Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : Larian Pecut Kategori Wanita

KOD & NAMA UQS12001 OLAHRAGA PADANG


KURSUS

NAMA PELAJAR MUHAMMAD HAIKAL BIN JAMIL (AA180803)

SEKSYEN SEKSYEN 5

NAMA PENSYARAH ENCIK ISMAD BIN NIAM

TARIKH HANTAR 21 MAC 2019

Markah Tugasan :
Definisi
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga
tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.Faktor asas
mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu :
1. Panjang langkah
2. Kekerapan langkah.

Sejarah
• Merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.
• Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara
yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Blok permulaan
diperbuat daripada ketulan batu marmar dengan lubang saiz tapak kaki yang tetap.
• Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan
peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
• Walau bagaimanapun persetujuan dibuat dan diterima oleh semua pihak.

Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Lari Pecut

1. Fasa Permulaan
Gaya peluru - Blok permulaan rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak
dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya sederhana - Meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya Panjang - Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Fasa Larian (selepas arahan pelepas ‘ke garisan’)

Kedudukan Tangan - Tangan adalah lurus


- Dibuka seluas bidang bahu individu
- Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari
lain adalah rapat.
- Diletak di beIakang garis mula.

Kedudukan kepala - KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’
dan leher - Mata pandang ke hadapan.
- Selepas arahan ‘sedia’ diberikan,pinggul diangkat tinggi dan
badan condong ke hadapan.
Pergerakan Tangan - Pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) .
Dan kaki - Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang
memulakan pergerakan ke hadapan.
- Tangan dibengkokan 90 darjah.

Pergerakan Lutut - Digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah
- Kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
Hadapan.
TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN
• Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian.
• Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan
oleh tahap daya tahan ototnya.
• Atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 – 18
meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih
rendah dari kelajuan maksimum.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH


• Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa ‘centrifugal’.
• Untuk mengimbangkan kuasa ‘centrifugal’ seorang pelari seharusnya merendahkan
badan ke arah dalam.
• Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke
dalam.

3. Fasa Penamat
• Atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan
210 m untuk 200 m.
• Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso
ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

Praturan
Peraturan 121 - Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau
dua enjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah
seorang merupakan Ketua Penjaga masa.
- Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penamat dan
berada di atas bangku bertingkat (tangga kambing).
- Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa
menentukan masa untuk setiap peserta.
Peraturan 160 - Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada
1/10 saat lebih panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.
- Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.
a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama
itu adalah masa rasmi.
Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.
b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah
adalah masa rasmi.
Jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa
itu tidak boleh dikira.
c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa
yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

Rekod catatan masa


Rekod Dunia :
Acara 100m - Florence Griffith-Joyner (10.49s)
Acara 200m - Florence Griffith-Joyner (21.34s)
Acara 400m - Marita Koch (47.60s)

Rekod UTHM :
Acara 100m – Syasyah Binti Mohd Nizam (13.2s)

Anda mungkin juga menyukai