Anda di halaman 1dari 11

EDU 3108

ASAS KEPEMIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU
DISEDIAKAN OLEH :
NUR ATIQAH BINTI SHAHROM
NASUHA BINTI SHAMSUDIN
PISMP 8G AMBILAN JANUARI 2010

TAJUK 5:

PERANAN GURU
SEKOLAH RENDAH

PERANAN-PERANAN
GURU

PENGAMAL ILMU &


KEMAHIRAN
Pengamal pengetahuan kandungan
pedagogi.
Menstruktur pengajaran dengan
mengintegrasikan unsur kemahiran
dan nilai.
Mempunyai peranan memindahkan
ilmu dan meninggikan adab murid.
Mempraktikkan budaya ilmu seperti
membaca, berfikir,membuat
penyelidikan & mencari idea baru.

PEMBIMBING
Menyemai minat dan motivasi terhadap
mata pelajaran.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid.
Menanamkan minat dan sikap yang sihat
pada alam persekolahan & amalan
seharian.
Mengenal pasti dan membantu murid yang
mengalami masalah seperti pelajaran,
sosioemosi & kesihatan.

PENGAMAL REFLEKTIF
Kamus Dewan Dwibahasa (1979), reflektif ditakrifkan
sebagai gambar (bayangan) dalam cermin,
pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan
fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.
Oxford Wordpower Dictionary (1998) pula
mendefinisikannya sebagai thoughtful to think
deeply.
Banyak pendapat yang diketemukan berhubung
dengan amalan reflektif.
Mengikut Mezirow (1994), mengamalkan reflektif
dalam proses pedagogi membolehkan pembelajaran
bermakna (meaningful learning) berlaku menerusi
penilaian kendiri terhadap sesuatu andaian, pola
interaksi dan tindakan.

John Dewey (1933) pula telah berkalikali menegaskan kepentingan amalan


reflektif dalam pembelajaran.
Menurutnya, semasa membuat
refleksi terhadap pengalaman,
seseorang boleh memahami sesuatu
situasi yang kabur dialaminya kepada
satu situasi yang jelas.
Sementara itu, Donald Schon
(1983,1987) mendefinisikan pengamal
reflektif sebagai seorang yang boleh
berfikir semasa bertindak balas.

Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan


sahaja dapat memanfaatkannya untuk
membantu pelajar-pelajarnya meminati
pelajaran, malah mengelakkan keciciran ilmu
dalam kalangan pelajar sehingga
menyebabkan mereka tidak lagi mahu bersaing
dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan
sentiasa berasa rendah diri yang lamakelamaan menyebabkan mereka menjadi
kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam
pelajaran.
Guru reflektif pastinya tidak akan mengabaikan
potensi pelajarnya dan sering kali bereflektif
dan membantu pelajarnya membuat refleksi
agar situasi menang-menang dapat diperoleh.

PENYELIDIK
Salah satu kekuatan dalam disiplin ilmu
ialah sentiasa melakukan penyelidikan.
Seseorang guru adalah terlibat secara
langsung dalam proses pembangunan
modal insan di peringkat akar umbi
perlu senantiasa melakukan
penyelidikan demi menaikkan mutu
pengajaran di dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

KRITERIA GURU
SEBAGAI PENYELIDIK
1) Guru akan sentiasa memperbaiki mutu P&P.
2) Guru akan mendapat idea untuk
mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P.
3) Kajian tindakan dapat membantu guru
dalam melahirkan modal insan yang
berkualiti.
4) Kajian tindakan dapat membantu guru
untuk berperanan secara aktif dalam
pembangunan pendidikan di Malaysia.
5) Guru akan menjadi semakin peka terhadap
persekitaran P&P

6) Menanamkan sikap mengkaji dalam diri


guru.
7) Hasil dapatan kajian tindakan guru boleh
berkongsi bersama guru yang lain dengan
itu penambahbaikan terhasil melalui
gabungan idea yang berbeza dan bermutu
8) Guru akan sentiasa membuat refleksi pada
setiap P&P yang dilakukan bagi mencari
kelemahan yang perlu diatasi.
9) Melalui kajian tindakan, guru dapat
menanamkan budaya membaca dalam diri.
10) Melalui kajian tindakan guru lebih
memahami dan mendekati keperluan
pembelajaran pelajar

Anda mungkin juga menyukai