Anda di halaman 1dari 6

Karangan Dimensi Keluarga

Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca


dalam kalangan anak-anak.

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan
membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.

Pendahuluan : Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia,
perihal membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk
sesuatu bangsa itu maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula
dengan membaca apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua
Hira dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan
Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah
tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi
ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi pembacaan
sebagai sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan
moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah
diteruskan khususnya dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan
membaca dalam kalangan anak-anak.


Isi-isi penting :

Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam
rumah tangga membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan
keperluan asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti
keluarga

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan
berfikir mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman
membaca melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat
membaca melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana
membaca dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang

Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak menyediakan bahan
bacaan yang sesuai dengan minat mereka

Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara intelektual
pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca sesi sumbang saran dan
pendapat dalam kalangan ahli keluarga

Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, ibu bapa
adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan
dan bakat menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan
penting untuk mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca
dalam keluarga akan menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa
bidang yang mereka minati.
Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda.


Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang
Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa
semangat patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya
rakyat di negara lain dapat menghormati dan memandang mulia kepada kita.
Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri
generasi muda kita kerana budaya ini sudah menjadi sebahagian
negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri
anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang cemerlang dan
dibanggakan oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan mencerminkan
keperibadian negara ini. Banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi masa kini.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat
patriotisme dalam diri generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu
bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-
anak. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-
anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita atau membacakan cerita
tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok
Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu bapa perlu
mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa
sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain
itu, menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman
penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya
semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila orang
terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan
makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh
penjajah. Mereka akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka.

Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah
untuk pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat
patriotisme. Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi.
Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya
generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam.
Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A Famosa di
Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan
tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina
Kota A Famosa. Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan
dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap
kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk
menpertahankan negara daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke
tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan
mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan
Inggeris.

Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh
pihak kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat
Negara. Program ini dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik
seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan
gabungan latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka
ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai
murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan
bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang
berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan
elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan
generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan
kedaulatan negara.

Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari
kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di
kawasan setempat atau ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan
kemerdekaan di televisyen. Hai ini demikian akan dapat menjadi medium yang
sangat berkesan untuk menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka.
Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali
nostalgia dan memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa,
novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang,
jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat
menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan
kedamaian.


Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang
masa tanpa henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai
rasa cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga
negara. Peranan semua pihak sangat penting untuk menerapkan semangat
patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang
ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.

Semangat Patriotik


Semangat Patriotik


Modul kenegeraan diajarkan juga,
Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
Mengenal negara dan mempertahankannya,
Biarpun pertaruhkan nyawa demi negara tercinta.


Itulah syair yang dapat kita kaitkan untuk melahirkan semangat patriotik
dalam kalangan remaja.Mutakhir ini,semangat patriotik semakin luntur dalam diri
remaja dek perubahan-perubahan yang semakin mencabar.Hal ini dapat kita lihat
di dada-dada akhbar dan media social mengenai remaja yang memandang rendah
terhadap keamanan dan kemerdekaan yang dicapai.Tamsilnya,di laman muka
buku,terdapat gambar remaja yang memijak dan membakar bendera Jalur
gemilang.Wadah tersebut merupakan bukti bahawa remaja masih tidak mampu
menghayati semangat patriotism itu sendiri kerana mereka merasakan mereka
hidup di dalam negara yang bebas daripada penjajah.Justeru itu,semua pihak
haruslah memainkan peranan penting untuk menyemai semangat patriotik dalam
kalangnan remaja kerana bak kata pepatah,usaha tanda kejayaan.
Dalam konteks ini, ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan
remaja.Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk semangat patriotik dalam diri cahaya
mata mereka sejak kecil lagi.Peribahasa ada mengatakan,melentur buluh biarlah
dari rebungnya.Jika semangat patriotik dipupuk sejak kecil lagi dalam diri anak-
anak,semangat itu pasti akan kekal hingga ke hujung nyawa mereka.Antara usaha
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah membawa anak-anak mereka ke tempat-
tempat yang bersejarah.Sebagai contoh,Kota AFamosa,Banda
Hilir,Melaka.Implikasinya,anak-anak akan menghargai jasa para pejuang Negara
dan mencintai Negara Malaysia.Jelaslah bahawa ibu bapa adalah tunjang untuk
memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja agar dapat membentuk
remaja yang berjiwa merdeka.
Selain itu,keharmonian dan keamanan negara juga tidak akan berkekalan jika
masyarakat tidak membudayakan semangat patriotisme dalam diri remaja
mahupun mereka sendiri.Dasawarsa ini,masyarakat lebih terikut-ikut dengan
budaya ala Barat sehingga rapuhnya peradaban bangsa sekali gus membentuk
generasi yang tiada jati diri,tidak tahu akar bangsa,dan tidak tahu membina
acuan untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Pepatah Melayu ada
mengatakan,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Lantaran itu,langkah
yang drastik dan efektif harus dilakukan untuk memperkasakan semangat
patriotik dalam diri remaja.Misalnya,di kawasan perumahan,ketua taman
mengadakan ceramah dan ucapan-ucapan mengenai nilai patriotisme yang
melintas zaman.Contoh tersebut haruslah yang dilalui dan dekat dengan generasi
muda.Antaranya ialah berbangga sebagai rakyat Malaysia,semangat
kekitaan,berdisiplin,berusaha dan produktif.Nilai jati diri yang kukuh dan kental
juga adalah nadi semangat patriotik.Natijahnya,perpaduan yang terbina pasti
akan tersimpul erat dan masyarakat hidup dengan sejahtera.
Di samping itu,sekolah juga mempunyai tanggungjawab penting untuk
merealisasikan semangat patriotik dalam kalangan remaja.Sekolah memainkan
peranan penting supaya remaja mengingati budi tokoh-tokoh negara yang sanggup
berkorban masa,nyawa dan tenaga untuk keharmonian negara.Remaja juga akan
mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan berusaha mempertahankan
Negara daripada dijajah oleh negara lain.Antara langkah yang boleh dilakukan
oleh pihak sekolah ialah mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan patriotisme
seperti mengadakan sambutan kemerdekaan,mengadakan kuiz
kemerdekaan,memaparkan kisah tokoh-tokoh negara kepada pelajar.Ini secara
tidak langsung akan menanamkan bibit-bibit cinta akan negara dalam diri remaja
dan menjadi generasi yang sanggup berjuang untuk pertahankan negara bak kata
pepatah,bahu memikul,hati menyokong.Dengan itu,setitik semangat patriotik
yang ada dalam diri remaja pasti akan menjadi sekepal dan mewujudkan pelajar
yang berjiwa bangsa.
Seterusnya,pihak kerajaan adalah antara pihak yang mempunyai tugas untuk
menyemai semangat patriotik dalam kalangan remaja atau bak kata pepatah
Korea mutiara negara.Hal ini demikian kerana,setiap negara mempunyai pucuk
pimpinan yang berhak mentadbir rakyatnya.Antaranya ialah pihak kerajaan.Pihak
kerajaan hendaklah mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)
khususnya kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) agar dapat
menerapkan semangat jati diri yang jitu dalam diri remaja.Pihak kerajaan boleh
mengadakan aktiviti misalnya mengadakan pertandingan kawad kaki sempena hari
kemerdekaan dan peragaan baju kebangsaan. Impaknya,negara dapat melahirkan
remaja yang memiliki semangat patriotik yang mapan sekali gus menjadi bakal
pemimpin yang akan mencorak negara bak kata peribahasa,kalau tidak dipecahkan
ruyung,manakan dapat sagunya.Jelaslah bahawa kerajaan memainkan peranan
penting untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah berganding bahu bagai
aur dengan tebing untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan mutiara
negara agar dapat melahirkan remaja yang berjiwa patriotik.Menurut kata-kata
tokoh sastera dan sejarah negara iaitu Usman Awang, kalau hidup ingin
merdeka,tiada tercapai hanya berkata,kemuka maju sekata,maju
kita,melemparkan jauh jiwa hamba.Intihanya,tiada penyakiy yang tiada
penawar,maka langkah-langkah yang konkrit dan sistematik harus dipergiatkan
agar masalah ini boleh tangani.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik. Isu
yang mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas
meniti dari bibir ke bibir. Remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan
budaya hedonistik yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik. Maka,
prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik
dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi
menjadi bubur.
Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh
kerajaan. Program yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini sememangnya
mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana
tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik
seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan. Melalui
aktiviti aktiviti ini, pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
bekerjasama, dan hormat menghormati. Hal ini dapat memupuk perpaduan yang
merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata pepatah, bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh.
Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada
negara sewajarnya dikenali dan dihargai. Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul
Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong dapat menjadi
inspirasi dan idola para remaja. Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang
bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah
mengalir dalam darah para remaja dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata. Para remaja perlulah
mengimplementasikan semangat patriotik ke arah yang positif seperti belajar
bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara, dan memartabatkan nama
negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain.
Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan
negara kita pada masa hadapan. Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir
tetapi pada hakikatnya kosong dan rapuh. Para remaja digalakkan menyertai
PLKN dan membaca kehidupan tokoh-tokoh pejuang bangsa bagi menyuburkan
kecintaan kepada negara. Pendek kata, Negara Kita Tanggungjawab Kita tema
hari kemerdekaan akan direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para
remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri kita semua !

Anda mungkin juga menyukai