Anda di halaman 1dari 24

1.

PERSOALAN KAJIAN

Serangan binatang liar di UKM seperti monyet dan juga khinzir menjadi fenomena dan
perbualan oleh sesetengah individu, terutamanya bagi mahasiswa mahasiswi baru tahun satu.
Antara persoalan yang mencetuskan idea untuk mendalami kajian ini adalah :

Sejauh manakah binatang-binatang liar ini mengganggu aktiviti harian pelajar?


Adakah binatang-binatang ini mendatangkan kemudaratan kepada para pelajar?

Justeru, persoalan-persoalan di atas mendorong kepada aspek pemahaman yang lebih


mendalam mengenai tajuk kajian. Perkara yang ingin dirungkaikan dalam kajian ini adalah
pengaruh sistem keselamatan dalam kelancaran sesuatu perjalanan mahupun aktiviti harian
pelajar.
Banyak contoh yang boleh dilihat, antaranya, pelajar yang menggunakan alternatif
berjalan kaki ke fakulti ataupun destinasi masing-masing berisiko untuk diserang oleh
binatang liar. Selain itu, pelajar juga berisiko tinggi menghadapi kemalangan jalan raya yang
disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pengguna kenderaan. Oleh
hal yang demikian, persoalan yang ingin dikaji adalah :

2.0

Sejauh manakah jaminan terhadap keselamatan pelajar di UKM?


Apakah ciri-ciri keselamatan yang dikuatkuasakan oleh bahagian Pengarah Keselamatan
UKM?
Adakah tahap keselamatan yang rendah menjejaskan produktiviti pelajar?
Adakah keselesaan pelajar tergugat sekiranya ingin melibatkan diri dalam aktiviti sosial
di dalam UKM?

TUJUAN KAJIAN
1

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji keberkesanan sistem keselamatan terhadap
mahasiswa dan mahasiswi UKM. Persoalan-persoalan seperti jaminan terhadap keselamatan
pelajar, ciri-ciri keselamatan yang dikuatkuasakan, pengaruh keselamatan terhadap produktiviti
pelajar dan juga keselesaan pelajar dalam aktiviti sosial mendorong kepada tujuan kajian ini
dilakukan.
Pengarah bahagian keselamatan UKM, Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal sendiri telah
melaksanakan langkah-langkah ke arah memelihara kebajikan dan keselamatan warga UKM.
Walau bagaimanapun, sistem keselamatan yang telah dikuatkuasakan di UKM memerlukan
pelaksanaan yang teratur dan kerjasama daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh hal
yang demikian, kajian ini dirangka dengan menekankan aspek keberkesanan sistem keselamatan
terhadap mahasiswa dan mahasiswi UKM.

3.0

BATASAN KAJIAN
2

Kajian Tahap Keselamatan di UKM ini dibataskan terhadap para pelajar tahun satu di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka adalah pelajar baharu yang merasai
suasana kampus di UKM dan kebanyakannya adalah berbeza daripada suasana tempat tinggal
mereka sebelum ini. Jadi, respon mereka juga harus dititikberatkan dalam analisis kajian ini.
Selain itu, responden-responden dari Kolej Pendeta Zaba, Kolej Keris Mas dan Kolej
Ungku Omar mendominasi kajian ini. Kolej pendeta Zaba merupakan kolej yang terletak di
Lingkungan kedua dan merupakan kolej paling jauh antara kolej-kolej lain di UKM. Begitu juga
dengan Kolej Keris Mas yang terletak sedikit terpinggir daripada kolej-kolej lain. Oleh hal yang
demikian, faktor lokasi jarak jauh antara kolej ini dengan kolej-kolej yang lain menyebabkan
kajian ini difokuskan terhadap penghuni-penghuni kolej dari aspek penyampaian sistem
keselamatan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, kami juga meluaskan skop kajian kami
dengan menjalankan kaji selidik di beberapa fakulti yang terpilih, seperti Fakulti Pengajian Islam
serta Fakulti Sains dan Teknologi. Kajian ini juga hanya dibataskan terhadap keberkesanan tahap
keselamatan di UKM.

4.0

KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, sumber-sumber berilmiah dan berkualiti adalah sangat penting
dalam penentuan hasil kajian yang bakal diperoleh. Justeru, kaedah kajian yang dipilih adalah
bersumberkan resensi kepustakaan dan juga berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan.
Kajian ini dilakukan melalui kaedah resensi kepustakaan. Hal ini bemaksud, sebahagian
daripada maklumat dan data yang diperoleh adalah melalui pencarian bahan sama ada sumber
primer mahupun sekunder. Sumber-sumber ini didapati di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Bahanbahan tersebut juga boleh didapati dalam bentuk artikel, jurnal, mikrofilem, video, internet dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, sumber yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui
internet. Malah, sumber artikel dan jurnal juga didapati secara atas talian memandangkan
teknologi masa kini yang semakin canggih. Jurnal dan bahan ilmiah ini masing-masing boleh
didapati dengan melayari Google Scholar dan juga Google Books. Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka juga dirujuk untuk mendapatkan definisi yang lebih terperinci.
Borang soal selidik juga telah diedarkan kepada 90 orang pelajar UKM mulai 12 hingga
31 Oktober 2014 dalam kalangan pelajar tahun satu. Dari segi kaum, 92.2 peratus adalah kaum
Melayu, dan selebihnya adalah kaum Cina dan lain-lain kaum. Kaum Melayu merupakan
responden major kajian ini kerana kaum ini merupakan yang paling ramai menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Selain itu, 92.2 peratus responden beragama Islam, 2.2 peratus beragama
Buddha dan 5.6 peratus berasal daripada lain-lain agama. Dari segi kolej, borang soal selidik
juga diedarkan kepada penghuni-penghuni Kolej Pendeta Zaba, Kolej Keris Mas. Manakala dari
segi fakulti pula, responden adalah daripada Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengajian
Islam dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

5.0

KAJIAN LEPAS

Kajian yang dijalankan oleh Sariah Ahmad (2002) adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran
pelajar terhadap amalan keselamatan semasa menjalankan kerja amali di bengkel. Selain
daripada itu, kajian ini juga dilakukan oleh beliau untuk mengenal pasti keperluan manual
keselamatan yang ingin dijadikan sebagai panduan kepada pengguna bengkel semasa melakukan
kerja amali. Kajian ini melibatkan 85 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester
akhir di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Muar. Terdapat empat perkara yang dijadikan
perbincangan dalam kajian ini. Empat perkara tersebut meliputi sikap pelajar, penerangan
tentang amalan keselamatan, persekitaran bengkel yang selamat dan termassuklah peranan
pengajar dan pelajar sendiri. Hasil dari dapatan kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai
kesedaran tentang amalan keselamatan walau bagaimanapun pelajar masih belum memahami
sepenuhnya penerangan keselamatan yang diberikan.
Kajian yang dilakukan oleh Nur Fazreen (2013) mengunakan statistik deskriptif dan
statistik inferensi iaitu kekerapan, skor min, peratusan, sisihan piawai dan ujian-T tidak
bersandar kepada pengunaan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Secara
keseluruhan, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap amalan
keselamatan di makmal kejuruteraan dalam kalangan pelajar yang merangkumi tiga aspek utama
iaitu penguasaan pengetahuan amalan keselamatan, sikap pelajar terhadap amalan keselamatan
dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap amalan keselamatan semasa bekerja di makmal.
Kajian ini menunjukkan tahap kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan makmal di
makmal kejuruteraan adalah berada di tahap yang positif. Dapatan kajian juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar wanita terhadap
tahap kesedaran amalan keselamatan semasa bekerja di makmal kejuruteraan.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Siti Atiqah (2008) adalah bertujuan untuk meninjau
factor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di dalam bengkel. Kajian
yang dilakukan ini melibatkan dua buah sekolah teknik di kawasan Negeri Sembilan. Antara
5

faktor yang dikaji dalam kajian ini ialah faktor keselamatan, kelengkapan, pengurusan dan
persekitaran. Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada Sekolah Menengah Teknik
Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Seramai 168 orang pelajar telah terlibat
secara lansung dalam menjawab boring soal selidik yang diedarkan. Hasil dapatan daripada
kajian ini didapati bahawa pengajaran di dalam bengkel akan mengakibatkan perubahan pada
tingkah laku pelajar. Pengajaran guru yang baik serta kemudahan kelengkapan, keselamatan,
pengurusan dan persekitaran bengkel yang berkesan mempu mewujudkan hasil pencapaian
akademik yang baik pada diri pelajar.
Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Mohd Hazreel (2003) adalah untuk mengkaji
keselamatan dalam menangani isu ganguan seksual. Kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji
sejauh mana isu ini memberi kesan yang negatif terhadap pembelajaran pelajar. Justeru itu,
kajian ini dilakukan untuk mengkaji di manakah tahap kesedaran pelajar Diploma Pelancongan
Politeknik Johor Bharu (PJB) tentang isu ganguan seksual yang wujud di institusi-institusi
pendidikan. Seramai 100 orang responden yang terpilih terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka
terdiri daripada para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, PJB. Kajian mendapati bahawa
tahap kesedaran para pelajar terhadap kewujudan ganguan seksual masih di tahap sederhana dan
perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab amat diperlukan dalam usaha untuk
meningkatkan tahap kesedaran para pelajar. Kajian ini juga menyatakan bahawa ganguan seksual
juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kesan negatif terhadap pembelajaran mangsa.
Secara keseluruhannya, kajian-kajian yang dilakukan pada masa yang lepas lebih
menekankan keselamatan ketika berasa di dalam makmal atau bengkel yang melibatkan alatan
pekerjaan. Ini menunjukkan bahawa amalan keselamatan perlu berada di tahap yang tinggi di
dalam makmal bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. Terdapat juga kajian yang
memberi tekanan dimana isu ganguan seksual di bawah keselamatan mampu memberi kesan
yang negative terhadap pembelajaran para pelajar.

6.0

KESELAMATAN DI UKM

Penubuhan sesebuah institusi, sama ada di peringkat rendah mahupun globalisasi memerlukan
nilai dan tahap keselamatan yang tinggi. Selain mementingkan struktur pembangunan dan
keberhasilan yang bakal diperoleh, keselamatan organisasi sesebuah institusi tidak harus
dipandang enteng kerana mereka adalah kumpulan yang bakal menentukan hala tuju institusi
tersebut. Setiap langkah adalah berisiko. Justeru, persoalannya adalah persiapan setiap individu
itu dalam menangani risiko yang bakal dihadapi.
Tidak dinafikan bahawa amalan keselamatan bukan sahaja dipraktikkan dalam sesebuah
organisasi besar dan bersifat globalisasi, malah ciri-ciri keselamatan itu sendiri telah mula
dipraktikkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan, seperti penyediaan kit kecemasan. Namun
begitu, dewasa ini masih kedengaran di corong-corong telinga dan meniti dari bibir ke bibir umat
manusia mengenai kemalangan yang berlaku di setiap rumah kediaman. Hal ini terjadi adalah
kerana sikap individu tersebut yang lalai dan juga memandang enteng terhadap risiko yang
mungkin bakal terjadi.
Justeru, perkara yang boleh dilakukan bagi organisasi tersebut untuk kelangsungan
institusi masing-masing adalah dengan mengurangkan risiko yang mungkin bakal terjadi melalui
sistem keselamatan yang lebih efisien. Perkara ini adalah tidak terkecuali bagi sebuah institusi
pengajian tinggi awam, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM sendiri dilengkapi
dan diperhalusi dengan sistem keselamatan yang tersendiri. Namun begitu, perkara yang ingin
dikaji adalah keberkesanan sistem keselamatan yang direka terhadap kehidupan harian
mahasiswa dan mahasiswi.
Akhbar Kosmo (Jun, 2009) melaporkan, seorang mahasiswi jurusan Sains Kimia ditemui
terbaring di laluan utama kolej di UKM kerana dipercayai terjatuh dari tingkat empat. Walau
bagaimanapun, tiada saksi atau bukti yang boleh menerangkan tentang faktor-faktor kejadian
tersebut berlaku. Kejadian seperti ini mungkin berlaku di pelbagai tempat dan pelajar itu sendiri
haruslah mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan masing-masing.
Oleh hal yang demikian, kajian keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia
membawa satu nilai yang seharusnya dipandang serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Para pelajar juga tidak harus memandang enteng terhadap perkara ini kerana mereka harus
mengetahui setiap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan. Secara
keseluruhannya, sistem keselamatan adalah penting dalam mencorak struktur pentadbiran
organisasi dan juga hala tuju pembelajaran para pelajar. Kecemerlangan sahsiah dan akademik
pelajar juga menjadi sebahagian daripada kejayaan sistem keselamatan organisasi tersebut.

6.1

Definisi

Selamat merupakan suatu elemen yang dibentuk di dalam diri setiap individu untuk memelihara
dirinya daripada segala bentuk malapetaka dan ancaman. Manakala, keselamatan pula
menggambarkan suatu keadaan yang menerangkan situasi seseorang individu mahupun benda.
Walau bagaimanapun, definisi keselamatan seperti yang digambarkan dalam kamus
dewan bahasa dan pustaka tidak jauh bezanya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(2008), keselamatan juga didefinisikan sebagai satu keadaan yang terhasil daripada perubahan
tingkahlaku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang
selanjutnya mengurangkan kemalangan.
Menurut Maklumat Glossary Sistem Keselamatan Kebangsaan United States, sistem
keselamatan yang ditakrifkan adalah lebih kepada keselamatan data maklumat dan teknologi
sedia ada bagi sesebuah institusi. Rekod-rekod simpanan di Universiti Nevada, Las Vegas yang
menyimpan pelbagai nombor keselamatan sosial, rekod kesihatan pelajar dan juga nombor kad
kredit adalah dilindungi oleh undang-undang. UKM juga tidak terkecuali daripada pembangunan
data-data keselamatan warga UKM. Hal ini demikian kerana institusi ini dilengkapi dengan Unit
Keselamatan UKM yang menyediakan pelbagai langkah dan aduan boleh dibuat untuk kegunaan
dan kemudahan struktur organisasi.
Syarikat Ensiklopedia Britain pula memberi penerangan mengenai keselamatan dalam
bidang yang lebih luas. Menurutnya, keselamatan didefinisikan sebagai suatu keadaan yang
terlindung daripada ancaman bahaya ataupun suatu perkara yang dilakukan untuk membuatkan
institusi masyarakat mahupun sesuatu tempat itu berasa selamat.
Menurut Kamus Cambridge atas talian, keselamatan juga didefinisikan sebagai suatu
bentuk perlindungan terhadap manusia, bangunan, organisasi ataupun negara daripada pelbagai
ancaman seperti jenayah dan juga serangan negara asing.
Keselamatan dilihat dalam pelbagai prospek dan aspek bagi negara atau institusi yang
berlainan. Secara keseluruhannya, perkara utama yang ingin disampaikan melalui keselamatan
adalah perlindungan terhadap sesuatu daripada pelbagai aspek yang mencurigakan.

6.2

Kepentingan keselamatan
8

Tahap keselamatan yang tinggi sangat diperlukan oleh setiap individu tanpa mengira generasi.
Setiap tahun pihak universiti, khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia akan menerima
beribu-ribu pelajar baharu. Mahasiswa mahasiswi baharu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke
UKM sudah tentu memandang kepada suasana di sekitar kolej dan fakulti masing-masing.
justeru, keluarga yang hadir bersama pelajar-pelajar baharu ini akan membuat tanggapan dan
perspektif sendiri terhadap suasana pembelajaran dan tempat tinggal yang yang bakal didiami.
Golongan-golongan ini adalah individu yang akan menyebarkan budaya keselamatan UKM
kepada warga luar. Sekiranya pelawat tersebut memberi tanggapan positif terhadap keselamatan
dan suasana yang dialami, maka nama baik UKM sebagai tempat pembelajaran yang kondusif
akan dikenali oleh masyarakat luar. Oleh hal yang sedemikian, menjadi suatu keperluan bagi
pihak pengurusan universiti memastikan keselamatan di UKM berjalan lancar dan konsisten.
Menurut Zainun Ishak (2006) dalam karyanya, beliau ada menyatakan bahawa istilah
keselamatan biasanya khusus untuk menghindari keadaan yang akan membawa kemalangan dan
kerugian. Oleh hal yang demikian, kepentingan keselamatan dalam perjalanan struktur
pentadbiran universiti tidak harus dipandang enteng terutama dalam urusan perlindungan sistem
pengkalan data pelajar dan juga kerahsiaan organisasi. Sistem ini haruslah dilindungi dengan
sistem pertahanan dan benteng yang kukuh. Sekiranya berlaku pencerobohan, tampuk
pemerintahan institusi tersebut mungkin bertukar dan dikuasai oleh orang luar. Justeru, suatu
langkah yang praktikal harus diambil untuk menangani pelbagai kemungkinan yang bakal
terjadi.
Keselamatan di universiti juga amat penting bagi menjamin suasana yang harmoni.
Sekiranya pihak universiti tidak mampu mengawal tahap keselamatan di dalam kampus,
pastinya keadaan tersebut akan mengundang kepada kemalangan. Sebagai contoh, acara tahunan
UKM, iaitu pilihan raya kampus sering kali menimbulkan kontroversi, lantaran perbezaan
fahaman politik dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM. Sekiranya tiada kesatuan
dalam pendapat, maka pergaduhan antara pelajar akan mudah tercetus dan mungkin juga boleh
melibatkan kemalangan. Kemalangan tersebut akan menjadi buah mulut dalam kalangan
masyarakat luar dan juga universiti-universiti di Malaysia. Hal ini pastinya mengundang
kebimbangan dalam diri setiap warga universiti dan seterusnya akan mengganggu gugat
keamanan yang sedia ada dalam institusi tersebut. Walau bagaimanapun, Justeru itu, aspek
keselamatan merrupakan perkara yang perlu dijadikan fokus utama dalam sesebuah pentadbiran
universiti.
Kepentingan keselamatan dalam mempengaruhi hal ehwal akademik pelajar dipandang
sebagai suatu aspek yang jitu dalam kajian ini. Hal ini ditekankan mengenai cara psikologi
pelajar dalam mengatasi dan menghadapi ancaman, pada masa yang sama pelajar tersebut harus
berusaha untuk memberri fokus pada pelajaran. Warga UKM sedia tahu bahawa suasana institusi
ini kaya dengan kepelbagaian biologi dan juga habitat-habitat liar. Tidak terkecuali peranan
pelajar asing dan juga orang luar yang datang melawat. Hal-hal seperti ini mungkin mengganggu
emosi para pelajar dalam menuntut ilmu. Sebagai contoh, pelajar mungkin harus bersiap sedia
9

dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fakulti bagi yang tidak menggunakan
perkhidmatan bas. Selain itu, situasi lain adalah seperti gangguan secara seksual setiap kali
menaiki bas. Justeru, aktiviti harian pelajar dalam menuntut ilmu sedikit sebanyak akan
terganggu.

6.3

Ciri-ciri keselamatan di UKM

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, terdapat beberapa ciri keselamatan yang disediakan
oleh pihak pengurusan universiti. Ciri-ciri keselamatan ini termasuklah ketika berada di tempat
kediaman, di fakulti, di makmal kerja dan juga ketika melakukan aktiviti riadah bersama kawankawan. Secara umumnya, ciri-ciri keselamatan di UKM dibentuk adalah bertujuan menjamin
keselamatan semua individu.
Kehidupan mahasiswa sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan kuliah yang diberi oleh
pensyarah dan aktiviti-aktiviti persatuan. Adakalanya mereka terpaksa pulang pada lewat malam
daripada perjumpaan persatuan mahupun aktiviti belajar secara berkumpulan. Justeru, perkara
asas yang disediakan oleh pihak keselamatan UKM adalah sistem pencahayaan yang dipasang di
kolej-kolej kediaman dan juga di fakulti. Pencahayaan yang terang juga dapat mengurangkan
jumlah kemalangan khususnya kemalangan di jalan raya. Walau bagaimanapun, tidak semua
tempat diterangi dengan lampu jalan raya seperti di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Hal ini
mengundang bahaya dan ketakutan dalam kalangan pelajar kerana sebahagian pelajar harus
menghadiri kuliah pada waktu malam.
Setiap kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia dilengkapi dengan kemudahan saluran
keselamatan seperti jawatan Eksekutif Keselamatan dan Kebajikan. Bagi kolej Pendeta Zaba,
jawatan ini dipegang oleh saudara Muhammad Alif. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
keselamatan pelajar di kolej-kolej kediaman juga turut diberi perhatian. Keselamatan pelajar
tidak hanya diberi perhatian di kolej sahaja, malah keseluruhan kawasan UKM. Hal ini
dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) yang juga
melalui Eksekutif Keselamatan dan Kebajikan. Justeru, skop yang dikendalikan oleh PMUKM
adalah lebih meluas merangkumi keseluruhan suasana persekitaran UKM. Secara
keseluruhannya pula, pentadbiran keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dikendalikan oleh Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal, selaku Pengarah Bahagian Keselamatan
UKM dan juga Timbalan Naib Canselor UKM. Hal ini menunjukkan bahawa sistem keselamatan
UKM juga mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab melalui
pengurusan dan pentadbiran yang sistematik.
Keselamatan lalu lintas di UKM turut diberi perhatian. Suatu peraturan dikuatkuasakan di
UKM, iaitu Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan UKM 1998 yang bertujuan menjaga
keselamatan lalulintas jalan di dalam kawasan kampus. Peraturan ini dikuatkuasakan ke atas
semua kakitangan UKM, pelajar-pelajar, pekerja-pekerja luar dan juga pelawat. Antara akta yang
10

digunakan dalam peraturan ini adalah seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peruntukanperuntukan kaedah 27, Kaedah-kaedah UKM (Tatatertib Kakitangan) 1998, dan juga kaedah 32,
Kaedah-kaedah UKM (Tatatetib Pelajar) 1998. Peraturan-peraturan ini mengehadkan had laju
kenderaan bermotor, kenderaan hanya boleh dipandu atau ditunggang di atas jalan raya, tidak
meletak kenderaan yang boleh menghalang orang atau kenderaan lain, menggunakan ruang letak
kenderaan yang disediakan, hanya membenarkan seorang pembonceng bagi kenderaan beroda
dua, mematuhi tanda lalulintas, memiliki lesen memandu yang sah dan juga membuat halangan
yang mengganggu perjalanan lalulintas di jalan raya. Sekiranya peraturan-peraturan ini
dilanggar, tidakan tatatertib boleh dikenakan dan keistimewaan pelekat kenderaan juga boleh
dibatalkan.
Pihak universiti juga menyediakan khidmat pengawal keselamatan yang ditempatkan di
pintu pagar utama universiti, pintu pagar lingkungan pertama dan kedua serta di setiap kolej
kediaman. Pengawal keselamatan yang dilantik di setiap bahagian diberi kuasa untuk menahan
kenderaan bermotor yang tidak ditampal dengan pelekat, melaporkan kepada pihak berkuasa
tatatertib UKM mengenai kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan UKM dan juga mengambil
sebarang tindakan seperti yang diarahkan oleh Pengarah Keselamatan UKM (Peraturanperaturan Lalulintas Jalan UKM, 1998).

6.4

Cadangan penambahbaikan tahap keselamatan

Beberapa kaedah telah dikenalpasti untuk meningkatkan tahap keselamatan di universiti. Pada
zaman globalisasi ini, peningkatan terhadap pengunaan teknologi maklumat adalah seperti
cendawan yang tumbuh selepas hujan. Oleh hal yang demikian, pihak universiti perlu mengambil
inisiatif untuk menggunakan kuasa teknologi maklumat dalam mengendalikan aspek
keselamatan di dalam universiti. Sebagai contoh, pihak universiti perlu mewujudkan aplikasi
sistem pemantauan keselamatan yang boleh digunakan oleh setiap warga UKM. Sistem ini
diwujudkan untuk memudahkan pelajar sekiranya mereka ingin menyalurkan idea mahupun
masalah terhadap tahap keselamatan di universiti. Walau bagaimanapun, saluran aduan sistem
keselamatan yang sedia ada pada waktu ini sedang dalam usaha penambahbaikan. Contohnya, di
laman web UKM, www.ukm.my/keselamatan. Sistem tersebut juga memberi kemudahan kepada
pihak universiti untuk mendapat respon serta lebih banyak idea bagi tujuan penambahbaikan
tahap keselamatan di universiti.
Selain itu, pengunaan CCTV (Closed-circuit television) juga perlu ditingkatkan di
kawasan-kawasan yang tersembunyi. Sebagai contoh, tempat penyimpanan beg di perpustakaan.
Keselamatan di kawasan-kawasan begini selalunya dipandang enteng oleh sesetengah pihak.
Tanpa pengetahuan mereka, tempat tersebut dijadikan sebagai markas pencurian barang-barang
berharga oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Selain di tempat penyimpanan
beg, kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan juga perlu diberi perhatian. Sekiranya
11

berlaku sebarang kemalangan, pihak-pihak yang bertanggungjawab boleh menggunakan CCTV


sebagai rujukan untuk mencari punca kemalangan berlaku.
Aspek keselamatan perlulah ditanam dalam setiap individu semenjak kecil. Pepatah
Melayu ada mengatakan, jika ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan
keselamatan di rumah adalah aspek pertama yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa supaya
kanak-kanak sedia maklum dan juga bertindak secara rasional terhadap pelbagai risiko yang
bakal dihadapi apabila menginjak dewasa kelak.
Selain itu, pengawal keselamatan perlulah menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka dengan menjalankan rondaan sekerap yang mungkin. Pengawal
keselamatan yang berkawal di pintu pagar utama universiti perlu membuat pemeriksaan terhadap
setiap kenderaan yang masuk bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan. Seterusnya,
pengawal keselamatan yang bertugas di setiap kolej kediaman perlulah menjalankan rondaan di
setiap blok kediaman dengan lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Hal ini demikian
supaya dapat mengurangkan masalah sosial serta jenayah berat seperti kes rogol dan juga
kecurian yang mungkin akan berlaku. Oleh hal yang demikian, tugas pengawal keselamatan
dipandang sebagai suatu kerja yang berat kerana individu-individu ini yang akan dijadikan
sebagai rujukan oleh para pelajar dan juga pihak atasan sekiranya berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini kelak.

12

7.0

DAPATAN KAJIAN
Kajian berkaitan keselamatan ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia
melibatkan pelajar tahun satu. Bahagian A adalah data Demografi responden berdasarkan
borang soal selidik juga telah diedarkan kepada 90 orang pelajar UKM mulai 12 hingga 31
Oktober 2014. Dari segi kaum, 95.2 peratus adalah kaum Melayu, 2.2 peratus kaum Cina
dan 2.6 peratus adalah daripada lain-lain kaum seperti kaum Rungus dan Kaum Iban.
Selain itu, 92.2 peratus responden beragama Islam, 2.2 peratus beragama Buddha dan 5.6
peratus berasal daripada lain-lain agama seperti agama Kristian.
Responden terdiri daripada pelajar yang tinggal di beberapa kolej terpilih, iaitu
26.7 peratus responden adalah dari penghuni Kolej Pendeta Zaba, 25.6 peratus Kolej
Keris Mas dan 47.7 peratus adalah daripada lain-lain kolej seperti Kolej Ibrahim Yakub,
Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ibu Zain dan Kolej Dato Onn.
Responden terlibat juga terdiri daripada pelajar tahun satu di beberapa fakulti,
iaitu 30 peratus responden adalah daripada Fakulti Sains dan Teknologi, 48.9 peratus pula
daripada Fakulti Pengajian Islam, 6.7 peratus daripada Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan dan 14.4 peratus daripada lain-lain fakulti seperti Fakulti Teknologi dan
Sains Makanan, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Teknologi dan pengurusan. Berikut
adalah peratus kenderaan yang digunakan oleh pelajar di dalam UKM.

Kenderaan Yang Digunakan Oleh Pelajar

40%
50%

4% 6%

Berikut adalah

13

Bas
Kereta
Motosikal
Berjalan Kaki

Bahagian B dalam kajian ini berkaitan maklum balas responden tentang situasi
semasa di sekeliling responden. Secara keseluruhannya, dapatan kajian pada bahagian B
adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Peratusan pendapat peribadi responden
Butiran

(1) Saya berasa takut untuk berjalan-jalan


di sekitar UKM.
(2) Saya pernah dikejar oleh khinzir ketika
berada di sekitar UKM.
(3) Saya bertindak berdiam diri dan terkaku
apabila diserang oleh binatang buas ini.
(4) Pihak kolej ada memberi taklimat tentang
keselamatan di UKM semasa minggu
orientasi.
(5) Saya yakin bahawa tahap keselamatan di
UKM adalah tinggi.
(6) Orang luar diberi kebebasan sepenuhnya
untuk keluar dan masuk UKM.
(7 ) UKM mewajibkan penggunaan sticker
dalam kalangan warga UKM.
(8) Pengawal keselamatan di pintu pagar
utama dan di setiap kolej membuat
pemeriksaan terhadap kenderaan tanpa
sticker UKM.
(9) Warga UKM yang menunggang dan
memandu kenderaan mereka dengan laju
dikenakan tindakan.
(10) Biro keselamatan diwujudkan di setiap
kolej.
(11) Biro keselamatan di setiap kolej
menjalankan tugas dan peranan masingmasing untuk menjamin keselamatan
pelajar.
(12) Pengawal keselamatan membuat rondaan
dengan kerap terutama pada waktu malam.
(13) Pelajar diberi latihan kecemasan di setiap
kolej sebagai panduan untuk menghadapi
detik kecemasan.
(14) Kamera CCTV dipasang di setiap sudut
14

Tidak
setuju
(%)
16.7

Kurang
setuju
(%)
20.0

Tidak
pasti
(%)
22.2

Setuju
(%)
37.8

Sangat
setuju
(%)
3.3

77.8

13.3

2.2

6.7

0.0

43.3

13.3

30.0

12.2

1.2

8.9

5.6

26.7

40.0

18.8

10.0

21.1

45.6

21.1

2.2

7.8

8.9

22.2

34.4

26.7

4.4

7.8

35.6

35.6

16.6

12.2

12.2

44.4

15.6

15.6

7.8

3.3

31.1

34.4

23.4

0.0

0.0

8.9

62.2

28.9

5.6

3.3

26.7

50.0

14.4

5.5

5.5

44.4

26.7

17.9

4.4

4.4

31.1

37.8

22.3

8.9

2.2

30.0

38.9

20.0

yang memerlukan pemerhatian.


(15) Saya pernah menghadapi gangguan seksual
ketika berada di sekitar fakulti.
(16) Saya juga pernah menghadapi gangguan
seksual ketika berada di kolej kediaman.
(17) Saya menjadi terlalu berwaspada dengan
keadaan sekeliling sehingga menjejaskan
pembelajaran saya.
(18) Lampu-lampu jalan tidak dibangunkan
sepenuhnya terutama di kawasan kolej dan
di sekitar fakulti.

78.9

11.1

6.7

2.2

1.1

80.0

12.2

7.8

0.0

0.0

32.2

32.2

24.4

11.2

0.0

3.3

6.7

15.6

31.1

43.3

Berdasarkan jadual 1, berikut adalah pecahan-pecahan graf yang dirangka berdasarkan


butiran-butiran dalam borang soal selidik.

(2) Saya pernah dikejar oleh khinzir ketika berada di sekitar UKM.
Graf 1 : Peratusan pelajar yang diserang binatang buas.

Serangan Binatang Buas


90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Pelajar pernah diserang oleh


binatang buas

15

(16) Saya pernah menghadapi gangguan seksual ketika berada di kolej kediaman.
Graf 2 : Peratusan gangguan seksual yang dialami oleh pelajar.

Gangguan Seksual di Kolej Kediaman


90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Pelajar menghadapi
gangguan seksual ketika
berada di kolej kediaman

(18) Lampu-lampu jalan tidak dibangunkan sepenuhnya terutama di kawasan kolej dan di
sekitar fakulti.
Graf 3 : Peratusan lampu jalan yang tidak dibangunkan oleh pihak UKM.

16

Lampu jalan tidak dibangunkan sepenuhnya di kawasan kolej dan fakulti


50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

Lampu jalan tidak


dibangunkan sepenuhnya di
kawasan kolej dan fakulti

PERBINCANGAN
Perbincangan adalah berdasarkan pendapat peribadi responden dan juga soalan-soalan yang
dikemukakan pada bahagian C borang soal selidik serta dikaitkan dengan data demografi
responden.
Umum sedia tahu bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia dikelilingi oleh habitat
pelbagai jenis hidupan. Kepelbagaian biologi serta ekosistem yang terancang ini menjadi
penggemar hidupan-hidupan liar seperti babi hutan, monyet, ular dan juga beruang. Walau
bagaimanapun, 91.1 peratus responden mengaku tidak pernah menghadapi situasi berbahaya
seperti dikejar dan dicederakan oleh babi hutan. Hal ini demikian kerana, pihak keselamatan
UKM telah mengambil langkah seperti meletakkan tanda amaran di kawasan-kawasan tertentu
yang sering dikunjungi oleh binatang-binatang tersebut, lantaran 50 peratus responden
menggunakan alternatif berjalan kaki untuk bergerak ke destinasi masing-masing. Pejalan kaki
serta penunggang motosikal terdedah kepada risiko serangan binatang buas dan juga kemalangan
jalan raya terutamanya pada waktu malam di beberapa tempat yang terdapat kurang sumber
pencahayaan.
Graf pada soalan (18) menggambarkan tahap kepuasan pelajar terhadap sistem
pencahayaan yang dibangunkan di dalam kampus UKM Bangi. UKM menjaga keselamatan dan
kebajikan warganya melalui pembangunan sistem pencahayaan yang terang dan terancang.
Contohnya di Fakulti Sains dan Teknologi. Walau bagaimanapun, Majoriti responden, iaitu 74.4
peratus bersetuju bahawa fakulti-fakulti dan kolej-kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia ini
disimbahi dengan kemudahan lampu yang kurang memuaskan. Hal ini adalah berdasarkan
pemerhatian yang dibuat terhadap beberapa fakulti, seperti fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
17

Majoriti pelajar daripada fakulti ini adalah penghuni Kolej Pendeta Zaba. Jalan raya yang
menghubungkan kolej ini dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina adalah sangat gelap.
Justeru itu, keadaan ini membahayakan keselamatan pelajar yang berulang-alik pada waktu
malam atas urusan kuliah mahupun perjumpaan persatuan. Bukan itu sahaja, suasana di keduadua jalan hadapan dan jalan belakang Kolej Pendeta Zaba juga sangat gelap walaupun masih
terdapat lampu. Oleh hal yang demikian, Hari Interaksi bersama Naib Canselor telah diadakan di
setiap kolej bagi membincangkan masalah-masalah pelajar. Masalah ini juga telah dibangkitkan
dan dibincangkan bersama Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, selaku Naib Canselor dan juga
Pengarah Bahagian Keselamatan UKM.
Berdasarkan graf pada soalan (2) pula, bilangan responden yang bersetuju bahawa pernah
dikejar oleh binatang buas adalah tidak melebihi sepuluh peratus. Malah, peratusan bilangan
responden yang tidak pernah dikejar oleh binatang buas ini mencatatkan kadar yang paling
tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa binatang-binatang yang mendiami UKM ini tidak bersifat
ganas sehingga mampu mencederakan sebahagian besar pelajar UKM. Oleh hal yang demikian,
hal ini tidak menjadi suatu kebimbangan yang hebat buat pihak keselamatan UKM khususnya,
memandangkan tiada aduan berhubung serangan binatang liar. Peratusan gangguan seksual
seperti dalam graf 2 juga menunjukkan bilangan peratus yang ketara. Responden yang pernah
mengalami gangguan seksual di kolej kediaman menunjukkan kosong peratus.
Berdasarkan pendapat peribadi responden pada soalan bahagian C, terdapat 80 orang
responden yang tidak berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan yang dibangunkan oleh pihak
UKM. Hal ini adalah atas beberapa faktor, seperti kebebasan yang diberikan terhadap orang luar
untuk keluar masuk kolej tanpa pantauan yang ketat terutamanya pada waktu malam, laluan
pejalan kaki yang berlumut dan licin dan juga yang paling dominan adalah serangan monyet di
bilik-bilik penghuni kolej. Walau bagaimanapun, masih terdapat golongan minoriti, iaitu 10
orang responden yang berpuas hati dengan unit keselamatan UKM. Hal ini adalah atas beberapa
faktor seperti penyediaan lokar berkunci di Perpustakaan Tun Sri Lanang, peranan pengawal
keselamatan di setiap kolej, peranan Wisma Aman, khususnya dalam pemantauan aktiviti politik
pelajar serta pemberian saman terhadap pelajar yang melanggar peraturan jalan raya.
Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan terhadap sistem keselamatan UKM telah
diutarakan oleh responden. Antaranya, menambah bilangan lampu jalan dan juga lampu tangga
di setiap blok kolej kediaman, membuat pemeriksaan dengan teliti terhadap kenderaan luar yang
memasuki pintu utama UKM terutamanya pada waktu malam, memperbaiki tangga dan juga
laluan pejalan kaki yang bermasalah, memasang jeriji di setiap tingkap bilik pelajar, menambah
perkhidmatan bas pada hari minggu dan juga memperbaiki jalan raya yang berlubang. Selain itu,
cadangan lain yang boleh diutarakan adalah pelaksanaan latihan kebakaran di setiap kolej
kediaman dan juga fakulti masing-masing. Hal ini seharusnya dipertimbangkan oleh Eksekutif
Keselamatan dan Kebajikan di setiap kolej dan fakulti.

18

Gangguan seksual terhadap pelajar UKM juga menunjukkan kosong peratus. Hal ini
disebabkan oleh jumlah pelajar yang terlalu ramai dan pelajar bergerak secara berkelompok, lalu
menyebabkan pergerakan pengganggu seksual menjadi terbatas. Tambahan pula, UKM
menerima lebih ramai pelajar, iaitu lebih kurang 4000 pelajar pada tahun 2014.
Analisis menunjukkan kadar peratus yang lebih tinggi, iaitu 37.8 peratus pelajar yang
berasa takut dan tidak selamat ketika berada di dalam kawasan UKM. Hal ini mungkin
disebabkan oleh situasi pelajar sebagai mahasiswa baharu dan belum dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran. Sebahagian pelajar menghadapi kejutan budaya dengan keadaan
persekitaran yang dikelilingi oleh berbagai jenis hidupan liar di UKM. Sebanyak 50 peratus
pelajar yang bergerak ke fakulti masing-masing secara berjalan kaki dicadangkan agar mengubah
kaedah tersebut dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak UKM sehingga pelajar tersebut
dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran UKM yang sebenar. Walau bagaimanapun,
isu serangan binatang buas tidak menunjukkan kebimbangan yang ketara memandangkan hanya
6.7 peratus pelajar pernah mengalaminya.

8.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem keselamatan yang dirangka berasaskan kepentingan mahasiswa dan


mahasiswi UKM dilaksanakan dengan teratur dan efisien. Namun begitu, masih terdapat
kelopongan di beberapa bahagian yang mengganggu gugat keselamatan pelajar. Hal ini jelas
terdapat pada sistem pencahayaan lampu jalan yang menjadi rungutan utama para pelajar. Walau
bagaimanapun, aspek keselamatan secara keseluruhannya adalah dalam keadaan terkawal, malah
kemalangan yang melibatkan pelajar ketika berada di dalam kawasan kampus adalah sangat
sedikit dan kebanyakannya berpunca daripada kelalaian pelajar itu sendiri. Kekurangan sistem
keselamatan seperti sumber pencahayaan yang dinyatakan dalam kajian tidak menjejaskan
produktiviti pelajar, malah pelajar bergerak aktif ke kuliah dan juga tempat-tempat perjumpaan
pada waktu malam secara berkumpulan. Tambahan pula, bas di UKM beroperasi sehingga 11.30
malam. Jadi, keselesaan pelajar tidak seharusnya dipertikaikan memandangkan UKM telah
menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk kegunaan pelajar.
Justeru, kajian ini menjawab persoalan tentang jaminan keselamatan di UKM yang
berada di bawah pantauan Pengarah bahagian keselamatan UKM, Prof. Datin Noor Aziah Mohd.
Awal, serta bantuan daripada beberapa pihak seperti pihak polis Wisma Aman, pengawal
keselamatan serta Biro-biro keselamatan di setiap kolej dan fakulti.

19

9.0

BIBLIOGRAFI

Ahmad , Sariah. 2002. Penghasilan manual keselamatan bengkel kimpalan : satu tinjauan di
Institut Latihan Perindustrian Muar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn. (tesis elektronik).
http://eprints.uthm.edu.my/850/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_KESELA
MATAN_BENGKEL_KIMPALAN_SATU_TINJAUAN_DI_INSTITUT_LATIHAN_PE.pd
f [23 Oktober 2014].
Sallehuddin, N. F. 2013. Kesedaran terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar di
Makmal Kejuruteraan UTHM. Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
(tesis elektronik).
http://eprints.uthm.edu.my/5357/1/NUR_FAZREEN_BINTI_SALLEHUDDIN.pdf [23
Oktober 2014].
Shahrudin, S. A. 2008. Faktor Yang Mempengaruhi Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam
Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia. (tesis elektronik).
http://eprints.utm.my/5898/1/PSM_JILID-TQAH.pdf [29 Oktober 2014].
Hasmi, M., & Hazreel, M. 2003. Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan
kesannya terhadap pembelajaran. Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun
20

Hussein Onn. (tesis elektronik).


http://eprints.uthm.edu.my/1595/1/24_Pages_from_TAHAP_KESEDARAN_PELAJAR_TE
NTANG_ISU_GANGGUAN_SEKSUAL_DAN_KESANNYA_TERHADAP_PEMBELAJ
A.pdf [21 Oktober 2014].
Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan UKM 1998. Universiti Kebangsaan Malaysia: 1-7
http://www.merriam-webster.com/dictionary/security
http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/security

10.0

LAMPIRAN

21

Bahagian keselamatan, Wisma Aman melakukan tugasan dan rondaan di sekitar kampus UKM,
Bangi.

22

Pelajar diingatkan dengan tanda amaran


binatang liar yang dicacak oleh Bahagian
Kelamatan, UKM Bangi.

Monyet berkeliaran di sekitar blok Kolej


Pendeta Zaba.

23

Anda mungkin juga menyukai