Anda di halaman 1dari 6

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan." Madah Melayu ini

mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu

perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan

menghadapi sesuatu kemungkinan yang datang dengan mudah, kerana mereka sudah

bersedia tapi sebaliknya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka akan gagal

akhirnya.

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang Optimistik Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada

potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan

memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH! Jangan

bersikap pesimistik Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan

dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan

meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan

sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu. Kesedaran memikul

tanggungjawab Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul

tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara,

keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara

pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang

ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan

berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai. Tumpuan sepenuh hati Pelajar yang

cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran

guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya.

Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal

menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah

lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar
seperti mereka sendiri. Mulakan dari awal Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal

apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal

atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya

dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang

dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan

sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan. Sentiasa bersedia Pelajar

yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau

peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal)

atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah

pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja.

Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'

Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!' Lengkapkan peralatan

Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti

buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi.

Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup

akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan

semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi

tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'? Tepati waktu belajar Pelajar yang cemerlang

menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah

dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar

menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,

maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran. Dapatkan

bantuan guru Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas

yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar

sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan
untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran

yang telah tertinggal itu. Hormati guru Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru

sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita

ilmu. Bersoal jawab dengan guru Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk

memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama

Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'. Beri

pandangan membina Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam

proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan

pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih

dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar. Berbncang dengan rakan Pelajar yang

cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini

biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan

studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran. Siapkan

tugasan yang diberi Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru

sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru

berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang

diberikan oleh guru mereka. Tubuhkan kumpulan studi Pelajar yang cemerlang mengadakan

kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda

yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang

akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih.

Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang. Sering masuk perpustakaan Pelajar

yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai

gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk
anda mentelaah pelajaran. Baca akhbar Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau

majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara

khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau

artis. Menonton rangcangan yang sesuai Pelajar yang cemerlang menonton rancangan

televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan,

Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan

berita semasa. Lakukan peperiksaan kendiri Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan

peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan

sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan

yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal

dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke

klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas

itu, pandai-pandailah cari ubatnya. Sediakan jadual waktu Pelajar yang cemerlang

menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta

nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang

sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi. Sertai ceramah motivasi Pelajar yang

cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat

dan keyakinan diri. Sertai seminar peperiksaan Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-

seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan

peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam

bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai

tips dan petua berguna. Beli buku rujukan Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku

rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk

mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah

Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak
semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan. Masuk

kelas tuisyen Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi

pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. Lawatan ke pameran buku Pelajar yang

cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda

tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda

selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk

ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang

najis... (fikirlah sendiri). Sertai kokurikulum sekolah Pelajar yang cemerlang menyertai

pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan

menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar.

Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab. Sanggup manghadapi cabaran

Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering

cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar

untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan

yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan

yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan

kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-

pandailah membawa diri. Jaga keselamatan diri Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan

diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal

pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika

pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan. Jaga kesihatan fizikal Pelajar yang

cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk

penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari

makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup.

Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang

seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan

lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. Malu

bertanya sesat jalan Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada

pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak

yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi

dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya

itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Sembahyang Pelajar

yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima

waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain,

lakukan amalan ibadat agama masing-masing. Doa Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa

dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting

dengan aspek jasmani dan minda pelajar. Tawakkal Pelajar yang cemerlang berserah diri

kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah

lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya.

Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih

cemerlang.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai

  • Full Text
    Full Text
    Dokumen108 halaman
    Full Text
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • 2465 6669 1 SM
    2465 6669 1 SM
    Dokumen12 halaman
    2465 6669 1 SM
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Full Text
    Full Text
    Dokumen103 halaman
    Full Text
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Masalah Pelajar (Mini Seminar)
    Masalah Pelajar (Mini Seminar)
    Dokumen2 halaman
    Masalah Pelajar (Mini Seminar)
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Abstrak
    Abstrak
    Dokumen23 halaman
    Abstrak
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Malas
    Malas
    Dokumen12 halaman
    Malas
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Data Analyse
    Data Analyse
    Dokumen3 halaman
    Data Analyse
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Pupuk Minat Negara
    Pupuk Minat Negara
    Dokumen2 halaman
    Pupuk Minat Negara
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Sivik - Tingkatan 1
    Sivik - Tingkatan 1
    Dokumen23 halaman
    Sivik - Tingkatan 1
    Sekolah Portal
    100% (66)
  • CABARAN
    CABARAN
    Dokumen1 halaman
    CABARAN
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Salam Sejahtera
    Salam Sejahtera
    Dokumen1 halaman
    Salam Sejahtera
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Sejak Kebelakangan Ini
    Sejak Kebelakangan Ini
    Dokumen1 halaman
    Sejak Kebelakangan Ini
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • Perancis 1
    Perancis 1
    Dokumen3 halaman
    Perancis 1
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat
  • CABARAN
    CABARAN
    Dokumen1 halaman
    CABARAN
    Shalini Shal
    Belum ada peringkat