Anda di halaman 1dari 3

SOALAN : 

Rakan anda dari luar negaraingin mengetahui keistimewaan negara


Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Tulis sepucuk surat kepada
rakan anda itu untuk menceritakan keistimewaan negara Malaysia.

Tema : Pelancongan

Tugasan : Menceritakan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan


kepada rakan di luar negara.

Format : Surat Kiriman Tidak Rasmi

Baca petikan di bawah dengan teliti. Salin semula petikan di bawah dengan
membuat pembetulan pada frasa atau ayat yang bergaris. Gariskan frasa atau
ayat yang telah anda betulkan.

No. 678, Jalan Sentul,


71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan
Malaysia.
17 Julai 2021.

Menemui sahabatku, Don Danny yang berada di London semoga sihat


sejahtera bersama keluarga. Saya di sini juga sihat, tetapi sibuk dengan
persiapan untuk menghadapi peperiksaan PT3 pada tahun ini. Surat daripada
saudara telah (1)di terima oleh saya pada minggu lepas dan saya faham tentang
kandungan surat itu. Oleh itu, saya akan cuba untuk (2)menceritakan tentang
keistimewaaan negara Malaysia yang telah menjadi (3)tarikkan oleh pelancong
asing.

Saudara,
(4)Sejak daripada tahun 2008 lagi, negara Malaysia telah menjadi
destinasi pelancongan utama di dunia. Pulau Kapas, Pulau Pangkor dan Pulau
Perhentian telah menjadi lokasi yang dapat menarik pelacong untuk hadir bercuti.
Oleh itu, jumlah pelancong asing terus meningkat (5)daripada tahun ke setahun .
Dengan perkembangan ini, maka industri pelancongan mempunyai potensi yang
besar dalam memajukan ekonomi negara.
Saudara,
Negara Malaysia mempunyai (6)banyak tempat-tempat menarik untuk
dilawati dengan pakej pelancongan yang (7)ikut citarasa orang asing. Tanah Tinggi
Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Gunung Kinabalu telah menjadi tumpuan
pelancong asing yang berkunjung saban tahun. Dengan demikian, negara Malaysia
yang memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi ini pastinya akan menjadi pilihan
pelancong untuk beristirahat di sini. Sebagai kesannya, pelancong asing akan dapat
menikmati keindahan alam semula jadi yang masih kekal (8) dari sejak dahulu
lagi . Benarlah kata peribahasa (9)jauh
____________________________________ akan dapat dinikmati oleh pelancong
asing ini.

Saudara,
Keistimewaan yang kedua ialah keadaan iklim semula jadinya yang
(10)hujan panas setiap tahun. (11)Ini kerana iklim ini amat sangat digemari oleh
pelancong asing untuk bersantai atau mandi manda. Selain itu, pantai yang terdapat di
Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih turut menarik minat mereka.
Untuk memenuhi kepuasan pelancong ini, maka pihak hotel ataupun chalet
telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak dan
berperahu layar. Sebagai akibatnya, pelancong asing ini akan berasa seronok dan
dapat menyihatkan badan dengan aktiviti yang disediakan. Tegasnya, pelancong ini
dapat (12)membuat kerja-kerja dalam satu masa, seperti kata peribahasa
(13)___________________________________________________

Saudara,
Seterusnya, kehadiran pelancong asing ke Malaysia juga kerana
wujudnya keunikan dan kepelbagaian budaya di negara Malaysia. (14)Ini kerana
negara Malaysia memiliki masyarakat majmuk yang hidup aman sentosa sejak lama
dahulu. Sebagai contoh, kaum Melayu terkenal dengan tarian inang dan zapin.
Manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Begitu juga budaya di
Sabah dan Sarawak yang mempunyai keunikan budaya yang tersendiri. Sekiranya
keunikan ini terus dijadikan menu persembahan, maka hal ini akan (15)beri
pengalaman baru untuk pelancong . Jelaslah bahawa kepelbagaian budaya ini
pasti menarik pelancong untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi kerana
kalau tak kenal (16)______________________________.

Saudara,
Saya berasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga
saudara berpuas hati dengan (17)cerita yang disampaikan oleh saya ini . Jangan
lupa untuk sampaikan salam saya kepada keluarga saudara. Jika ada
kelapangan, sudilah bertandang ke rumah saya di Negen Sembilan. Saya
berharap agar kita akan terus dapat berhubung untuk masa yang lain pula.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Danial

Anda mungkin juga menyukai