Anda di halaman 1dari 104

TAHAP STRES DAN TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN

PENSYARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHIQAH BINTI JANTAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


TAHAP STRES DAN TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN
PENSYARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHIQAH BINTI JANTAN

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009
iii

DEDIKASI

Teristimewa...

Untuk Abah

En. Jantan Bin Mohd


dan Emak
Pn. Maimunah Binti Ali

Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik dan


memeliharaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna
dengan dorongan dan iringan doa kalian di sepanjang
tempoh pengajian ini

Buat Adik-Beradikku yang dikasihi

Awa bt. Jantan


Fatimah bt. Jantan
Aisyah bt. Jantan
Normala bt. Jantan
Azlina bt. Jantan
Khamis bin. Jantan
Mohd Faizan bin. Jantan
Mohd Fahmi bin. Jantan
Nur Diyana bt. Jantan
Nur Shazwani bt. Jantan

Pengorbanan dan sokongan kalian amat dihargai


Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi hidup kalian

Juga tidak dilupakan untuk


Rakan-rakan seperjuangan

Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat


iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada


beberapa pihak yang telah membantu pengkaji untuk menyiap dan menyempurnakan
projek sarjana muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Dr.


Azlina binti Mohd. Kosnin di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan perbincangan
yang telah diberikan sepanjang penyelidikan projek ini.

Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada semua


pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek sarjana muda ini.

Dan akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan


di Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam
usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini
dengan jayanya. Semoga segala pengorbanan dan budi baik kalian mendapat
keberkatan dari Allah s.w.t.
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta tahap kepuasan kerja
dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan
tempat kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik
digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk kuantitatif ini. Kaedah
persampelan dilakukan secara persampelan sistematik. Nilai kebolehpercayaan
keseluruhan instrumen adalah  = 0.83. Responden kajian terdiri daripada 128 orang
pensyarah dan pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia daripada pelbagai
fakulti. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian
dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan SPSS
(Statistical Package for Social Science Windows 13) dan dinyatakan dalam bentuk
kekerapan, peratusan dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap stres dan
tahap kepuasan kerja. Bagi menguji perbezaan tahap stres dan tahap kepuasan kerja
antara lelaki dan perempuan, penyelidik menggunakan Ujian-t. Manakala Ujian Korelasi
Pearson digunakan untuk mendapatkan perhubungan antara tahap stres dengan tahap
kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan tahap stres dalam kalangan
pensyarah Universiti Teknologi Malaysia adalah rendah. Tahap kepuasan kerja bagi
semua aspek adalah tinggi kecuali bagi aspek peraturan tempat kerja adalah pada tahap
sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
stres antara pensyarah lelaki dan perempuan. Dapatan juga mendapati bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja dan hubungan interpersonal. Manakala terdapat hubungan
yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek beban kerja dan peraturan
tempat kerja.
vi

ABSTRACT

This study was done to identify the stress level and work satisfaction from these
aspects i.e. work load, interpersonal relationship, workplace environment and
regulations among UTM lecturers. This is a quantitative research and questionnaire was
used for collection of data. Sampling method used was systematic sampling. The
reliability value of the instrument was 0.83. The 128 respondents recruited for this study
are UTM lecturers and senior lecturers from various faculties. Questionnaires were
distributed to the respondents and data collected was analyzed using SPSS (Statistical
Package for Social Science Windows 13). The stress and work satisfaction level were
analyzed in frequency, percentage and mean. The difference between the stress level
and work satisfaction level among males and females was analyzed using t-test. Pearson
correlation test was used to identify the relationship between stress level and work
satisfaction from the work load, interpersonal relationship, and workplace environment
and regulations aspects. The findings showed that work related stress level is low among
the UTM lecturers. Work satisfaction on the other hand was found to be high in all
aspects except for workplace regulation aspect which scored moderate. This study
revealed that there is no significant difference between the stress level and work
satisfaction among male and female lecturers. It also revealed that there is no significant
relationships between stress level and work satisfaction with work place environment
and interpersonal relationship aspects. Meanwhile, there is a significant relationship
between stress and work satisfaction from the workload and workplace regulation
aspects.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 10
1.8 Kerangka Kajian 13
1.9 Penutup 14
viii

2 SOROTAN PENULISAN 15

2.0 Pengenalan 15
2.1 Kepelbagaian Definisi Stres 16
2.2 Model stres Hans Selye ( 1956 ) 17
2.3 Kajian-Kajian Lampau Dalam Dan Luar Negara 19
2.3.1 Tahap Stres Dan Kepuasan Kerja Dalam
Kalangan Pendidik 19
2.3.2 Aspek Kepuasan Kerja 24
2.3.3 Perbezaan Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan
Kerja Antara Lelaki Dan Perempuan. 25
2.4 Penutup 28

3 METODOLOGI KAJIAN 29

3.0 Pengenalan 29
3.1 Rekabentuk Kajian 29
3.2 Populasi Kajian 30
3.3 Kaedah Persampelan 31
3.4 Instrumen Kajian 32
3.4.1 Bahagian A 34
3.4.2 Bahagian B 34
3.4.3 Bahagian C 36
3.4.4 Pengesahan Instrumen 36
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Kadar Pulangan Soal Selidik 38
3.8 Analisis Data 39
3.9 Skor Min 40
3.10 Batasan Kajian 41
3.11 Penutup 42
ix

4 DAPATAN KAJIAN 43

4.0 Pengenalan 43
4.1 Kebolehpercayaan Instrumen 43
4.2 Analisis data 44
4.3 Faktor Demografi 45
4.4 Tahap Kepuasan Kerja 46
4.4.1 Aspek Beban Kerja 47
4.4.2 Hubungan Interpersonal 48
4.4.3 Persekitaran Tempat Kerja 49
4.4.4 Peraturan Tempat Kerja 50
4.5 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan 52
4.5.1 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Beban Kerja Antara Lelaki dan Perempuan 52
4.5.2 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Hubungan Interpersonal Antara Lelaki
dan Perempuan 53
4.5.3 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Persekitaran Tempat Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan 53
4.5.4 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Persaturan Tempat Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan 54
4.6 Tahap Stres 55
4.7 Analisis Perbezaan Tahap Stres Antara Lelaki dan
Perempuan 57
4.8 Analisis Hubungan Antara Tahap Stres dengan Tahap
Kepuasan Kerja. 57
4.9 Penutup 58
x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 59

5.0 Pengenalan 59
5.1 Rumusan dan Perbincangan 59
5.1.1 Tahap Stres Dalam Kalangan Pensyarah-Pensyarah
Di Universiti Teknologi Malaysia. 61
5.1.4 Perbezaan Tahap Stres Antara Pensyarah Lelaki
Dan Perempuan 62
5.1.2 Kepuasan Kerja Pensyarah. 63
5.1.3 Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki
dan Perempuan. 65
5.1.5 Perhubungan Antara Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Beban Kerja, Hubungan Interpersonal,
Persekitaran Tempat Kerja Dan Peraturan Tempat
Kerja Dengan Tahap Stres. 66
5.2 Implikasi Kajian. 67
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.5 Penutup 70

RUJUKAN 71
Lampiran A - D 76-89
xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 General Adaptation Syndrome 30


xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Populasi Pensyarah-pensyarah dan pensyarah-pensyarah


kanan di Universiti Teknologi Malaysia. 31
3.2 Jumlah Item Bagi Keseluruhan Instrumen Kajian Mengikut
Bahagian 33
3.3 Contoh Item Bahagian A 34
3.4 Skala Pemeringkatan Likert 35
3.5 Contoh Item Bahagian B 35
3.6 Contoh Item Bahagian C 36
3.7 Contoh Item Yang Diubahsuai 37
3.8 Kadar Pulangan Soal Selidik 38
3.9 Jenis Analisis Mengikut Persoalan Kajian 40
3.10 Pemarkatan Skor Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja 41
3.11 Indek Perhubungan Kolerasi. 41
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jawatan 45
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut status
perkahwinan 46
4.4 Analisis deskriptif aspek beban kerja 47
4.5 Analisis deskriptif aspek hubungan interpersonal 48
4.6 Analisis deskriptif aspek persekitaran tempat kerja 49
4.7 Analisis deskriptif aspek peraturan tempat kerja 50
4.8 Analisis nilai min keseluruhan tahap kepuasan kerja 51
4.9 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
beban kerja antara lelaki dan perempuan 52
xiii

4.10 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek


hubungan interpersonal antara lelaki dan perempuan 53
4.11 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja antara lelaki dan perempuan 53
4.12 Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
peraturan tempat kerja antara lelaki dan perempuan 54
4.13 Analisis deskriptif tahap stres 55
4.14 Analisis inferensi perbezaan tahap stres antara lelaki dan
perempuan 57
4.15 Analisis hubungan tahap stres dengan tahap kepuasan kerja. 57
xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM : Universiti Teknologi Malaysia


IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta
GAS : General Adaptation Syndrome
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 76


B Pengesahan Instrumen Kajian 77
A Soal Selidik 81
i. Bahagian A
ii. Bahagian B
iii. Bahagian C
B Nilai Alpha Cronbach 88
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam era global yang semakin pesat, negara menuntut supaya proses
pendidikan dilaksanakan dengan strategi-strategi baru selaras dengan kemajuan negara,
khasnya dalam kalangan pendidik. Mereka adalah insan yang diamanahkan untuk
melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa. Pendidik ini
termasuklah pensyarah-pensyarah di universiti. Sehingga kini mereka telah banyak
menyumbangkan masa, tenaga dan ilmu kepada pelajar-pelajar tanpa rasa jemu.

Oleh itu, melalui pensyarah, sistem pendidikan yang berkualiti di universiti


mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player dengan sifat jati diri
yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan dan kreatif
bagi menangani cabaran dalam arus globalisasi ini. Sistem pendidikan yang berkualiti
akan dapat menyumbang ke arah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya
pembelajaran sepanjang hayat.

Profesion sebagai pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah berikutan


tanggungjawab yang banyak dan mencabar. Pensyarah bukan sahaja perlu memberikan
kuliah pengajaran, mereka juga perlu memberi dan menilai kerja-kerja kursus untuk
pelajar-pelajar. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membuat penyeliaan dan
penyediaan berkenaan bidang-bidang yang di ajar. Mereka juga perlu membimbing
2

pelajar-pelajar dan memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar. Selain itu, pensyarah


haruslah menjadi role model kepada pelajar-pelajar dengan menunjukkkan teladan yang
baik kerana setiap perlakuan pensyarah-pensyarah sentiasa di perhatikan oleh pelajar-
pelajar. Terdapat banyak lagi tugas-tugas pensyarah dari aspek kemajuan professional
seperti menghadiri kursus-kursus yang disediakan untuk menambah pengetahuan dan
dari aspek am seperti mengikuti undang-undang yang telah di tetapkan oleh universiti
dan kerajaan. Segala tanggungjawab yang membebani pensyarah-pensyarah inilah yang
boleh menyebabkan stres dan stres ini pula akan menyebabkan tegangan dari segi
psikologi, fisiologi dan perlakuan.

Stres perlu di ambil perhatian yang serius kerana stress yang sederhana boleh
menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk
bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Contohnya apabila
seseorang itu diminta melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan maka ianya akan
menjadi pendorong untuk mencuba sesuatu yang baru. Stres yang berlebihan akan
mengakibatkan kemudaratan seperti diganggu bebanan kerja yang banyak atau
berhadapan dengan terlalu banyak gangguan dan kejutan. Fakta imperikal telah
membuktikan bahawa kekerapan mengalami tekanan boleh menyebabkan masalah
kesihatan seperti migrin, tekanan darah tinggi, tiada selera makan, murung dan
sebagainya.

1.1 Latar belakang Masalah

Universiti bukanlah seperti sebuah sekolah di mana peranan bagi setiap pelajar
hanyalah belajar untuk lulus peperiksaan dan mendapatkan sijil. Peranan universiti
adalah lebih dari itu iaitu mendidik mahasiswa khususnya dan masysrakat umumnya
secara akademik dan intelek, agar pada masa hadapan akan lahir satu generasi yang
lebih berkualiti daripada generasi sebelumnya. Mahasiswa tidak hanya dibiarkan dalam
3

dunia akademik semata-mata, bahkan diberikan pendedahan tentang alam realiti


kehidupan dan dilengkapkan dengan segala macam kemahiran.

Dengan itu orang yang bertanggungjawab untuk melahirkan mahasiswa yang


berkualiti dan berdaya saing adalah bergantung kepada pendidik mahasiswa itu sendiri
iaitu pensyarah-pensyarah yang mengajar mereka. Dengan memikul tanggungjawab ini,
jelaslah bahawa profesion sebagai pensyarah ini adalah berat dan sukar untuk dilakukan.
Sekiranya seseorang pensyarah itu tidak dapat melaksanakan sesuatu tugas itu dengan
sempurna maka mereka akan merasa stres dan tidak berupaya. Ini selari dengan huraian
Morstt & Furst (1979: 7) tentang tekanan.Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu
keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan
keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh
badan.

Masalah stres di kalangan pensyarah-pensyarah kurang diberi perhatian oleh


masyarakat kerana kurangnya pemahaman oleh masyarakat tentang profesion ini.
Selalunya kajian-kajian yang dibuat berkenaan dengan stress hanya mengaitkan guru-
guru di sekolah. Sebagai seorang pensyarah mereka juga sebenarnya adalah seorang
pendidik dan tanggungjawab mereka sama dengan guru bahkan lebih daripada itu.
Dengan ini mereka juga tidak terkecuali daripada mengalami tekanan.

Salah satu punca stress seperti yang di nyatakan oleh Gold dan Roth (1993)
adalah perubahan. Ekoran daripada kemajuan-kemajuan yang telah dikecapi oleh
negara, taraf kehidupan masyarakat juga turut berubah. Lantaran itu, masyarakat mula
membuka mata dan persaingan hidup pun mula meningkat. Sistem pendidikan juga
tidak terkecuali daripada mengalami perubahan dan menyebabkan pensyarah dibebani
dengan tugas–tugas baru. Pensyarah harus menyesuaikan diri dengan perubahan
tersebut dan keadaan ini mengundang stres dalam kalangan pensyarah. Antara
perubahan yang harus dilalui oleh pensyarah adalah perlaksanaan bahasa pengantar
dalam Bahasa Inggeris dan pemupukan kemahiran generik di peringkat pengajian tinggi
4

yang mana lebih menfokuskan kehendak dan keperluan pelajar tanpa menghiraukan
penerimaan pensyarah itu sendiri. Dengan itu mereka perlulah merancang dan bersedia
dengan strategi-strategi baru dalam pembelajaran bersesuaian dengan perubahan yang
berlaku.

Peranan pensyarah dalam proses pengajaran bukanlah sekadar mengajar dan


menyemak tugasan para pelajar bahkan lebih daripada itu, contohnya menjadi penasihat
akademik dan menyelia latihan industri dan latihan mengajar yang harus dilalui oleh
pelajar-pelajar. Selain itu, pensyarah juga dibebani dan dinilai melalui tugas-tugas lain
dalam bidang pengurusan, penyelidikan, penulisan, penerbitan, perkhidmatan
masyarakat dan perundingan.

Kepuasan kerja juga mempengaruhi stres seseorang pendidik. Menurut Cormick


dan Iigen (1985), konsep kepuasan kerja merupakan sikap atau tindakbalas seseorang
terhadap pekerjaannya. Tindakbalas afektif ini merupakan hasil dari penilaian individu
tersebut terhadap keseluruhan keadaan kerja mengikut jangkaan atau nilai kerjanya iaitu
memperlihatkan apa yang dijangka atau diinginkan dari pekerjaannya. Kepuasan kerja
juga adalah bergantung kepada sejauhmana faktor intrinsik dan ekstrinsik dapat
memenuhi kehendak atau jangkaan.

Di samping itu, peraturan tempat kerja yang berat sebelah turut mengundang
kepuasan kerja seseorang. Pembangunan kemahiran dan akademik tenaga pensyarah
juga telah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi melahirkan tenaga pengajar pakar
dan tenaga mahir negara. Sebagai satu penandaarasan, Key Performance Index (KPI)
untuk tenaga pensyarah telah diwujudkan. Metodologi penyampaian pembelajaran oleh
pensyarah perlu ditingkatkan agar lebih terkini serta mempercepatkan tahap kefahaman
pelajar. Kepatuhan kefungsian peralatan latihan, penjagaan komprehensif seperti
inventori, penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan peralatan perlu ditingkatkan
dari masa ke semasa. Sebahagian daripada peraturan-peraturan yang dibuat kadang-kala
menimbulkan kesulitan pada pensyarah untuk mengikutinya. Sekiranya tidak
5

dilaksanakan, ianya akan mempengaruhi key performence index pensyarah yang


berkaitan. Keadaan ini akan membuatkan mereka terancam dengan stres, ketegangan
dan burnout.

Persekitaran kerja juga mempengaruhi pensyarah dalam menjalankan tugas


harian mereka antaranya keadaan persekitaran bilik kuliah, kemudahan alat bantu
mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan pensyarah
dan pelajar. Persekitaran yang tidak selesa boleh mengganggu pekerjaan pensyarah dan
segala aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan akan tergendala. Keadaan ini akan
menimbulkan kekecewaan terhadap diri pensyarah itu sendiri sekaligus semangat
mereka untuk melakukan sesuatu pekerjaan akan merosot.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi pensyarah antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan
sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau ketua jabatan. Kesusahan dan
rintangan kehidupan dan pekerjaan yang dialami oleh pensyarah sering mengakibatkan
kepuasan bekerja berkurang. Hubungan interpersonal yang tidak baik membawa
maksud kepada kurangnya kepercayaan dikalangan rakan sekerja dan pihak pentadbir
terhadap diri individu itu. Ketidakpercayaan yang timbul antara rakan sekerja dan pihak
pentadbir boleh menyumbang kepada tanda-tanda stres seperti kepuasan kerja yang
rendah, penurunan tahap kesihatan diri dan rasa diancam oleh pihak-pihak tertentu.

Owen (1984) menyatakan masalah stres di kalangan pendidik ini amat


merisaukan kerana ia memberikan kesan yang buruk kepada institusi itu sendiri yang
melibatkan prestasi kerja pensyarah-pensyarah. Antara masalah-masalah yang timbul
adalah ponteng kerja, menghidapi penyakit yang berkaitan dengan stres, kurangnya
kepuasan dan komitmen dalam kerja dan kurangnya kualiti pengajaran di dalam kelas. (
Cole & Walker, 1989 ).
6

Stres ini bersifat subjektif, kesulitan sama yang dialami kesan yang berbeza-beza
bagi individu yang berlainan. Ianya bergantung kepada penerimaan masing-masing
terhadap kesulitan tersebut dan bagaimana cara untuk menanganinya. Stres yang
dihadapi oleh golongan pendidik ini bukan sahaja menganggu kehidupan harian mereka
malah juga mempengaruhi prestasi kerja mereka dalam mendidik pelajar dan secara
tidak langsung, kemungkinan besar masalah ini akan mengakibatkan masalah-masalah
lain berbangkit. Marshall dan Cooper (1976) menyatakan jika tekanan tidak diatasi
akan timbul banyak masalah kesihatan dan penurunan aktiviti harian.

1.2 Penyataan masalah

Universiti adalah berperanan sebagai organisasi yang memberikan perkhidmatan


akademik kepada pelajar. Dalam soal ini pensyarahlah yang bertanggungjawab dalam
mendidik pelajar-pelajar tersebut. Untuk memastikan pensyarah selesa semasa sedang
mengajar adalah bergantung kepada tahap stres yang mereka alami. Pensyarah yang
mempunyai tahap stres yang tinggi berkemungkinan tidak akan kekal lama dalam
profesion sebagai pendidik. Kajian telah menunjukkan bahawa bidang pendidikan
merupakan salah satu profesion yang berisiko tinggi untuk mengalami stres (Dunham
dan Varma, 1998). Stres ditempat kerja haruslah di elakkan kerana ia boleh
mempengaruhi kemerosotan prestasi kerja yang akhirnya boleh menjejaskan organisasi (
Duo, 1994 ). Suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang sentiasa
didalam keadaan stres akan kurang berkesan dan menimbulkan masalah disiplin dan
mempengaruhi pendidik untuk meninggalkan profesion mereka (Wisniewski dan
Gargiulo, 1997 ).

Kepuasan kerja seseorang itu adalah penting kerana mereka akan melakukan
kerja-kerja mereka dengan ikhlas dan tidak akan merungut sekiranya mereka berpuas
hati dengan kerja mereka. Malah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kerja
mereka segala kerja yang dilakukan tidak bersungguh-sungguh. Raymond dan Daniel
7

(1975) mengaitkan kepuasan kerja dengan perasaan sejauh mana pekerja menyukai atau
tidak menyukai kerjanya. Menurutnya pekerja berpuas hati apabila mempunyai sikap
positif terhadap kerja dan prospek kerja dan dapat merasai pekerjaannya bersesuaian
dengan keadaan hidupnya.

Stres memberi kesan terhadap fisiologi, psikologi dan tingkahlaku. Antara


kesan-kesan fisiologi adalah menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, buah
pinggang dan lemah jantung. Kesan psikologinya pula adalah mudah muntah hilang
semangat motivasi dan sebagainya. Manakala kesan tehadap tigkahlaku adalah
seseorang itu akan merasa mudah marah dan tidak melakukan kerja dengan sempurna.

Ramai di kalangan pengkaji telah membuat kajian berkaitan stres dalam


kalangan pendidik terutamanya dalam kalangan guru. Namun begitu tidak ramai yang
membuat kajian berkaitan stres dalam kalangan pensyarah. Dengan itu penyelidik
merasakan satu kajian perlu di lakukan untuk mengkaji tahap stres di kalangan
pensyarah-pensyarah. Kajian ini juga di jalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan
kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah. Selain daripada itu kajian ini juga mahu
melihat perbezaan tahap stres dan tahap kepuasan kerja di antara pensyarah lelaki dan
pensyarah perempuan. Hubungan antara stres dengan tahap kepuasan kerja juga turut
dikaji.

1.3 Objektif Kajian

1. Untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pensyarah-pensyarah di


Universiti Teknologi Malaysia.

2. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap stres antara pensyarah-pensyarah lelaki


dan pensyarah-pensyarah perempuan Universiti Teknologi Malaysia.
8

3. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah


di Universiti Teknologi Malaysia.

4. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan kerja antara pensyarah-


pensyarah lelaki dan pensyarah-pensyarah perempuan di Universiti Teknologi
Malaysia dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan tempat kerja.

5. Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kepuasan kerja dari aspek beban
kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat
kerja dengan tahap stres dalam kalangan pensyarah di Universiti Teknologi
Malaysia.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap stres dalam kalangan pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi


Malaysia?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap stres di kalangan pensyarah-pensyarah lelaki


dan pensyarah-pensyarah perempuan ?

3. Apakah tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah Universiti


Teknologi Malaysia?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja,
hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja
antara pensyarah lelaki dan perempuan?

5. Adakah terdapat perhubungan antara tahap kepuasan kerja dari aspek beban
kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat
9

kerja dengan tahap stres dalam kalangan pensyarah di Universiti Teknologi


Malaysia?

1.5 Kepentingan Kajian

Stress yang negatif adalah suatu gejala buruk yang boleh melanda pensyarah-
pensyarah. Ini akan menjadikan pensyarah-pensyarah murung dan prestasi kerja mereka
merosot dan mereka kurang memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa proses
pengajaran berjalan. Ini bukan sahaja memudaratkan pensyarah itu sendiri malah
pelajar-pelajar mereka juga kerana proses pembelajaran tidak berjalan dengan lancar. Di
antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:

a) Memberi kefahaman berkenaan tahap stres kepada pensyarah.


b) Menyediakan maklumat dan panduan dalam membantu pensyarah mengelakkan
diri daripada stres.
c) Membantu pensyarah bertindak mengawal stres yang dihadapi oleh mereka
seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
d) Memberi panduan serta maklumat ilmiah yang berguna kepada pihak
pengurusan fakulti dan Jabatan Pelajaran dalam mengatur dan merancang
aktiviti-aktiviti yang sihat bagi menangani stres dikalangan pensyarah.
e) Menyediakan bahan dan data bagi menjadi sumber rujukan untuk membina dasar
dan polisi kerja pensyarah.
10

1.6 Skop Kajian

Skop kajian hanya tertumpu kepada tahap kepuasan kerja dan tahap stres dalam
kalangan pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat empat sahaja
aspek kepuasan kerja yang dikaji oleh penyelidik iaitu aspek beban kerja, hubungan
interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja. Selain aspek-aspek
yang dikaji, terdapat juga aspek-aspek lain seperti masalah kewangan dan masalah
keluarga tetapi tidak dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini.

Kajian ini hanya melibatkan pensyarah-pensyarah tetap sahaja dari 12 fakulti


yang berada di Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu dapatan kajian tidak boleh
mewakili seluruh pensyarah-pensyarah yang berada di negara ini.

1.7 Istilah Kajian

Di dalam bahagian ini akan diperjelaskan beberapa istilah dan konsep yang
menjadi asas yang menyokong tema kajian yang diusahakan. Definisi istilah-istilah dan
konsep-konsep yang diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-istilah dan
konsep-konsep yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

1.7.1 Pensyarah

Kamus Dewan (2002) mendefinisikan pensyarah sebagai orang yang


memberikan syarahan (ceramah) iaitu penveramah ataupun guru di universiti yang
memberikan kuliah kepada pelajar-pelajar.
11

Pensyarah yang di maksudkan di dalam kajian ini adalah Di dalam kajian ini,
pensyarah merujuk kepada pensyarah yang mempunyai status tetap samada tetap dan
berpencen mahupun tetap dalam percubaan. Semua pensyarah adalah dari Universiti
Teknologi Malaysia.

1.7.2 Stres

Dalam Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005), memberikan definisi stress


sebagai tekanan atau kerisauan akibat ketegangan mental atau fizikal atau keadaan sukar
dan sebagainya. Keadaan sukar itu boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit
kepala dan darah tinggi.

Stress yang di maksudkan di dalam kajian ini adalah suatu keadaan yang
dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak
selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. Ianya
juga di pengaruhi oleh faktor persekitaran kerja, beban kerja, hubungan interpersonal dan
peraturan tempat kerja.

1.7.3 Aspek kepuasan kerja

Aspek kepuasan kerja dalam kajian ini merujuk kepada situasi, keadaan atau
persekitaran yang boleh menimbulkan keadaan kepuasan kerja pensyarah. Ini di
kenalpasti melalui empat aspek iaitu persekitaran tempat kerja, hubungan interpersonal,
peraturan tempat kerja dan beban kerja.
12

1.7.4 Aspek beban kerja

Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada kepuasan kerja yang di sebabkan
oleh tugas pensyarah yang banyak dan berlebihan. Beban kerja yang dimaksudkan
meliputi pengajaran, pembelajaran, penasihat akademik, penulisan, penyelidikan,
perundingan dan pengurusan

1.7.5 Aspek hubungan interpersonal

Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada aspek kepuasan kerja yang merujuk
kepada hubungan antara pensyarah dengan rakan kerja yang lain, majikan, pelajar dan
juga staf sokongan.

1.7.6 Aspek persekitaran tempat kerja

Aspek persekitaran tempat kerja merujuk kepada keadaan dan suasana di tempat
kerja. Antaranya ialah susun atur pejabat, kelengkapan untuk mengajar dan alat bantu
mengajar.

1.7.7 Aspek peraturan tempat kerja

Peraturan yang di maksudkan adalah akta-akta dan juga pekeliling yang di


gunakan oleh pihak universiti.
13

1.8 Kerangka Kajian

ASPEK-ASPEK KEPUASAN KERJA

1. Beban Kerja
2. Hubungan Interpersonal
3. Persekitaran Tempat Kerja
4. Peraturan Tempat Kerja

hubungan

TAHAP STRES

Lelaki Perempuan
PERBEZAAN

1.9 Penutup

Dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadi
asas dan hala tuju kajian ini iaitu latarbelakang masalah, penyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, definisi istilah dan kerangka
kajian. Di dalam bahagian objektif kajian, penyelidik telah menetapkan matlamat-
matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Persoalan-persoalan kajian turut
ditentukan berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
14

Kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pensyarah, pihak Universiti
Teknologi Malaysia dan juga pihak penyelidik sendiri. Kajian ini turut dibataskan
skopnya agar ia mudah dan munasabah untuk dilakukan. Akhir sekali, dalam bahagian
Sorotan Penulisan menerangkan maksud beberapa istilah stres , model yang berkaitan
dengan stres dan kajian-kajian lepas yang berkaiatan dengan tajuk kajian.
15

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang pelbagai definisi stres
daripada pelbagai individu kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza
tentang stres. Ini bertujuan untuk memberikan garis panduan kepada penyelidik supaya
tidak kajian yang dijalankan tidak terpesong daripada definisi stres yang sebenar. Selain
daripada itu, bab ini juga membincangkan tentang teori dan model stres yang biasa
digunakan dalam penyelidikan yang berkaitan dengan fenomena stres. Penekanan
terhadap teori dan model tentang stres ini dapat memberi panduan kepada penyelidik
dengan mengaplikasikannya dalam kajian yang akan dijalankan.

Perbincangan dalam bab ini turut membincangkan tentang kajian-kajian lampau


yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik lain berkaitan dengan stres sama ada dalam
dan luar negara. Antaranya adalah kajian yang berkaitan tentang tahap stres, aspek-
aspek kepuasan kerja dan perbezaan tahap stres antara lelaki dan perempuan. Di
samping itu, dapatan kajian-kajian tersebut akan bertindak sebagai panduan kepada
dapatan kajian yang akan diperolehi daripada kajian ini. Kebanyakan kajian-kajian yang
berkaitan diperolehi daripada artikel, jurnal, internet dan tesis tempatan maupun luar
negara.
16

2.1 Kepelbagaian Definisi Stres

Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasa
dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan.
Stres berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan
kita untuk menanganinya.

Menurut Fisher ( 1994 ), stres berlaku apabila wujud keadaan yang tidak
seimbang antara keadaan persekitaran dengan kemampuan seseorang individu itu untuk
menanganinya. Cox & Brockley (1984) pula berpendapat bahawa stres merupakan satu
keadaan di mana wujudnya persepsi dari satu perbandingan di antara arahan yang
diberikan oleh seseorang dengan kebolehan untuk melakukan arahan tersebut dengan
jayanya. Ketidakseimbangan dalam mekanisme ini mewujudkan pengalaman
ketegangan yang mana akan diikuti dengan gerakbalas ketegangan.

K. Hambly & A.J Muir ( 1997 ) mendefinisikan stres sebagai satu keadaan di
mana ia merupakan satu tahap kebangkitan adrenalin yang tinggi yang boleh
menyebabkan kesakitan yang kronik yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan
fizikal, masalah psikologikal dan perubahan tingkahlaku.

Stres dalam kalangan pendidik ditakrifkan sebagai pengalaman yang kurang


disenangi oleh seseorang pendidik dari segi emosi, seperti tertekan, kebimbangan,
kemarahan, dan segala sesuatu yang berpunca dari aspek pekerjaan sebagai seorang
pendidik ( Kyriacou and Sutcliffe,1978a ). Dalam erti kata lain, pendidik yang
menghadapi stres adalah pendidik yang tidak mampu mengawal emosi mereka terhadap
perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja memberi ilmu kepada pelajar-pelajar
malah mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Suasana kerja yang teruk menyumbang kepada faktor stres dan seterusnya membawa
kepada ketidakpuasan kerja (Kyriacou and Sutcliffe,1978b).
17

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan stres pendidik sebagai pengalaman


yang dialami oleh pendidik berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti
ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh
aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang pendidik.

Walau apa pun definisi dan tafsiran yang diberikan, stres terjadi apabila
keperluan tidak sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak seseorang. Ia boleh
memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa
tertekan dengan kerja yang dilakukan akan menunjukkan kemurungan yang
berpanjangan. Jika tekanan ini terus berulang dan tidak diatasi dengan segera, ia boleh
meninggalkan kesan yang buruk terutamanya dari aspek keselamatan dan kesihatan.
Apabila rasa tertekan, psikologi akan terganggu dan individu gagal membuat keputusan
dengan baik. Seseorang individu mudah berasa bimbang, takut dan cepat marah. Ini
boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan boleh menggugat produktiviti organisasi

2.2 Model stres Hans Selye ( 1956 )

Menurut Selye (1956), stres secara asasnya ialah reaksi individu yang terdiri
daripada tiga peringkat iaitu peringkat amaran, peringkat penentangan dan peringkat
keletihan yang diringkaskan sebagai Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation
Syndrome - GAS) (Rajah 2.1) Umum (General) membawa maksud penyebab stres
meninggalkan kesan terhadap bahagian-bahagian tertentu pada badan. Penyesuaian
(Adaptation) merujuk kepada ransangan pertahanan yang dibentuk untuk membantu
tubuh badan mengubahsuai atau mengendalikan penyebab stres. Sindrom ( Syndrome )
menunjukkan individu mengalami lebih atau kurang reaksi stres secara berkait.
18

Rajah 2.1 : General Adaptation Syndrome (GAS).

Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat amaran (alarm stage), individu
mula menyedari dan mengenalpasti ancaman yang wujud daripada faktor-faktor yang
menyebabkan stres (stressor). Persepsi terhadap situasi yang mencabar dan menekan ini
menyebabkan otak menghantar mesej kepada pelbagai bahagian dalam tubuh badan
yang membawa kepada peningkatan kadar pernafasan, tekanan darah, degupan jantung,
tekanan otot, dan maklumbalas fisiologi. Tahap tenaga individu dan keberkesanan
mengendalikan tekanan menurun sebagai maklumbalas awal kepada peringkat amaran.
Rasa terkejut yang melampau, boleh mengakibatkan ketidakseimbangan atau kematian
kerana tubuh badan tidak berupaya menghasilkan tenaga yang mencukupi. Dalam
banyak situasi, peringkat amaran menyedarkan individu terhadap keadaan persekitaran
dan menyediakan tubuh badan untuk peringkat penentangan.

Menurut beliau lagi, peringkat penentangan (resistance stage) pula menunjukkan


individu bingkas menahan tekanan yang disebabkan oleh ancaman asal. Walaupun
penyebab stres masih kekal, simptom yang wujud pada peringkat amaran mula hilang.
Pada peringkat ini, keupayaan individu menghadapi keperluan persekitaran semakin
19

meningkat dan melebihi keadaan yang biasa kerana tubuh badan mengaktifkan pelbagai
mekanisma bio-kimia, psikologi dan gelagat. Walau bagaimanapun penentangan hanya
kepada satu atau dua keperluan persekitaran sahaja, dan ini menyebabkan individu
mudah berasa tertekan dan tersinggung terhadap cabaran-cabaran lain. Ini
memperihalkan mengapa individu lebih cenderung untuk menghadapi atau
menguruskan perkara yang baik-baik atau lain-lain penyakit apabila mereka berhadapan
dengan stres. Peringkat penentangan masih berpegang bahawa peningkatan tahap
hormon dilindungi oleh kelenjar pituitari (terletak pada pangkal otak yang
mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan) dan korteks adrenal (kulit/lapisan luar
buah pinggang).

Sekiranya pendedahan kepada ancaman penyebab stres ini berterusan, seseorang


individu akan mencapai peringkat keletihan (exhaustion stage). Aktiviti kelenjar pitutari
dan korteks adrenal semakin lemah dan individu tidak lagi mampu bertahan terhadap
tekanan yang berterusan. Kebanyakan simptom fisiologi yang wujud pada peringkat
amaran berulang semula. Apabila tekanan tidak diredakan, individu akan mengalami
stres yang membawa kepada kecederaan fizikal termasuklah kematian akibat kegagalan
koronari atau penyakit jantung. Penemuan Selye terhadap tiga peringkat dalam GAS ini
dapat memberi penjelasan secara fisiologi tentang teori bagaimana wujudnya stres.

2.3 Kajian-Kajian Lampau Dalam Dan Luar Negara

2.3.1 Tahap Stres Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pendidik

Azizi dan Nik Diana (2005) menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti tahap
stres serta faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan guru sekolah menengah.
Seramai 400 orang guru di empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan
20

Selangor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Faktor stres dikaji dari aspek
bebanan kerja, hubungan interpersonal, masalah disiplin pelajar dan peraturan sekolah.
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang
digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak
kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah  = 0.8201. Data-data dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows.
Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap stress.
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap stres di kalangan guru-guru di sekolah
menengah dari aspek bebanan kerja, hubungan interpersonal, masalah disiplin pelajar
dan peraturan sekolah adalah berada pada tahap sederhana. Ini dapat dibuktikan melalui
peratusan yang tinggi bagi kategori sederhana dalam setiap aspek yang dikaji. Faktor
stres yang paling dominan di kalangan responden adalah berdasarkan aspek masalah
disiplin pelajar. Ini menunjukkan bahawa masalah disiplin pelajar merupakan faktor
utama yang menyumbang kepada stres guru.

Helen & Rojiah (2005) telah menjalankan satu kajian untuk meninjau tahap stres
dalam kalangan guru-guru di salah sebuah Sekolah Menengah Agama di Daerah Johor
Bahru berdasarkan faktor-faktor demografi guru. Seramai 35 orang responden yang
terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Kajian
ini dilakukan dengan menggunakan instrumen soalselidik. Instrumen ini mempunyai 73
item yang terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut, bahagian A merupakan
demografi subjek, bahagian B merupakan punca-punca yang membawa kepada stres dan
bahagian C pula merupakan ujian tahap stres. Dapatan dari hasil kajian secara
keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap stress di kalangan guru-guru sekolah ini
adalah rendah. sebanyak 94.3 % mengalami tahap stres yang rendah, manakala 5.7 %
mengalami tahap stress yang sederhana dan tiada responden yang mengalami tahap
stress yang tinggi.

Tee Sook Kim (2006) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk mengenal
pasti tahap stres kerja di kalangan guru aliran teknik di sekolah menengah teknik di
negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Seramai 92 orang guru aliran teknik (N =
21

92) dari sembilan buah sekolah menengah teknik di tiga buah negeri, iaitu Johor,
Melaka dan Negeri Sembilan telah dipilih secara rawak (kluster atas kluster) untuk
dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah Teacher Stress
Inventory yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) yang telah
diubahsuai oleh pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres kerja di
kalangan responden berada pada tahap yang sederhana.

Hussayani (2004) telah menjalankan kajian tentang hubungan tahap dan punca
stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah
menengah teknik di negeri Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan
punca stres dan hubungannya dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan
guru-guru di tiga buah sekolah menengah teknik di negeri Kedah. Seramai 217 orang
guru dipilih secara rawak. Mereka memberi respon kepada instrumen Job Related
Tension Index bagi menentukan tahap dan stres. Untuk mengukur kecenderungan
hendak berhenti kerja pula, instrumen Propensity to Leave Index (PLI) telah digunakan.
Pengkaji menkategorikan tahap stres dengan tahap tinggi dan tahap rendah. Dapatan
kajian mendapati 98.6% berada pada tahap tinggi dan 1.4% berada pada tahap rendah.
Manakala dapatan kajian bagi kecenderungan untuk berhenti kerja pula, 90.8% berada
pada kecenderungan yang sederhana, 9,2% berada pada kecenderungan yang sederhana
dan tiada yang berada pada kecenderungan yang tinggi untuk berhenti kerja.

Hammamatul (2008) menjalankan kajian bertujuan untuk mengenalpasti stres di


kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 306 orang guru dari 14 buah
sekolah-sekolah menengah Daerah Pontian yang dipilih secara kelompok atas kelompok
yang terdiri daripada soalselidik gaya hidup, persekitaran, gejala-gejala, pekerjaan,
perhubungan interpersonal dan personaliti. In trumen yang digunakan adalah diubahsuai
oleh En. Mazlan bertajuk Ujian Tahap Stres, terjemahan dari Less Stress oleh Dr. Julian
Melgosa. Darjah kepercayaan (alfa croncbach) bagi semua item soal selidik yang
digunakan dalam kajian ialah 0.8. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapat data dan
seterusnya data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan
22

analisis statistik inferens. Teknik statistik pemeratusan, kekerapan, min skor dan sisihan
piawai digunakan bagi mengukur tahap stres. Hasil kajian menunjukkan secara
keseluruhan stres berada pada tahap sederhana.

Branat (2006) menjalankan kajian untuk mengenalpasti punca utama dan tahap
stres kerja guru sekolah rendah yang berkhidmat di daerah Bau, Serawak. Sampel terdiri
daripada 55 orang lelaki dan 147 orang perempuan yang dipilih secara rambang dari 40
buah sekolah di daerah ini. Hasil kajian mendapati 29.9% menghadapi tahap stres yang
tinggi, 55% menghadapi tahap stres sederhana dan 15.3% berada pada tahap rendah.
Secara keseluruhan tahap stres kerja guru sekolah rendah yang berkhidmat di daerah
Bau, Sarawak adalah sederhana.

Kyriacou dan Sutcliffe telah menjalankan empat kajian di sekolah-sekolah


bersaiz sederhana dan beraneka jurusan di England di mana guru diminta untuk menilai
tahap stres kerja dalam pekerjaan mereka. Dalam kajian mereka yang pertama, Kyriacou
dan Sutcliffe (1977) melaporkan 29.3 peratus daripada 109 orang responden di sembilan
buah sekolah mentaksir kerja mereka amat tertekan atau terlalu tertekan. Hanya 1.8
peratus responden tidak menghadapi sebarang tekanan akibat daripada kerja mereka

Hasil daripada penyelidikan kedua, Kyriacou dan Sutcliffe (1978) mendedahkan


19.9 peratus daripada 257 orang guru di 16 buah sekolah menilai kerja mereka amat
tertekan atau terlalu tertekan dan hanya 4.7 peratus responden menilai kerja mereka
tiada stres langsung.

Hasil kajian ketiga Kyriacou dan Sutcliffe (1979) pula mendapati 23.4 peratus
daripada 218 orang responden di 16 buah sekolah mentaksirkan kerja mereka amat
tertekan atau terlalu tertekan. Manakala dalam kajian keempat mereka, Kyriacou dan
Sutcliffe menyatakan bahawa terdapat 30.7 peratus daripada 130 orang guru di 11 buah
sekolah mentaksirkan kerja mereka amat tertekan atau terlalu tertekan.
23

Menurut Abouserie (1993), di mana beliau telah menjalankan kajian


menggunakan soal selidik mengenai tahap stres di antara jantina dan dimensi personaliti
di kalangan guru. Subjek terdiri daripada 95 orang guru iaitu 44 guru lelaki dan 51 guru
wanita. Akhirnya keputusan menunjukkan bahawa majoriti (72.6%) mengalami tekanan
tahap sederhana dan 23.2% pula mengalami tekanan yang tinggi. Analisa korelasi di
antara tahap tekanan dengan dimensi personaliti menunujukkan korelatif positif yang
signifikan di antara tekanan dan psikotism. Korelasi negatif yang signifikan didapati di
antara tekanan dan extrovision serta korelasi positif yang signifikan di antara tekanan
dan neoroticism. Pada keseluruhannya keputusan kajian ini menunjukkan dimensi
personaliti lebih menyumbang kepada tahap tekanan daripada pembolehubah lain seperti
umur dan jantina. King & Peart (1992) menadapati stres dikalangan guru adalah berada
pada tahap tinggi.

Apandi (2003) menjalankan kajian bertujuan untuk melihat tahap tekanan kerja
dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah kebangsaan kawasan Bandar daerah
pontian. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat perhubungan antara tekanan
kerja dan kepuasan kerja guru. Seramai 120 orang guru dipilih secara rawak mudah
sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan tekanan kerja yang rendah dan
sederhana sahaja. Manakala dari segi kepuasan kerja guru-guru merasai tahap kepuasan
kerja yang tinggi dan sederhana . keputusan kajian juga menunjukkan terdapatnya
hubungan yang negatif di antara tekanan kerja dan kepuasan kerja.

Shahrul (1998) yang melakukan kajian berkenaan dengan tahap kepuasan kerja
dikalangan pensyarah sebuah kolej swasta. Hasil dari kajian beliau mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan diantara pembolehubah bersandar iaitu kepuasan
kerja dengan kepimpinan ketua, pentadbiran, beban tugas, karier masa depan dan
hubungan dan kerjasama. Selain itu, didapati bahawa terdapat hubungan yang positif di
antara tahap kepuasan bekerja secara keseluruhan dengan pengalaman mengajar.
24

2.3.2 Aspek Kepuasan Kerja

Farber (1991) menyatakan secara spesifiknya beban kerja berlebihan dikatakan


sebagai masalah utama bagi guru yang sudah semestinya memperuntukkan masa
bersama dengan anak-anak atau pelajar kelasnya.

Mohd Fadzilah (2007) menyatakan bahawa tanggungjawab yang terlalu banyak


dan pekerjaan yang kurang sesuai dengan kemampuan serta kebolehan boleh
mengakibatkan jiwa seseorang memberontak. Beliau juga menyatakan bahawa amat
penting bagi kita untuk menjaga hubungan sesama manusia kerana sekiranya hubungan
ini dapat dijaga maka keharmonian dan ketenangan dapat dicapai. Sebaliknya jika
hubungan ini terjejas, maka keseimbangan sukar dicapai dan suasana kehidupan menjadi
lebih tertekan. Beliau juga menyatakan bahawa hubungan kemanusian yang goyah dan
rapuh jika tidak diambil peduli akhirnya membawa kepada huru-hara. Kelemahan yang
ada pada setiap manusia adakalanya membuat orang lain salah faham. Manakala
kelebihan yang ada pula membuatkan orang lain rasa tertindas dan tercabar.

Menurut Krudwing (1999) dalam kajian secara tinjauan dijalankan ke atas 318
guru-guru disekolah menengah di Utara Florida mendapati bahawa perhubungan dan
sokongan pihak atasan seperti pengetua amatlah diperlukan bagi seseorang guru untuk
menjalankan tugas seharian di sekolah. Dengan adanya hubungan dan sokongan dari
pihak pentadbir guru akan memberikan komitmen yang kuat bagi mencapai objektif
yang ditetapkan. Kepercayaan dan latihan serta sokongan yang diberikan oleh pihak
pentadbir membolehkan guru meningkatkan komitmen kerja di kalangan guru.

Collier (1994) menyatakan adalah penting untuk seseorang pendidik ini khasnya
guru membina perhubungan sokongan yang baik antara guru-guru di sekolah untuk
membangunkan komuniti bersama. Kurangnya sokongan dan hubungan interpersonal
yang baik akan menyebabkan kepuasan kerja juga berkurang.
25

Forlin (1995) menjalankan analisis terperinci daripada 72 kajian yang


dipaparkan dari tahun 1980 hingga tahun 1993 mengenalpasti aspek utama kepuasan
kerja adalah beban kerja dari segi pengurusan masa dan kurang sokongan dari pihak
pengurusan. Isu yang melibatkan pihak pengurusan merupakan masalah yang paling
besar ialah gangguan masa guru seperti bertambahnya bilangan kertas kerja, aktiviti
kokurikulum yang terlalu berlebihan dan konflik individu.

Lortie(1975) telah melakukan kajian di sekolah rendah dan menengah di New


England dan telah mendapati ketidakpuasan hati para guru adalah berpunca dari kerja-
kerja yang bukan bidang mereka yang sebenar seperti kerja pengkeranian, gangguan dan
tekanan masa dan juga disebabkan oleh murid-murid yang bermasalah dalam pelajaran
dan jua disiplin.

2.3.3 Perbezaan Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki Dan
Perempuan.

Azizi dan Nik Diana (2005) dalam kajian mereka juga mengkaji perbezaan tahap
stres antara guru lelaki dan perempuan. Statistik inferensi iaitu analisis ujian –t dan
korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis perbezaan stres antara jantina dan
hubungan antara faktor stres dengan umur, pengalaman mengajar dan bilangan anak.
Untuk mencari hubungan tersebut, paras signifikan  = 5 peratus atau 0.05 telah dipilih.
Hasil mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek bebanan
kerja antara guru lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan guru-guru di sekolah
menengah menghadapi stres bebanan kerja yang sama antara lelaki dan perempuan.
Begitu juga dengan aspek hubungan interpersonal dan peraturan sekolah. Tiada
perbezaan stres yang dapat dilihat dari ketiga-tiga aspek ini. Walaubagaimanapun,
terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek masalah disiplin pelajar antara guru lelaki
dan perempuan. Ini kerana didapati nilai p = 0.008 adalah lebih kecil daripada nilai  =
0.05.
26

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres kerja
yang signifikan di kalangan responden mengikut jantina, status perkahwinan dan
kelulusan akademik tertinggi. Di samping itu, stres kerja responden juga dibuktikan
tidak berhubung secara signifikan dengan umur, pengalaman mengajar dan pendapatan
gaji sebulan mereka (Tee Sook Kim ,2006)

Azizi & Mazeni (2007) dalam kajian mereka juga bertujuan untuk mengenal
pasti perbezaan stres di kalangan guru lelaki dan perempuan dari aspek ketandusan
emosi, depersonalisasi, kejayaan diri, persekitaran kerja,hubungan interpersonal dan
lebihan kerja. Selain daripada itu mereka juga mengkaji hubungan stres di kalangan
guru dari aspek ketandusan emosi, depersonalisasi, kejayaan diri, persekitaran kerja,
hubungan interpersonal dan lebihan kerja dengan umur, bilangan anak dan pengalaman
mengajar. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
stres di kalangan guru lelaki dan perempuan dari semua aspek dan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan
pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan
dengan pengalaman.

Dalam kajian Hussaiyani (2004) juga mengkaji perbezaan tahap stres dari segi
demografi iaitu jantina, status diri serta bidang. Dapatan kajian mendapati lebih ramai
guru lelaki mengalami stres berbanding dengan guru perempuan. Dari segi status diri,
pengkaji mendapati guru-guru yang sudah berkahwin lebih mengalami stres berbanding
guru-guru yang belum berkahwin. Dari segi bidang, guru-guru dalam bidang akademik
lebih mengalami yang tinggi (49.8%), diikuti dengan aliran vokasional (31.3%) dan
aliran teknik (17.5%).

Hammamatul (2008) juga mengkaji perbezaan tahap stres antara guru lelaki dan
perempuan dan hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor
stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Payne dan Furnham
(1987) pula mendapati perbezaan dari segi pengurusan masa dan tingkah laku pelajar,
27

responden perempuan dilaporkan mengalami stres yang lebih tinggi berbanding


responden lelaki. Begitu juga dengan guru yang kurang berpengalaman dan
berkelulusan lebih rendah dikatakan kurang tertekan dari segi pengurusan masa. Ini
munkin kerana mereka belum lagi di bebani dengan tugas-tugas yang banyak.

Kajian kedua Kyriacou dan Sutcliffe (1978) juga menunjukkan guru perempuan
lebih tertekan berbanding dengan guru lelaki apabila berdepan dengan masalah disiplin
pelajar. Manakala guru lelaki lebih tertekan jika dibandingkan dengan guru perempuan
apabila mereka berdepan dengan tugas pentadbiran dan tugas-tugas yang melibatkan
kertas kerja. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati bahawa guru yang berkelulusan
ijazah merasa kurang tertekan berbanding dengan rakan sekerja lain ketika menghadapi
suasana dan prosedur sekolah yang kurang memuaskan. Apabila berdepan dengan
masalah-masalah seperti suasana kelas yang rumit, kekurangan peralatan dan
kemudahan serta kelakuan pengetua sekolah, guru yang berusia muda dan kurang
berpengalaman mengalami stres yang lebih besar daripada guru yang lebih
berpengalaman.

Hasil kajian King & Peart (1992) mendapati bahawa guru lelaki kurang
menghadapi stres daripada guru perempuan. Begitu juga dengan dapatan yang
diperolehi daripada Lippel (1999) yang mendapati guru perempuan menghadapi stres
yang tinggi berbanding guru lelaki.

Cheng (1996) telah menguji 55 orang pensyarah sepenuh masa dari kampus
cawangan sebuah university tempatan. Beliau tela menguji hubungan tekanan kerja dan
kepuasan kerja. Tumpuan kajian tersebut adalah pada perbezaan tekanan kerja dan
kepuasan kerja di antara jantina. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan antara kepuasan kerja dan tahap tekanan kerja mengikut jantina.
Walaubagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan diantara kepuasan kerja di
kalangan pensyarah mengikut pangkat. Manakala hubungan tekanan kerja dan kepuasan
kerja adalah negatif dan signifikan.
28

Che An’ nfullah (1999) pula telah mengkaji hubungan diantara faktor demografi
dan kepuasan kerja di kalangan kaunselor pelajar sepenuh masa di sekolah-sekolah di
negeri Terengganu. Kajian beliau menunjukkan tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja
mengikut faktor demografi yang dimiliki oleh responden.

Kajian mengenai kepuasan kerja dan suasana kerja di kalangan guru pula telah
dilakukan oleh Ball dan Stenlund (1990). Seramai 530 orang guru sekolah menengah di
Ontario dijadikan sampel kajian. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa
responden yang terdiri daripada guru-guru wanita lebih mempunyai kecenderungan
untuk bertingkahlaku untuk menuju kejayaan, mempunyai fikiran yang berkaitan
dengan kerja dan keinginan untuk mengetahui hal ehwal yang berkaitan dengan sekolah
berbanding dengan lelaki. Maka, ini akan menyebabkan guru wanita akan lebih dahulu
menikmati kepuasan kerja kerana mereka dilihat sebagai mampu termotivasi pada tahap
yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam jawatan yang dipegang.

2.4 Penutup

Setelah penelitian dilakukan terhadap kajian-kajian yang lepas dapatlah


disimpulkan bahawa stres dalam kalangan pendidik kebanyakannya berada pada tahap
sederhana dan rendah. Walaubagaimanapun terdapat juga segelintir pendidik yang
menghadapi tahap stres yang tinggi.

Daripada kajian-kajian yang lepas juga dapat dikenalpasti bahawa kepuasan


kerja pendidik dipengaruhi oleh beberapa aspek iaitu beban kerja, hubungan
interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja.
29

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Penyelidikan pendidikan ditakrifkan sebagai cara teratur untuk memperoleh dan


menganalisis maklumat untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pendidikan.
Penyelidikan perlu dilakukan secara sistematik dan saintifik bagi memastikan fakta-
fakta yang diperoleh bagi membuat keputusan, merupakan fakta yang tepat dan boleh
dipercayai.

Bab ini akan membincangkan kaedah serta tatacara penyelidikan yang dijalankan
dalam kajian ini. Antara aspek-aspek yang diberi penekanan dalam bab ini adalah
rekabentuk kajian, prosedur persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur
kajian, kaedah menganalisis data serta batasan kajian. Metodologi merupakan kaedah
yang penting untuk memperolehi maklumat seterusnya mendapatkan keputusan dalam
kajian ini (Abd. Majid, 2000).

3.1 Reka Bentuk Kajian

Salah satu tujuan menyediakan rekabentuk kajian adalah untuk mencari jawapan
kepada persoalan-persoalan kajian (Mohammad Najib, 1999). Rekabentuk kajian ini
30

membimbing penyelidik ke arah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan


tujuan kajian yang dijalankan.

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu mempertunjukkan data yang mudah
difahami dan menjurus kepada keputusan serta menggunakan kaedah tinjuan kerana
data hanya diambil dalam satu masa tertentu sahaja (Mohammad Najib, 1999).
Tinjauan adalah cara yang spesifik kerana data dapat dikumpulkan dengan cepat dan
mudah, menjimatkan masa dan perbelanjaan, bilangan responden yang ramai dapat
diadakan dan sesuai untuk gambaran sebenar mengenai maklumat sample kajian.

3.2 Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pensyarah –


pensyarah kanan dari 12 fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Saiz populasi adalah
seramai 719 orang, di mana taburan mereka mengikut fakulti di Universiti Teknologi
Malaysia adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah. Populasi tidak mengambil kira
pensyarah kontrak, tutor, profesor madya dan profesor.
31

Jadual 3.1 : Taburan Populasi Pensyarah-pensyarah dan pensyarah-pensyarah kanan


di Universiti Teknologi Malaysia.

Fakulti Jumlah
Fakulti Pendidikan 53
Fakulti Kejuruteraan Awam 52
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 67
Fakulti Kejuruteraan Elektrik 139
Fakulti Sains 72
Fakulti Alam Bina 51
Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi 31
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli 51
Fakulti Kejuruteraan Bio-Perubatan dan Sains Kesihatan 8
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Informasi 59
Fakulti Pengurusan dan Perusahaan Sumber Manusia 127
Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan 9
Jumlah 719

Sumber : UTM online

3.3 Kaedah Persampelan

Persampelan rawak sistematik dipilih sebagai jenis persampelan oleh pengkaji


untuk memastikan sampel yang dipilih mewakili populasi. Menurut Azizi et. al (2007)
persampelan ini lebih kerap digunakan apabila tidak terdapat rangka persampelan dan
lebih mudah digunakan. Dalam persampelan sistematik, unsur yang dipilih daripada
populasi pada selang seragam yang diukur dalam masa, tertib, ataupun ruang (Azizi et.
al, 2007).
32

Keseluruhan subjek terdiri daripada 719 orang pensyarah. Penyelidik memilih


saiz sampel dengan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan
Morgan (1970). Penyelidik memilih 248 orang pensyarah sebagai mewakili populasi.
Saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah borang soal selidik
yang diedarkan kepada responden bagi memperolehi dapatan yang diperlukan dalam
kajian. Menurut Mohd Najib (1999), instrumen yang digunakan akan menentukan jenis
data yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data. Tujuan penggunaan
instrumen ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan data yang tepat dan sah kerana
dengan menggunakan kaedah soal selidik, ianya lebih mudah mendapatkan kerjasama
dari responden.

Di samping itu, instrumen ini juga lebih sesuai dan praktikal untuk bilangan
sampel kajian yang diperlukan. Secara tidak langsung kos perbelanjaan dalam
menjalankan penyelidikan ini dapat dijimatkan mengikut kemampuan penyelidik.
Instrumen yang bersifat objektif ini juga dapat mengelakkan ‘bias’ yang sering berlaku
dalam kaedah temu bual.

Jumlah keseluruhan item bagi kajian ini diterjemahkan dalam bentuk jadual 3.2
mengikut persoalan kajian yang telah dinyatakan di dalam bab I. Instrumen ini
mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
33

Jadual 3.2: Jumlah Item Bagi Keseluruhan Instrumen Kajian Mengikut Bahagian

JENIS BIL.
BAHAGIAN PENERANGAN/PERSOALAN KAJIAN
ITEM ITEM

A Maklumat Diri Responden 6

1. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek


beban kerja dalam kalangan pensyarah 6
Universiti Teknologi Malaysia?
2. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek
hubungan interpersonal dalam kalangan
6
pensyarah Universiti Teknologi
Malaysia?
Skala
B 3. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek
Likert
persekitaran tempat kerja dalam
6
kalangan pensyarah Universiti
Teknologi Malaysia?
4. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek
peraturan tempat kerja dalam kalangan
6
pensyarah Universiti Teknologi
Malaysia?
1. Apakah tahap stres dalam kalangan
Skala
C pensyarah Universiti Teknologi 17
Likert
Malaysia?
JUMLAH ITEM 47
34

3.4.1 Bahagian A

Bahagian ini mengandungi 6 item berkaitan latarbelakang responden. Maklumat


yang diperlukan daripada responden adalah dari aspek jantina, umur, fakulti,
pengalaman mengajar, status jawatan dan taraf perkahwinan. Responden hendaklah
menandakan ( / ) dalam petak yang disediakan.

Jadual 3.3: Contoh Item Bahagian A

BAHAGIAN A CONTOH ITEM NO. ITEM


1. Jantina
Maklumat Diri
2. Umur 1,2.3.4,5,6
Responden
3. Fakulti

3.4.2 Bahagian B

Bahagian B adalah soalan tinjuan mengenai tahap kepuasan kerja dalam


kalangan pensyarah dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan tempat kerja. Terdapat 24 item soalan dalam bahagian ini. Item-item
soalan di ubahsuai oleh penyelidik daripada Job Related Tension yang dibina oleh
Wolve et. al (1984).

Skala Likert (5-1) digunakan untuk mengukur dan mendapat gerak balas
responden. Skala ini mengandungi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden.
Kelima-lima skor ini ialah seperti di dalam jadual 3.1 di bawah.
35

Jadual 3.4: Skala Pemeringkatan Likert

PENGKELASAN SKOR
Amat kerap 5
Kerap 4
Kadang-kadang 3
Jarang sekali 2
Tidak pernah 1

Untuk memudahkan penyelidik membuat analisis, setiap item dikelaskan


mengikut aspek tahap kepuasan kerja dalam objektif kajian.

Jadual 3.5: Contoh Item Bahagian B

BAHAGIAN B CONTOH ITEM NO. ITEM


1. Saya diberi kerja yang sedikit pada masa
1. Apakah tahap kepuasan kerja
tertentu.
dari aspek beban kerja dalam
2. Saya diberi kerja-kerja yang bersesuaian dengan 1,2,3,4,5,6
kalangan pensyarah-pensyarah
kemahiran yang saya miliki.
Universiti Teknologi Malaysia.

2. Apakah tahap kepuasan kerja 1. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan

dari aspek hubungan rakan sekerja.


2. Saya saya dapat berkomunikasi dengan baik 7,8,9,10,11,12
interpersonal dalam kalangan
pensyarah-pensyarah Universiti semasa memberi kuliah di dalam kelas.

Teknologi Malaysia.

3. Apakah tahap kepuasan kerja 1. Saya berasa tenang semasa berada di dalam

dari aspek persekitaran tempat bilik saya.

kerja dalam kalangan 2. Saya berpuas hati dengan suasana tempat kerja 13,14,15,16,17,18
pensyarah-pensyarah Universiti yang tidak bising.

Teknologi Malaysia.

4. Apakah tahap kepuasan kerja 1. Saya menerima tugas dengan garis panduan

dari aspek peraturan tempat kerja yang jelas.

kerja dalam kalangan 2. Saya penagihan tugas dilakukan secara adil 19,20,21,22,23,24
pensyarah-pensyarah Universiti kepada saya

Teknologi Malaysia.
36

3.4.3 Bahagian C

Bahagian ini mengandungi 15 item soalan untuk mengukur tahap stres. Item-
item soalan di ubahsuai oleh penyelidik daripada Job Related Tension yang dibina oleh
Wolve et. al (1984).

Skala Likert (5-1) digunakan untuk mengukur dan mendapat gerak balas
responden. Skala ini mengandungi lima nilai skor yang perlu dijawab oleh responden.
Kelima-lima skor ini ialah seperti di dalam jadual 3.4.

Jadual 3.6: Contoh Item Bahagian C

BAHAGIAN C CONTOH ITEM NO. ITEM


1. Apakah tahap stres di
25,26,27,28,29,30,
kalangan pensyarah- 1. Saya bosan dengan tugas saya
31,32,33,34,35,36,
pensyarah di Universiti 2. Prestasi diri saya mulai merosot
37,38,39,40,41
Teknologi Malaysia

3.4.4 Pengesahan Instrumen

Kesahan merujuk kepada kesesuaian interpretasi yang dibuat dari markah ujian
dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu penilaian
tersebut (Mohd. Najib, 1999). Kesahan di dalam kajian ini adalah sejauhmana instrumen
yang digunakan dalam kajian ini dalam mengenalpasti tahap stres dalam kalangan
pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Di samping itu juga,
sejauhmana kesahan instrumen dalam mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam
kalangan pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Penyelidik membina
37

soalan yang menjurus kepada persoalan dan objektif kajian agar soal selidik ini nanti
akan dapat menjawab masalah kajian ini.

Bagi menentukan kesahan kandungan instrumen kajian ini, penyelidik


menyerahkan soal selidik kepada dua orang pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk dinilai iaitu
Encik Mohsin bin Uzir dan Dr. Safarin bin Nordin.

Jadual 3.7: Contoh Item Yang Diubahsuai

SEBELUM SELEPAS
1. Saya mudah terasa hati dan bersedih hati 1. Saya mudah terasa hati
2. Saya mengalami kesukaran berfikir 2. Saya mengalami kecelaruan fikiran
dengan baik

3.5 Kajian Rintis

Selepas soalan-soalan dibentuk, satu kajian rintis akan dijalankan. Tujuan kajian
rintis ini dijalankan ialah untuk mengetahui tahap kefahaman soalan, mengetahui reaksi
awal dan mengesan kesalahan-kesalahan yang dianggap ketara dalam soalan-soalan.

Kajian rintis ini telah dijalankan pada pensyarah di Universiti Teknologi


Malaysia di Johor. Dua orang pensyarah daripada 12 fakulti telah dipilih secara rawak
dalam kajian rintis ini.

Dalam kajian rintis ini penyelidik telah menyemak item-item dan menganalisis
dengan menggunakan Perisian SPSS Versi Windows 10.0. Nilai alpha yang diperolehi
daripada 26 responden dan 39 item soalan ialah 0.859 . Menurut Mohd. Najib (1997),
sekiranya nilai alpha yang diperolehi adalah 0.8 keatas, kita dapat menyatakan dengan
38

senang hati bahawa ia mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam hal ini kaedah
Alpha Cronbach digunakan.

3.6 Prosedur Kajian

Setelah kajian rintis dilakukan, penyelidik perlulah mengedarkan soal selidik


kepada responden yang telah dipilih. Penyelidik mendapatkan senarai nama pensyarah
dan pensyarah kanan bagi setiap fakulti daripada laman web Universiti Teknologi
Malaysia. Setelah senarai nama diperolehi, nama-nama responden dikenalpasti
mengikut rawak yang dipilih. Setelah mengenalpasti responden, penyelidik
mengedarkan soal selidik kepada responden secara individu. Pensyarah-pensyarah yang
terlibat di hubungi terlebih dahulu untuk membuat temujanji bagi mereka menjawab
soal selidik. Bagi mereka yang tidak dapat dihubungi penyelidik terpaksa sentiasa
berkunjung ke bilik mereka untuk memberikan soal selidik untuk di jawab. Soal selidik
dipulangkan kepada penyelidik setelah selesai dijawab.

3.7 Kadar Pulangan Soal Selidik

Jadual 3.8: Kadar Pulangan Soal Selidik

Status Bilangan (set) Peratus (%)


Dikembalikan 128 51.6%
Tidak dikembalikan 120 48.4%
Jumlah 248 100%
39

Berdasarkan jadual 3.8, dapat dilihat bahawa sebanyak 128 set soalan (51.6%)
telah dikembalikan daripada 248 set yang telah diedarkan. Secara keseluruhannya,
sebanyak 120 set soal selidik yang mewakili 48.4 % set soal selidik tidak dikembalikan.

Kegagalan mendapatkan kembali borang soal selidik yang telah diedarkan


adalah disebabkan kesukaran pengkaji untuk mendapatkan kerjasama daripada
responden yang telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Oleh yang demikian,
analisis kajian ini hanya berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada
borang soal selidik yang telah dikembalikan sahaja.

3.8 Analisis Data

Penganalisaan data merupakan perkara yang penting dalam menentukan hasil


sesuatu kajian. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif. Menurut Azizi et. al (2007) statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan
ataupun membuat ringkasan pada maklumat ataupun data yang diperoleh bagi populasi
ataupun sampel. Semua data dalam Bahagian A, B dan C akan diproses menggunakan
Statistical Packages For The Social Sciences 13 (SPSS). Di dalam kajian ini penyelidik
telah mengeluarkan beberapa item pada bahagian A untuk dianalisis kerana item-item
tersebut didapati tidak mempunyai kaitan dan kepentingan kepada kajian penyelidik.
Maklumat yang dianalisis dalam Bahagian A terdiri daripada jantina dan status jawatan
responden. Dalam bahagian ini di analisis menggunakan kekerapan dan peratusan.
40

Jadual 3.9: Jenis Analisis Mengikut Persoalan Kajian

PERSOALAN KAJIAN JENIS ANALISIS

a. Apakah tahap stres di kalangan pensyarah-


Kekerapan ,Peratusan dan min
pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia?

b. Apakah tahap kepuasan kerja dari aspek


beban kerja, hubungan interpersonal,
persekitaran tempat kerja dan peraturan Kekerapan, Peratusan dan min
tempat kerja dalam kalangan pensyarah-
pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia?
c. Adakah terdapat perbezaan tahap stres di
kalangan pensyarah-pensyarah lelaki dan Ujian-t
pensyarah-pensyarah perempuan ?
d. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan
kerja dari aspek beban kerja, hubungan
interpersonal, persekitaran tempat kerja dan Ujian-t
peraturan tempat kerja antara pensyarah
lelaki dan perempuan?
e. Adakah terdapat hubungan antara aspek-
aspek kepuasan kerja (beban kerja, hubungan
interpersonal, persekitaran tempat kerja dan Ujian Korelasi Pearson
peraturan tempat kerja) dengan tahap stres?

3.9 Skor Min

Jadual dibawah menunjukkan pemarkatan tahap stres dan tahap kepuasan kerja.
Ia digunakan untuk menentukan tahap stres dan tahap kepuasan kerja dari aspek beban
kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja.
41

Jadual 3.10: Pemarkatan Skor Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja

SKOR MIN PETANDA


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.0 Tinggi

Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian korelasi iaitu mengukur hubungkait
antara dua pembolehubah, ianya hanya menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada
ia signifikan atau tidak ( Mohamad Najib, 1999). Biasanya kaedah Spearman Rho
digunakan untuk membentuk data. Indeks positif menunjukkan hubungan sehaluan dan
indeks negatif menunjukkan hubungan songsang. Menurut Rowntree (1981), klasifikasi
kekuatan kolerasi adalah seperti berikut:

Jadual 3.11: Indek Perhubungan Kolerasi.

Julat (positif atau negatif) Kekuatan


0.0 hingga 0.2 Sangat lemah
0.2 hingga 0.4 Lemah, rendah
0.4 hingga 0.7 Sederhana
0.7 hingga 0.9 Tinggi, kuat
0.9 hingga 1.0 Sangat tinggi, sangat kuat

Sumber: Rowntree (1981)

3.10 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas terhadap pensyarah-pensyarah dan pensyarah-


pensyarah kanan tetap di Universiti Teknologi di Johor sahaja.
42

3.11 Penutup

Dalam Bab III ini, penyelidik telah menghuraikan secara terperinci tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang
digunakan dalam menjalankan kajian ini. Kajian yang akan dijalankan adalah satu
kajian deskriptif iaitu menggunakan soal selidik. Data yang dianalisis dengan
menggunakan Perisian SPSS diperolehi daripada item soal selidik ini akan banyak
membantu dalam memudahkan proses kajian ini. Data dan maklumat daripada kajian ini
nanti, seterusnya akan dianalisis dalam bentuk peratusan dan min pada Bab IV.
43

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Bab ini menghuraikan pernyataan-pernyataan yang berbentuk deskriptif


berdasarkan data. Data adalah bergantung sepenuhnya kepada maklumbalas sampel
terhadap soal selidik yang diedarkan. Populasi menentukan sejauh mana dan sebanyak
mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisis. Pentafsiran terhadap data dan
maklumat yang dikumpul juga dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji
(Mohd. Majid Konting, 2000).

Dalam bab ini, penyelidik menganalisis data hasil daripada kajian soal selidik
yang dijalankan ke atas 128 orang responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah
yang sedang berkhidmat di UTM. Data-data telah dianalisis menggunakan perisian
SPSS Version 13. Hasil keputusan dalam kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan dalam Bab I.

4.1 Kebolehpercayaan Instrumen.

Daripada analisa didapati nilai alpha bagi alat ukur aspek-aspek kepuasan kerja
iaitu beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan
tempat kerja masing-masing adalah 0.82, 0.85, 0.84 dan 0.85. Secara keseluruhannya
44

nilai alpha bagi alat ukur tahap kepuasan kerja untuk 24 item adalah 0.91 manakala
nilai alpha bagi alat ukur tahap stres untuk 15 item adalah 0.87. Nilai alpha bagi
keseluruhan alat ukur adalah 0.83. Nilai ini diperolehi dari 24 orang pensyarah yang
memberi respon kepada instrumen yang dikaji

Ini menunjukkan bahawa instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.


Menurut Mohd. Najib (1997), sekiranya nilai alpha yang diperolehi adalah 0.8 keatas,
kita dapat menyatakan dengan senang hati bahawa ia mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi.

4.2 Analisis data

Perbincangan dapatan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang mana bahagian
pertama membincangkan hasil analisis maklumat demografi responden yang dilakukan
secara deskriptif iaitu berdasarkan taburan kekerapan dan peratusan. Manakala
bahagian berikutnya membincangkan hasil analisis dapatan kajian berdasarkan
persoalan kajian seperti berikut :

i. Tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi


Malaysia dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan di tempat kerja.
ii. Perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan
interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja antara
pensyarah lelaki dan perempuan.
iii. Tahap stres yang dialami oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.
iv. Perbezaan tahap stres antara pensyarah lelaki dan perempuan.
v. Hubungan antara kepuasan kerja dengan tahap stres dalam kalangan
pensyarah UTM.
45

4.3 Faktor Demografi

Analisa dalam bahagian ini menggunakan kekerapan dan peratusan untuk


melihat taburan responden berdasarkan aspek demografi.

Jadual 4.1 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratusan(%)


Lelaki 67 52.3
Perempuan 61 47.7
Jumlah 128 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut


jantina. Seramai 67 orang (52.3%) terdiri daripada pensyarah lelaki manakala 61 orang
(47.7 %) adalah pensyarah perempuan.

Jadual 4.2 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jawatan

Jawatan Kekerapan Peratusan (%)


Pensyarah 71 55.5
Pensyarah Kanan 57 44.5
Jumlah 128 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut


jawatan. Seramai 71 orang (55.5%) terdiri daripada pensyarah manakala selebihnya
iaitu 57orang (44.5%) adalah pensyarah kanan.
46

Jadual 4.3 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut status perkahwinan

Taraf Kekerapan Peratusan (%)


Belum berkahwin 15 11.7
Sudah berkahwin 113 88.3
Jumlah 128 100.0

Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut


status perkahwinan. Seramai 15 orang (11.7%) terdiri daripada pensyarah yang
mempunyai status sudah berkahwin manakala 105 orang (88.3%) adalah pensyarah yang
mempunyai status belum berkahwin.

4.4 Tahap Kepuasan Kerja

Analisis dalam bahagian ini menggunakan cara kekerapan, peratusan dan min
untuk menentukan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah UTM dari aspek
beban kerja, hubungan interpersonal,persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat
kerja.
47

4.4.1 Aspek Beban Kerja

Jadual 4.4 : Analisis deskriptif aspek beban kerja

No. Item TP JS KK K AK
Min
1. Saya diberi kerja yang sedikit 1 7 44 70 6
pada satu masa tertentu (0.8%) (5.5%) (34.4%) (54.7%) (4.7%) 3.57
2. Saya diberi kerja-kerja yang
bersesuaian dengan kemahiran 0 6 34 74 14
yang saya miliki (0%) (4.7%) (26.6%) (57.8%) (10.9%) 3.84
3. Saya dapat menyiapkan kerja- 0 4 3.3 70 21
kerja yang diberi pada masa (0%) (3.1%) (25.8%) (54.7%) (16.4%) 3.75
yang ditetapkan
4. Saya mempunyai masa yang 1 16 50 47 14
cukup untuk menyemak tugasan (0.8%) (12.5%) (39.1%) (36.7%) (10.9%) 3.45
pelajar-pelajar
5. Saya mempunyai waktu bersama 1 9 43 56 19
keluarga semasa berada di (0.8%) (7.0%) (33.6%) (43.8%) (14.8%) 3.65
rumah
6. Saya yakin dan berpuas hati 0 6 30 69 23
dengan kerja-kerja yang saya (0%) (4.7%) (23.4%) (53.9%) (18.0%) 3.85
lakukan
(0.4%) (6.3%) (30.4%) (50.3%) (12.6%)
PURATA KESELURUHAN (6.7%) (30.4%) (62.9%) 3.67
TP=Tidak Pernah, JS=Jarang Sekali, KK=Kadang-Kadang, K=Kerap, AK=Amat Kerap

Jadual 4.4 menunjukkan analisis deskriptif tahap kepuasan kerja dari aspek
beban kerja. Item-item menunjukkan kepuasan hati responden terhadap kerja-kerja
yang menjadi tanggungjawab mereka. Respon kepada item-item ini akan digunakan
untuk mendapatkan sejauh manakah tahap kepuasan kerja responden dari aspek beban
kerja. Dengan ini dapatan membuktikan sebanyak 62.9 % responden berpuas hati, 30.4
% responden kurang berpuas hati dan 6.7 % pula tidak berpuas hati dengan kerja
mereka dari aspek beban kerja. Ini kerana responden kerap diberikan kerja-kerja yang
bersesuaian dengan kemahiran yang mereka miliki. Mereka juga kerap mendapat kerja
48

yang sedikit pada satu masa tertentu dan dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut pada
masa yang telah ditetapkan. Perkara yang menyebabkan mereka merasa kurang berpuas
hati adalah kerana mereka kurang mempunyai masa untuk menyemak tugasan pelajar-
pelajar. Nilai min bagi aspek beban kerja ini ialah 3.67. Ini menunjukkan tahap
kepuasan kerja dari aspek beban kerja adalah tinggi.

4.4.2 Hubungan Interpersonal

Jadual 4.5 : Analisis deskriptif aspek hubungan interpersonal

No. Item TP JS KK K AK
Min
7. Saya dapat mengawal
tingkahlaku apabila berhadapan 1 4 12 70 41 4.14
dengan kerenah pelajar (0.8%) (3.1%) (9.4%) (54.7%) (32.0%)
8. Saya mendapat kepercayaan
sepenuhnya daripada pihak 0 4 8 77 39
pentadbir ketika melakukan (0%) (3.1%) (6.3%) (60.2%) (30.5%) 4.18
sesuatu tugasan
9. Saya mempunyai rakan kerja
yang sering membantu dalam 2 6 12 66 42 4.09
melakukan tugas (1.6%) (4.7%) (9.4%) (51.6%) (32.8%)

10. Saya senang menjalinkan 2 5 42 53 26


hubungan baik dengan pelajar (1.6%) (3.9%) (32.8%) (41.4%) (20.3%) 3.75

11. Saya dapat berkomunikasi


dengan baik semasa memberi 0 13 24 63 28 3.83
kuliah di dalam kelas (0%) (10.2%) (18.8%) (49.2%) (21.9%)
12. Saya mempunyai hubungan yang 0 2 24 69 33
baik dengan rakan sekerja (0%) (1.6%) (18.8%) (53.9%) (25.8%) 4.04
(0.7%) (4.4%) (15.9%) (51.8%) (27.2%)
PURATA KESELURUHAN (5.1%) (15.9%) (79.0%) 4.01
TP=Tidak Pernah, JS=Jarang Sekali, KK=Kadang-Kadang, K=Kerap, AK=Amat Kerap
49

Jadual 4.5 menunjukkan analisis deskriptif tahap kepuasan kerja dari aspek
hubungan interpersonal. Item-item menunjukkan perhubungan yang terjalin antara
responden dengan pelajar, rakan sekerja dan pihak pentadbir. Dapatan membuktikan
sebanyak 79.0 % responden berpuas hati, 15.9 % responden kurang berpuas hati dan
sebanyak 5.1 % pula berpendapat bahawa mereka tidak berpuas hati dengan hubungan
interpersonal yang terjalin antara mereka dengan pelajar, rakan sekerja dan pihak
pentadbir. Ini berikutan responden kerap mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh pihak
pentadbir ketika melakukan sesuatu tugas. Mereka juga dapat mengawal tingkahlaku
apabila berhadapan dengan kerenah pelajar dan juga menjalinkan hubungan baik dengan
rakan sekerja mahupun pelajar. Nilai min bagi aspek hubungan interpersonal ini ialah
4.01. Ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja dari aspek hubungan interpersonal
adalah tinggi.

4.4.3 Persekitaran Tempat Kerja

Jadual 4.6 : Analisis deskriptif aspek persekitaran tempat kerja

No. Item TP JS KK K AK
Min

13. Saya berpuas hati dengan ruang kerja di 3 6 23 44 52


dalam bilik saya (2.3%) (4.7%) (18.0%) (34.4%) (40.6%) 4.06
14. Saya merasakan udara di tempat kerja 1 8 25 48 46
saya nyaman (0.8%) (6.3%) (19.5%) (37.5%) (35.9%) 4.02
15. Saya merasakan bilik saya terletak di 5 13 23 48 39
kawasan yang tiada pencemaran bunyi (3.9%) (10.2%) (18.0%) (37.5%) (30.5%) 3.80
16. Saya berpuas hati dengan pencahayaan 7 21 26 47 27
yang disediakan di dalam bilik saya (5.5%) (16.4%) (20.3%) (36.7%) (21.1%) 3.52
17. Saya berpuas hati dengan suasana tempat 3 24 21 49 31
kerja yang tidak bising (2.3%) (18.8%) (16.4%) (38.3%) (24.2%) 3.63

18. Saya berasa tenang semasa berada di 4 14 28 55 27


dalam bilik saya (3.1%) (10.9%) (21.9%) (43.0%) (21.1%) 3.68

(3.0%) (11.2%) (19.0%) (37.9%) (28.9%)


PURATA KESELURUHAN (19.0%) (66.8%) 3.79
(14.2%)

TP=Tidak Pernah, JS=Jarang Sekali, KK=Kadang-Kadang, K=Kerap, AK=Amat Kerap


50

Jadual 4.6 menunjukkan analisis deskriptif tahap kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja. item-item adalah berkaitan dengan ruang, pencahayaan,
suasana dan bunyi di tempat kerja. Dapatan membuktikan sebanyak 66.8 % responden
berpuas hati, 19.0 % responden kurang berpuas hati dan sebanyak 14.2 % pula
berpendapat bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kerja mereka dari aspek
persekitaran tempat kerja. Responden kerap berpuas hati dengan persekitaran tempat
kerja seperti pencahayaan, ruang, bunyi, udara serta suasana yang tenang ketika berada
di tempat kerja. Nilai min yang diperolehi pula adalah 3.79. Ini menunjukkan tahap
kepuasan kerja pensyarah-pensyarah UTM dari aspek persekitaran tempat kerja adalah
tinggi.

4.4.4 Peraturan Tempat Kerja

Jadual 4.7 : Analisis deskriptif aspek peraturan tempat kerja

No. Item TP JS KK K AK
Min
19. Saya berpuas hati dengan prosedur 5 19 38 54 12
untuk kenaikan pangkat (3.9%) (14.8%) (29.7%) (42.2%) (9.4%) 3.38
20. Saya mudah memohon cuti 4 21 33 54 16
sekiranya terdapat kes-kes (3.1%) (16.4%) (25.8%) (42.2%) (12.5%) 3.45
kecemasan
21. Saya selesa dengan peraturan 0 9 30 55 34
berpakaian diwaktu bekerja (0%) (7.0%) (23.4%) (43.0%) (26.6%) 3.89

22. Saya berpuas hati dengan penetapan 3 10 14 52 49

waktu bekerja yang ditetapkan (2.3%) (7.8%) (10.9%) (40.6%) (38.3%) 4.05

23. Pengagihan tugas dilakukan secara 18 18 33 46 13


adil kepada saya (14.1%) (14.1%) (25.8%) (35.9%) (10.2%) 4.01

24. Saya menerima tugas dengan garis 0 16 16 47 49


panduan kerja yang jelas (0%) (12.5%) (12.5%) (36.7%) (38.3%) 3.14

(3.9%) (12.1%) (21.4%) (40.1%) (22.5%)


PURATA KESELURUHAN (16.0%) (21.4%) (62.6%) 3.65

TP=Tidak Pernah, JS=Jarang Sekali, KK=Kadang-Kadang, K=Kerap, AK=Amat Kerap


51

Jadual 4.7 menunjukkan analisis deskriptif kepuasan kerja dari aspek peraturan
tempat kerja. item-item adalah berkaitan dengan prosedur kenaikan pangkat,
permohonan cuti, peraturan berpakaian, penetapan waktu bekerja dan garis panduan
yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah UTM. Dapatan membuktikan sebanyak
62.6 % responden berpuas hati, 21.4 % responden kurang berpuas hati dan sebanyak
16.0 % pula berpendapat bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kerja mereka dari
aspek peraturan tempat kerja. Responden yang berpuas hati adalah kerana mereka
selesa dengan peraturan berpakaian di tempat kerja mudah mendapat cuti ketika berlaku
kes-kes kecemasan. Kebanyakan responden merasa kurang berpuas hati dengan aspek
ini adalah kerana prosedur kenaikan pangkat. Nilai min yang diperolehi pula adalah
3.65. Ini menunjukkan tahap kepuasan kerja pensyarah-pensyarah UTM dari aspek
peraturan tempat kerja adalah sederhana.

Jadual 4.8 : Analisis nilai min keseluruhan tahap kepuasan kerja

Aspek kepuasan kerja Nilai min Tahap


keseluruhan
1. Beban kerja 3.67 Sederhana
2. Hubungan interpersonal 4.01 Tinggi
3. Persekitaran tempat kerja 3.79 Tinggi
4. Peraturan di tempat kerja 3.65 Sederhana
Keseluruhan 3.43 Sederhana

Jadual 4.8 menunjukan analisis nilai keseluruhan aspek-aspek kepuasan kerja.


Nilai min bagi aspek hubungan interpersonal adalah yang tertinggi iaitu 4.01, diikuti
dengan aspek persekitaran tempat kerja dengan nilai min keseluruhan 3.79. Seterusnya
ialah aspek peraturan di tempat kerja dan beban kerja dengan masing-masing
mempunyai nilai min 3.67 dan 3.65. Aspek hubungan interpersonal dan persekitaran
tempat kerja berada pada tahap tinggi. Ini memberi maksud bahawa tahap kepuasan
kerja dari aspek hubungan interpersonal dan persekitaran tempat kerja dalam kalangan
52

pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia adalah tinggi. Manakala aspek


beban kerja dan peraturan tempat kerja berada pada tahap sederhana. Secara
keseluruhannya tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah-pensyarah UTM adalah
sederhana.

4.5 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki dan Perempuan

Dapatan dianalisis dengan menggunakan ujian-t untuk mendapatkan perbezaan


tahap kepuasan kerja antara pensyarah lelaki dan perempuan.

4.5.1 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek Beban Kerja
Antara Lelaki dan Perempuan

Jadual 4.9 : Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek beban
kerja antara lelaki dan perempuan

Jantina (n =128) Min SP Ujian-t df p


Lelaki (n = 67) 3.69 0.60
3.72 126 0.63
Perempuan (n = 61) 3.65 0.50
Signifikan pada aras p  0.05

Jadual 4.9 menunjukkan analisis dapatan perbezaan tahap kepuasan kerja dari
aspek beban kerja antara lelaki dan perempuan. Nilai min menunjukkan lelaki lebih
tinggi iaitu 3.69 berbanding dengan nilai min perempuan iaitu 3.65. Namun analisis
ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kepuasan kerja
antara responden lelaki dan perempuan. Nilai p yang diperolehi ialah 0.63 manakala
aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 ( 5% ). Nilai ’p’ ini adalah sangat tinggi
untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan.
53

4.5.2 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek Hubungan


Interpersonal Antara Lelaki dan Perempuan

Jadual 4.10 : Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek hubungan
interpersonal antara lelaki dan perempuan

Jantina (n =128) Min SP Ujian-t df p


Lelaki (n = 67) 3.95 0.70
-1.164 126 0.01
Perempuan (n = 61) 4.07 0.49
Signifikan pada aras p  0.05

Jadual 4.10 menunjukkan analisis dapatan perbezaan tahap kepuasan kerja dari
aspek hubungan interpersonal antara lelaki dan perempuan. Nilai min menunjukkan
perempuan lebih tinggi iaitu 4.07 berbanding dengan nilai min bagi lelaki iaitu 3.95.
Aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 ( 5% ). Berdasarkan jadual diatas didapati
nilai p = 0.01. Nilai p ini adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan
iaitu 0.05. Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja dari
aspek hubungan interpersonal antara pensyarah lelaki dan perempuan.

4.5.3 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek Persekitaran


Tempat Kerja Antara Lelaki dan Perempuan

Jadual 4.11 : Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja antara lelaki dan perempuan

Jantina (n =128) Min SP Ujian-t df p


Lelaki (n = 67) 3.86 0.86
1.10 126 0.20
Perempuan (n = 61) 3.70 0.70
Signifikan pada aras p  0.05
54

Jadual 4.11 menunjukkan analisis dapatan perbezaan tahap kepuasan kerja dari
aspek persekitaran tempat kerja antara lelaki dan perempuan. Nilai min menunjukkan
lelaki lebih tinggi iaitu 3.86 berbanding dengan perempuan iaitu 3.70. Namun analisis
ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek persekitaran
tempat kerja antara responden lelaki dan perempuan. Ini kerana nilai p yang diperolehi
ialah 0.20 melebihi aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 ( 5% ).

4.5.4 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek Peraturan Tempat
Kerja Antara Lelaki dan Perempuan

Jadual 4.12 : Analisis inferensi perbezaan tahap kepuasan kerja dari aspek
peraturan tempat kerja antara lelaki dan perempuan

Jantina (n =128) Min SP Ujian-t df p


Lelaki (n = 67) 3.59 0.83
-0.97 126 0.97
Perempuan (n = 61) 3.72 0.69
Signifikan pada aras p  0.05

Jadual 4.12 menunjukkan analisis dapatan perbezaan tahap kepuasan kerja dari
aspek peraturan tempat kerja antara lelaki dan perempuan. Nilai min menunjukkan
perempuan lebih tinggi iaitu 3.72 berbanding dengan nilai min lelaki iaitu 3.65. Namun
analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap
kepuasan kerja antara responden lelaki dan perempuan. Nilai p yang diperolehi ialah
0.97 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 ( 5% ). Nilai p ini adalah
sangat tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan.
55

4.6 Tahap Stres

Jadual 4.13 : Analisis deskriptif tahap stres


No. Item TP JS KK K AK Min

24 54 43 6 1
25. Saya bosan dengan tugas saya
(18.8%) (42.2%) (33.6%) (4.7%) (0.8%) 2.27
61 44 15 8 0
26. Saya bimbang untuk ke tempat kerja
(47.7%) (34.4%) (11.7%) (6.3%) (0%) 1.77
26 53 43 5 1
27. Prestasi diri saya mulai merosot
(20.3%) (41.4%) (33.6%) (3.9%) (0.8%) 2.23
22 42 49 13 2
28. Saya mudah terasa hati apabila di tegur
(17.2%) (32.8%) (38.3%) (10.2%) (1.6%) 2.46
12 32 58 20 6
29. Saya mudah penat ketika melakukan kerja
(9.4%) (25.0%) (45.3%) (15.6%) (4.7%) 2.81
30. Saya mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu 14 42 55 16 1
perkara (10.9%) (32.8%) (43.0%) (12.5%) (0.8%) 2.59
11 6.4 38 14 1
31. Saya mudah marah terhadap sesuatu perkara
(8.6%) (50.0%) (29.7%) (10.9%) (0.8%) 2.45
14 42 50 16 6
32. Saya mengalami masalah cepat lupa
(10.9%) (32.8%) (39.1%) (12.5%) (4.7%) 2.67
33. Saya mengalami kesukaran untuk merehatkan 18 45 41 22 2
diri (14.1%) (35.2%) (32.0%) (17.2%) (1.6%) 2.57
34. Saya menghidap insomnia (mempunyai 48 42 22 14 2
masalah untuk tidur) (37.5%) (32.8%) (17.2%) (10.9%) (1.6%) 2.06
35. Saya mengalami selera makan yang kurang 38 46 34 8 2
baik (29.7%) (35.9%) (26.6%) (6.3%) (1.6%) 2.14
56 43 25 3 1
36. Saya mengalami masalah kemurungan
(43.8%) (33.6%) (19.5%) (2.3%) (0.8%) 1.83
54 38 27 8 1
37. Saya mengalami kecelaruan fikiran
(42.2%) (42.2%) (21.1%) (6.3%) (0.8%) 1.94
38. Saya sukar menyelesaikan masalah-masalah 30 51 34 12 1
tertentu (23.4%) (39.8%) (26.6%) (9.4%) (0.8%) 2.24
39. Saya menghidap tachycardia (denyutan 42 50 26 8 2
jantung yang terlalu cepat) (32.8%) (39.1%) (20.3%) (6.3%) (1.6%) 2.05
41 40 38 9 0
40. Saya mengalami masalah penghadaman
(32.0%) (31.3%) (29.7%) (7.0%) (0%) 2.12
24 40 48 13 3
41. Saya mengalami sakit kepala
(18.8%) (31.3%) (37.5%) (10.2%) (2.3%) 2.46
(24.0%) (36.0%) (29.7%) (8.9%) (1.4%)

(60.0%) (29.7%) (10.3%)


PURATA KESELURUHAN
2.27
Rendah Sederhana Tinggi

TP=Tidak Pernah, JS=Jarang Sekali, KK=Kadang-Kadang, K=Kerap, AK=Amat Kerap


56

Jadual 4.13 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
dalam kalangan pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan
menunjukkan sebanyak 60.0 % responden berada pada tahap stres rendah dan 29.7 %
responden berada pada tahap stres sederhana. Manakala sebanyak 10.3 % responden
mengalami stres ditahap yang tinggi.

Item-item dalam bahagian ini merujuk kepada gejala-gejala yang dihadapi oleh
responden yang boleh mengaitkannya dengan petanda stres. Gejala-gejala yang kadang-
kadang dialami oleh responden akibat daripada stres adalah mudah penat ketika
melakukan kerja, mengalami masalah cepat lupa, mudah hilang tumpuan terhadap
sesuatu perkara, mengalami kesukaran untuk merehatkan diri, mudah terasa hati apabila
ditegur dan mengalami sakit kepala. Gejala-gejala yang jarang dialami oleh responden
adalah bosan dengan tugas mereka, mengalami kecelaruan fikiran, prestasi mulai
merosot, sukar menyelesaikan masalah-masalah tertentu, menghidap denyutan jantung
yang terlalu cepat,mengalami selera makan yang kurang dan mempunyai masalah untuk
tidur. Gejala-gejala yang tidak pernah dialami oleh kebanyakan responden adalah
bimbang untuk ketempat kerja dan mengalami masalah penghadaman. Tiada gejala-
gejala yang sering dihadapi oleh responden menunjukkan tahap stres dalam kalangan
pensyarah UTM adalah tinggi.

Namun begitu nilai min keseluruhan menunjukkan tahap stres pensyarah-


pensyarah UTM berada pada tahap rendah iaitu 2.27.
57

4.7 Analisis Perbezaan Tahap Stres Antara Lelaki dan Perempuan

Jadual 4.14 : Analisis inferensi perbezaan tahap stres antara lelaki dan perempuan

Jantina (n =128) Min SP Ujian-t df p


Lelaki (n = 67) 2.26 0.54
-0.42 126 0.68
Perempuan (n = 61) 2.30 0.53
Signifikan pada aras p  0.05

Jadual 4.14 menunjukkan analisis dapatan perbezaan tahap stres antara lelaki dan
perempuan. Nilai min menunjukkan tahap stres perempuan lebih tinggi iaitu 2.30
berbanding dengan nilai min tahp stres lelaki iaitu 2.26. Namun analisis ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stres antara responden lelaki
dan perempuan. Nilai p yang diperolehi ialah 0.68 manakala aras signifikan yang
ditetapkan ialah 0.05 ( 5% ). Nilai p ini addalah sangat tinggi untuk menunjukkan
sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan.

4.8 Analisis Hubungan Antara Tahap Stres dengan Tahap Kepuasan Kerja.

Jadual 4.15 : Analisis hubungan tahap stres dengan tahap kepuasan kerja.

Aspek Kepuasan Kerja Tahap Stres (nilai korelasi)


Beban Kerja -0.26
p=0.004
Hubungan Interpersonal -0.27
p=0.001
Persekitaran Tempat Kerja -0.11
p=0.20
PeraturanTempat Kerja -0.16
p=0.08
Signifikan pada aras p  0.05
58

Jadual 4.15 menunjukkan hubungan tahap stres dengan tahap kepuasan kerja dari
aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan
tempat kerja. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara
tahap stres dengan tahap kepuasan kerja dari aspek persekitaran tempat kerja adalah
sangat rendah dengan nilai perhubungan 'r' yang diperolehi adalah -0.16 dan -0.11.
manaka kekuatan hubungan antara tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja dan
hubungan interpersonal adalah rendah dengan nilai 'r' yang diperolehi adalah -0.26 dan -
0.27 hubungan. Hubungan yang negatif membawa maksud bahawa apabila skor bagi
tahap stres itu tinggi maka skor bagi tahap kepuasan kerja pula adalah rendah atau
sebaliknya.

Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara


tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja dan hubungan interpersonal. Nilai p
masing-masing adalah 0.004 dan 0.001. Nilai tersebut adalah lebih kecil daripada aras
sigifikan yang dibenarkan iaitu 0.05. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara tahap stres dengan tahap kepuasan kerja dari aspek
persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja. Nilai p yang diperolehi bagi
kedua-dua aspek adalah 0.20 dan 0.08. Ini kerana nilai p yang diperolehi adalah lebih
besar daripada aras signifikan yang dibenarkan iaitu 0.05.

4.9 Penutup

Dalam bab ini penyelidik telah menjalankan kerja analisis data yang diperolehi
daripada responden berdasarkan persoalan kajian. Dalam bab berikutnya penyelidik
akan membincangkan dapatan kajian ini dan membuat kesimpulan serta memberikan
cadangan-cadangan.
59

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil dapatan dan merumuskan hasil-hasil kajian yang
telah diperolehi daripada Bab IV. Perbincangan yang dibuat adalah dengan merujuk
setiap item dalam lima persoalan kajian yang telah dikemukakan kepada responden.
Hasil dapatan setiap persoalan kajian ditinjau dan dikaji supaya satu perbincangan yang
jelas dan menyeluruh dapat dibuat. Di samping itu, pengkaji mengemukakan cadangan
yang difikirkan sesuai di akhir kajian yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi
kajian-kajian yang akan datang.

5.1 Rumusan Dan Perbincangan

Pensyarah-pensyarah secara amnya adalah individu utama yang diamanahkan


dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada mahasiswa, sama ada rela atau
tidak mereka dituntut membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta
pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa. Situasi tersebut secara umumnya
mengakibatkan pensyarah-pensyarah terpaksa berhadapan dengan pelbagai
tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin kompleks.
60

Isu stres dalam kalangan pendidik bukanlah sesuatu yang baru malah banyak
kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan guru-guru
sekolah. Oleh kerana kurangnya kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti tahap stres
dalam kalangan pensyarah, maka penyelidik memilih golongan pensyarah sebagai
responden bagi kajian ini memandangkan pensyarah juga merupakan golongan
pendidik.

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap stres dalam kalangan pensyarah
UTM. Penyelidik juga mengkaji tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah-
pensyarah UTM dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat
kerja dan peraturan tempat kerja. Disamping itu, penyelidik juga mengkaji perbezaan
tahap stres dan tahap kepuasan kerja antara pensyarah lelaki dan perempuan.
Perhubungan antara tahap stres dengan tahap kepuasan kerja dari semua aspek juga
dikaji.

Dalam bahagian ini, rumusan dan perbincangan yang akan dipaparkan ialah
berdasarkan persoalan kajian penyelidik. Rumusan dan perbincangan dibuat berdasarkan
hasil dapatan yang telah diperolehi daripada analisis data dalam bab 4. Ia terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian B yang merangkumi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan pensyarah UTM dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran
tempat kerja dan peraturan tempat kerja. Penyelidik juga menggunakan data daripada
bahagian B untuk mengkaji perbezaan antara lelaki dan perempuan bagi setiap aspek.
Manakala bahagian C pula merangkumi tahap stres dalam kalangan pensyarah UTM dan
perbezaan tahap stres antara lelaki dan perempuan turut dikaji menggunakan dapatan
daripada bahagian ini. Selain daripada itu dapatan daripada kedua-dua bahagian
digunakan untuk mengkaji perhubungan antara tahap stres dengan tahap kepuasan kerja
bagi keempat-empat aspek dalam kalangan pensyarah UTM.
61

5.1.1 Tahap Stres Dalam Kalangan Pensyarah-Pensyarah Di Universiti


Teknologi Malaysia.

Persoalan kajian yang pertama penyelidik adalah untuk mengenalpasti tahap stes
dalam kalangan pensyarah UTM. Dapatan kajian yang telah didapati menunjukkan
tahap stres dalam kalangan pensyarah-pensyarah UTM berada pada tahap yang rendah.
Terdapat juga segelintir pensyarah-pensyarah yang menghadapi tahap stres sederhana
dan tinggi. Penyelidik berpendapat bahawa tahap stres dalam kalangan pensyarah UTM
kini masih belum lagi di tahap yang membimbangkan.

Tahap stres yang rendah dalam kalangan pensyarah UTM adalah konsisten
dengan dapatan Helen & Rojiah (2005) yang telah menjalankan satu kajian untuk
meninjau tahap stres dalam kalangan guru-guru di salah sebuah Sekolah Menengah
Agama di Daerah Johor Bahru. Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya
menunujukkan bahawa tahap stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah. Ini
bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Tee Sook Kim (2006) yang bertujuan
untuk mengenal pasti tahap stres kerja di kalangan guru aliran teknik di sekolah
menengah teknik di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap stres kerja di kalangan responden berada pada tahap yang
sederhana. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Branat (2006) ke atas guru
sekolah rendah yang berkhidmat di daerah Bau, Sarawak untuk mengenalpasti punca
utama dan tahap stres kerja. Secara keseluruhannya beliau mendapati tahap stres kerja
guru sekolah rendah yang berkhidmat di daerah Bau, Sarawak adalah sederhana.

Hussayani (2004) juga telah menjalankan kajian tentang hubungan tahap dan
punca stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah
menengah teknik di negeri Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan
punca stres dan hubungannya dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan
guru-guru di tiga buah sekolah menengah teknik di negeri Kedah. Dapatan kajiannya
juga bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Didapati 98.6%
62

berada pada tahap tinggi dan 1.4% berada pada tahap rendah. Ini menunjukkan tahap
stres di kalangan guru-guru sekolah menengah teknik di negeri Kedah adalah tinggi.
Begitu juga dengan hasil kajian yang dilakukan oleh King & Peart (1992) yang
mendapati stres di kalangan guru adalah tinggi.

5.1.2 Perbezaan Tahap Stres Antara Pensyarah Lelaki Dan Perempuan

Persoalan kajian yang kedua adalah berkaitan dengan perbezaan tahap stres
antara pensyarah lelaki dan perempuan. Dalam kajian ini menunjukkan tiada perbezaan
yang signifikan antara pensyarah lelaki dan perempuan walaupun nilai min
menunjukkan tahap stres pensyarah lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Ini mungkin
adalah kerana golongan pensyarah ini dapat menukarkan pemikiran dan mendidik akal
agar sentiasa berfikiran matang dan positif. Membina persepsi yang positif terhadap
stres yang dihadapi dapat menghasilkan tindakan yang lebih matang dan memberi kesan
yang terbaik dalam pekerjaan dan kehidupan.

Ini selari dengan hasil dalam kajian Hussaiyani (2004) yang mengkaji perbezaan
tahap stres dari segi demografi iaitu jantina. Dapatan kajian mendapati lebih ramai guru
lelaki mengalami stres berbanding dengan guru perempuan. Dalam kajian Branat (2006)
juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap stres
lelaki dan perempuan. Hasil kajian tentang stres guru yang dibuat oleh Borg dan Fazlon
(1989) keatas 844 orang guru sekolah rendah di Maltese State School melaporkan tiada
perbezaan yang signifikan tahap stres antara lelaki dan perempuan. Ini adalah selari
dengan kajian penyelidik. Ilamaran (2003) dalam kajiannya juga menyokong dapatan
kajian penyelidik yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan tahap stres antara
guru lelaki dan perempuan.

Berbeza pula dengan hasil kajian yang dilakukan oleh King & Peart (1992) yang
mendapati stres di kalangan guru lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan tahap
63

stres perempuan. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Lippel (1999) yang mendapati
tekanan guru perempuan lebih tinggi berbanding dengan stres guru lelaki.

5.1.3 Kepuasan Kerja Pensyarah.

Persoalan kajian ketiga penyelidik adalah untuk mengenalpasti sama tahap


kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah UTM dari aspek beban kerja, hubungan
interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja. Dapatan
menunjukkan tahap kepuasan kerja pensyarah-pensyarah UTM adalah tinggi dari aspek
beban kerja. Kemungkinan yang ada berikutan daripada dapatan ini adalah kerana tugas-
tugas yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah tidak terlalu berat. Mereka juga
mendapat garis panduan sebelum diberi sesuatu tugas. Dengan ini pensyarah-pensyarah
tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan garis panduan tersebut. Mohd Fadzilah
(2007) menyatakan bahawa tanggungjawab yang terlalu banyak dan pekerjaan yang
kurang sesuai dengan kemampuan serta kebolehan boleh mengakibatkan jiwa seseorang
memberontak.

Mohd Fadzilah (2007) menyatakan bahawa amat penting bagi kita untuk
menjaga hubungan sesama manusia kerana sekiranya hubungan ini dapat dijaga maka
keharmonian dan ketenangan dapat dicapai. Sebaliknya jika hubungan ini terjejas, maka
keseimbangan sukar dicapai dan suasana kehidupan menjadi lebih tertekan. Beliau juga
menyatakan bahawa hubungan kemanusian yang goyah dan rapuh jika tidak diambil
peduli akhirnya membawa kepada huru-hara. Kelemahan yang ada pada setiap manusia
adakalanya membuat orang lain salah faham. Manakala kelebihan yang ada pula
membuatkan orang lain rasa tertindas dan tercabar.

Hubungan interpersonal yang baik di universiti menjadi satu aspek yang ketara
kerana kepuasan kerja pensyarah UTM adalah tinggi dari aspek ini berikutan nilai min
yang diperolehi berada pada tahap tinggi. Ini disebabkan kerana kepercayaan
64

sepenuhnya yang diberikan oleh pihak pentadbir ketika melakukan sesuatu tugas.
Penyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Krudwing (1999) keatas 318
guru-guru di sekolah menengah di utara Florida. Beliau mendapati bahawa perhubungan
dan sokongan pihak atasan seperti pengetua amatlah diperlukan bagi seseorang guru
untuk menjalankan tugas seharian di sekolah. Dengan adanya sokongan dan
perhubungan yang baik daripada pihak pentadbir pensyarah akan memberikan
komitmen yang kuat bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Kepercayaan serta
sokongan yang diberikkan oleh pihak pentadbir membolehkan guru meningkatkan
komitmen kerja dalam kalangan pensyarah. Begitu juga dengan Collier (1994) yang
menyatakan bahawa ia adalah penting untuk seseorang guru membina perhubungan
sokongan yang baik antara guru-guru sekolah untuk membangunkan komuniti bersama.

Seterusnya perkara yang dibincangkan dalam persoalan kajian yang ketiga ini
adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dari aspek persekitaran tempat kerja.
Pencemaran persekitaran kerja akan menjejaskan ketenangan dan keharmonian yang
ingin dikecapi dalam menjalankan tugas seperti persekitaran yang kotor, bising dan
sesak. Pengabaian sistem pencahayaan di ruang kerja pensyarah juga boleh
mendatangkan suasana ketegangan kerana keadaan ini akan mengundang kepada
persekitaran yang malap serta menyebabkan kesukaran untuk melihat dan berfikir.

Hasil dapatan menunjukkan tahap kepuasan kerja dari aspek persekitaran tempat
kerja dalam kalangan pensyarah adalah tinggi. Ini kerana nilai min yang diperolehi
adalah pada tahap tinggi. Daripada dapatan membuktikan bahawa persekitaran tempat
kerja dalam kalangan pensyarah UTM adalah selesa dan suasananya tidak menimbulkan
rasa tidak puas hati kepada pensyarah-pensyarah. Ini juga bermungkinan salah satu
sebab mengapa tahap stres dalam kalangan pensyarah-pensyarah UTM adalah rendah.
Muhammed Jamal (1985) mendefinisikan tekanan kerja sebagai tindakbalas individu
terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam persekitaran kerja dimana ia mengancam
individu tersebut. Individu tersebut tidak dapat menyesuaikan kerja diri dengan keadaan
persekitaran kerja.
65

Tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah UTM dari aspek peraturan
tempat kerja dalam kajian ini adalah sederhana. Ini merupakan aspek yang pensyarah-
pensyarah UTM kurang berpuas hati. Ini dibuktikan dengan nilai min yang diperolehi
adalah berada pada tahap sederhana. Perkara yang paling tinggi nilai minnya adalah
pensyarah-pensyarah tidak begitu berpuas hati dengan prosedur kenaikan pangkat. Ini
berkemungkinan kerana kenaikan pangkat adalah sesuatu yang selalu diidamkan oleh
setiap orang yang bekerja. Begitu juga yang dirasakan oleh pensyarah-pensyarah UTM.
Ia dianggap sebagai penghargaan yang diberikan kepada mereka diatas segala penat
lelah mereka bekerja selama ini. Penyataan ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Mohd.
Fadzilah (2007) bahawa setiap orang mempunyai keinginan untuk terus cemerlang dan
maju dalam setiap perkara yang mereka ceburi. Tidak kiralah sama ada dalam
organisasi, pekerjaan dan sebagainya. Dalam situasi ini gejala stres boleh berlaku
apabila usaha yang dilakukan langsung tidak membuahkan hasil seperti mana yang
dicita-citakan.

5.1.4 Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Antara Lelaki dan Perempuan.

Persoalan kajian yang keempat adalah untuk mengenalpasi perbezaan tahap


kepuasan kerja dari aspek beban kerja, antara pensyarah lelaki dan perempuan. Hasil
dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan
perempuan bagi aspek beban kerja, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat
kerja. Manakala sebaliknya bagi aspek hubungan interpersonal yang menunjukkan
perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Kepuasan kerja pensyarah
perempuan lebih tinggi daripada lelaki dari aspek hubungan interpersonal. Ini
berkemungkinan kerana sifat perempuan lebih ramah daripada lelaki yang menyebabkan
hubungan interpersonal antara pelajar, rakan setugas dan pihak pentadbir lebih baik
daripada pensyarah lelaki.
66

Dapatan kajian penyelidik bertentangan dengan dapatan kajian yang dilakukan


oleh Mazeni (2005) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan aspek
hubungan interpersonal antara guru lelaki dan perempuan di sekolah rendah. Dapatan
kajiannya juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan
perempuan bagi aspek persekiataran tempat kerja. Azizi dan Nik Diana (2005) juga
mendapati hasil yang sama dengan Mazeni bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara guru lelaki dan perempuan bagi aspek hubungan interpersonal.
Manakala bagi faktor beban kerja dan peraturan sekolah adalah selari dengan kajian
penyelidik bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua faktor antara lelaki
dan perempuan.

5.1.5 Perhubungan Antara Tahap Kepuasan Kerja Dari Aspek Beban Kerja,
Hubungan Interpersonal, Persekitaran Tempat Kerja Dan Peraturan
Tempat Kerja Dengan Tahap Stres.

Persoalan kajian yang terakhir adalah berkaitan dengan perhubungan antara


tahap stres dengan keempat-empat faktor yang mempengaruhi stres yang dikaji. Hasil
dapatan menunjukkan perhubungan yang terhasil antara tahap stres dengan tahap
kepuasan kerja dari keempat-empat aspek iaitu beban kerja, hubungan interpersonal,
persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja adalah negatif. Perhubungan
negatif membawa maksud bahawa apabila skor bagi kepuasan kerja adalah tinggi maka
skor bagi tahap stres adalah rendah atau sebaliknya. Terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja hubungan interpersonal dengan tahap
stres kerana nilai 'p' adalah berada pada aras 0.05. Manakala bagi aspek persekitaran
tempat kerja dan peraturan tempat kerja didapati tidak mempunyai hubungan yang
signifikan.

Helen dan Rojiah (2005) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap stres dengan aspek hubungan interpersonal dalam kalangan guru-guru
67

sekolah selari dengan dapatan penyelidik. Bagi aspek peraturan kerja pula mereka
mendapati terdapat hubungan yang signifikan dengan tahap stres berbeza dengan kajian
penyelidik yang menyimpulkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor
peraturan tempat kerja dengan tahap stres. Mereka juga mendapati bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara aspek beban tugas dengan tahap stres. Ini
adalah bertentangan dengan dapatan penyelidik kerana terdapat hubungan yang
signifikan antara aspek beban kerja dengan tahap stres dalam kajian ini.

5.2 Implikasi Kajian.

Hasil daripada kesimpulan-kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji, dapat


diselitkan di sini beberapa pandangan dan cadangan ringkas yang difikirkan efektif dan
produktif oleh pengkaji. Malah mungkin ianya dapat dijadikan panduan yang berguna
dan bermanfaat kepada pihak yang terbabit seperti :

i. Implikasi dari dapatan kajian ini yang memperlihatkan hubungan interpersonal


yang baik antara pensyarah-pensyarah dengan pihak pentadbir, rakan setugas
dan pelajar telah menyumbang kepada tahap stres yang rendah dalam kalangan
pensyarah-pensyarah. Implikasi dari kajian juga dapat digunapakai oleh pihak
Kementerian Pengajian Tinggi yang terbabit dalam menentukan polisi dan arah
pendidikan negara. Pihak kementerian dapat mengambil nilai-nilai pengurusan
yang baik dari IPTA untuk diaplikasikan kepada IPTS.

ii. Aspek beban kerja tidak mempengaruhi tahap kepuasan kerja pensyarah.
Walaubagaimanapun pensyarah-pensyarah kurang mempunyai masa untuk
menyemak tugasan-tugasan yang diberikan kepada pelajar. Dengan ini pihak
pentadbir universiti haruslah dikurangkan kerja-kerja pentadbiran supaya
seimbang dengan kerja-kerja akademik. Dengan ini pensyarah juga dapat
68

memberikan perhatian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-


pelajar berkaitan dengan pelajaran mereka.

iii. Dalam pada itu, mewujudkan perhubungan dan pergaulan yang baik antara
kakitangan dan pelajar amatlah perlu bagi mengelakkan berlakunya perselisihan
yang mengganggu perjalanan kerja individu terlibat. Oleh yang demikian,
pensyarah perlulah merehatkan diri dengan melakukan sedikit perbincangan
ringan agar wujud komunikasi antara rakan sekerja mahupun pelajar.

iv. Aspek persekitaran kerja yang bersih memainkan peranan dalam membentuk
keadaan yang selesa. Keselesaan kerja juga menjamin kepada penghasilan idea
dan pemikiran yang cerdas. Sehubungan dengan itu, pihak universiti perlulah
menyediakan perkhidmatan yang baik dalam menjaga persekitaran tempat kerja
pensyarah. Di samping itu juga, sistem pencahayaan di laluan ruang kerja
pensyarah sewajarnya dipertingkatkan bagi mengelakkan permulaan kerja yang
malap. Malah di laluan tersebut juga boleh dilengkapi dengan sistem audio yang
mendendangkan muzik pemulihan stres yang mana sekaligus dapat memulakan
kerja dengan ketenangan dan keharmonian.

v. Pensyarah menghadapi masalah dalam aspek penilaian individu. Pihak atasan


universiti perlulah memberi peluang kepada pensyarah yang layak untuk
kenaikkan pangkat. Ini bertujuan dalam memberi semangat kepada pensyarah
untuk meneruskan khidmat bakti bagi meningkatkan mutu sekaligus memajukan
prestasi kerja dan pencapaian pelajar. Sekiranya keadaan ini dapat dilakukan,
dalam masa yang sama nama universiti juga dapat ditingkatkan.
69

5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Berdasarkan kepada dapatan kajian, perbincangan dan rumusan berikut dan


beberapa cadangan kajian yang perlu bagi memanjangkan hasil dapatan yang diperolehi
sebagai panduan pelbagai pihak dalam menangani stres. Berikut dikemukakan beberapa
idea asas yang boleh dijadikan panduan kepada kajian yang selanjutnya.

i. Pengkaji akan datang digalakkan untuk mengambil kira beberapa aspek


kepuasan kerja yang lain yang dijangka boleh menjadi penyumbang kepada
kepuasan kerja kepada pensyarah-pensyarah universiti. Faktor stres juga
boleh diperbincangkan daripada perspektif berikut:

a. Minat pensyarah terhadap profesion sebagai pendidik


b. Jenis personaliti (sifat semulajadi)
c. Beban kerja yang sedikit
d. Ilmu dan pendidikan

ii. Bagi menghasilkan tindakbalas kajian yang lebih mantap dan tekal, sebaik-
baiknya kekerapan kajian diberi penekanan. Sepanjang sesi tempoh kuliah
boleh dikenalpasti beberapa peringkat lebihan kerja pensyarah akan
memuncak. Justeru itu perbandingan boleh dlakukan berkaitan dengan
tahap stres pensyarah iaitu dengan meninjau sejauh manakah situasi stres
yang timbul di universiti khususnya pada awal sesi semester, pertengahan
sesi semester dan penghujung sesi semester.

iii. Kajian ini juga tidak mengambil kira perhubungan antara tahap stres
dengan faktor demografi. Kajian lanjutan dicadangkan untuk melihat
perhubungan antara tahap stres dengan faktor demografi. Contohnya ras,
fakulti, jawatan dan status perkahwinan.
70

5.4 Penutup

Pensyarah merupakan tenaga pengajar yang amat penting dalam mendidik anak
bangsa terutamanya di pusat pengajian tinggi. Pembentukan pelajar banyak bergantung
kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Penilaian pelajar adalah
bergantung kepada emosi pensyarah. Hasil dari kajian ini menunjukkan tahap stres
pensyarah UTM adalah rendah dan tahap kepuasan kerja pula adalah sederhana.Walau
bagaimanapun terdapat beberapa cadangan telah dibuat untuk mengekalkan tahap stres
yang rendah.
71

RUJUKAN

Abd. Majid Konting ( 2000 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Apandi bin Omar (2003). Tahap Tekanan Kerja Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kawasan Bandar Daerah Pontian. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Arbak Othman ( 2005 ). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Azizi Yahya dan Mazeni Ismail (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Di
Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana.

Azizi Yahya dan Nik Diana Hartika Nik Husain (2005). “Tahap Stres Dan Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Di Guru Sekolah Di Negeri Johor, Melaka,
Selangor Dan Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ball, C.J. and Stenlund, V. (1990). The Centrality of Work, Working and Job
Satisfaction. Comparative Education. Vol 26. Issue 2/3.
72

Branat Anak Protasy (2006). Tahap dan Punca Utama Stres Kerja di Kalangan Guru
Sekolah Rendah di Daerah Bau, Sarawak : Satu Tinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana.

Che An’ nfullah bin Abdullah (1999). Hubungan Antara Factor Demografi Dan Factor
Kerja Di Kalangan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa Sekolah Menengah Di
Negeri Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Cheng Lin Lin (1996). Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Tekanan Kerja Di Kalangan
Pensyarah Di Sebuah University Tempatan. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Jabatan Psikologi.

Cole, M. dan Walker, S. ( 1989 ). Teaching and Stress. The Alden Press Limited,
Oxford: Great Britain.

Collier, R.W. (1994). The Relationship Between Work, Environment, Social Skill And
Burnout Of The Middle School Teachers. The University Of California:
Doctoral Dissertation.

Cormick, J.E. dan Ilgen, R.D. (1985). Industrial And Organizational Psychology.
Edition 8. New Jersey: Prentice.

Cox, T dan Brockley, T. ( 1984 ). The Experience and Effects of Stress In Teachers.
British Educational Research Journal. Vol 77, No 2, 139-145

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria. (2007). Petua
Menangani Stres. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dunham, J. dan Varma, V. ( Eds ) ( 1998 ). Stres In Teachers: Past, Present and Future.
London: Whurr
73

Duo, J. K. (1994 ). Job Stresors and Their Effect on Physical Health, Emotional Health
and Job Satisfaction in a University. Journal of Educational Administration. 32 (
1 ), ms.59.

Farber, B.A (1991). Crisis In Education: Stres And Burnout In American Teacher.
San Francisco, Jossey-Bass.

Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society for
Research into Higher Education & Open University Press.

Forlin, C. (1995). Concerns And Beliefs About Inclusive Education: Appraisal Of Stres
And Coping. University Of Western Australia:Unpublish Manuscript.

Gold, Y. and Roth, R. A ( 1993 ). Teachers Managing Stres and Preventing Burnout:
The Profesional Health Solution. The Falmer Press: London.

Hammamatul Zakiah Md Salleh ( 2008 ). Kajian Stres Guru-guru Matapelajaran B.


Inggeris, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden dan Matematik Tambahan Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Helen dan Rojiah (2005). Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru-
Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia.

Hussayani bt Hussain. (2004). Hubungan Punca Stres Dengan Kecenderungan Hendak


Berhenti Kerja di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Teknik di Negeri
Kedah. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan ( 2002 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


74

King, A.J.C. dan Peart, M.J. (1992). Teachers In Canada : Their Work & Quality Of
Life Ottawa: Canadian Teachers’ Federation.

Krejcie R.V. & Morgan D.W. (1976). Education And Psychological Measurement.
Magazine, bil. 10(2); m.s. 150.

Krudwing, K.M. (1999). Leaner Centeredness As A Predictor Of Teachers Role And


Career Commitment. University Of North Florida: Florida.

Kyriacou, C. dan Sutcliffe, J. (1978a ). A Model of Teacher Stress Educational Studies.


International Educational Research. 4 ( 1 ): 1-6.

Kyriacou, C. dan Sutcliffe, J. (1978b ). Teacher Stress: Prevalence, Source and


Symptoms. British Journal of Educational Psychology”. 48, 159-167.

Kyriacou, C. dan Sutcliffe, J. (1987 ). Teacher Stress and Burnout: An International


Review, Educational Research. 29(2): 146.

Mohd.Najib Abd.Ghaffar (1999 ). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi


Malaysia.

Raymond dan Daniel (1975). Age, Education, Job Tenure, Salary, Job Characteristic
And Job Satisfaction: A Multi Variate Analysis. Human Relation Journal. 8,
781 – 791.

Selye, H. ( 1956 ). The Stress of Life. New York: McGraw-Hill Co.

Shahrul bin Kamarudin. (1998). Tahap Kepuasan Kerja Dikalangan Pensyarah Di


Kolej INPENS. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana..
75

Tee Sook Kim ( 2006 ). Faktor-faktor Penyebab Tekanan dan Cara-cara Mengatasi
Tekanan Di kalangan Guru Pelatih Maktab Perguruan Negeri Johor. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Wisniewski, L. dan Gargiulo, RM. ( 1997 ). Occupation Stress and Burout among
Special Educators: A Review of the Literature Journal of Special Educators: A
Review of the Literature. Journal of Special Education. Vol 31, Issue 3, ms 325.





81

LAMPIRAN C

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROJEK SARJANA MUDA


2008/2009

MENGENALPASTI
TAHAP STRES DALAM KALANGAN
PENSYARAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dimaklumkan di sini, bahawa kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi sebahagian daripada
syarat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Berhubungan
dengan itu, segala maklumat yang diterima daripada pihak tuan/puan adalah sulit dan data yang
dikumpul akan dilaporkan secara kolektif.

Kejayaan kajian ini bergantung kepada kerjasama yang tuan/puan berikan. Sokongan ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan penghargaan ribuan terima kasih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Penyeliaan dan Bimbingan :


Shiqah Binti Jantan (4SPA) Dr. Azlina Binti Kosni
017-3767461
82

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG

Tandakan (—) pada pilihan yang berkaitan dan isi bahagian yang disediakan.

1. JANTINA
( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. UMUR : ___________

3. FAKULTI : ___________

4. PENGALAMAN MENGAJAR : ___________

5. STATUS JAWATAN
( ) Pensyarah ( ) Pensyarah Kanan

6. TARAF PERKAHWINAN
( ) Belum Berkahwin
( ) Sudah Berkahwin
83

BAHAGIAN B : ASPEK-ASPEK KEPUASAN KERJA

Tandakan (—) pada pilihan yang sesuai mengikut skala yang telah ditetapkan seperti di bawah :

1 Tidak pernah
2 Jarang sekali
3 Kadang-kadang
4 Kerap
5 Amat kerap

Dimensi 1 : Beban kerja

Bil Perkara 1 2 3 4 5
Saya diberi kerja yang sedikit pada satu masa tertentu
7
Saya diberi kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemahiran
8
yang saya miliki
Saya dapat menyiapkan kerja-kerja yang diberi pada masa
9
yang ditetapkan
Saya mempunyai masa yang cukup untuk menyemak
10
tugasan pelajar-pelajar
Saya mempunyai waktu bersama keluarga semasa berada di
11
rumah
Saya yakin dan berpuas hati dengan kerja-kerja yang saya
12
lakukan
84

Dimensi 2 : Hubungan Interpersonal

Bil Perkara 1 2 3 4 5

13 Saya mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerja

Saya dapat berkomunikasi dengan baik semasa memberi


14
kuliah di dalam kelas

15 Saya senang menjalinkan hubungan baik dengan pelajar

Saya mempunyai rakan kerja yang sering membantu dalam


16
melakukan tugas
Saya mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada pihak
17
pentadbir ketika melakukan sesuatu tugasan
Saya dapat mengawal tingkahlaku apabila berhadapan
18
dengan kerenah pelajar

Dimensi 3 : Persekitaran tempat kerja

Bil Perkara 1 2 3 4 5

13 Saya berasa tenang semasa berada di dalam bilik saya


Saya berpuas hati dengan suasana tempat kerja yang tidak
14
bising
Saya berpuas hati dengan pencahayaan yang disediakan di
15
dalam bilik saya
Saya merasakan bilik saya terletak di kawasan yang tiada
16
pencemaran bunyi
17 Saya merasakan udara di tempat kerja saya nyaman
18 Saya berpuas hati dengan ruang kerja di dalam bilik saya
85

Dimensi 4 : Peraturan tempat kerja

Bil Perkara 1 2 3 4 5
Saya menerima tugas dengan garis panduan kerja yang
25
jelas

26 Pengagihan tugas dilakukan secara adil kepada saya

Saya berpuas hati dengan penetapan waktu bekerja yang


27
ditetapkan

28 Saya selesa dengan peraturan berpakaian diwaktu bekerja

Saya mudah memohon cuti sekiranya terdapat kes-kes


29
kecemasan
Saya berpuas hati dengan prosedur untuk kenaikan
30
pangkat
86

BAHAGIAN C : TAHAP STRES

Tandakan (—) pada pilihan yang sesuai mengikut skala yang telah ditetapkan seperti di bawah :

1 Tidak pernah
2 Jarang sekali
3 Kadang-kadang
4 Kerap
5 Amat kerap

Bil Perkara 1 2 3 4 5
25 Saya bosan dengan tugas saya

26 Saya bimbang untuk ke tempat kerja

27 Prestasi diri saya mulai merosot

28 Saya mudah terasa hati apabila di tegur

29 Saya mudah penat ketika melakukan kerja

36 Saya mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara

30 Saya mudah marah terhadap sesuatu perkara

31 Saya mengalami masalah cepat lupa

32 Saya mengalami kesukaran untuk merehatkan diri

33 Saya menghidap insomnia (mempunyai masalah untuk tidur)


87

34 Saya mengalami selera makan yang kurang baik

35 Saya mengalami masalah kemurungan

36 Saya mengalami kecelaruan fikiran

37 Saya sukar menyelesaikan masalah-masalah tertentu

Saya menghidap tachycardia (denyutan jantung yang terlalu


38
cepat)
39 Saya mengalami masalah penghadaman

40 Saya mengalami sakit kepala


88

LAMPIRAN D

Reliability
ASPEK BEBAN KERJA

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.819 .824 6

ASPEK HUBUNGAN INTERPERSONAL

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.854 .861 6

ASPEK PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.842 .842 6

ASPEK PERATURAN TEMPAT KERJA

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.847 .852 6
89

KESELURUHAN ITEM ASPEK-ASPEK KEPUASAN KERJA

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.911 .915 24

TAHAP STRES

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.869 .870 17

KESELURUHAN ITEM

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.830 .831 41

Anda mungkin juga menyukai