Anda di halaman 1dari 31

LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK:
HUBUNGAN INSAN DENGAN TUHAN DALAM AGAMA
KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA
(UQI11202)
SEMESTER 2, SESI 2020/2021

SEKSYEN 37
KUMPULAN 2
NAMA PELAJAR 1. SITI AINA NATASHA BINTI MOHD YUTI (K) (AB200010)

2. NABILAH BINTI MAT JIDIN (AB200054)


3. NURUL AIN NABILA BINTI MUHAMMAD (AB200080)
4. NURUL ALIAH FARISYAH BINTI HALIM (DE200118)
5. CHAN YET SHI (AP200429)
6. NG E NEE (AP200399)
7. LIM JIA YING (AP200181)
8. YIAW XIN YUE (AP200133)
NAMA PENSYARAH DR. SITI MARPUAH
TARIKH HANTAR 7/6/2021
BIODATA AHLI KUMPULAN

Nama

No. Matrik

No. Kad Pengenalan


Tempat Tarikh
Lahir
Kursus/Program

Fakulti
No Hp
Alamat Email
Alamat rumah

Nama ibubapa

No Telefon (H/P)
ibubapa
Pekerjaan ibubapa

Moto Hidup
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan 1-2
1.2 Latar belakang masalah kajian 3
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Kepentingan Kajian 4
2.0 Tinjauan Literatur
2.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik 5-6
3.0 Metadologi/ Kaedah Kajian 7
4.0 Pembentangan Dapatan dan Huraian
4.1 Dapatan Demografi Kajian 8-11
4.2 Dapatan Kajian Objektif 1 12-14
4.3 Dapatan Kajian Objektif 2 15-18
4.4 Dapatan Kajian Objektif 3 19-21
5.0 Kesimpulan/ Rumusan 22-23
6.0 Rujukan/ Citation 24
7.0 Bahan Rujukan/ Bibliografi 25
8.0 Lampiran 26-27
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Masyarakat Malaysia bolah dikatakan masyarakat yang hidup dengan berbilang agama, bangsa
dan budaya. Namun kehidupan ini diamalkan dalam kehidupan yang aman dan damai di
samping mengekalkan kegemilangan masing-masing. Masyarakat majmuk ini akan
menjadikan Malaysia sebuah negara yang akan dicontohi oleh masyarakat antarabangsa kerana
mengamalkan kehidupan yang baik dan mampu untuk membawa negara ke arah yang lebih
harmoni. Walau bagaimanapun kemajmukan dapat dikuatkuasakan dalam misi meraih
pembangunan negara untuk mencapai sasaran atau tujuan dalam mencapai negara maju ke arah
mencapai status negara maju. Dalam keadaan sekarang dapat dilihat dalam aspek agama di
antara Islam dan bukan Islam menghubungkan situasi dalam hubungan antara agama.

Agama boleh dikatakan situasi yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia
dan pada zaman kini. Ini kerana, agama bukan sahaja membawa diri dalam mengenal Tuhan
tetapi juga kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik saling melengkapi antara dengan
yang lain sehingga etnik dikategorikan dalam agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang
Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta
masyarakat orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai
masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya dengan
cara hidup yang aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Namun,
mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.

Agama adalah satu ciri penting dalam kehidupan seharian manusia kerana apabila tiada
agama akan menyebabkan runtunya keperibadaian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa
dan negara telah diteguhkan di atas kebenaran yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan
beragama ini akan lahirlah bangsa dan negara sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Kaum di Malaysia telah menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme,
Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama dapat membentuk
tindakan seseorang untuk membuat kebaikan dan mengelak dari melakukan perbuatan jahat
serta mengenali pahala dan dosa.

Perlembagaan Persekutuan memperkukuhkan bahawa Islam ialah agama rasmi


Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh dilaksanakan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Ini akan membolehkan

1
setiap individu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran
tersebut. Tindakan ketidaksamaan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama tidak
dibenarkan sama sekali. Walaupun apa jua agama yang dianuti, percaya akan kewujudan Tuhan
merupakan rukun sebagai anak Malaysia.

Agama Islam dimaksudkan sebagai kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini
berbeza dengan pegangan masyarakat Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga abad ke-13 yang
sebelum ini menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan. Dalam agama Islam, al-
Quran dijadikan sebagai asas dan sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan
daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis. Dua lagi sumber yang turut menjadi
rujukan untuk memahami agama Islam ialah Ijmak Ulama dan Qiyas. Asas utama dalam ajaran
Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman. Aspek kepercayaan dalam agama Islam merupakan
perkara asas yang wajib dituntut dan dipercayai oleh setiap individu muslim. Keimanan dan
kepercayaan ini merupakan asas kepada kebenaran yang mutlak dan bukannya kepada
kesesatan atau kebatilan.

2
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menggunakan kajian secara lapangan. Namun,
pengkaji menggunakan auto generate yang disediakan dalam Google Form dan diagihkan
kepada responden untuk mendapatkan data.

Kajian ini dijalankan kerana pengkaji harus mengkaji kepentingan hubungan antara
Tuhan dan insan. Kajian ini penting kerana agama memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan insan. Agama dapat menpengaruhi perlakuan seseorang dan menyebabkan mereka
lebih mempercayai kepada Tuhan. Oleh itu, hubungan antara insan dan Tuhan akan rapat serta
keamanan masyarakat dapat dijalin dengan baik.

Selain itu, kajian ini untuk mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap
Agama. Kajian ini penting bagi masyarakat supaya lebih memahami tentang tahap pengetahuan
setiap insan terhadap Agama. Oleh itu, tahap pengetahuan bagi setiap insan terhadap agama
Islam dan Kristian akan meningkat.

Di samping itu, pengkaji perlu mengenalpasti impak positif mempercayai agama yang
dianuti terhadap individu. Kajian ini penting untuk memberikan masyarakat memahami
tentang kesan positif agama terhadap insan jika seseorang beragama yang tinggi dan sempurna.
Masyarakat juga akan dapat belajar untuk berfikir sebelum bertindak demi menjaga
kesejahteraan masyarakat dengan melalui agama. Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan
dengan lancar untuk mendapatkan hasil kajian yang lengkap dan sempurna.

1.3 Objektif Kajian

1. Menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan

2. Mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama

3. Mengenalpasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu

3
1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerimaan mahasiswa dan mahasiswi
yang menududuki Kampus di UTHM terhadap hubungan insan dengan Tuhan dalam Agama .
Penerimaan mereka dapat diketahui dengan melihat kepada kaedah kuantitatif tinjauan yang
lebih bersifat objektif iaitu menggungakan borang soal selidik berbentuk google form dan
diagihkan kepada mereka.

Di atas kesedaran itu, pengkaji merasakan bahawa pengkajian secara menyeluruh


(walaupun tidak sempurna) haruslah dilaksnakan untuk melihat cara terbaik demi
meningkatkan lagi tentang kefahaman hubungan insan dengan Tuhan dalam Agama kepada
mahasiswa dan mahasiswi.

Apabila kajian dijalankan dan dilaksanakan, pengkaji serta pelbagai pihak dan institusi
yang terlibat boleh menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan, mengenalpasti
tahap pengetahuan setiap insan terhadp agama dan mengenalpasti impak positif memepercayai
agama yang dianuti terhadap individu. Keadaan ini menjadikan para pengkaji boleh lebih
memahami tentang tajuk ini dan ilmu pengetahuan kita akan meeningkat. Kajian ini juga boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan kepada mana-mana pihak yang berminat menyelidik atau
memahami kajian ini seterusnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam kandungan kajian
ini terdapat banyak maklumat boleh dipelajari dan dikaji. Seterusnya, kajian seperti ini akan
memberikan gambar yang lebih jelas mengenai tajuk kajian. Oleh itu, kepentingan kajian yang
diperolehi adalah seperti berikut:

i. Membantu ibu bapa atau penjaga dan guru-guru untuk menerangkan kepentingan
hubungan tuhan dengan insan kepada anak-anaknya atau pelajar agar mereka lebih
memahami tentang hubungan tuhan dengan insan dan hubungan tuhan dengan insan
akan menjadi lebih rapat.
ii. Membantu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama.
Apabila tahap pengetahuan setiap insan meningkat, ini dapat membentuk setiap
insan menjadi orang yang lebih baik.
iii. Membantu untuk mengenalpasti impak positif memepercayai agama yang dianuti
terhadap individu agar setiap individu boleh melahirkan diri sebagai orang yang
baik.

4
2.0 TINJAUAN LITERATUR

Ulasan tentang literatur adalah berkaitan dengan dimana bahagian yang menghuraikan tentang
kajian-kaijan yang dilakukan berdasarkan kepada bahan rujukan antaranya ialah jurnal, buku,
majalah, keratan akhbar, bahan media massa dan bahan bercetak seterusnya bahan-bahan yang
berkaitan yang lain. Tinjuan literatur ini diguna pakai untuk lebih memahami setiap kajian yang
dibuat dengan menghuraikan segala dapatan dan ulasan yang terdapat berdasarkan kajian-
kajian dahulu.

2.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik

Toleransi yang dimaksudkan disini ialah dengan kehendak sendiri tanpa paksaan iaitu tidak
mempedulikan sesuatu langkah terhadap perkara yang tidak dibenarkan, di mana ia membawa
pengertian kepada kebebasan terhad dan kebebasan bersyarat (Adeney, 1926). Toleransi yang
menampakkan diri dengan melibatkan tingkah laku, pandangan, perbuatan dan kepercayaan
(Ferrar, 1976). Selain itu, sesuatu polisi atau perbuatan terhadap sesuatu yang tidak di terima,
tetapi tidak ditolak secara serta merta (Laursen, 2005). Dimensi sosial ialah salah satu daripada
pelbagai ukuran yang hendak di kaji demi memfokuskan kepada agama. Menurut A.T Talib,
(2012) tolenrasi agama ialah tingkah laku atau bersedia untuk menerima agama lain demi
mengamalkan dalam mana-mana masyarkat tanpa sebarang unsur prejudis, demi menggapai
kemakmuran dalam kehidupan bermasyarakat. Tambahan beliau, tolenrasi agama tidak
membawa kepada memperhatikan agama lain juga betul, tetapi untuk memberi hak kepada
penganut agama lain demi mengamalkan agama masing-masing.

Toleransi beragama sering diamalkan di Malaysia bersandarkan kepada Artikel 11(1)


Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menerangkan “setiap manusia berhak menganuti
dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan agamanya”.
Daripada peruntukan ini, dapat dilihat umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas
untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tertakluk kepada syarat bahawa tidak
dibenarkan membuat sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap
umat Islam. Menurut Khadijah Mohd Khambali & Mohd Herzali, (2008) Islam hanya untuk
diiktiraf wujudnya agama-agama lain di dunia ini sebagai suatu sunnatullah dan tidak
mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran yang terkemuka di dalam agama lain.

5
Islam ialah agama yang berkuasa di Malaysia dan telah mewarnai kehidupan
masyarakat Melayu selepas kedudukan agama Hindu di Tanah Melayu (Ahmad Bashir Aziz,
2004). Oleh itu, masyarakat Malaysia dan agama Islam dapat diberi pandangan sama dengan
maskud kata lain dan kebanyakan persoalan tentang adat istiadat, politik dan pemerintahan
masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh Islam. Jika dilihat, nilai yang terkemuka dalam
Islam ialah bersifat universal dan dapat diterima oleh semua peringkat manusia dan mampu
beroperasi dalam konteks kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia (Auni Abdullah, 1991).

Seterusnya, penganut Islam perlu berusaha memahami realiti kehidupan beragama


masyarakat bukan Melayu di Malaysia . Keadaan ini, selaras dengan ajaran agama Islam demi
mengelakkan sikap salah faham masyarakat bukan Islam terhadap penganut Islam, Muhammad
Abu Bakar (1987). Selain itu, Batumalai (1989), menyatakan bahawa penganut agama Kristian
perlu diamalkan dengan tingkah laku proaktif dan terbuka demi memfokuskan sosio-budaya
dan agama masyarakat bukan Kristian khususnya masyarakat Melayu dalam usaha mendekati
mereka.

Dari segi toleransi etnik, Rabushka (1973) bahawa sesetengah kaum Melayu sahaja
yang memberi kerelaan demi makan bersama dengan kaum Cina. Menurut beliau, kaum Cina
di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tidak memberi perkara yang menimbulan kesukaran dan
lebih bersatu padu dalam kesanggupan mereka untuk makan, kerja mahupun tinggal bersama
dengan kaum Melayu.

Kesimpulannya, walaupun toleransi sosio antara agama berada pada kedudukan yang
baik, namun apabila terdapatnya pelbagai isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini, dibimbangi
mampu merenggangkan hubungan antara pelbagai penganut agama di Malaysia. Maka dengan
itu, kajian hendaklah dilaksanakan demi mengetahui krisis hubugan antara penganut agama.

6
3.0 METODOLOGI/ KAEDAH KAJIAN

Metodologi kajian adalah satu gaya bagi mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat
statistik bagi menyokong kajian yang dijalankan. Tujuannya untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai pengaplikasian cara dengan membuat huraian mengenai proses kajian.
Metodologi mengisytiharkan jenis kaedah bagi komunikasi dengan penyelidikan kajian.

3.1 Pendekatan Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif tinjauan. Kaedah kuantitatif ini lebih bersifat
objektif. Datanya biasa dipersembahkan dalam bentuk numerikal. Instrument kajian
termasuklah borang soal selidik berbentuk google form yang mengandungi 15 soalan bagi
meneliti fikiran responden berkenaan objektif kajian yang dijalankan. Sejumlah 30 responden
yang akan diberikan borang soal selidik melalui Google form.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini lebih memfokuskan kepada responden yang terlibat secara langsung iaitu pelajar
yang menduduki Kampus di UTHM. Maklumat yang diperlukan untuk kajian ini diperolehi
melalui kaedah kumpulan fokus dan kaedah soal selidik.

3.3 Analisis Data

Penganalisisan data dalam kajian ini adalah berbentuk data kuantitatif melalui maklumat yang
dikumpulkan menerusi instrumen soal selidik. Data-data yang diperolehi daripada responden
kajian melalui soal selidik akan dianalisis secara deskriptif menggunakan auto generate yang
di sediakan dalam Google form untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat. Statistik
deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai bagi soal selidik tentang kefahaman hubungan insan dengan Tuhan dalam Agama.

7
4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Dapatan Demografi Kajian

Kajian lapangan ini dilakukan dengan menggunakan soal selidik melalui platform Google
Form. Seramai 30 responden terlibat dalam kajian kuantitatif ini secara atas talian. Terdapat
beberapa maklumat responden kami ambil sebagai isi kandungan kajian kami ini seperti
jantina, umur, agama dan kaum.

1. Jantina Responden

Responden Jantina
Lelaki Wanita
Bilangan (orang) 6 24
Peratusan (%) 20 80

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan jantina responden yang
terlibat dalam soal selidik ini.

Dapatan Demografi Jantina Responden

24

Perempuan Lelaki

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan 80 % respon iaitu 24 orang yang kami
dapati merupakan penilaian daripada responden perempuan. Manakala, selebihnya atau
20% respon yang lain iaitu 6 orang merupakan penilaian soal selidik kami daripada
responden lelaki.

8
2. Umur Responden

Umur Bilangan responden (orang) Peratusan (%)


18 tahun ke bawah 1 3
18 – 21 tahun 22 73
22 – 24 tahun 4 13
25 tahun ke atas 3 10

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan umur responden yang
terlibat dalam soal selidik ini.

Dapatan Demografi Umur Responden

3 1

22

18 tahun ke bawah 18 - 21 tahun 22-24 tahun 25 tahun ke atas

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan 73% responden iaitu 22 orang


merupakan responden yang berumur 18 hingga 21 tahun. Manakala, 13% iaitu 4 orang
ialah responden berumur 22 hingga 24 tahun, dan 10% daripada respon yang kami
dapati iaitu 3 orang daripada responden berumur 25 tahun ke atas. Selebihnya iaitu 1
oeang atau 3% respon yang lain merupakan penilaian soal selidik daripada responden
berumur 18 tahun ke bawah.

9
3. Bangsa/Kaum Responden

Kaum/Bangsa Bilangan responden (orang) Peratusan (%)


Melayu 12 40
Cina 12 40
India 3 10
Iban 1 3
Korean 1 3
Bumiputera Sabah 1 3

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan bangsa atau kaum
responden yang terlibat dalam soal selidik ini.

Dapatan Demografi Bangsa/Kaum Responden

1 1
1
3
12

12

Melayu Cina India Iban Korean Bumiputera Sabah

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan 12 orang atau 40% respon yang kami
dapati merupakan penilaian daripada responden berbangsa Melayu dan dari dapatan
kami responden yang berbangsa Cina memiliki peratusan yang sama dibandingkan
dengan kaum Melayu. Bagi kaum India, terdapat 10% respon iaitu 3 orang yang kami
dapati merupakan responden berbangsa India. Manakala, selebihnya iaitu 3 orang atau
9% respon bagi bangsa atau kaum yang lain merupakan responden daripada kaum Iban,
Bumiputera Sabah dan bangsa Korea.

10
4. Agama Dianuti Responden

Agama Bilangan responden (orang) Peratusan (%)


Islam 13 43
Kristian 2 7
Buddha 14 47
Hindu 1 3

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan agama dianuti


responden yang terlibat dalam soal selidik ini.

Dapatan Demografi Agama Responden

13

14

Islam Kristian Buddha Hindu

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 14 orang


bersamaan 47% respon yang kami dapati merupakan penilaian daripada responden
yang beragama Buddha. Selain itu, graf menunjukkan bahawa 43% daripada jumlah
keseluruhan iaitu 13 orang merupakan responden yang beragama Islam. Seterusnya,
responden yang beragama Kristian menunjukkan peratusan sebanyak 7% atau 2 orang
daripada keseluruhan bilangan responden. Manakala, selebihnya iaitu 1 orang atau 3%
respon yang lain merupakan penilaian soal selidik kami daripada responden yang
beragama Hindu.

11
4.2 Dapatan Kajian Objektif 1: Menerangkan kepentingan hubungan Tuhan dengan
insan

Menerangkan kepentingan hubungan Tuhan dengan insan


80
70
70 66.7 66.7 66.7
63.3
60

50

40

30 26.7 26.7
23.3 23.3
20
20 13.3
10 10
10 6.7
3.3 3.3
0 0 0 0 0 0 0 0 0
0
Hidup akan lebih Segala masalah Hidup akan lebih Sentiasa berada di Tahap keimanan
aman dan tenteram dan bebanan akan lebih bermakna dan segala jalan yang benar malah seseorang dapat
dalam menjalani mudah diselesaikan hajat akan mudah terhindar daripada ditingkatkan iaitu akan
kehidupan seharian jika hubungan insan untuk dikecapi melakukan dosa lebih banyak bersabar
jika kita menjaga dengan tuhan terjaga dalam pelbagai aspek,
hubungan dengan contohnya lebih
tuhan. bersabar dalam
melakukan kerja yang
sukar dilakukan

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Graf 1: Menerangkan kepentingan hubungan Tuhan dengan insan

Berdasarkan graf di atas, terdapat 63 peratus responden yang sangat setuju dan 27 peratus
responden setuju dengan salah satu kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah hidup akan
lebih aman dan tenteram dalam menjalani kehidupan seharian jika kita menjaga hubungan
dengannya. Hal ini demikian kerana, apabila hubungan kita dengan tuhan baik maka setiap
perkara dapat dilakukan dengan lancar tanpa rasa gelisah dan takut. Sebagai contoh , dalam
menjawab peperiksaan ataupun ujian , apabila kita rasa buntu Allah akan sentiasa bersama
untuk menolong kita supaya tidak cemas dan dapat menyelesaikannya dengan tenang. Terdapat
juga 10 peratus responden yang tidak pasti dengan kepentingan tersebut. Hal ini kerana ,mereka
berasa kurang yakin bahawa hidup akan lebih aman dan tenteram dalam menjalani kehidupan
seharian merupakan kepentingan hubungan tuhan dengan insan.

12
Seterusnya terdapat 67 peratus responden yang sangat setuju dan 23 peratus responden
yang setuju bahawa kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah segala masalah dan
bebanan akan lebih mudah diselesaikan jika hubungan terjaga. Hal ini demikian kerana, apabila
hubungan terjaga masalah yang kecil mahupun besar dapat dipermudahkan serta diselesaikan
dengan baik. Masalah yang biasa dialami oleh setiap manusia ialah sikap pelupa. Masalah
tersebut sentiasa timbul tidak kira dimana kita berada dalam masa yang singkat. Oleh itu ,
apabila hubungan kita sentiasa terjaga masalah sebegini dapat diselesaikan dan dikurangkan
dengan pertolonganNYA. Walaubagaimanapun, terdapat juga 10 peratus responden yang tidak
pasti dengan kepentingan ini. Hal ini kerana, sikap manusia tersendiri yang suka bergantung
kepada orang lain dan tidak mempercayai dengan kekuasaan Tuhan itu sendiri.

Kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah hidup akan jadi lebih bermakna dan
segala hajat akan mudah dicapai atau dikecapi. Seramai 67 peratus responden sangat setuju dan
23 peratus responden setuju dengan kepentingan tersebut. Hal ini sedemikian kerana , langkah
atau cara untuk seseorang itu menjaga hubungannya dengan tuhan adalah dengan berusaha
melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Apabila kita
berusaha dalam melakukannya maka segala hajat dapat dipermudahkan. Selain itu, hubungan
yang baik juga dapat memberi kehidupan yang lebih bermakna lagi. Walaubagaimanapun,
seramai 20 peratus responden tidak pasti dengan kepentingan ini. Bagi mereka untuk
menjadikan hidup yang lebih bermakna tidak semestinya hanya memerlukan hubungan yang
baik antara Tuhan dan insan malah perlu juga bergantung kepada masyarakat dan juga dunia.

Selain itu, terdapat 67 peratus responden sangat setuju dan 23 peratus responden setuju
bahawa kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah sentiasa berada di jalan yang benar
malah terhindar daripada melakukan dosa. Ia dapat membantu semua penganut agama
menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama mereka. Apabila
hubungan kita sentiasa terjaga , hati kita akan sentiasa terpelihara dan akan timbul rasa malu
untuk melakukan dosa. Kita akan sentiasa berada di jalan yang sepatutnya dan kekal
beristiqamah dalam setiap perkara. Terdapat juga seramai 7 peratus responden tidak pasti dan
3 peratus responden tidak setuju bahawa kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah
sentiasa berada di jalan yang benar dan dapat menghindarkan diri dari dosa. Ini kerana ,
sesetengah manusia tidak mampu beristiqamah dalam melakukanya.

13
Akhir sekali , seramai 70 peratus responden sangat setuju dan 27 peratus responden
setuju bahawa tahap keimanan seseorang dapat ditingkatkan iaitu lebih banyak bersabar dalam
pelbagai aspek merupakan kepentingan hubungan tuhan dengan insan. Hal ini demikian kerana,
hubungan tuhan dan insan yang terjaga dapat membantu manusia untuk kekal beriman dan
sentiasa ikhlas serta bersabar dalam setiap perkara. Sabar itu merupakan separuh daripada
Iman. Sebagai contoh , agama Islam amat mementingkan kesabaran dan selalu dilatih atau
dipraktikkan pada bulan Ramadhan. Umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga serta sesatu
yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Walau
bagaimanapun , sebanyak 3 peratus responden tidak pasti dengan kepentingan ini. Hal ini
demikian kerana, ia tidak mampu membantu segolongan manusia untuk kekal bersabar dalam
setiap perkara. Sebagai contoh , dalam menahan sikap marah , suka memaki hamun dan
sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai penganut agama tidak kiralah Islam , Kritian , Hindu mahupun
Budha perlulah menjaga hubungan dengan Tuhan sebaik mungkin kerana ianya amat penting
dalam menjalani kehidupan kita seharian.

14
4.3 Dapatan Kajian Objektif 2: Mengenal pasti tahap pengetahuan setiap insan
terhadap Agama

Mengenalpasti Tahap Pengetahuan Setiap Insan Terhadap Agama


20 19 19 19
18
16
16
14 14
14
12 11
10
8
8 7 7
6
4 4
4 3
2 2
2
0
Agama merupakan Aspek keagamaan Agama dapat Ilmu pengetahuan Agama boleh
satu anutan dan penting untuk membentuk diri agama dapat dijadikan sebagai
kepercayaan yang memastikan kita menjadi orang membentuk pedoman hidup
berkembang seseorang individu lebih baik keperibadian untuk setiap
sebagai suatu ilmu tidak terjebak terpuji seseorang manusia
pendidikan jiwa melakukan insan yang
(dalaman) yang perkara-perkara menjaga
mengajar manusia negetif yang boleh agamanya.
untuk menyelami merosakan akhlak
jiwa mereka dan jati diri
sendiri

sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Graf 2: Mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama

Berdasarkan graf di atas, terdapat 16 orang responden sangat setuju dan 11 orang responden
setuju bahawa mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama adalah agama
merupakan satu anutan dan kepercayaan yang berkembang sebagai suatu ilmu Pendidikan jiwa
(dalaman) yang mengajar manusia untuk menyelami jiwa mereka sendiri.Hal ini kerana
seseorang manusia yang yakin akan kepercayaan dan agama yang dianuti hidup mereka akan
lebih tenang dan teratur. Ini kerana walaupun manusia dilengkapi dengan banyak ciri yang
membolehkan mereka menjalani kehidupan dunia dengan baik, dalam masa sama Allah Maha
Mengetahui seandai manusia tidak dipandu dengan agama, pasti akan menjadikan kehidupan
manusia dalam keadaan yang porak peranda malah akan ketangan dalam hidup tiada dalam
diri. Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan
berdisiplin. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa peraturan. Apabila agama diberikan
kedudukan teratas dalam setiap acara kehidupan, maka sukarlah nafsu untuk bermaharajalela
dan menjerumuskan manusia ke kancah yang bertentangan dengan kehendak agama.Misalnya,

15
sebagai seorang pemimpin sekiranya sentiasa hidup bersendikan agama maka mustahil untuk
seseorang pemimpin melakukan salah laku atau penyelewengan kuasa. Hal tersebut kerana dia
menyedari bahawa perbuatan sedemikian amat dilarang dalam agama dan si pelakunya bakal
mendapat azab Allah di akhirat kelak. Jadi, di sini agama menjadi benteng atau perisai
kehidupan seseorang pemimpin mahupun dalam diri individu. Malah, terdapat 2 orang
responden yang kurang setuju,tiada responden yang tidak setuju dan tiada responden tidak
sangat setuju tentang pernyataan tersebut.Hal ini kerana berkemungkinan mereka yang
berpendapat kurang setuju ini mempunyai fahaman mereka sendiri terhadap statmen yang
dikemukan seperti di atas contohnya mereka mungkin beranggapan dengan cara lain juga boleh
membentuk jiwa dari dalaman contohnya dengan Berbuat baik dan mengikut segala arahan
Tuhan Allah SWT mengizinkan hambanya-nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik
kepada orang yang berlainan akidah sekalipun sebenarnya bukan penghalang terjalinnya
kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia.Pada dasar, dengan mempercayai agama
yang dianuti ia akan mendatangkan impak positif terhadap manusia.

Seterusnya,aspek keagamaan penting untuk memastikan seseorang individu tidak


terjebak melakukan perkara-perkara negetif yang boleh merosakan akhlak jati diri.Terdapat 14
orang responden sangat setuju,14 orang responden bagi setuju dan 2 orang responden bagi
kurang setuju dan 0 bagi tidak setuju dan tidak sangat setuju.Hal ini kerana mereka yang
bersetuju dengan statement di atas sangat memahami bahawa agama adalah tunjang utama bagi
manusia dan sebagai panduan hidup supaya tidak terpesong dan sentiasa berada di landasan
yang benar.Agama merupakan Pengetahuan dan didikan agama mampu menjadi perisai untuk
menghalang manusia daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat dan merosakkan
akhlak dan minda mereka. Oleh itu,aspek keagamaan penting untuk memastikan seseorang
individu tidak terjebak melakukan perkara negetif yang boleh merosakkan akhlak dan akidah
manusia.Manakala terdapat 2 responden yang kurang setuju mungkin mereka mempunyai
fahaman sendiri yang lebih baik.Hal ini juga sebenarnya memberi impak positif kepada
manusia kerana dengan adanya agama hidup akan lebih terjamin dan aman serta berpanduan.

Seterusnya, terdapat 19 orang responden yang sangat setuju,7 orang responden yang
setuju, 2 orang responden yang kurang setuju dan 0 responden yang tidak setuju dan tidak
sangat setuju bahawa agama yang dapat membentuk diri kita menjadi orang lebih baik iaitu
kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak
mulia. Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia

16
untuk berfikir yang baik dan buruk Jika setiap manusia berakhlak mulia, maka sudah pasti
masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat
dari keadaan huru-hara, perpecahan, masalah sosial dan sebagainya. Langkah-langkah untuk
menjadikan manusia yang berakhlak mulia ialah memiliki akal yang sempurna, taat dalam
menjalankan ajaran Allah SWT, memiliki ilmu dan banyak bersyukur kepada Allah. Antara
cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu
dan dengan latihan-latihan rohani. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala
amalan yang terkandung dalam Al-Quran supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan yang kita
lakukan.Pada dasarnya, dengan adanya agama sebenarnya sememangnya dapat membentuk
diri kita menjadi orang yang lebih baik dan berfikiran rasional.

Bukan itu sahaja, ilmu pengetahuan agama dapat membentuk keperibadian terpuji
seseorang insan yang menjaga agamanya. Berdasarkan data yang telah kami terima, didapati
19 orang responden yang sangat setuju, 8 orang responden yang setuju, 4 orang responden
yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju tentang
pernyataan tersebut.Ilmu pengetahuan agama dapat membentuk manusia ke arah yang lebih
baik kerana dengan adanya ilmu agama hidup seseorang manusia akan lebih teratur dan melalui
ilmu agama juga lah dapat membentuk jati diri yang kuat dan melahirkan nilai-nilai murni
dalam diri seseorang insan. Justeru jelas bahawasanya akhlak itu adalah cerminan dari dalam
diri seseorang yang mempunyai ilmu dan adab. Jiwa yang subur dengan ilmu akan berusaha
mencari redha Allah dan sentiasa berwaspada dengan azab dan hukuman perbuatan buruknya
terhadap Allah dan makhluk lain. Kepekaan kepada kehidupan akhirat yang dimaksudkan
inilah yang menjadikan seseorang itu mudah untuk patuh kepada undang-undang dan hukuman
yang mengikat masyarakat sejahtera.

Selain itu, terdapat 19 orang responden yang sangat setuju,7 orang responden yang
setuju, 4 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak
sangat setuju terhadap agama boleh dijadikan sebagai pedoman hidup untuk setiap
manusia.Dengan adanya nilai keagamaan manusia akan lebih faham erti kehidupan yang lebih
teratur dan juga lebih sistematik.Sebagai contohnya bagi umat islam al -quran dan juga hadis
merupakan panduan kepada mereka untuk terus istiqomah dalam kehidupan dan meningalkan
segala perbuatan keji yang dilarang oleh Allah SAW.Mankala bagi agama lain pula mereka
juga mempunyai kepercayan dan kitab mereka sendiri yang mereka jadikan panduan dalam
hidup dan bagi melakukan ibadah mereka sendiri.Konklusinya setiap manusia yang terlahir di

17
atas muka bumi ini perlu hidup beragama kerana dengan adanya agama hidup akan lebih bererti
dan Bahagia kerana semua agama di atas muka bumi ini menuntut untuk melakukan kebaikkan
dan tiada satu agama pun yang menyuruh melakukan perkara-perkara negetif disebabkan itu
lah agama ini boleh dijadikan pedoman bagi semua manusia.

Kesimpulannya, seseorang yang mempercayai agama yang dianuti membawa banyak


kesan positif kepada setiap individu.Dengan cara hidup beragama hidup ,manusia akan lebih
teratur dan juga sistematik dari pelbagai sudut ,contohnya jasmani, rohani,emosimental dan
juga interlek kesemua nya akan lebih tersusun dan menajdikan seseorang manusia berasa lebih
dihargai dan segala nilai-nilai murni akan lebih mudah dilakukan berbanding hidup tanpa
agama kerana orang yang hidup tanpa agama akan keliru dalam kehidupannya disebabkan tiada
panduan dan rujukan yang benar dalam kehidupannya.

18
4.4 Dapatan Kajian Objektif 3: Mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang
yang dianuti terhadap individu

Mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap


individu

20
18
19
16
17 17
14 16
15
12
10 12
11 11
8 10
9
6
4
2 0 1 2 0 0 3 0 0 3 0 0 2 0 0 2
0
Mendidik diri setiap Pendirian agama yang Hubungan antara Agama adalah ajaran Manusia dapat
manusia supaya lebih kukuh dapat kaum dapat yang dapat memupuk diri untuk
yakin dan mempunyai melahirkan diharmonikan malah mengukuhkan jati diri mencintai
pendirian yang kukuh maysarakat yang mampu melahirkan seseorang supaya penciptanya
bersatu padu tanpa suasana aman dan sentiasa membuat
perselisihan faham makmur kebaikan
antara satu sama lain

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Graf 3: Mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu

Berdasarkan graf di atas, terdapat 17 orang responden yang sangat setuju dan 10 orang
responden setuju bahawa impak positf mempercayai agama yang dianuti terhadap individu
adalah mendidik diri setiap manusia supaya lebih yakin dan mempunyai pendirian yang kukuh.
Hal ini kerana seseorang yang menganut agama akan sentiasa mempercayai kepada Tuhan.
Ajaran Allah SWT merupakan satu ajaran yang mendidik manusia supaya sentiasa berjasa dan
berbuat baik. Oleh itu, manusia yang menganut agama akan menjadi lebih yakin kerana mereka
mempercayai perbuatan yang dilakukan adalah bentul dan baik. Malah, terdapat 2 orang
responden yang kurang setuju, seorang responden yang tidak setuju dan tiada responden tidak
sangat setuju tentang pernyataan terseubut. Hal ini kerana, mereka mempercayai keyakinan diri
dapat dibina dan dikukuh melalui cara yang lain. Sebagai contoh, cara yang lain untuk
membina keyakinan diri adalah meningkatkan tahap ilmu pengetahuan. Tahap ilmu
pengetahuan yang tinggi dapat melahirkan insan yang memiliki minda kelas pertama serta
meningkatkan keyakinan seseorang. Pada dasarnya, impak positif mempercayai agama yang
dianuti terhadap individu adalah mendidik diri setiap manusia supaya lebih yakin dan

19
mempunyai pendirian yang kukuh tetapi keyakinan seseorang juga dapat dibina melalui cara
yang lain.

Selanjutnya, pendirian agama yang kukuh dapat melahirkan masyarakat yang bersatu
padu tanpa perselisihan faham antara satu sama lain. Terdapat 16 orang responden yang sangat
setuju, 11 orang responden yang setuju, 3 orang responden yang kurang setuju dan tiada
responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju tentang pernyataan tersebut. Hal ini kerana
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Oleh itu,
masyarakat Malaysia adalah bebas untuk menganut agama masing-masing. Agama yang
berbeza mempunyai adat resam dan tradisi yang berbeza. Pada umumnya, masyarakat dapat
mengambil kesempatan untuk saling memahami agama dan adat resam berbilang kaum melaui
aktiviti kemasyarakatan seperti rumah terbuka. Mereka dapat menyelesaikan segala
pertelingkahan dan perselisihan faham serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui
aktiviti tersebut.

Seterusnya, terdapat 15 orang responden yang sangat setuju, 12 orang responden yang
setuju, 3 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak
sangat setuju bahawa hubungan antara kaum dapat diharmonikan malah mampu melahirkan
suasana yang aman dan makmur merupakan salah satu impak positif mempercayai agama yang
dianauti. Seserorang yang menganut agama akan memiliki akal yang sempurna dan sentiasa
taat untuk menjalankan ajaran Allah SWT. Oleh itu, manusia yang berakhlak mulia dapat
dilahirkan jika seseorang tersebut menganut agama. Masyarakat yang berakhlak mulia akan
dipenuhi dengan keamanan serta kesejahteraan. Mereka akan menghindari segala keadaan
huru-hara, masalah sosial dan sebagainya. Hal ini dapat mengurangkan kes jenayah sosial serta
melahirkan satu suasana yang aman dan makmur.

Bukan itu sahaja, agama adalah ajaran yang dapat mengukuhkan jati diri seseorang
supaya sentiasa membuat kebaikan. Berdasarkan data yang telah kami terima, didapati 19
orang responden yang sangat setuju, 9 orang responden yang setuju, 2 orang responden yang
kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju tentang pernyataan
tersebut. Jiwa merupakan perasaan yang terkandung dalam hati seseorang manusia. Cara untuk
menjaga jiwa adalah menghindari segala percakapan atau perbuatan yang tidak baik. Apabila
seseorang manusia mendekatkan diri dengan Allah atau mengingati Allah pada bila-bila masa,
mereka dapat menjaga jiwa dan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Oleh itu,

20
impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu dapat mengukuhkan jati diri
seseorang agar sentiasa membuat kebaikan.

Selain itu, terdapat 17 orang responden yang sangat setuju, 11 orang responden yang
setuju, 2 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak
sangat setuju bahawa manusia dapat memupuk diri untuk mencintai penciptanya jika menganut
agama. Hal ini kerana manusia yang menganut agama akan lebih memahami tentang konsep
insan. Menurut falsafah Islam, manusia merupakan hamba dan kalifah Tuhan. Manusia adalah
wakil Tuhan dan berperanan untuk menjalankan amanah dari Allah serta memikul
tanggungjawab sebagai pemegang amanah seperti menjaga alam sekitar. Oleh demikian,
manusia yang menganut agama akan lebih memahami asal unsur diri dan akan mencintai serta
bersyukur terhadap penciptanya.

Kesimpulannya, seseorang yang mempercayai agama yang dianuti membawa banyak


impak positif terhadap individu. Agama mendidik seseorang supaya sentiasa berjasa dan
berbuat baik. Oleh itu, seseorang manusia perlulah menganut agama masing-masing dan
menerima didikan agama supaya menjadi insan yang berakhlak mulia.

21
5.0 RUMUSAN

Manusia yang hidup di dunia amat memerlukan agama karena hal tersebut merupakan fitrah
manusia. Fitrah tersebut yang menyebabkan manusia berhubungan dengan agama untuk
mencari jati dirinya. Tujuan penciptaan manusia ialah untuk menyembah kepada Allah dan
menjadi khalifah fil ardi. Agama memiliki tujuan yang sebenar demi membentuk manusia
melakukan segala perintah yang diperintahkan oleh Allah. Sehingga agama dapat mengatur
segala sendi kehidupan manusia dan dapat dikatakan agama merupakan pengatur manusia
untuk menjalankan perananya di muka bumi.

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji hubungan insan dengan Tuhan dalam agama.
Hubungan insan dengan Tuhan mengandungi keseluruhan bentuk kehidupan manusia seperti
roh, jasad, kerohanian dan kebendaan, pengharapan, pengakuan, rasa kasih dan cinta kepada-
Nya, syukur kepada- Nya dan lain-lain. Natijahnya, kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu
menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan, mengenal pasti tahap pengetahuan
setiap insan terhadap agama dan mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang
dianuti terhadap individu.

Metodologi yang dipraktikkan ialah pendekatan kajian, rekabentuk kajian dan analisis data
supaya kajian ini dijalankan dengan lebih lancar dan efektif. Borang soal selidik iaitu google
form yang meliputi 4 bahagian telah diedarkan melalui media sosial kepada para responden.
Kaedah statistik deskriptif yang berbentuk skala likert telah digunakan dalam google form.
Bilangan responden adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada pelbagai agama untuk
membantu pengkaji menyempurnakan kajian ini.

Dapatan menunjukkan majoriti responden memiliki tahap pengetahuan asas agama yang
tinggi di mana lebih 95% berada dalam kelompok ini. Dapatan kajian ini memberi bukti
bahawa majoriti rakyat Malaysia memiliki pengetahuan asas yang baik dalam agama masing-
msaing tidak kira agama Islam atau agama Kristian. Walaupun soalan yang ditanya hanya
merujuk kepada tiga objektif kajian tentang pengetahuan asas agama, namun ia cukup jelas
untuk memberikan gambaran mengenai tahap pengetahuan dalam diri seseorang untuk
membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Cadangan dan saranan mahasiswa dan mahaisiwi adalah aset yang penting bagi sesebuah
negara. Mereka adalah bakal pewaris tampuk pemerintahan negara kita suatu hari nanti. Apa
sahaja yang berlaku kepada mereka, akan terus memberikan kesan kepada masa depan negara.
Sekiranya berjaya menyediakan acuan akhlak yang baik kepada mereka, maka akan lahirlah

22
bakal pemimpin negara yang berpegang teguh kepada aqidah yang benar, ibadah yang sahih
dan akhlak yang mulia untuk memastikan masa depan Islam sentiasa cemerlang.

Natijahnya, kajian ini mendapat satu kesimpulan iaitu hubungan insan dengan tuhan dalam
agama adalah sangat penting kepada semua orang dalam kehidupan kita. Kita hendaklah
mementingkan agama supaya kita boleh menjadi seorang yang baik dan jujur. Agama akan
memberi banyak kebaikan kepada kita dan juga keluarga kita kerana kita boleh berkongsi ilmu
pengetahuan agama. Ilmu pengetahuan agama boleh membentuk keperibadian terpuji
seseorang insan yang menjaga agamanya. Hal ini boleh mendidik kita supaya menjadi lebih
yakin dan mempunyai pendirian yang kukuh.

23
6.0 RUJUKAN

 A. T. Talib, & Gill, S. S. (2012). Socio-Religious Tolerance: Exploring the Malaysian


Experience. Global Journal of Human Social Science, 12(8), 49-54.
 Adeney, W. F. (1926). Toleration. In J. Hastings (Ed.), Encyclopedia of Religion and
Ethics (Vol. Vol. 12). Edinburgh: T & T Clark
 Mahfuzah Muhammed Zabidi (2020), Peminggiran Agama Halang Kebahgiaan
Manusia. Berita Harian Online. Diperoleh daripada:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/04/676097/peminggiran-agama-
halang-kebahagiaan-manusia
 Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm (2021), Berusaha Jadi Insan Baik.
Berita Harian Online. Diperoleh daripada:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/02/123199/berusaha-jadi-
insan-baik
 Mansor, R. (2015). Pendidik MESTI Hidupkan budaya Islam DI sekolah. Berita Harian
Online. Diperoleh daripada:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/104037/pendidik-mesti-
hidupkan-budaya-islam-di-sekolah
 Arifin, L. (2019). Akhlak Nabi TELADAN Umat Islam, Dikagumi Barat. Berita Harian
Online. Diperoleh daripada:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/626871/akhlak-nabi-teladan-
umat-islam-dikagumi-barat
 Ainul Nakhwat. (2021). Allah, manusia dan alam. Diperoleh daripada:
https://www.slideshare.net/ainulNurJihad/allah-manusia-dan-alam
 Zin Mahmud. (2017). Kepentingan penganut Kristian dalam politik Malaysia. Free
Malaysia Today. Diperoleh daripada:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/12/26/kepentingan-
penganut-kristian-dalam-politik-malaysia/
 Ismail Salleh. (2020). Tuntutan berakhlak mulia melangkaui budaya, agama. Berita
Harian Online. Diperoleh daripada:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/10/740889/tuntutan-berakhlak-
mulia-melangkaui-budaya-agama

24
8.0 LAMPIRAN

a. Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat Pertama (1)

Tarikh : 6 Jun 2021

Masa : 2.30pm – 3.00pm

Tempat : Google Meet

Kehadiran : Semua Ahli Kumpulan Hadir

i. SITI AINA NATASHA BINTI MOHD YUTI (K) (AB200010)

ii. NABILAH BINTI MAT JIDIN (AB200054)

iii. NURUL AIN NABILA BINTI MUHAMMAD (AB200080)

iv. NURUL ALIAH FARISYAH BINTI HALIM (DE200118)

v. CHAN YET SHI (AP200429)

vi. NG E NEE (AP200399)

vii. LIM JIA YING (AP200181)

viii. YIAW XIN YUE (AP200133)

1.0 Ucapan Ketua Kumpulan

 Ketua kumpulan memberi ucapan mengenai tajuk.

 Menerangkan tajuk laporan yang diberikan dengan lebih jelas.

 Ketua kumpulan mengenalkan diri ahli kumpulan.

2.0 Pengenalan Ahli Kumpulan

 Ahli kumpulan memberitahu tentang pengenalan diri iaitu nama dan nombor matrik
supaya pensyarah mengenali dengan lebih tepat kerana kami membuka kamera semasa
pembentangan dijalankan.

 Ahli kumpulan membentangkan tajuk masing-masing yang telah diagihkan oleh ketua
kumpulan.

25
 Menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci berdasarkan tajuk yang dibentangkan.

3.0 Perbincangan

 Setiap ahli kumpulan memberikan cadangan dan pendapat mengenai tajuk laporan yang
diberikan.

 Memahami tugasan setiap ahli kumpulan yang dibincangkan dan dibahagikan oleh
ketua kumpulan.

 Membincangkan permasalahan ahli kumpulan mengenai perjumpaan untuk mesyuarat

b. Lampiran gambar :

26
27
28

Anda mungkin juga menyukai