Anda di halaman 1dari 15

Cara menanamkan

unsur patriotism
Maksud patriotisme
Patriotisme ini merupakan satu perasaan yang cintakan
tanah air, semangat patriotisme yang lahir di dalam
jiwa ini merupakan perasaan bangga terhadap tanah
kelahiran sendiri. lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan
yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang
turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti
kesungguhan, keyakinan, keberanian dan
kesinambungan.
1.menjalankan kempen secara besar-besaran
• Kempen tersebut dijalankan melalui media massa
• media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
•  televisyen dan radio hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana
tentang pejuang-pejuang kemerdekaan Negara
• Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita 
2. menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan
semangat patriotik
• aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan
diadakan di sekolah dan menyambut bersama-sama
murid.
• Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk
semangat patriotik malahan dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di kalangan generasi muda
sejak kecil lagi.
3. contoh dan teladan daripada ibu bapa
• Ibu bapa perlulah selalu mengingatkan dan
menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan
yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh
pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati.
• ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh
pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak
langsung semangat patriotik dapat diterapkan
semasa anak-anak masih
• Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang
tanah air dengan memberitahu mereka betapa
sukarnya berjuang untuk membebaskan diri
daripada belenggu penjajahan.
• kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati,
dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila
• Ibu bapa mengibarkan bendera bersama-sama anak-
anak ketika sambutan  hari kemerdekaan negara
• melawat tempat-tempat bersejarah tanah air
semasa cuti sekolah dan sebagainya
• Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan
dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah
air daripada ibu bapa sejak kecil.
• Dengan cara itu, anak-anak akan mencontohi ibu
bapa mereka yang memiliki semangat patiotik yang
tinggi.
• Menyokong barangan tempatan
• Kurangkan membeli barangan buatan luar negara
• Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh
semua orang sudah pasti kemerdekaan yang
dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak
akan memberi makna lagi kepada generasi yang
akan datang.
4. Guru-guru Sejarah memainkan peranan
yang
sangat penting
• mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras
yang wajib dipelajari oleh semua pelajar
di peringkat sekolah 
• Guru dapat memupuk minat di kalangan pelajar
terhadap mata pelajaran sejarah dan seterunya
menanam, menghayati dan mengamalkan unsur-
unsur patriotik dalam kehidupan mereka.
• mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk
pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang
mempunyai semangat patriotisme. 
• Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang
perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat
sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam
• pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan
sejarah akan melahirkan semangat juang untuk
menpertahankan negara daripada ancaman musuh. 
• Guru boleh mengadakan quiz yang berkaitan
dengan semangat patriotism kepada murid
• Guru juga boleh mengajak murid menyertai pelbagai
aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan
sebagainya.
5. Usaha individu dan masyarakat
• Generasi muda hendaklah menerapkan nilai
semangat patriotisme dalam diri sendiri.
• Mengaplikasikan nilai-nilai dalam kehidupan
mereka.
• Cthnya, menghormati lagu ‘Negaraku’ menyambut
sambutan kemerdekaan, mempertahankan maruah
nagara
• Nilai moral juga boleh diterapkan dalam memupuk
semangat patriotism
• Nilai semangat cinta akan tanah merupakan sifat
atau amalan yang bertanggungjawab untuk
mewujudkan kesejahteraan dan membawa
kemajuan kepada negara
6. Melalui media massa
• Media massa mampu menyebarkan maklumat
tentang kepentingan semangat patriotisme melalui
iklan di televisyen
• Media cetak juga memainkan peranan penting
dengan memaparkan cerita tentang semangat
patriotisme, cerita tokoh-tokoh kemerdekaan yang
terdiri daripada pelbagai kaum.

Anda mungkin juga menyukai