Anda di halaman 1dari 2

SOALAN : 

Keluarga yang bahagia menjadi idaman setiap orang. Huraikan


tanggungjawab ibu bapa dan anak-anak untuk merealisasikan impian sebuah
keluarga yang bahagia.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Salin semula petikan di bawah dengan
membuat pembetulan pada frasa atau ayat yang bergaris. Gariskan frasa atau
ayat yang telah anda betulkan.

        Dalam mendepani dunia yang kian mencabar, semua orang memerlukan


sebuah keluarga bahagia dan harmoni untuk sentiasa bersama mereka. Setiap ahli
keluarga seharusnya (1)saling sokong menyokong dan bantu-membantu dalam
menyelesaikan konflik yang dihadapi. (2) Ini kerana, terdapat beberapa (3)tanggung
jawap ibu-bapa dan anak yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan impian
memiliki sebuah keluarga yang bahagia. 

        (4)Di antaranya, ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa mereka
untuk bersama dengan anak-anak. (5)Ini demikian agar meluangkan masa santai
dengan berkualiti bersama anak-anak akan dapat merapatkan lagi hubungan
kekeluargaan. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersiar-siar, menonton
televisyen dan melakukan (6)pelbagai-pelbagai aktiviti bersama-sama. Dengan ini,
ibu bapa akan dapat  (7)membinakan perasaan kebersamaan dan peri pentingnya
keluarga dalam diri anak-anak mereka.

        Selain itu, ibu bapa juga perlu (8)menjadikan baik rakan dan bersedia untuk
mendengar segala permasalahan anak-anak. (9)Ini penting sangat kerana jika ibu
bapa dapat (10)merembat hati anak-anak mereka, keadaan tersebut akan dapat
mengelakkan sebarang salah faham dan akan (11)memperkukuhkan rasa
mempercayai. Ibu bapa dan anak-anak bolehlah saling membantu dan bekerjasama
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kesannya, pasti impian untuk
memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni dapat (12)menjadikan
kenyataan.

        Di samping itu, anak-anak juga (13)peranan penting di dalam keluarga dengan
membantu meringankan beban ibu bapa di rumah. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa telah kepenatan selepas pulang bekerja setiap hari untuk mencari
pendapatan. Anak-anak boleh (14)bantu ringankan tugas ibu bapa dengan
melakukan kerja rumah, (15)bantu urus adik-beradik dan diri sendiri serta
(16)senang hati ibu bapa. Jelaslah, anak-anak juga (17)tanggungjawab di dalam
usaha capai hasrat untuk mewujudkan sebuah keluarga harmoni.

        Akhir sekali, anak-anak juga perlulah (18)beramal nilai-nilai baik dan hormat ibu
bapa mereka. (19)Ini bukan sahaja akan membanggakan dan menyenangkan hati
mana-mana ibu bapa, malah turut akan dapat mengharmonikan keluarga. Sebagai
contoh, anak-anak perlu meminta izin sebelum keluar dari rumah, menyapa ibu bapa
dengan bahasa yang sopan dan bersalaman sebelum pergi atau ketika pulang dari
sekolah. Tuntasnya, amalan nilai murni terutamanya (20)sikap saling hormat
menghormati akan dapat dipupuk harmoni dalam sesebuah keluarga.

       
Kesimpulannya, ibu bapa dan anak-anak mempunyai tanggungjawab masing-
masing bagi mencapai impian murni untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia
dan harmoni. Oleh itu, kesedaran terhadap tanggungjawab masing-masing dalam
diri setiap ahli keluarga amat penting supaya segala konflik dan masalah yang
menggugat keharmonian keluarga dapat diatasi bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai