Anda di halaman 1dari 108

HUBUNGAN ANTARA KESIHATAN MENTAL DAN KUALITI TIDUR

MUHAMMAD NUR ASYRAF BIN AZMAN

Tesis ini adalah satu keperluan dalam memenuhi syarat-syarat untuk anugerah Ijazah
Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia

Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi


Azman Hashim International Business School
Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2019
DEDIKASI

Kepada ayah dan mak tercinta,

Atas sokongan dan galakan daripada anda berdua,

Keprihatinan anda amatlah dihargai,

Terima kasih untuk segala-segalanya.

Kepada penyelia yang dihormati Dr. Norashikin Binti Mahmud.

Terima kasih di atas segala bimbingan dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini.
Tanpa beliau, mungkin tesis ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Tidak dilupakan juga rakan-rakan 4 SHAY 2015/2019 yang sentiasa membantu


dalam memberikan idea serta kerjasama dalam membuat tugasan ini secara bersama-
sama. Terima kasih ini juga saya tujukan kepada Nazlil, Shafikah dan Adam yang
sudi membantu saya ketika saya susah dan senang.

iii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah dan kurnianya,
saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.
Penghargaan yang tidak ternilai dihulurkan kepada penyelia saya iaitu Dr.
Norashikin Binti Mahmud yang sentiasa memberi galakan, sokongan, bimbingan, dan
nasihat sepanjang proses penulisan tesis kajian ini dijalankan. Tanpa beliau,
kemungkinan tesis ini tidak dapat diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia saya. Di samping itu, tidak dilupakan
juga kepada semua pengarah Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi
yang banyak membantu dan menyumbang tenaga serta masa dalam berkongsi
pengetahuan dan maklumat yang penting sepanjang empat tahun pembelajaran saya di
Universiti Teknologi Malaysia ini.
Selain itu, ucapan terima kasih juga diberikan kepada pengarah Sekolah
Kejuruteraan khususnya Sekolah Kejuruteraan Mekanikal. Tanpa persetujuan
daripada pihak sekolah, mungkin kajian ini tidak dapat diselesaikan. Tidak dilupakan
juga kepada ahli keluarga saya yang sentiasa memahami, memberi sokongan, doa dan
nasihat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada rakan-rakan saya yang banyak berkongsi idea dan kerjasama. Terutama sekali
kepada Adam Luthfie iaitu senior saya yang banyak membantu saya memudahkan
tesis ini.
Sesungguhnya segala jasa dan budi kalian tidak dapat dibalas dengan kata-kata.
Saya berdoa kepada Allah S.W.T agar Allah membalas segala jasa baik pihak-pihak
saya yang telah memudahkan segala urusan saya.
.

iv
ABSTRAK

Tidur merupakan satu proses fisiologi yang amat penting bagi setiap manusia
terutama pelajar. Kebanyakan pelajar universiti sering melaporkan kualiti tidur yang
tidak baik disebabkan oleh masalah psikologi yang mereka hadapi. Oleh sebab itu,
tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan di antara kesihatan
mental (simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) dan kualiti tidur dalam
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan), UTM
Skudai. Kajian ini menggunakan kaedah kajian keratan rentas dimana seramai 115
pelajar dari jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Kajian ini adalah kajian kolerasi dan melibatkan analisis
data deskriptif dan inferensi. Untuk menilai stres, kebimbangan, dan kemurungan
pelajar, Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS-21) digunakan, manakala soal-
selidik Karolinska Sleep Questionnaire (KSQ) digunakan untuk mengukur kualiti
tidur. Pengkaji juga menggunakan “Statistical Package for Social Science” versi 23
untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental
berdasarkan simptom stres dan kemurungan pelajar berada di tahap yang normal
manakala dimensi kebimbangan pula berada ditahap yang sederhana. Bagi tahap
kualiti tidur pelajar pula, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar
mempunyai kualiti tidur yang sederhana baik dan baik (39.2%), manakala 36.5%
mempunyai kualiti tidur yang neutral. Selebihnya iaitu 24.3% mempunyai kualiti tidur
yang kurang baik dan tidak baik. Berdasarkan analisis kolerasi, keputusan kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan diantara dimensi
simptom stres, kebimbangan dan kemurungan terhadap kualiti tidur pelajar. Secara
kesimpulannya, promosi kesihatan dan program kesedaran tentang kesihatan mental
dan kualiti tidur perlu di berikan kepada pelajar universiti di seluruh negara.

v
ABSTRACT

Sleep is a physiological process that is very important for every human being,
especially students. Most university students often report poor sleep quality due to the
psychological problems that they face. Therefore, the purpose of this study is to
investigate the relationship between mental health (symptom of stress, anxiety, and
depression) and sleep quality among students of Bachelor of Engineering (Mechanical-
Materials), UTM Skudai. This study uses a cross sectional study method whereby 115
students from the Bachelor of Engineering (Mechanical-Materials) department
participated in this study. This study is a correlation and involves descriptive and
inferential data analysis. To assess the stress, anxiety, and depression of the students,
Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS-21) are used, while the Karolinska Sleep
Questionnaire (KSQ) questionnaire is used to measure sleep quality. The researcher
also uses the "Statistical Package for Social Science" version 23 to analyze the data.
The results showed that the level of mental health based on the stress and depression
of the students was at a normal level while the dimensions of anxiety were at a
moderate level. For the students' sleep quality, the findings showed that most students
have fairly good and good sleep quality (39.2%), while 36.5% have neutral sleep
quality. The remaining 24.3% has poor sleep quality and is not good. Based on the
analysis of the correlation, the results of the study show that there is a significant
positive relationship between the dimensions of stress, anxiety and depression on the
quality of sleep of students. In conclusion, health promotion and awareness programs
on mental health and sleep quality should be given to university students across the
country.

vi
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGISHTIHARAN ii
DEDIKASI iiii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GAMBAR RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 1
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 7
1.9 Definisi Konseptual dan Operasional 9
1.9.1 Kesihatan Mental 9
1.9.2 Kualiti Tidur 11
1.10 Definisi Operasi 11
1.10.1 Kesihatan Mental 11
1.10.2 Kualiti Tidur 13
1.11 Kesimpulan 13

vii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kesihatan Mental 15
2.2.1 Stres 16
2.2.1.1 Model Sindrom Adaptasi Am (GAS) 16
2.2.2 Kebimbangan 18
2.2.2.1 Teori Kebimbangan Keadaan – Trait 18
2.2.3 Kemurungan 20
2.2.3.1 Teori Kemurungan Kognitif Beck 21
2.3 Kelaziman Kesihatan Mental 23
2.4 Kualiti Tidur 24
2.4.1 Model Peraturan Tidur-Bangun (Sleep Regulation) 24
2.5 Kelaziman Kualiti Tidur 27
2.6 Kajian-Kajian Lepas 28
2.7 Kerangka Konsep 33
2.8 Kesimpulan 34

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35


3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
3.4.1 Bahagian A 37
3.4.2 Bahagian B 37
3.4.3 Bahagian C 40
3.5 Kajian Rintis 42
3.6 Proses pengumpulan data kajian 43
3.7 Kaedah penganalisisan data 44
3.7.1 Statistik Deskriptif 46
3.7.2 Statistik Inferensi 46
3.8 Kesimpulan 48

viii
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis 49
4.2.1 Demografi 49
4.2.2 Objektif 1 51
4.2.2.1 Analisis Simptom Stres 51
4.2.2.2 Analisis Simptom Kebimbangan 54
4.2.2.3 Analisis Simptom Kemurungan 58
4.2.3 Objektif 2 62
4.2.3.1 Analisis Kualiti Tidur 63
4.2.4 Objektif 3 68
4.3 Kesimpulan 70

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN 73


5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan 73
5.2.1 Mengenalpasti tahap kesihatan mental (simptom
stres, kebimbangan, dan kemurungan) dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-
Bahan), UTM Skudai 74
5.2.1.1 Simptom Stres 74
5.2.1.2 Simptom Kebimbangan 74
5.2.1.3 Simptom Kemurungan 75
5.2.2 Mengenalpasti tahap kualiti tidur dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-
Bahan), UTM Skudai 76
5.2.3 Mengenalpasti hubungan kesihatan mental
terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan), UTM
Skudai 76
5.2.3.1 Kesihatan Mental (simptom stres)
dan Kualiti Tidur 77
5.2.3.2 Kesejahteraan Mental (simptom
kebimbangan) dan Kualiti Tidur 77
5.2.3.3 Kesejahteraan Mental (simptom
kemurungan) dan Kualiti Tidur 78

ix
5.3 Limitasi 78
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Pelajar Universiti 80
5.4.2 Pengkaji akan datang 80
5.5 Kesimpulan 80

RUJUKAN 83

LAMPIRAN 91

x
SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

1 Item DASS-21 menurut dimensi 38


2 Nilai dan Tahap Kekerapan item Bahagian B 39
3 Skala tahap Kesihatan Mental (DASS-21) 39
4 Karolinska Sleep Questionnaire (KSQ) 41
5 Nilai dan Status Tidur & Soalan Reverse 41
6 Nilai dan Kekerapan Kesukaran Tidur dan Kesusahan Siang Hari 41
7 Nilai Kebolehpercayaan 43
8 Skala Tahap Kesihatan Mental (Simptom Stres, Kebimbangan
dan Kemurungan) berdasarkan soal selidik DASS 45
9 Tahap Min Kualiti Tidur dalam kalangan Pelajar 46
10 Peraturan bagi pentafsiran saiz kolerasi 47
11 Ringkasan jenis analisis yang digunakan 47
12 Maklumat Demografi 50
13 Purata skor min bagi Kesihatan Mental 51
14 Kelaziman Kesihatan Mental (Simptom Stres) 52
15 Tahap Kesihatan Mental (Tahap Stres) 54
16 Kelaziman Kesihatan Mental (Simptom Kebimbangan) 55
17 Tahap Kesihatan Mental (Tahap Kebimbangan) 58
18 Kelaziman Kesihatan Mental (Simptom Kemurungan) 59
19 Tahap Kesihatan Mental (Tahap Kemurungan) 62
20 Purata Skor Min Kualiti Tidur 62
21 Kelaziman Tahap Status Tidur 63
22 Kelaziman Tahap Kesukaran Tidur 64
23 Kelaziman Kesusahan/Kepayahan di siang hari 66
24 Analisis Kolerasi Kesihatan Mental dan Kualiti Tidur 69
25 Ringkasan dapatan objektif kajian 70

xi
SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

1 Model Sindrom Adaptasi Am 18


2 Teori Kebimbangan Keadaan - Trait 20
3 Model Kognitif Beck dalam kemurungan 22
4 Model of Sleep Regulation 26
5 Kerangka Konsep 33
6 Prosedur Pengumpulan Data 44

xii
SENARAI SINGKATAN

FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal


DASS - Depressive, Anxiety, Stress Scale
PSQI - Pittsburgh Sleep Quality Index
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KSQ - Karolinska Sleep Questionnaire

xiii
SENARAI SIMBOL

% - Peratusan
& - Dan
R - Kolerasi Pearson
SD - Sisihan Piawaian
N - Saiz Populasi

xiv
SENARAI LAMPIRAN

BAHAGIAN TAJUK HALAMAN

A Maklumat Demografi 92
B Skala DASS-21 93
C Karolinska Sleep Questionnaire 95
D Jadual Krejie dan Morgan (1970) 97

xv
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian yang berkaitan dengan
hubungan di antara kesihatan mental terhadap kualiti tidur. Terdapat tiga kompenan
kesihatan mental yang dibincangkan dalam bahagian ini. Selain itu, bab ini juga akan
membincangkan mengenai penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,
hipotesis kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Di samping itu, definisi
konseptual dan operasi mengenai kesihatan mental serta kualiti tidur juga
dibincangkan sebelum mengakhiri bab ini.

1.2 Latar Belakang Kajian

Masalah kesihatan mental di dunia ini semakin hari semakin meningkat sejak
beberapa dekad yang lalu. Laporan telah menunjukkan bahawa permasalahan terhadap
masalah kesihatan mental semakin meningkat terutama sekali di kalangan pelajar kolej
dan universiti (Hunt & Eisenberg, 2010). Stres, kebimbangan, dan kemurungan adalah
antara masalah psikologi dan emosi yang paling biasa berlaku dalam kalangan pelajar
dan sering mempengaruhi fungsi kognitif dan emosi individu (Najafi, Kermani
Mamazandi, & Akbari Balutbangan, 2017). Bagi pelajar-pelajar yang berjaya
memasuki alam universiti, mereka juga akan mengalami beberapa tempoh yang
kritikal diikuti dengan beberapa perubahan dari segi hubungan sosial dan interpersonal
mereka (Dibajnia, 2005). Beberapa kajian telah dijalankan dan dilaporkan berkenaan
tentang morbiditi psikiatrik / masalah psikologi yang berlaku di kalangan para pelajar.
Hanya beberapa masalah yang terpilih sahaja yang telah dilaporkan di sini yang
mempunyai kesan secara langsung terhadap masalah pelajar (Bhujade, 2017a).

1
Sesetengah keadaan, stres boleh menjadi positif dan memudahkan
pertumbuhan (Beck & Verticchio, 2014). Walau bagaimanapun, tahap stres yang
tinggi yang tidak dikendalikan secara tepat boleh menghasilkan hasil psikologi dan
fizikal yang negatif (McCall, 2007) dan juga boleh mempengaruhi produktiviti
individu, kemampuan belajar, dan sikap keseluruhan (Lincoln, Adamson, & Covic,
2004; Ross & Fourie, 2011). Sebagai contoh masalah stres yang biasa berlaku di kolej
dan universiti seperti tekanan masa, takut kepada kegagalan, berusaha untuk
mewujudkan identiti, tekanan terhadap kecemerlangan akademik dan sebagainya
(Bhujade, 2017b). Ramya dan Parthasarathy (2009) juga melaporkan bahawa simptom
stres lazimnya berlaku di kalangan pelajar kolej dan universiti dan hal ini memberi
kesan kepada pelajar berkaitan dengan pengurusan masa, pengukuhan akademik, dan
kewangan mereka.

Tekanan dalam suasana di universiti bukan sekadar stres sahaja tetapi juga
boleh mencetuskan kebimbangan serta memberikan kesan-kesan sampingan dalam
diri mereka. Kebimbangan adalah pengalaman biasa yang mencerminkan jangkaan
tentang peristiwa yang mungkin mempunyai hasil yang negatif, seperti kebimbangan
kehilangan orang yang disayangi, atau ketakutan untuk bercakap dihadapan orang
ramai (Killu, Marc, & Crundwell, 2016). Cheung dan fong Au (2011) telah
melaporkan bahawa pelajar mengalami kesukaran untuk melakukan sesuatu
kemahiran seperti psikomotor apabila mereka terdedah kepada situasi yang
menghasilkan kecemasan dan kebimbangan. Menurut Killu et al. (2016),
kebimbangan terbahagi kepada dua iaitu kebimbangan dari segi pencapaian akademik
dan kebimbangan terhadap pembangunan sosial. Selain itu, dalam kalangan pelajar
universiti, simptom ini juga memberi kesan kepada masalah kognitif, dan
penghindaran tingkah laku (Weissman, Antinoro, & Chu, 2008) serta mengakibatkan
rangkaian sosial yang lemah (Van Ameringen, Mancini, & Farvolden, 2003).

Selain daripada stres dan kebimbangan, gangguan kemurungan juga adalah


salah satu gangguan kesihatan mental yang paling biasa kita dengar dalam kalangan
pelajar universiti. Tekanan ekonomi, permintaan akademik, dan hubungan
interpersonal ini dianggap sebagai stres yang besar yang dialami oleh pelajar universiti

2
(Steptoe, Tsuda, & Tanaka, 2007). Bagi kebanyakan pelajar universiti, kemurungan
tidak hanya boleh memberi kesan kepada perasaan yang mengerikan, seperti
ketakutan, perasaan tidak mencukupi, dan kemarahan, tetapi juga boleh dihubungkan
dengan penyakit mental dan psikologi (Bostanci et al., 2005; Eller, Aluoja, Vasar, &
Veldi, 2006). Kajian lepas juga menyatakan bahawa simptom kemurungan juga
mempengaruhi kualiti hidup pelajar universiti, menjejaskan hubungan sosial dan
keluarga mereka, produktiviti akademik dan fungsi fizikal (Hysenbegasi, Hass, &
Rowland, 2005; Jaycox et al., 2009)

Kebanyakan kajian berkenaan dengan stres, kebimbangan dan kemurungan


banyak dikaitkan dengan percapaian akademik serta hubungan sosial dan interpersonal
dalam kalangan pelajar universiti. Namun, selain daripada itu, kesihatan mental juga
boleh memberi kesan ke atas kualiti tidur mereka. Menurut Mohammadi-Farrokhran,
Mokhayeri, Tavakkol, dan Mansouri (2012), tidur merupakan salah satu fisiologi dan
asas seseorang dalam keperluan dan kualiti yang berkaitan dengan kesihatan.
Milojevich dan Lukowski (2016) menyatakan bahawa pelajar yang mengambil ijazah
akan mengalami satu tempoh kesukaran dalam mempertimbangkan kesihatan mental
dan masalah tidur. Kajian lepas menunjukkan bahawa tahap stres, gejala kebimbangan
dan kemurungan yang sederhana dan sangat teruk mempunyai kaitan terhadap kualiti
tidur yang kurang baik (Lemma, Gelaye, Berhane, Worku, & Williams, 2012). Bukan
itu sahaja, individu yang mempunyai kualiti tidur yang rendah boleh meningkatkan
simptom kemurungan dan kebimbangan serta melemahkan keupayaan untuk
menghadapi ketegangan rutin harian (Aghajanloo, Haririan, Ghafourifard, Bagheri, &
Ebrahimi, 2012). Kajian lain menunjukkan bahawa stres, kebimbangan, dan tahap
pendidikan pelajar mempengaruhi kualiti tidur, tetapi jantina dan kemurungan tidak
menunjukkan apa-apa hubungan dengan kualiti tidur.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara kesihatan mental
(simptom stres, kebimbangan dan kemurungan) dan kualiti tidur dalam kalangan
pelajar universiti di Malaysia.

3
1.3 Penyataan Masalah

Kebanyakan pelajar mempunyai masalah untuk tidur disebabkan oleh


pengaruhnya terhadap beberapa faktor psikologi. Kajian-kajian lepas telah
membuktikan bahawa kesihatan mental iaitu simptom stres, kebimbangan dan
kemurungan pelajar universiti mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kualiti
tidur yang buruk (Seun-Fadipe & Mosaku, 2017a). Oleh kerana kajian ini mempunyai
perkaitan antara satu sama lain, jadi kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
hubungan diantara kesihatan mental ke atas kualiti tidur dalam kalangan pelajar
universiti.

Menurut Rutten et al. (2013), antara faktor-faktor yang menimbulkan masalah


kesihatan mental termasuk genetik, biokimia dan sosial. Menurut Hunt dan Eisenberg
(2010), gejala-gejala kesihatan mental juga boleh mempengaruhi emosi, tingkah laku
dan fungsi sosial pelajar tersebut. Terdapat banyak tanda-tanda yang dipengaruhi oleh
kesihatan mental dan salah satunya adalah kualiti tidur pelajar (Shahzeb, 2016). Pelajar
yang melaporkan kualiti tidur yang lemah cenderung menunjukkan tahap kesakitan
psikososial yang tinggi, yang menunjukkan peningkatan kesengsaraan, kebimbangan,
ketegangan, kemurungan, kekeliruan, dan masalah kesihatan umum (Keshavarz
Akhlaghi & Ghalebandi, 2009). Bukti neurologi dan fisiologi membuktikan bahawa
terdapat hubungan dua arah di mana pengurusan stres memainkan peranan yang
penting terhadap tidur seseorang (Kompier, Taris, & Van Veldhoven, 2012).

Selain itu kajian lain juga menunjukkan bahawa tidur memainkan peranan
penting dalam fungsi imun, metabolisme, ingatan, pembelajaran, dan fungsi penting
lain (Yang et al., 2014). Tambahan pula, kekurangan tidur dan kualiti tidur yang lemah
juga dikaitkan dengan kemurungan di kalangan pelajar kolej (Carter, Chopak-Foss, &
Punungwe, 2017). Menurut Garlow et al. (2008), kualiti tidur yang kurang baik dan
kekurangan tidur dapat meningkatkan gejala kemurungan. Bukan itu sahaja, kajian
terdahulu telah menunjukkan bahawa masalah tidur dikaitkan dengan hasil kesihatan
mental yang buruk dari zaman kanak-kanak sehingga ke dewasa termasuk peningkatan
dari segi kemurungan, kebimbangan, dan tingkah laku yang bertentangan. Sebagai
contoh, penemuan dari satu kajian menunjukkan bahawa kira-kira 67% remaja yang

4
mempunyai banyak masalah tidur diklasifikasikan sebagai remaja yang mempunyai
kebimbangan DSM atau gangguan depresi yang berkaitan (Gregory et al., 2011).
Selain itu, kualiti tidur yang rendah akan meningkatkan kemurungan dan kecemasan
serta mengurangkan keupayaan individu untuk menghadapi ketegangan rutin
(Aghajanloo et al., 2012). Penyelidik lain juga ada menunjukkan bahawa gangguan
tidur malam, dikaitkan dengan peningkatan kebimbangan dan kemurungan (Nyer et
al., 2013). Penyelidikan sebelumnya telah mendokumenkan masalah kesihatan mental
dan masalah tidur di kalangan pelajar universiti (Lima, Medeiros, & Araujo, 2002).

Tambahan lagi, kesan kesihatan mental telah didapati berbeza mengikut bidang
pengajian masing-masing. Antara penyelidikan terbesar mengenai topik kesihatan
mental ini difokuskan kepada pelajar perubatan. Perkara ini adalah logik, kerana
pelajar perubatan telah didapati secara konsisten mempunyai kadar kesihatan mental
yang negatif yang paling tinggi di setiap universiti (Davis, Ho, & Last, 2015). Hasil
kesihatan mental dalam bidang pengajian yang lain, termasuk bidang kejuruteraan,
telah kurang dikaji secara intensif. Walau bagaimanapun, satu kajian di University of
Adelaide mendapati bahawa pelajar kejuruteraan mempunyai kadar kesulitan mental
yang kedua tertinggi di universiti mereka, (Honi Soit 2010).

Justeru itu, kepelbagaian penyelidikan yang berbeza telah menunjukkan


bahawa stres, kebimbangan, dan kemurungan yang tinggi dapat memberi kesan yang
negatif terhadap kesihatan pelajar (Gammon & Morgan-Samuel, 2005; Nayeri &
Hajbagheri, 2006). Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kajian mengenai kesihatan
mental ke atas kualiti tidur dalam kalangan pelajar-pelajar universiti di Malaysia
khususnya dalam bidang kejuruteraan. Memandangkan pentingnya simptom-simptom
psikologi yang berkait rapat dengan kualiti tidur dalam kalangan pelajar, kajian ini
dijalankan untuk mengisi jurang serta mengkaji hubungan antara kesihatan mental
(simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) terhadap kualiti tidur pelajar jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan).

5
1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan seperti berikut:

(i) Apakah tahap kesihatan mental (simptom stres, kebimbangan dan


kemurungan) dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan), UTM Skudai?
(ii) Apakah tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai?
(iii) Apakah hubungan kesihatan mental terhadap kualiti tidur dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM
Skudai?

1.5 Objektif Kajian

Objektif yang dicadangkan untuk penyelidikan ini disenaraikan seperti berikut:

(i) Mengenalpasti tahap kesihatan mental (simpton stres, kebimbangan dan


kemurungan) dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.
(ii) Mengenalpasti tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana
Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.
(iii) Mengenalpasti hubungan kesihatan mental terhadap kualiti tidur dalam
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan),
UTM Skudai.

6
1.6 Hipotesis Kajian

Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental (simptom


stres) terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.
Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental (simptom
kebimbangan) terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana
Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.
Ha3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental (simptom
kemurungan) terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana
Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara faktor kesihatan


mental dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan) iaitu seramai 133 orang pelajar. Pemboleh ubah bebas adalah
kesihatan mental yang terbahagi kepada tiga dimensi iaitu simptom stres,
kebimbangan dan kemurungan, di mana ia akan diukur menggunakan soal-selidik
DASS-21 dalam versi Bahasa Melayu (Musa et al., 2007) . Manakala pemboleh ubah
bersandar pula adalah kualiti tidur, dimana penyelidik menggunakan instrumen yang
telah dibangunkan oleh Kecklund dan Akerstedt (1992) iaitu “Karolinska Sleep
Questionnaire (KSQ)”, dimana soal selidik ini menilai kualiti tidur yang biasa dalam
tempoh tiga bulan sebelumnya.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk memberi pengetahuan kepada orang lain serta boleh
dijadikan sebagai bahan bacaan berkenaan dengan faktor kesihatan mental (simptom
stress, kebimbangan, dan kemurungan) terhadap kualiti tidur. Tambahan lagi, hasil
kajian boleh diambil sebagai rujukan atau panduan kepada penyelidik akan datang

7
yang berminat untuk menjalankan kajian dalam bidang yang sama dengan perbezaan
populasi. Rujukan ini juga berguna kepada penyelidik akan datang untuk memperolehi
pemahaman yang lebih baik berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan
pelajar.

Selain itu, kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada pelajar khususnya di
Sekolah Kejuruteraan. Sekolah Kejuruteraan ini merupakan salah satu sekolah yang
berada di UTM yang melibatkan ramai pelajar daripada pelbagai jurusan yang
mengambil ijazah sarjana muda. Tidak dilupakan, terdapat juga pelajar dari luar negara
yang berada dalam sekolah tersebut. Pelajar dianggap sebagai aset yang penting
kepada sesebuah universiti tersebut. Kajian ini mungkin akan menolong menentukan
faktor kesihatan mental (simptom stress, kebimbangan, dan kemurungan) dan
menentukan tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar di sekolah ini. Peningkatan
dalam kualiti tidur dapat dikenalpasti serta dapat memberi sumbangan kepada pelajar
Sekolah Kejuruteraan khususnya pelajar dari Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan) untuk mengenalpasti strategi atau perspektif dalam
mengurangkan simptom-simptom stres, kebimbangan dan kemurungan dalam
kalangan pelajar serta kehidupan yang lebih baik.

Kesimpulannya, sekiranya kajian ini dilaksanakan terhadap pelajar di Sekolah


Kejuruteraan yang mengambil jurusan Mekanikal (Bahan) dalam memperlihatkan isu
seperti mana dijelaskan di atas, pelajar yang mengambil jurusan ini boleh memperolehi
faedah yang banyak dalam memperbaiki dan mengetahui sejauh mana tahap kesihatan
mental seperti simptom stress, kebimbangan dan kemurungan terhadap kualiti tidur
mereka. Perkara ini juga dapat menyumbang kepada strategi dan langkah-langkah
yang berkesan untuk pelajar dalam menangani isu yang melibatkan masalah ini.

8
1.9 Definisi Konseptual dan Operasional

Kajian ini melibatkan beberapa pemboleh ubah yang menghasilkan hubungan.


Kajian ini juga menerangkan definisi dari segi konseptual dan operasional untuk
memberi penjelasan tentang maksud sebenar pemboleh ubah dalam kajian tersebut.
Merujuk kepada definisi konseptual menunjukkan bahawa satu gambaran definisi oleh
penyelidik terdahulu kepada pemboleh ubah bebas iaitu faktor kesihatan mental serta
pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti tidur.

1.9.1 Kesihatan Mental

Kesihatan mental digambarkan oleh World Health Organization (2004) iaitu


“a state of well-being in which the individual realizes his or her own abilities, can cope
with the normal stresses of life, can work productively and fruitfully, and is able to
make a contribution to his or her community”

Menurut WHO (2004) juga menyatakan bahawa kesihatan mental dan penyakit
mental ditentukan oleh pelbagai faktor seperti sosial, psikologi dan biologi. Antara
bukti yang jelas berkaitan dengan risiko penyakit mental, termasuk tahap pendidikan
serta pendapatan yang rendah. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang
mempengaruhi masalah penyakit mental seperti pengalaman, kebimbangan dan
keputusasaan, perubahan sosial yang cepat, dan penyakit fizikal

Merujuk kajian ini, penyelidik menyatakan bahawa kesihatan mental merujuk


kepada tiga dimensi iaitu simptom stres, kebimbangan dan kemurungan yang dialami
oleh pelajar-pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM
Skudai (Musa et al., 2007).

(i) Stres

Stres menurut Dora (2006) adalah satu rangsangan, tindak balas atau
natijah daripada sesuatu interaksi antara dua individu dimana dalam interaksi

9
itu terdapat ketidakseimbangan antara individu dan persekitarannya. Stres juga
merupakan suatu tindak balas "fight or flight", di mana kejadian ini dicetuskan
dalam otak, yang menandakan sistem saraf autonomi badan untuk
mengaktifkan banyak perubahan antaranya dari segi fisiologi, yang boleh
mengakibatkan reaksi fizikal, emosi, tingkah laku, dan kognitif kepada orang
yang menghadapi stres (Van Berkel & Reeves, 2017). Menurut buku “How to
deal with stress” menyatakan bahawa stres berlaku apabila sesuatu tekanan itu
melebihi kemampuan dan keupayaan kita untuk mengatasinya (Palmer &
Cooper, 2013).

(ii) Kebimbangan

Menurut American Psychiatric Association (2013), kebimbangan boleh


digambarkan sebagai emosi yang dicirikan oleh perasaan ketegangan,
pemikiran yang ragu dan perubahan fizikal seperti peningkatan tekanan darah,
berpeluh, menggeletar, pening, ketegangan urat, dan degupan jantung yang
cepat.

(iii) Kemurungan

Istilah "tertekan" atau "kemurungan" boleh merujuk kepada jenis reaksi


biasa, seketika, atau negatif yang mana simptom ini terikat pada pengalaman
terhadap tekanan atau kekecewaan tertentu (Durbin, 2013). Menurut American
Psychiatric Association (2013) kemurungan itu lebih daripada kesedihan dan
orang yang mengalaminya akan mendapati simptom-simptom seperti
kekurangan minat dan keseronokan dalam aktiviti harian, kehilangan atau
penambahan berat badan, insomnia atau tidur yang berlebihan, kekurangan
tenaga, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian, rasa diri tidak berguna
atau rasa bersalah yang berlebihan, serta pemikiran yang berulang-ulang
seperti hendak membunuh diri. Selain itu, kemurungan juga adalah keadaan
yang berterusan di mana beberapa perasaan, seperti kesedihan,
ketidakberdayaan, dan keputusasaan, menguasai kehidupan seseorang dan
menjadikannya sukar untuk mereka mengatasinya (Fatma & Husain, 2016).
10
1.9.2 Kualiti tidur

Tidur adalah proses yang kompleks di mana badan kita menjalankan beberapa
aktiviti penting. Ia melibatkan kesedaran yang rendah di dunia luar, otot santai serta
pemulihan sistem badan yang membantu membina dan memperbaiki tisu dalam badan
kita (Foundation, 2011).

1.10 Definisi Operasi

Bahagian ini penyelidik menjelaskan istilah-istilah yang telah digunakan


dalam kajian ini. Definisi operasi ialah bagaimana penyelidik mendefinisikan istilah-
istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.10.1 Kesihatan Mental

Merujuk kajian ini, penyelidik menyatakan bahawa kesihatan mental merujuk


kepada tiga dimensi iaitu simptom stres, kebimbangan dan kemurungan yang dialami
oleh pelajar-pelajar universiti di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (Bahan), UTM
Skudai (Musa et al., 2007).

11
(i) Stres

Simpton stres merujuk kepada tindak balas badan terhadap sebarang


perubahan yang memerlukan pelarasan atau tindak balas. Tubuh badan
bertindak balas terhadap perubahan dari segi fizikal, mental, dan emosi. Dalam
kajian ini, penyelidik menyatakan bahawa antara simptom stress yang berlaku
pada pelajar universiti termasuk sukar untuk relaks dan mententeramkan diri,
tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang menghalang mereka untuk
meneruskan apa yang mereka ingin lakukan dan mereka juga sangat mudah
tersentuh terhadap perkara-perkara yang kecil. Selain itu, mereka juga
cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan dan
menggunakan banyak tenaga mereka apabila berada dalam situasi atau keadaan
yang mencemaskan.

(ii) Kebimbangan

Penyelidik mentakrifkan kebimbangan sebagai emosi dan fizikal


dalaman serta luaran yang tidak menyenangkan terhadap pelajar-pelajar
jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan), seperti mengalami
kesukaran untuk bernafas, tercungap-cungap, pernafasan yang laju, serta
perubahan terhadap tindak balas denyutan jantung (bertambah atau berkurang),
walaupun mereka tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengalami perubahan fizikal yang lain
seperti mulut terasa kering, panik, cemas, tangan mengeletar dan takut secara
tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah.

(iii) Kemurungan

Kemurungan adalah sama dengan kebimbangan dalam banyak cara,


dan kedua-duanya dikaitkan. Menurut penyelidik, orang yang mengalami
kemurungan akan mengalami beberapa simptom-simptom terutama sekali dari
segi emosi. Antaranya adalah, mereka tidak mempunyai apa-apa yang
diharapkan, sedih dan murung yang berpanjangan, tiada semangat untuk

12
melakukan sesuatu perkara dan mereka juga merasakan hidup ini tidak
bermakna dan menganggap diri mereka tidak berharga kepada orang lain.
Bukan itu sahaja, mereka juga sukar untuk memotivasikan diri mereka untuk
menjadi lebih positif.

1.10.2 Kualiti Tidur

Merujuk kajian ini, instrumen yang digunakan oleh penyelidik dalam


mengukur kualiti tidur adalah “Karolinska Sleep Questionnaire (KSQ)”, dimana
instrumen ini mempunyai 10 item yang mengukur tiga dimensi iaitu status tidur,
kesusahan tidur dan kesusahan pada siang hari (Kecklund & Åkerstedt, 1992). Bagi
dimensi status tidur, penyelidik mentakrifkan secara umum berkenaan dengan kualiti
tidur sepanjang bulan yang lalu. Berkenaan dengan dimensi kesusahan tidur,
penyelidik ingin mengenalpasti kekerapan yang dialami oleh pelajar seperti kesusahan
untuk tidur, tidur yang tidak lena, kesukaran untuk tidur semua setelah terjaga daripada
waktu malam dan terjaga sebelum tiba waktunya. Bagi dimensi yang terakhir,
penyelidik mentakrifkan kesusahan pada siang hari seperti kesukaran untuk bangun
daripada tidur pada waktu pagi, tidak merasa segar apabila bangun, keletihan mental
semasa waktu siang, berasa letih apabila bangun dan mengantuk semasa bekerja.

1.11 Kesimpulan

Merujuk kepada bahagian ini, penyelidik telah memberikan penyataan


mengenai latar belakang kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian dan skop kajian. Secara amnya, bahagian ini menolong
memberikan bimbingan kepada pembaca dalam memahami dengan lebih baik tentang
kajian ini.

13
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Berdasarkan bahagian ini, penyelidik telah membahagikan kepada tujuh


bahagian. Gambaran yang pertama adalah mengenai konsep kesihatan mental dan
kualiti tidur, diikuti dengan teori yang berkaitan dengan kesihatan mental, teori kualiti
tidur dan hubungan antara kesihatan mental dan kualiti tidur. Selain itu, penyelidik
juga turut membincangkan tentang kerangka kajian dan kajian-kajian yang lepas.
Akhir sekali, bahagian terakhir dalam bab ini adalah, penyelidik akan membuat
kesimpulan secara ringkas dan isi-isi penting daripada kata kunci kajian lepas yang
telah dibuat.

2.2 Kesihatan Mental

Kesihatan mental merujuk kepada bagaimana individu membuat penilaian


terhadap kehidupan mereka. Diener (2009) menjelaskan bahawa penilaian ini mungkin
dalam bentuk kognitif atau kesan. Bahagian yang berbentuk kognitif adalah penilaian
berasaskan maklumat mengenai kehidupan seseorang apabila seseorang itu diberi
penilaian dalam keadaan sedar tentang kepuasan dalam kehidupannya secara
keseluruhan manakala bahagian yang berbentuk kesan pula adalah penilaian hedonik
yang dipandu dan dikawal oleh emosi dan perasaan seperti kekerapan yang mana orang
kadangkala akan mengalami suasana yang menyenangkan dan tidak menyenangkan
sebagai tindak balas terhadap pendedahan mereka kepada situasi yang dihadapi oleh
mereka (Wani, 2018).

Penyelidik telah membahagikan kesihatan mental kepada tiga aspek iaitu


simptom stres, kebimbangan dan kemurungan.

15
2.2.1 Stres

Konsep stres telah dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dalam


pelbagai cara. Menurut Lait (2000), stres dikenali sebagai daya yang boleh memberi
kesan kepada individu (stressor), boleh ditentukan melalui hasil (ketegangan) dan stres
juga dianggap sebagai keadaan psikologi atau persepsi daripada individu itu sendiri
(simptom stres) . Selain itu, stress juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah tindak balas
penyesuaian seseorang terhadap rangsangan yang mempengaruhi kepada permintaan
fizikal dan psikologi seseorang (McKenna, 2000). Selain itu, stres juga dapat
dijelaskan sebagai pengalaman emosi negatif yang menyebabkan berlakunya
perubahan dari segi biokimia, fisiologi, kognitif dan tingkah laku yang membantu
menghasilkan atau menyesuaikan kesan (Mullins, 2007). Selanjutnya, tidak semua
kajian terdahulu jelas menerangkan tentang konsep stress. Dari definisi stress yang
telah diberikan tadi, boleh dilihat bahawa stress memberi kesan kepada seseorang
secara fizikal dan psikologi. Sangat penting untuk mengetahui konsep stress bagi
menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dengan bentuk-bentuk stress yang lebih
spesifik lagi berkaitan dengan kajian ini.

2.2.1.1 Model Sindrom Adaptasi Am (GAS)

Sindrom Adaptasi Am (GAS) oleh Selye (1956) adalah model stres yang paling
menonjol yang menerangkan stres dari segi biologi. Menurut Selye (1956), tubuh
badan akan menjalani beberapa peringkat sebagai tindak balas terhadap tekanan yang
berterusan. Menurutnya lagi, stres merupakan gerakbalas yang tidak khusus terhadap
mana-mana tekanan, manakala penegang pula ditakrifkan sebagai agen yang boleh
menimbulkan ketegangan pada bila-bila masa. Ini bermakna, penegang adalah
merujuk kepada berbagai-bagai jenis stress atau tuntutan dari persekitaran luar yang
boleh menimbulkan tindak balas stress. Selain itu, terdapat beberapa tindak balas yang
mempengaruhi beberapa aspek. Antara tindak balas terhadap rangsangan termasuk (a)
kesan langsung tekanan pada organisme, (b) tindak balas dalaman yang merangsang
pertahanan tisu untuk memusnahkan ancaman yang merosakkan, dan (c) tindak balas
dalaman yang menyebabkan penyerahan tisu dengan menghalang pertahanan yang
tidak perlu atau berlebihan (Rice, 2012).

16
Terdapat tiga peringkat teori Sindrom Adaptasi Am iaitu tahap renjatan (Alarm
Stage), tahap penahanan (Resistance Stage) dan tahap kelesuan (Exhaustion Stage)
(Selye, 1956).

1) Peringkat Penggera/Renjatan (Alarm Stage)

Semasa fasa pertama, tubuh mencetuskan penggera atau renjatan yang


menanggapi bahaya atau ancaman segera (Barlow & Durand, 2011). Pada tahap ini
juga, tubuh akan menghasilkan reaksi pertama terhadap stress. Sekiranya tahap stress
itu terlalu teruk, ia boleh menyebabkan kematian tetapi jika stress tidak begitu teruk,
tubuh akan mengalami sedikit renjatan dan pulih serta memasuki tahap kedua iaitu
tahap penahanan.

2) Tahap Rintangan/Penahanan (Resistance Stage)

Pada tahap ini, tubuh akan bertahan terhadap stress yang dihadapi buat
beberapa ketika. Tahap rintangan boleh dianggap sebagai percubaan untuk bertahan
hidup melalui penggunaan seimbang mekanisme pertahanan sintetik dan catatoxic
tubuh untuk mempermudahkan kesinambungan organisma dan tekanan (Selye, 1956).
Apabila keamatan tekanan stress terlalu banyak dikendalikan oleh badan, maka ia akan
memasuki tahap ketiga iaitu kelesuan.

3) Peringkat Keletihan/Kelesuan (Exhaustion Stage)

Pada masa ini, aktiviti endokrin meningkat; Tahap peredaran kortisol yang
tinggi mula memberi kesan negatif pada sistem peredaran darah, pencernaan, imun dan
lain-lain (Rice, 2012). Pada tahap ini, tahap penahanan yang tinggi tidak boleh
dikekalkan secara teratur. Ini menyebabkan tubuh mengalami kerosakan kekal atau
kematian (Selye, 1956). Tambahan pula, sekiranya stress tidak berkurangan,
ketahanan diri akan menjadi lemah dan tidak berupaya untuk melawan stress. Jika
stress yang dihadapi itu berkurangan ataupun tubuh telah lazim dengan stress tersebut,

17
maka keadaan tubuh akan kembali ke tahap sediakala. Ini bermakna, manusia sentiasa
menghadapi stress dan setiap kali ia berhadapan dengannya, inilah rupa bentuk reaksi
tubuh terhadap stress tersebut. Rajah 1 di bawah menunjukkan model Selye berkenaan
dengan stress.

Rajah 1 Model Sindrom Adaptasi Am oleh Rice (2012)

2.2.2 Kebimbangan

Perkataan ‘anxiety’ atau kebimbangan lahir daripada perkataan ‘anger’ dan


‘anxus’ yang bermaksud mencengkam perasaan (throttle). Dalam erti kata lain
kebimbangan adalah hubungan perasaan yang dicengkam atau mempunyai perasaan
terhalang. Dan akhirnya perasaan bimbang ini seringkali dikaitkan bersama perasaan
tegang dan tidak selesa. Keadaan ini mungkin akan mencapai ke tahap di mana
individu tersebut menjadi tegang dari segi emosi dan fizikal serta menyebabkan
berlakunya tingkah laku yang tidak terurus (Trimmer, 1970).

2.2.2.1 Teori Kebimbangan Keadaan –Trait

Spielberger (2010) telah membincangkan dua jenis kebimbangan, iaitu


kebimbangan keadaan dan kebimbangan trait. Kebimbangan keadaan adalah suatu
keadaan emosi yang sementara dan diikuti dengan perasaan tegang dan cemas serta

18
peningkatan terhadap aktiviti pada sistem saraf autonomik. Kebimbangan keadaan
berubah dari segi kekuatan bergantung kepada masa. Beliau juga menyatakan bahawa
kebimbangan keadaan bertambah apabila seseorang individu berhadapan dengan
sesuatu tekanan seperti beban kerja yang berlebihan dan sebagainya. Kebimbangan
trait pula serupa dengan ciri-ciri sahsiah. Kebimbangan trait ialah pengamatan
semulajadi kepada situasi yang dianggap oleh individu itu sebagai suatu yang
mengancam atau tidak kepada dirinya. Individu yang mempunyai ciri-ciri
kebimbangan trait yang tinggi cenderung mengamati sesuatu situasi tersebut sebagai
satu ancaman berbanding dengan individu yang mempunyai kebimbangan trait yang
rendah

Selain itu, teori kebimbangan keadaan-trait menyediakan rangka rujukan


konseptual untuk mengklasifikasikan pembolehubah utama yang perlu
dipertimbangkan dalam penyelidikan kebimbangan dan mencadangkan kemungkinan
hubungan antara pembolehubah ini. Teori ini berkaitan dengan mengklarifikasi sifat-
sifat A-state dan A-trait psikologi konstruk, dan dengan menyatakan ciri-ciri keadaan
rangsangan stres yang membangkitkan perbezaan tahap A-state dalam diri seseorang
yang berbeza dalam A-trait. Teori ini juga mengiktiraf sentraliti penilaian kognitif
dalam evocation keadaan kebimbangan, dan kepentingan proses kognitif serta motor
(mekanisme pertahanan) yang berfungsi untuk menghapuskan atau mengurangkan
keadaan kebimbangan (Spielberger, 2013).

Satu gambar rajah skematik Teori Kebimbangan Trait-State dibentangkan


dalam Rajah 2 yang menyediakan analisis keratan rentas terhadap fenomena
kebimbangan. Teori ini mengandaikan bahawa kebangkitan keadaan kecemasan
melibatkan proses atau urutan peristiwa yang diperintahkan secara sementara yang
dimulakan oleh rangsangan luar atau dalaman yang dianggap sebagai suatu keadaan
yang berbahaya ataupun mengancam kepada individu tersebut. Contoh-contoh tegasan
luaran yang mungkin menimbulkan tindak balas kebimbangan adalah bahaya yang
pasti dihadapi oleh askar dalam pertempuran seperti mendapatkan kecederaan atau
kematian. Mana-mana rangsangan dalaman yang menyebabkan individu berfikir atau
menjangkakan situasi yang berbahaya atau menakutkan juga boleh membangkitkan
tahap A-State yang tinggi. Sebagai contoh, pelajar yang tiba-tiba ingat bahawa dia

19
telah gagal untuk menyiapkan persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang
dijadualkan mungkin mengalami peningkatan mendadak dalam A-State. (Spielberger,
2013).

Rajah 2 Teori kebimbangan Keadaan-Trait (Spielberger, 2013)

2.2.3 Kemurungan

Menurut Diagnostik dan Statistik Edisi Kelima (American Psychological


Association, 2013) kemurungan adalah keadaan mood yang rendah dan keengganan
untuk aktiviti yang boleh mempengaruhi fikiran, tingkah laku, perasaan dan
kesejahteraan seseorang (Alkhatib et al.). Ia juga boleh menjadi tindak balas biasa
terhadap kejadian kehidupan tertentu, gejala beberapa keadaan perubatan, atau kesan
sampingan beberapa ubat atau rawatan perubatan. Suasana depresi juga bersekutu
dengan sindrom psikiatri tertentu seperti kemurungan klinikal. Dalam konteks klinikal,
istilah kemurungan tidak hanya merujuk sebagai keadaan mood depresi tetapi juga
terdiri daripada sindrom yang terdiri daripada gangguan mood, perubahan psikomotor
dan pelbagai jenis gangguan somatik dan vegetatif (Willner, 1985). Teori integratif
etiologi gangguan mood menganggap interaksi biologi, psikologi dan dimensi sosial

20
mempunyai hubungan yang kuat dengan kemurungan (Barlow & Durand, 2011). Oleh
itu, dapat dikatakan bahawa konsep kemurungan memainkan peranan penting dalam
kajian kesihatan mental.

2.2.3.1 Teori Kemurungan Kognitif Beck

Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck tahun 1967.
Menurut Beck (1979) kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap
dan pemikiran individu yang negatif iaitu gejala dan tanda-tanda menunjukkan
kemurungan adalah akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram. Pemilihan Teori
Kemurungan Beck merujuk kepada kesesuaian teori ini dengan kajian yang dijalankan.
Teori ini juga mengatakan perubahan dalam pemikiran seseorang adalah berpunca
kepada kemurungan. Clak dan Beck (1999) menyatakan individu yang mengalami
kemurungan biasanya mempunyai pemikiran yang tidak tenteram. Model Beck telah
menghuraikan tiga konsep asas psikologikal yang mengakibatkan kemurungan iaitu
konsep kognitif tiga penjuru, skema dan alat. Untuk menerangkan tingkah laku
kemurungan, konsep tiga penjuru kognitif digunakan. Mengikut teori ini kemurungan
yang berlaku pada seorang individu adalah akibat daripada tiga cara pemikiran (The
Cognitive Triad). Mereka yang murung lebih cenderung mempersepsikan diri sendiri,
pengalaman masa depan mereka sebagai satu pemahaman yang negatif dan tidak
realistik.

Skema pula merupakan satu tanggapan yang tidak fleksibel akibat daripada
kepercayaan atau andaian pengalaman masa lalu. Clak dan Beck (1999) menyatakan
skema digunakan untuk menggambarkan struktur kognitif. Skema merupakan
penglibatan struktur kognitif di antara input rangsangan dan tindak balas personaliti.
Skema mengandungi gabungan organisasi daripada nilai kepercayaan dan andaian
yang berhubung dengan objek, kejadian atau persekitarannya. Skema juga akan
berfungsi sebagai rangsangan scanners, menapis maklumat, interpretasi dan
mengekodkan maklumat (Clak & Beck, 1999). Mereka yang murung sering
mempunyai kesilapan struktural dan pemikiran. Ia mempunyai hubungan dengan sikap
salah tafsir terhadap sesuatu situasi. Mereka yang murung juga akan membesar-
besarkan tanggungjawab dan celaan terhadap diri sendiri. Untuk melihat dan

21
menerangkan masalah kemurungan, Beck (1967) telah mengaplikasikan Model
Kognitif Pembelajaran Sosial. Menurut beliau ketidakfungsian kognitif merupakan
pusat kepada fenomena kemurungan.

Konsep Beck’s Negative Cognitive Triad, menerangkan tentang tiga pemikiran


negatif manusia iaitu tentang dirinya, dunia dan masa depan yang difikirkannya (Sachs
et al., 2007). Pemikiran negatif terhadap diri adalah bagaimana individu akan melihat
dirinya dalam kerangka yang negatif iaitu menganggap dirinya sebagai serba
kekurangan dan tidak bernilai. Keadaan ini akan menyebabkan individu
mengatribusikan perasaan tersebut dengan keadaan fizikal, mental dan moral dan
seterusnya menolak dirinya sendiri daripada sebarang aktiviti. Manakala, pemikiran
negatif yang diwujudkan terhadap persekitaran atau dunia menerangkan bahawa
individu yang murung biasanya membuat interpretasi bahawa interaksinya dengan
persekitaran adalah gagal dan tidak berjaya. Perkara ini juga dapat merasakan
kehidupannya sentiasa terhalang dan tidak berdaya untuk mengatasinya. Pemikiran
individu yang menanggap masa depannya sebagai negatif pula adalah dengan melihat
masa depannya sebagai negatif. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan indvidu
merasakan masa depannya tidak berguna dan tiada harapan. Rujuk rajah 3:

Rajah 3 Model kognitif Beck dalam kemurungan (Beck, 1991, pg 368).

Kepercayaan tidak berfungsi adalah faktor kelemahan (a diatesis). Apabila


diaktifkan oleh peristiwa alam sekitar yang sesuai (stres), kepercayaan yang tidak

22
berfungsi ini membawa seseorang yang terdedah kepada kemurungan untuk mentafsir
pengalaman dalam cara yang negatif dan diputarbelitkan. Tafsiran negatif ini,
seterusnya, membawa kepada pandangan negatif terhadap diri sendiri, dunia
seseorang, dan masa depan seseorang. Kepercayaan ini, yang mana Beck merujuk
sebagai triad kognitif negatif, dilihat sebagai gejala utama kemurungan, yang
menimbulkan ciri-ciri gangguan lain, termasuk somatik (kesukaran untuk tidur),
motivasi (pasif) dan gangguan (kesedihan) (Beck, 1991)

2.3 Kelaziman Kesihatan Mental dalam kalangan pelajar universiti

Terdapat beberapa hasil peratusan yang mengfokuskan ketiga-tiga simptom ini


iaitu stres, kebimbangan dan kemurungan. Hasil yang diperolehi adalah berbeza-beza
bergantung kepada kajian yang dibuat. Berdasarkan kajian yang telah di buat oleh
Lemma et al. (2012) sebanyak 34.1% (864) pelajar-pelajar universiti di Ethiopia
direkod mengalami masalah stres yang sederhana sehingga ke tahap yang lebih teruk,
manakala 58% (1,369) pelajar mengalami masalah kebimbangan dan 50.8% (1,294)
pelajar mengalami masalah kemurungan tahap sederhana sehingga tahap yang kritikal.

Kajian yang sama dibuat di Universiti Iran oleh Najafi Kalyani, Jamshidi,
Salami, dan Pourjam (2017) telah mencatatkan peratusan yang tinggi berbanding
kajian di atas dimana sebanyak 72.3% pelajar mempunyai masalah stres (47.5% stres
yang sederhana dan 24.8% lagi mengalami stres yang teruk), 40.3% mempunyai
masalah kebimbangan (32.4% kebimbangan yang sederhana dan 7.9% kebimbangan
yang teruk), dan sebanyak 51% pelajar universiti mengalami masalah kemurungan
(36.3% kemurungan yang sederhana dan 14.7% kemurungan yang teruk).

Seterusnya kajian yang dibuat oleh Seun-Fadipe dan Mosaku (2017a) telah
menunjukkan hasil di mana seramai 123 pelajar (24.4%) mengalami masalah
psikologikal ‘distres’, 83 pelajar (16.4%) mengalami masalah kebimbangan, dan 64
pelajar (12.7%) pernah mengalami simptom-simptom kemurungan. Oleh itu, secara

23
kesimpulannya, kebanyakkan pelajar-pelajar universiti terlibat dalam permasalahan
dari segi psikologikal khususnya stres, kebimbangan, dan kemurungan.

2.4 Kualiti Tidur

Banyak pengetahuan yang telah dikumpulkan dalam mengkaji tingkah laku


tidur / bangun termasuk pemerhatian semulajadi, perubahan patologis, dan manipulasi
percubaan. Kesimpulan yang menjadi prinsip asas neurobiologi tidur ialah, tidur
dikaitkan dengan salah satu sistem yang ada dalam diri setiap individu iaitu sistem
saraf pusat. Bagi memahami bagaimana otak menghasilkan tidur adalah dengan
mengenal pasti mekanisme neural yang diperlukan serta kecukupan untuk
menghasilkan mekanisme neural tersebut. Di setiap kawasan otak, neuron mengubah
kadar atau corak pergerakan bergantung kepada perubahan sesuatu keadaan (Steriade
& Hobson, 1976). Tambahan pula, konsep umum mengenai neurosains tidur telahpun
muncul melalui kemajuan-kemajuan teknologi dan beberapa penemuan sebelumnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa model yang telah dicadangkan untuk
menjelaskan peraturan tidur dan bangun. Satu model sedemikian mencadangkan
bahawa peraturan kitaran tidur-bangun ini ditadbir oleh dua proses iaitu (Borbély,
1982):

2.4.1 Model Peraturan Tidur-Bangun (Model of Sleep Regulation)

Proses S adalah proses homeostatik yang bergantung kepada tempoh sebelum


tidur dan bangun. Istilah "homeostasis" merujuk kepada fasilitasi pampasan yang
mendalam, berterusan, dan episod tidur yang panjang ketika tidur dimulakan selepas
episod terjaga yang panjang (Borb & Achermann, 1999). Selain itu, homeostasis juga
merujuk kepada mekanisme pengawalseliaan yang mengekalkan kekekalan fisiologi
organisma. Menurut Borbély (1982), tidur mempunyai sistem pengawalseliaan yang
membolehkan organisma mengimbangi sekiranya seseorang individu itu kekurangan
tidur ataupun tidur yang berlebihan. Selain itu, proses homeostatik tidur pada dasarnya
boleh digambarkan sebagai peningkatan terhadap tekanan tidur semasa terjaga dan
pelesapannya semasa tidur, seperti yang diukur oleh aktiviti elektroensefalografik

24
(EEG) yang perlahan (Borbély, 1982). Aktiviti gelombang lambat ditakrifkan sebagai
kuasa spektrum elektroencephalogram (EEG) dalam julat frekuensi kira-kira 0.5 - 4.0
atau 4.5 Hz.

Mekanisme homeostatik mengatur intensiti tidur, sementara circadium hour


mengatur waktu tidur. Eksperimen awal menunjukkan bahawa kekurangan tidur
mempunyai kesan besar ke atas regulasi homeostatik tidur, tetapi hanya mempunyai
kesan kecil dan tidak berpengaruh pada perentak jantung circadian. Kekurangan tidur
selalunya membawa kepada peningkatan dalam aktiviti gelombang perlahan semasa
tidur (pemulihan). Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan
pada tingkah laku, fisiologi dan molekul. Tekanan tidur homeostatik yang semakin
meningkat semasa terjaga dipengaruhi oleh kecenderungan tidur circadian yang
menurun. Sebaliknya, kecenderungan tidur circadian yang meningkat dapat berfungsi
untuk mengatasi tekanan tidur homeostatik yang menurun, sehingga menjamin
penyelenggaraan tidur.

Proses C pula adalah proses circadian yang bebas daripada tempoh sebelum
tidur dan bangun. Proses ini berada di bawah kendalian pengayun circadian bebas,
yang menentukan kecenderungan rhythmic untuk tidur dan bangun. Dalam erti kata
lain, setiap orang mempunyai pemanduan dalaman terhadap tidur dan bangun pada
masa tertentu tanpa mengira tempoh tidur atau bangun. Model ini bergantung pada
andaian bahawa dua proses berasingan mendasari peraturan tidur. Satu proses itu
sendiri adalah fungsi tidur dan bangun, sedangkan proses yang lain dikendalikan oleh
pengayun circadian. Kecenderungan tidur diandaikan ditentukan oleh tindakan
gabungan kedua-dua proses yang digambarkan dalam Rajah 4.

25
Rajah 4 Model of Sleep Regulation (Borbély, 1982, pg 195-204)

Bahagian atas angka menunjukkan penurunan eksponen aktiviti gelombang


lambat semasa tempoh tidur berikutan tempoh bangun biasa (garis berterusan) dan
penjagaan yang berpanjangan (garisan terganggu).

Garis putus yang nipis mengganggu nilai antara dua tempoh tidur berturut-turut
dan mewakili peningkatan kecenderungan SWS (slow wave sleep) dengan
perkembangan bangun. Perhatikan bahawa pemalar masa bagi bahagian peningkatan
proses lebih panjang daripada bahagian yang semakin menurun. Bahagian bawah
gambar menunjukkan tempoh masa proses S yang diperolehi daripada nilai-nilai
aktiviti gelombang lambat yang diukur semasa tidur dan dari kecenderungan
gelombang lambat interpolasi semasa bangun.

Dalam model, Proses S dianggap sebagai komponen utama tidur yang


bergantung kepada kecenderungan tidur. Yang terakhir ini dianggap sebagai gabungan
hasil Proses S dan proses tidur circadian (Proses C). Tahap proses C sepadan dengan
komponen circadian kecenderungan tidur. Tahap ini mengandaikan bahawa ia dikawal
oleh pengayun circadian yang tidak terjejas oleh kejadian terjaga dan tidur. Fungsi

26
minimum sinus yang mewakili Proses C ditetapkan untuk 1600 jam, maksima untuk
0400 jam. Untuk memvisualkan kesan gabungan kedua-dua proses, fungsi negatif
(imej cermin) Proses C (yang ditetapkan C) telah diplotkan dalam Rajah 4. Kecekapan
tidur keseluruhan yang sepadan dengan penjumlahan S dan C, oleh itu diwakili dengan
perbezaan antara S dan C.

Curve C boleh dianggap sebagai mencerminkan variasi circadian dari "ambang


tidur" iaitu yang paling tinggi apabila kecenderungan tidur circadian berada di tahap
yang paling rendah (iaitu pada sebelah petang). Jurang yang melebar antara kedua-dua
lengkung pada waktu petang dari tempoh masa yang tetap menunjukkan peningkatan
dalam kecenderungan tidur keseluruhan. Sekiranya tempoh bangun dilanjutkan 24 jam
melebihi tempoh biasa, pemisahan lengkung terus meningkat. Walaubagaimanapun,
disebabkan kenaikan anggota C, perbezaan antara lengkung menurun pada bahagian
pertama hari sebelum meningkat semula pada waktu petang. Selepas kekurangan tidur,
kecenderungan tidur dan tahap aktiviti gelombang perlahan lebih tinggi daripada
selepas tempoh yang teratur. Walau bagaimanapun, disebabkan penurunan eksponen
Proses S, tempoh tidur seseorang tidak terlalu lama.

2.5 Kelaziman Kualiti Tidur

Terdapat juga beberapa kajian yang berkaitan dengan kualiti tidur khususnya
pelajar-pelajar universiti. Merujuk kepada Najafi Kalyani et al. (2017), keputusan
yang diperoleh daripada kajian ini menunjukkan bahawa hampir separuh daripada
pelajar (46.4%) mempunyai skor PSQ ≥ 5 yang membawa maksud kualiti tidur mereka
adalah tidak baik. Dalam kajian Lemma et al. (2012) , Sebilangan besar (55.8%)
responden dikelaskan sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai kualiti tidur yang
kurang baik.

Lima et al. (2002) telah melaporkan dalam kajian mereka tentang corak tidur
pelajar perubatan di Brazil dimana sebanyak 42.3% pelajar menghadapi gangguan
tidur. Dalam kajian lain yang telah dilakukan terhadap murid-murid di Brazil,

27
Mesquita dan Reimão (2010a) melaporkan kualiti tidur yang tidak baik adalah
sebanyak 60.38% pelajar dan 39.72% melaporkan bahawa kualiti tidur mereka adalah
baik. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan Ardani (2012) terhadap pelajar
perubatan juga menunjukkan bahawa 39.8% pelajar berhadapan dengan skor PSQ ≥ 5
di mana kualiti tidur mereka adalah kurang baik.

Seterusnya, penelitian yang telah dibuat oleh Seun-Fadipe dan Mosaku (2017a)
telah menunjukkan bahawa 253 daripada 520 orang pelajar diklasifikasikan sebagai
tidur yang tidak baik. Tambahan lagi, kualiti tidur secara subjektif dinilai buruk atau
sangat buruk oleh 62 pelajar (12.3%) manakala sekitar dua pertiga (67.9%)
mempunyai kecekapan tidur yang baik. Secara kesimpulannya, kebanyakan pelajar-
pelajar universiti terlibat dalam permasalahan dari segi kualiti tidur mereka.

2.6 Kajian-Kajian Lepas

Kajian-kajian yang lepas telah menyatakan bahawa simptom stres,


kebimbangan dan kemurungan adalah faktor-faktor penyumbang kepada kualiti tidur
yang lemah. Satu kajian yang telah dilakukan oleh Roane dan Taylor (2008) yang
bertajuk “Adolescent Insomnia as a Risk Factor for Early Adult Depression and
Substance Abuse” telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara Insomnia
dan gangguan mental. Penelitian ini juga mengatakan bahawa insomnia dapat
meningkatkan risiko berkembangnya masalah mental sekaligus meningkatkan
keparahannya.

Selain itu, penelitian yang telah dibuat oleh Milojevich dan Lukowski (2016)
juga telah menyatakan bahawa kualiti tidur yang tidak baik mempunyai hubungan
yang positif terhadap peningkatan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan,
kemurungan, dan aduan somatik. Data-data ini juga menunjukkan bahawa kualiti tidur
global yang rendah secara umum dikaitkan dengan kesihatan mental yang berkurangan
di kalangan pelajar universiti.

28
Menurut Wallace, Boynton, dan Lytle (2017), mereka melaporkan bahawa
pelajar terutamanya sering menghadapi masalah stres seperti peralihan ke kolej,
perubahan gaya hidup, berat badan, pengurusan pengajaran, kerja dan kehidupan
keluarga, masalah hubungan dan sebagainya. Faktor-faktor ini secara tidak langsung
boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap simptom-simptom stress dan
tidur yang kurang baik. Oleh itu, secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa masalah
stres yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini sangat dikaitkan serta mempunyai
hubungan terhadap kualiti tidur yang lemah.

Bukan itu sahaja, selain daripada stres, banyak penyelidikan mendokumenkan


tahap kebimbangan dan kemurungan yang tinggi serta masalah tidur yang dihadapi
oleh pelajar universiti (Macaskill, 2013). Beberapa kajian menyatakan bahawa
kebimbangan merupakan mempunyai hubungan yang positif terhadap kualiti tidur
seseorang (Jansson & Linton, 2006; Morphy, Dunn, Lewis, Boardman, & Croft, 2007).
Begitu juga dengan kemurungan, masalah tidur juga dikaitkan dengan penyakit depresi
yang lebih teruk (Jansson-Fröjmark & Lindblom, 2008).

Lemma et al. (2012) telah menjalankan sebuah kajiannya yang bertajuk kualiti
tidur dan hubungan psikologinya dalam kalangan pelajar universiti di Ethiopia.
Sebanyak dua buah universiti telah terlibat dalam kajian beliau iaitu Universiti
Haramaya, Ethiopia Timur dan satu lagi di sebuah Universiti Gondar yang terletak di
Ethiopia Barat Utara. Dalam kajian ini, seramai 2817 responden yang terdiri daripada
pelajar tetap dari tahun kedua hingga tahun akhir menjadi responden dan mereka perlu
menjawab boring soal-selidik yang telah diberikan. Hasil daripada kajian ini telah
menunjukkan bahawa tahap stres, kebimbangan dan kemurungan mempunyai
hubungan yang positif atau perkaitan dengan kualiti tidur. Kajian menunjukkan
bahawa tahap stres dan gejala kemurungan yang ditemui sangat dikaitkan dengan
kualiti tidur yang kurang baik. Di samping itu, tahap kecemasan yang sederhana
hingga sangat teruk juga mempunyai kaitan yang positif dengan kualiti tidur yang
kurang baik. Ini membawa maksud kualiti tidur yang tidak baik akan meningkat
sekiranya kesihatan mental mereka iaitu stres, kebimbangan dan kemurungan mereka
meningkat.

29
Selain itu, satu kajian telah dibuat di Iran oleh Najafi Kalyani et al. (2017) yang
bertajuk Penyiasatan Hubungan antara Pembolehubah Psikologi dan Kualiti Tidur
dalam kalangan Pelajar Sains Perubatan. Sampel kajian ini merangkumi semua pelajar
yang belajar di Fasa Universiti Sains Perubatan pada tahun akademik 2012-2013 untuk
tiga peringkat Doktor Falsafah, sarjana muda, dan bersekutu. Seramai 278 pelajar telah
menjadi responden dimana 97 pelajar (35%) adalah lelaki dan 181 pelajar (65%)
adalah perempuan. Bagi penyiasatan hubungan antara pembolehubah yang dikaji
berdasarkan pekali korelasi Pearson, hasil daripada kajian ini mendapati bahawa stres,
kebimbangan, dan kemurungan pelajar di universiti mempunyai hubungan yang positif
terhadap kualiti tidur mereka (𝑃 <0.05). Penyelidik menjelaskan bahawa keputusan
yang diperoleh dari kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara
statistik antara stres, kebimbangan dan nilai kemurungan pelajar dan kualiti tidurnya,
sehingga kualiti tidur mereka berkurangan apabila stres, kebimbangan, dan nilai
kemurungan meningkat. Boleh dikatakan bahawa semakin tinggi tahap kesihatan
mental yang dialami oleh seseorang menyebabkan kualiti tidur yang tidak baik juga
turut meningkat

Seterusnya adalah kajian yang telah dibuat oleh Seun-Fadipe dan Mosaku
(2017a) di sebuah universiti di Nigeria. Tajuk kajian yang dilakukan oleh pengkaji
adalah berkenaan dengan kualiti tidur dan psikologi ‘distress’ di kalangan pelajar
siswazah di Nigeria dan saiz sampel yang terdiri daripada 520 responden dipilih untuk
meningkatkan kebolehpercayaan (reliability) dalam kajian ini. Berdasarkan dapatan
kajian yang diperolehi, hasil kajian telah mendapati bahawa tekanan psikologi (stres),
kemurungan, dan kebimbangan mempunyai hubungan yang ketara dengan kualiti tidur
yang lemah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang
positif antara skor kualiti tidur global dan skor GHQ (General Health Questionaire),
skor kemurungan, dan skor kebimbangan pada HADS (Hospital Anxiety-Depression
Scale). Ini menunjukkan bahawa kualiti tidur semakin bertambah buruk apabila
tekanan psikologi (stres), kebimbangan dan gejala kemurungan meningkat.

Kajian dari Mesquita dan Reimão (2010b) yang bertajuk stres dan kualiti tidur
di sekolah menengah di Brazil. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 160 remaja

30
daripada kedua-dua jantina, yang berumur antara 15 hingga 18 tahun dan kesemua
daripada mereka turut dijadikan sebagai sampel . Hasil daripada kajian mendapati
bahawa 23.53% pelajar stres dan 45.33% orang yang tidak stress tidur dengan baik
manakala 76.47% pelajar stres dan 54.67% mereka yang tidak stres tidak dapat tidur
dengan baik. Ini bermaksud bahawa tahap stress yang dialami oleh pelajar
menyumbang kepada peningkatan peratusan tidur yang lemah.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kajian yang telah dijalankan di Arab Saudi oleh
Almojali, Almalki, Alothman, Masuadi, dan Alaqeel (2017) yang bertajuk ‘The
prevalence and association of stress with sleep quality among medical students’.
Dalam kajian tersebut, seramai 306 pelajar kolej perubatan daripada Arab Saudi telah
menjadi responden dalam kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi,
kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan (positif) diantara
stres dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar perubatan di Arab Saudi. Perkara ini
telah menjelaskan bahawa tahap stres yang tinggi adalah peramal utama dan
penyumbang kepada kualiti tidur yang kurang baik.

Ini adalah sama dengan penemuan kajian baru-baru ini yang dijalankan di
Pakistan oleh Waqas, Khan, Sharif, Khalid, dan Ali (2015) yang bertajuk “Association
of academic stress with sleeping difficulties in medical students of a Pakistani medical
school ”. Kajian keratin rentas ini dilakukan di Hospital Tentera Gabungan Kolej
Lahore (CMH LMC) dan Institut Pergigian, Lahore (Pakistan) selepas diluluskan oleh
Jawatankuasa Etika Penyelidikan CMM LMC. Seramai 720 pelajar perubatan dari
semua kursus tahunan program telah dimasukkan dan saiz sampel yang diperlukan
adalah seramai 251 peserta. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, hasil mendapati
bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan yang kuat diantara tidur yang
lemah dan stres akademik. Penyelidik menjelaskan lagi bahawa peningkatan kualiti
tidur yang kurang baik di kalangan pelajar yang tertekan adalah 82%, manakala di
kalangan pelajar yang tidak tertekan, hanya 69.8% yang kurang tidur. Boleh
disimpulkan bahawa kualiti tidur yang tidak baik dipengaruhi oleh tahap kesihatan
mental yang di alami oleh pelajar universiti.

31
Di samping itu, kajian Xu et al. (2012) yang bertajuk Kualiti tidur remaja di
China serta faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Sebanyak 5513 borang soal
selidik telah diserahkan kepada peserta, dan 5396 (97.9%) mengembalikan borang soal
selidik tersebut. Mereka memperolehi 5226 borang soal selidik yang berguna, dengan
kadar kecekapan 96.8%. Di antara 5226 pelajar akhir yang termasuk dalam analisis,
1579 (30.2%) adalah pelajar sekolah rendah, 1440 (27.6%) adalah pelajar sekolah
menengah dan 2207 (42.2%) adalah pelajar universiti. Berdasarkan hasil yang
diperolehi, kajian ini telah menunjukkan bahawa simptom kebimbangan dan
kemurungan yang lebih tinggi mempunyai kolerasi yang signifikan terhadap kualiti
tidur yang lemah diikuti dengan simptom-simptom yang lain. Ini membawa maksud
bahawa simptom kebimbangan dan kemurungan yang tinggi juga menjadi
penyumbang kepada kualiti tidur yang tidak baik kepada pelajar-pelajar di universiti.

Kajian selanjutnya yang telah dibuat oleh Vandeputte dan de Weerd (2003)
yang bertajuk gangguan tidur dan masalah depresi. Seramai 917 pesakit terlibat dalam
kajian ini. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, hasil kajian mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan positif diantara simptom kemurungan dan kualiti
tidur. Ini bermakna, sekiranya tahap kemurungan pelajar adalah rendah, maka kualiti
tidur yang tidak baik juga akan turut rendah dan sebaliknya.

Akhir sekali, kajian yang dibuat keatas pelajar kejururawatan oleh Zhang,
Peters, dan Chen (2018) dengan tajuknya iaitu “Perceived Stress Mediates the
Associations between Sleep Quality and Symptoms of Anxiety and Depression among
College Nursing Students”. Seramai 242 pelajar kejururawatan ijazah di sebuah
universiti awam di timur laut Amerika Syarikat terlibat dalam kajian ini. Berkenaan
dengan hasil yang diperolehi, sebanyak 54.5% daripada pelajar kolej kejururawatan
telah melaporkan bahawa mereka mengalami simptom kemurungan. Tambahan lagi,
hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa gejala kemurungan ini secara positifnya
mempunyai perkaitan dengan kualiti tidur yang kurang baik. Oleh itu, kesimpulan
yang dinyatakan disini adalah, penyelidik membuat hipotesis dengan menyatakan
bahawa;

32
Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara simptom stres dan kualiti tidur dalam
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)
Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara simptom kebimbangan dan kualiti
tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)
Ha3: Terdapat hubungan yang signifikan antara simptom kemurungan dan kualiti tidur
dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

2.7 Kerangka Konsep Kajian

Rangka kerja konseptual disediakan berdasarkan perbincangan mengenai


kajian sebelumnya. Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan) di UTM, Skudai.

Kesihatan Mental

(Musa, Fadzil, & Zain, 2007) (Kecklund & Åkerstedt, 1992)

Rajah 5 Kerangka Konseptual

Rajah 5 di atas menunjukkan perkembangan kajian melalui objektif kajian


semasa melalui penyelidikan dan analisis model yang lain serta pemboleh ubah
daripada pembezaan teori kesihatan mental terhadap kualiti tidur melalui kajian lepas.
Merujuk kerangka konsep, bentuk dan anak panah yang digunakan adalah untuk
menunjukkan pemboleh ubah dan hubungan antara dua pemboleh ubah.

33
2.8 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan semua teori, model,


pembolehubah dan hipotesis yang melibatkan kajian. Pertama sekali, penyelidik telah
memberi penjelasan umum berkenaan dengan stres dan kejadian semula jadi.
Penyelidik juga telah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai definisi stres,
kebimbangan, dan kemurungan serta model dan teori yang digunakan oleh pengkaji-
pengkaji yang lama mengenai stres, kebimbangan, dan kemurungan. Kedua,
penyelidik juga telah membincangkan teori-teori berkenaan dengan tidur.

Selanjutnya, penyelidik menjelaskan tentang rangka kerja kajian yang terdiri


daripada semua pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Akhir sekali,
penyelidik juga menjelaskan perkembangan hipotesis dalam kajian ini. Berdasarkan
kajian literatur, terdapat banyak jurang yang ditemui dari pelbagai jenis teori, model,
dan bukti empirikal apabila dibandingkan dengan kajian ini. Penyelidik merasakan
bahawa menjalankan kajian ini dapat membantu mengurangkan jurang serta
menyumbang kepada kajian dalam bidang pelajar universiti. Penjelasan yang
mendalam mengenai metodologi penyelidikan dalam kajian ini akan dibincangkan
kepada bab berikutnya dengan lebih lanjut.

34
Bab 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan tentang metodologi kajian. Prosedur kajian dijelaskan


dengan sewajarnya dalam bab ini. Reka bentuk penyelidikan, kaedah persampelan,
instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data dan analisis data juga dihuraikan.

3.2 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian merupakan perancangan atau pelan bagaimana untuk


mengendalikan sesuatu kajian. Secara ringkasnya, reka bentuk kajian adalah
perancangan penyelidikan daripada pengenalan masalah kepada hasil kajian (Blaikie,
2009). Pengkaji menggunakan Jadual Persampelan untuk membantu pengkaji untuk
memperoleh maklumat secara menyeluruh terhadap responden yang dikaji.

Pengkaji melaksanakan kajian ini dengan menggunakan kaedah kajian


kuantitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan proses pengumpulan, analisis, pentaksiran
dan penulisan hasil kajian (Creswell, 2014). Kaedah kajian kuantitatif ini dijalankan
dengan menggunakan kaedah pengumpulan data daripada respoden yang telah dipilih
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.

Usaha untuk menjadi lebih spesifik kepada reka bentuk kajian kuantitatif,
pengkaji menggunakan kaedah kajian keratan rentas. Reka bentuk ini digunakan untuk
kajian one-shot dan perkara ini juga boleh menentukan hubungan antara
pembolehubah sampel yang dikaji pada satu masa.

35
3.3 Populasi dan persampelan

Populasi kajian ialah keseluruhan manusia, peristiwa, atau hal-hal penting yang
ingin dikaji atau disiasat oleh pengkaji. Populasi didefinisikan sebagai keseluruhan
set orang di mana dapatan kajian secara umum, manakala sampel adalah bahagian
orang yang dipilih melalui populasi dan mempertunjukkan keseluruhan populasi
(Piaw, 2012). Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji mengambil responden daripada
kalangan pelajar-pelajar daripada Sekolah Kejuruteraan yang mengambil jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.

Di Sekolah Kejuruteraan, populasi kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 133 orang iaitu daripada pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan) bagi setiap tahun manakala bilangan sampel pula diambil
seramai 97 orang pelajar berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan
Morgan (1970). Namun, penyelidik menambah bilangan sampel kepada 115 pelajar
untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut. Sampel yang dipilih adalah menggunakan
persampelan kebarangkalian (probability sampling) iaitu persampelan rawak mudah.
Berdasarkan kaedah ini, kebarangkalian setiap unit (orang, pekerja, kes) dalam
populasi mempunyai peluang sama termasuk dalam sampel (Teddlie & Yu, 2007).

Persampelan rawak mudah merupakan persampelan yang paling asas yang


digunakan oleh banyak pengkaji-pengkaji yang lepas. Prosedur persampelan rawak
mudah ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu daripada
senarai jadual nama pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)
yang diperolehi daripada Pejabat Sekolah Kejuruteraan dan kemudiannya memilih
sampel secara rawak berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970).

36
3.4 Instrumen Kajian

Menurut Creswell dan Creswell (2017), instrumen kajian adalah di mana


pengkaji mengumpul data atau maklumat-maklumat berdasarkan topik-topik tertentu
yang ingin dikaji. Merujuk kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif
melalui borang soal selidik sebagai salah satu instrumen untuk mengumpulkan data.

Semasa pengumpulan data, kajian ini menggunakan satu kaedah pengumpulan


data iaitu dengan menggunakan soal selidik. Pertama, kaedah kaji selidik diri yang
boleh dikategorikan kepada tiga bahagian set soal selidik dimana Bahagian A
merupakan soalan demografi untuk data responden, Bahagian B adalah untuk
mengukur tahap stres, kebimbangan dan kemurungan dan yang terakhir iaitu Bahagian
C adalah untuk mengukur tahap kualiti tidur mereka.

3.4.1 Bahagian A (Maklumat Demografi)

Soal selidik pertama direka untuk mengumpul maklumat demografik


dari setiap pelajar di universiti khususnya di Sekolah Kejuruteraan yang
mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan). Pelajar
ini akan diminta untuk memberikan maklumat mengenai jantina, umur, bangsa,
dan tahap pendidikan.

3.4.2 Bahagian B (Skala Depresi, Kebimbangan dan Stres (DASS-21))

Soal selidik DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) akan digunakan


untuk mengukur tahap stres, kebimbangan dan kemurungan subjek (Musa et
al., 2007) dimana pada asalnya, soal selidik ini telah dikemukan oleh Lovibond
dan Lovibond (1995) dan kemudiannya ditukarkan dalam Bahasa Melayu. Di
samping itu, Bahasa Melayu DASS-21 diuji dengan kesahan dan
kebolehpercayaan yang sangat baik dimana masing mempunyai nilai Cronbach
Alpha iaitu .84, .74 dan .79, untuk kemurungan, kebimbangan dan stres (Musa
et al., 2007). DASS terdiri daripada 21 dan 42 item soal selidik. Namun,

37
penyelidik menggunakan 21 item sahaja yang mana item tersebut merangkumi
ketiga-tiga dimensi ini.

Skala kemurungan menilai dysphoria, keputusasaan, penurunan nilai


kehidupan, penghinaan diri, dan kurangnya minat / keterlibatan, anhedonia,
dan inersia. Nombor item bagi skala kemurungan adalah 3, 5, 10, 13, 16, 17,
dan 21. Selain itu, skala kebimbangan pula menilai kebangkitan autonomi,
kesan otot rangka, kebimbangan keadaan, dan subjektif pengalaman cemas
yang memberi kesan. Skala kebimbangan adalah terdiri daripada item yang
bernombor 2, 4, 7, 9, 15, 19, dan 20. Bagi dimensi yang terakhir iaitu skala
stres, item ini sensitif terhadap tahap arousal non-spesifik kronik. Perkara ini
juga menilai kesukaran berehat, rangsangan saraf, dan mudah kecewa / gelisah,
mudah marah / over-reaktif dan tidak sabar. Skala stres terdiri daripada item
yang bernombor 1, 6, 8, 11, 12, 14, dan 18. Jadual di bawah membentangkan
soalan untuk setiap dimensi. Lihat jadual 1.

Jadual 1 Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS-21)

Kesihatan mental No. Item No. Soalan

Stres 1,6,8,11,12,14,18 7

Kebimbangan 2,4,7,9,15,19,20 7

Kemurungan 3,5,10,13,16,17,21 7

Jumlah Soalan 21

Skala yang digunakan oleh pengkaji adalah skala kekerapan 4 titik (4-
Likert Scale) untuk menilai sejauh mana mereka mengalami setiap keadaan
sepanjang minggu lalu. Skala penarafan untuk borang soal selidik DASS
bermula dengan nilai 0 (tidak langsung menggambarkan keadaan saya), 1
(Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya), 2 (Banyak atau
kerapkali menggambarkan keadaan saya) dan 3 (Sangat banyak atau sangat
kerap menggambarkan keadaan saya). Sila rujuk Jadual 2

38
Jadual 2 Nilai dan Tahap Kekerapan item Bahagian B

Nilai Tahap Kekerapan


0 Tiada langsung
1 Sedikit atau jarang-jarang
2 Banyak atau kerapkali
3 Sangat banyak atau sangat kerap

Selain itu, dengan menggunakan versi item DASS-21, untuk


mendapatkan tahap kesihatan mental bagi 3 dimensi yang sebenar adalah, skor
tersebut mestilah di darabkan dengan 2 bagi setiap item dan bandingkannya
dengan skor jadual yang telah disediakan (Lovibond & Lovibond, 1996).
Berikut adalah jadual 3 bagi mengenalpasti tahap kesihatan mental yang
dialami oleh pelajar jurusan ini.

Jadual 3 Skala Tahap Kesihatan Mental berdasarkan soal selidik DASS


Tahap Kemurungan Kebimbangan Stres
Normal 0-9 0-7 0-14
Ringan 10-13 8-9 15-18
Sederhana 14-20 10-14 19-25
Teruk 21-27 15-19 26-33
Sangat Teruk 28+ 20+ 34+
Sumber: (Lovibond & Lovibond, 1995, pg 335-343)

39
3.4.3 Bahagian C (Karolinska Sleep Questionnaire (KSQ))

Berdasarkan kajian ini, secara umumnya, dalam mengukur kualiti tidur


subjektif, instrumen yang paling biasa digunakan oleh pengkaji-pengkaji
sebelum ini adalah Indeks Kualiti Tidur Pittsburgh (PSQI) yang menyediakan
skor global yang berkisar antara 0 hingga 21 dimana PSQI ≤ 5 mempunyai
kualiti tidur yang baik manakala bagi individu yang mempunyai nilai PSQI ≥
5 akan mempunyai kualiti tidur yang tidak baik atau lebih jelas lagi adalah
semakin tinggi nilai PSQI, maka kualiti tidur semakin buruk (Buysse,
Reynolds III, Monk, Berman, & Kupfer, 1989).

Walau bagaimanapun, untuk kajian ini, kualiti tidur subjektif diukur


dengan menggunakan instrumen Karolinska Sleep Questionnaire (KSQ) yang
telah dibangunkan oleh Kecklund dan Åkerstedt (1992), iaitu soal selidik diri
yang menilai kualiti tidur yang biasa dalam tempoh tiga bulan yang lepas. Di
samping itu, KSQ diuji dengan kesahan dan kebolehpercayaan yang baik
masing-masing 0.85 dan 0.86 (Kecklund & Åkerstedt, 1992). Jadual 4, 5 dan
6 menunjukkan penerangan soal selidik. Terdapat 10 item yang mengukur tiga
dimensi: status tidur, kesulitan tidur dan kesusahan siang hari. Status tidur
dinilai pada skala kekerapan 5-titik: 1 = tidak baik, 2 = sederhana tidak baik, 3
= neutral, 4 = sederhana baik dan 5 = baik. Walau bagaimanapun, bagi dimensi
kesukaran tidur dan kesusahan siang hari pula, pengkaji menggunakan nilai
skala 5-titik di mana 1 = tidak pernah, 2 = jarang-jarang, 3 = kadang-kadang,
4 = kebanyakannya dan 5 = selalu.

Namun begitu, memandangkan dimensi kesulitan tidur dan kesusahan


di siang hari menunjukkan semakin tinggi nilai yang diperolehi, semakin tidak
baik kualiti tidur, berbanding dengan dimensi status tidur yang mana semakin
tinggi nilai skor yang diperolehi, maka kualiti tidur akan menjadi semakin baik.
Oleh itu, untuk menyeleraskan hasil kajian dengan kajian-kajian yang telah
dibuat sebelum ini, maka pengkaji telah mengubah soalan bagi dimensi
pertama iaitu status tidur kepada skala kekerapan 5-titik: 1 = Baik, 2 =
sederhana baik, 3 = neutral, 4 = sederhana tidak baik dan 5 = Tidak baik. Oleh

40
itu, pengkaji boleh menentukan bahawa skor yang lebih tinggi menunjukkan
kualiti tidur yang lebih buruk sama seperti kajian-kajian yang telah dilakukan
sebelum ini.

Jadual 4 Karolinska Sleep Questionnaire (KSQ)

Kualiti Tidur No. Item Reverse Question No. Soalan

Status Tidur 1 / 1

Kesukaran Tidur 2-5 4

Kesusahan Siang 6-10 5


Hari

Jumlah Soalan 10

Jadual 5 Nilai dan Status Tidur & Soalan Reverse

Nilai Status Tidur Status Tidur (Reverse)


1 Tidak Baik Baik
2 Sederhana tidak baik Sederhana baik
3 Neutral Neutral
4 Sederhana baik Sederhana tidak baik
5 Baik Tidak baik

Jadual 6 Nilai dan Kekerapan Kesukaran Tidur dan Kesusahan Siang


Hari

Nilai Kekerapan Kesukaran Tidur dan


Kesusahan di Siang Hari
1 Tidak pernah
2 Jarang-jarang
3 Kadang-kadang
4 Kebanyakkannya
5 Selalu

41
3.5 Kajian Rintis

Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana sesuatu skor daripada


pemilihan ukuran yang stabil dan bebas daripada sebarang kesilapan. Sekiranya skor
daripada ukuran yang tidak stabil dan wujud kesilapan, ia tidak sesuai untuk digunakan
untuk kajian. kebolehpercayaan adalah instrumen ukuran yang kosistensi yang
terdapat apa apa konsep yang berkaitan dengan ukuran kajian rintis (Sekaran &
Bougie, 2016).

Aspek kaedah Alpha Cronbach yang digunakan untuk menguji


kebolehpercayaan item-item instrumen soal selidik. Perisian elektronik iaitu Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 23 digunakan bagi menganalisis data-data
yang diperolehi bagi menguji tahap kebolehpercayaan soal selidik yang akan
digunakan. Berdasarkan nilai Alpha Cronbach, boleh bernilai daripada 0 hingga 1.
Sekirannya, lebih hampir nilai tersebut dengan 1, maka semakin tinggi
kebolehpercayaan item-item soal selidik. Namun begitu, sekirannya nilai pekali adalah
kurang daripada 0.6 maka kebolehpercayaan instrumen soal selidik tersebut dianggap
lemah atau rendah. Di samping itu, sekiranya nilai pekali Alpha Cronbach adalah
melebihi 0.7 maka nilai itu menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan yang
diwakili oleh item-item dalam soal selidik tersebut tinggi dan tidak mempunyai
pertindihan peryataan. Oleh itu, sekirannya satu soalan dalam soal selidik yang akan
digunakan memamparkan nilai pekali Alpha Cronbach yang lebih tinggi, ini
menunjukkan bahawa soalan tersebut dibina dengan konsep yang betul, baik dan
mudah difahami oleh pelajar. Ini boleh ditunjukkan oleh jadual 7 di bawah bagi nilai
pekali Alpha Cronbach oleh (Hasan, 2012).

Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 15 orang pelajar universiti di Sekolah


Kejuruteraan yang dipilih secara rawak. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk menguji
samada soalan yang diberikan sesuai untuk pemahaman pelajar ataupun tidak dan
penyelidik telah memastikan kajian rintis adalah hampir sama dengan latar belakang
pelajar untuk kajian semasa seperti mana hasil kajian daripada kajian rintis boleh
digunakan sebagai satu tindakbalas pemikiran pelajar. Selain itu, kajian rintis ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan dan kesahihan Pada masa yang

42
sama, kajian rintis bukan dianggap kajian sebenar, namun ia hanya digunakan untuk
memastikan instrumen item yang digunakan sesuai untuk kajian. Oleh itu, berdasarkan
keputusan yang telah diperolehi, DASS 21 versi Bahasa Melayu mempunyai nilai
Cronbach alpha yang sangat baik iaitu .82, .71 dan .75, bagi kemurungan,
kebimbangan dan stres, manakala bagi soal selidik KSQ versi Bahasa Melayu pula,
nilai Croncbach alpha adalah sangat baik iaitu .80. Oleh itu, kajian ini boleh diteruskan
dengan menggunakan kedua-dua soal selidik.

Jadual 7 Nilai Kebolehpercayaan (*Nota: Signifikan pada aras 0.05 p (>0.05)


(Hasan, 2012)

Nilai Alpha Pentafsiran


0.80 – 1.00 Baik
0.60 - 0.79 Boleh diterima
0.00 - 0.59 Lemah

3.6 Prosedur pengumpulan data kajian

Sebelum mengedarkan soal selidik tersebut kepada pelajar, penyelidik telah


membuat satu permohonan yang akan dihantar kepada Pejabat Sekolah Pembangunan
Sumber Manusia dan Psikologi, UTM Skudai untuk mendapatkan surat kelulusan dan
keizinan bagi menjalankan kajian ini. Setelah mendapat surat kelulusan tersebut,
penyelidik akan menghantar pula ke pejabat Sekolah Kejuruteraan, UTM Skudai bagi
tujuan kebenaran untuk mendapatkan jumlah populasi dan senarai nama. Kemudian
penyelidik mengedarkan borang soal-selidik dan menjelaskan tujuan dan prosedur
kajian serta isu-isu lain yang berkaitan dengan kajian ini. Kemudian, setelah mendapat
kebenaran daripada pihak Sekolah Kejuruteraan, penyelidik mula mengedarkan
borang soal selidik secara rawak kepada pelajar-pelajar Sekolah Kejuruteraan yang
mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan) setiap tahun dan
penyelidik juga menjelaskan kepada pelajar berkenaan dengan setiap soalan di mana
setiap pelajar perlu menjawab dengan jujur supaya tidak berlaku ralat semasa
menganalisis data. Penyelidik juga memberitahu kepada pelajar untuk tidak menulis
nama mereka dalam soal selidik bagi mengelakkan isu yang sensitif. Selepas beberapa
43
hari, penyelidik mengumpulkan kembali semua soal selidik daripada pelajar daripada
jurusan tersebut. Lihat Rajah 6;

Rajah 6 Prosedur Pengumpulan Data

3.7 Kaedah penganalisisan data

Data yang telah dikumpulkan dari soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar
dianalisis menggunakan “electronic database” dan SPSS (Statistical Package for the
Social Sciences) versi 23. Terdapat dua jenis statistik yang digunakan iaitu statistik
diskriptif dan statistik inferensi.

44
3.7.1 Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif merujuk kepada satu kaedah kajian kuantitatif yang


melibatkan pengumpulan data daripada pelajar yang melibatkan asas statistik
seperti min, kekerapan, peratusan, sisihan piawai, skor (Lee, Lee, & Lee,
2000). Item dalam Bahagian A adalah soal selidik berkaitan dengan demografi
pelajar. Penyelidik mengaplikasikan penggunaan peratusan dalam penyusunan
data dalam Bahagian A dan menjelaskan corak distribusi karateristik
demografi pelajar. Berkaitan dengan objektif pertama, penyelidik
menggunakan kaedah pengiraan manual iaitu dengan mendarabkan dua bagi
setiap item, kemudian menjumlahkan nilai tersebut mengikut dimensi masing-
masing. Setelah itu penyelidik menggelaskan tahap kesihatan mental dalam
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)
kepada 5 tahap iaitu Normal, Ringan, Sederhana, Teruk, dan Sangat Teruk
mengikut jadual seperti di bawah.

Jadual 8 Skala Tahap Kesihatan Mental berdasarkan soal selidik DASS


Tahap Kemurungan Kebimbangan Stres
Normal 0-9 0-7 0-14
Ringan 10-13 8-9 15-18
Sederhana 14-20 10-14 19-25
Teruk 21-27 15-19 26-33
Sangat Teruk 28+ 20+ 34+
Sumber: (Lovibond & Lovibond, 1995, pg 335-343)

Bagi objektif kajian yang seterusnya, jumlah skor min digunakan untuk
mengetahui tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai. Oleh itu, penyelidik
mengelaskan tahap kualiti tidur dengan tahap tinggi, serdahana dan rendah
seperti di Jadual 9. Kaedah pengiraan dan min skor ini ditunjukan seperti di
bawah:

45
Jarak min= (Skor paling tinggi – Skor paling rendah) / bilangan tahap

= (5-1) / 3

= 1.33

Jadual 9 Tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar

Skor Min Tahap Kualiti Tidur


1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi

3.7.2 Statistik Inferensi

Statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data yang


dikumpulkan daripada subjek seperti ‘t-test’, ‘regression’, ‘chi-quare’ dan
‘ANOVA’ (Lewis & Loewenthal, 2015). Selain daripada itu, dalam kajian ini
juga, pengkaji menggunakan kaedah kolerasi Pearson untuk mencapai objektif
kajian yang ketiga iaitu untuk mengkaji hubungan antara dua pemboleh ubah
yakni hubungan di antara kesihatan mental (stres, kebimbangan, dan
kemurungan) terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana
Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai. Nilai kolerasi
konferensi (r) dalam analisis kolerasi Pearson bertindak balas dalam
memperkuatkan dan secara langsung perkaitan dengan dua pemboleh ubah.
Sekiranya jarak antara 0 hingga 1 dan nilai yang dikemukakan adalah 0, maka
nilai tersebut menunjukkan bahawa tiada kolerasi/hubungan antara kedua-dua
pemboleh ubah. Manakala, sekiranya jarak tersebut diantara 0 kepada +1, maka
wujud kolerasi/hubungan yang kuat dan positif terhadap kedua-dua pemboleh
ubah. Begitu juga dengan sebaliknya, sekiranya jarak tersebut diantara 0 ke -1,
maka ia menunjukkan bahawa wujud hubungan yang negatif. Oleh itu, lebih
tinggi nilai kolerasi konferensi (r), maka lebih kuat hubungan tersebut atau
lebih tinggi kolerasinya (Najafi Kalyani et al., 2017). Kebiasannya, kolerasi
antara pemboleh ubah adalah ditunjukan melalui nilai kolerasi konferensi
positif atau negatif. Ini dapat ditunjukan seperti Jadual 10 di bawah:

46
Jadual 10 Peraturan bagi pentafsiran saiz kolerasi

Saiz Kolerasi (r) Pentafsiran


0.00 – 0.30 Hubungan yang lemah
0.31 – 0.70 Hubungan yang sederhana
0.71 – 0.99 Hubungan yang kuat

Sumber: (Ratner, 2013)

Jadual 11 Ringkasan jenis analisis yang akan digunakan

No Objektif Jenis Analisis


1 Mengenalpasti tahap kesihatan mental (simpton Kekerapan,
stres, kebimbangan dan kemurungan) dalam peratusan, Min
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

2 Mengenalpasti tahap kualiti tidur dalam kalangan Kekerapan,


pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan peratusan, Min
(Mekanikal – Bahan)

3 Mengenalpasti hubungan antara kesihatan mental Kolerasi Pearson


terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar
jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal –
Bahan)

47
3.8 Kesimpulan

Kajian metodologi dalam kajian semasa telah dibincangkan secara teliti dalam
bab ini. Kajian deskriptif ini dijalankan sebagai satu cara untuk mengedarkan soal
selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Manakala, penggunaan statistik inferensi
kolerasi Pearson digunakan dalam melihat hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah
iaitu kesihatan mental (simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) dan kualiti
tidur. Teknik sampel rawak mudah telah diaplikasikan sebagai pemilihan sampel
responden dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal –
Bahan). Program Statistik SPSS digunakan dalam tujuan untuk analisis data yang telah
dikumpulkan. Keputusan dan hasil analisis data dikumpulkan dan dijelaskan dengan
lebih lanjut di bab yang seterusnya.

48
BAB 4

ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan dapatan kajian
dalam tiga bahagian utama dalam memenuhi objektif kajian. Dalam bahagian pertama
berkaitan dengan penjelasan demografi pelajar. Seterusnya, diikuti dengan penjelasan
berkaitan dengan kesihatan mental iaitu simptom stres, kebimbangan dan kemurungan
dalam kalangan pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan).
Ketiga, penjelasan mengenai tahap kualiti tidur. Akhir sekali, bab ini mengemukakan
penglihatan hubungan antara kesihatan mental terhadap kualiti tidur dalam kalangan
pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan).

4.2 Analisis

Berdasarkan kajian ini, terdapat dua jenis statistik yang telah digunakan untuk
penyelidik menganalisis data yang dikumpulkan iaitu statistik deskriptif dan statitistik
inferensi. Data demografi serta tahap kesihatan mental dan kualiti tidur dianalisis
dengan menggunakan teknik deskriptif manakala teknik inferensi pula digunakan
untuk menganalisis hubungan antara kesihatan mental dengan kualiti tidur dalam
kalangan pelajar Universiti.

4.2.1 Demografi

Berdasarkan kajian ini, sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan
kepada pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan). Jadual 12
menunjukkan maklumat demografi yang terdiri daripada jantina, umur, bangsa dan
tahap pendidikan pelajar jurusan tersebut.

49
Jadual 12 Maklumat Demografi

Maklumat Demografi (n=115) Frekuensi Peratusan


(f) (%)
Jantina Lelaki 79 68.7
Perempuan 36 31.3
Umur 20 kebawah 27 23.5
21 – 25 tahun 83 72.2
26 – 30 tahun 5 4.3
Bangsa Melayu 96 83.5
Cina 8 7.0
India 5 4.3
Lain-lain 6 5.2
Tahap Pendidikan Sarjana Muda 115 100

Secara keseluruhan, seramai 79 pelajar adalah daripada pelajar lelaki (68.7%),


manakala selebihnya iaitu 36 pelajar adalah dalam kalangan pelajar perempuan
(31.3%). Manakala, majoriti pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar yang
berumur diantara 21 hingga 25 tahun (72.2%) diikuti dengan 27 pelajar pelajar dari
peringkat umur 20 tahun kebawah (23.5%). Seterusnya, seramai 5 pelajar berada pada
peringkat umur 26 hingga 30 tahun (4.3%).

Selain itu, berkenaan dengan latar belakang bangsa pelajar pula, majoriti
pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah dari kalangan pelajar yang berbangsa
Melayu (83.5%), diikuti dengan pelajar berbangsa Cina (7.0%) dan India (4.3%) dan
lain-lain bangsa adalah seramai 6 orang pelajar (5.2%).

50
4.2.2 Objektif 1: Mengenalpasti tahap kesihatan mental (Simpton stres,
kebimbangan dan kemurungan) dalam kalangan pelajar Jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

Objektif pertama dalam kajian ini adalah untuk menentukan tahap kesihatan
mental (Simpton stres, kebimbangan dan kemurungan) terhadap pelajar Jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan). Dalam bahagian ini, pengkaji akan
menerangkan tahap kesihatan mental dari segi simptom stres, kebimbangan dan
kemurungan pelajar berdasarkan analisis daripada jumlah skor min. Jadual 13
menunjukkan skor min keseluruhan bagi setiap dimensi kesihatan mental.

Jadual 13 Purata skor min bagi Kesihatan Mental


Dimensi (Simptom) Min SD Tahap
Stres 1.08 0.50 Rendah
Kebimbangan 0.86 0.52 Rendah
Kemurungan 0.76 0.47 Rendah

Secara keseluruhannya, nilai min stres di kalangan pelajar jurusan Sarjana


Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) adalah yang paling tinggi berbanding dengan
kesihatan mental yang lain (M = 1.08 ± 0.50). Nilai min tertinggi menunjukkan bahawa
kebanyakkan pelajar jurusan tersebut mengalami simptom stres lebih banyak
berbanding simptom-simptom yang lain iaitu kebimbangan (M=0.86 ± 0.52) dan
kemurungan (M=0.76 ± 0.47). Namun, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiga dimensi
ini mempunyai tahap min yang rendah yang membawa maksud tahap kesihatan mental
pelajar jurusan ini masih berada dalam keadaan yang normal.

4.2.2.1 Analisis Simptom Stres

Jadual 14 menunjukkan tahap kesihatan mental dari segi stres mengikut item
dalam kalangan pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan).

51
Jadual 14 Kelaziman Tahap Kesihatan Mental (Simptom Stres)
No Item TL S/J B SB Min Tahap
f f f f (Std.
(%) (%) (%) (%) Dev)
1 Saya dapati diri saya 26 68 16 5 1.00 Rendah
sukar ditenteramkan (22.6) (59.1) (13.9) (4.3) (0.74)
6 Saya cenderung 29 58 23 5 1.03 Rendah
untuk bertindak (25.2) (50.4) (20.0) (4.3) (0.79)
keterlaluan dalam
sesuatu keadaan
8 Saya rasa saya 18 54 35 8 1.29 Rendah
menggunakan (15.7) (47.0) (30.4) (7.0) (0.81)
banyak tenaga dalam
keadaan cemas
11 Saya dapati diri saya 49 49 13 4 0.76 Rendah
semakin gelisah (42.6) (42.6) (11.3) (3.5) (0.79)
12 Saya rasa sukar 36 58 18 3 0.90 Rendah
untuk relaks (31.3) (50.4) (15.7) (2.6) (0.75)
14 Saya tidak dapat 22 62 23 8 1.15 Rendah
menahan sabar (19.1) (53.9) (20.0) (7.0) (0.81)
dengan perkara yang
menghalang saya
meneruskan apa yang
saya lakukan
18 Saya rasa yang saya 13 53 34 15
1.44 Rendah
mudah tersentuh (11.3) (46.1) (29.6) (13.0)
(0.86)
Min keseluruhan 1.08 Rendah
(0.50)
* Nota: Pengkaji menggunakan skala kekerapan 4 titik (4-Likert Scale), dimana
TL=Tidak Langsung, S/J=Sedikit atau Jarang, B= Banyak, SB=Sangat Banyak,
f=frekuensi, %= Peratus, Std.Dev=Sisihan Piawaian

Jadual 14 menunjukkan kelaziman kesihatan mental dari segi stres dalam


kalangan pelajar-pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan).
Berdasarkan keputusan yang diperolehi, secara keseluruhannya, purata skor min bagi
dimensi stres adalah berada di tahap yang rendah (M=1.08 ± 0.50). Begitu juga dengan
skor purata min setiap item dalam dimensi ini, kesemua item stres adalah berada di
tahap yang rendah.

Pertama sekali, bagi item “Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan”, majoriti
pelajar jurusan tersebut sedikit-sedikit atau jarang-jarang mengambarkan diri mereka
terhadap simptom ini (59.1%). Manakala skor purata min bagi pelajar yang mendakwa

52
diri mereka sukar untuk ditenteramkan adalah berada di tahap yang rendah iaitu
M=1.00 (± 0.74).

Untuk item seterusnya iaitu “Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan


dalam sesuatu keadaan”, majoriti 50.4% pelajar tersebut hanya sedikit-sedikit atau
jarang-jarang mengambarkan diri mereka dalam simptom tersebut. Jika dilihat skor
purata min bagi item ini, hasil menunjukkan bahawa min tersebut berada ditahap yang
rendah (M=1.03 ± 0.79).

Item stres yang ketiga pula adalah “Saya rasa saya menggunakan banyak
tenaga dalam keadaan cemas”. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, majoriti
peratusan tertinggi pelajar menjawab persoalan ini adalah bagi mereka yang sedikit
atau jarang-jarang menggambarkan simptom tersebut dalam diri mereka iaitu
sebanyak 47.0% dengan skor purata min yang berada ditahap yang rendah (M=1.29 ±
0.81).

Item seterusnya adalah “Saya dapati diri saya semakin gelisah”, majoriti
pelajar jurusan tersebut memilih jawapan tiada langsung dan sedikit/jarang-jarang
menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini dengan mempunyai peratusan yang
sama iaitu sebanyak 49.0%. Merujuk kepada tahap skor purata min bagi pelajar yang
mendakwa diri mereka semakin gelisah, hasil menunjukkan bahawa min bagi item ini
adalah berada di tahap yang paling rendah berbanding item-item yang lain (M= 0.76
± 0.79).

Bagi item kelima pula iaitu “Saya rasa sukar untuk relaks”, separuh daripada
pelajar jurusan tersebut memilih jawapan sedikit-sedikit atau jarang-jarang (50.4%)
menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini dengan memperoleh tahap purata
min yang rendah iaitu M= 0.90 (± 0.75)

Item stres yang keenam iaitu “Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara
yang menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan”, terdapat 53.9% pelajar
yang hanya sedikit/jarang mempunyai perkaitan dengan simptom ini manakala tahap

53
skor min bagai pelajar yang mendakwa tidak dapat menahan sabar dengan perkara
yang menghalang mereka meneruskan apa yang mereka lakukan adalah berada di
tahap yang rendah sama seperti item-item yang lain (M=1.15 ± 0.81).

Item yang terakhir untuk dimensi stres adalah “Saya rasa yang saya mudah
tersentuh”. Berdasarkan item ini, sebanyak 46.1% pelajar hanya sedikit-sedikit atau
jarang-jarang menggambarkan diri mereka terhadap simptom dengan memperoleh
tahap skor min yang rendah iaitu m = 1.44 (± 0.86).

Selain daripada item, tahap stres juga akan dibentangkan melalui kiraan skor .
Merujuk jadual 15, majoriti daripada pelajar mempunyai tahap stres yang normal
(54.8%). Manakala, 19.1% pula adalah pelajar yang mengalami tahap stres yang
ringan dan sederhana. Selebihnya iaitu sebanyak 6.1% pelajar mengalami tahap stres
yang tinggi dan diikuti dengan hanya 0.9 peratus bagi pelajar yang mempunyai tahap
stres yang sangat tinggi.

Jadual 15 Tahap Kesihatan Mental (Stres) Pelajar Jurusan Sarjana Muda


Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

No Tahap Stress f %
1 Normal 63 54.8
2 Ringan (Mild) 22 19.1
3 Sederhana (Moderate) 22 19.1
4 Tinggi (Severe) 7 6.1
5 Sangat Tinggi (Extremely Severe) 1 0.9
Jumlah 115 100

4.2.2.2 Analisis Simptom Kebimbangan

Jadual 16 menunjukkan tahap kesihatan mental dari segi kebimbangan


mengikut item dalam kalangan pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal
– Bahan).

54
Jadual 16 Kelaziman Tahap Kesihatan Mental (Simptom Kebimbangan)
No Item TL S/J B SB Min Tahap
f f f f (Std.
(%) (%) (%) (%) Dev)
2 Saya sedar mulut 30 57 25 3 1.01 Rendah
saya terasa kering (26.1) (49.6) (21.7) (2.6) (0.77)
4 Saya mengalami 60 40 13 2 0.63 Rendah
kesukaran bernafas (52.2) (34.8) (11.3) (1.7) (0.76)
(contohnya
pernafasan yang laju,
tercungap-cungap
walaupun tidak
melakukan senaman
fizikal)
7 Saya rasa 47 52 13 3 0.76 Rendah
menggeletar (40.9) (45.2) (11.3) (2.6) (0.76)
(contohnya pada
tangan)
9 Saya bimbang 23 53 30 9 1.22 Rendah
keadaan di mana (20.0) (46.1) (26.1) (7.8) (0.86)
saya mungkin
menjadi panik dan
melakukan perkara
yang membodohkan
diri sendiri
15 Saya rasa hampir- 45 52 17 1 0.77 Rendah
hampir menjadi (39.1) (45.2) (14.8) (0.9) (0.73)
panik/cemas
19 Saya sedar 44 48 19 4 0.85 Rendah
tindakbalas jantung (38.3) (41.7) (16.5) (3.5) (0.82)
saya walaupun tidak
melakukan aktiviti
fizikal (contohnya
kadar denyutan
jantung bertambah,
atau denyutan
jantung berkurangan)
20 Saya berasa takut 48 45 18 4 0.81 Rendah
tanpa sebab yang (41.7) (39.1) (15.7) (3.5) (0.83)
munasabah
Min keseluruhan 0.86 Rendah
(0.52)
* Nota: Pengkaji menggunakan skala kekerapan 4 titik (4-Likert Scale), dimana
TL=Tidak Langsung, S/J=Sedikit atau Jarang, B= Banyak, SB=Sangat Banyak,
f=frekuensi, %= Peratus, Std.Dev=Sisihan Piawaian

55
Jadual 16 menunjukkan kelaziman kesihatan mental dari segi kebimbangan
dalam kalangan pelajar-pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal –
Bahan). Berdasarkan keputusan yang diperolehi, skor purata min terhadap keseluruhan
item bagi dimensi kebimbangan dalam kalangan pelajar jurusan ini adalah berada di
tahap yang rendah (M=0.86 ± 0.52).

Skor purata min bagi item “Saya sedar mulut saya terasa kering” dalam
simptom kebimbangan ini adalah berada di tahap yang rendah (M=1.01 ± 0.77). Hal
ini disebabkan oleh majoriti pelajar jurusan tersebut memilih sedikit-sedikit atau
jarang-jarang mengambarkan diri mereka terhadap simptom ini dengan jumlah
peratusan sebanyak 49.6%.

Seterusnya, skor purata min yang paling rendah dalam kesihatan mental
berdasarkan simptom kebimbangan dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) adalah pelajar yang mendakwa bahawa diri mereka
mengalami kesukaran untuk bernafas (contohnya pernafasan yang laju, tercungap-
cungap walaupun tidak melakukan senaman fizikal) (M= 0.63 ± 0.76). Majoriti 52.2%
pelajar tersebut tiada langsung menggambarkan simptom itu terhadap diri mereka
diikuti dengan pelajar yang hanya sedikit-sedikit atau jarang-jarang mengambarkan
diri (34.8%).

Bagi item kebimbangan yang ketiga, berdasarkan keputusan yang diperolehi,


skor purata min yang kedua terendah dalam dimensi kebimbangan adalah pelajar yang
mendakwa diri mereka mengalami satu simptom fizikal iaitu menggeletar sebagai
contoh pada tangan apabila bimbang (M= 0.76 ± 0.76). Majoriti peratusan tertinggi
pelajar menjawab persoalan ini adalah bagi mereka yang sedikit atau jarang-jarang
menggambarkan simptom tersebut dalam diri mereka iaitu sebanyak 45.2% dan
peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 40.9% adalah bagi pelajar yang tiada
langsung menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini.

Item seterusnya adalah “Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi
panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri sendiri”, pelajar yang memilih

56
jawapan sedikit/jarang-jarang menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini
mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 46.1% dengan skor min yang
berada ditahap yang rendah (M= 1.22 ± 0.86) sama seperti item-item yang lain dalam
dimensi kebimbangan ini.

Bagi item kelima pula, skor purata min bagi item ini adalah pelajar yang
menyatakan bahawa diri mereka hampir-hampir menjadi panik atau cemas dalam
sesuatu situasi (M= 0.77 ± 0.73). Berdasarkan keputusan yang diperolehi,
kebanyakkan pelajar jurusan tersebut memilih sedikit-sedikit atau jarang-jarang
(45.2%) manakala peratusan kedua tertinggi yang pelajar pilih adalah tiada langsung
menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini iaitu sebanyak 39.1%. Selain itu,
14.8% pula adalah bagi mereka yang memilih kebanyakkan dan 0.9% adalah bagi
mereka yang sangat kerap atau banyak menggambarkan dalam diri mereka.

Kemudian diikuti dengan pelajar yang mendakwa diri mereka sedar terhadap
tindakbalas jantung mereka walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal (contohnya
kadar denyutan jantung bertambah, atau denyutan jantung berkurangan dengan skor
purata minnya berada di tahap yang rendah juga(M=0.85 ± 0.82). Hasil kajian
mendapati, terdapat 41.7% pelajar yang hanya sedikit/jarang mempunyai perkaitan
dengan simptom ini dan 38.3% tiada perkaitan langsung simptom ini dalam diri
mereka.

Item yang terakhir untuk dimensi kebimbangan adalah “Saya berasa takut
tanpa sebab yang munasabah”. Berdasarkan item ini, tahap skor purata min bagi
pelajar yang mendakwa diri mereka mengalami perasaan takut tanpa sebab yang
munasabah adalah rendah (M= 0.81 ± 0.83). Sebanyak 41.7% pelajar merasakan
bahawa simptom ini tiada langsung menggambarkan diri mereka dan sebanyak 39.1%
hanya sedikit-sedikit atau jarang-jarang menggambarkan diri mereka.

Selain daripada item kebimbangan diatas, tahap kebimbangan juga akan


dibincangkan melalui kiraan skor. Merujuk jadual 17, analisis kajian menunjukkan
seramai 34 pelajar (29.6%) tidak mempunyai masalah kebimbangan manakala 9.6%

57
pula adalah bagi pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan yang ringan (n=11).
Namun begitu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan seramai 31.3 peratus daripada
pelajar mengalami tahap kebimbangan yang sederhana (n=36). Manakala seramai
13.9% mengalami tahap kebimbangan yang tinggi (n=16), diikuti oleh pelajar yang
mempunyai tahap kebimbangan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 15.6 peratus (n=18).
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa tahap kebimbangan di kalangan pelajar jurusan ini
kebanyakkannya berada di tahap yang sederhana dan perlu diambil perhatian
secukupnya.

Jadual 17 Tahap Kesihatan Mental (Kebimbangan) Pelajar Jurusan Sarjana


Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

No Tahap Kebimbangan f %
1 Normal 34 29.6
2 Ringan (Mild) 11 9.6
3 Sederhana (Moderate) 36 31.3
4 Tinggi (Severe) 16 13.9
5 Sangat Tinggi (Extremely Severe) 18 15.6
Jumlah 115 100

4.2.2.3 Analisis Simptom Kemurungan

Jadual 18 menunjukkan tahap kesihatan mental dari segi simptom kemurungan


mengikut item dalam kalangan pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal
– Bahan).

58
Jadual 18 Kelaziman Tahap Kesihatan Mental (Simptom Kemurungan)

No Item TL S/J B SB Min Tahap


f f f f (Std.
(%) (%) (%) (%) Dev)
3 Saya tidak dapat 50 50 11 4 0.73 Rendah
mengalami perasaan (43.5) (43.5) (9.6) (3.5) (0.78)
positif sama sekali
5 Saya sukar untuk 21 60 30 4 1.15 Rendah
mendapatkan (18.3) (52.2) (26.1) (3.5) (0.75)
semangat bagi
melakukan sesuatu
perkara
10 Saya rasa saya tidak 41 56 15 3 0.83 Rendah
mempunyai apa-apa (35.7) (48.7) (13.0) (2.6) (0.75)
untuk diharapkan
13 Saya rasa sedih dan 39 61 12 3 0.82 Rendah
murung (33.9) (53.0) (10.4) (2.6) (0.72)
16 Saya tidak 43 56 15 1 0.77 Rendah
bersemangat dengan (37.4) (48.7) (13.0) (0.9) (0.70)
apa jua yang saya
lakukan
17 Saya tidak begitu 62 39 12 2 0.60 Rendah
berharga sebagai (53.9) (33.9) (10.4) (1.7) (0.75)
seorang individu
21 Saya rasa hidup ini 80 25 5 5 0.43 Rendah
tidak bermakna (69.6) (21.7) (4.3) (4.3)
(0.78)
Min keseluruhan 0.76 Rendah
(0.47)
* Nota: Pengkaji menggunakan skala kekerapan 4 titik (4-Likert Scale), dimana
TL=Tidak Langsung, S/J=Sedikit atau Jarang, B= Banyak, SB=Sangat Banyak,
f=frekuensi, %= Peratus, Std.Dev=Sisihan Piawaian

Jadual 18 menunjukkan kelaziman kesihatan mental dari segi simptom


kemurungan dalam kalangan pelajar-pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan). Berdasarkan keputusan yang diperolehi, secara keseluruhannya,
skor purata min bagi dimensi kemurungan dalam kalangan pelajar jurusan ini adalah
berada di tahap yang rendah (M=0.76 ± 0.47).

Skor purata min bagi item pertama dalam dimensi kemurungan adalah pelajar
yang mendakwa bahawa diri mereka tidak dapat mengalami perasaan positif sama
sekali (M= 0.73 ± 0.78). Bagi item “Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama
sekali”, pelajar yang memilih jawapan tiada langsung dan sedikit/jarang-jarang

59
menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini mempunyai peratusan yang sama
iaitu sebanyak 43.5% dan selebihnya iaitu 13.1% adalah pelajar yang memilih
kebanyakkan dan sangat kerap menggambarkan diri mereka dengan jumlah peratusan
masing-masing iaitu 9.6% dan 3.5%.

Selain itu, berdasarkan item yang kedua iaitu “Saya sukar untuk mendapatkan
semangat bagi melakukan sesuatu perkara”, skor min bagi item ini juga berada di tahap
yang rendah (M= 1.15 ± 0.75) dimana secara majoritinya, pelajar jurusan tersebut
hanya sedikit-sedikit atau jarang-jarang mengambarkan diri mereka terhadap simptom
ini dengan memperolehi peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 52.2%.

Skor purata min bagi item ketiga adalah berada di tahap yang rendah (M=0.83
± 0.75) iaitu pelajar yang berfikiran bahawa mereka seperti tidak mempunyai apa- apa
untuk diharapkan. Untuk item “Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk
diharapkan”, majoriti 48.7% pelajar tersebut hanya sedikit-sedikit atau jarang-jarang
mengambarkan diri mereka, manakala 35.7% pelajar tiada langsung menggambarkan
simptom itu terhadap diri mereka.

Kemudian diikuti dengan pelajar yang mendakwa diri mereka merasa sedih
dan murung dan mempunyai skor purata min yang rendah (M=0.82 ± 0.72).
Berdasarkan keputusan yang diperolehi, majoriti peratusan tertinggi pelajar menjawab
persoalan ini adalah bagi mereka yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan
simptom tersebut dalam diri mereka iaitu sebanyak 53.0% dan peratusan kedua
tertinggi sebanyak 33.9% adalah bagi pelajar yang tiada langsung menggambarkan diri
mereka terhadap simptom ini.

Bagi item kelima pula iaitu “Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya
lakukan”, majoriti pelajar memilih sedikit-sedikit atau jarang-jarang (48.7%)
manakala peratusan kedua tertinggi yang pelajar pilih adalah tiada langsung
menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini (37.4%). Justeru itu, tahap min bagi
pelajar yang mendakwa diri mereka tidak bersemangat dengan apa jua yang mereka
lakukan adalah ditahap yang rendah (M= 0.77 ± 0.70).

60
Seterusnya, skor purata min yang kedua terendah berbanding dengan item-item
yang lain adalah pelajar yang mendakwa diri mereka tidak begitu berharga sebagai
seorang individu (M= 0.60 ± 0.75). Berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam item
“Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu”, terdapat 53.9% pelajar tiada
langsung menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini dan 33.9% pelajar
sedikit/jarang mempunyai perkaitan dengan simptom ini.

Akhir sekali, skor purata min yang paling rendah dalam kesihatan mental
berdasarkan simptom kemurungan dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) adalah pelajar yang mendakwa bahawa hidup ini
tidak bermakna buat mereka (M= 0.43 ± 0.78). Berdasarkan item ini, majoriti pelajar
memilih tiada langsung menggambarkan diri mereka terhadap simptom ini iaitu
sebanyak 69.6% diikuti dengan peratusan kedua tertinggi yang memilih jawapan
sedikit/jarang menggambarkan diri mereka iaitu 21.7%. Selain itu, bagi pelajar yang
memilih jawapan kebanyakkan dan sangat kerap, kedua-dua jawapan tersebut
berkongsi peratusan yang sama iaitu sebanyak 4.3%.

Selain daripada item-item kemurungan diatas, tahap kemurungan juga akan


dibentangkan melalui kiraan skor. Merujuk jadual 19, berdasarkan keputusan yang
telah diperolehi daripada pelajar jurusan ini, hasil menunjukkan bahawa majoriti
pelajar yang mempunyai simptom kemurungan berada di tahap yang normal iaitu
sebanyak 45.2% (n=52) pelajar manakala 25.2% adalah bagi pelajar yang mengalami
simptom kemurungan yang ringan (n=29). Seterusnya diikuti oleh pelajar yang
mempunyai simptom kemurungan yang sederhana iaitu 22.6% (n=26). Selebihnya
iaitu 8 orang pelajar mengalami simptom kemurungan yang tinggi dan sangat tinggi
dengan jumlah peratus sebanyak 3.5% bagi setiap satu. Oleh itu, jelaslah bahawa
simptom kemurungan yang dialami oleh pelajar jurusan ini berada di tahap yang
normal.

61
Jadual 19 Tahap Kesihatan Mental (Simptom kemurungan) Pelajar Jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

No Tahap kemurungan f %
1 Normal 52 45.2
2 Ringan (Mild) 29 25.2
3 Sederhana (Moderate) 26 22.6
4 Tinggi (Severe) 4 3.5
5 Sangat Tinggi (Extremely Severe) 4 3.5
Jumlah 115 100

4.2.3 Objektif 2: Menentukan tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal - Bahan)

Objektif kedua dalam kajian ini adalah untuk menentukan tahap kualiti tidur
terhadap pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan). Dalam
bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tahap kualiti tidur pelajar berdasarkan
analisis daripada jumlah skor min. Jadual dibawah menunjukkan jumlah min
keseluruhan bagi pembolehubah kualiti tidur.

Jadual 20 Skor Min bagi setiap dimensi Kualiti Tidur

Dimensi Min SD Tahap


Status tidur 2.77 0.95 Sederhana
Kesukaran tidur 2.56 0.77 Sederhana
Kepayahan/Kesukaran di siang hari 2.96 0.86 Sederhana
Keseluruhan 2.78 0.64 Sederhana

Berdasarkan dapatan kajian, skor purata min bagi kualiti tidur dalam kalangan
pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) adalah berada di tahap
yang sederhana (M=2.78 ± 0.64). Ini membawa maksud bahawa tahap kualiti tidur
bagi pelajar jurusan tersebut adalah di tahap yang sederhana yang memberi maksud
62
bahawa sebahagian daripada pelajar mempunyai kualiti tidur yang baik manakala
sebahagian lagi mempunyai kualiti tidur yang tidak baik.

4.2.3.1 Analisis Kualiti Tidur

Terdapat 3 dimensi berkenaan dengan kualiti tidur. Antaranya status tidur,


kesukaran tidur dan kepayahan/kesusahan di siang hari.

Jadual 21 Tahap Status Tidur

N Item B SB N STB TB Min Tahap


o f f f f f (Std.
(%) (%) (%) (%) (%) Dev)
1 Secara 11 34 42 27 1 2.77 Sederhana
umumnya, (9.6) (29.6) (36.5) (23.5) (0.9) (0.95)
bagaimanakah
tidur anda?
*Nota: Pengkaji menggunakan skala kekerapan 5 titik (5-Likert Scale), dimana
B=Baik, SB= Sederhana Baik, N=Neutral, STB=Sederhana Tidak Baik, TB=Tidak
Baik, f=frekuensi, %= Peratus, Std.Dev=Sisihan Piawaian

Jadual 21 menunjukkan kelaziman kualiti tidur berdasarkan dimensi status


tidur dalam kalangan pelajar-pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal
– Bahan). Hasil dapatan menunjukkan skor min bagi item pertama berada di tahap
yang sederhana yang menyatakan tentang keadaan tidur pelajar (M= 2.77 ± 0.95).
Merujuk kepada keputusan yang diperolehi, kebanyakkan daripada keadaan atau
kondisi tidur pelajar berada dalam keadaan yang neutral dengan jumlah peratusan
sebanyak 36.5% diikuti dengan pelajar yang mempunyai tahap kualiti tidur yang
sederhana baik iaitu 29.6%. Seramai 11 orang pelajar mempunyai kondisi tidur yang
baik (9.6%) dan selebihnya iaitu 23.5% adalah pelajar yang mempunyai kondisi tidur
yang sederhana tidak baik dan 0.9% bagi pelajar yang mempunyai kualiti tidur yang
tidak baik. Sekiranya digabungkan, majoriti tahap kualiti tidur pelajar tersebut berada
dalam keadaan sederhana baik dan baik dengan jumlah peratus sebanyak 39.2%,
diikuti dengan pelajar yang mempunyai tahap kualiti tidur yang neutral iaitu sebanyak
36.5% dan akhir sekali iaitu sebanyak 24.4% bagi pelajar yang mempunyai tahap
kualiti tidur yang sederhana tidak baik dan tidak baik.

63
Jadual 22 Tahap Kesukaran Tidur

No Item TP JJ KK K S Min Tahap


f f f f f (Std.
(%) (%) (%) (%) (%) Dev)
2 Kesukaran 19 35 38 18 5 2.61 Sederhana
untuk tidur (16.5) (30.4) (33.0) (15.7) (4.3) (1.07)
3 Terganggu 21 46 30 15 3 2.42 Sederhana
/tidur yang (18.3) (40.0) (26.1) (13.0) (2.6) (1.02)
tidak lena
4 Kesukaran 22 41 33 11 8 2.50 Sederhana
untuk tidur (19.1) (35.7) (28.7) (9.6) (7.0) (1.12)
semula
setelah
terjaga
pada
waktu
malam
5 Terjaga 13 37 41 17 7 2.72 Sederhana
sebelum (11.3) (32.2) (35.7) (14.8) (6.1) (1.05)
tiba
waktunya
Jumlah 2.56 Sederhana
(0.77)
* Nota: Pengkaji menggunakan skala kekerapan 5 titik (5-Likert Scale), dimana
TP=Tidak Pernah, JJ=Jarang-Jarang, KK= Kadang-Kadang, K=Kebanyakkannya,
S=Selalu, f=frekuensi, %= Peratus, Std.Dev=Sisihan Piawaian

Jadual 22 menunjukkan hasil bagi kualiti tidur berdasarkan dimensi kesukaran


tidur terhadap pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan).
Berdasarkan hasil yang telah diperolehi, skor purata min yang tertinggi dalam dimensi
ini adalah pelajar yang mendakwa diri mereka terjaga sebelum tiba waktunya (M=
2.72 ± 1.05). Bagi skor purata min yang kedua, pelajar menyatakan bahawa mereka
mengalami kesukaran untuk tidur (M=2.61 ± 1.07). Yang ketiga adalah skor purata
min pelajar yang mendakwa bahawa mereka mengali kesukaran untuk tidur semula
setelah terjaga pada waktu malam (M=2.50 ± 1.12). Akhir sekali, skor purata min yang
paling rendah dalam kualiti tidur berdasarkan dimensi kesukaran tidur dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) adalah pelajar yang
mendakwa bahawa mereka terganggu atau tidak dapat tidur dengan lena (M= 2.42 ±
1.02). Secara keseluruhan, purata min skor bagi dimensi ini adalah masih berada di
tahap yang sederhana (M=2.56 ± 0.77).
64
Bagi item “Kesukaran untuk tidur”, majoriti pelajar memilih kadang-kadang
(33.0%) diikuti dengan pelajar yang jarang-jarang mengalami kesukaran untuk tidur
di malam hari (30.4%), manakala 16.5% pelajar mendakwa bahawa mereka tidak
pernah mengalami kesukaran tersebut. Selebihnya menyatakan bahawa mereka
kebanyakkan dan selalu alami masalah tersebut ketika hendak tidur (15.7% dan 4.3%).

Untuk item yang ketiga iaitu “Terganggu/tidur yang tidak lena”, ramai pelajar
memilih jarang-jarang (40.0%) dan kadang-kadang (26.1%) berbanding pelajar yang
memilih jawapan tidak pernah (18.3%), kebanyakkan (13.0%) dan selalu (2.6%)
berdasarkan masalah ini.

Seterusnya, bagi item “Kesukaran untuk tidur semula setelah terjaga pada
waktu malam”, hanya 7.0% pelajar yang selalu mempunyai masalah tersebut diikuti
dengan 9.6% pelajar yang kebanyakkannya menghadapi kesukaran untuk tidur semula.
Majoritinya adalah pelajar-pelajar yang jarang-jarang mengalami kepayahan untuk
tidur semula dengan jumlah peratus sebanyak 35.7% manakala pelajar yang memilih
kadang-kadang adalah sebanyak 28.7% dan tidak pernah sebanyak 19.1%.

Item yang terakhir sekali untuk dimensi ini adalah pelajar yang mendakwa
“Terjaga sebelum tiba waktunya”. Berdasarkan keputusan yang diperolehi,
kebanyakkan pelajar memilih kadang-kadang (35.7%) dan juga jarang-jarang (32.2%)
mengalami masalah tersebut. Bukan itu sahaja, sebanyak 11.3% pelajar tidak pernah
terjaga sebelum tiba waktunya. Selebihnya adalah pelajar yang kebanyakkannya dan
selalu terjaga sebelum tiba waktunya dengan peratusan sebanyak 14.8% dan 6.1% bagi
setiap jawapan.

65
Jadual 23 Tahap Kesusahan/kepayahan di siang hari

No Item TP JJ KK K S Min Tahap


f f f f f (Std.
(%) (%) (%) (%) (%) Dev)
6 Kesukaran 11 29 23 32 20 3.18 Sederhana
untuk bangun (9.6) (25.2) (20.0) (27.8) (17.4) (1.26)
dari tidur pada
waktu pagi
7 Tidak merasa 9 36 39 23 8 2.87 Sederhana
segar apabila (7.8) (31.3) (33.9) (20.0) (7.0) (1.05)
bangun
8 Keletihan 14 34 43 15 9 2.75 Sederhana
mental (12.2) (29.6) (37.4) (13.0) (7.8) (1.08)
semasa waktu
siang
9 Berasa letih 10 39 37 23 6 2.79 Sederhana
apabila (8.7) (33.9) (32.2) (20.0) (5.2) (1.03)
bangun
10 Mengantuk 5 27 43 21 19 3.19 Sederhana
semasa (4.3) (23.5) (37.4) (18.3) (16.5) (1.12)
bekerja
Jumlah 2.96 Sederhana
(0.86)
* Nota: Pengkaji menggunakan skala kekerapan 5 titik (5-Likert Scale), dimana
TP=Tidak Pernah, JJ=Jarang-Jarang, KK= Kadang-Kadang, K=Kebanyakkannya,
S=Selalu, f=frekuensi, %= Peratus, Std.Dev=Sisihan Piawaian

Jadual 23 menunjukkan kelaziman kualiti tidur berdasarkan dimensi kesusahan


di siang hari dalam kalangan pelajar-pelajar Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan). Berdasarkan keputusan yang diperolehi, skor min tertinggi
dalam dimensi ini adalah item yang mendakwa bahawa mengantuk semasa bekerja
(M= 3.19 ± 1.12). Skor purata min kedua tertinggi dalam kualiti tidur adalah pelajar
yang mempunyai kesukaran untuk bangun dari tidur pada waktu pagi (M=3.18 ± 1.26).
Kemudian diikuti dengan pelajar yang mendakwa diri mereka tidak merasa segar
apabila bangun (M=2.87 ± 1.05). Yang keempat adalah pelajar yang mendakwa diri
mereka berasa letih apabila bangun (M= 2.79 ± 1.03). Skor purata min yang terakhir
adalah pelajar yang mendakwa bahawa mereka mengalami keletihan mental semasa
waktu siang (M= 2.75 ± 1.08). Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa purata skor min
bagi dimensi ini adalah berada di tahap yang sederhana (M=2.96 ± 0.86)

66
Bagi item keenam iaitu “ Kesukaran untuk bangun dari tidur pada waktu pagi”,
majoriti pelajar menjawab kebanyakkan dengan peratusan sebanyak 27.8%
berbanding pelajar yang jarang-jarang mengalami kesukaran untuk bangun pada waktu
pagi dengan peratusan sebanyak 25.2%. 20.0% pelajar mendakwa diri mereka kadang-
kadang mengalami kesukaran dan 17.4% bagi mereka yang selalu menghadapi
kesukaran untuk bangun pada waktu pagi. Selebihnya iaitu 9.6% tidak mengalami apa-
apa pemasalahan.

Item ketujuh iaitu “ tidak merasa segar apabila bangun”, 33.9% memberi
jawapan kadang-kadang da 31.3% bagi mereka yang jarang-jarang mengalami
masalah tersebut. 20.0% pula adalah untuk pelajar yang menjawab kebanyakkan dan
selebihnya iaitu 7.8% dan 7.0% adalah bagi mereka yang tidak pernah dan selalu tidak
merasa segara ketika bangun daripada tidur.

Seterusnya, bagi item yang kelapan iaitu “keletihan mental semasa waktu
siang”, majoriti pelajar memilih jawapan kadang-kadang iaitu sebanyak 37.4%
berbanding mereka yang menjawab jarang-jarang (29.6%) dan kebanyakkan (13.0%).
Hanya 12.2% bagi mereka yang menjawab tidak pernah dan 7.8% pula untuk pelajar
yang selalu menghadapi keletihan mental semasa waktu siang.

Item seterusnya iaitu “berasa letih apabila bangun”, rata-rata pelajar jurusan
tersebut memilih jarang-jarang (33.9%) dan kadang-kadang (32.2%) sahaja berkenaan
dengan masalah ini. Selebihnya iaitu 8.7% menjawab tidak pernah manakala bagi
mereka yang menjawab kebanyakkan dan selalu adalah sebanyak 20.0% dan 5.2%
bagi setiap jawapan.

Bagi item yang terakhir sekali iaitu “mengantuk semasa waktu bekerja”,
kebanyakkannya pelajar memilih jawapan kadang-kadang iaitu sebanyak 37.4%
manakala bagi mereka yang menjawab jarang-jarang adalah sebanyak 23.5%. Selain
itu, sebanyak 18.3% pula adalah bagi mereka yang memilih jawapan kebanyakkan dan
16.5% daripada mereka memilih jawapan selalu. Selebihnya iaitu 4.3% adalah bagi
mereka yang tidak pernah mengantuk semasa waktu bekerja.

67
4.2.3 Objektif 3: Mengenalpasti hubungan antara Kesihatan Mental (Simptom
Stres, Kebimbangan, dan Kemurungan) terhadap kualiti tidur dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan)

Objektif terakhir kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara


kesihatan mental (simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) terhadap kualiti
tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal –
Bahan). Kajian ini melibatkan pelajar seramai 115 orang dari jurusan tersebut. Jadual
di bawah menunjukkan Kolerasi Pearson bagi mengukur diukur kesihatan mental
(stres, kebimbangan, dan kemurungan) dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar
jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan).

Terdapat tiga hipotesis yang telah disebut oleh pengkaji berdasarkan objektif
kajian dan akan diuji. Hasil keputusan yang diperolehi akan dinyatakan dalam jadual
24

Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental (simptom stres)
terhadap kualiti tidur
Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental (simptom
kebimbangan) terhadap kualiti tidur
Ha3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental (simptom
kemurungan) terhadap kualiti tidur

Jadual 24 menunjukkan hasil analisis kolerasi Pearson mengenai hubungan


antara kesihatan mental (simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) terhadap
kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal –
Bahan).

68
Jadual 24 Analisis Kolerasi antara Kesihatan Mental dan Kualiti Tidur Pelajar

Dimensi (Simptom) Kualiti Tidur


Nilai r Nilai p
Stres 0.389** 0.000
Kebimbangan 0.465** 0.000
Kemurungan 0.461** 0.000
Nota: **p<0.01; n=115

Hipotesis 1: Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang


signifikan dan positif antara stres dan kualiti tidur pelajar (r = 0.389, P < 0.01).
Hipotesis 1 diterima. Hubungan sederhana positif antara kesihatan mental (stres) dan
kualiti tidur pelajar menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap stres yang
rendah mempunyi kualiti tidur yang baik.

Hipotesis 2: Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang


signifikan dan spositif diantara kebimbangan dan kualiti tidur pelajar (r = 0.465, P <
0.01). Hipotesis 2 diterima. Hubungan sederhana positif antara kesihatan mental
(kebimbangan) dan kualiti tidur pelajar menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai
tahap kebimbangan yang rendah mempunyi kualiti tidur yang baik.

Hipotesis 3: Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang


signifikan dan sederhana positif diantara kesihatan mental dari segi simptom
kemurungan dan kualiti tidur pelajar (r = 0.461, P < 0.01). Hipotesis 3 diterima.
Hubungan sederhana positif antara kesihatan mental (simptom kemurungan) dan
kualiti tidur pelajar menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai simptom
kemurungan yang rendah mempunyai kualiti tidur yang baik.

69
4.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah menjelaskan mengenai demografi pelajar dan


semua objektif yang telah diperolehi dan dikaji oleh pengkaji. Berdasarkan dapatan
kajian, telah dibuktikan bahawa wujud kolerasi positif antara kesihatan mental
(simptom stres, kebimbangan dan kemurungan) dan kualiti tidur dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan). Tambahan lagi,
Hasil kajian jumlah skor min menunjukkan bahawa rata-rata kesihatan mental adalah
pada peringkat rendah terhadap kualiti tidur pelajar tersebut. Jadual 25 memaparkan
ringkasan terhadap objektif kajian dan dapatan kajian secara menyeluruh.

Jadual 25 Ringkasan dapatan objektif kajian

No Objektif Dapatan Kajian


1 Mengenalpasti tahap Secara keseluruhannya, antara tiga jenis kesihatan
kesihatan mental mental, simptom stres mempunyai skor min yang
(Simpton stres, paling tinggi (M = 1.08 ± 0.50), diikuti dengan
kebimbangan dan simptom kebimbangan (M= 0.86 ± 0.52), dan
kemurungan) dalam simptom kemurungan ( M = 0.76 ± 0.47).
kalangan pelajar Jurusan
Sarjana Muda
Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan),
UTM Skudai
2 Menentukan tahap Secara keseluruhannya, tahap kualiti tidur pelajar
kualiti tidur dalam adalah pada tahap yang sederhana ( M = 2.78 ±
kalangan pelajar jurusan 0.64).
Sarjana Muda
Kejuruteraan
(Mekanikal - Bahan),
UTM Skudai

70
3 Mengenalpasti Terdapat 3 hipotesis dalam kajian ini;
hubungan antara Hipotesis 1: Terdapat hubungan yang positif dan
kesihatan mental signifikan (r = 0.389, P < 0.01) antara kesihatan
(Simptom Stres, mental (simptom stres) dan kualiti tidur pelajar
Kebimbangan, dan
Kemurungan) terhadap Hipotesis 2: Terdapat hubungan yang positif dan
kualiti tidur dalam signifikan (r = 0.465, P < 0.01) antara kesihatan
kalangan pelajar jurusan mental (simptom kebimbangan) dan kualiti tidur
Sarjana Muda pelajar.
Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan), Hipotesis 3: Terdapat hubungan yang positif dan
UTM Skudai signifikan (r = 0.461, P < 0.01) antara kesihatan
mental (simptom kemurungan) dan kualiti tidur
pelajar.

71
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai dapatan kajian yang telah diperolehi oleh
pengkaji pada bab sebelum ini berdasarkan objektif kajian berkenaan dengan kesihatan
mental (stres, kebimbangan, dan kemurungan), kualiti tidur serta hubungan diantara
dua pemboleh ubah dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal-Bahan), UTM Skudai.

Selain itu, bab ini juga menyediakan beberapa saranan yang penting kepada
pelajar universiti bagi penambahbaikkan pada masa akan datang. Saranan ini juga
diberikan kepada pengkaji akan datang yang ingin menjalankan kajian dalam bidang
atau topik yang sama.

5.2 Perbincangan

Pada bahagian bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang dapatan kajian
yang telah diperolehi berdasarkan tiga objektif kajian iaitu (1) untuk mengenalpasti
tahap kesihatan mental (simpton stres, kebimbangan dan kemurungan) dalam kalangan
pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai, (2)
untuk mengenalpasti tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai, dan (3) untuk mengenalpasti kesan
kesihatan mental terhadap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai.

73
5.2.1 Mengenalpasti tahap kesihatan mental (simpton stres, kebimbangan dan
kemurungan) dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal – Bahan), UTM Skudai

5.2.1.1 Simptom Stres

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, hasil kajian menunjukkan bahawa


majoriti daripada pelajar tidak mempunyai masalah stres. Kajian ini adalah konsisten
dengan kajian yang telah dibuat oleh Lemma et al. (2012) yang mengkaji tahap stres
dalam kalangan pelajar di Ethiopia dan mendapati majoriti pelajar mempunyai tahap
stres yang normal. Nilai min untuk kesemua item bagi dimensi stres dalam kajian ini
adalah pada tahap yang rendah yang membawa maksud bahawa pelajar jurusan
tersebut mengalami simptom-simptom stres yang minimal dalam aspek seperti mudah
tersentuh dengan apa yang mereka hadapi dan juga jarang menggunakan banyak
tenaga ketika mereka berada dalam keadaan cemas.

Namun, untuk dimensi ini, didapati kurang daripada separuh daripada pelajar
mempunyai tahap stres yang sederhana sehingga sangat teruk. Penemuan ini adalah
tidak konsisten dimana satu kajian yang telah dibuat oleh Najafi Kalyani et al. (2017)
dimana secara majoritinya, pelajar dalam kajian tersebut mengalami tahap stres yang
sederhana. Ketidakseragaman ini dipercayai mungkin disebabkan oleh faktor jurusan
yang mereka ambil dan tanggungjawab mereka di masa akan datang selepas mereka
menamatkan pengajian di alam universiti.

5.2.1.2 Simptom Kebimbangan

Bagi dimensi kebimbangan pula, menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar


mempunyai tahap kebimbangan yang sama seperti dimensi stres. Kajian lepas juga
menyokong dan menunjukkan bahawa lebih daripada separuh pelajar mengalami
kebimbangan yang sederhana (Lemma et al., 2012). Tambahan lagi, purata min untuk
dimensi kebimbangan ini adalah berada ditahap yang rendah yang membawa maksud
kebanyakkan pelajar tiada langsung atau jarang mengalami simptom-simptom
kebimbangan. Ini mungkin disebabkan oleh jurusan yang mereka ambil mempunyai

74
banyak peluang pekerjaan di masa akan datang. Jadi mereka tidak berasa begitu
bimbang terhadap pekerjaan mereka selepas menamatkan pelajaran di universiti.

5.2.1.3 Simptom Kemurungan

Akhir sekali, untuk dimensi kemurungan, hasil kajian telah mendapati bahawa
simptom kemurungan bagi pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-
Bahan) secara majoritinya berada di tahap yang normal. Kajian ini menyokong oleh
banyak kajian-kajian yang lepas. Antaranya kajian yang telah dibuat oleh Najafi
Kalyani et al. (2017) menunjukkan bahawa lebih daripada separuh pelajar tidak
mengalami simptom-simptom kemurungan. Pernyataan ini juga disokong kuat oleh
Seun-Fadipe dan Mosaku (2017b) dimana, secara majoritinya pelajar tersebut tidak
mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan simptom kemurungan. Keputusan yang
diperoleh daripada kajian semasa dalam bidang kemurungan pelajar adalah selaras
dengan kajian lain yang dijalankan di kawasan tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh
sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh ibubapa mereka samada dari segi
verbal atau emosi kepada pelajar apabila mereka berhadapan dengan situasi atau
masalah dalam pelajaran dan membantu dalam mengurangkan keadaan kemurungan
(Mustafa, Nasir, & Yusooff, 2010)

Di samping itu, terdapat juga kajian yang telah menunjukkan bahawa pelajar
mengalami masalah kemurungan. Antaranya, kajian yang dijalankan oleh Furr,
Westefeld, McConnell, dan Jenkins (2001) melaporkan bahawa 53% pelajar
mengalami simptom kemurungan. Ini terjadi mungkin disebabkan oleh faktor tidur
mereka yang tidak menentu. Kajian lain mendapati bahawa insomnia juga merupakan
faktor risiko terjadinya simptom kemurungan, mengurangkan tindak balas terhadap
rawatan kemurungan, dan meningkatkan kebarangkalian kebangkitan simptom
kemurungan (Vandeputte & de Weerd, 2003). Oleh itu, simptom kemurungan
kadangkala boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti persekitaran, dan
sebagainya.

75
5.2.2 Mengenalpasti tahap kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan
Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan), UTM Skudai

Objektif kedua kajian ini adalah untuk melihat tahap kualiti tidur dalam
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan). Merujuk
kepada keputusan yang telah diperolehi, hasil kajian telah menunjukkan bahawa skor
purata min bagi kualiti tidur pelajar berada pada tahap yang sederhana secara
keseluruhannya.

Selain itu, hasil dapatan telah menunjukkan bahawa lebih daripada separuh
dalam kalangan pelajar mempunyai kualiti tidur yang baik. Kajian baru-baru ini juga
telah menyokong bahawa lebih daripada separuh pelajar universiti mempunyai kualiti
tidur yang agak baik (Carter et al., 2017). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan
bahawa segelintir pelajar jurusan tersebut menyatakan bahawa mereka mempunyai
kualiti tidur yang tidak baik. Keputusan ini menyokong daripada kajian-kajian yang
lepas yang menyatakan bahawa sebilangan besar pelajar dikelaskan sebagai
mempunyai kualiti tidur yang kurang baik (Lemma et al., 2012). Forquer, Camden,
Gabriau, dan Johnson (2008) mendapati bahawa kebanyakan pelajar mengalami
masalah kerap bangun di malam hari, waktu tidur yang singkat, kebimbangan tidur
yang panjang, dan rentak sirkadian terganggu kerana waktu tidur dan waktu bangun
yang berbeza-beza. Selain itu, perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor dalaman
(mental) dan juga luaran (kitaran tidur yang tidak menentu).

5.2.3 Mengenalpasti hubungan kesihatan mental terhadap kualiti tidur dalam


kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Bahan),
UTM Skudai.

Dalam kajian ini, kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan


antara kedua-dua pemboleh ubah. Objektif yang ketiga dalam kajian ini adalah untuk
mengenalpasti hubungan antara kesihatan mental (stres, kebimbangan, dan
kemurungan) dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan). Dapatan kajian ini menjelaskan hubungan diantara

76
ketiga-tiga dimensi yang mempunyai hubungan positif yang signifikan dan sederhana
kuat antara satu sama lain. Di samping itu, kajian lepas juga menyokong hasil dapatan
kajian ini (Lemma et al., 2012; Najafi Kalyani et al., 2017; Seun-Fadipe & Mosaku,
2017b)

5.2.3.1 Hubungan antara simptom stres dan kualiti tidur

Bagi hubungan kesihatan mental (simptom stres) dan kualiti tidur, dapatan
kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua
pembolehubah. Ini membuktikan bahawa pelajar yang mempunyai tahap stres yang
tinggi akan mengalami kualiti tidur yang tidak baik. Kajian ini disokong oleh Lemma
et al. (2012) yang mendapati bahawa tahap stres yang dialami oleh pelajar telah
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kualiti tidur yang tidak baik. Kajian yang
dijalankan oleh Mesquita dan Reimão (2010b) juga secara konsisten menyokong
kajian ini yang menyatakan bahawa stres juga menyumbang kepada peningkatan
peratusan kualiti tidur yang tidak baik. Sebagai contoh, pelajar yang banyak
menggunakan tenaga semasa berada dalam keadaan cemas. Berikutan daripada ini
menyebabkan mereka sukar untuk tidur dengan selesa akibat daripada perasaan cemas
yang menyelubungi diri mereka semasa mereka hendak tidur.

5.2.3.2 Hubungan antara simptom kebimbangan dan kualiti tidur

Dimensi yang kedua iaitu kesihatan mental (simptom kebimbangan) telah


menunjukkan hubungan yang positif terhadap kualiti tidur dimana mereka yang
mengalami kebimbangan yang tinggi akan mempunyai kualiti yang tidak baik. Kajian
ini konsisten dengan kajian yang telah dilakukan di Thailand iaitu Pensuksan et al.
(2016) dimana tahap kebimbangan yang ringan sehingga sangat teruk telah
diklasifikan sebagai pelajar yang mempunyai kualiti tidur yang buruk. Kajian ini
disokong oleh Karimi dan Massoumi (2016) dimana seramai 250 pelajar telah
mengambil bahagian dalam kelas persediaan peperiksaan pra universiti di Qom-Iran.
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan
diantara ujian kebimbangan dan kualiti tidur pelajar tersebut. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa, terdapat hubungan langsung antara simptom kebimbangan dan

77
kualiti tidur dengan kajian semasa. Dalam erti kata lain, semakin tinggi tahap
kebimbangan yang dialami seseorang, maka sukar baginya untuk mendapatkan tidur
yang baik.

5.2.3.3 Hubungan antara simptom kemurungan dan kualiti tidur

Selain itu, dimensi yang seterusnya adalah simptom kemurungan. Berdasarkan


dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji mendapati bahawa wujudnya hubungan
positif yang signifikan antara kesihatan mental (simptom kemurungan) dan kualiti
tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan).
Hasil yang ditunjukkan ini secara konsisten telah menyokong kajian yang dijalankan
oleh Seun-Fadipe dan Mosaku (2017b) yang menunjukkan bahawa simptom
kemurungan mempengaruhi kualiti tidur pelajar. Selain itu, kajian oleh Najafi Kalyani
et al. (2017) juga menyokong hasil kajian ini dimana pelajar yang mengalami simptom
kemurungan telah menyebabkan kualiti tidurnya tidak begitu baik. Kesimpulannya,
simptom kemurungan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan
seseorang itu sukar untuk tidur.

5.3 Limitasi

Bahagian ini membincangkan limitasi atau batasan yang dihadapi oleh


pengkaji semasa melaksanakan kajian ini. Kemudian, pengkaji akan menekankan
cadangan yang perlu dilakukan bagi penambahbaikan dalam penyelidikan masa akan
datang.

Terdapat beberapa limitasi yang perlu di ambil perhatian kepada pengkaji di


masa hadapan. Pengkaji mengalami masalah apabila berhadapan dengan maklum
balas pelajar memandangkan kajian ini melibatkan manusia yang mudah terpengaruh
dengan emosi dan persekitaran serta kekangan masa yang mana sukar untuk pengkaji
mengawalnya.

78
Selain itu, antara limitasi lain yang dihadapi oleh pengkaji ketika menjalankan
kajian ini adalah jumlah populasi dan sampel yang tidak begitu ramai. Mengikut
pengiraan sebenar, jumlah populasi yang diperolehi bagi pelajar jurusan Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan) adalah seramai 133 orang. Justeru itu, saiz sampel
untuk kajian ini sangat kecil. Tambahan lagi, pengkaji hanya menjalankan kajian
terhadap satu jurusan sahaja iaitu jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-
Bahan). Oleh itu, bagi pengkaji, mungkin agak terhad serta tidak mencukupi untuk
mendapatkan keputusan yang benar-benar sah dan boleh dipercayai.

Selain itu, batasan lain adalah, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik
selain daripada Pittsburgh Sleep Quality Index yang biasa digunakan oleh pengkaji-
pengkaji sebelum ini (Buysse et al., 1989). Disebabkan itu, setiap instrumen
mempunyai penafsiran yang berbeza-beza. Walaupun terdapat perbezaan instrumen
dan cara pentafsiran, namun tujuan kajian tetap sama iaitu untuk menilai tahap kualiti
tidur seseorang individu. Oleh itu, amatlah penting untuk pengkaji yang akan datang
untuk memperbanyakkan penyelidikan bagi mengharmonikan perbezaan ini.

5.4 Cadangan

Hasil kajian menunjukkan kesihatan mental khususnya dari segi simptom stres,
kebimbangan dan kemurungan mempunyai hubungan terhadap kualiti tidur dalam
kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan). Ini
membuktikan bahawa tahap kesihatan mental (simptom stres, kebimbangan dan
kemurungan) mempengaruhi kualiti tidur pelajar jurusan tersebut. Hubungan antara
pemboleh ubah in tidak mencapai kolerasi yang sempurna. Oleh itu, terdapat beberapa
cadangan yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan kolerasi antara pembolehubah
ini.

79
5.4.1 Pelajar Universiti

Antara cadangan yang boleh dilaksanakan kepada pelajar universiti adalah


dengan mengadakan promosi kesihatan dan program kesedaran yang berkaitan dengan
kesihatan mental dan kualiti tidur mereka. Selain itu, pihak pengurusan universiti juga
perlu sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar iaitu dengan menyediakan
tempat-tempat yang khas dan selesa bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan
mental sepeti bilik terapi. Selain itu, pihak pengurusan juga boleh menyediakan satu
talian khas seperti Befrienders khusus untuk pelajar yang segan untuk bertemu secara
bersemuka. Dengan talian yang disediakan oleh pihak pengurusan, pelajar-pelajar
tidak lagi berasa malu untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi di universiti.

5.4.2 Pengkaji akan datang

Cadangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti kajian adalah
dengan menambahkan jumlah sampel pelajar dan mengambil pelajar-pelajar daripada
pelbagai jurusan. Hal ini dapat meningkatkan lagi kesahihan dan ketepatan sekaligus
dapat membuat perbandingan antara jurusan yang mereka ambil di universiti.

Selain itu, cadangan lain bagi meningkatkan kualiti kajian ini adalah dengan
menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dalam mendapatkan informasi yang
mendalam tentang maklumat yang diperlukan dalam kajian sebegini. Ini membantu
pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan bermakna tentang bidang
yang dikaji. Bukan itu sahaja, kaedah ini juga mungkin dapat menyelaraskan
penemuan yang tidak jelas, terutamanya jika pengkaji terdahulu kebanyakkannya
melakukan kajian kuantitatif.

5.5 Kesimpulan

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesihatan mental


(simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) serta kualiti tidur sekaligus mengkaji

80
hubungan antara kesihatan mental (simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan)
dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Mekanikal-Bahan), UTM Skudai. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
jurusan tersebut mempunyai tahap min kesihatan mental yang rendah bagi ketiga-tiga
dimensi iaitu simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan dan kualiti tidur yang
sederhana. Tambahan lagi, kajian ini juga mendapati bahawa simptom stres dan
kemurungan secara majoritinya berada ditahap yang normal, manakala simptom
kebimbangan berada di tahap yang sederhana khususnya bagi pelajar jurusan Sarjana
Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Bahan). Bukan itu sahaja, hasil kajian ini juga telah
mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap kesihatan mental
(simptom stres, kebimbangan, dan kemurungan) dan kualiti tidur.

Selain itu, kajian ini juga telah memperlihatkan kesan positif dan negatif hasil
daripada kesihatan mental yang memberi kesan terhadap kualiti tidur mereka. Pelajar-
pelajar lain boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini untuk memberi bukti bahawa
tahap kesihatan mental mampu memberi kesan ke atas kualiti tidur mereka sekaligus
boleh mempengaruhi produktiviti dalam kehidupan seharian mereka.

81
RUJUKAN

Aghajanloo, A., Haririan, H., Ghafourifard, M., Bagheri, H., & Ebrahimi, S. (2012).
Sleep quality of students during final examsin Zanjan University of Medical
Sciences. Modern Care Journal, 8(4), 230-237.
Alkhatib, A. J., Bashir, N. A., Bjørklund, G., Shotar, A. M., Rawashdeh, W. S.,
AlOmary, M., & Al-kresha, R. Depression Among Addictive Patients In
Jordan.
Almojali, A. I., Almalki, S. A., Alothman, A. S., Masuadi, E. M., & Alaqeel, M. K.
(2017). The prevalence and association of stress with sleep quality among
medical students. Journal of epidemiology and global health, 7(3), 169-174.
Ardani, A. R. (2012). Assessment the rules of demographic variables and body mass
index in sleep quality among medical students. J Fundamentals Mental Health,
14(2), 132-139.
Association, A. P. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders
(DSM-5®): American Psychiatric Pub.
Barber, L. K., & Munz, D. C. (2011). Consistent‐sufficient sleep predicts
improvements in self‐regulatory performance and psychological strain. Stress
and Health, 27(4), 314-324.
Barlow, D. H., & Durand, V. M. (2011). Abnormal psychology: An integrative
approach: Nelson Education.
Beck, A. R., & Verticchio, H. (2014). Facilitating Speech-Language Pathology
Graduate Students’ Ability To Manage Stress: A Pilot Study. Contemporary
Issues in Communication Science & Disorders, 41.
Beck, A. T. (1967). Depression: Clinical, experimental, and theoretical aspects:
University of Pennsylvania Press.
Beck, A. T. (1979). Cognitive therapy of depression: Guilford press.
Beck, A. T. (1991). Cognitive therapy: A 30-year retrospective. American
psychologist, 46(4), 368.
Bhujade, V. M. (2017a). Depression, anxiety and academic stress among college
students: A brief review. Indian Journal of Health & Wellbeing, 8(7).

83
Bhujade, V. M. (2017b). Depression, anxiety and academic stress among college
students: A brief review. Indian Journal of Health and Wellbeing, 8(7), 748-
751.
Blaikie, N. (2009). Designing social research: Polity.
Borb, A. A., & Achermann, P. (1999). Sleep homeostasis and models of sleep
regulation. Journal of biological rhythms, 14(6), 559-570.
Borbély, A. A. (1982). A two process model of sleep regulation. Hum neurobiol, 1(3),
195-204.
Bostanci, M., Ozdel, O., Oguzhanoglu, N. K., Ozdel, L., Ergin, A., Ergin, N., . . .
Karadag, F. (2005). Depressive symptomatology among university students in
Denizli, Turkey: prevalence and sociodemographic correlates. Croat med J,
46(1), 96-100.
Buysse, D. J., Reynolds III, C. F., Monk, T. H., Berman, S. R., & Kupfer, D. J. (1989).
The Pittsburgh Sleep Quality Index: a new instrument for psychiatric practice
and research. Psychiatry research, 28(2), 193-213.
Carter, B., Chopak-Foss, J., & Punungwe, F. B. (2017). An analysis of the sleep quality
of undergraduate students. College Student Journal, 50(3), 315-322.
Cheung, R. Y. M., & fong Au, T. K. (2011). Nursing students’ anxiety and clinical
performance. Journal of Nursing Education, 50(5), 286-289.
Clak, D. A., & Beck, A. T. (1999). Scientific foundations of cognitive theory and
therapy of depression: John Wiley & Sons.
Creswell, J. W. (2014). A concise introduction to mixed methods research: Sage
Publications.
Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative,
and mixed methods approaches: Sage publications.
Davis, W. M., Ho, K., & Last, J. (2015). Advancing social media in medical education.
Canadian Medical Association Journal, 187(8), 549-550.
Diener, E. (2009). Subjective well-being The science of well-being (pp. 11-58):
Springer.
Dora, M. T. (2006). Mengurus stres: PTS Professional.
Durbin, E. (2013). Depression 101: Springer Publishing Company.
Eller, T., Aluoja, A., Vasar, V., & Veldi, M. (2006). Symptoms of anxiety and
depression in Estonian medical students with sleep problems. Depression and
anxiety, 23(4), 250-256.

84
Fatma, H., & Husain, M. (2016). Depression and treatment under Islam. Indian
Journal of Positive Psychology, 7(1), 44.
Forquer, L. M., Camden, A. E., Gabriau, K. M., & Johnson, C. M. (2008). Sleep
patterns of college students at a public university. Journal of American College
Health, 56(5), 563-565.
Foundation, M. H. (2011). Sleep Matters: The Impact of Sleep on Health and
Wellbeing: Mental Health Foundation London, UK.
Furr, S. R., Westefeld, J. S., McConnell, G. N., & Jenkins, J. M. (2001). Suicide and
depression among college students: A decade later. Professional Psychology:
Research and Practice, 32(1), 97.
Gammon, J., & Morgan-Samuel, H. (2005). A study to ascertain the effect of
structured student tutorial support on student stress, self-esteem and coping.
Nurse education in Practice, 5(3), 161-171.
Garlow, S. J., Rosenberg, J., Moore, J. D., Haas, A. P., Koestner, B., Hendin, H., &
Nemeroff, C. B. (2008). Depression, desperation, and suicidal ideation in
college students: results from the American Foundation for Suicide Prevention
College Screening Project at Emory University. Depression and anxiety, 25(6),
482-488.
Gregory, A. M., Buysse, D. J., Willis, T. A., Rijsdijk, F. V., Maughan, B., Rowe, R., .
. . Eley, T. C. (2011). Associations between sleep quality and anxiety and
depression symptoms in a sample of young adult twins and siblings. Journal
of psychosomatic research, 71(4), 250-255.
Hasan, A. (2012). Instrumen penilaian pembimbing dalam pelaksanaan pembelajaran
berasaskan kerja pelajar di industri. Universiti Teknologi Malaysia.
Hunt, J., & Eisenberg, D. (2010). Mental health problems and help-seeking behavior
among college students. Journal of Adolescent Health, 46(1), 3-10.
Hysenbegasi, A., Hass, S. L., & Rowland, C. R. (2005). The impact of depression on
the academic productivity of university students. Journal of Mental Health
Policy and Economics, 8(3), 145.
Jansson-Fröjmark, M., & Lindblom, K. (2008). A bidirectional relationship between
anxiety and depression, and insomnia? A prospective study in the general
population. Journal of psychosomatic research, 64(4), 443-449.
Jansson, M., & Linton, S. J. (2006). The development of insomnia within the first year:
a focus on worry. British Journal of Health Psychology, 11(3), 501-511.

85
Jaycox, L. H., Stein, B. D., Paddock, S., Miles, J. N., Chandra, A., Meredith, L. S., . .
. Burnam, M. A. (2009). Impact of teen depression on academic, social, and
physical functioning. Pediatrics, 124(4), e596-e605.
Karimi, Z., & Massoumi, A. (2016). Assessment sleep quality and its relationship with
test anxiety among high school students in Qom-Iran. International Journal of
Pediatrics, 4(10), 3719-3726.
Kecklund, G., & Åkerstedt, T. (1992). The psychometric properties of the Karolinska
Sleep Questionnaire. J Sleep Res, 1(Suppl 1), 113.
Keshavarz Akhlaghi, A.-A., & Ghalebandi, M. F. (2009). Sleep quality and its
correlation with general health in pre-university students of Karaj, Iran. Iranian
Journal of Psychiatry and Behavioral Sciences, 3(1), 44-49.
Killu, K., Marc, R., & Crundwell, A. (2016). Students with anxiety in the classroom:
Educational accommodations and interventions. Beyond Behavior, 25(2), 30-
40.
Kompier, M. A., Taris, T. W., & Van Veldhoven, M. (2012). Tossing and turning-
insomnia in relation to occupational stress, rumination, fatigue, and well-being.
Scandinavian journal of work, environment & health, 238-246.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Lait, J. (2000). Stress at work: A study of professionals in bureaucratic organizations:
University of Calgary.
Lee, C. F., Lee, J. C., & Lee, A. C. (2000). Statistics for business and financial
economics (Vol. 1): Springer.
Lemma, S., Gelaye, B., Berhane, Y., Worku, A., & Williams, M. A. (2012). Sleep
quality and its psychological correlates among university students in Ethiopia:
a cross-sectional study. BMC psychiatry, 12(1), 237.
Lewis, C. A., & Loewenthal, K. (2015). An introduction to psychological tests and
scales: Psychology Press.
Lima, P., Medeiros, A., & Araujo, J. (2002). Sleep-wake pattern of medical students:
early versus late class starting time. Brazilian Journal of Medical and
Biological Research, 35(11), 1373-1377.
Lincoln, M., Adamson, B., & Covic, T. (2004). Perceptions of stress, time
management and coping strategies of speech pathology students on clinical
placement. Advances in Speech Language Pathology, 6(2), 91-99.

86
Lovibond, P. F., & Lovibond, S. H. (1995). The structure of negative emotional states:
Comparison of the Depression Anxiety Stress Scales (DASS) with the Beck
Depression and Anxiety Inventories. Behaviour research and therapy, 33(3),
335-343.
Macaskill, A. (2013). The mental health of university students in the United Kingdom.
British Journal of Guidance & Counselling, 41(4), 426-441.
McCall, T. (2007). Yoga as medicine: The yogic prescription for health and healing:
Bantam.
McKenna, E. F. (2000). Business psychology and organisational behaviour: a
student's handbook: Psychology Press.
Mesquita, G., & Reimão, R. (2010a). Quality of sleep among university students:
effects of nighttime computer and television use. Arquivos de neuro-
psiquiatria, 68(5), 720-725.
Mesquita, G., & Reimão, R. (2010b). Stress and sleep quality in high school Brazilian
adolescents. Anais da Academia Brasileira de Ciências, 82(2), 545-551.
Milojevich, H. M., & Lukowski, A. F. (2016). Sleep and mental health in
undergraduate students with generally healthy sleep habits. PLoS ONE, 11(6),
e0156372.
Mohammadi-Farrokhran, E., Mokhayeri, Y., Tavakkol, Z., & Mansouri, A. (2012).
Relationship between quality of sleep and mental health among students living
in dormitories. Knowledge & Health, 7(3).
Morphy, H., Dunn, K. M., Lewis, M., Boardman, H. F., & Croft, P. R. (2007).
Epidemiology of insomnia: a longitudinal study in a UK population. Sleep,
30(3), 274-280.
Mullins, L. J. (2007). Management and organisational behaviour: Pearson education.
Musa, R., Fadzil, M. A., & Zain, Z. (2007). Translation, validation and psychometric
properties of Bahasa Malaysia version of the Depression Anxiety and Stress
Scales (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry, 8(2), 82-89.
Mustafa, M. B., Nasir, R., & Yusooff, F. (2010). Parental support, personality, self-
efficacy and depression among medical students. Procedia-Social and
Behavioral Sciences, 7, 419-424.
Najafi Kalyani, M., Jamshidi, N., Salami, J., & Pourjam, E. (2017). Investigation of
the Relationship between Psychological Variables and Sleep Quality in
Students of Medical Sciences. Depression research and treatment, 2017.

87
Najafi, M., Kermani Mamazandi, Z., & Akbari Balutbangan, A. (2017). The
relationship of anxiety, stress, and depression with suicidal thoughts among
female adolescents: The meditating role of victim of bullying. Journal of
Fundamentals of Mental Health, 19(5), 401-407.
Nayeri, N., & Hajbagheri, M. (2006). Effects of relaxation on stress and quality of life
in dormitory resident students. Feyz Journal, 10(2), 40-45.
Nyer, M., Farabaugh, A., Fehling, K., Soskin, D., Holt, D., Papakostas, G. I., . . .
Vitolo, O. (2013). Relationship between sleep disturbance and depression,
anxiety, and functioning in college students. Depression and anxiety, 30(9),
873-880.
Organization, W. H. (2004). Promoting mental health: Concepts, emerging evidence,
practice: Summary report.
Palmer, S., & Cooper, C. (2013). How to deal with stress (Vol. 24): Kogan Page
Publishers.
Pensuksan, W. C., Lertmaharit, S., Lohsoonthorn, V., Rattananupong, T., Sonkprasert,
T., Gelaye, B., & Williams, M. A. (2016). Relationship between poor sleep
quality and psychological problems among undergraduate students in the
Southern Thailand. Walailak journal of science and technology, 13(4), 235.
Piaw, C. Y. (2012). Mastering research methods. Malaysia: McGraw-Hill.
Ramya, N., & Parthasarathy, R. (2009). A study on coping patterns of junior college
students. Indian journal of psychological medicine, 31(1), 45.
Ratner, B. (2013). The correlation coefficient: Definition. DM Stat-1 Articles.
Rice, V. H. (2012). Handbook of stress, coping, and health: Implications for nursing
research, theory, and practice: Sage.
Roane, B. M., & Taylor, D. J. (2008). Adolescent insomnia as a risk factor for early
adult depression and substance abuse. Sleep, 31(10), 1351-1356.
Robotham, D., Chakkalackal, L., & Cyhlarova, E. (2011). Sleep Matters: The impact
of sleep on health and wellbeing [Internet]. Mental Health Foundation.
Ross, E., & Fourie, R. (2011). Burnout and self-care in the practice of speech
pathology and audiology: An ecological perspective. Therapeutic processes for
communication disorders, 213-228.
Rutten, B. P., Hammels, C., Geschwind, N., Menne‐Lothmann, C., Pishva, E.,
Schruers, K., . . . Wichers, M. (2013). Resilience in mental health: linking

88
psychological and neurobiological perspectives. Acta Psychiatrica
Scandinavica, 128(1), 3-20.
Sachs, G. S., Nierenberg, A. A., Calabrese, J. R., Marangell, L. B., Wisniewski, S. R.,
Gyulai, L., . . . Ostacher, M. J. (2007). Effectiveness of adjunctive
antidepressant treatment for bipolar depression. New England Journal of
Medicine, 356(17), 1711-1722.
Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill building
approach: John Wiley & Sons.
Selye, H. (1956). The stress of life.
Seun-Fadipe, C. T., & Mosaku, K. S. (2017a). Sleep quality and psychological distress
among undergraduate students of a Nigerian university. Sleep Health: Journal
of the National Sleep Foundation, 3(3), 190-194.
Seun-Fadipe, C. T., & Mosaku, K. S. (2017b). Sleep quality and psychological distress
among undergraduate students of a Nigerian university. Sleep health, 3(3),
190-194.
Shahzeb, S. (2016). Common Mental Health Problems in University Students:
Exploratory Analysis. Journal of Behavioural Sciences, 26(1), 82.
Spielberger, C. D. (2013). Anxiety and behavior: Academic Press.
Steptoe, A., Tsuda, A., & Tanaka, Y. (2007). Depressive symptoms, socio-economic
background, sense of control, and cultural factors in university students from
23 countries. International Journal of Behavioral Medicine, 14(2), 97-107.
Steriade, M., & Hobson, J. A. (1976). Neuronal activity during the sleep-waking cycle.
Progress in neurobiology, 6, 157-376.
Teddlie, C., & Yu, F. (2007). Mixed methods sampling: A typology with examples.
Journal of mixed methods research, 1(1), 77-100.
Trimmer, E. J. (1970). Understanding anxiety in everyday life: Allen & Unwin.
Van Ameringen, M., Mancini, C., & Farvolden, P. (2003). The impact of anxiety
disorders on educational achievement. Journal of anxiety disorders, 17(5),
561-571.
Van Berkel, K., & Reeves, B. (2017). Stress Among Graduate Students In Relation to
Health Behaviors. College Student Journal, 51(4), 498-510.
Vandeputte, M., & de Weerd, A. (2003). Sleep disorders and depressive feelings: a
global survey with the Beck depression scale. Sleep medicine, 4(4), 343-345.

89
Wallace, D. D., Boynton, M. H., & Lytle, L. A. (2017). Multilevel analysis exploring
the links between stress, depression, and sleep problems among two-year
college students. Journal of American College Health, 65(3), 187-196.
Wani, M. A. (2018). Psychological well-being: A comparative study of Thanatophoric
people. Indian Journal of Health and Wellbeing, 9(1), 97-100.
Waqas, A., Khan, S., Sharif, W., Khalid, U., & Ali, A. (2015). Association of academic
stress with sleeping difficulties in medical students of a Pakistani medical
school: a cross sectional survey. PeerJ, 3, e840.
Weissman, A. S., Antinoro, D., & Chu, B. C. (2008). Cognitive-behavioral therapy for
anxious youth in school settings Cognitive-behavioral interventions for
emotional and behavioral disorders: School-based practice (pp. 173-203):
Guilford Press New York.
Willner, P. (1985). Depression: A psychobiological synthesis: John Wiley & Sons.
Xu, Z., Su, H., Zou, Y., Chen, J., Wu, J., & Chang, W. (2012). Sleep quality of Chinese
adolescents: distribution and its associated factors. Journal of paediatrics and
child health, 48(2), 138-145.
Yang, G., Lai, C. S. W., Cichon, J., Ma, L., Li, W., & Gan, W.-B. (2014). Sleep
promotes branch-specific formation of dendritic spines after learning. Science,
344(6188), 1173-1178.
Zhang, Y., Peters, A., & Chen, G. (2018). Perceived Stress Mediates the Associations
between Sleep Quality and Symptoms of Anxiety and Depression among
College Nursing Students. International journal of nursing education
scholarship, 15(1).

90
Soal Selidik

En. / Puan / Cik

Saya sedang menjalankan satu penyelidikan yang bertajuk “Kesihatan mental


(Simptom Stres, Kebimbangan dan Kemurungan) terhadap Kualiti Tidur Dalam
Kalangan Pelajar Universiti di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, UTM Skudai”.
Kesihatan mental adalah penting untuk dikenalpasti kerana didapati boleh
mempengaruhi kualiti tidur dalam kalangan pelajar. Semua data yang dikumpulkan
adalah untuk tujuan ilmiah sahaja. Saya berharap agar responden dapat memberi
kerjasama dan mengikuti arahan yang telah diberikan.

Muhammad Nur Asyraf Bin Azman


Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia
Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi
Universiti Teknologi Malaysia

91
Lampiran A: Maklumat Demografi

Arahan: Sila tandakan (/) pada jawapan yang berkenaan.


1) Jantina:
Lelaki 1 Perempuan 2
2) Umur:
Bawah 20 1
Tahun 21-25 2
Tahun 26-30 3
3) Bangsa:
Melayu 1
Cina 2
India 3
Lain-lain. Sila Nyatakan……… 4
4) Tahap Pendidikan Tertinggi:
Diploma 1
Ijazah (Sarj. Muda) 2
Master 3
PhD 4

92
Lampiran B: Skala DASS-21

DASS-21 Nama: Tarikh


Sila baca setiap kenyataan di bawah dan bulatkan pada nombor 0, 1, 2 atau 3
bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu. Tiada
jawapan yang betul atau salah. Jangan mengambil masa yang terlalu lama
untuk menjawab mana-mana kenyataan.
Skala pemarkahan adalah seperti berikut:
0 Tidak langsung menggambarkan keadaan saya
1 Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya.
2 Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya.
3 Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya

1 Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan 0 1 2 3


2 Saya sedar mulut saya terasa kering 0 1 2 3
3 Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali 0 1 2 3
4 Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya pernafasan 0 1 2 3
yang laju, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan
senaman fizikal)
5 Saya sukar untuk mendapatkan semangat bagi melakukan 0 1 2 3
sesuatu perkara
6 Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu 0 1 2 3
keadaan
7 Saya rasa menggeletar (contohnya pada tangan) 0 1 2 3
8 Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga dalam keadaan 0 1 2 3
cemas
9 Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi 0 1 2 3
panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri
sendiri
10 Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diharapkan 0 1 2 3
11 Saya dapati diri saya semakin gelisah 0 1 2 3
12 Saya rasa sukar untuk relaks 0 1 2 3
13 Saya rasa sedih dan murung 0 1 2 3

93
14 Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang 0 1 2 3
menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan
15 Saya rasa hampir-hampir menjadi panik/cemas 0 1 2 3
16 Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya lakukan. 0 1 2 3
17 Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu 0 1 2 3
18 Saya rasa yang saya mudah tersentuh 0 1 2 3
19 Saya sedar tindakbalas jantung saya walaupun tidak 0 1 2 3
melakukan aktiviti fizikal (contohnya kadar denyutan
jantung bertambah, atau denyutan jantung berkurangan)
20 Saya berasa takut tanpa sebab yang munasabah 0 1 2 3
21 Saya rasa hidup ini tidak bermakna 0 1 2 3

94
Lampiran C: Kualiti Tidur

Kenyataan di bawah menerangkan tentang tahap kualiti tidur. Sila BULATKAN pada
jawapan berdasarkan situasi anda dalam tempoh Sebulan sebelumnya dengan
mengikut skala yang telah diberikan iaitu 1 = Tidak baik, 2 = Sederhana tidak baik, 3
= Neutral, 4 = Sederhana baik, 5 = Baik bagi soalan 1, manakala 1 = Tidak pernah, 2
= Jarang-jarang, 3 = Kadang-kadang, 4 = Kebanyakannya, 5 = Selalu bagi soalan 2
hingga 10.

Reverse Question
No. Tidak Sederhana Neutral Sederhana Baik
Kualiti Tidur baik tidak baik baik

1 Secara 1 2 3 4 5
umumnya,
bagaimanakah
tidur anda?

No Tidak Jarang- Kadang- Kebanyak Selalu


. Kualiti pernah jarang kadang -annya
Tidur (5 kali
(bulan (beberapa (beberapa (3-4 kali atau lebih
sebelumnya) kali kali seminggu) setiap
setahun) sebulan) minggu)
1 2 3 4 5
2 Kesukaran 1 2 3 4 5
untuk tidur
3 Terganggu/ti 1 2 3 4 5
dur yang
tidak lena
4 Kesukaran 1 2 3 4 5
untuk tidur
semula
setelah
terjaga pada
waktu malam
5 Terjaga 1 2 3 4 5
sebelum tiba
waktunya
6 Kesukaran 1 2 3 4 5
untuk bangun
dari tidur
pada waktu
pagi
7 Tidak merasa 1 2 3 4 5
segar apabila
bangun
8 Keletihan 1 2 3 4 5
mental

95
semasa waktu
siang

9 Berasa letih 1 2 3 4 5
apabila
bangun

10 Mengantuk 1 2 3 4 5
semasa
bekerja

96
Lampiran D: Penentuan saiz sampel Krejie dan Morgan (1970)

97

Anda mungkin juga menyukai