Anda di halaman 1dari 2

CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita


pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana,
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara dijalankan.

Masyarakat perlu diberi penekanan tentang proses pemupukan semangat


patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, kalau hendak melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak
kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-


besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Dengan perkataan
lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik


perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Oleh itu, semua pihak
perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara


kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana,
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara dijalankan.

Masyarakat perlu diberi penekanan tentang proses pemupukan semangat


patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, kalau hendak melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak
kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program
yang dapat meningkatkan semangat patriotik.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik


perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Oleh itu, semua pihak
perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai