Anda di halaman 1dari 103

TAHAP BURNOUT DALAM KALANGAN STAF PUSAT KESIHATAN :

SATU TINJAUAN DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI


MALAYSIA, JOHOR

ABDUL HAFIZ BIN MASOD


MUHAMMAD NAZRI BIN MEZI
SITI NOOR SALMUH BINTI CHE HARUN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai


memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia


Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011
iii 

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda serta keluarga yang tercinta,


Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan,
Atas segala pengorbanan dan doa restumu,

Buat pensyarah-pensyarah
di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,UTM, Johor,
Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami,
Jasamu akan dikenang hingga ke akhir hayat,

Buat teman-teman seperjuangan,


Terutamanya pelajar-pelajar SHR 2008-2011,
Terima kasih di atas segala sokongan kamu semua selama ini,
Semoga kejayaan milik kita semua,
Amin...

 
 
iv 

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


Segala pujian atas limpah dan kurnia Pencipta semesta ini, Tuhan sekalian
alam atas nikmat yang telah diberikan. Selawat dan salam atas junjungan
besar penyelamat umat akhir zaman, Nabi Muhammad S. A . W.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Hamidah


Binti Abd Rahman (P) atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar
yang telah diberikan dalam memastikan projek kajian ilmiah ini sempurna
dan siap dengan jayanya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada


semua staf Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia, Johor serta
semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang
sudi melibatkan diri dalam kajian ini dengan menjawab soal selidik yang
diedarkan.

Selain itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan


seperjuangan yang sentiasa berkongsi pendapat dan idea sekiranya
terdapat sebarang masalah sewaktu di dalam proses menyiapkan projek
kajian ini.

Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi manfaat dan


maklumat berhubung isu yang dibincangkan. Hanya Allah Ta’ala sahaja
yang mampu membalas segala jasa baik yang kalian berikan. Sekian,
terima kasih.
 
 

ABSTRAK

Kajian.ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana tahap burnout dan


hubungannya dengan faktor demografi seperti umur, jantina, pengalaman kerja, tahap
pendidikan, dan taraf perkahwinan dalam kalangan staf Pusat Kesihatan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Kajian ini juga bagi melihat perbezaan antara
tahap burnout dengan faktor demografi yang manakah paling signifikan
perbezaannya.. Seramai 45 orang responden telah dipilih untuk kajian ini yang
terdiri darpipada populasi staf Pusat kesihatan UTM, Johor. Data yang telah
dikumpulkan dari responden diproses secara kolektif dan dianalisis dengan
mengunakan “statistical packages for social sciences (SPSS versi 13.0.). Teknik
statistik yang digunakan ialah kolerasi person, min, kekerapan, ujian-t dan anova satu
hala. Bagi mencari jawapan kepada persoalan kajian yang dibentuk. Rumusan hasil
daripada kajian menunjukkan staf Pusat Kesihatan UTM mengalami tahap burnout
yang sederhana, dan terdapat beberapa hubungan yang signifikan antara tahap
burnout dengan faktor demografi iaitu pada dimensi ketandusan emosi (umur,
pengalaman kerja), dan juga pada dimensi pencapaian diri (tahap pendidikan, taraf
perkahwinan) manakala pada dimensi depersonalisasi tidak terdapat langsung
hubungan yang signifikan dengannya. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara burnout (ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi) dengan
faktor demografi. Kesimpulannya, staf Pusat Kesihatan UTM, Johor mengalami
tahap burnout yang sederhana dan terdapat hubungan yang sederhana diantara
burnout dengan faktor demografi staf Pusat Kesihatan UTM.

 
 
vi 

ABSTRACT

The purpose of the research is to determine the degree of burnout and its
relationship with demographic factors such as age, gender, work experience,
education, and marital status among the staff of Health Centre University
Technology Malaysia (UTM), Johor. This study was also to see the difference
between the level of burnout and demographic factors is the most significant
difference. A total of 45 respondents were chosen for the study of population health
staff of the UTM, Johor. Data were collected from the respondents collectively
processed and analyzed using "statistical packages for social sciences (SPSS version
13.0). Statistical techniques used were correlation Person, means, frequencies, t-test
and one-way ANOVA. To find answers to research questions formed. The findings
of the study showed UTM Health Centre staff has a moderate level of burnout, and
there is some relationship between the level of burnout and demographic factors on
the dimensions of emotional desolation (age, work experience), and also on the
dimensions of personal achievement (level of education, standard of marriage), while
the dimension of depersonalization that there is a significant relationship with him.
There were no significant differences between burnout (emotional desolation,
depersonalization and personal accomplishment) and demographic factors. In
conclusion, the Health Centre staff UTM, Johor has a moderate level of burnout, and
there is a moderate relationship between burnout and demographic factors UTM
Health Centre staff.

 
 
vii 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI SIMBOL xi
SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Tempat Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Matlamat kajian 10
1.6 Objektif kajian 11

 
 
viii 

1.7 Skop kajian 11


1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Kepentingan kajian 12
1.10 Definisi Konseptual dan Operasional 13
1.10.1 Burnout 13
1.10.2 Demografi 14

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15


2.1 Pengenalan 15
2.2 Kerangka teoritis 15
2.2.1 Teori stres dan konsep burnout 15
2.2.2 Mediation model 17
2.2.3 Teori sindrom penyelesaian umum / General
adaptation syndrome (GAS) 18
2.2.4 Person environment theory / P-E fit theory of
job related 18
2.2.5 Model Ekologi 19
2.2.6 Medical Concept 19
2.2.7 Conservation of resource theory 21
2.3 Proses Stres 23
2.4 Proses Burnout 23
2.5 Simptom Burnout 27
2.6 Kerangka kajian 29
2.7 Kajian-kajian lepas 30
2.7.1 Kajian luar negara 30
2.7.1 Kajian tempatan 33
2.8 Rumusan 35

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 36


3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk kajian 36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.4 Lokasi kajian 37

 
 
ix 

3.5 Kaedah pengumpulan data 38


3.5.1 Data primer 38
3.5.2 Data sekunder 38
3.6 Instrument kajian 39
3.6.1 Borang maklumat 39
3.6.2 Masclah burnout inventory (MBI) 39
3.6.3 Skala permarkatan 39
3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan 41
3.8 Prosedur pengumpulan data 42
3.9 Kaedah menganalisis data 42
3.8 Kaedah pearson 43

BAB 4 ANALISIS DATA 45


4.1 Pengenalan 45
4.2 Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Jantina 46
4.2.2 Umur 46
4.2.3 Pengalaman kerja 47
4.2.4 Taraf Perkahwinan 48
4.2.5 Tahap pendidikan 48
4.3 Analisis dimensi tahap burnout staf Pusat Kesihatan
UTM, Johor 49
4.4 Analisis hubungan tahap burnout dengan faktor
demografi 54
4.5 Analisis perbezaan tahap burnout dengan faktor
demografi 57
4.5.1 Perbezaan tahap burnout dengan faktor
jantina 57
4.5.2 Perbezaan tahap burnout dengan faktor
taraf perkahwinan 58
4.5.3 Perbezaan tahap burnout dengan faktor
umur 59
4.5.4 Perbezaan tahap burnout dengan faktor

 
 

pengalaman kerja 61
4.5.5 Perbezaan tahap burnout dengan faktor
tahap pendidikan 63

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66


5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 67
5.2.1 Latarbelakang responden kajian 67
5.2.2 Mengenai tahap burnout staf Pusat
Kesihatan, UTM, Johor 68
5.2.3 Hubungan demografi dengan tahap
burnout 69
5.2.4 Perbezaan tahap burnout dari segi
demografi 70
5.2.5 Rumusan daripada perbincangan 72
5.3 Cadangan Kajian 73
5.3.1 Cadangan kepada organisasi 73
5.3.2 Cadangan untuk kajian lanjutan 75
5.4 Kesimpulan 75

RUJUKAN 77
LAMPIRAN 85

 
 
xi 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Skala pengkadaran tahap burnout dalam 7


beberapa bidang pekerjaan
3.1 Jumlah item bagi setiap dimensi burnout (MBI) 40
3.2 Pemarkatan skor bagi skala Ketandusan Emosi,
Depersonalisasi dan Pencapaian Diri 41
3.3 Ringkasan kaedah statistik 43
3.4 Anggaran kekuatan perhubungan antara pembolehubah 44
4.1 Taburan responden mengikut jantina 46
4.2 Taburan responden mengikut umur 46
4.3 Taburan responden mengikut pengalaman kerja 47
4.4 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 48
4.5 Taburan responden mengikut tahap pendidikan 48
4.6 Taburan tahap burnout mengikut dimensi keseluruhan 49
4.7 Taburan min bagi dimensi ketandusan emosi 50
4.8 Taburan min bagi dimensi depersonalisasi 51
4.9 Taburan min bagi dimensi pencapaian diri 52
4.10 Analisis hubungan keseluruhan 54
4.11 Analisis Ujian-t, perbandingan tahap burnout antara
jantina dengan dimensi burnout 57
4.12 Analisis Ujian-t perbandingan tahap burnout antara
Taraf perkahwinan dengan dimensi burnout 58
4.13 Analisis Anova satu hala perbandingan
ketandusan emosi dengan faktor umur 59
 
 
xii 

4.14 Analisis Anova satu hala perbandingan depersonalisasi


dengan faktor umur 60
4.15 Analisis Anova satu hala perbandingan
pencapaian diri dengan faktor umur 60
4.16 Analisis Anova satu hala perbandingan
ketandusan emosi dengan faktor pengalaman kerja 61
4.17 Analisis Anova satu hala perbandingan
depersonalisasi dengan faktor pengalaman kerja 62
4.18 Analisis Anova satu hala perbandingan
pencapaian diri dengan faktor pengalaman kerja 62
4.19 Analisis Anova satu hala perbandingan
ketandusan emosi dengan faktor tahap pendidikan 63
4.20 Analisis Anova satu hala perbandingan depersonalisasi
dengan faktor tahap pendidikan 64
4.21 Analisis Anova satu hala perbandingan pencapaian diri dengan
faktor tahap pendidikan 64

 
 
xiii 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Mediation Model 17


2.2 Medical Extension Of Yerkes Dodson Law 20
2.3 Proses Burnout 25
2.4 Proses berlakunya Burnout 27
2.5 Kerangka kajian 29

 
 
xiv 

SENARAI SINGKATAN

NHS National Heatlh Services


UTM Universiti Teknolongi Malaysia
MBI Masclach Burnout Inventory
GAS General Adaptation Syndrome
COR Conservation Of Resource
OLBI Oldenburg Burnout Inventory
OCQ Organizational Commitment Questionaire
SPSS Stastiscal For Social Science
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SRP Sijil Rendah Pelajaran
PMR Penilaian Menengah Rendah
LCE Malaysia Lower Certificate Of Education
MCE Malaysia Certificate Of Education
EE Emosianal Exhaustion
DP Depersonalisation
PA Personal Achievement
SIG Signifikan

 
 
xv 

SENARAI SIMBOL

% - Peratus
f - Frekuensi
n - Jumlah
p - Nilai Signifikan
r - Nilai Korelasi
x - Nilai Min
a - Nilai Alpha
< - Lebih kecil
> - Lebih besar

 
 
xvi 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat pengesahan kajian 85

B Borang Soal selidik 86

C Jadual persampelan Krejcie dan Morgan 90


1970

 
 
 

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini akan menghuraikan mengenai latar belakang kajian, penyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian, dan
definisi konsep serta operasional.

Sumber tenaga manusia adalah sesuatu yang amat penting dalam perjalanan
operasi sesebuah organisasi. Semasa proses menjadikan sebuah organisasi yang berjaya,
tidak mustahil akan terdapat beberapa halangan yang boleh menbantutkan proses
terbabit. Diantaranya ialah masalah fenomena burnout yang sering melanda para
pekerja di dalam sesebuah organisasi. Pekerja diibaratkan sebagai minyak yang
menggerakkan sesebuah kenderaan, tanpa minyak maka sesebuah kenderaan itu tidak
mampu untuk bergerak kerana pekerjalah yang menentukan gerak tujunya. Manakala,
burnout merupakan satu simptom yang akan menghalangnya daripada bergerak lancar.

Kebiasaanya, burnout sering melanda golongan dalam perkhidmatan


professional. Tanggungjawab utama golongan ini ialah berhadapan dengan manusia,
ataupun membantu manusia. Apabila telah terlebih atau menerima banyak
tanggungjawab bagi membantu manusia ia akan menyebabkan burnout dikalangan

 
mereka, seperti guru-guru, pekerja sosial, doktor, kakitangan bahagian pertadbiran serta
staf sokongan.

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia (2008:5), terdapat kajian di negara kita


yang mengatakan kumpulan kakitangan yang berpotensi lebih terdedah kepada burnout
ialah kumpulan jururawat. Ini kerana mereka paling kerap berhubung dengan manusia
atau individu yang berbeza setiap kali bekerja. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia seramai 110,185 jururawat diperlukan
dalam tempoh 10 tahun bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah setiap
hari. Disamping itu, tugasan sebagai jururawat menuntut rasa tanggungjawab yang
tinggi. kesannya, jururawat akan merasa tertekan, mengalami kemurungan, perasaan
marah dan akan mengakibatkan burnout dalam kalangan jururawat.

Daripada hasil kajian-kajian lepas terhadap kakitangan hospital yang terdiri


daripada doktor, jururawat serta staf sokongan di bahagian pentadbiran terdapat
penemuan peratusan stres yang agak tinggi dan membimbangkan yang akhirnya
membawa kepada masalah burnout dalam kalangan kakitangan di dalam bidang
perubatan. Manakala, di United Kingdom dilaporkan terdapat 20 kajian yang sama
dilakukan dan hampir separuh daripada kakitangan di National Health Service (NHS)
mengalami stres yang teruk dan membimbangkan (The Lancet, 2000:2).

Tekanan atau stress adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami
keletihan dari segi emosi dan fizikal. Tekanan akan menyebabkan seseorang pekerja itu
mengalami kelesuan dan tidak bermaya serta semangat untuk melakukan sesuatu tugas
akan menurun. Tekanan boleh menyebabkan prestasi dan produktiviti kerja seseorang
itu merudum. Tekanan yang tidak diatasi dan dibiarkan akan menyebabkan ia menjadi
lebih parah lagi. Simpton ini dikenali sebagai `burnout’, Burnout adalah kesan daripada
tekanan yang terlalu banyak atau emosi dan fizikal yang terlalu penat dan letih. (Mohd
Taib Dora et. al. 2006).

 
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Isikahn V, et. al (2004) pula, jumlah
masa bekerja serta beban kerja dalam kalangan konsultan hospital telah menghampirkan
mereka kepada kemungkinan burnout dalam kalangan mereka. Kajian ini semakin jelas
apabila disokong oleh Parshuram et al. (2004) yang menyatakan bahawa beban kerja,
kekurangan tidur serta keletihan fizikal dalam kalangan kakitangan hospital memberi
kesan kepada emosi dan fizikal dan seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami
burnout.

Tinjauan yang telah dilakukan oleh Thomas (2004) pula, keadaan burnout dalam
kalangan doktor pelatih yang baru bekerja ia dikaitkan dengan kurangnya kuasa untuk
mengawal keadaan sekeliling ataupun kuasa di dalam membuat keputusan disamping
kekurangan pengalaman dan pertembungan isu-isu kerja secara bersendirian boleh
membawa kepada burnout.

Sir-I C Mcmanus dan rakannya pula mendapati tahap pencapaian diri yang tinggi
dalam kalangan doktor di United Kingdom akan menyebabkan tahap stres mereka
meningkat dan akan menyebabkan depersonalisasi pula akan menurunkan stres. Apabila
seseorang doktor itu mencapai tahap pencapaian diri yang tinggi, beliau harus menjaga
prestasi dan mengekalkan kedudukannya agar boleh dipercayai bagi memenuhi
tanggapan orang lain pada dirinya (diri ideal). (The Lancet, 2002:6).

Dalam membincangkan masalah burnout kita tidak dapat lari daripada faktor-
faktor yang mendorong berlakunya burnout. Faktor jantina merupakan salah satu faktor
demografi yang boleh mempengaruhi masalah burnout. Selain itu, faktor genetik dan
faktor biologi juga turut dikenalpasti boleh menyumbangkan kepada burnout.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh National Health Survey di Singapura
terhadap lelaki dan perempuan yang berumur dalam lingkungan umur antara 18 hingga
65 tahun menunjukkan lebih ramai wanita yang cenderung mengalami tekanan
berbanding golongan lelaki. Bagi wanita yang berkerjaya dan sudah berumahtangga,
perkara yang menyumbang kepada tekanannya ialah suami, diikuti oleh anak-anak dan

 
ibu bapa mereka. Berlainan pula bagi lelaki yang meletakkan masalah majikan adalah
sebagai sumber utama yang mendorong kepada tekanan di tempat kerja.

Dalam kajian yang lain oleh Freeman (1991) beliau mendapati bahawa darjah
dan tahap burnout seseorang sering bertambah dan berubah seiring dengan usia mereka.
Dalam hal ini ia menyatakan bahawa semakin tinggi atau meningkatnya usia seseorang
dan pengalaman bekerja mereka maka semakin tinggilah darjah frekuensi dan intensiti
burnout di dalam diri pekerja terbabit.

Akhir sekali, kajian ini amat perlu dijalankan bukan sahaja dapat mengenalpasti
tahap burnout dalam kalangan staf Pusat kesihatan, secara tidak langsung ia juga akan
dapat menentukan beberapa pembolehubah yang menyumbang kepada tahap burnout
terutama dalam mengesan dimensi yang mempunyai kaitan dengan hubungan demografi
staf Pusat Kesihatan UTM, Johor. Dan hasilnya dapat membantu pihak-pihak tertentu di
dalam pentadbiran hospital khususnya dan individu-individu yang tertentu dalam usaha
meminimunkan burnout dalam kalangan pekerja.

1.2 Latar Belakang Kajian


 
 
Kajian terhadap isu burnout sebenarnya dijalankan ekoran daripada isu tekanan
pekerjaan. Ini kerana, Burnout adalah masalah yang sering berlaku di dalam sesebuah
organisasi. Masalah ini boleh diibaratkan sebagai asam garam di dalam sesebuah
organisasi dan mereka tidak boleh lari dari masalah ini. Individu yang tertekan dalam
melaksanakan tugas masing-masing, keadaan ini dinamakan sebagai ‘stress’ atau
tekanan. Burnout dikatakan bermula dengan tekanan yang dialami di tempat kerja
mereka dan akan bertambah parah jika tekanan ini tidak diatasi dengan baik dan
seterusnya menyebabkan berlakunya burnout.

 
Hassle, stress dan burnout adalah tiga perkara yang berkait rapat diantara satu
sama lain. Ketiga-tiga perkara ini boleh membawa kepada kesan yang negatif terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam organisasi. Hassle boleh didefinisikan sebagai
kesusahan yang dihadapi ketika menghadapi aktiviti-aktiviti harian dan ia boleh
mengakibatkan stress. Kadangkala masalah yang berlaku dilihat sebagai perkara remeh
tetapi apabila dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi lebih serius. Perkara-perkara
tersebut merupakan asas kepada terjadinya stress, kesukaran dalam melaksanakan
tanggungjawab tertentu. ‘stress’ yang berterusan itulah yang membawa kepada
berlakunya burnout. (Greenberg dan Baron, 1997). Menurutnya lagi,burnout
menyebabkan ketandusan daya emosi (emotional exhaustion). ketandusan daya fizikal
(physical exhaustion), penurunan sikap (attitudinal exhaustion) dan perasaan kurang
pencapaian dalam kerjaya (low feeling of accomplishment).

Menurut penerbit kamus Merriam-Webster, burnout adalah salah satu kerisauan


besar di dalam arena kesenian serta sukan atlet professional pada tahun 1930-an. Pada
pertengahan 1970-an konsep burnout telah diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) dan
telah dikembangkan pada sedekad selepas itu pada tahun 1982 oleh Christina Masclach
dan Robert Golembiewski pada tahun 1983, seorang pakar ternama dalam bidang
pembangunan organisasi buat pertama kalinya telah menghubungkaitkan isu burnout
dalam bidang kepakarannya.

Freudenberger (1984) menggambarkan burnout sebagai satu perasaan kegagalan


dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber atau
ketabahan seseorang. Dalam maksud yang lebih mudah lagi, burnout boleh
didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) daripada kegagalan seseorang individu
untuk menangani tekanan negatif bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai (Farber
,1984). Selain itu, istilah ini telah dijelaskan lagi oleh Freudenberger dan Dr Edward
Stambaugh (1982) yang menyatakan bahawa mereka yang mengalami burnout adalah
mereka yang komited dan dedikasi terhadap tugas dan kerja mereka terutama apabila
dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas-tugas yang berat terhadap mereka.

 

Manakala, menurut Maslach (1982) burnout merupakan satu sindrom kelesuan


emosi, depersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi. Maslach & Jackson
(1981) telah memperluaskan istilah burnout ini dengan menerangkan bahawa terdapat
tiga jenis deminsi dalam burnout. Ketiga-tiga jenis dimensi burnout yang telah
dinyatakan oleh mereka ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi
(depersonalization) dan pencapaian peribadi (personel accomplishment). Konsep inilah
yang paling banyak diguna pakai oleh para pengkaji pada masa kini. (Cordes dan
Dougherty, 1993).

Maslach dan Jakson (1981) menjelaskan bahawa kelesuan emosi merujuk kepada
perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan akibat daripada tekanan kerja
dan kekangan-kekangan masa harian. Depersonalisasi pula merujuk kepada
pembentukan sikap negatif dan respon yang dingin terhadap orang lain di tempat kerja
seseorang, ia disebabkan oleh interaksi yang terlalu kerap dan tidak berhabisan antara
individu dengan orang lain di tempat kerjanya. Manakala, pencapaian peribadi merujuk
kepada perasaan kehilangan harga diri dan perasaan kurang mencapai dalam pekerjaan.
Ia disebabkan oleh kurang penghargaan dan maklumbalas yang positif.

Burnout akan berlaku ke atas pekerja apabila mereka mengalami tekanan yang
teruk dan tidak mampu lagi untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berada di
sekitar mereka. Spaniol dan Caputo (1979) telah menyatakan bahawa individu yang
terdedah kepada burnout adalah mereka yang tidak mampu dan tidak berupaya untuk
menghadapi tekanan kerja ataupun melalui kehidupan peribadi yang tidak teratur dan
tidak begitu baik. Mereka berpendapat individu akan mengalami burnout apabila situasi
tidak setimpal dengan tuntutan yang ada pada ketika itu.

Punca burnout dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dari segi internal dan juga
eksternal. Faktor internal merupakan faktor dalaman seseorang itu sendiri seperti
personaliti, ciri-ciri demografi, keyakinan diri yang rendah, tekanan di luar tempat kerja
seperti masalah keluarga dan konflik dalaman. Manakala faktor luaran pula bermaksud

 
tekanan di tempat kerja mereka sendiri seperti bebanan kerja yang berat, kekurangan
sumber kerja, interaksi yang tidak berkesan dengan rakan sekerja dan kekaburan tugas.
(Demoerouti et. al; 2000)

Burnout yang berterusan dan tidak dibendung akan membawa kepada kesan yang
amat serius, bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada diri mereka sendiri.
Antara kesan yang bakal diterima ialah dari segi fisiologikal, tingkah laku, dan
psikologikal. Menurut Miller dan Ellis (1990) pekerja yang mengalami burnout
mempunyai tahap kepuasan dan komitmen yang rendah.

Jadual 1.1 menunjukkan skala pengkadaran tahap burnout dalam beberapa


bidang pekerjaan. Maklumat ini dapat membantu memberi gambaran awal kepada
keputusan kajian ini.

Jadual 1.1: Skala pengkadaran tahap burnout dalam beberapa bidang pekerjaan

Pekerjaan Skala pengkadaran


Pelombong 8.3
Pegawai polis 7.7
Pegawai penjara 7.5
Pekerja pembinaan 7.5
Wartawan 7.5
Eksekutif pengiklanan 7.3
Doktor pergigian 7.3
Pelakon 7.2
Doktor 6.8
Kakitangan penyiaran 6.8
Jururawat 6.5
Krew produksi filem 6.3

 

Kakitangan ambulans 6.3


Ahli muzik 6.3
Ahli bomba 6.3
Guru 6.2
Pekerja sosial 6.0
Pengurus personel 6.0

Pengurusan stres di tempat kerja : Dokumen perbincangan

Sumber : United Kingdom Health & Safety Commission, London, 1999. (European
Commission, Directore General,Employment & Social Affairs)

Tinjauan literatur menunjukkan bahawa beberapa instrument burnout telah


digunakan dalam kajian-kajian yang lepas. antaranya ialah Maslach Burnout Inventory
atau MBI (Maslach dan Jakson, 1981), Meier Burnout Assessement (Meier, 1984),
Teacher Attitude Survey-Factor 1 (Farber, 1984) dan Teacher Burnout Scale (Friedman
& Farber,1992). Akan tetapi instrument Maslach Burnout Inventory (MBI) merupakan
instrument yang paling banyak diterima dan digunakan secara meluas (Farber, 1984;
Cordes & Dougherty, 1993). Instrument MBI mengukur burnout untuk ketiga-tiga jenis
dimensi burnout iaitu Kelesuan Emosi (EE), Depersonalisasi (DP) dan Pencapaian Diri
(PA). terdapat 22 item dalam instrument ini, 9 mengukur EE, 5 mengukur DP dan 8
mengukur PA.

1.3 Pernyataan Masalah

`Burnout’ sering dikaji oleh pengkaji terutamanya mereka yang berada dalam
bidang pengurusan. Tetapi sejauh manakah tahap pemahaman pekerja mengenai masalah
ini? Apakah simptom awal dan punca fenomena ini? Itulah yang menjadi persoalan
yang perlu dijelaskan dan dikupas oleh para pengkaji demi memberi kesedaran kepada

 
masyarakat mengenai bahaya burnout kepada mereka. Ramai yang mungkin tertanya-
tanya,apakah itu burnout dan apakah bahaya yang bakal dihadapi oleh mereka yang
menghadapi burnout?

Masalah burnout ini biasanya dikaitkan dengan jenis pekerjaan yang memerlukan
mereka berhubung dengan orang ramai seperti guru, doktor, pensyarah dan jururawat.
Ini kerana golongan ini lebih dikenali dalam konsep perkhidmatan ‘top priority’
terhadap klien kerana mereka lebih mementingkan kebajikan serta keselesaan klien
daripada diri mereka.

Chernis dan freudenberger (1974) mengatakan bahawa mereka mengalami


burnout ialah mereka yang komited dan berdedikasi terhadap profesion mereka. Mereka
sanggup berbuat apa sahaja dan mengenepikan kepentingan peribadi serta cuba
menangani tekanan dengan bekerja secara bermati-matian sehinggalah mereka
mengalami burnout. ‘Pekerja professional yang mengalami burnout lazimnya tidak
hadir atau selalu lewat hadir ke tempat kerja berbanding rakan sekerja yang tidak
mengalami burnout; mereka menjadi kurang idealistik dan lebih rigid. Prestasi mereka
juga menurun secara mendadak dan berkemungkinan besar mereka juga pernah
memikirkan untuk berhenti kerja’ (Farber, 1983).

Berdasarkan kajian-kajian lepas didapati bahawa mereka yang sering terjebak


dengan masalah burnout ialah mereka yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan
terutama sekali di hospital. Kajian mendapati mereka mengalami tahap tekanan yang
tinggi (Freudenberger, 1974, 1981; Freudenberger & Richelson, 1980; Maslach, 1976;
Pines & Masclach, 1978).

Di dalam kajian Rovik et al. (2007), faktor-faktor burnout dalam kalangan


doktor-doktor di Norway, kajian terbabit merupakan kajian jangka masa panjang di
mana ia adalah susulan selama 10 tahun. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua faktor
10 
 
individu (umur, Jantina, personaliti), stres serta faktor konseptual (jumlah masa bekerja)
dikenalpasti sebagai faktor-faktor yang menyebabkan burnout.

Berdasarkan fenomena burnout yang semakin mencabar di dalam bidang


perkhidmatan, pengkaji merasakan bahawa perlunya kajian mengenai “hubungan antara
burnout dengan demografi” dijalankan ke atas kakitangan pusat kesihatan UTM, Johor
bagi menambahkan koleksi dapatan berguna untuk perkembangan suasana kerja yang
selesa di Pusat Kesihatan UTM, Johor. Semoga hasil dapatan kajian ini kelak akan
dapat memberi gambaran yang sebenar mengenai tahap burnout dalam kalangan
kakitangan Pusat Kesihatan yang dikaji. Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat
memahami dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang wujud supaya langkah
yang wajar dapat diambil oleh pihak yang sepatutnya.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah tahap burnout dalam kalangan staf Pusat Kesihatan UTM, Johor?

1.4.2. Apakah terdapat hubungan antara faktor demografi dengan tahap burnout dalam
kalangan staf Pusat Kesihatan UTM?

1.4.3 Apakah perbezaan tahap burnout dari segi demografi dalam kalangan staf yang
bertugas di Pusat Kesihatan UTM, Johor?

1.5 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap burnout dalam
kalangan kakitangan Pusat Kesihatan UTM, Johor. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk melihat hubungan faktor demografi (umur, Jantina, taraf perkahwinan,
pengalaman bekerja serta tahap pendidikan) ini dengan burnout dan seterusnya
11 
 
mengenal pasti perbezaan burnout dari segi demografi dalam kalangan staf di Pusat
Kesihatan UTM, Johor.

1.6 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai tiga objektif yang ingin dicapai dalam mencari hubungan
antara faktor demografi dengan tahap burnout dalam kalangan staf di Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Objektifnya adalah :

1.6.1 Mengenal pasti tahap burnout dalam kalangan staf di Pusat Kesihatan UTM,
Johor.

1.6.2 Mengenal pasti hubungan faktor demografi dengan burnout dalam kalangan staf
di Pusat Kesihatan UTM,Johor.

1.6.3 Mengenal pasti perbezaan burnout dari segi demografi dalam kalangan staf di
Pusat Kesihatan UTM , Johor.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap burnout dalam kalangan kakitangan di
Pusat Kesihatan UTM Johor. Disamping itu, ingin mengkaji hubungan faktor demografi
dengan tahap burnout berdasarkan tiga dimensi ketandusan emosi, depersonalisasi dan
pencapaian diri dengan faktor demografi ia meliputi umur, jantina, taraf perkahwinan,
pengalaman kerja dan tahap pendidikan. Ia juga untuk mengkaji perbezaan tahap
burnout dengan faktor demografi. Populasi kajian ini terdiri daripada 45 orang staf di
Pusat Kesihatan UTM,Johor.
12 
 

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah kuantitatif, di mana satu set soal
selidik diberikan kepada setiap responden. Oleh itu, data yang dikutip ini tidak
semestinya sesuai diapliksikan pada mana-mana tempat lain. Ini kerana kajian ini cuma
sah dan boleh diguna pakai di Pusat Kesihatan UTM, Skudai Johor sahaja. Ketepatan
hasil kajian sangat bergantung pada kejujuran responden, keadaan dan situasi responden
pada ketika itu. Selain itu, kajian yang dijalankan ini hanyalah sesuai untuk melihat
tahap burnout pada faktor demografi sahaja iaitu umur, jantina, taraf perkahwinan,
pengalaman bekerja serta tahap pendidikan staf di Pusat Kesihatan UTM sahaja.

1.9 Kepentingan Kajian

Kepentingan hasil daripada kajian ini dilihat dalam beberapa sudut. Diantaranya
dari sudut pihak Kementerian Kesihatan, pentadbiran Pusat Kesihatan UTM dan juga
pendidikan. Bagi pihak Kementerian Kesihatan adalah amat penting mereka untuk
merekod segala hal yang berkaitan dengan masalah berkaitan kesihatan pekerja tidak
kira daripada sektor apa sekalipun. Hasil rekod tersebut, pihak terbabit dapat mengambil
langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengelak dari terus berlaku di masa hadapan.
Manakala, dari sudut pentadbiran Pusat Kesihatan UTM pula, agar kajian ini dapat
memberi maklumat sebenar mengenai tahap burnout dalam kalangan pekerjanya dan
dapat mengambil tindakan yang sesuai untuk mengurangkannya.

Yang terakhir, dari sudut pendidikan, kajian ini amat penting untuk
perkembangan ilmiah dalam bidang pendidikan supaya dapatan kajian ini dapat menjadi
sumber rujukan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar. Kesimpulannya, diharap hasil
dapatan dari kajian ini akan dapat menyumbangkan secara teoritikal agar pengetahuan
13 
 
ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutama dalam usaha untuk mengurangkan
burnout dari berlaku.

1.10 Definisi konsep dan operasional

1.10.1 Burnout

Menurut Girdino (1993), burnout boleh diertikan sebagai situasi atau kepenatan
secara fizikal dan mental yang berpunca daripada tekanan terlampau dan berlarutan serta
gagal diatasi dengan baik. Ia dinyatakan dalam kajiannya bertajuk Controlling Stress
And Tension,burnout pada sekitar tahun 1993.

Manakala menurut Pines dan Aronson (1981) menafsirkan burnout sebagai


sesuatu yang boleh memberi kesan yang amat ketara kepada seseorang. Ia mampu untuk
menganggu emosi dan penumpuan seseorang dalam melakukan sesuatu. Mereka yang
mengalami burnout ini tidak akan berupaya untuk berhubung dengan individu lain dalam
jangka masa yang agak panjang kerana penumpuan mereka akan mudah terjejas.

Thomas (1983) memperincikan burnout sebagai satu fenomena apabila seseorang


itu membuat andaian mengenai sesuatu yang berlaku atau kelemahan yang terjadi sama
ada dari segi etika dan moral adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan mereka.
Peterson dan Nisenholz (1998) mendefinisikan istilah burnout sebagai pengurangan
terhadap sumber fizikal dan mental seperti individu yang kehilangan motivasi, semangat,
tenaga dan minat mereka.

Igodan dan Newcomb (1986) pula menyatakan bahawa terdapat tiga definisi
yang berkaitan dengan istilah burnout. Definisi pertama yang dinyatakan oleh mereka
ialah burnout sebagai keadaan diri seseorang individu yang semakin terjejas, lemah atau
letih dari segi fizikal dan mental yang melampau. Ini disebabkan mereka ingin mencapai
14 
 
sesuatu yang keterlaluan atau ingin mencapai sesuatu yang tidak realistik pada diri
mereka atau pada pandangan mata manyarakat. Dalam definisi kedua, mereka
menyatakan bahawa fenomena burnout adalah satu proses yang bermula dengan tahap
tekanan kerja yang keterlaluan dan kritikal di samping ia berterusan dan berpanjangan.
Kesan daripada tekanan yang dihadapi ini akan menyebabkan ketegangan berlaku seperti
perasaan tertekan, cepat marah dan mudah kelesuan. Dan definisi terakhir yang
diberikan oleh Igodan dan Newcomb ialah berkaitan dengan simpton-simptom burnout.
Burnout akan berlaku terhadap seseorang jika seseorang itu mengalami sindrom seperti
ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi yang menjunam dan
berkurangan dalam hidup mereka. Dalam Kajian ini burnout merujuk kepada:

i) Ketandusan Emosi
Maslach & Jackson (1981) menerangkan bahawa ketandusan emosi
merujuk kepada perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan
akibat daripada tekanan kerja dan kekangan-kekangan masa harian.

ii) Depersonalisasi
Merujuk kepada sikap yang negatif dan respon yang dingin terhadap
orang lain di tempat kerja seseorang. ia disebabkan oleh interaksi yang
terlalu kerap dan tidak berhabisan antara seorang individu dengan orang
lain di tempat kerjanya.

iii) Pencapaian diri


Merujuk kepada perasaan hilang harga diri dan perasaan kurang mencapai
kepuasan dalam pekerjaan. ia disebabkan oleh kurang penghargaan dan
maklumbalas yang positif.

1.10.2 Demografi

Demografi bagi dalam kajian ini merujuk kepada maklumat peribadi responden
yang dikaji
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan
oleh pengkaji-pengkaji mengenai burnout dan faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya burnout secara umumnya. Disamping itu, bab ini bukan sahaja
membincangkan mengenai kajian-kajian yang pernah dijalankan, ia juga menonjolkan
teori-teori daripada pakar-pakar serta model-model konsep yang berkaitan dengan
burnout.

2.2 Kerangka teoritis

2.2.1 Teori stres dan konsep burnout.

Stres didefinisikan sebagai satu stimulus, respon atau natijah daripada sesuatu
interaksi antara dua individu. Di dalam interaksi itu terdapat ketidakseimbangan antara
individu itu dan persekitaranya. Manakala burnout didefinisikan pula sebagai penurunan
atau pengurangan fizikal dan mental yang disebabkan oleh tahap motivasi yang rendah,
16 
 
kurang bersemangat, kurang bertenaga dan tidak mempunyai sebarang minat dalam erti
kata lain mempunyai tahap pencapaian yang agak rendah. (Mohd Taib Dora et. al. 2006).

Stres bukan perkara baru dalam kehidupan masyarakat dan burnout seakan-akan
stres. Ia merupakan istilah yang digunakan bagi menerangkan keadaan seperti keresahan
atau kegelisahan (nervous breakdown). Yang menjadi masalah utama ialah kegagalan
dalam memahami stres dan burnout secara tepat adalah apabila gagal menerangkan
istilah atau maksudnya yang diterima umum (Morraco et.al. 1982).

Menurut Freudenberger (1975) burnout merupakan satu perasaan kegagalan dan


kelesuan yang terhasil daripada akibat tuntutan kerja yang terlalu membebankan tenaga,
sumber-sumber dan ketabahan seseorang. Beberapa perubahan dapat dikesan dalam
kalangan pekerja itu seperti keletihan dan ketandusan mental. Kehilangan komitmen dan
tahap motivasi yang sangat rendah terhadap tingkahlaku mereka semasa bekerja,
dikenali sebagai sindrom atau tanda-tanda burnout (Fraber, 1984).

Menurut Freudenberger (1975), sejak 1960 terma burnout mula digunakan pada
masa itu ditujukan kepada keadaan kesan penyalahgunaan dadah yang kronik dan
sebagai salah satu sindiran kepada pekerja-pekerja sukarelawan yang berkerja di
beberapa buah agensi kesihatan.

Manakala, berdasarkan pendapat Maslach (1981) ia merupakan satu sindrom


kehausan atau keletihan emosi, depersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi
yang terjadi secara kerap terhadap individu yang melakukan kerja dan boleh membawa
kepada berlakunya burnout.
17 
 
2.2.2 Mediation model

Menurut Maslach (1974), Mediation Model menerangkan peranan burnout


sebagai mediator diantara kehidupan pekerjaan dengan hasil kerja dan kesihatan pekerja.
Terdapat enam aspek kehidupan pekerjaan yang utama. Diantara aspek-aspek itu adalah
beban kerja, kawalan kerja, ganjaran, komuniti di tempat kerja, keadilan serta nilai-nilai
murni di tempat kerja. Kesemua aspek ini mempengaruhi tahap burnout seseorang,
manakala tahap burnout pula mempengaruhi hasil kerja dan kesihatan pekerja. Model
terbabit sebagaimana dibawah.

Kehidupan Pekerjaan
Hasil
- Beban kerja
-Kesihatan pekerja
 
-Kawalan kerja
-Kualiti kerja
Burnout
-Ganjaran
-kepuasan kerja
-kelesuan emosi
-Komuniti di tempat Kerja
-Kadar ponteng kerja
-Depersonalisasi
-Keadilan
-kos efektif
-Percapaian diri
-Nilai-nilai Murni di
 
tempat kerja  

Rajah 2.1: Mediation Model

Sumber: Maslach (1974)


 
18 
 
2.2.3 Teori sindrom penyesuaian umum / General adaptation syndrome (GAS)

Bagi melihat dengan lebih jelas mengenai tekanan stres, terdapat pelapor stres
yang pakar dalam bidang endokrin memberi satu teori dan kini menjadi rujukan utama
para pengkaji dan para sarjana. Teori terbabit lebih dikenali sebagai Sindrom
Penyesuaian Umum ataupun General Adaptation Syndrome (GAS) yang mana
merupakan satu teori oleh Seeyle (1976). Teori ini mengemukakan tiga fasa, menurut
Seeyle (1976) wujud fenomena disebalik reaksi organisma terhadap apa sahaja
rangsangan atau tekanan umum ataupun (GAS).yang mana menunjukkan tekanan stres
yang terhasil dari tindak balas tubuh badan.

Bagi fasa yang pertama ‘Amaran’ peringkat ini merupakan tindakbalas tubuh
badan terhadap stres. ‘Penentangan’ merupakan fasa kedua yang mana tubuh badan
manusia akan bertahan terhadap stres. ‘keletihan merupakan fasa terakhir dalam teori ini
yang mana ia menunjukkan pertahanan badan berkurang pada fasa ini kerana keletihan.
Kesan fasa ketiga ini tahap stres yang dialami oleh individu sangat kuat dan boleh
menyebabkan burnout terjadi.

Burnout wujud akibat stres yang melampau, individu yang mengalaminya akan
merasakan keletihan atau kepenatan yang menyebabkan mereka tidak dapat berfungsi
seperti biasa dengan berkesan. Mereka merasakan tidak menpunyai sebarang kuasa dan
kesannya, golongan individu ini akan menunjukkan tingkahlaku yang negatif serta
menpunyai motivasi yang sangat rendah.

2.2.4 Person environment theory / P-E fit theory of job related stress

Terdapat satu teori yang dikemukakan oleh French, Roger dan Cobb (1974)
mengenai pendapat mereka tentang stress, yang mana terdapat dua faktor yang boleh
memberi kesan terhadap individu tidak dapat menbiasakan diri dengan persekitaran
19 
 
tempat kerjanya. Berdasarkan teori Person-environment atau P-E Fit Theory Of Job
Related stress yang diperkenalkan, faktor utama adalah faktor pengetahuan dan
kemahiran individu terbabit yang tidak dapat memenuhi permintaan dan keperluan
pasaran kerja. Faktor kedua adalah, sifat kerja itu sendiri yang mana kerja tidak dapat
memenuhi keperluan individu. Kesan yang terhasil daripada ketidaksuaian diantara satu
sama lain menyebabkan berlakunya stress dalam kalangan pekerja secara tidak langsung.

2.2.5 Model Ekologi

Mengikut persepktif daripada model ekologi, hasil kajian daripada Kurt Lewin
(1936) ia melibatkan hubungan antara organisasi dan persekitarannya ia mengambil kira
kedua-dua faktor peribadi (seperti menpunyai jangkaan yang melebihi kemampuan diri
dan ingin menjadi diri ideal) dan faktor persekitaran (seperti pencemaran bunyi di
tempat kejadian ribut taufan). Namun begitu kebanyakan pengkaji yang menulis
mengenai burnout selalu mengetengahkan antara salah satu daripada faktor tersebut.
maka, teori ini memerlukan pengkaji memahami hubungan diantara kedua-dua faktor
dan kesan yang diberi ke atas satu sama lain.

Burnout akan terjadi apabila terdapatnya interaksi dinamik diantara faktor


peribadi (seperti masalah kesihatan dan konflik diri yang tidak selesai) dan juga
dipengaruhi oleh faktor ekosistem lain (contohnya keluarga). Hal ini dapat ditunjukkan
seperti formula dibawah:-

BO = f (P E)
 
 

2.2.6 Medical concept

Berdasarkan teori stres dalam konsep perubatan pula, terdapat tiga peringkat
yang diperkenalkan oleh Melhuish (Cooper et.al, 1988) kesemua peringkat-peringkat ini
20 
 
dihubungkaitkan dengan prestasi dan tahap kualiti hidup sesorang individu. Setiap
peringkat terbabit boleh dirujuk pada rajah 2.2 dibawah.

Berdasarkan rajah diterangkan pada peringkat pertama merupakan peringkat


berlakunya tekanan yang dihadapi oleh individu daripada B ke C masih dapat dikawal
dan bertahan. Pada keadaan yang sama peningkatan yang positif selaras dengan tekanan
berlaku terhadap kesihatan dan kualiti hidup. Namun demikian selepas peringkat C
sebarang peningkatan dari segi tekanan sudah tidak mendatangkan feadah namun
sebaliknya mendatangkan beban terhadap individu. Pada peringkat C ke D tekanan telah
menjadi stres secara langsung tahap kesihatan dan kualiti hidup individu menurun dan
menunjukan perkembangan negatif. Titik yang menjadi perantaraan bagi tekanan
terbabit membawa kesan kebaikan dan tekanan negatif merupakan titik C.

Increasing Increasing Increasing


health B health C health

Prestasi dan Kualiti Hidup


A
Preassure

Stress of Moderate Stress of


boredom levels of excess
pressure preasure

Rajah: 2.2: Medical Extension Of Yerkes-Dodson Law

Sumber: A. Melhuish (1978) dalam Cooper et.al (1988).


21 
 
2.2.7 Conservation of resource theory (COR)

Disamping itu teori ‘conservation of resources’ atau teori COR juga digunakan
oleh para pengkaji bagi memahami proses burnout dan tekanan di dalam persekitaran
pekerjaan (Hobfoll et.al;1998). Ia diperkenalkan untuk membuat satu perkaitan burnout
dan kesihatan mental dan fizikal. Prinsip asas bagi teori ini ialah tekanan akan berlaku
apabila seseorang itu mengalami kehilangan sumber atau gagal mendapatkan sumber
setelah membuat pelaburan yang signifikan terhadap sumber itu. Apabila seseorang
mengalami kehilangan sumber tenaga, mereka bertindak menggunakan tenaga yang
tersimpan. Tenaga yang tersimpan itu, tidak terhasil dengan begitu sahaja tanpa ada
kesan, dan kesannya ialah mereka akan mendapat tekanan yang teruk. Melalui prinsip
ini, kita dapat lihat proses kehilangan sumber, dapatan dan perlindungan sebagai ciri-ciri
utama dalam menjelaskan burnout dengan urusannya.

Teori COR merupakan satu teori motivasi kerana prinsipnya adalah seseorang
individu itu berusaha mendapatkan, menahan, membela dan melindungi sumber.
Maksud sumber di sini, sumber yang mempunyai nilai intrinsik atau instrumental,
termasuklah objek, (kereta, rumah, objek-objek yang mahal), keadaan (peranan ibubapa,
terlibat dengan rangkaian kebajikan sosial), sumber peribadi (kemahiran serta
karakteristik diri) dan sumber tenaga. Jelasnya lagi, sumber kesihatan, keluarga dan
semua sumber yang berkaitan dengan keyakinan diri, kemajuan diri serta optimis
sebagai kunci kepada pengurusan dan penyelenggaraan kepada keseluruhan sumber.
Sumber-sumber utama selalunya dicari secara instinsif (Westman et. al., 2005).
Manakala, sumber sekunder pula bertugas untuk menampung kekosongan di dalam
usaha untuk mendapatkan serta melindungi sumber utama.

Berdasarkan teori COR, antara faktor-faktor utama berlakunya tekanan ada tiga.
Diantaranya ialah:
22 
 
a) Apabila sumber utama seseorang itu mendapat petanda atau menghadapi
kemungkinan akan berlaku perkara negatif atau habis (merujuk kepada
penggunaan tenaga yang berlebihan).

b) Apabila sumber tersebut telah habis

c) Apabila individu gagal atau tidak mampu mendapatkan atau mengantikan


sumber tersebut dengan sumber baru.

Kesan daripada faktor-faktor terbabit akan menghasilkan tekanan yang teruk


berlaku dan mengakibatkan burnout. Berdasarkan situasi ini, manusia akan lebih
cenderung untuk menlindungi diri mereka sendiri daripada kehilangan sumber tenaga
tersebut kerana ia amat berharga pada manusia. Pekerja lebih sensitif menghadapi
situasi yang memerlukan tenaga.

Teori COR juga menerangkan tahap awal burnout sebagai proses penyerangan
tenaga yang terdapat bagi seseorang individu untuk digunakan terhadap tekanan yang
berkaitan kerja dan juga permintaan lain yang perlukan tenaga. Namun, fitrah manusia
itu sendiri akan berusaha menangani tekanan tersebut dan tindakannya akan memakan
diri. Kesan daripada akibat ingin menangani tekanan di tempat kerja, akan sampai ke
tahap dimana mereka akan berputus asa dan menjadi sebab kepada masalah menjadi
emosional dan menjurus kepada berlakunya gejala-gejala kemurungan.

Tahap-tahap akhir bagi individu burnout menyebabkan mereka berkelakuan


untuk melindungi diri dan akan memaparkan sifat-sifat seperti kesinisan kepada orang-
orang disekeliling dan menyebabkan masalah emosional dan lain-lain.
23 
 

2.3 Proses Stres

Menurut Harussani Zakaria (2004) stres berasal daripada perkataan eustres yang
membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina. Ia berasal
daripada perkataan distress yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri atau
merosakkan diri.

Manakala, menurut Cooper, et al. (1988), stres berasal daripada perkataan latin
iaitu stringe abad ke-17. Untuk menstabilkan tahap stres adalah melalui tingkahlaku
individu melalui satu pencapaian tahap yang selesa. bagi seseorang yang ingin mencapai
tahap stabil mesti membuat strategi penyelesaian terhadap stres yang dihadapi. Stres
merupakan satu amaran yang boleh mengakibatkan strain terhadap individu. stres
terbabit perlu diselesaikan jika tidak, stres yang dihadapi akan terus berlaku dan
berturut-turut akan menyebabkan burnout.

2.4 Proses Burnout

Konsep tekanan ataupun stres merupakan satu fitrah manusia menurut perspektif
Islam yang mana ia mampu menberi kesan samaada positif ataupun negatif,( Mohd Taib
Dora et. al. 2006) manakala burnout merupakan satu perkara biasa yang terjadi kepada
sesiapa sahaja yang mengalami stres. Terdapat satu proses yang boleh menyebabkan
berlakunya proses burnout daripada sebelum bermulanya individu itu menghadapi
burnout sehingga kepada peringkat yang terakhir berlakunya proses burnout.

Terdapat lima peringkat dalam proses burnout yang mana telah digambarkan
dalam rajah 2.3 dibawah. Bermula daripada the honeymoon, awakening, brown out, full
scale burnout dan phoenix phenomenon. Semasa peringkat honeymoon yang mana
merupakan peringkat pertama ia mengambarkan pengalaman pertama kali bekerja sangat
24 
 
menyeronokkan. Tenaga individu pada masa ini sangat bersemangat dan tidak terhad
untuk melakukan kerja dan memberi komitmen terhadap kerjanya.

Awakening merupakan fasa kedua yang akan melenyapkan fasa pertama setelah
ia wujud. Pada fasa ini barulah seseorang individu menyedari bahawa keadaan yang
sebenar berlaku tidak seperti yang dijangka pada awalnya akan berlaku. Kesan
daripadanya akan menyebabkan berlakunya konflik dalam diri individu terbabit dan ia
mula sedar bahawa pekerjaan yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan sebelum itu.
Tahap kepuasan kehendak diri, rakan sekerja serta organisasi tidak dapat dicapai dengan
baik.

Peringkat yang ketiga ialah brown out, ia muncul setelah fasa kedua lenyap.
Tenaga pada peringkat ini telah mula berkurang dan seterusnya berlaku kelesuan yang
kronik. Selain itu jadual hariannya seperti makan, minum dan tidur telah terganggu.
Disamping itu akan timbul rasa hampa serta kecewa dan sentiasa menyalahkan orang
lain diatas kesalahan atau masalah yang dilakukan. Individu ini juga akan mengkritik
dan menyindir secara terbuka dan terang-terangan terhadap rakan sekerja, majikannya
dan organisasi.

Seterusnya ialah fasa full scale burnout ia merupakan satu ciri yang dominan
dalam fasa terakhir, jika tidak dikawal kecenderungan individu untuk menghadapi fasa
ini amat tinggi potensinya. Individu mungkin akan mengalami dalam beberapa bulan
sahaja. Walaubagaimana pun dalam keadaan ini ia memakan masa yang lama iaitu
sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun. Pada tahap ini, rasa kekosongan akan
dialami oleh individu dalam hidup mereka, mereka merasa kurang yakin dan hilang rasa
perhargaan diri mereka. Keadaan ketandusan fizikal, mental, emosi akan terserlah dan
keadaan ini boleh menyumbang kepada serangan penyakit diantaranya sakit jantung,
strok dan tekanan darah tinggi.
25 
 
Peringkat yang terakhir dipanggil fasa pemulihan atau phoenix phenomenon.
Individu yang mengalami burnout akan berusaha bagi mengatasinya. Sindrom burnout
akan berlaku semula jika individu melakukan atau melalui suatu proses aktiviti yang
sama dalam jangka masa yang panjang. Diantara individu yang kebiasaan mengalami
atau berisiko tinggi untuk berhadapan dengan burnout ialah jenis pekerjaan yang
sentiasa berhadapan dengan orang ramai. Ia seperti mana rajah dibawah. ( Lyle H. Miller
et. al. 2007)

1. THE
HONEYMOO
N
5. THE
PHEONIX 2. THE
PHENOMENO AWAKENING
N  GRADUAL
PROCESS

4. FULL
3.
SCALE
BROWNOUT
BURNOUT

Rajah 2.3: Proses Burnout

Sumber : Work : A Road to Burnout. http://www.healthyplace.com/anxiety-


panic/main/anxiety-at-work-the-road-to-burnout/menu-id-69/
( Lyle H. Miller dan Alma Dell Smith, 2007)

Proses berlakunya burnout menurut Igodan et. al. (2007) pula ia terhasil akibat
daripada beberapa eleman di dalamnya. Ia bergantung pada individu, faktor
persekitaran, punca berlakunya tekanan dan proses terjadinya tekanan (hasilkan
Burnout). Bermula dengan individu itu sendiri ia melibatkan personaliti, konsep kendiri,
26 
 
matlamat/tahap komitmen, bagaimana individu tersebut menangani stres. Ia merupakan
permulaan bagaimana individu menghadapi tekanan yang mendatang. Berdasarkan
bahagian ini dapat dilihat sangat penting seseorang individu menpunyai personaliti yang
positif di dalam membina konsep kendiri yang bagus.

Bahagian kedua pula, menunjukkan beberapa eleman yang menbentuk


persekitaran dan juga penyebab tekanan yang berpotensi iaitu, persekitaran kerja dan
persekitaran luar kerja contohnya rumah. manakala, punca-punca yang menyerang dapat
dilihat dalam proses terjadinya tekanan. Ketika ini, individu cuba menghadapi tekanan
terbabit namun hasilnya negatif dan membawa kepada burnout kerana tidak dapat
menghadapinya dengan betul. Untuk lebih jelas, ia seperti mana yang diterangkan
dalam rajah 2.4
27 
 

INDIVIDU PERSEKITRAN DAN


PENYEBAB TEKANAN
-Personaliti YANG BERPOTENSI
-konsep kendiri -Persekitaran kerja
-Matlamat/Tahap
• Persekitaran fizikal
komitmen
• Persekitaran Emosi
-Bagaimana individu • Bebanan
tersebut menangani • Peranan
stres • Komunikasi diantara
individu
• Sokongan sosial
• Autonomi

-Persekitaran Luar kerja


BURNOUT
• Persekitaran fizikal
Hasil negatif yang • Persekitaran emosianal
terkumpul sehingga ke • sokongan sosial
tahap menurunkan
tahap kecekapan dan PROSES TERJADINYA
lain-lain TEKANAN

Punca tekanan diproses melalui


kebolehan individu tersebut
untuk menangani stres
Hasil daripada tekanan yang
Rajah 2.4: Proses Berlakunya Burnout tidak dihadapi dengan betul

Sumber: Are you experiencing Burnout oleh O. Chris Igodan dan L.H. New
Comb, 2007

2.5 Simptom Burnout


28 
 
Biasanya keadaan ini banyak berlaku terhadap individu yang telah lama bekerja
dan ia merupakan salah satu cara bagi mengenali burnout iaitu dengan mengenali
simptom burnout yang boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti fizikal,
psikologikal dan tingkahlaku.

Namun untuk lebih jelas simptom-simptom ini boleh dilihat pada pertama
kecenderungan untuk menpunyai emosi yang negatif. Sebagai contoh seperti perasaan
kecewa, marah, kemurungan, ketidakpuasan dan juga kebimbangan. Ia merupakan satu
fitrah pada individu yang mengalami burnout akan mengalami emosi yang negatif
tersebut dengan lebih kerap sehingga ke peringkat teruk atau kronik. Pada awalnya akan
mengalami perasaan yang kecewa selepas itu, ia akan menbentuk perasaan marah,
kebimbangan, perasaan bersalah dan juga timbul perasaan takut dan akhirnya akan
berkembang kepada tahap yang paling teruk iaitu kemurungan.

Pada peringkat kedua pula ia dilihat pada individu yang mengalami burnout akan
menpunyai masalah interpersonal. Daripada emosi yang negatif ia membawa pula
kepada masalah hubungan interpersonal. Emosi yang tidak stabil dan sentiasa berubah-
ubah menbuatkan interaksi dengan individu lain bermasalah dan menjadi susah. Apabila
individu yang burnout cenderung menberi maklumbalas yang negatif kesan terhadap
proses komunikasi ditempat kerja akan menjadi tidak menyenangkan.

Masalah kesihatan merupakan satu cara yang jelas untuk mengenali simptom
burnout. Sesiapa yang mengalami burnout lebih cenderung untuk terdedah kepada
pelbagai penyakit-penyakit diantaranya seperti selsema, sakit kepala, insomnia dan sakit-
sakit belakang. simptom berlaku akibat daripada pengaruh tekanan atau stres dalam diri.
Diantara sebab tekanan ialah kecewa, masalah konflik interpersonal, rasa bersalah dan
kemurungan memberi kesan kepada tahap fizikal seseorang individu.

Keempat, prestasi semakin menurun. Sebagaimana contoh mudah rasa bosan


dan kurang ghairah di dalam menjalankan kerjanya atau sesuatu projek. Individu
29 
 
terbabit menjadi sukar untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kerja atau projeknya
dari segi emosi dan pemikiran. Individu ini juga akan lebih cenderung untuk tidak
menghadirkan diri ke tempat kerja ataupun ponteng kerja. Disamping itu individu lain
juga lebih cenderung untuk menjauhkan diri daripadanya. Kesannya, keadaan menjadi
semakin kronik dan lebih teruk. Ini kerana kurangnya sokongan dari segi sosial dan
secara tidak langsung akan menyebabkan kesan buruk pada kualiti kerja dan produktiviti
mereka. (Unger. D, 1980).

2.6 Kerangka Kajian

Kerangka kajian ini adalah berpandukan kepada ‘mediation model’ yang telah
diubahsuai untuk tujuan kajian ini. Faktor Demografi merupakan pembolehubah bebas
yang mana terdiri daripada jantina, umur, pengalaman bekerja, taraf perkahwinan serta
tahap pendidikan. Manakala burnout merupakan pembolehubah bergerak balas yang
mana terdiri daripada ketandusan emosi, depersonalisasi serta percapaian diri yang telah
diperkenalkan oleh Maslach dan Jackson (1981).

PEMBOLEHUBAH PEMBOLEHUBAH
BEBAS BERSANDAR
DEMOGRAFI BURNOUT
Hubungan
1- Jantina 1-Ketandusan Emosi
2-Umur 2-Depersonalisasi
3-Pengalaman kerja Perbezaan
3- Pencapaian Diri

2.44-Taraf Perkahwinan
Dimensi Burnout

Rajah 2.5: Kerangka Kajian


30 
 

2.7 Kajian – kajian Lepas

2.7.1 Kajian Luar Negara

Kajian oleh Burke dan Greenfless (2001) mendapati faktor pengstrukturan


semula hospital dan mengecilkan setiap bahagian dalam hospital adalah punca yang
sangat tinggi yang dapat dikenalpasti menyebabkan berlakunya burnout. Kajian
dijalankan ke atas jururawat wanita dan lelaki yang bertugas di hospital tersebut. Kajian
yang telah dilakukan dapat melihat peningkatan masalah dari segi keletihan emosi dan
fizikal. Pekerja tidak dapat mengawal persekitaran mereka serta tugas – tugas yang
mereka lakukan. Selain itu, kajian ini mengenalpasti keadaan komponen psikologi yang
menyebabkan berlakunya burnout termasuklah keletihan emosi, kurang profesional dan
depersonalisasi. Kajian ini juga menunjukkan jururawat akan lebih merasa tertekan dan
keletihan emosi apabila bilangan pesakit meningkat di hospital tersebut. Peningkatan
burnout dari segi keletihan emosi dikenalpasti berlaku disebabkan oleh pengstrukturan
hospital.

Kajian oleh Renzi et al. (2003) iaitu kepuasan kerja dan burnout serta
perbandingan antara staf penjagaan kesihatan di hospital dermatologi dan hospital
umum. Hospital dermatologi ialah satu institusi yang menjalankan kajian dan rawatan
kepada penyakit kulit. Hasil kajian menunjukkan ketandusan emosi adalah secara
signifikannya rendah bagi jururawat yang bertugas di dermatologi berbanding jururawat
di bidang lain. Secara signifikannya juga menunjukkan lebih jururawat di dermatologi
lebih berpuas hati dengan peluang untuk perkembangan diri dan sumber–sumber yang
ada berbanding dengan bidang lain. Manakala, jururawat di hospital umum berbanding
dengan bekerja di dermatologi mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami
burnout dan secara signifikannya kurang kepuasan dengan pengurusan unit dan peluang
untuk perkembangan kendiri.
31 
 

Oktay (1991) membuat kajian burnout terhadap pekerja sosial hospital yang
bertugas mengendalikan pesakit–pesakit AIDS di mana survey di buat ke atas 128 orang
pekerja sosial melalui pengedaran borang selidik. Maslach Burnout Inventory (MBI)
digunakan bagi mengukur tahap burnout di kalangan pekerja sosial di hospital. Data
kajian dianalisis menggunakan analisis regrisi berganda. Berdasarkan penggunaan skala
MBI dan penganalisian data, didapati pekerja sosial yang mengendalikan pesakit AIDS
mengalami ketandusan emosi dan depersonalisasi yang tinggi tetapi mempunyai
pencapaian diri yang rendah.

Terdapat satu kajian mengenai jururawat yang dibuat antara dua negara iaitu
Amerika dan Filipina. Kajian ini melihat analisis budaya negara masing–masing yang
dapat mewujudkan burnout dalam kalangan jururawat di negara tersebut. Kajian yang
dibuat bagi melihat signifikan hubungan sosial selepas latihan diberikan kepada
jururawat dan nilai budaya yang berbeza bagi setiap negara. Perbincangan yang dibuat
dalam kajian ini ialah persekitaran sosial, nilai sistem kerajaan, integrasi di antara
hospital Amerika dan Filipina dan pengurusan burnout. Kajian persekitaran yang dilihat
ialah hubungan antara perseorangan, tekanan kerja dan had kuasa kerja pekerja itu
sendiri (Turnipseed, 1997).

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh Stanley (2006) mengenai faktor
burnout dalam kalangan jururawat kesihatan mental. Kajian ini mengemukakan model
burnout dalam kalangan jururawat kesihatan mental di Hospital Atlantic Canada.
Sampel yang diambil dalam kajian ini sebanyak 115 jururawat yang telah berdaftar dan
mempunyai lesen kejururawatan. Kajian ini juga melihat seseorang jururawat itu
mengalami kelemahan emosi yang tinggi, dipersonalisasi yang tinggi atau pencapaian
diri yang rendah semasa menjalankan tugas mereka. Regrasi digunakan untuk mengukur
hubungan antara faktor seperti kepuasan kerja, peranan konflik dan bebanan kerja yang
berlebihan terhadap tiga dimensi burnout. Faktor lain dikaji menggunakan analisis
kolerasi untuk mendapatkan hasil dalam kajian ini. Hasil yang diperolehi menunjukkan
terdapat hubungan signifikan antara faktor–faktor tersebut dengan burnout di kalangan
32 
 
jururawat kesihatan mental. Pendapat pengkaji ialah dengan memberikan lebih banyak
pengalaman kepada jururawat baru maka dapat mengatasi burnout yang berlaku dalam
diri mereka.
Kajian oleh Mahan (1999) pula mengkaji perhubungan antara tekanan dan
burnout di kalangan jururawat. Kajian yang dibuat adalah untuk melihat faktor
penyumbang terbesar yang menyebabkan burnout di kalangan jururawat. Faktor
tersebut ialah hubungan jururawat dengan doktor serta pesakit dan kurang kepuasan
kerja, kurang sabar dalam merawat pesakit dan tidak ada hubungan yang baik antara
rakan sejawat. Kata kunci yang digunakan ialah persepsi diri tehadap kerja yang mereka
lakukan. Burnout boleh terjadi apabila jururawat menerima pesakit dalam keadaan
kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Kajian ini juga mengkaji kaedah untuk
mengelakkan berlakunya burnout dan cara mengatasi jika berlakunya burnout. Kajian
juga dibuat terhadap jururawat yang mengalami burnout tahap kritikal sehingga terlibat
dalam pengambilan dadah dan ubat- ubatan untuk memberikan ketenangan kepada diri
mereka.

Kajian yang berkaitan dengan hubungan diantara faktor yang mempengaruhi


seseorang jururawat dalam menjalankan tugasan mereka. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan teori tiada harapan dan model tekanan yang dapat mewujudkan burnout
kepada jururawat. Seramai 151 jururawat yang bekerja sepenuh masa yang bertugas
dengan menggunakan kemudahan yang ada dalam jangka masa panjang. Model ini
digunakan untuk melihat jenis faktor yang menyebabkan sikap negatif jururawat dalam
melakukan kerja. Faktor yang paling hampir dikenalpasti ialah faktor individu itu
sendiri manakala bagi faktor lain ialah faktor persekitaran mereka termasuklah
penyeliaan, matlamat organisasi, maklumat dari pesakit dan sebagainya (Evans, 1991).

Roach (1994) dalam kajian beliau pula, menyatakan bahawa profesion jururawat
mempunyai banyak faktor–faktor yang menyebabkan berlakunya stres dan akhirnya
akan menyebabkan mereka mengalami burnout. Menurut beliau juga, burnout
merupakan perkara yang penting kepada pekerja dan organisasi. Pekerja yang
33 
 
mengalami burnout akan mempunyai masalah emosi dan fizikal yang akan
menyebabkan prestasi mereka menurun.

Kajian oleh Demerouti et al. (2000) tentang model burnout dan kepuasan hidup
di kalangan jururawat. Kajian ini dijalankan di kalangan 109 jururawat German untuk
menguji secara teorikal model burnout dan keseluruhan kepuasan hidup. Model ini
membezakan antara dua kategori keadaan kerja iaitu tuntutan kerja dan sumber kerja.
Contoh tuntutan kerja ialah memerlukan masa dan tenaga yang banyak berhubung
dengan pesakit dan desakan masa manakala sumber kerja ialah kurang ganjaran dan
penglibatan dalam proses membuat keputusan. Kajian ini meggunakan Oldenburg
Burnout Inventory (OLBI) untuk mengukur tahap burnout. Berbeza dengan Maslach
Burnout Inventory (MBI), alat ini mengukur burnout pada dua sub skala iaitu keletihan
dan pembebasan. Hasil kajian menunjukkan jururawat yang melihat kekurangan dari
segi tuntutan kerja dan sumber kerja akan mengalami burnout dan burnout tersebut akan
mempengaruhi kepuasan hidup jururawat tersebut.

2.7.2 Kajian Tempatan

Zalina (1997), Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan burnout iaitu
mengkaji mengenai hubungan burnout dengan demografi dan dijalankan terhadap
pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai. Kaedah yang telah digunakan ialah kaedah tinjauan. Selain itu, kajian ini juga
telah menggunakan borang maklumat peribadi untuk demografi dan Maslach Burnout
Inventory (MBI) bagi mengukur tahap burnout tersebut. Pengkaji telah menggunakan
borang soal selidik untuk mendapatkan data yang diingini. Pengkaji juga telah
menggunakan Ujian–t dan Anova bagi menganalisis perbezaan demografi terhadap tahap
burnout pensyarah Fakulti Pendidikan tersebut. Melalui kajian yang telah dijalankan
oleh beliau didapati bahawa tidak terdapat perbezaan dari aspek jantina dan umur
34 
 
terhadap burnout dalam kalangan pensyarah Fakulti Pendidikan UTM.
Walaubagaimanapun, bagi pengalaman bekerja terdapat perbezaan bagi ketandusan
emosi dan pencapaian diri dan dari aspek perkahwinan pula, didapati hanya terdapat
perbezaan yang signifikan pada dimensi pencapaian diri.

Selain itu, terdapat juga kajian yang telah dijalankan oleh Jamaluddin ( 1999 ).
Kajian tersebut telah mengkaji hubungan antara burnout dengan demografi. Bertujuan
untuk mengkaji tahap burnout dan meninjau sejauh mana tahap burnout dalam kalangan
pensyarah berdasarkan demografi di Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber
Manusia (FPPSM) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Jamaluddin telah
menggunakan kaedah secara tinjauan dengan mengamalkan analisis secara deskriptif
dengan peratusan bagi menentukan tahap burnout tersebut. Dalam analisis data pula,
pengkaji telah menggunakan Ujian- t bagi mengukur perbezaan tahap burnout dengan
demografi sampel yang dikaji. Pengkaji juga tidak menggunakan kaedah persampelan
sebaliknya menggunakan populasi dalam kajian beliau. MBI (Maslach burnout
Inventory) telah digunakan oleh pengkaji dalam mengukur tahap burnout di kalangan
pensyarah yang dikaji. Dalam analisis data, borang soal selidik telah diedarkan dalam
mengutip data yang diperlukan. Dapatan daripada kajian yang dijalankan didapati
bahawa tiada hubungan yang signifikan antara tahap burnout dengan jantina. Walau
bagaimanapun, terdapat hubungan yang wujud antara taraf perkahwinan dengan
ketandusan emosi. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang signifikan antara tahap
pendidikan dengan dimensi burnout iaitu ketandusan emosi dan pencapaian diri.

Seterusnya, terdapat juga kajian yang telah dilakukan oleh Norzihan Ayub et.al
(2008). Dalam kajian tersebut, beliau telah menjalankan kajian tentang hubungan antara
tahap burnout dengan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat hospital.
Dalam kajian yang telah dijalankan beliau telah memilih seramai 122 orang jururawat
dari Hospital Queen Elizabeth yang terdiri daripada pelbagai pangkat untuk menjawab
soal selidik yang telah diberikan dan menggunakan kaedah Maslach Burnout Inventory
(MBI) dan Organizational Commitment Questionaire (OCQ). Data yang diperolehi telah
di analisis menggunakan korelasi Pearson, Ujian-t sampel bebas dan Anova
35 
 
menggunakan program SPSS. Keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap burnout dan tiga aspek iaitu ketandusan emosi, depersonalisasi dan
pencapaian diri dengan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat di Hospital
Queen Elizabeth. Hasil daripada kajian juga terdapat perbezaan burnout, ketandusan
emosi dan komitmen terhadap organisasi mengikut tempoh perkhidmatan. Selain itu,
keputusan dari kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan antara ketandusan emosi
dan depersonalisasi di kalangan jururawat mengikut bangsa yang dikaji. Sebaliknya,
keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan burnout dan tiga aspek iaitu status
perkahwinan, tempat bertugas dan waktu bertugas. Keputusan juga mendapati tidak
terdapat perbezaan komitmen terhadap organisasi mengikut status perkahwinan, bangsa,
tempat bertugas dan waktu bertugas.

2.8 Rumusan

Untuk mengkaji hubungan antara burnout dengan faktor demografi kakitangan


Pusat Kesihatan UTM, Skudai Johor, teori COR dan Mediation Model telah digunakan.
Berdasarkan teori COR, sumber yang dimaksudkan adalah hasil di dalam ‘Mediation
Model’ yang mana sumber yang cuba dicapai ialah kesihatan pekerja, kualiti kerja,
kepuasan kerja serta gaji. Manakala kajian yang dilakukan faktor demografi yang boleh
disamakan seperti kehidupan pekerja.

 
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan bagaimana kajian ini dilakukan iaitu
perkara-perkara berkaitan dengan metodologi kajian, reka bentuk kajian,tempat kajian,
populasi dan sampel kajian, kaedah menjalankan kajian, tatacara menganalisa data dan
kebolehpercayaan alat ujian yang digunakan dalam kajian ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu bentuk tinjauan. Pengkaji


menjalankan tinjauan ini bertujuan untuk melihat tahap burnout dan hubungannya
dengan demografi dalam kalangan staf di Pusat Kesihatan Universiti Teknologi, Johor.
Data-data yang diperolehi mengenai tahap burnout dengan menggunakan soalselidik dan
akan dianalisi dengan menggunakan perisian stastical package for social science (SPSS)
versi 13.0.

Kajian yang dijalankan dalam bentuk tinjauan dan cara yang terbaik dalam
pengumpulan data ialah dengan menggunakan soal selidik dan kaedah ini merupakan
kaedah yang paling popular dalam kalangan penyelidik kerana ia mudah dijalankan serta
37 
 
menjimatkan masa, kos dan tenaga penyelidik di samping keputusan kajian yang boleh
dipercayai. Borang soal selidik telah diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada
responden yang terdiri daripada staf Pusat Kesihatan UTM, Johor.

Soal selidik yang disediakan ini mempunyai dua bahagian. Bahagian A,


mengandungi item-item berkaitan dengan demografi atau latar belakang responden
seperti jantina, umur, pengalaman bekerja, taraf perkahwinan dan tahap pendidikan.

Manakala bahagian B pula mengandungi item-item berkaitan dengan soal selidik


yang diubahsuai mengikut kesesuaian responden daripada Maslach Burnout Inventory
(MBI) iaitu soal selidik yang mengkaji berkaitan dengan tahap burnout. Soal selidik ini
mempunyai 22 soalan yang boleh dikategorikannya kepada tiga dimensi iaitu ketandusan
emosi, depersonalisasi dan pencapaian diri.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Kajian ini telah dijalankan ke atas staf Pusat Kesihatan UTM ,Johor dan terdiri
dari semua pekerja dari jabatan yang berlainan. Maklumat mengenai kakitangan yang
bertugas diperolehi daripada pihak pengurusan Pusat Kesihatan UTM, Johor. Oleh
kerana terdapat seramai 45 orang sahaja staf di Pusat Kesihatan UTM, Johor dan saiz
populasinya sangat kecil maka, semua daripada staf Pusat Kesihatan UTM, Johor
diambil sebagai responden.

3.4 Lokasi kajian

Kajian telah di jalankan Pusat Kesihatan UTM, Johor yang terletak di dalam
kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
38 
 

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian yang dijalankan ini pengkaji telah menggunakan dua sumber utama
untuk mendapatkan data kajian iaitu data primer dan data sekunder.

3.5.1 Data Primer

Kaedah pengumpulan data primer adalah dengan menggunakan soal selidik. Ia


merupakan satu alat formal yang digunakan bagi mendapatkan maklumat secara
langsung daripada responden disamping faktor kosnya yang murah dan juga soal selidik
merupakan kaedah yang paling efektif dalam mendapatkan maklumat apabila jumlah
responden yang ramai. Keadah ini juga hanya mengambil masa yang singkat untuk
mengumpulkan data berbanding kaedah-kaedah kajian yang lain. Dalam kajian ini
pengkaji telah mengambil soal selidik yang dibina oleh Maslach dan Jackson (1981)
iaitu Masclach Burnout inventory atau MBI untuk mengukur tahap burnout seseorang
dan telah diubah berdasarkan kesesuaian responden yang dikaji.

3.5.2 Data Sekunder

Data sekunder pula merupakan pengumpulan data yang menggunakan bahan


rujukan seperti buku ilmiah, buku rujukan, jurnal, artikel-artikel dan sumber-sumber lain
yang diperolehi daripada internet dan juga daripada Pusat Sumber Sultanah Zanariah
UTM, Johor dan juga Pusat sumber Fakulti Pembangunan dan Pengurusan Sumber
Manusia, UTM, Johor.
39 
 

3.6 Instrumen Kajian

Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik bagi mengumpulkan data dan
maklumat dari responden. Soal selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A
dan bahagian B. Dalam bahagian A ia berkaitan mengenai latar belakang subjek kajian
(demografi responden), manakala bahagian B adalah 22 soalan daripada Maslach
Burnout Invetory (MBI).

3.6.1 Borang Maklumat

Borang ini mempunyai soalan–soalan yang berkaitan dengan latar belakang


responden seperti jantina, umur, pengalaman bekerja, taraf perkahwinan dan tahap
pendidikan responden.

3.6.2 Maslach Burnout Inventory (MBI)

Alat ini telah diperkenalkan oleh Christina Maslach untuk mengukur tahap
burnout. Alat ini mengandungi 22 item dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dimensi
ketandusan emosi mengandungi 9 item, dimensi depersonalisasi pula mempunyai 5 item
dan dimensi pencapaian diri terdiri daripada 8 item.

3.6.3. Skala Pemarkatan

Maslach Burnout Inventory (MBI) digunakan untuk mengukur tahap burnout


dengan menggunakan lima skala mengikut intensiti dan frekuensi. Lima skala
pemarkatan yang digunakan dalam mengukur intensiti ialah seperti berikut:
40 
 
1- Sangat tidak kerap
2- Tidak kerap
3- Kurang kerap
4- Kerap
5- Amat kerap

Kesemua item-item ini tidak disusun dalam satu-satu kelompok sebaliknya


diasingkan supaya ia tidak menimbulkan ketidakadilan. Maslach telah membina 3
dimensi iaitu 9 item untuk ketandusan emosi.5 item untuk depersonalisasi dan 8 item
untuk pencapaian diri. Susunan item- item bagi ketiga –tiga dimensi ketandusan emosi,
depersonalisasi dan pencapaian peribadi adalah seperti di dalam jadual di bawah :

Jadual 3.1 : Jumlah Item Bagi Setiap Dimensi Burnout (MBI)

Item –item sub skala Bilangan item


Ketandusan emosi 9
K1-k2-k3-k6-k8-k13-k14-k16-k20
Depersonalisasi 5
K5-K10-K11-K15-k22
Pencapaian peribadi 8
K4-K7-K9-K12-K17-K18-K19-K21
JUMLAH 22

Tahap sesuatu burnout diukur dengan mengira jumlah skor bagi setiap dimensi.
Skor bagi setiap sub-skala dianggap tinggi apabila mencapai dua pertiga daripada jumlah
skor. Manakala ia dianggap sederhana apabila melebihi satu pertiga dari jumlah skor
dan ia dianggap sebagai rendah apabila memperolehi kurang dari satu pertiga.
41 
 
Jadual 3.2 Pemarkatan Skor Bagi Skala Ketandusan Emosi , Depersonalisasi
Dan Pencapaian Diri

Bilangan MBI Rendah Sederhana Tinggi


1 Kelesuan Emosi 1.00 – 2.33 2.34 – 3.67 3.68 – 5.0

2 Depersonalisasi 1.00 – 2.33 2.34 – 3.67 3.68 – 5.0

3 Pencapaian Diri 1.00 – 2.33 2.34 – 3.67 3.68 – 5.0

3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Bagi mendapatkan kebolehpercayaan bagi soal selidik ini, pengkaji telah


membuat pengedaran kepada 22 orang responden kepada staf pusat-pusat kesihatan di
sekitar Taman Universiti, Skudai, Johor Hasil daripada ujian terbabit ia menpunyai
kebolehpercayaan 0.766 dari segi alpha. Kebolehpercayaan yang tinggi ialah dalam
lingkungan 0.7 hingga 0.9. justeru itu, soal selidik ini boleh digunakan bagi kajian ini.

Maslach (1980) menyatakan bahawa alat ukur MBI ini mempunyai


kebolehpercayaan antara 0.71 hingga 0.9 dari segi frekuensi dan 0.73 ke 0.87 bagi skor
intensiti pada anggaran pekali Cronbach ( N = 1,316 untuk frekuensi dan N = 1.789
untuk intensiti).

Low Min Yin (1992),telah menguji alat ukur ini mendapati bahawa
kebolehpercayaan adalah antara 0.76 hingga 0.87 bagi frekuensi dan 0.74 hingga 0.86
bagi intensiti.Bagi ketandusan emosi pula, Dawani ,et.al dalam Abu Hilal (1992) dan
Iwanichi (1981) melaporkan bahawa kebolehpercayaan alat ukur MBI ini adalah di
antara 0.8 hingga 0.9 bagi frekuensi.
42 
 
Dari segi kesahan pula, tiga sub skala yang digunakan adalah sah secara emprikal
untuk sekolah rendah, menengah, dan menengah atas ( Gold 1984) dan Iwanichi&
Schwab (1981). Manakala menurut Maier (1984) pula menyatakan bahawa sub skala
tersebut sah digunakan untuk kajian ke atas pensyarah unversiti.

Dapatan dari kajian di atas adalah selaras dengan kajian yang telah dilakukan
oleh Syed Shafeq (1996) dalam kajian yang telah dijalankan ke atas 324 guru di Johor
Bharu mengenai hubungan burnout dengan kepuasan kerja . Dalam kajian yang telah
dijalankan,beliau mendapati bahawa tahap kebolehpercayaan alat ukur MBI secara
keseluruhannya ialah 0.81 di mana tahap ketandusan emosi ialah 0.86, depersonalisasi
pada 0.88 dan pencapaian diri ialah 0.74.

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Pentadbiran soal selidik dibuat sendiri oleh pengkaji. Pengkaji telah berhubung
terus dengan pihak pengurusan Pusat Kesihatan UTM untuk mengedarkan borang soal
selidik tersebut dan mengumpulkan kembali borang yang telah diedarkan tersebut untuk
tujuan menganalisis data.

3.9 Kaedah Menganalisis Data

Sebelum data–data dianalisis, soal selidik akan dikumpul dan disemak semula
untuk memastikan semua soalan dijawab dengan baik dan mengikut prosedur atau
arahan yang telah diberikan. Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan
kaedah kuantitatif. Data-data ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0.
43 
 
Jadual 3.3 : Ringkasan Keadah Statistik

Bil Objektif Keadah statistik

Mengenalpasti tahap burnout dalam kalangan staf


1 di Pusat Kesihatan UTM Julat skor min

2 Mengenalpasti hubungan faktor demografi


dengan tahap burnout Kolerasi Pearson ( r )

3 Mengenalpasti perbezaan burnout dari segi Ujian-t dan Anova satu


demografi hala

3.9.1 Kaedah Pearson

Analisis ini digunakan bagi menentukan hubungan antara faktor demografi


dengan dimensi burnout. Melaluinya pengkaji dapat mengenalpasti kekuatan hubungan
tersebut dengan mengkategorikan pekali korelasi kepada lima tahap. Ia digunakan
hanya apabila kajian menunjukkan keputusan yang signifikan. Ia sebagaimana jadual
3.4.
44 
 

Jadual 3.4 : Anggaran Kekuatan Perhubungan antara dua pembolehubah

Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan


0.00 hingga 0.20 Korelasi sangat lemah

0.20 hingga 0.40 Korelasi lemah

0.40 hingga 0.60 Korelasi sederhana


0.60 hingga 0.80 Kolerasi kuat
0.80 hungga 1.00 Kolerasi sangat kuat

Sumber: Guilford dan Franchter (1973)


 

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian tentang tahap burnout dalam
kalangan staf Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru dan daripada
kajian yang telah dijalankan proses analisis telah dilakukan selaras dengan objektif
kajian. Analisis data terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu demografi responden
yang merangkumi jantina, umur, pengalaman kerja, taraf perkahwinan dan juga tahap
pendidikan, bahagian kedua ialah tahap burnout, manakala bahagian ketiga pula ialah
hubungan faktor demografi dan perbezaan tahap burnout berdasarkan faktor demografi
dalam kalangan staf Pusat Kesihatan UTM, Johor.

4.2 Latar belakang Responden

Sebanyak 45 borang soal selidik telah diedarkan kepada populasi di tempat


kajian. Kadar pulangan borang adalah 100%. Berikut ialah analisis kekerapan dan
peratusan yang menerangkan mengenai maklumat responden berkaitan dengan umur,
jantina, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan taraf perkahwinan.
46 
 

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)


Lelaki 16 35.6
Perempuan 29 64.4
Jumlah 45 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut jantina.


Seramai 16 orang (35.6%) responden adalah lelaki dan seramai 29 orang (64.4%)
responden adalah perempuan.

4.2.2 Umur

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur

Kelas umur Kekerapan Peratus (%)


< 20 tahun 0 0.00
20 – 29 tahun 13 28.9
30 – 39 tahun 11 24.4
> 40 tahun 21 46.7
Jumlah 45 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan bahawa terdapat lima kelas umur responden yang utama
terlibat di dalam kajian ini. Bilangan responden yang paling ramai iaitu sebanyak 21
orang (46.7%) berumur lebih daripada 40 tahun. Manakala seramai 13 orang (28.9%)
47 
 
pula yang berumur di antara 20 hingga 29 tahun. Seterusnya, seramai 11 orang sahaja
(24.4%) yang berumur di antara 30 hingga 39 tahun. Akhir sekali, tiada responden
mewakili responden yang berumur bawah daripada 20 tahun.

4.2.3 Pengalaman Bekerja

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja

Pengalaman kerja Kekerapan Peratus (%)


< 5 tahun 17 37.8
6 - 10 tahun 10 22.2
11 - 15 tahun 6 13.3

16 – 20 tahun 4 8.9
> 21 tahun 8 17.8

Jumlah 45 100.0

Jadual 4.3 jelas menunjukkan bahawa bilangan responden yang mempunyai


pengalaman bekerja di bawah 5 tahun adalah paling tinggi iaitu seramai 17 orang
(37.8%). Seterusnya, seramai 10 orang (22.2%) bagi responden yang mempunyai
pengalaman bekerja selama 6 hingga 10 tahun. Bagi responden yang sudah bekerja lebih
daripada 21 tahun, terdapat seramai 8 orang (17.8%) yang terlibat dalam kajian ini,
manakala terdapat seramai 6 orang (13.3%) yang mempunyai pengalaman bekerja 11
hingga 15 tahun. Akhir sekali, pengalaman bekerja antara 16 hingga 20 tahun
menunjukkan hanya 4 orang (8.9%) sahaja yang terlibat dalam kajian ini.
48 
 

4.2.4 Taraf Perkahwinan

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan

Taraf Perkahwinan Kekerapan Peratus (%)


Bujang 13 28.9
Berkahwin 32 71.1
Jumlah 45 100.0

Jadual 4.4 menunjukkan bahawa kakitangan yang berkahwin adalah seramai 32


orang (71.1%). Manakala jumlah kakitangan bujang pula adalah seramai 13 orang iaitu
sebanyak 28.9%.

4.2.5 Tahap Pendidikan

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Taraf Pendidikan Kekerapan Peratus (%)


LCE / SRP / PMR 4 8.9
MCE / SPM / SPMV 18 40.0
STPM 4 8.9
DIPLOMA / IJAZAH 19 42.2
Jumlah 45 100.0

Jadual 4.5 menunjukkan bilangan responden yang mempunyai diploma merupakan


yang paling ramai iaitu sebanyak 19 orang (42.2%). Ia diikuti oleh responden yang
memiliki MCE / SPM / SPMV iaitu seramai 18 orang (40.0%). Seterusnya dua kategori
yang mempunyai jumlah responden yang sama iaitu mereka yang mempunyai STPM
dan juga LCE / SRP / PMR seramai 4 orang (8.9%) sahaja.
49 
 

4.3 Analisis Dimensi Tahap Burnout Staf Pusat kesihatan UTM, Johor

Berikut adalah analisis tahap, min dan sisihan piawai bagi meninjau tahap
burnout dalam kalangan staf Pusat Kesihatan UTM, Johor seperti yang telah dijelaskan
di dalam bab sebelum ini, sebanyak 22 item telah digunakan. Item – item tersebut
dikelaskan kepada tiga dimensi iaitu Ketandusan Emosi (9 item), Depersonalisai (5
item), Pencapaian Diri (8 item). Bagi mengukur tahap burnout, julat skor min telah
digunakan, seperti mana yang telah dijelaskan didalam bab 3 sebelum ini.

Jadual 4.6: Taburan Tahap Burnout Mengikut Dimensi Keseluruhan.

Tahap Burnout
Min Tahap Sisihan
Dimensi Burnout Piawai

Ketandusan Emosi 2.50 Sederhana 0.733

Depersonalisasi 1.93 Rendah 0.777

Pencapaian Peribadi 3.48 Sederhana 0.752


Jumlah Tahap
Keseluruhan 2.63 Sederhana 0.488

Jadual 4.6 menunjukkan hasil analisis tahap burnout dalam kalangan staf Pusat
Kesihatan UTM, Johor nilai min yang tertinggi ialah pada dimensi pencapaian diri iaitu
sebanyak 3.48 namun, ia masih dalam julat skor min yang sederhana. Manakala dimensi
yang paling rendah julat skor min ialah depersonalisasi sebanyak 1.93, diikuti
50 
 
ketandusan emosi sebanyak 2.50 pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhan hasil
kajian menunjukkan tahap burnout dalam kalangan staf Pusat Kesihatan UTM ialah
sebanyak 2.63 iaitu pada tahap sederhana. Penerangan yang lebih terperinci mengenai
item-item di dalam setiap dimensi burnout akan dijelaskan selepas ini.

Jadual 4.7: Taburan Min Bagi Dimensi Ketandusan Emosi.

No. Sisihan
soalan Item Min Tahap Piawai
Saya rasa lemah emosi akibat kerja
1 saya 2.09 Rendah 1.125
Saya rasa kehabisan tenaga selepas
2 waktu bekerja 2.49 Sederhana 1.199
Saya rasa letih bila bangun pagi dan
3 terpaksa menghadapi satu hari lagi 2.33 Rendah 1.168
bekerja
Bekerja dengan orang lain sepanjang
6 hari memberi ketenangan kepada 3.56 Sederhana 1.013
saya
Saya rasa keletihan tenaga akibat
8 kerja saya 2.64 Sederhana 1.190

13 Saya merasa kecewa dengan kerja 2.07 Rendah 1.156

14 Saya rasa bekerja terlalu kuat. 3.11 Sederhana 1.352


Bekerja secara langsung dengan
16 orang lain memberi terlalu banyak 2.33 Rendah 1.087
tekanan kepada diri saya.
51 
 

Saya rasa hampir tidak berdaya lagi.


20 1.80 Rendah 0.815

Min skor 2.50 Sederhana 0.733

Jadual 4.7 menunjukkan item soalan yang keenam mencatatkan nilai min yang
paling tinggi diantara item-item soalan lain iaitu sebanyak 3.56. Manakala item soalan
yang kedua puluh mencatatkan nilai min yang paling rendah iaitu sebanyak 1.80,
kebanyakan responden tidak mengalami rasa hampir tidak berdaya dalam menjalankan
tugas mereka. Nilai item soalan-soalan lain diantara 1.80 hingga 3.56. Secara
keseluruhannya, tahap ketandusan emosi bagi staf Pusat Kesihatan UTM, Johor ialah
pada tahap sederhana iaitu dengan skor min 2.50.

Jadual 4.8: Taburan Min Bagi Dimensi Depersonalisasi.

No. Item Min Tahap Sisihan


soalan Piawai
5 Saya rasa saya melayan sesetengah
pesakit atau rakan sekerja seolah- 1.80 Rendah 1.057
olah mereka adalah subjek yang
tidak berperasaan.
10 Semenjak menjawat jawatan ini,
saya menjadi lebih tidak peduli 1.80 Rendah 1.100
terhadap perasaan orang lain.
11 Saya khuatir tugas ini menjadikan
saya lebih keras hati. 2.02 Rendah 1.196
15 Saya sebenarnya tidak peduli apa
52 
 

yang berlaku kepada sesetengah 1.93 Rendah 1.095


pesakit atau rakan sekerja.
22 Saya rasa pesakit serta rakan
sekerja saya menyalahkan saya 2.07 Rendah 1.053
kerana beberapa masalah mereka.

Min skor 1.93 Rendah 0.777

Berdasarkan jadual 4.8, semua item-item soalan yang ada dalam dimensi
depersonalisasi menunjukan tahap yang rendah iaitu dengan nilai min antara 1.80 hingga
2.07. Nilai min yang terendah ialah sebanyak 1.80, iaitu bagi dua jenis item soalan yang
kelima dan kesepuluh. Manakala, nilai min yang paling tertinggi ialah sebanyak 2.07
iaitu item soalan yang terakhir dalam soal selidik, soalan yang kedua puluh dua. Hasil
daripada analisis ini dapat dirumuskan secara keseluruhannya tahap depersonalisasi
dalam kalangan staf Pusat kesihatan UTM, Johor adalah rendah iaitu pada skor min 1.93.

Jadual 4.9: Taburan Min Bagi Dimensi Pencapaian Diri.

No. soalan Sisihan


Item Min Tahap piawai
Saya dapat memahami dengan mudah
4 perasaan pesakit atau rakan sekerja 3.29 Sederhana 1.121
saya tentang sesuatu perkara
Saya dapat menyelesaikan masalah
7 pesakit saya dengan efektif. 3.69 Tinggi 0.900
Saya yakin saya mempengaruhi orang
9 lain melalui kerja saya 3.02 Sederhana 1.076

12 Saya rasa penuh bertenaga. 3.51 Sederhana 0.920


53 
 

Saya mudah mewujudkan suasana


17 yang tenang untuk pesakit serta rakan 3.47 Sederhana 1.198
sekerja saya.
Saya rasa pesakit serta rakan sekerja
18 saya menyalahkan saya kerana 4.00 Tinggi 1.066
beberapa masalah mereka.
Saya berasa gembira setelah
19 bertungkus lumus melakukan kerja 3.87 Tinggi 0.869
saya.
Dengan amat tenang, saya berhadapan
21 dengan masalah emosi dalam 2.96 Sederhana 1.224
pekerjaan saya

Min skor 3.48 Sederhana 0.752

Jadual 4.9 di atas menunjukkan taburan min bagi dimensi pencapaian diri yang
ketiga, iaitu hasil kajian menunjukkan nilai min yang paling tertinggi pada item soalan
yang kelapan belas iaitu sebanyak 4.00. Kebanyakkan staf merasakan mereka
dipersalahkan oleh pesakit dan juga rakan sekerja kerana masalah mereka. Manakala
item soalan yang paling rendah ialah item soalan kedua puluh satu iaitu pada skor min
2.96 ia menunjukkan kemungkinan besar staf Pusat Kesihatan sukar untuk menghadapi
sesuatu masalah emosi dalam pekerjaan dengan cara tenang. Namun begitu, nilai
keseluruhan min bagi tahap pencapaian diri adalah sederhana iaitu sebanyak 3.48.
54 
 
4.4 Analisis Hubungan Tahap Burnout Dengan Faktor Demografi.

Jadual 4.10 : Analisis Hubungan Keseluruhan

Pembolehubah Ketandusan emosi Depersonalisasi Pencapaian diri


r P R p r P
Jantina .084 .585 .193 .205 -.064 .676

Umur -.426** .004 -.204 .179 -.270 .073

Pengalaman kerja -.424** .004 -.124 .418 -.154 .313

Tahap pendidikan .041 .789 -.030 .843 .343* .021


Taraf perkahwinan -.132 .389 -.101 .509 -.318* .033
**Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
*Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Berdasarkan jadual 4.10 dapat dilihat bahawa kekuatan hubungan antara


ketandusan emosi dengan faktor jantina adalah sangat lemah hubungan kolerasinya iaitu
r yang diperolehi ialah 0.084 dan tidak signifikan pada aras 0.585. Oleh itu, tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara ketandusan emosi dengan jantina. Manakala,
kekuatan hubungan antara ketandusan emosi dengan faktor umur adalah kolerasi
sederhana iaitu pada nilai r yang diperolehi ialah -.426 dan signifikan pada aras .004.
Oleh yang demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara ketandusan emosi dengan
faktor umur. Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin rendah tahap burnout staf
tersebut. Kekuatan hubungan antara ketandusan emosi dengan faktor pengalaman kerja
juga adalah serderhana. Nilai r yang diperolehi ialah -.424 dan signifikan pada aras
.004. Oleh yang demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara ketandusan emosi
dengan faktor pengalaman kerja. Semakin kurang pengalaman kerja maka semakin
tinggi tahap burnout. Kajian mengenai kekuatan hubungan antara ketandusan emosi
dengan faktor tahap pendidikan menunjukkan hubungan kolerasi yang rendah. Nilai r
55 
 
yang diperolehi ialah .041 dan tidak signifikan pada aras .789. Oleh yang demikian,
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketandusan emosi dengan faktor tahap
pendidikan. Kekuatan hubungan antara ketandusan emosi dengan faktor taraf
perkahwinan juga wujud dan ianya menunjukkan hubungan kolerasi yang sangat lemah.
Nilai r yang diperolehi ialah -.132 dan tidak signifikan pada aras .389. Oleh yang
demikian, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketandusan emosi dengan
faktor taraf perkahwinan.

Jadual 4.10 juga menunjukkan kekuatan hubungan antara depersonalisasi dengan


faktor jantina, hubungannya adalah sangat lemah. Nilai r yang diperolehi ialah .193 dan
tidak signifikan pada aras .205. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
depersonalisasi dengan faktor jantina. Manakala, kekuatan hubungan antara
depersonalisasi dengan faktor umur adalah pada kolerasi rendah. Nilai r yang diperolehi
ialah -.204 dan tidak signifikan pada aras .179. Maka tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara depersonalisasi dengan faktor umur. Kekuatan hubungan antara
depersonalisasi dengan faktor pengalaman kerja adalah sangat lemah. Nilai r yang
diperolehi ialah -.124 dan tidak signifikan pada aras .418. Ini menujukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara depersonalisasi dengan faktor pengalaman kerja. Hasil
kajian untuk kekuatan hubungan antara depersonalisasi dengan faktor tahap pendidikan
pula menunjukkan hubungan kolerasi yang rendah. Nilai r yang diperolehi ialah -.0.30
dan tidak signifikan pada aras .843. Oleh itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara depersonalisasi dengan faktor tahap pendidikan. Manakala, kekuatan hubungan
antara depersonalisasi dengan faktor taraf perkahwinan menunjukkan hubungan kolerasi
yang sangat lemah. Nilai r yang diperolehi ialah -.101 dan tidak signifikan pada aras
.509. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara depersonalisasi dengan faktor
taraf perkahwinan.

Hasil kajian juga menunjukkan kekuatan hubungan antara pencapaian diri


dengan jantina hubungan kolerasinya juga sangat sangat lemah. Nilai r yang diperolehi
ialah -.064 dan tidak signifikan pada aras .676. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pencapaian diri dengan faktor jantina. Dari segi kekuatan hubungan antara
56 
 
pencapaian diri dengan faktor umur hubungan kolerasinya adalah rendah. Nilai r yang
diperolehi ialah -.270 dan tidak signifikan pada aras .073. Maka, Tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara pencapaian diri dengan faktor umur. Kekuatan
hubungan antara pencapaian diri dengan faktor pengalaman kerja juga menunjukkan
hubungan yang sangat lemah. Nilai r yang diperolehi ialah -.154 dan tidak signifikan
pada aras .313. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian diri dengan
faktor pengalaman kerja. Manakala kekuatan hubungan antara pencapaian diri dengan
faktor tahap pendidikan juga berada pada tahap kolerasi yang rendah. Nilai r yang
diperolehi ialah .343 namun nilainya signifikan pada aras .021. Terdapat hubungan yang
signifikan antara pencapaian diri dengan faktor tahap pendidikan. Semakin tinggi tahap
pendidikan semakin kurang tahap burnout. Jadual juga menunjukkan bahawa kekuatan
hubungan antara pencapaian diri dengan faktor taraf perkahwinan hubungan kolerasinya
rendah. Nilai r yang diperolehi ialah -.318 dan signifikan pada aras .033. Maka, terdapat
hubungan yang signifikan antara pencapaian diri dengan faktor taraf perkahwinan. Ini
menunjukkan status perkahwinan seseorang memberi kesan kepada tahap burnout
mereka.

Jika dilihat secara keseluruhannya, tidak terdapat langsung hubungan signifikan


pada faktor jantina, manakala pada faktor umur dan juga pengalaman kerja hanya
terdapat hubungan signifikan pada dimensi ketandusan emosi . Bagi tahap pendidikan
dan juga taraf perkahwinan hanya wujud signifikan pada dimensi pencapaian diri.
Dimensi depersonalisasi pula tidak mempunyai apa-apa hubungan signifikan dengan
faktor-faktor demografi. Namun begitu, tahap hubungan kolerasi setiap faktor yang
signifikan bukanlah ditahap yang tinggi. Melalui hasil kajian ini dapat disimpulkan
hubungan tahap burnout antara faktor demografi adalah tidak signifikan.
57 
 
4.5 Analisis Perbezaan Tahap Burnout Dengan Faktor Demografi

Berikut adalah hasil analisis ujian-t, ujian anova sehala bagi melihat perbezaan tahap
burnout (ketandusan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian diri) berdasarkan faktor
demografi (jantina, umur, taraf pekahwinan, dan pengalaman kerja) staf Pusat Kesihatan
UTM Johor Bharu. Keputusan kajian sebagaimana jadual disebelah

4.5.1 Perbezaan tahap burnout dengan faktor jantina

Jantina N Dimensi t sig


Burnout

Ketandusan -.550 .152


Emosi

Lelaki 16

Depersonalisasi -1.288 .097

Perempuan 29
Pencapaian diri
-1.400 .732

*Ujian-t adalah signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.11: Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Burnout Antara Jantina Dengan
Dimensi Burnout.

Jadual 4.11 menunjukkan hasil kajian perbezaan antara jantina lelaki dan
perempuan dengan setiap dimensi burnout. Tidak terdapat hubungan perbezaan yang
58 
 
signifikan diantara semua dimensi burnout dengan faktor jantina. Nilai signifikan bagi
dimensi ketandusan emosi ialah sebanyak .152 nilai t yang diperolehi ialah -.550.
Manakala bagi dimensi depersonalisasi pula nilai signifikannya ialah .097 dan nilai t
ialah -1.288 dan nilai signifikan bagi pencapaian diri ialah .732, manakala nilai t yang
diperolehi ialah -1.400. Oleh itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
burnout dengan faktor jantina.

4.5.2 Perbezaan tahap burnout dengan faktor taraf perkahwinan.

Status N Dimensi t sig


Burnout

Ketandusan
Emosi .870 .452

Bujang 13
Depersonalisasi .665 .029

Pencapaian diri

Berkahwin 32 2.200 .468

*Ujian-t adalah signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.12 : Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Burnout Antara Taraf Perkahwinan
Dengan Dimensi Burnout.

Jadual 4.12 menunjukkan hasil kajian perbezaan antara taraf perkahwinan


dengan setiap dimensi burnout. Tidak terdapat hubungan perbezaan yang signifikan
diantara semua dimensi burnout dengan faktor taraf perkahwinan. Nilai signifikan bagi
dimensi ketandusan emosi ialah sebanyak .452 nilai t yang diperolehi ialah .870,
59 
 
manakala bagi dimensi depersonalisasi pula nilai signifikannya ialah .029 dan nilai t
ialah .665 dan nilai signifikan bagi pencapaian diri ialah .033, manakala nilai t yang
diperolehi ialah 2.200. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
burnout dan faktor taraf perkahwinan.

4.5.3 Perbezaan tahap burnout dengan faktor umur

Jadual 4.13 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Ketandusan Emosi Dengan
Faktor Umur

Sumber F Sig
Antara Kumpulan

Dalam Kumpulan 4.746 .014

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.13 menunjukkan keputusan signifikan staf – staf daripada pelbagai


peringkat umur terhadap ketandusan emosi. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini
didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan
mengikut peringkat umur. Nilai signifikan yang diperolehi ialah 0.014, manakala aras
signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Nilai f pula ialah 4.746. Daripada hasil keputusan
ini, boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian (n=45) daripada pelbagai peringkat
umur tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap ketandusan emosi.
60 
 
Jadual 4.14 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Depersonalisasi Dengan Faktor
Umur

Sumber f Sig.
Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan .965 .389

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.14 menunjukkan keputusan signifikan staf – staf daripada pelbagai


peringkat umur terhadap depersonalsasi. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini
didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan
mengikut peringkat umur. Nilai signifikan yang diperolehi ialah .389, manakala aras
signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Nilai f pula ialah .956. Daripada hasil keputusan
ini, boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian (n=45) daripada pelbagai peringkat
umur tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap depersonalisasi.

Jadual 4.15 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Pencapaian Diri Dengan Faktor

Umur

Sumber f Sig.
Antara Kumpulan
1.701 .195
Dalam Kumpulan

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.15 menunjukkan keputusan signifikan staf – staf daripada pelbagai


peringkat umur terhadap pencapaian.diri. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini
didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan
61 
 
mengikut peringkat umur. Nilai signifikan yang diperolehi ialah .195, manakala aras
signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Nilai f pula ialah 1.701. Daripada hasil keputusan
ini, boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian (n=45) daripada pelbagai peringkat
umur tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian diri.

4.5.4 Perbezaan tahap burnout dengan faktor pengalaman kerja

Jadual 4.16 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Ketandusan Emosi Dengan
Faktor Pengalaman Kerja

Sumber f Sig.
Antara kumpulan
Dalam Kumpulan 2.518 .056

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.16 menunjukkan keputusan signifikan staf – staf daripada pelbagai


peringkat pengalaman kerja terhadap ketandusan emosi. Daripada analisis ANOVA
Satu Hala ini didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam
kumpulan mengikut peringkat pengalaman kerja. Nilai signifikan yang diperolehi ialah
.0.56, manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Nilai F pula ialah 2.518.
Daripada hasil keputusan ini, boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian (N=45)
daripada pelbagai pengalaman kerja tidak mempunyai perbezaan yang signifikan
terhadap ketandusan emosi.
62 
 
Jadual 4.17: Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Depersonalisasi Dengan
Faktor Pengalaman Kerja

Sumber F Sig.
Antara Kumpulan 1.100 .370
Dalam Kumpulan

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.17 menunjukkan keputusan signifikasi staf – staf daripada segi tempoh
pengalaman kerja terhadap depersonalisasi. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini
didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan
mengikut peringkat pengalaman kerja. Nilai signifikan yang diperolehi ialah .370,
manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Nilai F pula ialah 1.100. Daripada
hasil keputusan ini, boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian (N=45) daripada
pelbagai peringkat pengalaman kerja tidak mempunyai perbezaan yang signifikan
terhadap pencapaian diri.

Jadual 4.18: Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Pencapaian Diri Dengan
Faktor Pengalaman Kerja

Sumber F Sig.
Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan 1.586 .197

*signifikan pada aras 0.05


63 
 
Jadual 4.18 menunjukkan keputusan signifikasi staf – staf daripada segi
pengalaman kerja terhadap pencapaian diri. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini
didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan
mengikut peringkat pengalaman kerja. Nilai F yang diperolehi ialah 1.586, manakala
nilai signifikan ialah .197 aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Daripada hasil
keputusan ini,boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian (N=45) tidak mempunyai
perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian diri.

4.5.5 Perbezaan tahap burnout dengan faktor tahap pendidikan

Jadual 4.19 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Ketandusan Emosi Dengan
Faktor Tahap Pendidikan

Sumber F Sig.
Antara Kumpulan 2.021 .126
Dalam Kumpulan

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.19 menunjukkan keputusan signifikasi staf – staf daripada segi taraf
pendidikan terhadap ketandusan emosi. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini
didapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan
mengikut peringkat umur. Nilai F yang diperolehi ialah 2.021, manakala nilai signifikan
.126 aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Daripada hasil keputusan ini,boleh
disimpulkan bahawa semua subjek kajian (N=45) tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan terhadap ketandusan emosi.
64 
 
Jadual 4.20 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Depersonalisasi Dengan
Faktor Tahap Pendidikan

Sumber F Sig.
Antara Kumpulan 1.144 .343
Dalam Kumpulan

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.20 menunjukkan keputusan signifikasi staf – staf daripada segi tahap
pendidikan terhadap depersonalisasi. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini didapati
tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan mengikut
peringkat pendidikan. Nilai F yang diperolehi ialah 1.144, manakala nilai signifikan .343
aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Daripada hasil keputusan ini, boleh
disimpulkan bahawa semua subjek kajian (N=45) tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan terhadap depersonalisasi.

Jadual 4.21 : Analisis ANOVA Satu Hala Perbandingan Pencapaian Diri Dengan
Faktor Tahap Pendidikan

Sumber F Sig.
Antara Kumpulan 2.021 .126
Dalam Kumpulan

*signifikan pada aras 0.05

Jadual 4.21 menunjukkan keputusan signifikasi staf – staf daripada segi tahap
pendidikan terhadap pencapaian diri. Daripada analisis ANOVA Satu Hala ini didapati
tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan mengikut
pendidikan. Nilai F yang diperolehi ialah 2.021, manakala nilai signifikan ialah .126 aras
65 
 
signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Daripada hasil keputusan ini, boleh
disimpulkan bahawa semua subjek kajian (N=45) tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan terhadap pencapaian diri.
BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab lima ini akan menerangkan tentang hasil dapatan kajian yang
dilakukan dan perbincangan secara menyeluruh mengenainya. kajian juga menerangkan
mengenai rumusan dan implikasi daripada kajian yang dilakukan ini. Hasil kajian ini
adalah mengenai hubungan antara demografi, tahap burnout dan perbezaan tahap
burnout dari segi faktor demografi di kalangan staf Pusat Kesihatan UTM, Johor

Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang responden yang terdiri daripada staf
di Pusat Kesihatan UTM. Pengkaji mengedarkan satu set soal selidik kepada responden
yang terlibat. Soal selidik tersebut mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A yang
mengandungi data latar belakang responden dan bahagian B pula mengandungi data item
mengikut Maslach Burnout Inventory (MBI) bagi mengenal pasti tahap burnout.

Pengkaji telah menggunakan populasi keseluruhan di tempat kajian bagi


mengumpul data untuk menjalankan kajian dan data yang diperolehi dianalisis
menggunakan statistik SPSS iaitu min, korelasi, ujian-t dan anova satu hala. Hasil
kajian ini dianalisis mengikut empat bahagian iaitu bahagian pertama bagi melihat hasil
dapatan taburan demografi responden dan tahap burnout mengikut demografi pada
67 
 
dimensi yang diuji iaitu ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian diri, ia juga
bagi melihat hubungan faktor demografi dengan tahap burnout dan perbezaan antara
tahap burnout dari segi demografi.

Pengkaji telah mengaitkan dapatan kajian dengan teori, model dan kajian lepas
yang telah dikemukakan di bahagian literatur bagi menyokong kajian yang dijalankan
ini. Terdapat perbincangan dan cadangan yang akan dikemukan dalam bahagian ini bagi
rujukan kajian -kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan.

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan empat bahagian utama yang
terdiri daripada latar belakang responden dan perbincangan mengenai tiga objektif yang
telah ditetapkan dalam kajian ini.

5.2.1 Latar Belakang Responden

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini menunjukkan jantina perempuan lebih
ramai daripada lelaki. Mungkin kerana kerja di Pusat Kesihatan adalah lebih sesuai
dengan personaliti seorang wanita contohnya, jururawat dan penjaga kaunter yang perlu
melayan mesra persakit. Manakala dari segi umur yang paling ramai ialah berumur
lebih 40 tahun keatas dan daripada hasil dapatan kajian ia menunjukkan ramai staf di
Pusat kesihatan menpunyai tahap umur yang matang dan berusia berbanding golongan
yang lebih muda. Disamping itu, hasil kajian juga menunjukkan sebahagian besar
responden telah berkhidmat lama dan telah berada pada kedudukan yang stabil dalam
organisasi.
68 
 
Selain itu, didapati bilangan responden yang mempunyai pengalaman bekerja di
bawah 5 tahun adalah paling tinggi iaitu seramai 17 orang, ini mungkin disebabkan oleh
pengambilan golongan yang berpengalaman adalah sukar jadi secara majoritinya staf di
Pusat Kesihatan lebih ramai yang baru berkecimpung di dalam organisasi ini. Peratus
staf yang telah berkahwin pula lebih ramai berbanding yang bujang di dalam Pusat
Kesihatan ini. Status staf yang telah berkahwin menurut hasil kajian Wong et. al.
(2001), boleh membantu dalam memberi sokongan kepada pasangannya bagi mengatasi
masalah mahupun tekanan kerja yang banyak. Disamping itu, jumlah bilangan
responden yang mempunyai diploma dan ijazah merupakan yang paling ramai dari segi
tahap pendidikan. Ini menunjukan kebanyakan staf merupakan jururawat ataupun doktor
dan kebanyakan daripada mereka merupakan lulusan graduan yang baru keluar dari
universiti ataupun kolej-kolej kesihatan yang berkaitan.

5.2.2 Mengenai Tahap Burnout Staf Pusat Kesihatan UTM, Johor

Hasil daripada analisis kajian mendapati tahap burnout dalam kalangan staf
Pusat Kesihatan UTM, Johor secara keseluruhannya adalah sederhana dimana pada
dimensi ketandusan emosi ia menunjukkan sederhana dan menghampiri kepada tahap
burnout yang tinggi dan merupakan satu tahap yang berbahaya kerana ketandusan emosi
merujuk kepada perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan akibat daripada
tekanan kerja dan kekangan-kekangan masa harian. Manakala, pencapaian diri juga
sederhana. Pencapaian diri merujuk kepada perasaan hilang harga diri, kurang puas hati
dan kurang mencapai kepuasan dalam pekerjaan. Ia disebabkan oleh kuranganya
penghargaan dan maklum balas yang positif. Pada depersonalisasi pula ia pada tahap
yang rendah, depersonalisasi merujuk kepada sikap yang negatif dan respon yang dingin
terhadap orang lain ditempat kerja seseorang. Ia disebabkan oleh interaksi yang terlalu
kerap dan tidak berhabisan antara seorang individu dengan orang lain di tempat
kerjanya. Ia menggambarkan hubungan yang mesra antara pekerja dengan pesakit
disebabkan ia sudah menjadi kebiasaan kepada mereka dalam berhadapan dengan
pesakit pada setiap hari dan tahap keyakinan yang tinggi ketika berhadapan dengan
69 
 
pesakit mereka. Tahap yang rendah pada dimensi depersonalisasi merupakan satu tahap
yang positif bagi mengambarkan tahap burnout rendah dikalangan staf Pusat Kesihatan
ini.

Ia menyamai dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Syed Shafeq
(1997) yang telah menjalankan kajian terhadap para guru di daerah Johor Bahru dan
menunjukkan tahap burnout pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. Ia
menunjukkan persamaan dengan kajian yag telah dilakukan oleh Arenawati (2003)
dalam kajiannya terhadap tahap burnout di kalangan kaunselor di negeri Johor dan
hasilnya mendapati tahap burnout adalah pada tahap sederhana. Dalam penemuan yang
terbaru ialah kajian yang dilakukan oleh Shaznee Iryana (2010) terhadap kakitangan
Hospital Selayang telah mendapati tahap burnout kakitangan di hospital tersebut adalah
sederhana.

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan hasil dengan dapatan yang diperolehi


oleh Nazlinda (2005) di mana beliau mendapati bahawa tahap burnout dikalangan
kaunselor di sekolah-sekolah menengah di Johor adalah rendah. Manakala kajian yang
yang dilakukan oleh Nazlinda telah disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Naseem
(2005) yang dijalankan ke atas guru-guru di Zon Pintas Puding, Batu Pahat dan didapati
tahap burnoutnya ialah rendah. Dapatan yang didapati adalah rendah disebabkan oleh
mereka yang berada dalam sektor awam adalah kurang terdedah kepada tekanan kerja
berbanding mereka yang berada dalam sektor swasta. Manakala tahap tekanan kerja
yang rendah bagi guru berbanding mereka yang mengajar di universiti kerena beban
kerja lebih sedikit dan persekitaran kerja yang lebih tenang

Secara keseluruhannya, didapati bahawa tahap burnout di kalangan staf Pusat


Kesihatan UTM, Johor adalah sederhana. Ia menunjukkan wujudnya simptom-simptom
burnout dikalangan staf dan tindakan yang proaktif perlu diambil bagi mengurangkan
lagi tahap burnout yang berlaku bagi meningkatkan lagi produktiviti pekerja dalam
70 
 
memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan terutamanya dikalangan
pesakit.

5.2.3 Hubungan Antara Demografi Dengan Tahap Burnout

Bahagian ini akan menerangkan mengenai hubungan demografi dengan tahap


burnout. Hubungan demografi dari segi jantina didapati tidak terdapat sebarang
hubungan signifikan dengan mana-mana dimensi tahap burnout seperti ketandusan
emosi, depersonalisasi dan pencapaian diri. Dapatan kajian ini telah disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Masclach (1982) tidak terdapat hubungan antara faktor
demografi dengan ketandusan emosi. Seterusnya umur hanya ada hubungan signifikan
dengan ketandusan emosi namun tidak ada apa-apa hubungan signifikan dengan
depersonalisasi dan pencapaian diri.

Pembolehubah seterusnya, pengalaman kerja ia juga hanya ada hubungan


signifikan dengan ketandusan emosi dan tidak ada hubungan signifikan dengan
depersonalisasi dan juga pencapaian diri. Berbeza pula dengan taraf perkahwinan yang
menyatakan terdapatnya hubungan siginifikan dengan pencapaian diri sahaja dan tidak
mempunyai apa-apa hubungan signifikan dengan ketandusan emosi dan juga
depersonalisasi. Manakala dalam tahap pendidikan pula menyatakan terdapat hubungan
siginifikan dengan pencapaian diri dan hubungan tidak signifikan dengan ketandusan
emosi dan juga depersonalisasi.

5.2.4 Perbezaan Tahap Burnout Dari Segi Demografi

Bahagian ini menerangkan mengenai perbezaan antara demografi dengan tahap


burnout dikalangan staf Pusat Kesihatan UTM. Demografi yang akan dibincangkan
71 
 
berdasarkan daripada kajian ialah jantina, taraf perkahwinan, umur, pengalaman kerja
dan tahap pendidikan.

Perbezaan tahap burnout dari segi jantina didapati tidak terdapat hubungan
perbezaan yang signifikan diantara semua dimensi tahap burnout dengan faktor jantina,
dalam kajian ini. Namun, menurut kajian Maslach (1982) didapati terdapat perbezaan
dari segi jantina terhadap dimensi tahap burnout dan ia berlawanan dengan hasil dapatan
kajian ini. Menurut Maslach (1982) yang menyatakan terdapat kecenderungan
perempuan untuk mengalami burnout berbanding lelaki. Namun ia tidak dapat dilihat
secara jelas dalam kajian yang telah dijalankan di Pusat Kesihatan UTM, Johor.

Manakala dari segi perbezaan umur pula mendapati tidak mempunyai perbezaan
yang signifikan terhadap ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian diri.
Manakala dapatan daripada Maslach (1981, 1984) dan Iwanichi (1982, 1984) serta Gold
(1985) telah mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam ketandusan emosi
diantara mereka yang lebih tua berbanding golongan yang lebih muda. Dapatan kajian
telah disokong oleh Jamaludin (1999) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan pada kesemua dimensi burnout. Daripada hasil yang diperolehi pengkaji telah
mendapati bahawa kajian yang telah dijalankan terhadap responden tidak memberi kesan
signifikan kerana responden tidak terbeban dengan tugas mereka. Responden yang lebih
berusia atau responden yang muda merasakan mereka sangat selesa dengan tugas yang
dijalankan dan faktor usia tidak memberi kesan kepada tahap burnout . Dalam setiap
tugasan yang diterima akan dilakukan dengan baik dan mereka tidak akan menghadapi
sebarang masalah sepanjang melakukan tugasan yang diberikan itu. Oleh itu, mereka
tidak rasa sebarang kesukaran dan bebanan dalam melakukan kerja tersebut.

Dari segi status perkahwinan pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap burnout dengan faktor taraf
perkahwinan. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian yang telah dijalankan
oleh Nazlinda (2005) telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
72 
 
depersonalisasi dan pencapaian diri dari segi taraf perkahwinan. Namun ia dibantah oleh
kajian yang telah dijalankan oleh Rusel (1987) yang menyatakan terdapat perbezaan
yang signifikan antara status perkahwinan terhadap dimensi pencapaian diri. hasil kajian
ini menunjukkan tidak terdapat apa-apa hubungan yang signifikan.

Dari sudut pengalaman kerja pula mendapati pengalaman kerja tidak


mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap ketandusan emosi, depersonalisasi dan
pencapaian diri. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian yang
dijalankan oleh Naseem (2005) yang menyatakan bahawa hasil kajian menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pengalaman kerja terhadap ketandusan
emosi dan pencapaian kendiri. Manakala, kajian yang dilakukan oleh Syed Shafeq
(1997) berkaitan dengan pengalaman kerja dengan tahap burnout telah mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pengalaman kerja terhadap depersonalisasi.
Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Zalina (1997) terhadap pensyarah di UTM
telah mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi dimensi ketandusan
emosi dan pencapaian diri. Daripada dapatan kajian yang diperolehi dapatlah
disimpulkan, bahawa responden yang mempunyai pengalaman kerja yang lama atau
mereka yang baru bekerja berasa senang, tidak mempunyai masalah dengan pesakit dan
selesa dengan tugasan mereka. Mungkin disebabkan kerana mereka berdepan pesakit
yang tidak mempunyai banyak kerenah serta lebih beretika ketika di Pusat Kesihatan
tersebut.

Dari segi tahap akademik pula mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian diri. Kajian ini turut
mempunyai persaman dengan kajian yang telah dijalankan oleh Syed Shafeq (1997),
Naseem (2005) dan Nazlinda (2005). Dalam kajian yang dilakukan oleh mereka telah
didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga dimensi iaitu
ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian diri. Manakala kajian yang
dijalankan oleh Jamaluddin (1999) ke atas pensyarah di UTM mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan ketandusan emosi dan
pencapaian peribadi. Ini berlaku mungkin disebabkan kerana bilangan responden yang
73 
 
berpendidikan tinggi adalah sama dengan responden yang berpendidikan rendah dan
tahap pendidikan tidak mempengaruhi tahap burnout. Selain itu, ia juga mungkin
disebabkan tugas yang diberi adalah bertepatan dengan pencapaian akademik mereka
dan mereka sangat komited dalam tugas mereka serta berasa selesa dengan tugas yang
diberikan.

5.2.5 Rumusan Daripada Perbincangan.

Daripada perbincangan yang telah dibahaskan dapatlah dibuat kesimpulan


bahawa tahap burnout di kalangan staf Pusat Kesihatan UTM, Johor adalah sederhana.
Selain itu, kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan antara demografi dengan
tahap burnout. Manakala dari segi perbezaan faktor demografi juga didapati tidak
menunjukkan hubungan yang signifikan dan tidak memberi kesan kepada tahap burnout.
Pengkaji mendapati tahap burnout di tempat kajian adalah sederhana dan ia bermaksud
wujudnya simptom burnout dikalangan pekerja tetapi ia masih ditahap kawalan. Namun
ia bukanlah dipengaruhi oleh faktor demografi dan bermakna demografi bukanlah faktor
penyebab utama burnout di Pusat Kesihatan UTM. Pengkaji telah membuat kesimpulan
daripada kajian ini bahawa mungkin terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi
burnout di tempat kajian seperti faktor beban kerja yang berlebihan, faktor kawalan kerja
, faktor penghargaan, faktor ganjaran, dan faktor nilai–nilai murni di tempat kerja seperti
yang dikemukan dalam Model Mediation oleh Maslach di awal bab dua.

5.3 Cadangan Kajian.

Berdasarkan daripada dapatan dan perbincangan diatas pengkaji telah


mengemukakan beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh Pusat Kesihatan UTM
Johor dalam membantu pekerja mereka yang mengalami simptom burnout ini agar dapat
menjalani kehidupan yang lebih baik.
74 
 

5.3.1 Cadangan Kepada Organisasi.

1. Sebagai majikan pihak organisasi seharusnya membantu pekerja mereka yang


bemasalah agar dapat keluar daripada masalah burnout ini. Perkara utama yang
perlu dilakukan oleh pihak organisasi adalah dengan mengesan tanda-tanda awal
dan mendapatkan maklumat berkaitan burnout. Contohnya seperti :

i. Pekerja sering mengadu mereka kurang sihat


ii. Pekerja sering mengadu mereka dibebani tugas yang banyak
iii. Pekerja sering memberontak jika diberikan tugas yang
berlebihan
iv. Pekerja sering mengadu mereka tidak gembira berada di
organisasi
v. Pekerja sering lupa dengan apa tugas yang mereka harus
uruskan

2. Setelah mengetahui dan mempunyai pengetahuan dalam burnout dan mengetahui


simptom burnout, pihak organisasi seharusnya memberi sokongan moral dan
kauseling kepada pekerja mereka yang menunjukkan tanda-tanda mereka
bermasalah. Dengan adanya sokongan dan keprihatinan daripada pihak
pengurusan secara tidak langsung ia dapat membantu pekerja yang dalam
masalah amnya dan mereka yang menghadapi burnout khasnya.

3. Kajian juga mendapati tahap burnout adalah tinggi pada pencapaian diri. Ini
disebabkan kerana kurangnya penghargaan dan kurang kepuasan dalam
melakukan tugas. Cara yang terbaik oleh organisasi dalam mengatasi masalah
ini ialah dengan memberikan penghargaan atau anugerah terhadap setiap
pencapaian yang dicapai oleh pekerja mereka supaya pekerja rasa lebih dihargai.
Selain itu majikan juga perlu mengagihkan tugas dengan sistematik terhadap
75 
 
setiap pekerja supaya mereka berasa tidak terlalu dibebani dengan tugas-tugas
mereka seterusnya dapat memberikan sepenuh komitmen dalam
menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan.

4. Akibat daripada wujudnya tahap depersonalisasi di tempat kajian pihak


organisasi seharusnya menggalakan stafnya melibatkan diri dalam aktiviti yang
sihat seperti beriadah, senaman yang konsisten, atau menganjurkan lebih banyak
aktiviti yang dapat menyihatkan badan supaya ia dapat mengurangkan tahap
bosan. Dengan adanya aktiviti beriadah yang lebih kerap ia secara tidak
langsung dapat mendorong pekerja mereka agar mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Sesungguhnya, badan yang sihat menghasilkan akal yang cerdas dan aktif
seterusnya dapat membantu pekerja dalam melakukan kerja dengan tenang dan
selesa.

5.3.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

1. Skop kajian yang dilakukan ini adalah tertumpu kepada pusat kesihatan UTM
Johor sahaja. Maka diharapkan pada kajian yang akan datang dapat dilakukan di
jabatan atau bahagian lain di dalam UTM. Diharapkan juga akan ada lebih
banyak lagi kajian dalam bidang perubatan ini.

2. Dalam kajian ini pengkaji hanya melihat kepada faktor demografi dan ternyata
faktor demografi tidak memberi kesan kepada burnout secara jelas. Maka
dicadangkan agar selepas ini akan dijalankan kajian mengenai hubungan burnout
dengan faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada burnout seperti
faktor beban tugas, faktor penghargaan, faktor nilai-nilai murni ditempat kerja
atau sebagainya.
76 
 

5.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini telah dijalankan ke atas staf Pusat Kesihatan UTM,
Johor yang bertujuan untuk mengkaji mengenai tahap burnout di kalangan staf. Kajian
yang dijalankan ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan.
Daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa tahap burnout di tempat kajian
adalah sederhana manakala daripada faktor demografi didapati tidak wujud hubungan
yang signifikan dan daripada perbezaan juga ia tidak memberi kesan kepada tahap
burnout di tempat kajian.
RUJUKAN

Abu Hilal Manher (1992). Validity And Reliability Of the Maslach Burnout Inventory
For a Sample of Non Western Teacher. Education And Psychological
Measurement. 52 : 161-169.
 
 
Arenawati Sehat Omar (2002). Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Burnout Di
Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Di Negeri Johor. Universiti Teknologi
Malaysia : Kajian Ilmiah.
 
 
Burke, R. J. and Greenfless, E. R. (2001). Hospital Restructuring and Psychological
Burnout in Nursing Staff. Journal of Equal Opportunities International. 20, 61-
71.
 
 
Cordes, C. L. and Dougherty, T. W. (1993). A Review and an Interrogation of Research
on Job Burnout. Academy of Management Review, 18 (4), 621-656.

Demerouti, E., Bakker, A.B., Nachreiner, F.,and Schaufeli, W.B (2000). A model Of
Burnout And Life Satisfaction Among Nurse. Journal of Advanced Nursing ,
32,454-464.
 
 
Evans, G.D, Bryant N.E., Owens, J.S., and Koukos, K. (1997). Ethnic Differences In
Burnout, Coping And Intervention Acceptability Among Child Care
Professionals. Child And Youth Care Forum. 349-371.
78 
 

 
Farber, B.A and Miller, J. (1981). Teacher burnout : A Psyco-Educational Perspective.
Teacher college Record. Winter : 2, 235.243.

Farber,B.A. (1984). Teacher burnout: Assumptions,myths and issues. Teachers College


Record,86(2),321-338.Freudenberger,H.J (1974). Staff Burnout. Journal Of
Social Issues,30,159-165.

 
Friedman and Isaac A. (1992). High and Low Burnout School: School Culture aspect of
teacher burnout. Journal of educational Research burnout: Vol84 n6p325-333
Jul-Aug 1991.
 
 
Gelembiewski, R. T and Sciechitano, M.(1983). Some Demographics of Burnout
International. Journal of Public Administration. 54 : 435-448.

Gold, Y. (1984). The Factorial Validity of the Masclah Burnout Inventory In a Sample
of Elementary and Junior High School Classroom Teacher : Educational and
Psychological Measurement. 44. 1009-1016.

Gorgievski, Hobfoll, S. E. (1998). Work Can Burn Us Up : Conservation of Resources


In Burnout and Engagement. Erasmus University of Rotterdam.
 
 
Greenberg J.S. (1997). Comprehensive Stress Management . Brown & Benchmark
Publisher.

 
 
Hamdan Abd Kadir (2008). Pekerja Industri : Isu dan Teknik Penyelesaian Skudai :
UTM. 185-216.
 
79 
 
 
Igodan, O.C. and Newcomb, L.H (1986). Are You Experience Burnout? Journal of
Extension.24(1).
 
 
IsikahnV, Comez T, Danis MZ.(2004). Job Stress and Coping Strategies in Health Care
Professionals Working With Cancer Patients. European of internal medicine 17
(2006) 195- 206
 
 
Iwanicki, E.f and schwab, R.L (1981). A Cross Validation Study Of The Maslach
Burnout Inventory. Educational And Psychological Measurement, 41, 1167-
1174.

 
 
Iwanicki,E.f and schwab,R.L (1982). Perceived Role Conflict, Role Ambiguity and
Teacher Burnout. Educational Administration Quarterly. 8 (1) : 60-74.
 
 
Iwanichi Edward F and Anderson Mary Beth G (1984). Teacher Motivation and its
Relationship to Burnout. Education Administration Quarterly 20 (2) : 109-132.

Jamaluddin Edar (1999). Hubungan Burnout Dengan Demografi: Tinjauan Di


Kalangan Pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Universiti Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana
Muda.

Krejcie, R. V. and Morgan D. W (1970). Determining Sample Size For Research.


Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.
 
 
L. Elit (2004). Job Satisfaction ,Stress And Burnout Among Canadian Gynecologic
Oncologists. Gynecologic Oncology 94, 134-139.
80 
 
 
Low Min Yin (1992). Burnout Di Kalangan Guru-Guru,Hubungan Di Antara
Kekurangan Keperluan Burnout Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : Latihan Ilmiah.

Maslach C.& Jackson, S. E. (1981b). The Measurement of Experienced Burnout.


Journal Of Occupational Behavior, 2 : 99-113.

Maslach C. (1982). Burnout : The Cost Of Caring . Englewood Cliffs. NJ: Prentice-
Hall.

 
Maslach C. and Jackson,s.e (1986). Maslach burnout inventory manual.(2nd edition) .
Palo alto, CA: consulting psychologists press.inc.
 
 
Maslach, C., and Leiter, M. (1997). The truth about burnout: How organizations cause
personal stress and what to do about it. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

 
 
McManus, I. C., Winder, B. C. and Gordon D. (2002). The causal links between stress
and burnout in a longitudinal study of UK doctors. Lancet : 359: 2089–90.
 
 
Mohd Taib Dora dan Hamdan Abd. Kadir (2006). Mengurus Stress.PTS.

 
Naseem Bibi Kamaldin (2005). Hubungan burnout dan kepuasan kerja : Tinjauan di
kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bharu. Universiti
Teknologi Malaysia : Kajian Sarjana Pendidikan.
 
 
Nazlinda Ismail. (2005). Hubungan Tahap Kepuasan Kerja Burnout: Tinjauan Di
kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bharu. UTM :
Sarjana.
81 
 

Nor Suhada Azia Azizan (2010). Kepuasan kerja dan burnout dalam kalangan
jururawat Hospital Jitra. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

 
 
Norzihan, Ferlis, & Beddu (2008). Burnout dan Komitmen terhadap organisasi di
kalangan Jururawat Hospital. Jurnal Kemanusiaan. Sekolah Psikologi dan
Kerja Sosial Universiti Malaya Sabah.
 
 
Oktay, J. S. (1991). Burnout In Hospital Social Workers Who Work With AIDS Patients.
Journal Of Social Work. 27 (5). 432-439.

Paine, w.s. (1982). Job Stress and Burnout. Sage Publications, Inc

Parshuram CS, Dhanani S, Kissh JA, et.al. (2004). Fellowship training, workload,
fatigue and physical stress: a prospective observational study.
 
 
Pines, A dan Aronson E. (1988). Burnout : from Tedium to personal growth. New York
: Press schwab.

 
 
Rovik,J.O.et.al (2007). Burnout and work-related mental health problems among
medical doctors. University of Oslo.
 
 
Schwab Richard E.et.al. (1986). Educator Burnout: Sources and Consequences.
Educational. Research Quarterly, 10(3): 14-30.
 
 
Shaznee Iryana Yussff (2010). Hubungan Burnout dengan faktor demografi dikalangan
kakitangan Hospital Selayang, Selangor Darul Ehsan. Tesis Sarjana Muda.
UTM.
82 
 
 
 
Spaniol, L.and Caputo, J. (1979). Professional burnout: A personnel kit. Lexington,
Mass: Human Services Associates.
 
 

Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor ( 1996). Hubungan Kepuasan Kerja dengan
Burnout: Tinjauan di Kalangan Guru-guru di Daerah Johor Bharu. Universiti
Kebangsaan Malaysia :.” Bangi.

 
Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor ( 1997 ). Hubungan Kepuasan Kerja dengan
Burnout Tinjauan di kalangan Guru-guru di Daerah Johor Bahru. Universiti
Kebangsaan Malaysia : Projek Sarjana.
 
 
The Lancet 2000.12 February

 
 

Thomas NK.(2004) Resident Burnout, JAMA


 
 
Thurayya Binti Othman (2007). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di
Kalangan Staf Jabatan Agama Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Kajian
Sarjana Pendidikan.
 
 
Unger D (1980). Superitendent Burnout : Myth or Reality. Doktor Falsafah, The Ohio
State University, Columbus

Utusan Malaysia.2008.12 Jun

Utusan Malaysia.2008.12 Mei


83 
 
 
 
U.T.M. (2002). Panduan Penulisan Tesis : Universiti Teknologi Malaysia. Skudai :
universiti Teknologi Malaysia.
 
 
Wong See Kean (1982). Hubungan Iklim Organisasi dan Kepuasan Kerja dan
Kecenderungan Untuk Berhenti Kerja di kalangan pekerja kilang Elektronik.
Universiti Kebangsaaan Malaysia : latihan Ilmiah.
 
 
Yvonne Gold. (1985), 45. The Relationship of Six Personal and life history variables to
standing on three dimensions of the Masclah Burnout Inventory in sample of
elementary and junior high school teachers. Educational and psychological
measurement.

 
Zalina Ariffin (1997). Kajian Burnout Di Kalangan Pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Tinjauan. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.
 
 

LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK

Tajuk Kajian:

TAHAP BURNOUT DI KALANGAN STAF PUSAT KESIHATAN : SATU


TINJAUAN DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
JOHOR.

Salam Sejahtera,
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap burnout di kalangan staf Pusat Kesihatan
Universiti Teknologi Malaysia, Johor . Tuan-tuan dan puan-puan telah
dikenalpasti sebagai responden bagi kajian ini. Kerjasama dan bantuan tuan-tuan dan
puan-puan amat diperlukan bagi menyempurnakan kajian ini. Segala maklumat yang
diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.
Kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan kami dahului dengan ucapan terima
kasih.

Nama pengkaji :

Abdul Hafiz Bin Masod


Muhammad Nazri Bin Mezi
Siti Noor Salmuh Binti Che Harun

Pelajar Tahun Akhir Sains Pembangunan Sumber Manusia


Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM),Skudai.
Bahagian A

Maklumat diri respondan

Pilih dan bulatkan jawapan yang bersesuaian dengan jawapan anda

1) Jantina
1 Lelaki 2 Perempuan

2) Umur

1 Kurang daripada 20 tahun

2 20 – 29 tahun

3 30 – 39 tahun

4 40 tahun dan ke atas

3) Pengalaman kerja
1 Kurang dari 5 tahun
2 6 – 10 tahun
3 11 – 15 tahun
4 16 – 20 tahun
5 21 tahun dan ke atas
4) Tahap pendidikan
1 LCE / SRP / PMR
2 MCE / SPM / SPMV
3 STPM
4 Diploma / Ijazah
5) Taraf perkahwinan
1 Bujang
2 Berkahwin
Bahagian B

Pilih satu jawapan yang sesuai dengan menandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
bagi mewakili jawapan anda.

(1) (2) (3) (4) (5)


Sangat tidak Tidak kerap Kurang kerap kerap Amat kerap
kerap

Bil Item 1 2 3 4 5
1. Saya rasa lemah emosi akibat kerja saya.

2. Saya rasa kehabisan tenaga selepas waktu


bekerja.

3. Saya rasa letih bila bangun pagi dan terpaksa


menghadapi satu hari lagi bekerja.

4. Saya dapat memahami dengan mudah perasaan


pesakit atau rakan sekerja saya tentang sesuatu
perkara.

5. Saya rasa saya melayan sesetengah pesakit atau


rakan sekerja seolah-olah mereka adalah subjek
yang tidak berperasaan.

6. Bekerja dengan orang lain sepanjang hari


memberi ketenangan kepada saya.

7. Saya dapat menyelesaikan masalah pesakit


saya dengan efektif.

8. Saya rasa keletihan tenaga akibat kerja saya.


9. Saya yakin saya mempengaruhi orang lain
melalui kerja saya.

10. Semenjak menjawat jawatan ini, saya menjadi


lebih tidak peduli terhadap perasaan orang lain.

11. Saya khuatir tugas ini menjadikan saya lebih


keras hati.

12. Saya rasa penuh bertenaga.

13. Saya merasa kecewa denga kerja saya.

14. Saya rasa bekerja terlalu kuat.

15. Saya sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku


kepada sesetengah pesakit atau rakan sekerja.

16. Bekerja secara langsung dengan orang lain


memberi terlalu banyak tekanan kepada diri
saya.

17. Saya mudah mewujudkan suasana yang tenang


untuk pesakit serta rakan sekerja saya.

18. Saya berasa gembira setelah bertungkus lumus


melakukan kerja saya.

19. Saya telah berjaya mencapai banyak perkara


yang berfaedah di dalam kerja ini.

20. Saya rasa hampir tidak berdaya lagi.

21. Dengan amat tenang, saya berhadapan dengan


masalah emosi dalam pekerjaan saya.

22. Saya rasa pesakit serta rakan sekerja saya


menyalahkan saya kerana beberapa masalah
mereka.

Anda mungkin juga menyukai