Anda di halaman 1dari 17

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 SK

UNIT 7: CINTA AKAN NEGARA

Murid boleh:-

7.1 Menyenaraikan contoh amalan cinta akan negara

7.2 Menghuraikan cara memupuk amalan cinta akan negara

7.3 Merumuskan kesan pengabaian amalan cinta akan negara

7.4 Mengekspresikan perasaan berkaitan dengan amalan cinta akan negara

7.5 Mengamalkan sikap amalan cinta akan negara

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 SK


1
7.1 MENYENARAIKAN CONTOH AMALAN CINTA AKAN NEGARA
 Jelaskan langkah memupuk semangat cinta akan negara yang kamu
praktikkan dalam kehidupan seharian. Bincangkan.

 Bimbing murid melaksanakan projek ini.


 Galakkan murid melibatkan dalam aktiviti berkaitan cinta akan negara.
 Cadang projek lain yang dapat dilaksanakan oleh murid.
7.2 MENGHURAIKAN CARA MEMUPUK AMALAN CINTA AKAN NEGARA

Usaha Meningkatkan Sikap Cinta akan Negara Dalam Golongan Muda

Dasawarsa ini, sikap kasih dan sayang akan negara sudah semakin menghilang dan luntur dalam
golongan marhaen di setiap pelusuk empat penjuru dunia. Hal ini demikian kerana sikap moral
ini kurang dititik beratkan dalam urusan seharian mereka sama ada di bangku persekolahan
mahupun yang sudah bekerja sehingga mereka sendiri kurang arif tentang sejarah-sejarah negara
yang mereka huni. Ada di antara mereka yang alpa akan keseronokan dunia sehingga mereka
tidak menghiraukan semangat patriotik dan langsung tidak melahirkan rasa semangat untuk
melaungkan “ Aku Cintakan Malaysia”. Paling merunsingkan lagi, ada dalam kalangan rakyat
yang langsung tidak mahu menyambut Hari Kebangsaan dan merasakan perkara seperti
mengibarkan jalur gemilang tersebut hanya membuang masa mereka. Oleh hal yang demikian,
usaha dalam menitik beratkan semangat patriotik ini perlu ditingkatkan oleh pelbagai pihak demi
Malaysia yang tersayang.

Pertama sekali, antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menaikkan semangat sayang
akan negara dalam kalangan masyarakat ialah kerajaan perlu menyelaraskan silibus kelas moral
dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, sikap sayang akan
negara adalah salah satu sikap yang amat penting dalam diri setiap penghuni negara dan perlulah
dicorak dalam diri masyarakat sejak kecil lagi agar sikap patriotik ini terus bersemadi dalam diri
mereka hingga ke akhir hayat. Peribahasa melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Oleh itu, kerajaan perlu bersinergi bagi merealisasikan usaha dalam meningkatkan
sikap sayangkan negara demi kelestarian hidup berbilang kaum di negara ini.

Selain itu, para pendidik juga memainkan peranan penting dalam mencorak sikap
patriotisme dalam kalangan pelajar demi melahirkan masyarakat yang sangat cinta akan negara.
Pengajar perlu memberi penekanan yang agak kritikal mengenai sikap patriotisme sewaktu sesi
pengajaran di sekolah mahupun kelas. Kaedah ni dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk terus
mempraktikkan dan memahami sikap semangat cinta akan negara sehingga mereka dewasa. Oleh
hal yang demikian, pendidik perlulah mengambil inisiatif dalam meningkatkan semangat
patriotisme demi melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiahnya dalam membangunkan malaysia
kelak.

Seterusnya, media massa juga bertanggungjawab dalam menggiatkan kempen dengan


menayangkan iklan-iklan tentang pentingnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
agar rasa sayang tersebut tidak sirna ditelan zaman. Pada zaman moden kini, mata masyarakat
lebih tertumpu ke skrin telefon pintar dan juga muka televisyen. Oleh itu, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu mengambil langkah bijak dan berkesan bagi
menggiat dan menyiarkan sebanyak mungkin kempen seperti “Aku Negaraku Sedunia” ataupun
poster bagi menyuburkan sifat patriotisme ini dalam diri mereka. Sebagai contoh, media massa
perlu sentiasa menayangkan filem-filem yang menonjolkan kesungguhan dalam menyelamatkan
negara daripada pihak musuh seperti “Kapten Hassan” dan terbaru filem “Paskal” yang boleh
memberi impak kepada masyarakat zaman kini. Konklusinya media massa memainkan peranan
penting dalam melahirkan masyarakat yang cinta akan tanah air.

Dalam kita sedar ataupun tidak, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam
mencorakkan dan menanam sikap patriotisme dalam diri anak-anak mereka. Anak adalah seperti
kain putih, ibu bapalah yang patut mencorakkannya. Ibu bapa adalah contoh teladan kepada
anak- anak sejak mereka lahir ke dunia kerana peribadi anak-anak melambangkan sikap ibu bapa
mereka kerana peribahasa ada menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka untuk mengikuti aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan untuk
menanamkan sikap patriotisme tersebut di dalam hati mereka. Jelaslah bahawa ibu bapa mampu
menanamkan sikap cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka supaya menjadi pemuda-
pemudi harapan bangsa.

Secara holistiknya, masyarakat yang mempunyai semangat yang tinggi untuk


memperjuangkan tanah airnya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan negara
supaya duduk sama rendah, tegak sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing demi memastikan sifat patriotisme
ini sentiasa dipupuk demi melahirkan masyarakat yang berjiwa murni.

 Bagaimanakah kamu mengamalkan sikap semangat cinta akan negara?


Bincangkan.
 Huraikan amalan semangat cinta akan negara.

 Minta murid mencari maklumat tentang cara memupuk semangat cinta akan
negara dan bentangkan dalam kelas.
 Minta murid kaitkan kesejahteraan negara dengan pembentang power point.
7.3 MERUMUSKAN KESAN PENGABAIAN AMALAN CINTA AKAN NEGARA

Patriotisme memperlihat sikap


mental, dan tingkah laku
individu atau masyarakat
yang
merujuk terhadap kesetiaan
terhadap bangsa dan negara.
Semangat patriotisme perlu
dipupuk dan dihayati dalam
segenap lapisan masyarakat,
terutamanya golongan remaja.
Ini
adalah kerana remaja
merupakan golongan yang
mendukung nasib bangsa,
hala tuju
sesebuah negara. Kita sebagai
generasi era pasca modenisme,
dilimpahi dengan bermacam
nikmat dan kesenangan. Kita
mesti sedar segala apa yang kita
nikmati sekarang ini adalah
daripada pengorbanan dan jerih
perih yang ditempuhi oleh para
pejuang dan rakyat demi
mencapai kemerdekaan suatu
ketika dahulu. Semangat
patriotisme semakin kurang
penghayatan khususnya
golongan remaja. Banyak
faktor-faktor yang mendorong
kepada
lunturnya semangat dan
penghayatan patriotisme dalam
masyarakat dewasa ini.
 Jelaskan kesan pengabaian amalan cinta akan negara pada masa kini.
Bincangkan.

 Galakkan murid melibatkan dalam aktiviti berkaitan cinta akan negara.


7.4 MENGEKSPRESIKAN PERASAAN
 Cadang projek lain yang BERKAITAN
dapat dilaksanakan oleh murid. DENGAN AMALAN CINTA AKAN
NEGARA
Pantun Cinta Negara

 Bagaimanakah kamu mengekspresi sikap semangat cinta akan negara


sebagai seorang pelajar? Bincangkan.

7.5 MENGAMALKAN SIKAP AMALAN CINTA AKAN NEGARA


KEPENTINGAN PUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera,
menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-
ramai, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk
menyatakan kesetiaan kepada negara pada peringkat umum. Bagaimanapun, masyarakat
sekarang seakan-akan lupa akan pentingnya memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-
masing. Hal ini kerana kita sering kali melihat anak bangsa kita yang tidak mengambil endah
akan isu-isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan pencapaian negara dan
budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi
dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.

Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat
Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi
patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu
kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara. Demi
mencapai persefahaman antara kaum pelbagai usaha telah kerajaan lakukan. Antaranya ialah
muhibah dan perpaduan, bersatu maju, kebudayaan sendi perpaduan, nasionalisme teras
perpaduan dan lain-lain lagi. Dari sini, kita dapat lihat bertapa pentingnya perpaduan sebagai
pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk.

Tanpa perpaduan, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa, latar belakang dan agama akan mudah
diprovokasi dan diadu domba oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka sendiri. Dengan
kefahaman patriotik yang tinggi, pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan dapat dibentuk
dengan mudah. Dengan itu, peristiwa yang dapat menggugat keamanan negara seperti peristiwa
13 Mei dan peristiwa Kampung Medan 4 Mac 2001 dapat kita hindari.

Kestabilan ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan jika masalah-masalah dalaman yang
telah mereka hadapi atau sedang harungi, tidak dirungkai. Rakyat Malaysia perlu sedar betapa
pentingnya nilai patriotisme bagi memupuk semangat perpaduan yang tinggi sekali gus
menentukan hala tuju negara ke arah negara maju yang kukuh. Kejayaan yang telah dicapai pada
hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata-mata, tetapi merangkumi semua aspek
seperti ke arah patriotisme rakyat.

Tidak dinafikan tugas menjaga keselamatan negara diterajui sepenuhnya oleh pihak yang
berkenaan seperti polis dan tentera. Namun begitu tanggungjawab ini juga sepatutnya digalas
oleh setiap warga negara. Dengan semangat patriotisme yang tinggi, rakyat akan menjadi
semakin peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara. Lantaran itu, jumlah anggota
yang diperlukan dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
yang menjadi benteng kedua keselamatan negara dapat dipenuhi. Selain itu, gerakan pihak
subversif yang sering menghasut minda masyarakat, kita dapat disekati.
Justeru, patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap untuk mengekalkan
kemerdekaan sehingga pada masa akan datang. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan untuk
mencapai objektif ke arah sifat patriotisme ke arah negara bertamadun tinggi. Sehubungan
dengan itu, perlunya inti pati semangat ini diselitkan dalam pendidikan negara terutama dari
sekolah rendah, bak kata pepatah Melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu,
pendidik perlu menyemai semangat patriotisme dengan lebih kreatif supaya pelajar dapat
menjiwai dengan lebih mendalam.

 Jelaskan kepentingan semangat cinta akan negara. Bincangkan.

 Galakkan murid melibatkan dalam aktiviti berkaitan cinta akan negara.


 Cadang aktiviti lain yang dapat dilaksanakan oleh murid.
AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Apakah definisi bagi nilai cinta akan negara?

a. Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan


negara melebihi kepentingan diri
b. Perasaan sayang kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri
c. Perasaan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri
d. Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan diri
melebihi kepentingan negara

2. Ciri-ciri positif individu yang cinta akan negara


a. Mengutuk dan mengkritik amalan budaya dan kepelbagaian agama
b. Menghina adat atau kepercayaan kaum atau keturunan lain
c. Tidak memandang rendah kepada adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam
masyarakat
d. Tidak mahu mengambil tahu tradisi, kepercayaan dan adat resam keturunan lain

3. Ciri-ciri negatif individu yang tidak mengamalkan nilai cinta akan negara
a. Mengenali dan mempelajari budaya dan bahasa kaum lain
b. Mengetahui dan peka terhadap perkembangan negara
c. Individu yang setia akan negara
d. Menderhaka atau memburukkan nama negara Malaysia

4. Orang yang cinta akan negara akan selalu bersikap


a. Patriotik
b. Bangga
c. Romantik
d. Setia

5. Setiap pelajar perlu mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.
Apakah nilai yang diamalkan?
a. Kasih sayang terhadap negara
b. Sanggup berkorban untuk negara
c. Taat setia kepada raja dan negara
d. Cinta akan negara

Anda mungkin juga menyukai