Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Memupuk Semangat Cinta Akan Negara

Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering
diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di
negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat
segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota
masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan
negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi
masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara
kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari
bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh
mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara
ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil,
sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan
pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan
tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi
contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera
bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga
boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-
anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu
bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran


melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik
seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan
peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai