Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN PERADABAN DALAM

KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

PENGENALAN
Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih dari 63 tahun tetapi adakah stereotaip
tentang sesuatu kaum yang terbentuk telah dapat disisihkan atau dibuktikan masih
menjadi persoalan yang belum terjawab. Pada masyarakat Melayu, persoalannya
adakah orang Cina masih dilabelkan sebagai ahli perniagaan, pemilik kedai atau
penjaga kedai? Adakah golongan profesional India masih digambarkan sebagai
peguam yang berkarisma, celik IT atau pengurup wang? Kepercayaan tetap atau
stereotaip yang positif akan meningkatkan hubungan dan komunikasi yang lebih sihat
antara kaum yang berbeza. Sebaliknya pula bagi stereotaip yang negatif, ia akan
mencetuskan ketidakhirauan serta permusuhan. Sejak mencapai kemerdekaan, sebagai
negara membangun yang masih muda, Malaysia berusaha untuk mencapai
keharmonian dalam kalangan kaum. Namun, Malaysia tetap menghadapi halangan-
halangan yang telah timbul seperti rusuhan kaum yang pernah tercetus, iaitu peristiwa
13 Mei dan insiden Kampung Medan 2001. Salah satu cabaran pada ketika itu adalah
bagaimana untuk mengelakkan identifikasi rakyat Malaysia berdasarkan kaum.
Pemahaman yang mendalam terhadap persepsi antara kaum adalah amat penting
untuk kestabilan politik dan integrasi sosial dalam negara. Kajian yang dijalankan ini
melihat sejauh mana darjah persepsi antara etnik di Malaysia secara amnya. Dengan
melihat tahap persepsi tersebut, dapat dianggarkan sejauh mana hubungan sosial
antara etnik Melayu dan Cina terutamanya dalam kalangan masyarakat. Kajian ini
juga ingin meneliti apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan sesuatu persepsi
dalam sesebuah kaum. Pembentukan sesuatu persepsi kadangkala disebabkan
perasaan tidak puas hati dan akhirnya mencetuskan perbalahan. Pembentukan sesuatu
persepsi juga boleh berubah dari sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif
apabila terdapat pengalaman atau peristiwa yang menggembirakan. Melalui kajian ini,
kesan daripada persepsi terhadap kumpulan kaum yang dapat diketahui dan pelbagai
langkah boleh dibentuk bagi menyedarkan masyarakat akan stigma yang mereka
berikan boleh membuat individu lain tersinggung. Kajian ini berbentuk kajian
tinjauan, iaitu dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian tinjauan mampu
memperoleh maklumat atau data daripada sampel yang dipilih daripada populasi
dengan menggunakan soalan berstruktur.
PERNYATAAN MASALAH
Perselisih fahaman antara kaum kerana kurang pengetahuan peradaban setiap kaum
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai
satu keistimewaan yang dipandang tinggi oleh rakyat negara asing iaitu rakyat yang
berbilang kaum. Melayu, Cina dan India adalah tiga kaum utama yang telah menetap
di Malaysia selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga mempunyai kira kira 80 etnik
kaum terutamanya di timur Malaysia. Untuk menjalinkan hubungan yang harmoni
antara sesebuah kaum pastinya berlaku masalah yang tidak di ingini daripada pelbagai
pihak. Antaranya ialah perselisih fahaman antara kaum.
Setiap kaum pasti mempunyai peradaban yang telah diamalkan sejak dari
zaman dulu lagi. Jadi, beberapa isu timbul kerana peradaban yang diamalkan
bercanggah pendapat dengan peradaban dari sesebuah kaum. Beberapa contoh isu
sensitif telah berlaku di Malaysia lagi lagi apabila ia melibatkan agama. Oleh yang
demikian, ia boleh menyebabkan hilangnya sifat perpaduan antara kaum.
Di samping itu, isu tuntutan terhadap sesuatu budaya, makanan dan
sebagainya. Isu ini sering hangat di media sosial kerana wujudnya segelintir rakyat
Malaysia sengaja membuat provokasi bagi memutuskan ikatan antara kaum di
Malaysia. Hal ini kerana sifat anti terhadap sesebuah kaum yang sering berlaku dari
dulu sehinggalah sekarang.
Oleh itu, kajian terhadap tahap pengetahuan peradaban dalam kalangan
masyarakat di Malaysia dijalankan bagi memastikan perselisih fahaman antara kaum
dapat dikurangkan.

OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengetahui tahap pengetahuan masyarat Malaysia terhadap peradaban
2) Mengenalpasti sumber yang memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia
tentang peradaban.
3) Mengenalpasti langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap
pengetahuan masyarakat Malaysia tentang peradaban.
METODOLOGI KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN


Kajian adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah
mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel
individu yang dipilih daripada populasi yang hendak dikaji (Sabitha Marican, 2009).
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan peradaban dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.
KAEDAH PERSAMPELAN
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan dengan melibatkan 50 orang
responden yang terdiri daripada golongan belia yang berumur 18-40 tahun.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


DATA PRIMER (SOAL SELIDIK)
Menurut Uma Sekaran (2003), Borang soal selidik adalah satu set soalan yang
dibangunkan dan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu
alat pengumpulan data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa
sebenarnya yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pemboleh ubah
yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik
untuk diedarkan kepada responden yang ditetapkan. Soal selidik ini mengandugi
soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden. Soal selidik
merupakan satu instrumen yang penting bagi seseorang pengkaji dalam menjalankan
kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara
keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu tidak
jelas, maka jawapan yang diperolehi tidak akan memberi pengertian yang nyata dan
ini akan meroskan dapatan atau hasil sesebuah kajian.

DATA SEKUNDER
Selain daripada data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti
yang telah dinyatakan, maklumat sekunder juga perlu bagi menguatkan lagi sesebuah
kajian. Data ini merupakan sumber maklumat yang amat penting kerana ini
diperlukan bagi menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan
yang telah dibuat daripada kajian yang lampau. Sumber data sekunder akan diperoleh
daripada jurnal, buku rujukan, majalah berbentuk ilmiah, maklumat daripada laman
web serta akhbar tempatan Tujuan data sekunder adalah untuk mengenalpasti
masalah, membina pendekatan kepada masalah, dan menjawab beberapa masalah.
Data sekunder adalah dikira sebagai data sokongan dan berperanan sebagai
memahami dengan lebih terperinci kajian yang dijalankan.
4.4 INSTRUMEN KAJIAN
Borang Soal Selidik
Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik akan diedarkan secara
atas talian dengan menggunakan lama sesawang ‘google form’. Soal selidik yang
disediakan adalah berpandukan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Walau
bagaimana pun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu diuji dalam ujian rintis ke
atas 50 orang responden. Ini adalah sebagai satu proses bagi melestarikan soalan-
soalan agar besesuaian dengan kajian. Soal selidik kajian dibahagaikan kepada 3
bahagian seperti berikut.
1.Bahagian A : Profil Responden
2.Bahagian B : Pengetahuan Responden
3.Bahagian C : Pandangan terhadap peradaban yang terdapat di Malaysia

Bahagian A:
Bertujuan untuk mengenal pasti profil responden seperti jantina, umur, status, bangsa,
pekerjaan dan juga pendapatan responden.
Bahagian B:
Digunakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan responden terhadap peradaban
yang terdapat di Malaysia daripada aspek peradaban yang diketahui, peradaban yang
diamalkan, dan sumber pendedahan terhadap peradaban di Malaysia.
Bahagian C:
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkaitan sejauh mana
responden mengetahui tentang peradaban yang ada di Malaysia, serta pandangan dan
cadangan responden mengenai tahap pengetahuan masyarakat Malaysia terrhadap
peradaban.

4.5 KAEDAH ANALISIS DATA


Bagi menjalankan penyelidikan ini, data-data yang diperoleh, dianalisis
dengan menggunakan kaedah pembandingan. Data-data tersebut dianalisis dengan
membuat permerhatian terhadap data-data yang diperoleh daripada responden
daripada borang soal selidik.
CADANGAN
PERANAN PIHAK KERAJAAN
1. Yang utama dalam memperingati dan memberi penerangan tentang pengertian
serta tujuan Rukun Negara diwujudkan kepada rakyat, khususnya golongan belia
di luar bandar dan bandar serta masyarakat yang setempat yang terhad kepada
akses untuk memupuk semangat kecintaan terhadap setiap bangsa di Malaysia.
2. Mewujudkan sambutan perayaan berbilang kaum supaya memupuk semangat
hormat menghormati adat resam antara setiap bangsa di Malaysia
3. Mewujudkan mata pelajaran adat resam di sekolah menengah serta mewujudkan
pempromosian karnival adat resam di sekolah dan universiti untuk meningkatkan
lagi semangat patriotism dan kesepaduan masyarakat dalam memahami pantang
larang dan adat resam bangsa-bangsa di Malaysia
4. Mewujudkan Institusi badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk mempromosikan
program sebagai contoh ikbn dan iktbn dari pelbagai bangsa untuk mewujudkan
mewujudkan belia masyarakat yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari
segi rohani, akliah, dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan
patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
PERANAN DARI SEMUA PIHAK
1. usaha mempromosi kesederhanaan sebagai cara hidup dan penyelesaian terbaik
menyelesaikan masalah adalah melalui dialog serta perbincangan di antara bangsa
2. sebagai ibubapa yang berjiwa besar perlulah mendidik anak bangsa supaya
mengenali dan mendalami peradaban dalam kalangan masyarakat di Malaysia
supaya sentiasa bersatu padu
3. sebagai seorang yang indinvindu yang cinta akan negara perlulah menyertai dan
melibatkan diri di dalam pogram peradaban serta bangsa di Malaysia.
4. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan aktiviti aktiviti serta menjemput
penceramah bebas yang ahli dalam peradaban dan adat resam dalam kalangan
murid murid supaya peradaban tidak ditelan zaman
RUJUKAN
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan projek
i. Buku
ii. Jurnal
iii. Suratkhabar
iv. Laman Sesawang

Anda mungkin juga menyukai