yang paling mulia kerana mereka berperanan mendidik dan
membentuk anak bangsa menjadiseorang insan berguna kepada Agama,
masyarakat, dan Negara 1. Sebab itulah profesion keguruan mempunyai kod etika
tersendiri untuk mendisiplinkan para pendidik. Tugas guru sebagai pendidik adalah
satu tugas yang amat besar dan berat kerana gurulah yang mendidik, mentarbiah,
dan membentuk manusia itu menjadi seorang manusia yang berguna di masa
hadapan. Kepercayaan yang telah diberikan oleh ibu bapa, masyarakat dan Negara
kepada mereka amatlah tinggi. Tanggungjawab ini perlulah dipikul oleh guru dengan
penuh keikhlasan2.

Jadi seorang guru yang memahami nilai-nilai agama dan norma-norma


kehidupan akan sentiasa sedar dengan tugas yang telah digalaskan kepada
mereka3. Namun pada hari ini terdapat beberapa kes yang telah mencalar nama baik
status “guru”. Hal ini kerana terdapat guru yang telah melanggar etika perguruan,
contohnya terdapat kes guru merogol pelajar, guru meraba pelajar, guru melakukan
gangguan seksual kepada pelajar dan sebagainya. Status guru yang dipandang
mulia oleh masyarakat telah pudar disebabkan oleh sikap beberapa orang guru yang
tidak bertanggungjawab ini.

Keadaan sebegini tidak seharusnya terjadi dalam kalangan guru yang


professional, tambahan pula perkara ini bertentangan dengan nilai-nilai murni dalam
agama Islam Masalah guru yang tidak beretika ini sepatutnya tidak wujud dalam
masyarakat kita jika mereka mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin.
Namun apa yang terjadi pada hari ini ialah pendidikan Islam itu sendiri tidak

1
Gardner.R.J. (2000). Educations For Valies Moral, Ethics And Citizenship Contemporary Teaching . Great
Britain : Kogan Page Limited.
2
Ashraf, S. A. (1997). What Makes a Good Teacher of Religious Education. Muslim Educations Quarterly 14
(3): 1-3.
3
Atha, A. A.-Q. (1992). Adab Al-Nabiy. Bairut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah.
2

diamalkan dan tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian guru 4. Faktor


kurangnya pegangan agama dalam kalangan guru juga punca masalah keruntuhan
moral ini berlaku.

Maka betullah kata Syed Naqiub Al-Attas bahawa ilmu perlu diislamisasikan
Jadi bukan sahaja bidang ilmu itu sahaja perlu diIslamisasikan malah guru-guru
akademik juga perlu diterapkan unsur-unsur agama dalam kehidupan. Dengan kata
lain jika semua ilmu sahaja diIslamisasikan adalah tidak mencukupi, unsur batiniah
yang bersifat spiritual keagamaan dan nilai-nilai agama yang telah disyariatkan
dalam agama Islam sudah pasti ilmu yang telah diIslamisasikan tidak dapat di terap
kepada pelajar dengan sebaik mungkin. Seharusnya guru juga perlu mendalami
ilmu-ilmu agama dengan baik agar apabila sesuatu ilmu yang ingin disampaikan
kepada pelajar dapat di sampaikan dengan penuh penghayatan. Hal ini kerana
dalam bidang pendidikan keikhlasan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar sangat berkait rapat. Unsur keberkatan adalah sangat penting apabila
proses penyampaian ilmu dilakukan.

Maka dengan wujudnya guru-guru yang mendalami ilmu agama yang baik,
masalah pencabulan atau gangguan seksual dalam kalangan guru tidak lagi berlaku.
Dengan ini guru perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap
penghayatan agama. Jika mereka selalu mengamalkan apa yang telah ditinggalkan
oleh baginda rasulullah s.a.w iaitu berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya
kamu tidak akan sesat selamanya. Iaitu berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah
iaitu al-quran dan al-sunnah.

4
Langgulung, H. (1987). Penghayatan Nilai-Nilai Islam Ditinjau Daripada Proses Pembelajaran Dalam
Konteks Pendidikan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Islam 2(5): 13-30.
3

2. KEPENTINGAN MEMAHAMI KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN

Seringkali kita terbaca dalam akhbar tempatan tentang guru-guru yang terbabit
dengan perbuatan yang menyalahi etika profesion keguruan seperti ponteng,
mencabul, melakukan gangguan seksual terhadap terhadap murid sekolah,
penagihan dan pengedaran dadah, melakukan kerja sampingan, pengelibatan
secara aktif dalam politik dan tidak amanah. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan
mereka tidak menghayati profesion perguruan dengan sebaik mungkin.
Tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka telah di pandang mudah oleh
mereka. Sedangkan profesion perguruan sebenarnya mempunyai kod etikanya
tersendiri, demi memartabatkan profesion perguruan. Sepatutnya Kod etika
perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang
perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini.
Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi

Jika kita perhatikan disini etika merujuk kepada kepada satu set peraturan
yang ditetapkan oleh organisasi dalam mengawal tindak tanduk ahli agar tidak
terkeluar daripada tingkah laku yang diterima secara bersama berdasarkan
pematuhan ahli kepada organisasi. Manakala profesionalisme pula merujuk kepada
sikap individu dalam organisasi iaitu sikap individu dalam sebarang tindakan ketika
melaksanakan tugas. Hal ini kerana ahli bertanggungjawab terhadap profesion
mereka tanpa ada perasaan bias serta meletakkan kehendak organisasi mengatasi
kepentingan individu. Jadi sebagai seorang guru, merek perlulah mematuhi kedua-
dua perkara ini supaya mereka dapat memahami tanggungjawab sebenar mereka
sebagai seorang pendidik.

Hal ini kerana peranan guru di sekolah bukan sekadar menyampaikan isi
kandungan mata pelajaran tertentu yang membolehkan seseorang murid lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan sahaja tetapi tugas guru lebih berat daripada
itu keranan guru berperanan dalam mendidik dan membentuk pelajar yang berguna
kepada keluarga, masyarakat, Negara dan Agama. Sebab itulah profesion perguruan
ini merupakan salah satu profesion khidmat manusia yang penuh dengan tekanan
4

dan burnout5 melalui saringan seperti menduduki peperiksaan bagi megetahui minat
mereka terhadap profesion perguruan. Setelah lulus ujian tersebut mereka akan
dipanggil untuk sesi temuduga bagi mengenalpasti calon guru yang patut dipilih
untuk menjalani latihan perguruan di institut perguruan ataupun universiti.

Syarat akademik juga telah ditingkatkan ia itu hanya calon yang mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang sahaja akan dipilih untuk menduduki
peperiksaan saringan. Pada masa lampau syarat kecemerlangan akademik tidaklah
ditekankan sangat. Walaubagaimanapun calon guru perlu memenuhi syarat-syarat
tertentu agar profesion perguruan tidak terjejas. Pelaksanaan syarat-syarat
kemasukan calon guru ke institut perguruan mahupun universiti yang agak ketat
dilaksanakan adalah untuk memilih calon guru yang berminat serta berwibawa dalam
dunia pendidikan. Latihan yang diterima calon guru menggambarkan profesion
perguruan bersifat professional dan beretika seperti juga profesion lain seperti
doktor, akitek, jurutera dan lain-lain profesion.

Guru yang dikeluarkan institusi perguruan mahupun universiti telah dibekalkan


dengan ilmu yang membolehkan mereka adalah professional yang perlu mematuhi
etka kerja yang telah ditetapkan. Kejayaan dan keberkesanan guru sebagai pendidik
banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan sifat bertanggungjawab
dalam melaksankan tugas serta menerapkan sifat kepimpinan mereka terhadap
murid. Mereka adalah contoh dan teladan kepada murid dan juga masyarakat. Dalam
usaha melahirkan pendidikan yang bermutu tinggi dan cemerlang terutama sekali
dalam merealisasikan Wawasan 2020, Malaysia sangat memerlukan guru yang
berdaya usaha tinggi, cekap, cergas, berproduktiviti tinggi serta bersifat professional
dan beretika.

Matlamat ini hanya dapat dicapai sekiranya guru tidak mengalami berbagai
cabaran dan tekanan di tempat kerja. Cabaran yang tidak dapat diatasi oleh pihak
guru boleh menyumbangkan kepada tahap tekanan yang tinggi. Tekanan dalam
kalangan guru merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik dan
memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal guru. Bebanan kerja juga dilihat

5
Maslach, C. (1986). Maslach Burnout Inventory Manual (2nd Ed.). Polo Alto, CA: Counseling Psychologist Press.
5

sebagai penyumbang utama kepada ketidakhadiran guru, moral guru yang rendah
dan produktiviti kerja yang menurun. Tekanan juga dilihat sebagai punca kepada
penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan dalam kalangan guru.

Maka sebagai seorang pendidik, etika perguruan itu perlu dipatuhi dengan
sebaik mungkin kerana guru merupakan role model yang paling penting dalam
mendidik anak bangsa. Maka jika seorang guru menunjukkan kewibawaan yang baik
kepada pelajar, generasi berakhlak mulia dan terdidik akan di lahirkan pada generasi
akan datang. Namun malangnya apa yang berlaku sekarang ialah para murabbi,
mua’lim, muaddib, mudarris telah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang
bertentangan dengan apa yang telah di syariatkan oleh agama Islam Fenomena
sedemikian sepatutnya tidak berlaku lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang
beragama Islam Hal ini kerana agama Islam telah mengajar umatnya dengan nilai-
nilai murni seperti saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, kasih-sayang dan
sebagainya. Nilai ini patutnya di amalkan oleh guru-guru dalam mendidik anak
bangsa agar mereka menjadi bangsa yang baik dan berakhlak mulia.

Sebagaimana yang telah di gariskan oleh Etika Kerguruan Islam, setiap guru
itu mestilah bertanggungjawab terhadap Allah. Dengan kata lain, seorang guru
Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah
disamping mengukuhkan hubungannya secara berterusan dengan Allah. Hal ini
kerana jika manusia itu benar mengikut seruan yang telah disyariaatkan oleh Allah
nescara mereka sesekali tidak akan melakukan fitnah terhadap agamanya. Selain itu
seorang gurun itu perlu mempunyai sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan
beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. Selain itu guru juga perlulah
menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah dan hendaklah mereka
prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah
mendaulatkan syariat Islam

Jika kesemua elemen-elemen yang telah disebutkan di atas dilakukan oleh


setiap guru nescaya masalah gangguan seksual dalam kalangan guru terhadap guru
atau dalam kalangan guru kepada pelajar tidak lagi berlaku kerana mereka sedar
dan patuh tentang wujudnya pencipta yang sentiasa memerhatikan tingkahlaku
mereka.
6

2. GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI


MALAYSIA

Tugas seorang guru adalah mendidik pelajar-pelajar mereka nilai-nilai kemanusia,


ilmu pengetahuan yang berguna, dan sebagainya. Dengan ini guru yang baik dan
berkualiti seharusnya mempunyai sikap dan peribadi yang mulia. Malangnya apa
yang berlaku pada hari ini guru-guru yang telah di beri kepercayaan oleh ibu bapa
dan masyarakat pada hari ini telah menyelah gunakan kuasa mereka dalam
mendidik anak bangsa. Contohnya telah berlaku banyak kes gangguan seksual
dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, universiti dan sebagainya.
Gangguan seksual terbahagi kepada dua, pertama berbentuk ugutan dan kedua
berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi.

Hall dan Lloyd (1983) menyatakan bahawa elemen penting yang menunjukkan
penderaan seksual kanak-kanak berlaku ialah apabila kejadian melibatkan
pengkhianatan tanggungjawab. Dalam keadaan ini pendera mempunyai kuasa ke
atas mangsa, berlakunya aktiviti seksual, menggunakan paksaan dan melibatkan
ancaman. Penderaan juga boleh berlaku walaupun tidak melibatkan keganasan atau
paksaan.

Corby (2000) pula berpendapat bahawa penderaan seksual melibatkan


eksploitasi kanak-kanak dan remaja kepada aktiviti seksual oleh individu dewasa
yang matang. Mangsa terlibat merupakan individu yang belum berupaya untuk
berdikari dan tidak matang iaitu mereka yang berumur di bawah 16 tahun. Dalam
keadaan ini kanak-kanank digunakan untuk kepuasan seksual (bamford & roberts
1989; Riley 1991)

Definisi oleh American Academy Of Pediatrics (2000) menunjukkan


penderaan seksual berlaku apabila melibatkan individu dewasa mengusap genital
kanak-kanak, memaksa kanak-kanak mengusap genital, memasukkan genital kanak-
kanak secara oral, menggesel genital dewasa kepada genital kanak-kanak atau
memasukkan genital ke dalam vagina atau anal kanak-kanak. Manakala penderaan
yang sukar dikesan adalah seperti menunjukkan genital dewasa kepada kanak-
kanak, menyangkan filem pornografi atau menjadikan kanak-kanak model bagi filem
7

pornografi6. Kesimpulannya definisi di atas menunjukkan penderaan seksual yang


melibatkan hubungan fizikal sama ada melalui penerobosan zakar atau sebarang
alat melalui oral, vagina atau anal dan mengusap.

Terdapat beberapa contoh gangguan seksual yang pernah di alami oleh


pelajar di sekolah seperti guru menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan
pengajaran yang berbentuk lucah. Kadangkala guru bercerita atau membuat lawak
jenaka berbau lucah atau membuat perlakuan atau isyarat lucah. Malah ada juga
guru yang mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah. Namun lebih
malang lagi apabila ada guru yang memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat
perlakuan seksual dan menawarkan ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan
seksual tersebut. Seterusnya ada juga guru melakukan sentuhan yang berunsur
seksual terhadap pelajar, memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar dan
menyebar khabar angin berunsur seksual dalam kalangan pelajar. Tingkahlaku
sedemikian menyebabkan maruah seorang guru rosak dan tergugat.

6
Crosson-Tower. (2000). Understanding child sexual abuse and neglect. Ed. Ke 5. Boston: allyn and bacon.
8

3. KESAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MANGSA

Setiap perkara yang memberi kesan negatif sudah pasi akn mendapat kesan negatif
juga. Disini Gutek (1985) menyatakan bahawa ada kesan negatif hasil dari gangguan
seksual iaitu dalam bentuk psikologi. Mat Saad Baki (1995) menyokong kenyataan
beliau dengan mengatakan bahawa di antara kesan psikologi yang dihadapi oleh
mangsa ialah hilang keyakinan terhadap diri sendiri, merasa tidak selamat ketika
berada di tempat kerja, mengalami ketegangan, gementar, marah, takut serta terasa
seolah-olah mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Manakala Murell, Olson & Frieze (1995) pula telah mendapati mangsa akan
mudah berasa rendah diri, merasa tercemar nama baik, kurang percaya pada diri
sendiri, sentiasa menyimpan perasaan marah dan dendam yang akhirnya membawa
kemurungan berpanjangan. Gangguan seksual juga boleh membawa perbagai kesan
negatif secara fizikal terhadap mangsa. Masalah kesihatan seperti gangguan dalam
perut, masalah yang berkaitan dengan pergigian, sakit kepala, sukar untuk tidur,
kelesuan, rasa loya, pengurangan dalam berat badan, hilang selera makan, sakit
tengkok dan sakit belakang 7

Kesimpulanya mengikut Gutek dan Cohen (1987) dan Mat Saat Baki (1995)
gangguan seksual boleh meninggalkan kesan traumatik yang menjejaskan kesihatan
badan, mental dan psikologi simangsa. Menurut pengkaji-pengkaji semua kesan di
atas boleh menjejaskan prestasi kerja mangsa. Akibatnya mangsa mula hilang
motivasi untuk bekerja, tidak yakin dengan kebolehan dan pencapaian mereka,
peningkatan kerjaya yang terhalang, lembap dan hilang kemahuan untuk

7
Gutek, B. (1985). Sex and the workplace. Impact of sexual behaviour and harassment on women,
men and organisation. San Francisco: Jossey- Bass.; Loy, P. H. & Stewart, L. P. (1984). The extend
and effect of sexual harassment of working women. Sociological Focus, 17, 31-34; Salisbury, J.,
Ginoria, A. B., Remick, H. & Stringer, D. M. (1986). Counseling victims of sexual harassment.
Psychotherapy, 23, 316-324; MacKinnon, C. (1979). Sexual harassment of working women. New
Haven, CT: Yale University Press
9

meneruskan kehidupan. Masalah bertambah rumit dengan keadaan berikutnya


dimana mangsa enggan membuat aduan kerana memikirkan takut kehilangan kerja.
Sifat takut mereka berlarutan sehingga menjejaskan kerjaya mereka dan mereka
akan mengalami kepuasan kerja yang rendah terutamanya apabila bekerja dengan
rakan sejawat dalam keadaan penuh perasaan ‘inferiority complex’(Murell, Olson &
Frieze, 1995).

4. KESAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ORGANISASI

Gangguan seksual bukan setakat memberikan kesan kepada individu atau mangsa
tersebut malah ia turut memberikan kesan ke atas organisasi dan ekonomi. Secara
khususnya, menurut Terpestra dan Cook (1985), dari sudut ekonomi, ia merugikan
dari aspek pasaran buruh. Ini disebabkan pusing ganti kerja yang berlaku akan
menyebabkan sesebuah organisasi itu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
lebih untuk mengambil pekerja baru dan terpaksa mengeluarkan kos untuk melatih
mereka. Keadaan ini berlaku kerana pekerja lama yang mengalami gangguan
seksual biasanya telah mempunyai pengalaman dan kehilangan pekerja yang
berpengalaman akan menyebabkan organisasi turut terbabit rugi.

Selain dari itu organisasi juga terpaksa menanggung kos-kos terbabit dengan
isu perundangan sekiranya organisasi tersebut didakwa dan masa yang diambil
untuk menyelesaikan masalah itu akan memberi impak yang besar ke atas
organisasi tersebut8 . Antara contohnya yang pernah berlaku ialah kes pampasan
yang pernahN dibayar oleh Bibun dan AT & T sebanyak $3.1 juta kepada Moore.
Organisasi tempat bekerja juga harus membayar kos perkhidmatan pakar psikologi
dan kaunselor untuk membantu mangsa gangguan seksual9 . Kesan seperti ini
memberi kesan ekonomi kepada organisasi disamping turut kehilangan sumber
manusia yang berpengalaman10

8
Husbands, R. (1992). Sexual harassment in employment: An international perspective. International
Labour Organisation: 12, 532-539.
9
Crull, P. (1982). Stress effects of sexual harassment on the job: Implications for counseling.
American Journal of Orthopsychiatry, 52: 539-544.
10
Khairunnisa. (1997). Pertubuhan wanita sedia membantu. Jelita, ms.102-103.
10

Kesimpulanya kesan gangguan seksual bukan hanya melibatkan kerugian


dalam bentuk wang. Ia turut memberikan kesan emosi yang berlarutan. Ini adalah
kerana gangguan seksual boleh membawa kesan yang mendalam ke atas mangsa,
keluarga mangsa, penganggu, keluarga penganggu dan semua yang terlibat dengan
keadaan tersebut. Kesan gangguan seksual meliputi mereka yang terlibat di dalam

mahupun di luar organisasi. Pendek kata, gangguan seksual sama ada dalam bentuk
yang serius atau sederhana tetap memberi kesan negatif ke atas psikologi dan
prestasi pekerja jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menghadapi masalah
gangguan seksual11

5. STRATEGI AWAL MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL

Hasil kajian di atas telah membuktikan bahawa gangguan seksual bukan setakat
memberi kesan negatif kepada individu atau mangsa malah ia turut memberi kesan
‘kos berbentuk material dan emosi’ ke atas organisasi tempat bekerja. Ia merugikan
dari aspek pasaran buruh kerana sesebuah organisasi itu mungkin terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang lain hanya untuk mengambil pekerja baru dan
untuk melatih mereka. Program Pencegahan Gangguan Seksual Sehubungan
dengan itu majikan disarankan mengadakan program pendidikan berbentuk
pencegahan gangguan seksual secara menyeluruh di tempat kerja. Salah satu
daripadanya ialah menubuhkan peraturan khas yang berkaitan dengan gangguan
seksual di tempat kerja. Peraturan ini perlu memberi keadilan bukan hanya setakat
masalah wanita tetapi ia merangkumi seluruh masyarakat pekerja. Antara langkah
yang perlu diambil oleh pihak majikan mahupun pekerja adalah seperti berikut:

1. Pihak majikan mesti mengambil semua laporan secara bertulis. Laporan


bertulis boleh bertindak menghentikan atau menghalang agar gangguan tidak
terus berlaku.

11
Fitzgerald, L. F. (1995). Why Didn't She Just Report Him? The Psychological and Legal Implications of
Women's Responses to Sexual Harassment . Journal of Social Issues, 51 (1), 117-138.
11

2. Mengeluarkan satu pernyataan polisi yang jelas menentang tingkah laku


tersebut.Polisi ini turut mendefinisikan gangguan seksual agar ia dapat
difahami dengan menyatakan tindakan tegas yang akan diambil terhadap
mereka yang melakukan gangguan seksual.
3. Merekabentuk prosedur laporan gangguan seksual. Prosedur ini
membolehkan pihak pekerja tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi
masalah ini. Prosedur yang dibuat hendaklah praktikal, tidak terlalu ketat atau
menyusahkan kerana ia akan membantutkan pekerja membuat laporan
mengenai gangguan seksual.
4. Mewujudkan sistem tindakbalas pengurusan yang merangkumi reaksi segera
dan penyiasatan oleh pihak atasan.
5. Menyimpan rekod laporan, penyiasatan dan juga tindakan yang diambil. Ini
bertujuan bagi memudahkan rujukan pada masa akan datang.

Organisasi perlu bersikap tegas untuk bertindak menjalankan peraturan di


samping berwaspada terhadap setiap pelanggaran peraturan yang perlu dipatuhi
oleh setiap pekerja di dalam organisasi. Pengendalian proses aduan yang tegas
dapat menimbulkan rasa takut di kalangan para pekerja dari melakukan perkara-
perkara yang berkaitan dengan seks di tempat kerja. Program-program kesedaran
juga perlu ditekankan bagi membincangkan gelagat sosial masa kini, hubungan baik,
tujuan bekerja dan latihan di peringkat permulaan kerja. Melalui cara ini maka
pekerja akan mendapat gambaran yang jelas tentang suasana pekerjaan yang
profesional.
12

6. TINDAKAN GURU BESAR TERHADAP SALAHLAKU GURU TERHADAP


GANGGUAN SEKSUAL

Berdasar kepada buku perintah-perintah AM dan arahan pentadbiran yang di karang


pada tahun 2009 mendapati seorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan
seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang pegawai tidak boleh membuat cubaan
untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual daripada
orang itu dan kenyataan dalam buku tersebut juga menyebut bahawa seorang
pegawai tidak boleh melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung
dengan orang lain dalam keadaan yang setelah mengambil kira segala hal keadaan
akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terungut.

Manakala dalam sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu


perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain termasuklah perbuatan sesuatu
pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada
pernyataan itu dibuat secara lisan atau dengan apa-apa lain. Tidak terhad kepada
perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi
perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Jika
gangguan seksual ini berlaku dalam kawasan sekolah iaitu gangguan berlaku
terhadap guru-guru maka pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah ini. Maka guru besar merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan gangguan
seksual mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam sekolah, guru besar perlu


menerangkan kepada guru-guru berkaitan dengan gangguan seksual, dan
bagaimana cara untuk mengatasinya demi mwujudkan suasana tempat kerja yang
kondusif. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru-guru bahawa
mereka akan mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana terdapat tindakan dan
peraturan khas berkaitan isu ini. Dengan kata lain pendedahan awal perlu diberikan
kepada guru-guru agar mereka tahu ada penyelesaan terhadap maslaah ini, hal ini
kerana isu gangguan seksual akan memberi kesan mendalam kepada mangsa yang
terlibat dari sudut fizikal dan mental. Pendedahan ini juga bertujuan untuk memujuk
13

dan membantu guru-guru yang mungkin mengalami gangguan seksual mendapat


perkhidmatan kaunseling.

Tugas guru besar apabila terdapat kes gangguan seksual ditempat kerja ialah
guru besar terlebih dahulu menemubual pengadu terlebih dahulu. Pengadu ialah
seseorang yang membuat aduan terhadap pelaku gangguan seksual yang dilakukan
keatas dirinya atau keatas orang lain oleh seorang pegawai awam (ref). Dalam kes
ini guru besar bertindak sebagai kaunselor atau pegawai kaunseling yang menerima
aduan rasmi kes gangguan seksual perlulah mengambil langkah-langkah berikut
sekiranyanya pengadu adalah pegawai awam atau guru sekolah maka guru besar
perlulah menerima dan merekodkan aduan yang dikemukankan oleh pengadu. Guru
besar pula perlulah memberi masa yang mencukupi untuk pengadu mencerikan apa
yang berlaku.

Guru besar juga perlulah mendengar tanpa prasangka, mempamerkan empati


dan menyedari kesan negatif yang mungkin didiami oleh pengadu. Dalam kes ini
guru besar perlulah bijak untuk mengemukakan soalan yang bersesuaian agar tiada
rahsia yang disembunyikan daripada guru besar. Manakala guru besar pula perlulah
menjaga kerahsiaan maklumat yang diberi oleh guru tersebut. Segala maklumat
yang diperolehi perlulah direkodkan termasuklah sebab atau alasan pengadu
berkaitan dengan kenapa aduan tidak dibuat pada peringkat awal gangguan seksual
berlaku sehingga masalah ini menjadi semakin kritikal, disini guru besar perlulah
memahami sebab-sebab yang telah diberikan. Kemudian pengadu perlulah mengisi
borang aduan dan mendapatkan tandatangan guru besar bagi tujuan pengesahan
dan borang tersebut perlulah di simpan dan direkodkan dengan teratur bagi aduan
yang telah diterima.

Manakala guru besar pula perlulah menjadi orang ketiga dalam kes ini iaitu
apabila aduan awal telah di terima guru besar perlulah membuat pemerhatian ke
atas keadaan yang dinyatakan dalam aduan. Sekiranya guru besar mendapati
terdapat perbuatan yang mengarah kepada gangguan seksual maka guru besar
yang bertindak sebagai kaunselor perlulah berjumpa dengan Pegawai Yang Disyaki
Menganggu (PYDM)dan menasihatinya bahawa perbuatan tersebut berbaur
gangguan seks dan ianya perlu dihentikan. Namun sekiranya perbuatan tersebut
14

masih berterusan guru besar perlulah berjumpa dengan pengadu untuk


menerangkan tindakan lanjut yang perlu dilakukan oleh pengadu.

Guru besar juga boleh memberitahu PYDM secara bertulis bahawa suatu
aduan gangguian seksual telah dibuat terhadapnya dan menetapkan suatu temu janji
dengan PYDM untuk membincangkan perkara tersebut. Disini aspek kerahsiaan
perlulah ditekankan dalam tindakan pemberitahuan tersebut. PYDM juga hendaklah
diminta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang lain. Guru besar
perlulah menerima dan merekodkan kenyataan yang dikemukakan oleh PYDM
semasa temujanji. Guru besar perlu memberi masa yang mencukupi dan peluang
untuk membuat kenyataan berkenaan aduan tersebut. Guru besar juga perlulah
mendengar penerangan daripada PYDM tanpa prasangka, mempamerkan empati
dan menyedari kesan negatif yang mungkin didiami oleh PYDM.

Guru besar perlulah bersikap amanah dalam menengani masalah gangguan


seksual ini. Hal ini kerana dakwaan gangguan seksual adalah satu dakwaan yang
serius dan boleh menjejaskan reputasi seseorang walaupun tidak dapat dibuktikan.
Maka aspek kerahsiaan perlu diberi penekanan di setiap peringkat tindakan yang
diambil oleh semua pihak yang terlibat untuk menjaga maruah dan reputasi pengadu,
PYDM dan nama baik sekolah. Sebaliknya jika guru besar di panggil ke mahkamah
untuk memberikan keterangan dan keterangan tersebut releven kepada kes dan
tidak bercanggah dengan kepentingan awam maka tidak ada halangan undang-
undang baginya.

Terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah gangguan seksual di


tempat kerja contohnya ceramah, program penerapan nilai-nilai Islam (murni),
pameran , pembelajaran , penjelasan garis panduan, latihan penerimaan dan
pengendalian kes gangguan seksual dan sebagainya. Jadi semua pihak haruslah
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini.
15

7. RUJUKAN

Ashraf, S. A. (1997). What Makes a Good Teacher of Religious Education. Muslim


Educations Quarterly 14 (3): 1-3.

Atha, A. A.-Q. (1992). Adab Al-Nabiy. Bairut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah


American academy of pediatrics. 2000. Sexual abuse. (atas talian ). http://
www.sexualabuse.html (18 april 2013)

Bamford, F. & Roberts, r. 1989. Child sexual abuse-1. Dlm. Meadow, R. (pnyt). ABC
of child abuse, hlm 29-30. London: british medical journal.

Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad. 2010. Pengetahuan Etika Profesion
Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Corby, b. 2000. Child abuse: towards a knowledge base. Ed. Ke-2. Buckingham:
open university press.

Crosson-Tower. 2000. Understanding child sexual abuse and neglect. Ed. Ke 5.


Boston: allyn and bacon.

Crull, P. (1982). Stress effects of sexual harassment on the job: Implications for
counseling. American Journal of Orthopsychiatry, 52: 539-544.

Fitzgerald, L. F, Swan, S. & Fischer, K. (1995). Why Didn't She Just Report Him?
The Psychological and Legal Implications of Women's Responses to Sexual
Harassment. Journal of Social Issues, 51 (1), 117-138.

Gardner, R. J. (2000). Educations for Values, Morals, Ethics and Citizenship in


Contemporary Teaching. Great Britain : kogan Page Limited.

Gutek, B. (1985). Sex and the workplace. Impact of sexual behaviour and
harassment on women, men and organisation: San Francisco: Jossey- Bass.

Hall, l. & Lloyd, s. 1993. Surviving child sexual abuse: a handbook for helping women
challenge their past. Ed. Ke -2. London: the falmer press.

Husbands, R. (1992). Sexual harassment in employment: An international


perspective. International Labour Organisation: 12, 532-539.

Khairunnisa Hussin (1997b, Ogos). Pertubuhan wanita sedia membantu. Jelita,


ms.102-103.

Langgulung, H. (1987). Penghayatan Nilai-Nilai Islam Ditinjau Daripada Proses


Pembelajaran Dalam Konteks Pendidikan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Islam
2(5): 13-30.
Loy, P. H. & Stewart, L. P. (1984). The extend and effect of sexual harassment of
working women. Sociological Focus, 17, 31-34.
16

Maslach, C. & Jackson, S.E. 1986. Maslach Burnout Inventory Manual (2nd Ed.).
Polo Alto, CA: Counseling Psychologist Press.

Mat Saat Baki (1995a). Masalah Sosial Kakitangan dan Kesannya terhadap Prestasi
Kerja. Kertas kerja Bengkel kaunseling Ke 13. Anjuran Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dan Persatuan Siswazah Diploma Psikologi
(Kaunseling). Universiti Kebangsaan Malaysia.

MacKinnon, C. (1979). Sexual harassment of working women. New Haven, CT: Yale
University Press.

Murell, A. J., Olson, J. E. & Frieze, I. H. (1995). Sexual harassment and gender
discrimination: A longitudinal study of women managers. Journal of Social
Issues, 51 (1), 139-149.

Nor shafrin ahmad, rohany nasir & ahamad amin mohd sulaiman. 2006. Kesan
penderaan seksual terhadap pembangunan modal insan pada masa akan
datang dalam PROSIDING Seminar psikologi pembangunan komuniti ISM-UKM.

Riley, d. (pnyt). 1991. Sexual abuse of children: understanding, intervention and


prevention. Oxford: Radcliffe medical press.

Salisbury, J., Ginoria, A. B., Remick, H. & Stringer, D. M. (1986). Counseling victims
of sexual harassment. Psychotherapy, 23, 316-324.

Terpestra, D. E. & Cook, S. E. (1985). Complainant Characteristics and Reported


Behaviors and Consequences Associated with Formal Sexual Harassment
Charges. Personnel Psychology, 3, 559-573.

t.n. 2009. perintah-perintah AM dan arahan pentadbiran . selangor: international law


book services.
17

Isi Kandungan
1. PENDAHULUAN ............................................................................................................................... 1
2. KEPENTINGAN MEMAHAMI KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN................................................. 3
2. GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA ................................. 6
3. KESAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MANGSA ........................................................................ 8
4. KESAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP ORGANISASI ................................................................... 9
5. Strategi Awal Menangani Gangguan Seksual ................................................................................ 10
6. TINDAKAN GURU BESAR TERHADAP SALAHLAKU GURU TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL ........ 12
7. RUJUKAN ....................................................................................................................................... 15
18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,


KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA,
KUALA LUMPUR

DPLI
J-QAF
AMBILAN KHAS DISEMBER 2012

SOALAN TUGASAN
GANGGUAN SEKSUAL

EDC 2102
FALSAFAH DAN ETIKA GURU

NAMA PELAJAR : NURUL PASIHAH BTE HASSAN

TARIKH HANTAR : 19 APRIL 2013

NAMA PENSYARAH : HAJJAH ROSE BINTI AROPE

Anda mungkin juga menyukai