Anda di halaman 1dari 4

NINI COMEL BERBAJU MERAH

Pada zaman dahulu, ada seorang budak perempuan tinggal bersama


ibunya di dalam hutan yang jauh dari bandar. Namanya Nini. Dia selalu memakai
baju yang berwarna merah setiap kali keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau
bermain di rumah neneknya. Oleh sebab itu, ibunya memanggilnya Nini Comel
Berbaju Merah.
Pada suatu hari, dia meminta izin ibunya untuk membawa makanan ke
rumah neneknya yang tinggal jauh dari rumahnya di dalam hutan tebal.
Neneknya sedang sakit dan terbaring sahaja. Dia berfikir dan berkata di dalam
hati, Tentu nenek akan gembira melihat Nini membawa makanan untuk nenek.
Monolog Nini di dalam hati sambil tersenyum simpul.
Sebelum keluar meninggalkan rumah, ibu Nini berpesan, Nini, jangan
behenti berjalan dan jangan bercakap dengan sesiapa dalam perjalanan nanti,
ya nak.
Nini menganggukkan kepala sambil berkata Baiklah, ibu. Nini akan
dengar nasihat ibu.. Nini juga berjanji akan kembali dengan segera sebelum
menjelang malam. Dia berjalan dengan pantas. Dia hanya berhenti untuk
memetik bunga-bunga segar untuk neneknya. Nenek Nini sangat suka akan
bungan hutan yang tumbuh meliar itu.
Tiba-Tiba Seekor serigala muncul di hadapan Nini dan berkata, Apa
khabar, cik adik? Kemana kamu hendak pergi pada hari yang ceria ini? kata
serigala sambil tersenyum sinis.
Nini berkata,Saya hendak melawat nenek saya yang sedang sakit. Dia
tinggal jauh di dalam hutan tebal sana.
Serigala terus mengucapkan selamat tinggal dan berlari kearah rumah
nenek Nini. Nini tidak mengetahui niat jahat Sang Serigala itu. Sang Serigala
mengetuk pintu dan meniru suara Nini.
Nenek, Nenek, Sang Serigala menjerit persis suara Nini.
Saya ada makanan dan bunga-bunga yang cantik untuk nenek.

Pintu tak berkunci kata nenek.


Apabila nenek nampak serigala itu, nenek terus melompat dari katil dan
bersembunyi di dalam almari pakaiannya.
Serigala segera memakai baju tidur dan cermin mata nenek. Kemudian, ia
menutup badannya dengan selimut.

Tidak lama kemudian, Sang Serigala terdengar Nini mengetuk pintu dan
memanggil neneknya. Serigala menjawab, Bukalah pintu dan silakan masuk,
sayang. Nini masuk ke dalam rumah neneknya. Dia melihat rupa neneknya
sangat ganjil.

Nenek, telinga nenek sungguh besar sekali! dia berkata.


Supaya senang untuk mendengar suaramu, sayang, serigala itu berkata.
Nenek, mata nenek sungguh besar sekali! dia berkata.
Supaya senang untuk melihat rupamu, sayang, serigala berkata lagi.
Gigi nenek sungguh tajam sekali! Nini berkata agak kuat.
Supaya mudah untuk makan kamu! kata serigala dengan kuat lalu melompat
dari katil itu.

Nini menjerit ketakutan dan berlari dari situ.

Seorang pemotong kayu yang berada tidak jauh dari rumah itu terdengar jeritan
Nini. Dia terus masuk ke rumah nenek Nini dengan kapaknya dan menangkap
serigala yang cuba mengejar Nini itu. Pemotong kayu mengapak belakang
serigala lalu menyembur darah Sang serigala.

Kemudian, mereka terdengar suara nenek ketakutan memanggil dari dalam


almari. Apabila nenek berjaya keluar dari almari, nenek terus memeluk cucu
kesayangannya.
Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa kami, kata nenek kepada
pemotong kayu.
Kita tidak akan melihat serigala yang jahat itu lagi di kawasan ini. Sambung
pemotong kayu.

Selepas selesai membersihkan rumah dan berehat, Nini berkata, Saya


menyesal kerana tidak mendengar pesanan ibu tadi . Ibu berpesan supaya tidak
bercakap dengan sesiapa pun yang saya tidak kenali. Saya perlu lebih berhatihati selepas ini . kata Nini sambil memeluk nenknya.

Kawan-kawan, pengajaran dari cerita saya ini ialah kita mestilah mendengar kata
ibu bapa dan orang yang lebih dewasa dari kita. Kita juga tidak boleh
mempercayai sesiapa pun yang tidak dikenali.

JALI DAN KACANG AJAIB


Pada zaman dahulu, ada seorang budak bernama Jali . Dia tinggal bersama
ibunya di sebuah ladang kecil. Mereka sangat miskin. Kadang-kadang mereka
tidak dapat makan dan sering kelaparan.
Pada suatu hari, ibu Jali menyuruh Jali menjual lembunya supaya mereka
dapat wang untuk membeli makanan. Dia menyuruh Jali membawa lembu itu ke
pasar. Dengan perasaan sedih, Jali pun membawa lembu kesayangannya ke
pasar. Sepanjang hari, tetapi tidak siapa pun yang mahu Jali membeli lembunya.
Lama-kelamaan dia berasa putus asa dan membawa lembunya pulang.
Dalam perjalanan pulang, dia berjumpa dengan seorang tua yang mahu membeli
lembunya. Orang tua itu berkata, Saya hanya boleh bayar kamu dengan biji
kacang-kacang ini. Biji-biji kacang ini adalah biji-biji kacang ajaib.
Jali bersetuju dan menerima segenggam biji kacang yang berwarna-warni itu
sebagai bayaran untuk lembunya.
Apabila sampai di rumah, ibunya sangat marah apabila mendapat tahu yang Jali
telah menerima biji-biji kacang sebagai bayaran lembunya. Biji kacang ajaib!
Dia menjerit, Kamu sudah kena tipu! Kamu telah memberi lembu itu kepadanya
dengan percuma! Dengan marah ibunya terus membaling biji-biji kacang itu
keluar dari tingkap. Malam itu, Jali terpaksa tidur kelaparan.

Keesokan harinya, dia terkejut melihat sebatang pokok yang besar di luar tingkap
biliknya. Pokok itu telah tumbuh di tempat ibunya membaling biji-biji kacang ajaib
itu. Jali berlari keluar untuk melihat pokok kacang itu. Dia terus memanjat pokok
besar itu hingga ke pucuknya. Dia mengikut jalan menghala ke lorong menuju ke
sebuah istana yang sangat besar dan cantik.
Jali menolak pintu besarnya dan masuk ke dalam istana itu. Dia berada di sebuah
bilik besar. Di atas lantai, terdapat setimbun wang perak dan emas. Dia melihat
sebuah meja besar yang penuh dengan makanan yang sangat lazat dan
menyelerakan. Jali berasa sangat lapar. Dia memanjat ke atas kerusi besar itu
dan makan makanan yang yang dihidangkan.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi yang kuat dari satu penjuru bilik. Rupa-rupanya
seorang gergasi sedang tidur nyenyak dan berdengkur dengan kuat sekali!
Jali berasa sangat takut dan terus melompat turun dari meja. Semasa dia berlari
keluar dari istana itu, dia sempat mengambil beberapa keping wang yang berada
di lantai. Dia kemudian berlari dengan pantas dan turun ke tanah melalui pokok
kacang tadi.
Pada pagi berikutnya, Jali memberanikan diri untuk memanjat semula pokok
kacang itu. Kali ini dia ternampak seekor itik dengan dua biji telur emas di
sebelah gegasi yang sedang tidur nyenyak.
Jali berjalan perlahan-lahan menuju itik itu tetapi di terjatuh. Gergasi terjaga dan
ternampak Jali. Siapa yang masuk ke istana aku! Dia mengejar Jali.Jali berlari
keluar dari istana. Jali sempat menangkap itik itu dan terus turun melalui pokok
kacang itu.

Apabila Jali sampai ke tanah dia menjerit, Ibu, Ibu ! cepat bawakan kapak saya!
Ibunya berlari membawa kapak itu. Jali menebang pokok itu sekuat hatinya.
Pokok itu tumbang dan gergasi itu pun jatuh lalu mati. Sejak dari peristiwa itu, Jali
dan ibunya tidak miskin lagi. Dengan wang yang mereka ada, mereka membeli
beberapa ekor lembu dan mereka hidup kaya raya. Mereka juga tidak kedekut
untuk bersedekah. Itik itu sentiasa bertelur dan mengeluarkan telur emas
sehingga berpuluh tahun. Mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.

Kawan-kawan, nilai murni dari cerita ini ialah kita tidak boleh memperlekehkan
pemberian orang lain. Kita mestilah menghargai hadiah atau pemberian orang
lain kepada kita. Nasib manusia juga berbeza-beza. Bak kata pepatah, tuah ayam
nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Anda mungkin juga menyukai