Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3

Rasa cinta akan negara semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti
yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri
yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting
dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak
tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Persoalannya, adakah usaha-usaha yang
boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara?
Sebenarnya terdapat banyak usaha yang boleh dijalankan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang
proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini
kerana guru-guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan unsur-unsur patriotik yang melambangkan rasa
cinta akan negara di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur
terhadap negara. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik
dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa. Tegaslah, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara
dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Usaha lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan
tentang aspek cinta akan negara. Semasa berada dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi aspek
ini sepatutnya lebih ditekankan oleh pihak yang berkuasa. Para pelajar juga banyak menghabiskan masa untuk
berada di sekolah dan pengajian tinggi selain daripada berada di rumah. Oleh sebab itu, sekiranya perkara ini
dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati cinta akan negara kerana aspek tersebut dipelajari
dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas,
diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, aspek cinta akan
negara ini boleh diterapkan semasa mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Oleh hal yang demikian,
semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Konklusinya, membuat pengubahsuaian dan
memberi penekanan tentang aspek cinta akan negara terhadap anak-anak muda boleh menjadi bukti sebagai
tanda usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
menunjukkan rasa cinta akan negara dalam sanubari anak-anak. Anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana bapa borek, anak rintik. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran
dan ikut kata ibu bapa dan sikap yangdiamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa. Oleh
sebab itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan menerapkan aspek cinta akan
negara bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam
kebejatan sosial yang begitu yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan
remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Selain itu, ibu bapa
juga harusnya mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal
yang berjuang demi tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak
ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat
bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Segala aspek cinta akan negara yang disemaikan
dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
menunjukkan rasa cinta akan negara.

Di samping itu, sering bermuhasabah terhadap diri sendiri. Kita juga seharusnya berasa diri amat bertuah
kerana dapat hidup bernegara yang aman dan damai. Dengan belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan
tokoh negara sendiri untuk lahir perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi.
Dengan membuat perbandingan dengan masyarakat pendatang yang dilayan sebagai warga kelas kedua apabila
berada di negara orang akan lahirlah perasaan sayang akan negara. Menyimpan cita-cita untuk menjadi insan
yang berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam kerjaya yang terbilang dan mahu
berkhidmat untuk negara. Individu yang memiliki rasa cinta negara yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Sebagai contoh, melawat tempat bersejarah seperti Kota A Famosa di Melaka.
Sambil melawat ke tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai lawatan tersebut akan menceritakan
tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A Famosa. Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah
bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, seperti kata peribahasa Arab, Kasih akan negara adalah
sebahagian daripada iman. Oleh itu, sedari kecil binalah rasa cinta akan negara terhadap diri kita sendiri.
Akhir sekali, kita dapat membuktikan bahawa kita mempunyai semangat cinta akan negara dengan
mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kita dapat menunjukkan cinta akan Malaysia melalui
penglibatan dalam perarakkan hari kemerdekaan. Sedikit sebanyak ianya menunjukkan bahawa kita mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi. Hal ini dapat menyumbangkan kemeriahan sambutan hari merdeka yang
setahun sekali disambut di merata tempat yang menjadi bual mulut kepada negara lain. Selain itu juga kita boleh
menyertai sukan yang bole mengharumkan nama negara di persada dunia. Sebagai contoh, hal ini jelas
dibuktikan oleh Dato` Nicol Ann David yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Ini jelas
menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat pada jiwa Dato` Nicol. Begitu juga kita, dapat
mengharumkan Malaysia melalui penglibatan dalam beberapa acara bertaraf dunia atau memadai memberi
sokongan kepada perjuangan mereka terutama semasa pertandingan di adakan. Dengan menyertai programprogram yang mempu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, akan terubahlah sedikit pandangan
masyarakat mengenai cara-cara menunjukkan cinta akan negara Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
mengharumkan negara Malaysia di persada dunia mampu menjadi salah satu usaha-usaha menunjukkan rasa
cinta akan negara.
Kesimpulannya, terdapat banyak usaha-uasah yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan rasa cinta
akan negara yang mampu menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju
yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam generai akan datang, masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang, kata-kata Samuel Johnson yang merupakan seorang penyair, penulis esei, moralis, pengkritik sastera,
biografi, editor dan penyusun kamus yang terkenal.

Anda mungkin juga menyukai