Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu ringkasan tentang cara terbaik membahagiakan

ibu dan
ayah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

“Kasih ibu membawa ke syurga”. Ungkapan itulah yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu. Banyak bakti
yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk kebendaan dan hubungan kasih sayang. Hal ini
bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Oleh itu, kita hendaklah
memberi nafkah kepada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas
seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang
semakin meningkat. Selain itu, kita perlu menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal,
atau tidak sesuai untuk didiami menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu
bapa.

Seterusnya memberi kasih sayang yang sesuai dengan mereka. Kasih sayang yang ditunjkkan sebagai membalas
kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap
anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Pada waktu yang sama kita perlu memberi
perhatian terhadap kesihatan mereka.Mereka terasa disisih dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan
perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental
ibu bapa. Kita juga hendaklah menemui permintaan mereka. Ibu bapa sering kali memerlukan bantuan anak untuk
melaksanakan sesuatu keperluan. Permntaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga, dan masa.

Kita juga hendaklah melakukan sesuatu yang disukai oleh ibu bapa. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya
melakukan sesuau yang baik pada pandangan mereka. perbuatan melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa
bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Kita juga perlu bercakap
dengan lemah lembut. Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud
merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan
ibu bapa.

Jika kita berkemampuan, kita digalakkan mengahadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan
anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar ibu bapa dapat berkongsi
kegembiraan bersama-sama. Ibu juga akan berasa bangga dengan kejayaan yang diraih oleh anak. Malah, ibu bapa
mengharapkan ahli keluarga yang lain mencontohi kejayaan tersebut. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran,
mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Jika ada terluang,
kita perlu meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa
mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. Kita jangan lupa
mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa kita. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan
biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

1. Berikan maksud rangkai kata melaksanakan sesuatu keperluan. 2m


2. Mengapakah kita perlu menyampaikan berita gembira kepada ibu bapa kita? 4m
3. Pada pendapat anda, mengapakah ramai orang kita tergamak melupakan ibu bapa mereka? 4m
SKEMA JAWAPAN
P: Petikan membincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
membahagiakan ibu bapa kita .
Isi Tersurat: Cara terbaik
S1: Memberi nafkah kepada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan
S2: Perlu menyediakan tempat tinggal
S3: memberi kasih sayang yang sesuai dengan usia mereka
S4: Memberi perhatian terhadap kesihatan mereka
S5: Hendaklah memenuhi permintaan mereka.
S6: Melakukan sesuatu yang disukai
S7: Bercakap dengan lemah lembut
S8: Digalakkan menghadiahkan kejayaan
S9: Perlu meluangkan masa bersama-sama
S10: Mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa kita
Isi tersirat : Sikap negatif anak
T1: Membiarkan ibu bapa dalam kesusahan walaupun mempunyai kemampuan
T2: Jarang menjenguk mereka dengan alas an sibuk terhadap kerjaya
T3: Bersikap kasar terhadap ibu bapa sehinggakan hati mereka tersinggung
T4: Tidak mahu memberitahu cerita kejayaan, sebaliknya cerita kesusahan
sahaja
Kesimpulan: Kita perlu berusaha membahagiakan ibu bapa kita agar hari-hari
tua yang dilalui amat menggembirakan.

Soalan pemahaman:
1. …menjalankan sesuatu yang dirancang

2. …supaya ibu bapa dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama…ibu juga


akan berasa bangga dengan kejayaan yang diraih oleh anak…Ibu bapa
mengharapkan ahli keluarga yang lain mencontohi kejayaan tersebut

3. …kerana sejak kecil mereka tidak menerima kasih sayang yang penuh
daripada kedua-dua orang tua mereka…kemungkinan berasa kecil hati kerana
ibu bapa mereka bersikap pilih kasih kalangan adik-beradik…mereka berasa
malu untuk menerima kenyataan ibu bapa mereka daripada kalangan orang yang
miskin…terpengaruh dengan pujukan isteri yang menganggap memberi
perhatian terhadap mentua merupakan satu beban.

Anda mungkin juga menyukai