Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam kalangan Masyarakat

Remaja muda perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan seperti
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini dapat memupuk semangat
patriotik kepada mereka. Contohnya, pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang
berbilang kaum, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat
perpaduan dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sebenarnya, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang kepentingan
memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi.
Contohnya, ibu bapa dan anak-anak boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air
semasa cuti sekolah. Oleh itu, anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang
semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.

Langkah yang seterusnya adalah dengan memupuk semangat patriotik sejak dari bangku
sekolah lagi seperti melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah
boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian
Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat
dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan
hingga dewasa.

Pihak berkuasa hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa.
Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita .
Contohnya, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program tentang
pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Oleh itu, media elektronik berkesan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai